Khamis, 28 April 2016

USTAZ MODEN






BETUL KE?

KALAU BETUL

SELAMAT

MENANG



Juanda ustaz moden, bukan ustaz “haram haram” – Adenan

 | April 28, 2016
Sarawak mahukan agamawan yang berpandangan luas, liberal





KUCHING: Calon BN bagi kerusi DUN Jemoreng, Dr Juanda Jaya merupakan agamawan yang luar biasa dan mempunyai ciri-ciri yang Sarawak mahukan, kata Ketua Menteri, Tuan Haji Adenan Satem.
Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana bekas Mufti Perlis itu boleh menyumbang kepada wawasan progresif Adenan untuk Sarawak — negeri yang terkenal tegas berpendirian sekular.
“Beliau (Juanda) seorang ustaz moden. Beliau bukan seorang yang berfikiran sempit, tidak berlagak alim, berpandangan luas dan sangat liberal. Ciri-ciri ustaz yang kita mahukan.

KAH KAH KAH

woit

satu malaysia

dah letih dengan

ustaz youtube

ustaz halal haram

ustaz kapir kapir

satu malaysia 

menunggu sampai

ustaz tegak adil

ustaz alam sekitar

ustaz anti rasuah

ustaz kerajaan baik

dah selalu dengar

api neraka

tapi  api leterik

mahal gila

selalu dengar

padang mashar

tai padang bola


dirampas permaju


kah kah kah

YA USTAZ


-------------

DENDAM SAORANG AYAH







HARI HARI

AKHIR SAEKOR

ENCIK

Isu pertukaran MB: Tanya Najib, tanya Ahmad Razif

Bekas Menteri Besar Terengganu  Ahmad Said hari ini enggan memberi sebarang komen terhadap kemungkinan penyandang jawatan itu kini, Encik Ahmad Razif Abdul Rahman bakal digantikan.
Kenyataan itu dibuat walaupun sebelum ini Ahmad dilaporkan memberitahu media Ahmad Razif "sedang menunggu masa" untuk diturunkan daripada jawatannya.
Ahmad yang juga ADUN Kijal juga berkata beliau memberitahu Datuk Seri Najib Razak supaya menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi meminta perkenan agar pertukaran dilakukan.
Beliau juga mengingatkan Ahmad Razif supaya tidak membiarkan situasi politik di Terengganu tiba ke peringkat sultan terpaksa membubarkan DUN.
Kata Ahmad pertukaran menteri besar di negeri itu dianggap isu sensitif kerana membabitkan sultan.
"Saya no comment. Ini isu sensitif yang libatkan tuanku (Sultan Mizan)," katanya kepada Malaysiakini.

KAH KAH KAH

woit

encik ahmad kata

tanya encik razif

atau tanya

tun maharembat

kah kah kah

sekarang canteek

bila musuh gaduh

kita  curah minyak

jadi abtu api

kah kah kah

kalah jadi abu

menang jadi arang

kah kah kah

BATU API API 

----------

ULAR KAK MAH







ULAR LAK MAH
Hemdulilah .. kita bernasib baik sebab tukang jaga kes ular ni adalah Pak Subramaniam. Tapi ari tu, Kak Mah kita juga ada bagi nasihat pasal ular. Yang aku heran, selepas Kak Mah bagi nasihatnya yg masyur tu, makin banyak pulak ular keluar .. 

kahkahkah Ular Kak Mah yg sekor tu, dengarnye tak matuk ya, tapi membelit .. belit lagi seksa dibuatnya sebab ia membunuh cara pelahan. Bila pulak agaknya ular Kak Mah ni nak berenti membelit .. Chedet dah bising dah ni .. jgn mara saja tanye. on TANDA DAN MAKNA
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 4/28/16





---------

KRISIS BERTERUSAN







KRISIS GANU

BERTERUSAN





Ahmad Said: PM tak boleh beli saya

Bekas menteri besar Terengganu  Ahmad Said menegaskan bahawa beliau tidak boleh dibeli oleh sesiapa, termasuk Najib.
“Orang tidak boleh beli Mat Said, PM,” katanya sambil berkata “nanti saya cerita”.
“Kalau saya terima saya dah jadi jutawan. Saya tak terima satu sen pun.

KAH KAH KAH

woit 

hebat mat said

tak dapat dibeli

inilah contoh

budaya melayu

ingat tak sejarah

dang anum

anak  gadis

sang rajuna tapa

disula dimalukan

raja singapura

ingat tak kenduri

kahwin dirumah MB

hampir batal

mat siad dimalukan


MALU MUKA


--------------

YANG SAH TARAF






 KEDUDUKAN ANAK TAK SAH TARAF - Jabatan ...

www.islam.gov.my/.../jakim-anak_tak_sah_taraf.pdf
Translate this page
Mar 18, 2013 - Fenomena anak tak sah taraf di Malaysia seakan-akan sudah menjadi .... Anak yang lahir dalam jangka masa yang tersebut dikira sebagai sah


YANG SAH TARAF BOLEH MEROMPAK
anak tak sah taraf masih lg manusia..yg sah taraf bole merompak dan merembat duit rakyat..anak tak sah ni bole dibela, dijaga agar bole taat setia kpd umno bn..walupun masih kecil atau berumur 21thn, nama mereka bole digunakan utk prn..

yb2 sile dptkan senarai nama anak2 tak sah taraf itu di jpn2 berdekatan anda..senarai nama itu bole diulangpakai di kawasan2 parlimen yg lain..undi anak tak sah taraf itu halal hukumnya jika digunakan utk menolong pemerintah..amal jariah..berkah negeri darul makmur.. on KEDAH PUN HEBAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/27/16



------------

BERCAKAP BENAR









JIKA  KAMU

BERCAKAP BENAR

KAMU DITUDUH 

PENJENAYAH

INI TANDA NEGARA

SEDANG DIKEPALAI

OLEH PENJENAYAH


------------

PANAS TERUS MENYERANG







BERINGAT

BERHATI 

WASPADA







More than 100 feared dead in India heat wave
BHUBANESWAR, INDIA/KARACHI, PAKISTAN (REUTERS) - More than 100 people are feared dead in India in an early-summer heat wave which forced schools to close and halted outdoor work like construction, government officials said on Thursday (April 21).
Neighbouring Pakistan, which suffered its hottest spell in decades last year, plans to open 500 response centres to provide shelter and cold water to people if a heat wave warning is issued, a government official said. No heat deaths have yet been reported.
India's hottest months are May and June, but some states have already registered temperatures in excess of 40 deg C, forcing authorities to take emergency steps.

Heat wave: Average temperatures in Thailand exceeds 40 degrees Celsius

BANGKOK: Animals at Bangkok’s zoo are being fed special frozen fruit pops. People are flocking to shopping malls just to soak up the air-conditioning.

Authorities are telling people to stay out of the blazing sun to avoid heat stroke. April in Thailand is typically hot and sweaty, but this year’s scorching weather has set a record for the longest heat wave in at least 65 years.



--------------

SUDAH JUMPA




SEDANG CARI

UBAT TAHAN 

LAMA



SU politik nafi MB T'ganu batal acara rasmi

Dr Mohd Rozailan Ibrahim @ Mamat berkata menteri besar akan terus menjalankan tugas-tugas rasmi seperti biasa.




KAH KAH KAH

woit

dah jumpa

ubat tahan lama

kah kah kah

tahniah beeb

UBAT TAHAN 


-------------

SEDIA UNTUK LARI




ARUL 1MDB

TELAH SEDIA

UNTUK CELAH



Laporan PAC timbulkan lebih banyak persoalan


SHAH ALAM - Pendedahan yang dilakukan oleh Presiden/Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang tidak menolak kemungkinan ada penipuan besar-besaran berlaku dalam syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu bakal merumitkan lagi isu berkenaan.  

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berpendapat, perhatian pasti terhala ke arah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sebelum ini membentangkan laporan sebaliknya.

“Ia pasti akan bertambah rumit. Isu hutang yang perlu dibayar mendapat perhatian semua. Jadi apa yang disebutkan oleh ramai ahli politik, termasuk ahli PAC, bahawa isu 1MDB telah selesai nampaknya tidak tepat.

“Laporan PAC mengenai pengurusan 1MDB yang dibentangkan sebelum ini pasti dianggap tidak menyeluruh, malah, timbul lebih banyak persoalan lain,” katanya.

Menurutnya, isu berkenaan masih penting kerana rakyat mahu tahu kebenaran, termasuk persoalan seperti kenapa laporan 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Banyak persoalan akan terus timbul, malah mereka yang memberi perhatian terhadap isu ini akan menanti sehingga persoalan mengenai siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam isu hutang 1MDB, terjawab.

“Saya juga percaya lebih banyak konflik akan timbul selepas ini apabila satu persatu isu lain timbul oleh mereka yang terlibat dengan 1MDB dan perhatian pasti diberikan kerana akhirnya 1MDB adalah tanggungan kerajaan juga,” katanya.


KAH KAH KAH


woit

tuan profesor

arul nak belah

arul nak celah

tim FBI dah sampai

kah kah kah

temubual terbaru

tujuan jaga diri

kalau berhenti 

ada rekod baik

bercakap  benar

boleh cari tempat

kerja baru

kah kah kah

CABUT LARI 

---------

SURAT AKAU UNTUK KAMU




SURAT AKU 

UNTUK KAMU


kawan yang baik hati,

cuaca makin panas.diluar tingkap aku nampak langit kelihatan keruh.udara bahang membakar. aku berseluar pendek. baju aku tidak dibutang. aduh - jam baru melintas 9.30 pagi telah bagini panas.

petang kelmarin hujan nak turun tapi tak turun. rintik rintik menjadikan lagi berbahang dan panas. ini mungkin hujan buatan - pembenihan awan bukan hujan hadiah dari alam.

aku keletihan dalam cuaca sademikian.

kawan yang baik hati,

sabenarnya aku takut. bukan panas ini yang aku takuti. aku takut apabila melihat anak anak kecil, aku takut melihat ibu yang mengandung.

aku takut anak anak kecil ini. aku takut anak yang akan lahir ini akan menerima hakikat bahawa inilah bumi kita. inilah tanah air mereka - malaysia - inilah tanah melayu ku.

mereka tidak tahu bahawa daerah chuping tidak pernah sepanas ini. sekolah tidak pernah ditutup kerana panas. ular tidak sering keluar mematuk.

mereka tidak tahu betapa indahnya bumi tropikal ini. betapa landai pantai telok kemang. betapa romantiknya pantai cinta berahi. air terjun dan gunung ganang yang memaku bumi ini adalah lukisan alam untuk umat manusia

aku amat takut bahawa mereka akan menerima bahawa saban tahun jerebu akan menyerang. saban tahun ada sekolah akan ditutup. saban tahun akan ada catuan air.

aku amat amat takut. anak anak yang dilahir dizaman ini akan menerima hakikat bahawa inilah ini. mereka menjadi biasa. lalu mereka menerima. 


kawan ku,

apakah kau tidak terpikir tentang ini? atau hanya aku seoarang saje yang sibuk mibuk. aku hanya bertanya. jawapan ada didada kamu.

aku menunggu jawapan dari kamu. surat ini aku tulis sebelum aku ke penjara.

ikhlas dari aku
jam 10 pagi
khamis 28/4/16


------

ANAK MUDA JADI MANGSA






ANAK MUDA

JADI MANGSA

HUTANG 

PTPTN MENJADIKAN ANAK MUDA SEBAGAI MANGSA

Laporan berkenaan para graduan yang gagal atau tidak mampu membayar hutang PTPTN, dan oleh itu menghadapi kesukaran untuk membeli kereta, rumah atau memohon kad kredit, amatlah mengecewakan.

Ini diakibatkan oleh rekod yang dihantar oleh PTPTN ke pengkalan data CCRIS.

PTPTN sememangnya hanya melakukan apa yang patut untuk mendapatkan semula hutang belum berbayar yang kini berjumlah RM8.3 billion.

Pada masa yang sama semua orang haruslah bertanggungjawab menyelesaikan hutang mereka.

Tetapi kejadian ini menunjukkan sekali lagi bawah tadbir urus kerajaan yang kurang cekap terhadap ekonomi Malaysia hanya menyusahkan rakyat.

Memang mudah jika kita hendak menyalahkan graduan muda di dalam hal ini. Tetapi tindakan itu seakan-akan tidak menghiraukan keadaan realiti hidup yang semakin sempit untuk semua orang.

Dalam hal ini kerajaan bertanggungjawab kerana telah memotong pelbagai peruntukan di dalam sektor pendidikan sehinggakan untuk menyambung pelajaran ke pendidikan tinggi juga amat sukar tanpa PTPTN atau pinjaman lain.

Begitu juga dengan keperluan lain seperti kereta yang sudah menjadi satu benda wajib untuk hidup di bandar. Jika disenarai hitamkan oleh CCRIS maka lebih susahlah anak muda hendak mendapat pekerjaan dengan gaji yang baik yang membolehkan mereka membayar hutang.

Apa yang turut merisaukan adalah PTPTN juga menggalakkan pembayaran hutang melalui pengeluaran KWSP. Ini sedangkan wang persaraan juga perkara yang penting. 

Ramai anak muda Malaysia menghadapi risiko dibelenggu hutang, dan ini mungkin berlangsung sehingga selepas mereka bersara.

Alasan yang diberikan oleh Pengerusi PTPTN Shamsul Anuar Nasarah, bahawa tindakan menyenarai hitamkan mereka yang gagal membayar hutang adalah untuk menggalakkan pembayaran juga jelas menunjukkan mereka tidak memahami isu sebenar di dalam hal ini; iaitu nilai kos sara hidup yang tinggi di samping gaji yang rendah memberi tekanan kepada anak muda untuk menguruskan kewangan harian mereka.

Apa yang pasti di sini adalah Malaysia amatlah memerlukan satu rombakan yang radikal terhadap model pembiayaan pendidikan tinggi.

Juga majikan perlulah mula meningkatkan tangga gaji pekerja, terutamanya golongan "Bawah 40". Di samping itu majikan yang melakukan sedemikian haruslah diberikan pelepasan cukai.

Negara ini juga amat memerlukan reformasi ekonomi untuk memastikan semua rakyat diberi peluang yang cerah.

Rakyat Malaysia mampu mengubah keadaan ini dengan memilih kerajaan yang akan mementingkan rakyat, daripada survival politik.

Pengundi di Sarawak patut menjadi contoh pada 7 Mei 2016, dengan menolak kerajaan yang jelas sudah gagal melaksanakan polisi mesra rakyat.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN


----------

TANDA DAN MAKNA






CUACA PANAS

MENGUBAH

SEMUA ALAM

APA KAMU

MASIH TIDAK 

SEDAR TANDA

DAN MAKNA

730 kes mangsa patukan ular sejak Januari

PUTRAJAYA - Sebanyak 730 kes mangsa dipatuk ular dengan satu kematian dilaporkan di seluruh negara dari Januari lepas sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata, Kedah merekodkan jumlah tertinggi kes patukan ular iaitu 195 kes diikuti Perak (107 kes) dan Selangor (78 kes) manakala satu kematian berlaku di Kelantan.

Beliau berkata, perlu dapatkan rawatan kecemasan dengan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan sekiranya terdapat mangsa yang disyaki dipatuk ular.

"Jangan buat apa-apa yang lain seperti potong luka, jangan cuba keluarkan air atau bisa atau darah dari tempat patukan. Juga tidak perlu ikat luka dengan kain.

"Pergerakan bahagian badan yang dipatuk ular perlu dikurangkan dan mangsa perlu ditenangkan. Segala keputusan mengenai memberi antivenom atau tidak akan dibuat oleh doktor," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Dr Subramaniam juga memberi jaminan terdapat bekalan antivenom di 139 buah hospital kerajaan di negara ini dan sekiranya ubat penawar bisa ular itu kehabisan di sesebuah hospital, ia boleh dihantar ke hospital itu.

Katanya kebanyakan kes dipatuk ular di negara ini melibatkan ular tidak berbisa dan menurutnya doktor akan menentukan jenis antivenom yang akan diberikan dengan perlu mengetahui jenis ular yang patuk berdasarkan ciri-cirinya.

"Ini tidak bermaksud kita kena tangkap ular dan bawa ke hospital. Kalau pihak Bomba atau Perhilitan sudah tangkap ular itu, mereka boleh serahkan di hospital untuk bantu doktor," katanya.

Menurut Dr Subramaniam, terdapat dua jenis antivenom iaitu yang spesifik terhadap satu jenis ular atau 'mono-valent' dan kombinasi beberapa jenis ular atau 'poly-valent'.

Katanya susulan kes kematian pelajar Tahun Satu akibat dipatuk ular baru-baru ini di Kelantan, buat masa ini belum ada keperluan untuk antivenom dibekalkan di sekolah-sekolah kerana ia hanya boleh diberikan oleh doktor dalam keadaan terkawal.

"Antivenom tidak boleh diberikan oleh sesiapa kerana risikonya. Risiko antivenom adalah lebih besar berbanding patukan ular itu sendiri. Seseorang itu mungkin menerima tindak balas daripada antivenom kerana ia diperbuat daripada serum kuda. Apabila disuntik dengan serum haiwan, tubuh manusia akan bertindak balas dan kami perlu mempunyai kemudahan untuk memulihkan pesakit yang dirawat itu," katanya. - Bernama

woit

tidak ada apa

perlu ditambah

satu ingat untuk

kita semua

apakah kita masih

gagal memahami?

 

-------------------

HUTANG LAGI






HUTANG LAGI

LAGI LAGI

HUTANG



Arul Kanda beritahu kepada Najib kerajaan perlu tanggung kerugian US$6.4 bilion, dedah akhbar Singapura


Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda sudah memberi penerangan kepada Najib berkenaan sejumlah ganti rugi yang perlu ditanggung kerajaan jika berlaku “ingkar” (default) dengan syarikat berpengkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
Sebuah akhbar berpengkalan di Singapura, Straits Times yang dipetik berkata Arul memberitahu Najib, sejumlah US$6.481 bilion perlu ditanggung oleh kerajaan Malaysia dibawah klausa ganti rugi dengan IPIC sekiranya berlaku “ingkar”.
Jumlah tersebut meliputi 4 peratus hutang tertunggak kerajaan, ia termasuk US$3.5 bilion bon, US$1.15 bilion wang tunai pendahuluan dan US$481 juta pertikaian pembayaran yang dikatakan milik IPIC, dedah sumber daripada pegawai kerajaan kepada Straits Times.
Memetik akhbar tersebut lagi, sumber juga mendedahkan pemimpin atasan kerajaan sedang membincangkan jalan keluar kemelut antara IPIC dan 1MDB.
Minggu lepas, IPIC mengumumkan menamatkan perjanjian yang menyediakan sokongan kewangan kepada 1MDB yang dilakukan pada Jun tahun lepas selepas firma dari Malaysia itu gagal memenuhi tanggungjawabnya kepada dana Abu Dhabi.
Dalam makluman kepada Bursa London, IPIC berkata, dana Malaysia dan Kementerian Kewangan negara itu gagal memenuhi tanggungjawab termasuk melakukan pembayaran berjumlah AS$1.1 billion dan juga faedah yang kini tidak ditunaikan. – 26 April, 2016.

woit

mana nak cari

duit sebanyak ini

mana nak cekau

sapa nak bayar

sapa nak tolong

HUTANG LAGI
--------------

SENGAJA BUAT DUNNO









SENGAJA BUAT DUNNO
kebanyakan orang bukan x tau bahasa atau nahu bumi yg mengisahkan kesakitan alam sekeliling; mereka sengaja buat dunno. Sebab utama senang je: kerana mereka mau melebihkan usaha cari makan dulu drpd memikirkan mcm mana nak lestarikan sumber kegiatan ekonomi.

 Untuk mereka, keuntungan peribadi yg maksimum adalah sesuatu pencapaian yg blh jamin kelangsungan kehidupan peribadinya biarpun keuntungan ini sementara saje dan merosakkan kualiti alam sekeliling.

 Ini macam Imperialis Anglo-Amerika yg asyik cari gaduh di Timur Tengah sebanyak mungkin untuk menguasai sumber galian minyak walhal bekalan galian minyak di dunia semakin mengurang. Ada orang jg anggap usaha2 yg berkaitan dgn pengurangan impak alam sekeliling tidak mendatangkan keuntungan maksimum dlm tempoh masa yg cepat kalau berbandung dgn kegiatan ekonomi yg tidak mesra alam tp lebih jimat masa untuk menjana keuntungan.

Contoh baik yg kita blh nampak adalah pembakaran terbuka; ia masih diamalkan di ladang kelapa sawit, hutan atau di on BUMI SEDANG BERCAKAP
Publish | Delete | Spam
Loh CK
on 4/27/16





----------------

GABENOR BARU BANK NEGARA






TAHNIAH

SATU PENANTIAN

YANG 

MENDEBARKAN



Muhammad Ibrahim dilantik Gabenor Bank Negara

KUALA LUMPUR: Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei 2016. 

Pelantikan itu diumumkan  dalam satu kenyataan sebentar tadi bagi menggantikan  Zeti Akhtar Aziz yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 April ini.


--------------