Selasa, 11 Julai 2023

UMNO LARI DARI PAKATAN ?



GEROMBOLAN

AKAN LARI DARI

PAKATAN ?

JENG JENG JENG

AMIN 

MENTERI JANGAN SUSAHKAN POLITIKUS


Ahli politik diminta tidak sebar berita palsu, kata timbalan menteri

AHLI politik perlu menghindarkan diri daripada menyebarkan berita palsu menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

Beliau yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP berkata ini kerana pada kebiasaannya menjelang pilihan raya, banyak berita yang tidak tepat dan tidak benar atau berita palsu akan timbul.

“Jadi sebagai ahli politik, kita kena ada prinsip sikit, jangan jadi ‘orang’ yang menyebarkan berita palsu, ini juga satu peringatan untuk diri saya sendiri.

“Semua rakan-rakan di luar sana sama ada dalam parti yang sama atau tidak, yang penting kita kena ingat sebagai Ahli Parlimen, wakil rakyat atau ahli politik kita semua adalah rakyat Malaysia, jadi janganlah buat apa-apa yang boleh merosakkan negara tercinta,” katanya ketika menjadi tetamu pada program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di saluran TV1 hari ini.


Rabu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian.

Dalam pada itu, Teo berkata rakyat Malaysia juga boleh memainkan peranan untuk sama-sama membantu memerangi penyebaran berita palsu bagi mengekalkan semangat perpaduan di negara ini.

“Saya harap semua rakyat Malaysia bantu kami untuk perangi berita palsu, janganlah kita biarkan berita palsu membawa kepada kerosakan kekal terhadap perpaduan kita. Meskipun berbeza pendapat tetapi (ia) tidak sepatutnya memberi kesan negatif atau menjejaskan hubungan kita sesama rakyat di negara ini,” katanya.

Menurut beliau rakyat Malaysia pelbagai latar belakang bangsa dan agama telah hidup bersama selama hampir 66 tahun sememangnya berbangga dan perlu ada semangat patriotik bukan hanya pada Hari Kebangsaan atau Bulan Kebangsaan sahaja. – Bernama, 11 Julai, 2023.

WOIT

INI SATU KERJA

AMAT SUSAH

UNTUK POLITIKUS

KAH KAH KAH

IKAN BUSUH

MULA DI KEPALA

KAH KAH KAH

KHALAS

DASAR ALI DAN BABA


Kerajaan rangka Dasar Anti Ali Baba, kata PM

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang dalam tindakan merangka Dasar Anti Ali Baba (rent-seeking) dan mempercepat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).

Beliau berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diadakan semalam.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata budaya Ali Baba memberi impak negatif kepada ekonomi dan kerajaan serius untuk menangani dan membasmi aktiviti ini.

“Anggaran kerugian mencecah sekitar satu peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan melibatkan aspek perolehan, perlesenan, pemberian permit dan kuota serta pemberian subsidi dan geran.


“Kementerian Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara, dengan penglibatan kementerian dan agensi kerajaan akan mengkaji dan merangka dasar dan strategi perundangan yang bersesuaian untuk membanteras aktiviti rent-seeking dan membentangkan cadangan kepada jemaah menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata mesyuarat MTEN turut bersetuju untuk mempercepat inisiatif NETR sebagai pemangkin kepada strategi mengangkat negara sebagai peneraju serantau dalam tenaga boleh baharu.

Beliau berkata Projek Flagship Rintis dan inisiatif NETR bagi meningkatkan penyertaan industri mengenai hala tuju baharu kerajaan dalam meneroka sumber tenaga baharu dan membentuk permintaan pasaran serta mengenal pasti sumber kewangan untuk menangani jurang pembiayaan bagi projek tersebut.

Anwar berkata Fasa Pertama NETR akan mengetengahkan 10 projek rintis perdana yang strategik dan bernilai tinggi sebagai langkah pelaksanaan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 dengan jangkaan pelaburan bernilai RM25 bilion.

Selain itu, menurutnya fasa berkenaan turut merangkumi mewujudkan 23,000 pekerjaan berkualiti tinggi dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida setara melebihi 10,000 gigagram secara bertimbunan.

“Peluncuran NETR Fasa Pertama akan diadakan pada 27 Julai, 2023 dan disusuli dengan peluncuran NETR Fasa Kedua pada Ogos 2023,” kata perdana menteri.

Melangkah ke hadapan, Anwar berkata MTEN akan terus merumuskan langkah dan inisiatif baharu untuk menangani pelbagai tantangan melibatkan perekonomian negara bagi memastikan penambahbaikan tata kelola serta perubahan struktur secara teratur demi meningkatkan potensi ekonomi negara.

“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan negara mencapai Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 dan sentiasa bergerak maju ke hadapan seiring dengan kemajuan teknologi semasa dan memenuhi keperluan sosioekonomi rakyat bagi menjamin kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya,” katanya. – Bernama, 11 Julai, 2023.

WOW

INI MENARIK

KAH KAH KAH

KITA TENGOK

APA ISINYA

NANTI

KAH KAH KAH

KHALAS

HUJAN NAK SAMPAI


HUJAN NAK SAMPAI

AMIN 

JAM 6.40 PETANG DI HOKKIEN
LANGIT  GELAP
GURUH DISANA SINI
RINTIK RINTIK HALUS
MINITIK DI MUKA

DARI JAUH NAMPAK
SEPERTI WILAYAH LAIN
HUJAN SEDANG TURUN

APAKAH MALAM INI
HUJAN AKAN SAMPAI
KE KUALA LUMPUR
AMIN

AWAS !!! PENGALAMAN SRI LANGKA


MALAYSIA BELUM

SAMPAI KE 

TAHAP INI

AMIN

RASUAH  KRONI

KAUM KELUARGA

SEBAHAGIAN PUNCA

KHALAS

MALAM INI JANGAN LUPA


MALAM INI

JAM 10.30

LIVE DI TIK TOK

GUA AKAN BINCANG 
HAL PANDEMIK
PANDEMIK SEKALI LAGI
PKP SEKALI LAGI
SILA LAYARI
SILA IKUTI
@ hishamuddinrais


 

JANGAN GANGGU PUNAHSEHAT EKONOMI NEGARA



AMARAN !!!

SILA 

JANGAN GANGGU

PUNAHSIHAT EKONOMI NEGARA

KHALAS

panglimo potaseh commented on
 "JANGAN GANGGU BEKAS JANDA"

Nasib baik Nurul yg memiliki Diploma Elitrik ni tak jadi punahsihat Kewangan .. kok tak abih kito somuo chongkoot (hangus) kono karen.




 

APA ITU MADANI ?


APA ITU

MADANI ?

KHALAS 

Unknown commented on
 "BABI BOLEH TERBANG"

kami tak kisah sangat pasal ekonomi duit ringgit jatuh kami rakyat tak peduli.. yang penting kami boleh lihat PM PM terkinja2 menari cucuk lagit dengan PM nyanyi hari hari.. perut lapar boleh kenyang tengok gelagat Kerajaan MADANON.. sala ulang.. esok jadi minyak hari ni kerajaan turun.. saya ulang...amin

PRESIDEN BIDEN BOCOR RAHSIA - AMERIKA DAH ABIS PELURU


PRESIDEN BIDEN

BOCOR RAHSIA

AMERIKA DAH

HABIS PELURU

KAH KAH KAH

KHALAS 

MAHKAMAH PEGUAM & HAKIM


Kebocoran draf penghakiman cubaan jahat perkecilkan badan kehakiman


Kebocoran draf penghakiman dua kes berprofil tinggi yang didengar di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi tidak lebih daripada cubaan jahat memperkecilkan badan kehakiman, dengan perkiraan untuk mengganggu pentadbiran berkaitan keadilan dan operasi kehakiman, kata Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Kebocoran draf penghakiman yang dikatakan itu merujuk kepada kes SRC International Sdn Bhd bekas perdana menteri Najib Razak dan kes rasuah projek hibrid solar isterinya Rosmah Mansor.

Tengku Maimun berkata ini adalah satu daripada cabaran dihadapi badan kehakiman dalam melakukan perubahan bilik mahkamah daripada fizikal kepada maya, dengan keselamatan siber menjadi satu persoalan utama. 

“Data perundangan yang sensitif, daripada testimoni kepada butiran kes, perlu dilindungi. Jika bilik mahkamah dikunci secara fizikal dan dijaga pengawal, bilik mahkamah digital juga perlukan tembok api dan penyulitan tahan lasak untuk melindungi integriti prosiding.

Dalam tahun-tahun sebelum ini, badan kehakiman menjadi sasaran anggota masyarakat tertentu dengan matlamat yang tidak baik,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Antarabangsa Undang-undang Malaysia (IMLC) 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini. 

Dalam hal ini, Tengku Maimin berkata badan kehakiman akan terus meningkatkan langkah keselamatan sibernya dengan terus memelihara kerahsiaan dan integriti proses kehakiman. 

“Penghakiman kami menjadi perbincangan umum. Kami sendiri diteliti dan untuk bercakap  secara terus terang,  malah kehidupan peribadi kami juga tidak lepas daripada diteliti,” kata beliau sambil menambah badan kehakiman sejujurnya berharap orang ramai yang mungkin tidak  memahami isu berkenaan supaya menggunakan kuasa teknologi untuk mendapatkan kefahaman berkenaan keputusan penghakiman.”

Sementara itu Presiden Badan Peguam Malaysia Karen Cheah menggesa kerajaan supaya melakukan pindaan terhadap undang-undang negara dalam sidang Parlimen pada Oktober.

Beliau berkata antara pindaan pada Perlembagaan Persekutuan yang harus dilakukan, khususnya kepada Jadual Kedua Bahagian II Seksyen 1(b) dan (c) yang mana perkataan “bapa” dalam seksyen ini digantikan dengan perkataan “ibu bapa” berhubung dengan isu kerakyatan yang dihadapi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita rakyat Malaysia yang bernikah dengan lelaki warga asing.

“Perlembagaan Persekutuan kita perlu bergerak mengikut masa dan mengiktiraf kesamaan jantina. Pindaan itu harus dilakukan tanpa syarat dan kelayakan.

“Semua pindaan bermasalah yang dicadangkan oleh Kementerian Dalam Negeri patut dikeluarkan untuk dibincangkan kemudian pada satu tarikh lain. Ini adalah satu pindaan yang ringkas dan mudah serta ia tidak harus dipercepatkan dengan tergesa-gesa atau ditangguhkan kerana isu lain yang baharu diperkenalkan mengakibatkan kerumitan yang tidak wajar,” kata beliau dalam ucapan aluan-aluan di IMLC semalam.  

Cheah seterusnya berkata pindaan lain melibatkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk mempromosi ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pelantikan hakim serta perubahan struktur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi memastikan kebebasan dan autonomi sepenuhnya.

Mengenai Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGBK), Cheah berkata peguam yayasan itu mengendalikan dua juta kes sejak April 2012 sehingga Jun tahun ini.

“Satu daripada kebanggaan kami di  Badan Peguam Malaysia  ialah kemajuan program bantuan guaman di Malaysia - dan kami melakukannya kerana kami percaya setiap orang perlu ada akses kepada keadilan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM10 juta kepada YBGK untuk membantu mereka yang tidak mampu mendapatkan khidmat guaman.

Anwar juga berkata beliau akan mempersembahkan cadangan pindaan itu kepada Majlis Raja-Raja bagi membolehkan ibu-ibu warga Malaysia mendapatkan hak yang sama di bawah Perlembagaan Persekutuan. 

“Kami akan membentangkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk menggantikan perkataan “bapanya” dalam Bahagain I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan sekurang-kurangnya daripada ‘seorang  ibu atau bapa’, “katanya.


TANPA

UNDANG UNDANG

NEGARA KACAU

AMIN

NEGARA PERLU

UNDANG UNDANG

YANG ADIL

AMIN

BUKAN ISA

BUKAN SOSMA

AMIN

MAHKAMAH

PEGUAM & HAKIM

TERAS NEGARA 

AMIN

 TANPA MEREKA 

NEGARA HANCUR


KHALAS

TALIBAN DAN USTAD YOU TUBE


Pengundi muda tolak isu agama, kaum

PENGUNDI muda mahu pilihan raya negeri (PRN) akan datang bebas daripada semua sentimen perkauman dan agama.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight lebih suka ahli politik bercakap mengenai isu sosial dan ekonomi, serta mengadakan kempen pilihan raya yang sihat.

Sebelum ini, penganalisis berkata parti yang bertanding dalam PRN bergantung pada sokongan pengundi muda untuk menang besar, tetapi menambah kumpulan ini dari segi politik “rapuh” dan “sukar diramal”.

Mereka menambah pengundi muda mempunyai kuasa yang besar dan boleh menjadi pengubah permainan dalam pilihan raya 12 Ogos di enam negeri.

Nur Nazirah Abdullah dari Universiti Malaya berkata lebih baik parti politik mengelak daripada mencetuskan ketegangan agama kerana ia boleh menjadi “barah” kepada masyarakat suatu hari nanti.

Presiden Angkatan Mahasiswa berusia 23 tahun itu juga berharap parti akan memperkenalkan lebih ramai calon muda dalam pilihan raya.

“Masa depan enam negeri itu bergantung kepada pengundi muda dan sebagai pengundi, kami ingin parti politik menyentuh isu politik, ekonomi dan sosial.

“Kami ingin melihat bagaimana calon dan parti mampu menyediakan kestabilan dalam menguruskan kawasan masing-masing dan bagaimana bantuan serta maklumat antara peringkat persekutuan dan negeri boleh sampai kepada rakyat,” katanya.

Nur Nazirah menambah pengundi muda mahu hidup dalam persekitaran komuniti yang sihat dengan kurang ketegangan sosial.

“Contohnya di kawasan luar bandar, anak-anak muda diasak dengan gejala sosial, isu pendidikan serta kemiskinan. Belia pasti mahukan seorang pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat.

“Kami juga menolak sebarang bentuk provokasi sama ada agama atau politik kerana ini boleh menjadi barah yang memberi kesan kepada kita semua,” katanya.

Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Syed Zuliqbal Syed Abdul Halim bersetuju dengan Nazirah, berkata isu kaum dan agama tidak seharusnya menjadi topik utama kerana ia sudah lapuk.

“Kita semua harus bergerak ke hadapan, masa menggunakan agama dan kaum untuk mencetuskan ketakutan dan kebencian tidak lagi relevan di Malaysia.

“Pengundi muda mahu parti yang boleh membangunkan negeri, mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup mereka, bukannya parti yang cuba memecahbelahkan kita,” katanya.

Selangor mempunyai bilangan pengundi tertinggi berumur antara 18 hingga 20 tahun, iaitu 274,194, diikuti Kedah (104,284), Kelantan (96,513), Pulau Pinang (67,633), Terengganu (64,264) dan Negeri Sembilan (55,017).

Hari penamaan calon bagi pilihan raya di enam negeri ini ialah 29 Julai.

Ia melibatkan 9,773,571 pengundi dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi iaitu 3,747,057, diikuti Kedah (1,585,085), Kelantan (1,411,912), Pulau Pinang (1,234,198), Terengganu (930,894) dan Negeri Sembilan (864,425).

Peluang pekerjaan

Anas Akmal Arman Alim, 21, yang akan mengundi di Semenyih, Selangor berharap kerajaan negeri dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan belia.

Beliau juga tidak mahu kerajaan negeri terlalu bergantung kepada kerajaan persekutuan.

“Sebagai pengundi di Selangor, saya berharap kerajaan negeri dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada kami dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan persekutuan.

“Kita mempunyai Cyberjaya yang tidak terlalu jauh dan Kuala Lumpur berdekatan. Justeru, jika Selangor boleh mencari jalan untuk memberi pekerjaan kepada belia, itu bagus.”

Fatin Atirah Zulkifli, 20, anak jati Kelantan, dalam pada itu berharap kerajaan negeri akan datang dapat menambah pekerjaan bagi mengelak mereka berhijrah.

“Saya lihat dalam keluarga sendiri, saudara mara dan rakan-rakan terpaksa meninggalkan orang tersayang untuk berhijrah mencari kerja.

“Di sini bukan sahaja gaji rendah (yang ditawarkan) tetapi juga tiada peluang,” katanya.

Seorang lagi pengundi wanita muda berusia 20 tahun dari Kelantan yang enggan dikenali turut berkongsi sentimen seperti Fatin.

Beliau berkata pentadbiran PAS sekarang tidak dapat menyelesaikan isu asas seperti air dan peluang pekerjaan.

Beliau berkata Kelantan mempunyai kekuatan untuk menambah baik tetapi pentadbiran yang lemah menyebabkan negeri itu tidak maju.

“Walaupun usaha mereka untuk membendung gejala sosial dengan tidak membenarkan pawagam beroperasi, mengarah semua menutup aurat, Kelantan mempunyai antara jumlah gejala sosial paling tinggi, daripada penagihan dadah hinggalah jenayah seksual.

“Isu pemotongan air yang tidak berkesudahan. Selain itu, ramai di antara kami terutamanya golongan belia, mencari pekerjaan di Kuala Lumpur, atau Selangor dan ada di Johor.

“Jadi saya harap kali ini akan ada sedikit perubahan, jika bukan penambahbaikan,” tambahnya. – 11 Julai, 2023.

WOIT

YANG BAKAR

SENTIMEN BANGSA

AGAMA ADALAH

POLITIKUS CARI

UNDI

AMIN

TERMASUK PARA

USTAD YOUTUBE

DGN KESAH KARUT

AMIN

JUGA TALIBAN

YANG NAK PAKSA

RAKYAT MINUM

TEH TARIK

KHALAS

SERAMAI 1.2 JUTA WARGA CHINA MERAH HILANG DI MALAYSIA !!!


NEGARA DALAM

BAHAYA !!!

AMIN

KE MANA HILANG

1.2 JUTA WARGA

CHINA MERAH

DI TANAH MELAYU

KHALAS 

RINGGIT RAHMAH


RINGGIT RAHMAH

KHALAS

Unknown commented on
 "NILAI RINGGIT. MAKIN MURAH"
Ini nasib baik belum sampai 1 dollar sampai RM 5 akan sampai nanti, jangan risau jangan gelabah akan sampai kerana negara jadi miskin selama 60 tahun kena rompak curi projek rasuah songlap semua sifat cukup kah kah kah


Unknown commented on 
"NILAI RINGGIT. MAKIN MURAH"
Potong air, pasir jangan jual, apa lagi nak ugut? Kalau lah kalau lah Singapore tutup gate, tahu berapa ratus ribu rakyat Malaysia hilang makan hilang pendapatan? Kah kah sembang kari kepala ikan tapi tak pandai masak, Singapura kata jumpa Malaysia pada RM 5 nanti susah bagi walaun perintahan lagi baik, semua kembali.ke.zaman padang pasir siap kah kah kah


 

JANGAN GANGGU BEKAS JANDA


JANGAN GANGGU

BEKAS JANDA

KHALAS 

Amier The Hero commented on
 "AHLI UMNO LARI 
MASUK BERSATU"

TT.. den nak mintak tolong buleh tak? Tolong bagitau Nurul Zahid, tak payah kuar stetmen papo psl politik ke hapo eh la. Den bonci meluat tahap babi boto la kek dio. Mcm kesial pun ado pangai eh.. den baru baco stetmen eh kek malaysia kini. Dari situ ajo dah nampak, jawatan² ni buleh di atur serupo program komputer. So jangan jadi babi nak memandai-mandai kuar stetmen kesialan. Lebih baik dio jadi babi dari jadi manusio. Haihh.. osah menyampah eh den kek nurul zahid ni, dah la dgn apak eh pun den meluat...

PAGI NAN INDAH


PAGI NAN INDAH 

SELASA 11 JULAI 2023
LAPORAN MEDIA SINGAPURA
MENAKUTKAN
JENG JENG JENG
TALIBAN AKAN MASUK SELANGOR
BERAT BERAT
INI BERAT

BANGSA SELANGOR 
AKAN DI PAKSA MINUM
TEH TARIK
KAH KAH KAH

GADUH
ANTARA  MADEY DAN ANWAR BERTERUSAN
ANWAR NAK JADIKAN MADEY
TAK RELEVAN

KALAU DAH TAK RELEVAN
JANGAN AMBIL POT
APA  MADEY CAKAP
BIAR MADEY MEROYAN
TAPI BILA DI JAWAB
MAKNANYA MADEY
MASIH RELEVAN

SILA BERI TAHU EDORGAN
JANGAN JEMPUT MADEY
BULAN SEPTEMBER INI
KE ISTAMBUL
CUKUPLAH  BULAN LALU
SAMBUT MADEY MACAM
KETUA NEGARA
POOORAH EDORGAN

TURKI
EDORGAN BERSETUJU
SWEDEN JADI ANGGOTA NATO
AWAL TURKI TOLAK SWEDEN
UNTUK JADI ANGGOTA NATO
SEMUA ANGGOTA LAMA
WAJIB SETUJU

AMERIKA
DI RAMAL MINGGU INI
AKAN PANAS
BANJIR AKAN SAMPAI

RUSIA
LAPORAN MEDIA
PUTIN DAH JUMPA
KEPALA WAGNER
KUMPULAN ASKAR UPAHAN
YANG DILAPOR
MEMBERONTAK

HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR
 INDAH PERMAI
LANGIT MELAUT BIRU
AWAN PUTIH DI SANA SINI

MATA HARI DAH KELUAR
SINAR PAGI YANG LEMBUT

DI BUKIT JANTAN BERKOKOK
DALAM BELUKAR
TERKUKUR BERLAGU
MURAI BERKICAU
RIANG RIA

HARI INI
AKAN PANAS
HARI SELASA YANG INDAH

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SELASA
YANG INDAH SELESA

BRO
LU ADA HAK UNTUK BERFIKIR
DAN MEMILIKI PENDAPAT
INI LEBIH BAIK DARI LU
TIDAK BERFIKIR DAN TIDAK
ADA PANDANGAN

BRO
BANYAK SANGAT
PENDAPAT AKAN
MENENGGELAMKAN PERAHU

BRO
KITA TAK PERLUKAN KAWAN
YANG MENGANGGUK BILA
KITA MENGANGGUK
KITA BERUBAH DIA SAMA BERUBAH
BAYANGAN KITA
BOLEH BUAT INI
DENGAN LEBIH BAIK

BRO
TIPU YANG PALING HINA
IALAH MENIPU DIRI SENDIRI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSELASA