ANAK BERANAK
MINTA DUIT DARI SOROS
SURAT ADINDA KEPADA KEKANDA
Tun Dr. Mahathir Muhamad
The Perdana Foundation
4372 – Precint 5 Putrajaya
Kehadapan kekanda-ku yang amat-amat
dimuliakan. Segala limpah kurnia sekelian alam ini hendaknya adalah milik kekanda-ku
seorang. Segala kuasa dalam alam ini terpusatlah hendaknya kepada kekanda-ku. Segala
gegak gempita seru sekelian alam ini hanyalah untuk kekanda-ku seorang. Segala cerakawala dialam samesta ini hendaknya
akan tunduk kepada kekanda-ku. Amin.
Adalah adinda harap-harapkan
surat ini akan menemui kekanda-ku
sekeluarga dalam keadaan sehat walafiat. Adinda anak
beranak juga dalam keadaan sehat
walafiat. Inginlah adinda memaklumkan disini
bahawa keluarga adinda akan mengadakan kenduri Bar Mitzvah untuk cucuanda adinda yang kelapan. Amatlah bebesar hati kami
sekeluarga jika sekiranya kekanda dan
isteri kekanda dapat bersama menyerikan
kenduri yang tidak seberapa ini.
Janganlah kekanda-ku risau
tentang cuaca di New York. Pada tahun ini cuaca tidaklah seganas saperti ketika
kekanda melawat George Bush dahulu. Jangalah risau tentang rambut Cik Siti Isteri kesayangan kekanda. Adinda berani memberi jaminan yang rambut Cik Siti tidak akan ditiup angin saperti yang berlaku dahulu. Ini janji
seorang Yahudi.
Kekanda-ku yang adinda sayangi,
Dalam surat ini adinda ingin
menjelaskan beberapa pekara yang akan
dapat membantu kepentingan kita bersama.
Adinda amat-amat faham kenapa kekanda selalu
mengutuk Yahudi. Adinda teringat lagi bagaimana kekanda telah menibai Yahudi dalam
di Persidangan Negara Islam dimana kekanda sendiri yang menjadi tuan rumah. Adinda faham ketika
itu kekanda sedang meminta duit dari Saudi dan Kuwait.
Dalam hal kelentong
mengelentong ini adinda cukup hormat kepada kekanda. Tabik spring untuk kekanda-ku tercinta. Kekanda-ku
cukup pandai memilih masa, tempat dan pendengar untuk berkelentong. Malah pada
hemat adinda dalam politik dunia hari
ini tidak ada sesiapa pemimpin dunia yang memiliki keupayan dalam hal kelentong mengelentong.
Adinda juga difahamkan
perkataan kelentong ini berasal usul dari ‘keling tong’. Adinda diberitahu Keling yang dimaksudkan ini adalah warga India yang ke hulu ke hilir membeli tin dan botol kosong pada satu ketika dahulu di
tanah air kekanda. Adinda juga diberitahu mengikut sejarahnya kaki kelentong keturun jenis kekanda ini
telah wujud lama. Dari zaman keSultanan Melayu Melaka lagi telah ada
mamak...oppsss.. kaki kelentong yang melakukan porak peranda di Istana
Sultan Melaka.
Maka jelaslah disini bahawa
kekanda memiliki keupayaan mengelentong yang turun temurun. Agaknya
mengelentong ini telah lama tersemai dalam DNA baka kekanda-ku. Sebagai seorang
Yahudi yang amat arif dalam hal kelentong mengelentong ini
adinda terpaksa mengakui bahawa kekanda-ku tidak ada tolok bandingan dengan
Yahudi-Yahudi diserata dunia ini.
Kekanda Mamak...opps...yang
amat dimuliakan,
Ingin adinda memberitahu
bahawa serangan kekanda terhadap Yahudi ini
cukup menyerlah. Adinda diberitahu oleh ajen-ajen NGO yang adinda pasang dalam
negara kekanda bagaimana Orang Melayu telah berjaya dikelentong sehinggakan
mereka terlupa bahawa 24 dari 25 nabi-nabi yang wajib mereka ketahui adalah
dari kaum Yahudi. Syabas kekanda-ku!
Hanya satu pekara yang
merisaukan hati adinda apabila kekanda-ku menibai Yahudi. Pekara ini ialah
tentang Palestine. Adinda dari awal lagi
memang tidak menyokong apa yang dipanggil negara Israel. Biarlah adinda terangkan disini walaupun adinda ini seorang Yahudi tetapi
adinda ialah warga Amerika. Adinda tidak
pernah membantu Israel. Malah ketika George
Bush ingin bertanding adinda telah memberi 100 juta dolar kepada gerakan anti-
parti Geroge Bush.
Adinda disini amat berbangga
untuk memberitahu kekanda-ku bahwa banyak hospital, NGO di Gaza dan di Tebing Barat yang
mendapat bantuan dana Georgge Soros. Adinda lakukan ini dengan senyap-senyap
kerana Yahudi yang baik ialah Yahudi
yang senyap. Bukan saperti Mamak yang jahat ialah mamak yang bising
Dalam hal Yahudi dan Palestine
adinda faham akan latar belakang
kenapa kekanda-ku semakin lantang menyerang George Soros. Adinda yakin bahawa kekanda sedar dan tahu
bahawa ramai Yahudi saperti George Soros
yang tidak menyokong Isreal. Mustahil kekanda tidak membaca risalah dan
buku-buku tentang Jews Against Zionism.
Tetapi adinda faham. Kekanda-ku
buat hingar bingar tentang George Soros dan Yahudi ini agar Orang Melayu yang
telah kekanda bangangkan itu akan terus bangang. Mereka tidak ternampak bahawa
anak kekanda sendiri sudah berjaya menjadi pemilik kilang arak
yang terbesar di Asia. Kekanda kutuk
Yahudi untuk tutup cerita kilang arak. Syabas, kekanda-ku.
Kekanda-ku yang bijak
berkelentong,
Ingin adinda terangkan
disini bahawa adinda memberi duit kepada
pelbagai NGO di Malaysia bukan satu yang
rahsia. Satu dunia tahu George Soros
memberi dana kepada pelbagai NGO di Asia, Afrika dan Latin Amerika.
Adinda telah membuat dasar agar dana George Soros diberi kepada semua
NGO yang diyakini akan dapat membantu kewujudan demokrasi dalam dunia ini. Wakil
adinda Puan Maureen di Hong Kong sering memberi tahu adinda bahawa Open Society
Initiatives (OSI) tidak pernah
berlaku tidak adil dalam mengagihkan dana
kepada NGO di Malaysia.
Kekanda-ku Mamak Mahathir,
Sila tanya sendiri kepada Datin Paduka Marina apakah OSI tidak pernah memberikan dana
kepada Majlis Aids Malaysia? Berapa
kali ganda dana OSI mencurah masuk kepada Majlis Aids berbanding dengan yang diagihkan kepada SUARAM?
Dalam hal ini adinda
kelihatan tidak berapa telus dan jujur apabila membuat kenyataan bahawa hanya
SUARAM dan Malaysiakini sahaja yang mendapat duit dari Soros. Nampaknya
persoalan yang adinda timbulkan ini amat bodoh kerana kekanda memang suka mengelentong
dan memiliki tabiat membuat bohong. Ini dipanggil Auta Keling.
Adinda pernah diberitahu
oleh Tun Musa Hitam dan Dr. Zahid Hamidi bagaimana kekanda sering
membuat muka deek dan terus berbohong
ketika kabinet bermesyuarat . Mengikut
Tun Musa inilah kekuatan budaya seorang Mamak Tongkang yang tidak pernah
diketahui asal usulnya keluarganya. Malah adinda difahamkan Tun Musa sendiri
nyaris akan dituduh merogol budak bawah umur jika Tun Musa tidak mengundur
diri. Saheh kekanda-ku bijak menipu.
Memanda Mamak Kaki
Kelentong,
Disini adinda ingin berterus
terang memandangkan perhubungan kita
telah lama terjalin. Adinda sedar bahawa kekanda pernah menuduh si
Yahudi George Soros sebagai penyangak
mata wang. Tuduhan ini timbul kerana
kekanda ingin menutup cerita bahawa kekanda sendiri pernah terbakar tangan
ketika cuba menjadi peniaga mata wang pada tahun 1992.
Kekanda bernasib baik kerana Bani Melayu bebal dan bodoh. Mereka
tidak sedar bahawa 10 bilion ringgit duit Bank Negara telah hangus apabila Mahathir Muhamad cuba bermain mata wang dipasaran dunia untuk
melawan George Soros.
Kekanda Mamak Kaki
Kelentong,
Adinda amat-amat sedar
bahawa pada ketika ini kekanda dalam keadaan yang merungsingkan. Dari laporan
media dan dari laporan CIA yang sampai ke tangan adinda telah jelas bahawa pada
ketika ini parti yang kekanda-ku tubuhkan itu akan mati tegak.
Disini ingin adinda bocorkan
satu berita kepada kekanda-ku. Minggu lalu dalam satu soiree di New York secara
tidak sengaja adinda telah terserempak dengan David Petraeus. Sekarang ini si David ini telah menjadi
Pengarah CIA. Adinda cukup kenal dengan keluarga budak ini. Ayah budak ini
datang dari Belanda, satu kapal dengan adinda dahulu ketika kami mendarat di New York. Tetapi keluarga Petraeus ini bukan dari keluarga Yahudi
saperti keluarga adinda.
Mengikut labon si Petraeus ajen-ajen CIA telah banyak masuk ke
Malaysia. Ada yang menyamar sebagai guru, ada yang menyamar sebagai ahli
perniagaan, ada yang menyamar sebagai agamawan – semua datang untuk mengumpul maklumat. Apabila mendengar labon si Petraeus ini adinda hanya tersenyum.
Adinda sedar bahawa CIA juga
menaburkan dana kepada pelbagai jenis NGO di Malaysia melalui National Endowment for Democracy (NED) dan International Republican Institute
( IRI). Tetapi dua-dua ajensi ini hanya ‘mengabihkan boreh’ berbanding dengan
laporan yang diterima oleh George Soros.
Biar adinda berterus
terang kepada kekanda disini bahawa CIA juga
terpaksa datang berkali-kali ke pejabat
George Soros untuk meminta laporan-laporan
NGO ini. Ajen-ajen CIA perlu membuat perbandingan dan meneliti laporan NGO yang diterima oleh
pejabat George Soros.
Laporan-laporan terkini dari
NGO Malaysia yang mendapat dana dari
George Soros menunjukkan bahawa jika
pilihanraya diadakan secara telus dan adil maka Uniited Malays National Organisation Baru akan
kalah terok. Dari laporan CIA juga
adinda difahamkan bahawa parti United Malays National Organisation sedang
merancang untuk menipu pada pilihanraya
yang akan datang.
Wahai Mahathir Muhamad,
Sedarlah bahawa CIA dan
George Soros tahu rancangan penipuan yang sedang diatur. CIA tahu semua
rancangan ini untuk memastikan parti kekanda terus berkuasa. Tetapi sedarlah bahawa CIA dan George Soros juga sedang merancanag untuk memastikan
pilihanraya yang akan datang ini bersih dan adil. Jika parti kekanda menang
dengan cara penipuan maka kakanda akan lihat sendiri akibatnya. Ini bukan
amaran. Ini satu janji dari seorang Yahudi.
Wassalam.
p/s . George Soros telah
mengarah Puan Mauren ajen OSI di Hong Kong untuk mengeluarkan dana kepada
Majlis Aids Malaysia.
p/s . George Soros minta
maaf tahun ini dana tidak dapat
diberikan kepada Perdana Foundation yang telah melamar.
SATU DEMO MEGA WAJIB
8 TUNTUTAN TIDAK DIPEDULIKAN