PROJEK
KAYA RAYA
KOMENTAR
hari ini jumlah
duit rakyat yang di songlap
bukan lagi ratus ribu
bukan lagi juta juta
kini telah masuk
bilion bilion ringgit
semua dilakukan
atas nama melayu
jika ada batahan
maka china akan disalahkan
jika ada bantahan
siapa membantah
akan dituduh pengkhianat
NOTA:
saheh masuk peta dunia
sebagai negara paling
paling besar rasuah!
Rafizi dedah skandal hospital UiTM
Projek itu sepatutnya bernilai RM599 juta tetapi kerajaan dipaksa untuk membayar RM8.2 bilion sekaligus bakal menjadi hospital termahal di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan skandal terbaharu kerajaan yang melibatkan pembinaan hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kampus Puncak Alam.
Dia mendakwa kerajaan dalam proses untuk menyerahkan projek itu kepada ahli perniagaan yang ada hubungan rapat dengan UMNO.
Katanya, projek pembinaan hospital itu dijangka menelan belanja RM599 juta tetapi kerajaan menyerahkan projek itu dengan harga RM8.2 bilion.
“Adakah benar kerajaan akan menyerahkan projek pembinaan hosiptal UiTM di Puncak Alam kepada syarikat ini?
“Pembinaan hospital ini berjumlah RM599 juta sahaja tetapi menerusi perjanjian konses itu kerajaan dipaksa untuk membayar RM8.2 bilion,” katanya ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada Selasa.
Rafizi mendakwa, syarikat itu terlibat dalam pembinaan UiTM kampus Puncak Alam dan pernah disaman kontraktor.
“Bagaimanapun, saya mendengar desas-desus bahawa Kementerian Kewangan mengarahkan UiTM membayar segala kerosakan kepada kontraktor itu dan bukannya syarikat berkenaan,” katanya.
Katanya, jika syarikat itu tidak boleh membina kampus universiti masakan ia diberikan projek membina hospital termahal dan terhebat di Malaysia.
Projek pembinaan hospital UiTM diumumkan oleh Naib Canselor UiTM, Sahol Hamid Abu Bakar pada 2010 yang mampu meletakkan universiti di peta dunia.
KAH KAH KAH
woit
ini fitnah pkr
ini fitnah pembangkang
ini mesti fitnah guan eng
ini mesti fitnah china
ini kerja anwar ibrahim
ini kerja jahat pakatan
ini hina pemimpin melayu
ini hina raja raja melayu
ini hina islam
RASUAH LAGi
-------------