KOMENTAR TUKAR TIUB
seharusnya kita tidak perluj buang masa
kita tidak perlu buang tenaga
tak perlu buang duit
dalam hal menangi orang bodoh
orang bodoh ada di mana mana
polis tak perlu habiskan masa
untuk menagkap orang bodoh macam ini
mahkamah juga tidak perlu buang masa
untuk mendakwa orang bodoh ini
nak melawan internet adalah mustahil
internet ialah fikiran yang ditulis
internet ialah apa yanag dalam kepala
tapi dapat keluar
internet ialah pecakapan yang didengar ramai
berjuta malah berbilon laman
yang mengutuk agama
yang mengutuk hindu
yang mengutuk kristian
yang mengutuk buddha
yang mengutuk islam
yang mengutuk majusi
yang mengutuk nasrani
mustahil dapat dijaga
banyak kerja lain
yang lebih berfaedah
inilah namanya negara tanpa sempadan
inilah nama globalisasi
belajarlah hidup dengan watak baru ini
watak baru ini akan ada
watak baru ini akan terus wujud
APA YANG WAJIB DILAKUKAN
yang wajib dilakukan
ialah kita jangan ikut buat kerja bodoh
kerana nak lawan orang bodoh
kita sendiri buat kerja bodoh
KERJA ORANG BODOH
Remaja Hina Islam Ditahan Di Melaka
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka pada Khamis bagi membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca Allah SWT dalam statusnya di laman Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan pukul 3 petang tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan.
Remaja itu kemudian dibebaskan tengah malam ini dengan ikat jamin polis, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap tindakan remaja berkenaan.
Zainuddin berkata remaja tersebut sudah berhenti sekolah selepas peperiksaan PMR dua tahun lepas dan tagih dengan permainan komputer. TIEWNAMA
JANGAN HASAN MALEK KAN DIRI
----------