Sabtu, 22 Oktober 2022
SATU LAGI CONTOH MERAYAKAN DEMOKRASI
Gereja Sarawak minta derma tolong pelajar balik mengundi
SEBUAH gereja di Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya RM300,000 untuk membantu 1,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta balik membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November nanti.
Gereja Methodist Persidangan Tahunan Cina Sarawak (SCAC) di Sibu mengumumkan setakat 9 pagi tadi ia berjaya memperoleh RM30,000, berkata ia cuma ada lima hari untuk mengumpul baki bagi menjayakan kempen “Free Air Tickets, Return To Vote 2.0.”
Ketua kempen Nicholas Tan mengakui sukar mencapai sasaran, namun yakin dan percaya bantuan daripada tuhan.
Gereja itu juga pernah membuat kempen sama pada PRU 2018 di mana ketika itu ia berjaya mengutip RM200,000, sekali gus membantu kira-kira 600 pelajar.
Bantuan itu bukan sahaja terhad kepada pelajar Sarawak di Semenanjung atau Sabah untuk pulang mengundi, kata Tan kepada The Malaysian Insight.
“Ia terbuka kepada semua pelajar Malaysia.”
Beliau berkata semua pelajar sama ada dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak layak menerima bantuan itu.
Malah bantuan itu akan diberikan tidak kira bangsa atau agama, tambah Tan.
“Pelajar Islam boleh memohon. Pelajar yang memohon juga tidak perlu menjadi ahli gereja atau anak kepada ahli gereja.”
Tan berkata pihak gereja juga tidak akan menyoal tentang parti politik pilihan mereka.
“Kami hanya mahu tolong mereka yang mahu pulang dan tunaikan hak mereka.”
Permohonan akan ditutup pada Khamis, 27 Oktober depan.
Permohonan juga dkatakan mendapat sambutan hangat dengan lebih 700 permohonan diterima sebaik sahaja ia dibuka semalam.
Bantuan itu adalah atas dasar siapa cepat dia dapat, kata Tan, menambah pihaknya merancang untuk menerbangkan semua orang pulang pada 19 November.
Tan kini merayu agar lebih ramai “rakyat Malaysia yang baik hati” menjadi penderma.
“Kami (gereja) merayu kemurahan hati anda supaya kami dapat membantu seramai mungkin pelajar pulang mengundi,” katanya.
Pihak gereja bagaimanapun tidak akan menerima sumbangan daripada ahli politik mahu pun parti politik. – 22 Oktober, 2022.
CONTOH BAIK
PERANAN GEREJA
MERAYAKAN
DEMOKRASI
AMIN
BERSAMA KITA
SOKONG KERJA
AMAL
ANAK SEMUA
BANGSA
BANGSA SEMUA
AGAMA
AMIN
KHALAS
TANDA BAIK UNTUK DEMOKRASI
Pelajar IPT dapat pelepasan 5 hari balik mengundi
KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju memberi pelepasan selama lima hari bermula 17 November ini kepada pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Husaini Omar selepas surat edaran mengenai pelepasan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk pulang mengundi yang ditandatanganinya tular di media sosial hari ini.
Beliau ketika dihubungi Bernama hari ini memaklumkan surat berkenaan telah diedarkan kepada semua IPT awam dan swasta termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk tindakan lanjut.
“Surat tersebut adalah edaran kepada semua IPT bagi memberi pelepasan kepada pelajar untuk mengundi berdasarkan Undi 18. Kenyataan media berhubung perkara ini akan dikeluarkan nanti,” katanya.
Menurut surat bertarikh 21 Oktober itu, tarikh pelepasan bermula dari 17 hingga 21 November itu adalah tempoh yang mencukupi buat pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik dari lokasi mengundi.
Surat berkenaan turut menyatakan semua kelas dan aktiviti pelajar semasa tempoh tersebut hendaklah ditangguhkan dan diadakan ke suatu tarikh lain.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 November, dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November. – Bernama, 22 Oktober, 2022.
INI TANDA BAIK
INI SEHAT
AMIN
DEMI AMALAN
DEMOKRASI
AMIN
UNDI HARI SABTU
PEKERJA CUTI
AMIN
PELAJAR
JENERASI UNDI 18
DIBERI PELUANG
BALIK MENGUNDI
AMIN
INI TANDA KITA
MENUJU GARIS
MAJU UNTUK
MERAYAKAN
DEMOKRASI
AMIN
KHALAS
MENUJU ZAMAN MELESET
Penganalisis jangka ringgit terus merosot berbanding dolar AS minggu depan
RINGGIT dijangka terus merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, berkemungkinan dalam jajaran 4.75, kata penganalisis.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berpendapat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS dijangka tidak menarik nafas lega berikutan inflasi tidak menyusut dengan pantas di negara itu, sekali gus bererti kenaikan adalah lebih agresif, manakala dolar AS kukuh.
“Nampaknya terdapat kesepakatan bahawa inflasi tetap tinggi, sehubungan itu, pasaran turut mempertimbangkan kenaikan kadar yang selanjutnya adalah diperlukan.
‘Mudah tunai merosot dengan pantas, dan ini boleh menjejaskan mata wang berisiko seperti ringgit, dan saya tidak akan terkejut sekiranya ringgit diuji pada paras 4.75, terutamanya jika terdapat kelewatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan data perdagangan China yang lebih buruk daripada dijangkakan,” kata Innes.
Ketua Pegawai Pelaburan Principal Asset Management Bhd Asia Tenggara bagi Malaysia, Patrick Chang berkata unjuran ekonomi Malaysia terus mencabar berikutan pelabur telah mempertimbangkan potensi kepada kemelesetan ekonomi.
“Keadaan ini, dan kegelisahan mengenai kenaikan kadar faedah di AS, ditambah pula dengan pertumbuhan yang lebih perlahan di China telah menambahkan lagi kebimbangan terhadap unjuran ekonomi.
“Situasi yang tidak menentu ini akan kekal buat masa ini,” katanya kepada Bernama.
Seorang lagi penganalisis pasaran berkata, berikutan Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka kekal dengan pendirian untuk meningkatkan kadar faedah bagi mengawal inflasi yang tinggi di AS, Bank Negara Malaysia (BNM) diramal akan melaksanakan tindakan yang sama untuk menyokong ringgit.
“Tanpa kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), ringgit akan terus merosot sekiranya tiada pengukuh yang menyokong mata wang tempatan berbanding unit negara maju.
“Pelabur akan terus mengelak daripada kadar yang lebih pantas memandangkan pulangan pelaburan yang lebih baik terhadap dolar AS berbanding ringgit,” katanya sambil memaklumkan ketidaktentuan politik di Malaysia turut mempengaruhi mata wang tempatan.
“Kami menjangkakan ringgit akan meraih semula kedudukannya selepas pilihan raya apabila dasar baharu diumumkan. Ini akan meletakkan semula Malaysia sebagai negara yang stabil dari segi politik dan dasar,” katanya.
Pada Jumaat, ringgit merosot berbanding dolar AS kepada 4.7380/7395 daripada 4.7025/7065 pada minggu sebelumnya.
Pasa asas Jumaat kepada Jumaat, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3144/3157 daripada 3.3009/3042 pada akhir minggu lepas dan susut berbanding euro kepada 4.6139/6153 daripada 4.5741/5780.
Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2677/2694 daripada 5.2870/2915 dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1384/1396 daripada 1836/1867 pada minggu sebelumnya. – Bernama, 22 Oktober, 2022.
HAL INI
PENG ANAL
ADA BENAR
AMIN
EKONOMI DUNIA
SEDANG MENUJU
ZAMAN MELESET
AMIN
KITA PATUT BUAT
KEMPEN TANAM
MAKANAN
AMIN
INI UNTUK JADI
DASAR KERANA
BAHAN IMPOT
BAHAN MAKANAN
MAKIN MAHAL
AMIN
KHALAS
ABU LAHAB PUN PAKAI SERBAN
ABU LAHAP PUN
PAKAI SERBAN
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"PERANGAI JAHILIAH"
Itu suma lebai yg lu count is mazhab korup punya lar kah³ bnyak lg lobai² yg benar tp lu tak jumpa dan mgkin takkan jumpe kah³
Unknown commented on
PERANGAI JAHILIAH"
Depa tu perangai macam Abu Lahap, menyembur air lior melaknat Abu Lahap konon tapi dalan ati dan otak puji cara Abu Lahap dan mungkin bertanya dalam ati takde siapa pun balik dari syurga atau macam pak lobai Kasim kat Pakistan tu yang mimpi Abu Lahap tu sedang diseksa dan dilaknat oleh Yang Maha Esa ... jadi manade bukti buat jahat tu ada balasannya... bukti yang ada kat depan mata dan sedang dipraktiskan ialah bila ada kuasa, ada duit maka segala-segalanya. Boleh dappat bidadari keliling pinggang takyah nak tunggu kat syurga. Macam mak badak tu boleh dapat pelbagai bidadara... siapa berani kacau ! Pasal tu kot pak lobai tu bijak menyembur air lior atau menunggang unta ....!
MINAH KULUMBIA
MINAH KULUMBIA
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"ANAK BANDUAN MARAH"
Cantik puteri kayangan ini seekor, bijak banding banding pulak, woit bila masa Nuar kempen, kah kah kah isu ini sengaja tarik perhatian supaya orang tidak lupa satu malaikat bernama Najib, kah kah dah ramai lupa pendekar Bugis ini sekarang, saja saja kacau walau tahu tak boleh kan kah kah kah
MENCURI GUNA ISLAM BUAT TOPENG
MENCURI
GUNA ISLAM
BUAT TOPENG
AMIN
Unknown commented on
"PANGKAH SEDU"
Kalau kata orang kafir jahat, lebih jahat yang mencuri, merompak duit rakyat, salah agama, salah bangsa, salah negara kah kalau pilih orang macam ini selama 60 tahun lebih, asal menjadi Robin Hood, tapi mereka bukan Robin, mereka mencuri dari rakyat miskin untuk diri keluarga untuk beli beg birkin cuti luar negara, anak beranak enjoy menjoy tetapi rakyat miskin tetap miskin menadah tangan minta bantuan, minta belas kesian cukup lah cukup lah selama ini kena tipu, kena guna otak fikir, guna jari tangan pangkah yang betul, jangan sokong pencuri perompak atas apa jua alasan Amin kah kah kah
MELAWAN MUDARAT YANG LEBIH BESAR
Anwar kata tiada masalah jumpa Dr Mahathir
PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk bertemu dan berbincang dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, mengenai kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Namun Anwar berkata perkara yang ditekankan PH ialah berkenaan kepentingan untuk melawan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).
“Tiada masalah. Boleh jumpa. Boleh bincang, tetapi selalu saya tekankan mengapa nak lawan PN atau BN. Atas dasar (lawan) iaitu tolak rasuah, perkauman dan fahaman melampau. Kalau itu yang diminta, saya tiada masalah,” katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan di Little India Klang di Jalan Tengku Kelana di Klang, hari ini.
Media hari ini melaporkan Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), bersedia untuk bertemu Anwar bagi mengadakan rundingan kerjasama menghadapi PRU15.
Sementara itu, mengulas persediaan beliau sebagai calon ahli Parlimen Tambun dan sasaran PH di Perak, Anwar berkata negeri itu menjadi antara kawasan akan ditawan PH dalam PRU15.
Mengulas kenyataan bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam yang meletakkan beliau sebagai antara pemimpin yang mampu meneraju negara, Anwar menzahirkan ucapan terima kasih kerana kenyataan Musa itu membantunya dalam berkempen.
“Kenyataan Tun Musa itu membantu. (Musa berkata) layak dan ada pendedahan peringkat antarabangsa. Saya ucapkan terima kasih kepada Tun Musa,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob; bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan Anwar, disifatkan sebagai pemimpin yang mampu menerajui negara ini.
Musa ketika menggariskan nama terbabit berkata, tiga pemimpin itu dilihat memiliki kualiti, daya tahan serta karisma, dalam memimpin negara mengharungi cabaran kini. – Bernama, 21 Oktober, 2022.
ANWAR DILIHAT
BERJIWA BESAR
TUNJUK SIKAP
PEMIMPIN
AMIN
TAPI AWAS
KAKI SAILANG
AKAN SAMPAI
YANG TAK MAHU
KEMAH BESAR
DIJAYAKAN
AMIN
SULTAN TAHU PERANGAI POLITIKUS
Pemimpin khianat, tipu akan jahanamkan negara, titah Sultan Selangor
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah pemimpin yang hanya mahukan kuasa dan mencari kekayaan dunia akan menjadi perosak serta pengkhianat kepada rakyat dan negara.
Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin turut menegaskan pemimpin yang khianat, menipu dan menyalahgunakan kuasa untuk mengumpul kekayaan diri, pasti akan dibenci oleh rakyat dan dikutuk oleh Allah SWT kerana boleh menjahanamkan negara.
“Sesungguhnya pemimpin yang tidak menegakkan nilai integriti, kejujuran dan amanah, akan menyebabkan pemimpin itu sendiri terjerumus ke dalam aktiviti bersifat kemunafikan dan kemaksiatan, seperti amalan rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan menyebarkan fitnah, yang mengakibatkan kerosakan sebuah kehidupan bermasyarakat dan bernegara,” titah baginda.
Titahnya lagi pemimpin yang berintegriti, jujur dan beramanah bukan sahaja akan mengubah landskap dan ekosistem kehidupan bermasyarakat bahkan akan memacu negara untuk mencapai matlamat yang telah dirangka, agar menjadi sebuah negara mampan, stabil, dihormati dan beridentiti.
Sultan Sharafuddin bertitah junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW, telah menonjolkan dirinya sebagai ikon hamba Allah yang berintegriti tinggi, sehingga dikenali dengan gelaran ‘al-Amin’, iaitu ‘yang sangat dipercayai’ dalam kalangan masyarakat Islam ketika itu.
Justeru baginda bertitah integriti berlandaskan nilai-nilai Islam yang berpaksikan kepada kekuatan akidah, syariah dan akhlak, adalah penyelesaian terbaik kepada kerosakan dan kemelut yang berlaku dalam diri, organisasi dan negara hari ini.
“Sedarlah wahai pemimpin, janganlah kamu menjadi pengkhianat terhadap amanah yang diberikan,” titah baginda sambil menambah sifar jujur dan amanah hendaklah menjadi identiti yang sebati dalam diri pemimpin.
Titah baginda golongan pemimpin hendaklah menyerlahkan bukan sahaja kelembutan budi bahasa tetapi kemuliaan akhlak dari sudut kejujuran dan keikhlasan serta boleh diyakini dan dapat dipercayai oleh rakyat bahkan mengundang kehormatan daripada negara-negara lain di dunia. – Bernama, 21 Oktober, 2022.
SULTAN TAHU
PERANGAI
HODOH
POLITIKUS
AMIN
KERANA POLITIKUS
GAGAL MAKA
SULTAN AKAN
KEMBALI
BERKUASA
AMIN
KHALAS
PARTI AMANAH BERJIWA BESAR
AMANAH sambut baik pertemuan Mahathir-Anwar, namun minta hormati pilihan PM Pakatan Harapan
AMANAH menyambut baik kesediaan Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menerima pelawaan Dr Mahathir Mohamad untuk bertemu.
Namun Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menegaskan, parti-parti dalam Pakatan Harapan telah bersetuju Anwar adalah calon perdana menteri pilihan mereka.
“Dalam mewujudkan kerjasama, kami harap perkara ini sentiasa diperakui dan dihormati,” kata Khalid dalam kenyataannya hari ini mengulas kesediaan Anwar untuk bertemu Mahathir.
Mahathir dalam kenyataan melalui videonya semalam sekali lagi menghulurkan tangan perdamaian kepada Anwar, kira-kira sebulan menjelang pilihan raya umum pada 19 November.
Dalam video yang dikeluarkan hari ini, bekas perdana menteri dua kali itu berkata dia sedia bertemu dengan Anwar dan bersedia mengorak langkah ke arah itu.
Tidak kisah dianggap menjilat ludah, Mahathir berkata dia sedia melakukan perkara itu bagi menyelamatkan Malaysia, seperti yang dirintisnya pada 2018 untuk menjatuhkan Najib Razak.
Bagi Khalid, kerjasama semua pihak perlu untuk menyekat Umno/BN bangkit semula yang menyebabkan negara kembali ke belakang.
Bagi Khalid, parti-parti pembangkang perlu bekerjasama dalam pilihan raya ini untuk menentang Barisan Nasional (BN) bagi menyekat kemungkaran dan kemusnahan negara yang disebabkan oleh parti itu.
“Kesedian untuk dua pihak ini bertemu menunjukkan mereka lebih mengutamakan kepentingan negara dari perasaan atau kecenderungan masing-masing. Sikap mengutamakan kepentingan negara perlu disanjung dan dicontohi semua,” katanya.
PRU ini merupakan satu PRU yang sangat penting untuk menghalang kembalinya Umno/BN ke tampuk kekuasaan. Oleh itu usaha kerjasama untuk elak berlakunya pecah undi adalah penting, katanya.
UNTUK MELAWAN
MUSUH UTAMA
SEMUA PERLU
BERSATU
AMIN
KETEPI PERBEZAAN
BERSEPAKAT
LAWAN PENCURI
LAWAN PENYAMUN
LAWAN PERASUAH
LAWAN UMNO
AMIN
KHALAS
UNDI YANG ADIL WALAU PUN KAPIR
UNDI YANG ADIL
WALAU PUN KAPIR
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"PANGKAH SEDU"
Imam Ali AS bgtau,Pilih pemimpin yg adil walaupun dia kafir sbb keadilan dia berguna utk org lain tp kafir dia hanya Tak manfaat diri dia sorg,jgn pilih pemimpin yg kejam walaupun dia islam sbb keislaman dia hanya berguna utk diri dia sorg je.
NAJIB ADA TALIPON DALAM JIL?
NAJIB ADA
TALIPON
DALAM JIL ?
AMIN
KHALAS
Amier The Hero commented on
"ANAK BANDUAN MARAH"
Apak omak anak samo bangang!!! Jgn layan dah keturunan ni.. seghupo gampang!!! Tak ketahuan aghah punyo manusio. Duit dah beghatuih billion, tak cukup laie ko.. nak memokak jugak laie. Dok ontok², umo panjang apak eh idop lagi 12 tahon.. maso tu tolan la duit songlap yg disughok kan tu.
Jgn nnt menantu ngap dulu harta² ismet ulam raja dan fatimah hatom tai sudah la.. kah kah kah kah kah kah!!! Kono igt, besan fatimah hatom tai pun samo level skali.. bokeh laki eh punyo pompuan simpanan hilang without a trace. Den ghaso.. keluargo tu akan dapek pengajaran bilo menantu dgn besan dah ngap sumo ghoto nnt tak cayo.. kito tggu la kesudahan eh. Org monggol tu.. jgn buek memain.. kah kah kah kah kah!!!
SEDIA MENUNGGU
SABTU 22/10/2022
SEMUA SEDIA MENUNGGU
SEMUA SEDIA MENUNGGU
MENUNGGU KEMPEN
MENUNGGU NAMA CALON
MENUNGGU LAPORAN
KAJI CUACA
AMIN
UNDI 18 JADI KUNCI
TAPI MACAM MANA
NAK BAWA MEREKA TURUN MENGUNDI
KALAU DULU ADA DEMO BERSIH
KALI INI TAK DA DEMO
TAK DA DEMO JALAN RAYA
TAK MENANG PILIHANRAYA
AMIN
UKRAINE
TAMBAH BERAT
GUA PERHATIKAN
POLITIKUS EROPAH MAKIN BANGANG
TAK NAK BELI GAS
DARI RUSIA
NAK BOIKOT RUSIA
AMERIKA JUAL GAS
BERGANDA GANDA MAHAL
SEKARANG RAKYAT DAH MARAH
DASAR SOKONG UKRAINE
DASAR SEKAT RUSIA
DAH TERBALIK KOT
DATANG MEMUKUL DIRI SENDIRI
UK
KRISIS KEPIMPINAN
PALING SERONOK
BOJO - BORIS JOHNSON
NAK DATANG SEKALI LAGI
JADI CALON PM
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
MACAM DAH BIASA DENGAR
KAH KAH KAH
ITALI
MELONI AKAN JADI PM
WANITA PERTAMA DI ITALI
INI DARI PARTI GARIS KANAN
KITA LIHAT APA DASAR
AKAN DIBAWA
HOKKIEN
KERING MATAHARI DAH KELUAR
UDARA PAGI YANG SEGAR
KL & KL SENTRAL CERAH
PAGI SABTU TAK DENGAR
DERAMAN KERETA
BANYAK DAH BALIK KAMPUNG
CUTI PANJANG DEWALI
LANGIT ARAH SHAH ALAM
DILIHAT MULA NAK BIRU
AWAN PUTIH BERTABURAN
GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
BRO
SENYUM
SENYUM
KITA SAMBUT CAHAYA
PENCERAHAN DEWALI
BRO
PIKIRAN TERBESAR
MAMPU MELAKUKAN
KEJAHATAN TERBESAR
SAMA SEPERTI MELAKUKKAN
KEBAIKKAN TERBESAR
BRO
AKAL SEHAT ADALAH
ANUGERAH PALING
BANYAK DALAM DUNIA
KERANA SEMUA ORANG
BERFKIKIR DIBERKATI
DENGAN BAIK
BRO
HIDUP TANPA FALSAFAH
SAMA DENGAN MENUTUP MATA
TANPA BERUSAHA MEMBUKANYA
BRO
UNTUK MENCARI KEBENARAN
DALAM HIDUP
KITA PERLU MERAGUKAN
SEMUA HAL SEJAUH MUNGKIN
BRO
TIDAK ADA
YANG LEBIH ADIL DARI
AKAL YANG SEHAT
TIDAK ADA YANG BERFIKIR
DIA MEMERLUKAN
LEBIH DARI YANG DIA MILIKI
BRO
UNTUK MENGETAHUI
APA SEBENARNYA DIPIKIRKAN ORANG
PERHATIKAN APA YANG MEREKA
LAKUKAN
BUKAN APA
YANG MEREKA KATAKAN
BRO
TIDAK CUKUP
HANYA MEMILIKI PIKIRAN BAIK
YANG UTAMA ADALAH
MENGGUNAKAN DENGAN BAIK
BRO
SETIAP PERSOALAN
YANG LU SELESAIKNA
JADI PEDOMAN
UNTUK SELESAIKAN YANG LAIN
BRO
MEMBACA BUKU YANG BAIK BAIK
SAMA SEPERTI
MENDENGAR PERBUALAN
DENGAN PEMIKIRAN TERBAIK
DI ABAD ABAD SEBELUMNYA
BRO
UNTUK MEMPERTAJAM PIKIRAN
KITA HARUS
LEBIH SERING BELAJAR
DARI MERENUNG
BRO
JIKA ASASNYA RUNTUH
SEMUA
AKAN RUNTUH
BRO
SYARAT PERTAMA
JANGAN TERIMA
SEMUA SEBAGAI BENAR
SEHINGGA KITA MENGETAHUI
TANPA KERAGUAN SEDIKIT PUN
BRO
SELALU BERINGAT
TETAP KAN HATI UNTUK BERHASIL
LEBIH PENTING DARI
HAL HAL YANG LAIN
BRO
CARA TERBAIK
UNTUK MENGHANCURKAN MUSUH
ADALAH JADIKAN DIA
SEBAGAI TEMAN
BRO
PIJAK KAN KAKI LU
DI TEMPAT YANG TEPAT
KEMUDIAN BERDIRI
DENGAN TEGUH
BRO
KALAU LU LARANG
KEBEBASAN ORANG LAIN
LU PUN TIDAK BEBAS
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENUNGGU
Langgan:
Catatan (Atom)