SAPA TAHU
BAGAiMANA
HENDAK
TiMBULKAN
KESEDARAN
KOMENTAR
ingat cerita pak kadok
rioh sekampong
menang sorak
tapi kampong tergadai
inilah nasib bani melayu
dijual oleh parti
ketuanan melayu
'Ingat bagaimana Perjanjian Johor membawa penjajahan'
Dengan sesi khas parlimen bermula bulan ini untuk membuat keputusan bagi memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengingatkan kerajaan mengenai pengalaman di masa lampau menandatangani perjanjian.
"Perjanjian Anglo-Johor 1885 adalah perjanjian persahabatan di mana British sepatutnya menghantar penasihat.
"Namun, selepas ditandatangani, mereka (British) berkata kerajaan akan diberi nasihat. Tetapi sebaliknya negara dijajah," kata Presiden DPMM Syed Ali Alattas pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Memetik Perjanjian Pangkor 1874 dan Perjanjian Anglo-Johor 1885, Syed Ali berkata perjanjian ketika itu masing-masing hanya mempunyai 12 muka surat dan lapan muka surat.
"Perjanjian Pangkor 12 muka surat, kita huru-hara sampai sekarang. Sekarang kita ada 6,000 muka surat," katanya.
Bagaimanapun, Syed Ali berkata pihaknya tidak dapat menghalang kerajaan menandatangani TPPA.
"Kita jaga peniaga kita, dan tugas makin susahlah, makin berat," katanya.
Sehubungan itu, katanya, DPMM akan menghantar memorandum susulan sesi meja bulat anjurannya hari ini kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Mustapa Mohamed, berkenaan pandangan mereka
Mustapa Mohamed, berkenaan pandangan mereka
TERGADAI
BANI MELAYU
------------