Rabu, 28 Julai 2021

SESUDAH NONA ADA PEMUDA

 


 SESUDAH NONA

ADA PEMUDA

SINGAPURA

NAJIB AKAN BEBAS ?

 



 NAJIB BEBAS

TANDA KIAMAT

AMIN

Arymanchino commented on 

"TANDA KIAMAT - 

NAJIB DIBEBASKAN"

Woi takan Encik tak faham lg.Najib bukan Sarjan Polis nak msk penjara.Najib ni Bos Ku pencuri,penyamun.Lg besar pangkat dia dari Sarjan...

PELACUR MASIH KETAT - TAK CAYA CUBA TRY

 


 RAMAI KLIM

PELACUR 

DAH LOHE

KAH KAH KAH

PELACUR KLIM

MASIH KETAT

KAH KAH KAH

TAK CAYA 

CUBA UNDI

KAH KAH KAH




Wakil rakyat PAS rela uji majoriti Muhyiddin di Dewan Rakyat



DEWAN Rakyat kecoh petang ini selepas seorang wakil rakyat pembangkang tampil mendakwa Muhyiddin Yassin tidak lagi menguasai sokongan majoriti untuk kekal menjadi perdan menteri.

Ia menimbulkan pertikaman lidah di kalangan ahli Parlimen di kedua-dua blok, yang kemudian membawa kepada cabar-mencabar untuk membuktikan sokongan majoriti itu melalui undian.

Perkara itu pada awalnya dibangkitkan Ong Kian Ming (PH – Bangi) sewaktu mebahaskan pembentangan para menteri mengenai langkah menangani pandemik.

Ia kemudian ditepis Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS – Sik) yang mendakwa Muhyiddin masih lagi menguasai sokongan majoriti ahli dewan untuk kekal di jawatan tersebut.

“Yang Berhormat Pagoh masih mempunyai majoriti cukup untuk kita meneruskan  kerajaan Perikatan Nasional, kita  boleh buktikan…” katanya yang dicelah wakil rakyat pembangkang.

Ia menyebabkan Dewan Rakyat gamat beberapa minit dengan desakan bertalu-talu oleh ahli Parlimen pembangkang agar Ahmad Tarmizi menunjukkan bukti dakwaannya itu.

Antaranya, RSN Rayer (PH – Jelutong) yang turut mendakwa kenyataan Ahmad Tarmizi mengenai kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri itu menghina dan mengelirukan majlis.

“Memang Pagoh (Muhyiddin) tidak ada majoriti, kalau betul ada majoriti kita undi selepas ini,” kata ahli Parlimen DAP itu.

Ahmad Tarmizi kemudian dilihat menyambut cabaran untuk mengadakan undian di Parlimen bagi membuktikan majoriti dikuasai Muhyiddin.

“Kita boleh undi,” katanya.

Undian tersebut bagaimanapun dihalang timbalan speaker Mohd Rashid Hasnon yang menyebut masa tidak mengizinkan Ahmad Tarmizi untuk meneruskan perbahasan.

Para ahli Parlimen Umno yang sebelum ini giat mengadakan mesyuarat bagi menekan Muhyiddin dengan ancaman untuk menarik sokongan daripada kerajaan juga tidak menyertai kekecohan itu.

 

Mereka dilihat kekal duduk di tempat masing-masing di blok kerajaan.

Para ahli Parlimen Umno itu antara paling ke hadapan dalam kempen memalukan kerajaan pimpinan Muhyiddin dengan naratif kegagalan menangani krisis kesihatan dan ekonomi.

Para ahli Parlimen parti itu pada masa sama mengetuai portfolio utama dalam menangani pandemik, termasuk menyelia Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan pemberian vaksin.

Muhyiddin pada 7 Julai lalu juga melantik Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalannya dan Hishammuddin Hussein di jawatan lama Ismail sebagai menteri kanan.

Namun tidak sampai 24 jam selepas itu, Umno menguatkan desakan dengan mengumumkan menarik balik sokongan ke atas Muhyiddin serta-merta.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan keputusan itu menyebut tujuh perkara sebagai kegagalan kerajaan Perikatan Nasional. – 28 Julai, 2021.

 JANGAN CAKAP

SILA AMBIL

UNDI SEKARANG

AMIN

SELESAIKAN 

DENGAN SEGARA

AMIN

RAKYAT  MAKIN

BANYAK MATI

AMIN

POLITIKUS

BERGADUH

AMIN

KALAU ADA

SOKONGAN

BUKTIKAN

KHALAS



JANGAN BUAT FITNAH

 


 JANGAN SEBAR 

FITNAH

AMIN

PENJUAL AGAMA

SUCI MACAM

SABUN BREEZE

KHALAS

panglimo potaseh commented on 

"SAPA PENDAKWAH ITU ?"

Kita selalu sgt tirbaca uztaz baham bontot imam2 kecil di pusat Tohfeez ..ada bontot sekecil 6 tahun di sontot hingga tirkeluar tali kentot ..ada di perawikan TaT baham sekali gus ramai imam2 kecil. Kali ni dah advanced chikit ..


TaT lakhon video pulak ..tapi ..tapi mungkin TaT tu ngajar melalui video cara2 gimana momantek cara Islam ..atau cara nabi birjeemak ..tuckbEEr ..

PANDANGAN TEPAT




PANDANGAN TEPAT

WAJIB DI SOKONG

AMIN

DIRIKAN 

KERAJAAN

PERPADUAN

KHALAS



Ketepi fahaman politik, kerjasama perangi Covid-19, kata ahli Parlimen


KEPIMPINAN Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu mengetepikan fahaman politik sebaliknya terus bekerjasama dalam memerangi Covid-19 termasuk dalam proses pemberian vaksin.

Perkara itu dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen, antaranya Noh Omar (BN-Tanjong Karang) dan Dr Ong Kian Ming (PH-Bangi) pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Noh mencadangkan Kerajaan Persekutuan memberi kebenaran kepada kerajaan negeri untuk membeli vaksin sedia ada secara terus daripada Pharmaniaga, berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Permohonan Pembelian Vaksin yang dikeluarkan.

“Soal Covid-19 ini jangan fikir parti, ketepikan fahaman politik kerana ia tak kenal Umno, PH atau PKR, semua akan kena… marilah bekerjasama dan benarkan kerajaan negeri dan pihak swasta beli (vaksin) dan selepas itu kita beri agihan kerja-kerja ini.

“… Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di (peringkat) persekutuan diteruskan tetapi di Selangor boleh tolong rakyat sekiranya Selangor beli dan beri pada rakyat, (bagi) kilang-kilang mereka (boleh) uruskan industri mereka sendiri tak perlu melalui orang ketiga,” katanya.

Pada 21 Julai, Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Pharmaniaga Bhd akan menjual 14 juta dos vaksin Sinovac kepada syarikat swasta dan negeri yang berminat mulai bulan ini sehingga September.

Ismail Sabri berkata penjualan vaksin secara terus kepada pihak yang berminat itu mendapat kebenaran Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dan diyakini akan mempercepatkan lagi usaha mencapai imuniti kelompok lebih awal daripada yang dirancang. 

Noh turut mencadangkan pemberian vaksin menerusi PICK diberi keutamaan kepada Selangor dengan mengambil kira jumlah populasi selain situasi penularan Covid-19 yang tinggi di negeri itu.

Charles Santiago (PH-Klang) ketika bangun mencelah menyatakan populasi di Klang adalah seramai 1.5 juta namun peratusan yang telah menerima dua dos vaksinasi hanya 11 peratus sehingga hari ini, menunjukkan keperluan bagi meningkatkan pemberian vaksin.

Selangor mencatatkan kes harian Covid-19 melebihi 6,000 kes setiap hari selama seminggu berturut-turut bermula 22 Julai.

Senada dengan Noh, Dr Ong mencadangkan semangat bipartisan antara semua Ahli Parlimen dalam memainkan peranan untuk penyelesaian wabak Covid-19 semasa waktu genting ini. 

“Saya rayu kepada semua ahli berhormat supaya kita perlu ada rancangan dan hala tuju yang berbeza daripada sebelum ini oleh kerana masa yang luar biasa ini memerlukan kepimpinan yang luar biasa bagi semua kita di dewan yang mulai ini,” katanya. – Bernama, 28 Julai, 2021.

POLITIKUS

JANGAN  JADI

BANGKAI 

BERNYAWA

AMIN

TIAP HARI 

RAKYAT MATI

AMIN

SEDARLAH 

JANGAN

GILA NAK REBUT

KUASA

AMIN

JANGAN GILA

NAK JATUH 

KERAJAAN

AMIN

JANGAN GILA 

NAK JADI PM

AMIN



YANG BAIK UNTA ARAB

 


YANG BAIK

UNTA ARAB

Unknown commented on 

"NEGARA 

DUNIA KETIGA"

Tuan Zaharrudin Ahmad, silap tu, bukan beruang panda yang jaga undang-undang, kalau dia tu dari Dap mungkin la... tapi dia jenis anti-Dap, sikit-sikit SEMUANYA SALAH DAP, Cino Kapiat. Jadi yang paling sesuai ialah Unta Arab atau kaldai yang kena sondol belakang tu

AKHIRNYA AIR SAMPAI KE KEPALA

 



 AKHIRNYA

AIR SAMPAI

KE KEPALA

AMIN



Ketepi fahaman politik, kerjasama perangi Covid-19, kata ahli Parlimen


JUAL AGAMA KE TAHAP BANJIR

 

 

JUAL AGAMA

KE TAHAP BANJIR

panglimo potaseh commented on 

"BANJIR DAN KEMARAU 

TANDA KIAMAT"

Melayu jual igama hingga tahap ..kok banjir di Penang Darul Kapir Hasbi mereka kata Tohan sedang mengamok marah ..kok banjir lumpur di Nigiri Serambhi Mokah mereka kata tohan sedang nguji umat nye, lagi besar banjir lagi besar rahmat syurga nye ..lagi besar nenas bidadari akan dihidangkan di syurga nanti ..tuckbEEr ..

PELACUR JADI BERANI - SYABAS

 



SYABAS!

 PELACUR JADI

BERANI 

AMIN



Wakil rakyat PAS rela uji majoriti Muhyiddin di Dewan Rakyat

 

JANGN TUDUH

DAH LOHE

TRAY DULU

KHALAS


BUKAN DICK TRACEY - DICK SENIK SHOW

 


 BUKAN 

DICK TRACEY SHOW

TAPI

DICK SENIK SHOW


Unknown commented on 

"SASPEN ! 

PENDAKWAH APA ?"

kah kah kah.. nasib baik bukan melayu.. khalas



JoeP commented on 

"SASPEN ! 

PENDAKWAH APA ?"

Kalau dulu2 ada comic detective Dick Tracy sangat popular.Lepas tu ada show hiburan yang meletop The Dick Clark Show. Hari ni clip video teramat popular di Malaysia ialah The Dick Senik Show...atau Senik's dick show. Hahkakakakakaka...


cikminah commented on 

"SASPEN ! 

PENDAKWAH APA ?"

Pendakwah itu, DIA lagikah....atau ada orang lain yang suka nenas Serawak...???

MORAL KOMPAS DAH ROSAK

 


 MORAL KOMPAS

DAH ROSAK

Unknown commented on 

"KERAJAAN DULU -

 KERAJAAN SEKARANG"

Masyarakat kita memang dah rosak. Penerimaan rasuah sbg perkara biasa sudah meluas sbb itu pemimpin yg mengamalkan rasuah bebas sebebasnya dan tetap disanjung. Kita sudah sampai ke zaman bila rasuah menghampiri kpd kepercayaan ianya satu kebajikan untuk kebaikan masyarakat. Na'uzubillah minzaalik.

SAPA PENDAKWAH ITU ?

 


 SAPA 

PENDAKWAH ITU ?

herman adnan commented on

 "SASPEN !

 PENDAKWAH APA ?"

Isham! Pendakwah pun ada konek weeeiiii! Takkan KORANG baru tahu! Aku duk sekolah berasmara penuh di Kelantan Sham! Aku tau A sampai Z.... Kau kan MCKK.... Kau pun tahu kan....Pendakwah dan Kita langsung tak ada beza!

KITA BOLEH MENJADI INSAN YANG BAIK

 

 KITA BOLEH 

MENJADI

INSAN BAIK

TANDA KIAMAT - NAJIB DIBEBASKAN

 

TANDA KIAMAT

NAJIB & ROSMAH

DIBEBASKAN

AMIN

Unknown commented on 

"MASUKKAN 

NAJIB KE PENJARA"

Itulah tanda terawal kiamat dah sampai bila peminpin yang dipilih rakyat mebgkhianat kepada rakyat dengan menipu, mencuri dan nerompak khazanah rakyat. Jelas, terang dan lagi tersuluh kemunafikan yang telah dilakukan dan telah pun dijatuh hukum oleh sistem pengadilan tetapi mereka ini tidak terus dimasukkan ke Sg Buloh. 


Kalau dia ialah rakyat biasa pasti dia sudah disumbat ke Sg Buloh masa dia sudah didakwa kemunafikannya itu. Pihak penguasa yang bertanggungjawab yang membenarkan dia bebas bergerak malah boleh berkhutubah di Parliamen akan sama menerima balanya kerana berlaku tidak adil, double standard yang nyata... tunggula...

POLITIKUS BODOH TANDA NEGARA GAGAL

 



 POLITIKUS BODOH

TANDA

NEGARA GAGAL

Unknown commented on

 "BANJIR DAN KEMARAU 

TANDA KIAMAT"

Bukan saja banjir dan kemarau. Di Msia politikus bodoh pun tanda dunia kiamat. Rakyat dah kebuluran, mati kovid tapi politikus masih lagak bodoh, rebut kuasa.

RAMAI TELAH SEDAR SIAPA ANWAR IBRAHIM

 




 RAMAI TELAH SEDAR

SAPA 

ANWAR IBRAHIM



Unknown commented on

 "MASUKKAN

 NAJIB KE PENJARA"

Ini separuh jawapan saja. Bagaimana dengan Abam? Dia yang buat kacau kerajaan Pakatan jatuh, buat deal dengan tim banduan menyebab kerajaan kucar kacir, tak tumpu tangani kobid.

WARGA EROPAH KELUAR MELAWAN

 


 WARGA EROPAH

KELUAR MELAWAN

SELAMAT BERLAYAR

 

 SELAMAT BERLAYAR

Hari kapal haji  yang akan membawa Wan Timah aku   ke Mekah  telah ditetapkan.  Keluarga kami sekali lagi datang melawat ke rumah  Tok Sheikh di mana Wan Timah aku menumpang.  Abah aku hendak memastikan  kali terakhir apakah Wan Timah  memerlukan apa apa lagi.

Aku mengekor Abah  dengan mata yang cergas. Aku  memerhatikan di gigi  jalan dan di kaki lama. Mata  aku mencari getah gelang. Hari ke enam di Singapura aku telah berjaya mengumpulkan 74 helai getah  gelang. Aku tak sabar nak tunjuk pada kawan-kawan di sekolah.  Ini bukti sahih aku telah sampai ke Singapura.

Dari rumah Tok Sheikh kami menyimpang  ke  kedai tukang jahit.  Abah dan Uda Budin senyum melebar. Mereka gembira seluar yang ditempah telah siap. 

Di rumah Pak Long Sani - kain baju yang hendak lari dari cukai telah kering di ampaian. Nampaknya semua beres . Semua berjalan lancar. Dalam perancangan  keluarga Rais Manaf  dan Zaleha Sidek  hanya ada satu lagi tempat hendak di lawat -  How  Par Villa.

‘ Zaleha... esok bawa budak-budak ni lawat How Par Villa  di Pasir Panjang... tepi laut...’.  Aku terdengar  lorat Singapuree suara Mak Long  Sani memberi cadangan kepada Emak aku dua hari lalu.

‘ Apa tu...’ Emak aku bertanya.

‘ Tempat sembahyang China... di buat oleh China kaya ... towkay  ubat Cap Harimau...’ Mak Long menerangkan.

‘ Cap rimau ... ubat sapu...ubat tepung itu ke...’ Emak aku mahu kesahihan.

‘ Ialah.... China tu  towkay jual candu....jual ubat dan jual candu... banyak duit.. kaya jual candu lalu buat tempat sembahyang..’  Tuntas dari Mak Long aku.

Dari deretan kedai jahit Uda Budin membawa kereta ke arah Pasir Panjang. Kami melintasi kawasan perumahan.

‘ Berhenti jap..’ Emak aku  bersuara.

Bila kereta berhenti Emak aku keluar dan mendongak  memandang ke atas. Aku mengekor tak tahu apa yang dipandang oleh Emak. Abah, Uda Budin  dan yang lain semua keluar. Semua kami memandang ke arah pandangan Mak aku.

‘ Ooo... itu .. itu rumah flet... ini   rupanya rumah  flet... rumah bertingkat.. pandang tu...atas rumah ada rumah  ada rumah....’ Emak  aku  dengan cara gurunya cuba menerangkan apa itu flet.

‘ Kita... Kuala Lumpur  belum ada lagi rumah macam ini... Singapura dah ada...’ Cik Gu Zaleha memberi penjelasan.

Aku mendongak memandang  ke tiga deretan  bangunan di hadapan aku. Betul tinggi. Lebih dari tujuh tingkat – rumah atas rumah.  Dalam kepala aku terbayang betapa letihnya naik tangga kalau duduk di rumah paling  atas.

‘ Singapura ni ramai orang... tengok  di  Geylang tu.. bawah rumah pun ada penyewa.. bukan macam kampung kita... tanah luas....’ Emak aku masih meneruskan penerangan  tentang flet. 

Di dalam kereta aku masih lagi memandang rumah-rumah yang bertingkat-tingkat ini. Yang semakin kecil dan akhirnya hilang.

Akhirnya  kami sampai ke tempat sembahyang How Par Villa.  Letaknya  atas bukit menghadap  ke laut. Tapi tidak setinggi  bukit Makam Habib Noh.

Kami menapak masuk. Aku lihat banyak patung-patung  di buat dari batu dan simen. Patung ini tidak sebesar badan  manusia  tapi jelas  dengan rupa bentuk mirip manusia. Ada juga  patung burung, ular, naga dan harimau. Ada patung yang pecah aku ternampak dawai didalamnya.

Aku tak tahu apa sebenarnya tempat sembahyang ini.  Aku hanya mengekor Emak dan Abah aku. Kakak dan Abang aku kelihatan menghayati  patung-patung ini.

‘ Ini kesah negeri China...  Tok Pekong mereka...’  Cik Gu Zaleha memberi penerangan.

‘ Yang buat baik dibalas baik... itu nampak... itu Raja China..’ Emak aku menunjukkan kepada patung Maharaja China yang berjanggut panjang membawa pedang. 

Patung-patung ini semuanya berwarna warni.  Aku ternampak ada  ikan duyung  duduk  dalam  kulit kerang yang besar. Aku nampak ada naga dan ular bergaduh. Patung-patung ini ada yang menarik dan ada juga yang menakutkan.

Ada patung orang sedang kena seksa oleh panglima  yang berambut dan berjanggut panjang.  Pedang dan tombak kelihatan disana sini.
Ada tulisan China dan Inggeris  di tepi patung. Dua-dua tulisan ini aku  tak faham.

Akhirnya sikap aku -  sama seperti Sekolah Gambar – di How Par Villa  ini  juga aku tidak faham apa makna tempat sembahyang ini.  Emak aku hanya  menghebohkan towkay ubat tepung cap harimau ini jadi kaya kerana  menjual candu.   Apa dia candu  aku tidak tahu. 

Ubat tepung cap harimau aku tahu. Pernah aku  makan – tepung debu putih  -  ketika aku sakit gigi. Sepuluh  sen satu paket.  Rasanya amat pahit.

Aku  merasa bosan. Lalu aku  mencelah keluar dari rombongan keluarga. Aku menapak mengundur  kembali  ke bawah bukit  ke arah  laut. Aku rasa di tepi laut lebih menarik.

Air laut sedang  pasang. Ombak  kecil memukul gigi pantai.  Aku budak kampung dari Jelebu  memang  ‘rayat’ apabila melihat laut.  Duduk di Jelebu yang kami lihat hanya bukit , hutan dan sawah padi. Laut hanya mendengar khabar berita.

Aku meleser di tepi laut. Tapi ini  bukan pantai berpasir indah. Air laut  memukul sampai ke tepi belukar dan ke banir  kelapa. 

Mata aku ternampak  seorang budak perempuan China menapak dari bukit  How Par Villa menuju ke tepi laut. Awal tadi aku  sudah nampak budak perempuan China ini. Dia   mencebet balang ais  krim yang dijajanya di pintu masuk How Par Villa.

Aku perhatikan budak penjaja ais krim tadi berjalan menuju ke arah aku.  Tertiba  muncul seorang budak perempuan India. Rambutnya bertocang panjang tidak kontot seperti budak China penjual ais krim.

Kini aku berdiri  tercegat tidak juah dari mereka. Aku memerhatikan mereka berdua. Aku rasa mereka berumur  tua sedikit dari aku. 

Aku bergerak  tersorok  di tepi pokok kelapa agar hampir dengan mereka.  Aku   boleh mendengar  perbualan mereka walau pun ada desir ombak memukul pantai.

‘ Eh eh eh... lu apa khabar... ‘  Budak India bertanya  dengan suara mesra.

‘ Hari ini tak ramai orang disini... ‘ Budak China menjawab lembut.

Bila bertanya khabar untuk aku ini  maknanya mereka telah mengenal satu sama lain. Mereka berdua berkawan.

Aku budak Melayu  dari kampung belum pernah dalam hidup aku melihat budak perempuan  China dan budak  perempuan India berbual mesra menjadi kawan.

‘ Nak air krim ke ? ‘ Budak  China bertanya sambil membuka balang ais krim.

Budak India membuka sapu tangan. Dia mengikat duit  dengan bucu  sapu tangan. Dia mengira duit.

‘ Aku ada 4 sen saja....’  Dia menayangkan duit satu sen satu sen ditapak tangan. 

‘  Nak ais krim apa?...’

‘ Yang mana ada... tapi aku ada 4 sen.. harga lima sen kan..’

Budak perempuan China mengeluarkan air krim dan memberi pada budak perempuan  India. Aku di tepi banir kelapa memerhatikan saja.

‘ Tak pa... nanti bila  tahun baru.. kau ada duit.. kau datang rumah aku... ‘

Aku budak Melayu  kampung tak faham apa itu tahun baru. Tahun baru siapa.

‘ Janji.. jangan tak datang...’ Budak China mahu  jawapan.

‘ Datang... mesti datang...dulu pun aku datang...’

Babak tepi laut bawah bukit How Par Villa ini  sentiasa berada dalam ingatan aku.

 Apa yang aku lihat ini mempengaruhi hidup aku. Gambaran budak India membuka sapu tangan dan mengira satu, dua , tiga  dan empat  keping duit tembaga ini tidak pernah hilang dari ingatan walau pun di mana aku berada.

Tertiba aku dengar nama aku dipanggil.   Semua dah bersedia untuk bergerak pulang ke Geylang.

Ini malam terakhir di Singapura. Mak Long masak spesial – nasi biryani ayam. Kami sekeluarga dari Jelebu belum pernah makan nasi biryani. Malah aku sendiri tak tahu apa yang istimewa tentang nasi ini.

Sesudah makan  sebelum tidur aku mengira getah gelang aku. Masih belum sampai seratus helai. Esok aku berharap di pelabuhan aku akan berjaya lagi.

Pagi kami berangkat. Semua  berterima kasih. Semua berkirim  salam antara keluarga Rais  dan Zaleha dengan keluarga Pak Long Sani. 

Aku bersalaman dengan Anuar.

‘ Datang lagi...’ Anuar mempelawa  tangannya masih aku genggam.

‘ Kau laaa... balik kampung buleh nengok padi...’ Aku mempelawa Anuar kerana dia  pernah bercerita  pada aku yang dia belum  pernah  melihat sawah padi.

Bila dua-dua keluarga  mendengar aku mengajak   Anuar untuk melihat sawah – semua terbarai ketawa.

Dua keluarga berpisah.

Pak Uda Budin memandu dan membawa  kami untuk bertemu sanak saudara di  rumah Tok Sheikh. Disana Pak Angah Aminuddin abang kepada Abah aku  dan keluarga dan anak-anaknya   telah sedia menunggu. Mak Long  kakak Abah aku juga di sana.  Amjal – yang masih muda  bujang ada bersama.

‘ Orang ramai nanti...budak-budak ikut orang tua... jaga-jaga jangan  hilang...’ Pak Angah memberi ingatan kepada kami kanak-kanak.

‘ Ini simpan ini dalam poket...’  Pak Angah memberi kepada kami anak anak sekeping surat kecil.  Surat ini bertulis nama  Pak Angah: Aminuddin  Manaf dan alamat  kami:  Batu 2 ½  Kampung Chenor Jelebu.

‘ Kalau hilang cari mata-mata... beri surat ini..’ Pak Angah memberi arahan.  Kami anak-anak tak tahu apa yang sedang berlaku. Aku sendiri hanya mengikut saja.

Dari rumah Tok Sheikh  kami bergerak ke pelabuhan. 

Wow! Dari jauh aku nampak kapal tersergam besar. Aduh tak pernah dalam hidup aku dapat melihat kapal yang begini  besar. Memang besar – sebesar  tiga  pandang bola depan rumah aku. Sebesar satu blok kedai China di pekan Kuala Klawang.  Bukan sahaja besar malah tinggi. Ada tangga di tepi kapal untuk naik ke atas kapal. 

Kapal berwarna putih ini  ada cerombong asap. Di dinding kapal ini aku nampak ada  lubang-lubang yang  berkaca. 

Dari jauh aku nampak tulisan  di kepala kapal – Anshun. Inilah kapal yang Wan Timah  bersama Tok Barau dan Isterinya akan naik ke Mekah.

 Di bawah kapal ini  aku nampak orang ramai berpusu-pusu. Aku sedar mereka juga sama  seperti  keluarga Manaf  - mereka juga  anak beranak  hendak menghantar Tok dan Wan mereka ke  Mekah.

Kami sekeluarga  mula bergerak ke kapal. Makin rapat ke kapal makin aku rasakan diri aku mengecil. Kapal haji ini semakin membesar.

Aku nampak tilam, bantal, tikar mengkuang,  beg kain, beg getah  dan beg kulit dibawa naik ke atas kapal. Ada yang memikul, ada yang  menolak, ada  yang mencebet. ada yang menjunjung  – semua  barang milik bakal haji sedang diangkat  masuk ke dalam kapal.

Kami menapak di atas tangga kapal. Aku merasa takut tapi aku lihat Emak dan Abah aku berjalan seperti biasa  - ini menjadikan aku tenang dan  selesa. 

Sampai  ke  dalam kapal – ini tingkat atas – ada macam bilik untuk bakal haji.  Mengikut Abah aku – Wan Timah aku bukan duduk di kelas pertama tapi dalam perut kapal. Harga tambang lebih murah. 

Kami turun tangga masuk ke dalam perut kapal.  Sampai ke  satu dewan ada meja bulat dan di atas meja ini di hamparkan tikar, tilam dan bantal.  Tempat seperti ini   Wan Timah aku akan  tinggal. 

Tempat tinggal ini dibahagi-bahagi mengikut negeri. Orang Kelantan sesama Kelantan.   Wan Timah aku dan  pak Cik Barau dan isteri di  kawasan Negeri Sembilan.

Aku merayu  ternampak pelbagai rupa  bakal haji.  Hampir ke semuanya telah berumur. Mereka berkumpul  duduk atas tikar. Inilah saat anak dan cucu ,  saudara  mara menyatakan selamat jalan. Ada juga yang aku nampak menitiskan air mata. 

Aku ralit memerhatikan  babak-babak yang sedang berlaku di hadapan mata aku.  Tertiba  bila  aku sedar aku telah terpisah dari  Emak, Abah, Abang dan Kakak aku. Aku belum berjumpa dengan tempat tidur Wan Timah aku atau  Pak Angah aku.  

Aku pun mengekor jalan orang ramai.  Aku turun  tangga ke bawah  lagi. Aku sampai ke daerah yang aku lihat bukan tempat  tinggal tapi tempat injin. Aku gelabah. Aku tersesat dalam kapal.

Aku rasa dalam saku aku masih ada nota dari Pak Agah  aku. Kalau ada apa-apa berlaku aku wajib  mencari mata-mata. Ini arahan  dan pesanan akhir  dari Pak Angah aku.

Aku sampai kembali ke tingkat yang paling atas. Aku rapat  ke tepian dinding kapal untuk melihat ke bawah. Aku merasa berdiri di balkoni yang tidak selamat. Aku merasa gayat.  Aku mengundur menjauhkan diri dari tepi dinding kapal.  Aku memandang ke bawah. Mata  aku cuba mencari Emak atau Abah atau Pak Agah aku. 

 Aku merasa gayat.  Di hadapan aku berdiri seorang Abang.  Bila aku mengundur dia sedar aku takut dan gayat.  Dia tersenyum.  Dia mengamit aku datang. Aku rapati. 

‘ Saya takut... takut jatuh..’ Aku menerangkan ketika menghampiri tepi kapal.

‘ Jangan takut...’ Dia memberi aku  kekuatan diri.

Aku rasa Abang ini orang baik. Lalu aku membuka  surah.

‘ Bang...saya sesat... Emak dan Abah saya entah di mana... saya  nak pandang Emak saya  dari atas  kapal ke bawah...’ Aku minta simpati.

Mata aku memandang ke bawah. Mata aku merayau -rayau. Tertiba aku ternampak  satu sosok  memakai baju kurung berwarna coklat. Ini pakaian Emak aku pagi ini. Dari atas kapal Emak aku kelihatan amat kecil sekali. Tapi  sahih  kain coklat yang bergerak itu Emak aku.

‘ Itu Bang Mak saya...’ Aku cuba menunjukan  tapi gagal. Ada  ribuan manusia di bawah. Sosok berbaju coklat hilang. Lalu  aku mengeluarkan kertas yang diberi oleh Pak Ngah Aminuddin.

‘ Apa ni.. ‘  Abang bertanya.

‘ Saya dari Chenor... anta Wak masuk kapal nak pergi Mekah...’

‘ Sesat... tak pa.... kita cari mereka di bawah ...mari kita turun...’ Abang itu menarik  tangan aku.  

Kami turun tangga. Kelihatan ramai yang turun dari yang naik. Masih ada lagi beg dan tilam yang diangkat naik.

Sampai di bawah aku dengar suara dari kapal. ‘ Bakal- bakal haji dipersilakan naik. Tetamu dan saudara mara diminta meninggalkan kapal. Kapal akan bergerak tidak lama lagi...’  Pengumuman ini aku dengar dua kali.

Aku dan Abang kenalan baru ini menapak mencari  keluarga aku. Tak jumpa. Lam juga kami merayau. Aku menjadi risau.

Kami menyisir di tepi tebing laut. Keluar dari wilayah yang ramai orang.  Aku mengekor Abang baik ini.  Aku tercari-cari. Tertiba aku ternampak satu kumpulan keluarga yang aku kenal. Hati aku tenang.

‘ Bang... itu Emak saya...’ Aku berkata.

‘ Mana  kau ilang... lama  Mak cari...satu jam lebih mencari...’ Mak aku bersuara.

‘ Atas kapal sesat .. Abang ni yang bantu....’ Aku menerangkan untuk mereda keadaan.

‘ Ooo... terima kasih... terima kasih.. di mana jumpa...’  Keluarga aku semua senyum gembira. Aku yang hilang kini telah ditemui. 

‘ Atas kapal kak ... dia pandai... dia ada  tunjuk .. tunjuk surat...’ Abang itu bersalaman dengan Abah dan Emak aku. Keluarga  aku berterima kasih. Kemudian Abang  beredar. Nama Abang baik ini pun aku tidak tahu.

Dalam suasana gembira ini tertiba  kami terdengar suara dari alat pembesar suara dari atas kapal.

 ‘  Assamualiakom... ibu ibu bapak bapak ... saudara mara.. yang datang dari jauh... jangan risau... kita hanya berpisah selama tiga ... tiga bulan tidak lama..... mari kita bersama-sama doakan  mereka selamat pergi dan selamat pulang.....’

Kami semua melopong memandang ke arah  Anshun. Suara ini kami semua kenal. Ini suara Pang Ngah Aminuddin.  Entah macam mana Pak Ngah kami telah dapat kautim dengan Kapten Kapal. Pak Ngah dapat berucap dari atas kapal haji. 

Kami semua tersenyum. Aku merasa hebat betul Pak Ngah aku ini. Awal  pagi dia beri aku surat jika sesat. Sekarang dia pula berucap   kepada semua orang macam Kapten Kapal.

Tertiba muncul Amjal - adik lelaki Abah aku. Dia ada membawa kamera. Lalu kami satu keluarga bergambar. Latar belakang kami kapal Anshun.

Aku ingat lagi bila Amjal hendak memukul gambar aku keluarkan getah gelang dari saku aku. Getah yang terikat panjang aku pegang untuk digambari jadi  ingatan.

Peluit kapal berbunyi.  Kemudian pengumuman meminta semua bakal haji masuk ke dalam kapal.  Orang luar semua diminta  turun dari kapal. Peluit berbunyi lagi.

Suara bang kedengaran dari atas Anshun. Kapal perlahan-lahan bergerak meninggalkan pelabuhan. 

Kami anak beranak  masuk ke kereta dan bergerak sama. Mulanya  selari dengan jalan tepi laut.  Aku masih dapat melihat Anshun. Semakin kecil dari pandangan mata. Akhirnya hilang. 

Kami meninggalkan Singapura.

Melintas Tambak  Johor kami diperiksa oleh Kastam. Semua barang lepas. Kami tidak di cukai.  Kami meninggalkan Tambak Johor.

‘ Budin berhenti jap...’ Abah aku meminta Uda Budin memberhentikan kereta. Abah aku keluar. Tertiba dia menanggalkan seluar. Rupanya dalam selaur ada selaur ada kain batik.  Ini kain batik terakhir yang dibeli oleh  Emak aku tapi tidak sempat dibasuh. 

Abah aku lulusan Sekolah Pondok Lebai Maadah dan Special Constable berjaya menjadi penyeludup.

Kami anak beranak dalam kereta ketawa senang hati pulang ke Jelebu.  (TT)

TULISAN INI JUGA
DITERBITKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/07/28/selamat-berlayar/