MAKIN RAMAi
KENA DAKWA
AI Malaysia @AmnestyMy
Malaysia saw a 1700% increase in Sedition charges after 2013 compared to period 2007-2012 #MansuhAktaHasutan

-------------
AI Malaysia @AmnestyMy 20h
Zunar terima anugerah kebebasan media antarabangsa
Berapa tulisan yang lalu telah pernah saya terangkan apa itu konsep false flag atau salah bendera. Dari sejarahnya konsep salah bendera ini bermula dari perperangan dilaut. Kapal dilaut memasang bendera untuk kita tahu negara mana tuan empunya kapal itu.
Saya telah membaca tulisan yang digarap oleh Dr. Paul Roberts yang bertanya apakah serangan dalam kota Paris ini serangan salah bendera. Dr. Paul Roberts ialah bekas Timbalan Setiausaha Dasar Ekonomi Presiden Jimmy Carter. Sosok ini juga pernah menjadi pengarang Wall Street Journal, kolumis di Business Week, Scripps Howard News Service dan Creator Syndicate. Maknanya tulisan yang mempersoalkan serangan di Paris ini datang dari ‘orang dalam’ yang tahu selok belok kerajaan.
Kesah paspot dan kad pengenalan ditemui ini telah juga berlaku diledakan WTC New York dan dalam serangan pejabat Charlie Hebdo. Dalam serangan di Paris satu paspot ‘ lelaki pelarian mangsa perang Syria’ yang masuk ke Eropah atas tujuan mencari suaka politik telah juga ditemui.
Media pro kapitalis Bloomberg pada 19hb telah melaporkan : Paris Emergency Drill Occured On Same Day As Attacked - Latihan Darurat Diadakan Pada Hari Serangan. Bloomberg telah memetik kenyatan Dr. Mathieu Raux dari Hospital Pitie-Salpetriere Paris.
Maklumat berita ini amat susah untuk dipercayai. Kepada yang masih sangsi sila tanya Lebai Google kerana saya sendiri pun pada awalnya kurang yakin akan berita ini.
Perang, mati, mayat, kemusnahan, orang pelarian mangsa perang bertimbun tambah. Tapi perang diteruskan diseluruh dunia. Semua ini atas dasar Perang Melawan Keganasan.
Apabila Isis datang menyerang Paris semuanya berubah. Paspot ‘orang pelarian dari Syria’ telah ditemui di tepi Gedong Bataclan. Dengan sepontan rakyat Eropah dapat diyakinkan bahawa Isis telah berjaya menyusup masuk melalui warga pelarian. Dengan serta merta semua pintu masuk telah ditutup. Sempadan dikawal rapi. Dasar menolak warga pelarian perang muncul.
Pada 20 Oktober yang lalu Canada mendapat Perdana Menteri Baru dari Parti Liberal. Dalam sidang akhbar pertamanya Justin Trudeau telah memanggil kembali semua kapal terbang Canada yang terlibat bersama Amerika di Syria pulang. Dunia gempar. Kerajaan baru Canada tidak lagi dilihat bersama dalam dasar PMK Amerika.
Presiden Peranchis Francois Hollande telah mengumumkan kepada dunia bahawa Peranchis dalam perang. Dengan pantas Si Presiden telah mengarahkan kapal terbang Peranchis mengembom wilayah Isis di Syria.
Serangan bom dari kapal terbang Peranchis terhadap wilayah Isis adalah tanda bahawa stratiji dan tujuan janga pendek projek salah bendera ini telah berjaya. Langkah Peranchis mengebom telah memberi tekanan kepada kerajaan Britain.
Justeru, Perdana Menteri David Cameron akan menggunakan serangan Paris ini sebagai hujah baru untuk menyakinkan ahli Parlimen agar mengundi bersetuju untuk bersama mengembom Isis. Rakyat di UK juga akan diyakinkan untuk bersama dalam strateji Perang Melawan Keganasan. 






nnt jgn takut plak, kalo disamakan negara islam hadi pas dengan negara islam ISIS.bertindak segera sb obama ada dimsia.jemput obama g kelantan, g terengganu.kalo obama keras kepala, bagi nasihat dulu.bentangkan kat obama cara system ekonomi islam yg akan mendominasi dunia.kalo tak makan nasihat, g jerit kuat2 kat telinga obama, ko munafik.kemudian tak jalan gak, kumpulkan pemuda2 utk lawan on PAS BUKAN BUBUR LAMBOK



Padan muka kena tutup kedai, biar banyak lagi yang tutup. Kerana mulut badan binasa dan ini ibarat yang berlaku didalam Utusan. Selalu menyiarkan berita palsu sampai kena saman pihak pihak tertentu sehingga keputusan mahkamah berpihak tertuduh dan kena diarahkan bayar saman berpuluh dan beratus ribu setiap kes. Patutlah rugi syarikat akhbar ini, tak belajar dari pengajaran. Padan muka. on UTUSAN JATUH BANGKRAP
on 11/24/15
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
(hegemoni media daulah pecah)
Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market
atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
Harga: RM30
Atau pesan terus dari 012-664-8873