Khamis, 4 April 2024
YANG MISKIN TETAP MISKIN
'Mari lihat sendiri': Aktivis bantu miskin bandar terkejut PM dakwa 'sifar miskin tegar' di KL
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Februari lalu memeranjatkan ramai pihak apabila berkata usaha membasmi kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sudah mencapai status 100%.
Bagaimanapun, seorang aktivis yang kerap turun padang membantu golongan miskin bandar menerusi makanan dan pelbagai barang keperluan lain mempersoalkan dakwaan itu.
Mohd Azizan Zainal Abidin berkata dakwaan kerajaan sudah tiada golonngan miskin tegar di bandar raya Kuala Lumpur terbukti meleset sekiranya pemimpin menyaksikan sendiri bagaimana orang ramai berebut-rebut mendapatkan bantuan.
Azizan, pengasas kumpulan sukarelawan Food For Gelandangan (FFG) berkata tahun ini bilangan mereka yang hadir mendapatkan bantuan meningkat lebih ramai berbanding 2023.
Kata Azizan, pihaknya terpaksa membuat tapisan bagi memberi laluan kepada mereka yang benar-benar memerlukan disebabkan bantuan yang tidak memadai untuk semua.
Azizan berkata situasi yang dihadapi miskin bandar tidak mencerminkan apa yang dibentangkan di Parlimen bagi menunjukkan kejayaan membasmi kemiskinan tegar.
“Saya macam nak percaya pun entah," kata Azizan terkilan dengan dakwaan tiada miskin tegar di Kuala Lumpur.
"Menteri cakap sudah basmi kemiskinan hampir 100%, apa yang sudah selesai?" katanya ketika ditemui MalaysiaNow sebaik sahaja program mingguannya di Chow Kit untuk membahagi-bahagikan bantuan kepada golongan gelandangan.
"Yang saya bagi makan tadi tu apa? Selepas itu menteri kata ‘kita sudah carikan mereka kerja'. Wow mudahnya!"
Mohd Azizan Zainal Abidin_FoodForGelandangan_MNowAzizan terkilan dengan kenyataan Anwar, dan berkata menteri yang bertanggungjawab dengan masalah kemiskinan perlu turun padang melihat sendiri apa yang berlaku.
Mereka termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri.
"Jangan main-mainlah dalam buat kenyataan sebab kita sendiri buat kerja di bawah," tambah Azizan.
Putrajaya sebelum ini berkata pembasmian kemiskinan tegar adalah agenda utamanya.
Kenyataan Anwar sudah tidak ada lagi golongan miskin tegar di Kuala Lumpur merupakan pertama kali dakwaan sebegitu dibuat.
Ini meskipun sebelum ini menyaksikan penurunan kadar kemiskinan tegar pada setiap tahun.
Pada November lepas, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kadar kemiskinan tegar turun kepada 0.2% membabitkan 18,445 isi rumah, berbanding 1% pada 2020, iaitu ketika negara berdepan pandemik Covid-19.
Pada 2022, kerajaan ketika itu berkata bilangan miskin tegar telah berkurangan kepada 129,395 isi rumah, berbanding pada 2021 260,000, iaitu ketika kesan Covid-19 masih dirasai.
Azizan berkata penguatkuasaan lemah adalah sebab mengapa masalah gelandangan tidak selesai sehingga hari ini.
Katanya, masalah itu menjadi penyumbang kepada peningkatan golongan miskin bandar.
Katanya, agensi yang bertanggungjawab perlu menyaring golongan ini supaya dapat membezakan gelandangan warga emas, pendatang asing dan penagih dadah.
“Jadi yang tinggal adalah mereka yang sihat dan mereka inilah yang perlu diberikan latihan serta kemahiran. Baru boleh cakap gelandangan sifar, basmi kemiskinan pun 100%.
"Apa yang 100% kalau miskin bandar sudah begini?" soalnya yang hadir di pusat khidmatnya pada setiap Jumaat.
Azizan berkata kesempitan hidup dialamai miskin bandar lebih teruk dari miskin kampung.
"Miskin bandar dapat bantuan RM700 dari Baitulmal untuk satu keluarga. Bilik yang dia sewa untuk satu anak beranak tanpa pecahan tempat dapur dan sebagainya itu, RM500.
"Jadi tinggal RM200," kata Azizan.
YANG MISKIN
TETAP MISKIN
AMIN
YANG KAYA
TETAP KAYA
AMIN
SEHINGGA
BERLAKU REVOLUSI
KELAS MISKIN
LAWAN KELAS KAYA
AMIN
KHALAS
TALIBARUT PENGGANAS YAHUDI
Kes warga Israel bersenjata api: Empat lagi individu ditahan – KPN
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan empat lagi individu semalam yang disyaki mempunyai kaitan dengan suspek lelaki Israel yang ditahan bersama enam senjata api di sebuah hotel di Jalan Ampang pada 27 Mac lalu.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain telah mengesahkan tangkapan keempat-empat suspek itu selepas dihubungi hari ini berhubung perkembangan terbaharu siasatan kes kontroversi itu.
“Kita ada buat tangkapan terhadap empat lagi individu berkaitan kes tersebut (suspek Israel). Keempat-empat suspek itu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita itu berjaya ditahan semalam (Rabu) oleh pasukan polis di sekitar kawasan Johor bagi membantu siasatan lanjut.
“Kesemua suspek berusia 28 hingga 41 tahun itu telah diberkas di sekitar daerah Skudai dan Gelang Patah di Johor,” katanya.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap keempat-empat individu terbabit dalam kes ini.
“Kita sedang melakukan siasatan tentang peranan keempat-empat suspek ini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tangkapan (tiga suspek) sebelum ini.
“Tangkapan empat suspek terbaharu ini sekaligus menjadikan setakat ini seramai tujuh individu telah ditahan dan sedang disiasat oleh polis dalam kes ini termasuk suspek utama iaitu lelaki Israel berusia 38 tahun,” ujarnya.
Ditanya mengenai status reman pasangan suami isteri warga tempatan yang ditahan di sebuah Bazaar Ramadan di Kuala Selangor pula, beliau berkata, reman pasangan itu akan dilanjutkan.
Pasangan itu sedang direman sehingga 5 April ini untuk membantu siasatan lanjut polis bersama suspek Israel di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api yang boleh membawa hukuman lebih berat iaitu hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga sebatan jika disabitkan kesalahannya.
“Ya, pasangan suami isteri itu akan tamat reman esok (Jumaat) dan kita akan sambung untuk meneruskan siasatan,” tegasnya lagi.-
WOIT
ADA BERAPA
ORANG TALI BARUT
PENGGANAS YAHUDI
AMIN
RAMAI KENA
TANGKAP
AMIN
6 PUCUK PISTOL
200 BUTIR PELURU
AMIN
INI KUMPULAN
SATU PLTON
PENGGANAS
KHALAS
LALA DAN KUPANG BERACUN
Kupang di Port Dickson disahkan beracun, dicemari biotoksin –JP
PORT DICKSON – Hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan, Wan Aznan Abdullah berkata, sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.
“Faktor cuaca panas juga antara punca alga ini membiak dengan cepat dalam perairan tersebut namun ia tidak menjejaskan hidupan laut lain seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya.
“Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak makan kupang dalam tempoh 20 hari, selepas musim perayaan ini kita akan ambil lagi sampel untuk diuji, sebelum membuat pengesahan bahawa kupang di sini selamat untuk dimakan,” katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe.
Wan Aznan berkata, jabatan akan meneruskan pemantauan dengan pengujian secara berkala mengikut prosedur ditetapkan sehingga kepadatan sel di dalam air berkurangan dan biotoksin di dalam isi kupang tidak dikesan.
Beliau berkata, kerjasama dengan anggota penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis marin di perairan di sini bertujuan memastikan tiada tangkapan serta jualan kerang-kerangan di daerah ini.
“Pengusaha kupang berdaftar di sini adalah di Pasir Panjang dengan 40 penternak termasuk tidak berdaftar. Kupang sedia ada dalam perairan itu tidak perlu dilupuskan, ia akan neutralise sendiri, kecuali kupang yang sudah dituai dan dijual di pasar yang perlu dihapuskan,” katanya.
Beliau berkata, sampel air turut diambil di perairan Melaka dan Johor namun didapati selamat dan tiada kehadiran atau pembiakan alga tersebut.
Pada Selasa, Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang dan kini seorang mangsa keracunan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Port Dickson. – Bernama
WOIT
INI BAHAYA
INI RACUN
AMIN
APAKAH HANYA
DI PORT DICKSON?
TEMPAT LAIN
MACAM MANA ?
AMIN
LAUT SAMA
CUACA SAMA
KENAPA KUPANG
DI PERAK TAK
ADA RACUN
JENG JENG JENG
INI PELIK
INI HAIRAN
AMIN
NAJIB DIBERI BETIS MINTA PEHA ROSMAH ?
NAJIB DIBERI BETIS
NAK PEHA ROSMAH
KHALAS
Unknown commented on
"NAJIB MAHU DI TAHAN
DALAM RUMAH SENDIRI"
TT, ini dinamakan dah diberi betis nak peha, diberi peha nak yang dicelah peha, betul tak? Maknusia tak tau diuntung, tak tau bersyukur, dah dapat pengurangan separuh dari jumlah hukuman tu dah dikira seribu rahmat
panglimo potaseh commented on
"NAJIB MAHU DI TAHAN
DALAM RUMAH SENDIRI"
Najib akan di bebaskan. Cobak terka Najib akan masuk geng Haji Anwar atau geng Kutti Kerala/El Sotonggi. Yang pastinye Si Mappadulong ni hari pirtama dibebaskang malam nye akan lari-lari ala cerita keling dgn harong 7 sungai, 7 gunung tunggu malam gelap gulita sebelom memantat Lakinye Mak Badak .. maklumlah dah bertahun tak dapat puki. Keadaan gelap gulita sangat di perlukan, kalau terang Najib kompom ilang selera, kotey nye tak togak. Syok juga kalau Najib dibebaskan. Jangan ade gompo bumi sudah .. kahkahkah.
Unknown commented on
"NAJIB MAHU DI TAHAN
DALAM RUMAH SENDIRI"
Awat kat rumah? Bodoh mintak tahan kat istana laaa..
NAJIB DITIPU OLEH CHINA TEMBAM
NAJIB DITIPU
OLEH
CHINA TEMBAM
KHALAS
Unknown commented on
"KES TIPU DUIT 1MDB
DI MAHKAMAH SWISS"
Seluruh dunia bodoh, tidak kenal Najib anak Razak, mereka tidak menjiwai Bossku, Najib pernah jadi PM pernah dicium tangan kaki demi kelangsungan hidup sebahagian rakyat bukan semua, yang mengenali dan dikenali, orang yang pernah berada di tampuk kuasa ketuanan, penjaga moral keutuhan agama bangsa negara akhirnya kecundang kerana gelap mata, gelap hati terpedaya dengan seekor Cina Merah kah kah kah hancur segalanya kerana mempunyai bini molek colek menawan hati kah kah kah,
jadi ingatkan diri sendiri jangan alpa sangat jangan ego sangat, sampai Allah murka terhadap kamu, sekelip mata semuanya boleh berubah, jangan taksub sangat sampai semua orang lain bodoh kamu saja pandai teragung belaka dalam dunia, akhirnya manusia terbaik masih wujud di kalangan kita, kah kah kah dijadikan ingatan sampai ke kubur nanti amin
BILA PENGGANAS YAHUDI NAK DI BAWA KE MAHKAMAH ?
CARA SENJATA
SAMPAI KE TANGAN
PENGGANAS
YAHUDI
TIDAK DIDEDAH
AMIN
DALAM MAHKAMAH
MACAM MANA ?
KHALAS
NAJIB MAHU DI TAHAN DALAM RUMAH SENDIRI
Najib dakwa pengampunan diraja benarkan tahanan di rumah
KUALA LUMPUR: Najib Razak mendakwa bahagian tambahan atau titah adendum dalam pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.
Najib membuat dakwaan itu apabila memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman titah adendum atau tambahan titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Mahkamah Tinggi di sini, pada 1 April lalu, menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co.
Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.
Dalam notis permohonan yang dimuat turun melalui sistem carian mahkamah, Najib memohon perintah untuk semua atau seorang responden melaksanakan titah Al-Sultan Abdullah dan dengan serta merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya.
Bekas Perdana Menteri itu kemudian akan menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah jika titah adendum berkenaan wujud.
Najib juga memohon satu perintah supaya semua atau seorang responden memberi salinan titah utama dan adendum yang dititahkan Al-Sultan Abdullah pada 29 Januari lalu.
Beliau memaklumkan melalui surat bertulis kepada Al-Sultan Abdullah pada 25 Mac lalu, mengenai niatnya memfailkan notis permohonan semakan kehakiman terhadap pihak berkuasa yang relevan berkenaan titah terbabit.
"Ia kerana pada 29 Januari 2024, Tuanku Al-Sultan Abdullah adalah Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan saya mengambil langkah sebagai rafak sembah hormat tertinggi saya.
"Pada tarikh sama (25 Mac 2024), saya turut memaklumkan perkara sama kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai rafak sembah hormat tertinggi saya," katanya menerusi afidavit permohonan berkenaan.
Najib mengesahkan tidak akan mengekshibitkan surat yang dihantar kepada kedua-dua Yang di-Pertuan Agong atas alasan kerahsiaan dan kewajaran.
Katanya, permohonan semakan kehakiman itu bersifat bona fide atau berniat baik kerana beliau terjejas teruk, selain memfailkan notis perakuan segera supaya pemohonan itu didengar sebelum sambutan Aidilfitri yang dijangka pada 10 April ini.
Pendengaran untuk permohonan itu ditetapkan esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Amarjeet Singh.
Pada 2 Februari lalu, media melaporkan Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Selain tarikh pembebasan awal itu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, turut mengumumkan denda perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Namun sekiranya denda itu tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah setahun dengan tarikh pembebasan beliau dijadualkan pada 23 Ogos 2029.
Pada 28 Julai 2020, Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Sehubungan itu, Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan berkenaan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022.
Sebelum ini, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Lembaga Pengampunan sudah membuat keputusan berhubung permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan selepas disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 12 tahun pada 2022.
Perdana Menteri, bagaimanapun menjelaskan kerajaan tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai keputusan itu, sebaliknya ia bakal dilakukan sendiri oleh Lembaga Pengampunan.
Berita mengenai isu pengampunan Najib berlegar dalam media sosial dan dilaporkan media massa dengan desas-desus kuat mendakwa nasib bekas Perdana Menteri yang sedang menjalani hukuman penjara itu sudah diputuskan Lembaga Pengampunan.
WOIT
KES NI SENANG
SAJA
AMIN
TANYA ORANG
YANG TULIS SURAT
PENGAMPUNAN
KHALAS
BIK MAMA PASTI
TAK SUKA NAJIB
DITAHAN DIRUMAH
AMIN
NAJIB PASTI
AKAN DITAHAN
DI RUMAH
BINI BARU
KAH KAH KAH
YANG NI BIK MAMA
TAK AKAN SETUJU
KHALAS
PARTI MENANG MAJORITI DI HARAMKAN
Mahkamah Thailand terima tuntutan bubarkan parti pembangkang Move Forward
BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini menerima kes menuntut pembubaran parti pembangkang Move Forward Party, satu lagi tamparan kepada gerakan anti-pembangunan popular yang mendorong reformasi institusi utama di negara itu.
Mahkamah bersetuju untuk mengambil aduan yang difailkan oleh suruhanjaya pilihan raya yang meminta pembubaran parti Move Forward kerana kempen kontroversinya untuk memperbaharui undang-undang yang melindungi monarki berkuasa daripada kritikan, yang menyaksikan sekurang-kurangnya 260 orang telah didakwa sejak beberapa tahun lalu.
Kes itu berlaku selepas keputusan pada Januari oleh mahkamah yang sama yang mendapati rancangan Move Forward untuk meminda undang-undang itu tidak berperlembagaan dan sama dengan cubaan untuk menggulingkan sistem pemerintahan dengan raja sebagai ketua negara.
Move Forward bagaimanapun menafikannya.
Pada pilihan raya tahun lalu, parti Move Forward melakar kejayaan yang menakjubkan tetapi parti itu disekat daripada membentuk kerajaan oleh penggubal undang-undang yang bersekutu dengan tentera diraja yang adalah parti terbesar di dewan rakyat dengan kira-kira 30 peratus kerusi.
Platform pembaharuan institusi negara itu popular dalam kalangan pengundi muda dan bandar, termasuk rancangan untuk meminda undang-undang melindungi institusi diraja, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap penghinaan yang dirasakan terhadap keluarga diraja.
Monarki Thailand secara perlembagaan termaktub untuk dipegang dalam kedudukan pemujaan yang dihormati dan ramai golongan diraja melihat undang-undang itu suci.
Istana biasanya tidak mengulas mengenai undang-undang, yang adalah antara yang paling ketat seumpamanya di dunia.
Jika mahkamah membuat keputusan menentang Move Forward, ia berdepan pembubaran dan larangan politik yang berpanjangan untuk kepimpinannya, nasib yang sama dialami oleh pendahulunya, Future Forward, selepas ia dibubarkan pada 2020 atas pelanggaran pembiayaan kempen.
Aduan yang sama juga telah difailkan dengan badan antirasuah Thailand yang memohon pengharaman seumur hidup untuk 44 ahli parlimen semasa dan bekas parti itu.
Agenda Move Forward dan bidaan untuk menyekat monopoli perniagaan telah mengancam untuk menaikkan status konservatif Thailand, dan membawa kepada pakatan tadbir yang tidak pernah terfikir sebelumnya antara Pheu Thai yang populis dan parti yang disokong oleh musuh ketatnya dalam tentera.
Aktivis berkata, undang-undang lese-majeste telah digunakan untuk memburuk-burukkan progresif dan menyekat reformasi institusi.
Move Forward berhujah bahawa kempennya bertujuan untuk mengukuhkan sistem raja berperlembagaan dan menghalang undang-undang daripada disalahgunakan.
Bekas calon Perdana Menteri, Pita Limjaroenrat bulan lalu memberitahu Reuters partinya akan terus berjuang untuk masa depannya dalam menentang usaha untuk menjatuhkan parti itu, yang menurutnya menunjukkan paranoia oleh penubuhan konservatif Thailand berhubung usahanya untuk melakukan pembaharuan. - REUTERS
JIKA
PILIHAN RAYA
BOLEH MENGUBAH
APA APA
PASTI PILIHAN RAYA
DAH LAMA
DI HARAMKAN
AMIN
INI KAN PULA
PARTI POLITIK
KHALAS
SEORANG LAGI SAKAI DARI SEREMBAN
SAKAI DARI
SEREMBAN
4002 NI APA?
AMIN
Unknown commented on
"GEMPA BUMI DI TAIWAN"
Ini berita? Kita idup planet bumi..semua ada..taupan..ribut goyang goyang..hali lintar ..bagai...dah berlaku beribu taun...TT ada sebab 4002 makluk terselamat..dan ada sakai jelubu saya sakai seremban..dulu tak tau nama apa...saya ada sebab 4002 manusia enjoy demenjoy berancuk tanpa si ularmak si tokong cina si keling kuil berkata kata bebenda..so fark this ideology..jom ke depan
PEDANG TERHUNUS
TT TAK KENAL
BAIK DGN AKMAL
KHALAS
Unknown commented on
"GEMPA BUMI DI TAIWAN"
TT, tolong bagi tau kawan baik awak Akmal tu, pedang yang dia pegang tu digunakan oleh pembunuh upahan Jepun dahulu kala. Itu bukanlah pedang samurai katana. Kalau pedang samurai katana, ianya tidak sesekali dibenarkan disentuh oleh orang luar seperti Akmal bengong itu.
Kalau Akmal ingin menjadi simbol pembunuh, teruskan memegang pedang tersebut. Kalau tidak baiklah padamkan gambar pembunuh Akmal itu. Hahahaha!
BERAS TEMPATAN HILANG
BERAS
TEMPATAN HILANG
KHAMIS 4 APRIL 2014
RAYA MINGGU DEPAN
SELASA KE RABU
JANGAN JADI GEMPAQ
MACAM TAHUN LALU
KAH KAH KAH
TAK SOMPEK NAK BAKAR LOMANG
TAKDO MASO NAK BUEK
RONDANG
KAH KAH KAH
DALAM BULAN PUASA INI
HEBOH PASAL BARANG MAHAL
SATU PERKARA
SATU LAGI IALAH KES AJAIB
KEMANA HILANG BERAS TEMPATAN
GAU MASIH BERTANYA
GUA MASIH NAK TAHU
APA JADI DENGAN BPT
BERAS PUTIH TEMPATAN
PASAI APA ILANG
WAT IS DE BEKOS
JENG JENG JENG
WOW
JOHOR AIR MAKIN KUFREEENG
TASIK TADAHAN AIR
DI TANGGA BAHAYA
INI JELAS HASIL
DARI MALAPETAKA IKLIM
KITA DI KL
HUJAN TIAP PETANG
DEPA DI JB
PANAS KERING KONTANG
IKLIM MAKIN BERUBAH
JENG JENG JENG
DUNIA
HANYA 57 SYARIKAT GERGASI
BERTANGGUNG JAWAB
MENGELUARKAN 80%
KARBON YANG MEMANASKAN
DUNIA
KEPALA TAIK UTAMA
IALAH SYRIKAT MINYAK
SEPERTI EXXONMOBIL
UKRAINE
RUSIA BERI AMARAN
PADA FRANCE
JANGAN HANTAR SOLDADU
KE UKRAINE
ZIMBABWE
MANGSA EL NINO
ZIMBABWE UMUM DARURAT
KERANA KERING KEMARAU
UK
MAJORITI WARGA UK
MAHU DI HENTIKAN
PENJUALAN SENJATA
KE ZIONIS ISRAEL
HOKKIEN
PAGI INI BERKABUS
KL & KL SENTRAL SAMA
BERKABUS
KERETA MASIH BANYAK
DISANA SINI
KERTAS COLOK DAN LILIN
DI BAKAR
MERCUN BERDENTAM DENTUM
ASAP BERKEPOL KEPOL
GUA NAIK BUKIT
SAMPAI PUNCAK
MELIHAT KL SENTRAL
JADI DEKAT
TAK TAK EZI SUKA
INI WILAYAH BARU
UNTUK DI KENCING
MATA HARI BELUM KELUAR
HARI AKAN PANAS
MINTA MINTA PETANG HUJAN
BIAR MALAM SEJUK
BRO
SENYUM
SENYUM PAGI KHAMIS
BRO
DIMINTA CERMAT AWAS BERPADA
ANJING GONGGONG SEBELAH SEPATU
AGENDA KK MART BELUM REDA
JUMPA AGONG MINTA BANTU
TEGGELAM LENYAP TEPI MUARA
PADANG LALANG DIRACUN LAYU
ANWAR SENYAP TAK BERANI BERSUARA
TAKUT HILANG UNDI MELAYU
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERPUASA
Langgan:
Catatan (Atom)