Jumaat, 2 Jun 2023

KITA. SEMUA KENA TIPU


VAKSIN TIPU

AMIN

VAKSIN TERBUKTI TIPU
INI PROJEK SYARIKAT UBAT
BUAT DUIT
COVID 19 HANYALAH
PERMULAAN
ADA PROJEK BARU 
YANG SEDNAG DIRANCANG
AWAS !

DAPUR JALANAN JALAN PANGGUNG DAH 10 TAHUN


DAPUR JALANAN

JALAN PANGGUNG

DAH 10 TAHUN

AMIN

DULU KHIANAT SEKARANG KAWAN


Muhyiddin juga sedia bekerjasama semula dengan Mahathir

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau juga bersedia untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad selepas bekas perdana menteri itu memberitahu MalaysiaNow beliau bersedia untuk bekerjasama semula dengan bekas sekutunya itu.

“Saya menyambut kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan beliau demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam,” katanya.

“Sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.”

Mahathir dalam wawancara eksklusif dengan MalaysiaNow minggu ini berkata beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Bekas perdana menteri itu berkata usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan antara matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.

Katanya, orang Melayu yang berpecah mengikut perjuangan parti politik berbeza mengakibatkan kaum majoriti ini semakin lemah dan sukar untuk memperbetulkan keadaan.

"Kita nak adakan kerjasama, tetapi matlamat mesti ditentukan," katanya.

"Kita berpecah jadi banyak-banyak parti, kita hilang kuasa.

“Bila hilang kuasa, kita tidak boleh betulkan keadaan yang merugikan orang Melayu. Sebab itu kita perlu bersatu,” kata Mahathir yang berkhidmat sebagai perdana menteri sebanyak dua kali selama 24 tahun.

Pada 2016, Bersatu ditubuhkan selepas Muhyiddin dan beberapa pemimpin Umno dipecat daripada parti itu selepas secara terbuka mengkritik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penubuhan Bersatu dilakukan bersama Mahathir yang dilantik sebagai pengerusi sebelum parti itu menyertai gabungan politik PH yang akhirnya berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Dua tahun kemudian, Mahathir dipecat daripada Bersatu selepas berlaku perubahan kerajaan menerusi Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan digantikan dengan kerajaan PN dipimpin oleh Muhyiddin.

Namun pada Ogos 2021, Muhyiddin meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Beliau kini mengetuai gabungan PN yang terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan.

DULU KHIANAT

SEKARANG KAWAN

AMIN

DALAM POLITIK

TAKDA MUSUH

TETAP

AMIN

YANG ADA NIAT

NAK BERKUASA

YANG TETAP

AMIN

KHALAS

ALLAH DAN SABAH SARAWAK



KENYATAAN MEDIA 

ALLAH  DAN SABAH SARAWAK


Cari Pendamaian Nasional dalam Kontroversi Kalimah Allah, Bukan Menangguk di Air Keruh

Saya menyeru kepada semua ahli politik, parti politik, pertubuhan masyarakat madani, pemimpin-pemimpin pendapat penting (KOL) dan rakyat Malaysia sekalian untuk mencari pendamaian nasional (national reconciliation) di antara Semenanjung dan Borneo dalam kontroversi berkaitan dengan larangan penggunaan kalimah Allah oleh umat bukan Islam, dan bukan menangguk di air keruh.
Saya menyeru semua pihak menerima fakta yang berikut:

Umat Kristian Borneo yang berbahasa Melayu memang menggunakan kalimah Allah sepertimana “Allah Taala” dalam Bahasa Iban, “Tuhan Allah” dalam bahasa Lun Bawang, Lun Dayeh dan Kelabit  dan “Tuhan Alla” dalam Bahasa Bidayuh.

Penggunaan kalimah Allah oleh umat Kristian sememangnya bukan untuk memurtadkan umat Islam dan oleh itu tidak pernah digusari umat Islam di Wilayah Borneo.

Penggunaan kalimah Allah di kalangan umat Kristian Borneo menjadi ternampak (visible) sejak 1980an kerana kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan juga penghijrahan rakyat Borneo ke Semenanjung kerana kekurangan peluang pekerjaan dan pendidikan di Wilayah Borneo.

Kebebasan umat Kristian Borneo menggunakan kalimah Allah tidak sama sekali menggugat Islam, sebaliknya harus diraikan kerana kejayaan Bahasa Melayu selaku Bahasa Kebangsaan yang merentas agama, dan juga pendamaian nasional antara Semenanjung dan Borneo.

Pada 15 Mac 2021, seramai 18 Ahli Parlimen, 4 Senator, 23 ADUN Sarawak dan 9 ADUN Sabah merentas parti - PH, GPS, Warisan, PSB dan Bersatu – mengeluarkan kenyataan bersama merayu kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Mac 2021 bahawa larangan terhadap penggunaan kalimah Allah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
 
Kami amat bersyukur seruan kami akhirnya didengar oleh Kerajaan Persekutuan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami berharap keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menarik balik rayuan ini boleh diterima oleh semua pihak dengan dada yang lapang.

Berikut adalah petikan daripada kenyataan yang asal:

1. Umat Kristian yang menggunakan kalimah “Allah” dan istilah-istilah keagamaan yang sama dengan Umat Muslim kebanyakannya adalah orang Borneo dan Orang Asli yang menutur bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua atau bahasa ibunda, seperti mana Umat Kristian kaum Batak, Dayak, Ambon, Timor di Indonesia yang menutur Bahasa Indonesia sebagai bahasa kedua atau bahasa ibunda. Di Sarawak, Bahasa Iban menggunakan “Allah Taala”, Bahasa Bidayuh menggunakan “Tuhan Alla” sebagai kalimah untuk Yang Maha Esa manakala Lun Bawang, Lun Dayeh dan Kelabit menggunakan “Tuhan Allah”.

2. Di Sabah dan Sarawak, Bahasa Malaysia menjadi popular di kalangan umat Kristian kerana pelaksanaan Akta Bahasa Kebangsaan 1967, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berjaya yang mematahbalik kemelesetan dalam penggunaan Bahasa Melayu dalam zaman penjajahan. 

3. Umat Muslim di Wilayah Borneo menyokong dan tidak rasa terancam dengan saudara-mara dan teman-teman Kristian mereka menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa untuk semua agama wahyu berakarkan Nabi Ibrahim. Umat Borneo sesungguhnya percaya bahawa manusia dijadikan berbeza untuk kita saling mengenali dan mengasihi, bukan untuk mencaci dan menganaktirikan sesama lain, dan bahawa kewujudan pelbagai umat agama adalah kehendak Allah kerana kalau hendak Allah yang Maha Kuasa sudah tentu boleh menjadikan kita semua dalam satu agama.

4. Umat Muslim dan Umat Kristian menyembah Allah dalam masjid dan gereja masing-masing tidak akan menyebabkan murtad umat Muslim. Bukti paling baik – Muslim mengambil tempat hampir atau lebih daripada 90% dalam populasi di kedua-dua dunia Arab dan Indonesia, sungguhpun umat Muslim dan umat Kristian telah berkongsi kalimah “Allah” dan istilah-istilah keagamaan lain masing-masing selama 1,442 tahun dan 476 tahun.

5. Keputusan Kabinet Persekutuan pada tahun 1986 untuk menafikan hak bukan Muslim untuk menyembah Allah adalah kekhilafan di bawah tekanan politik oleh sesetengah orang Malaya yang rasa tidak selamat, jal dengan keadaan di Sabah dan Sarawak dan pada masa yang angkuh dengan tanggapan bahawa orang Malaya boleh menentukan bagaimana orang Sabah dan Sarawak harus hidup, sama di negeri sendiri atau di Semenanjung. Golongan Malaya ini yang berlagak seolah-olah diri adalah pusat kepada dunia enggan menerima bahawa Malaysia adalah satu perkongsian “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah” di antara Malaya, Sabah dan Sarawak.

6. Keputusan Mahkamah Tinggi ini sekadar memperbetulkan satu ketidakadilan yang menyakiti hati orang Sabah, orang Sarawak dan Orang Asli akibat kegelisahan, kejahilan dan keangkuhan sesetengah orang Malaya. Ia tidak akan menyebabkan pendakwahan ke atas Muslim dan kemurtadan mereka, satu ketakutan tidak berasas yang cuba diapi-apikan oleh sesetengah orang Malaya.

7. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah kemenangan kepada Malaysia dan akan memperkuatkan Persekutuan kita. Ia akan membenarkan umat Kristian di kalangan Orang Sabah, Orang Sarawak dan Orang Asli untuk menyembah Allah secara bebas, sepertimana kebebasan yang dinikmati saudara-mara Dayak mereka tanpa isu di sebelah sempadan di Kalimantan.

8. Keputusan Mahkamah Tinggi juga adalah kemenangan kepada Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan juga kesemua penuturnya, serta penghormatan untuk penutur-penutur Bahasa Iban, Bahasa Bidayuh, Bahasa Lun Bawang, Lun Dayeh dan Bahasa Kelabit, antara bahasa warisan di Benua Borneo.
Tamat.

YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, 
Ahli Parlimen Tuaran Sabah 
Presiden Kehormat  Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)
17 Mei 2023

LANTIKAN POLITIK


JEMPUTAN

MALAM INI 

LANTIKAN POLITIK




#Politikopi: Lantikan Politik - Adakah satu Keperluan, Apakah Natijahnya?

Tarikh: 2 Jun 2023, Jumaat
Masa: 9.30MLM - 10.30MLM

Rangka Soalan
1. Adakah salah jika kerajaan hari ini melantik mana-mana pengemudi GLC daripada kalangan orang politik sebagai mana diamalkan sebelum ini?

2. Amalan lantikan orang politik dalam GLC dalam Kerajaan Perpaduan hari ini dilihat bertentangan dengan akujanji oleh PMX dan ini dipelopori oleh UMNO dan diikuti oleh Amanah. Hanya PKR dan DAP masih belum mengorak langkah. Adakah ini wajar dan hanya rentetan panjang janji kosong ahli politik?

3. Melantik individu yang profesional dan berkaliber dilihat mampu memberikan imej bersih dan sejahtera kepada Kerajaan Perpaduan seperti langkah di ambil YB Rafizi Ramli membuka peluang temuduga terbuka, namun adakah lantikan ini ibarat pepatah 'duri dalam daging' jika calonnya beridelaisme berbeza?

4. Adakah politik 'payung memayungi' / warlord (tak ingat istilah yang selalu digunakan) tetap berleluasa walaupun kerajaan hari ini tidak lagi dipelopori UMNO?

5. Dilihat dengan melantik mereka dari kalangan ahli perti atau  mereka yg selari dgn kehendak merajaan akan mampu memudahkan urusan kerjaan untuk memastikan usaha dan aspirasi kerajaan dapat di laksanakan dgn Mudah? Adakah ini matlamat utama dalam lantikan politik dan bukan sebagai janji ganjaran selepas pilihanraya.

6. Malaysia pernah dilabelkan sebagai  negara yg dapat mencapai kemajuan yg pesat, dalam tempoh yg sama, kerajaan yg memerintah oleh parti politik yg kita tahu (Open Secret) mengamalkn tradisi seperti ketua cawangan di lantik ketua kampung, ketua bahagian di lantik ahli majlis, dan yg lagi tinggi seterusnya hingga jawatan dalam agensi kerajaan dan syarikat2 GLC, jika waktu itu negara mampu mencapai kemajuan yg pesat mana silapnya? adakah mungkin lantikan pada masa ini walaupun berasaskan politik tetapi mereka juga adalah orang yg layak?

7. Merujuk pada laporan NST december 2022 “Service of political appointees in GLC, GLIC, MOF Inc terminated with immediate effect” - apakah situasu masa kini. Adakah ini sekadar “flush Out” untuk di gantikan dgn “Orang Kita”.?

8. “Appointing politicians to head GLCs perpetuates corruption and money politics” - laporan STAR 

9. Memetik laporan Sinar harian Nov 22, NGO seperti ABIM juga mengesa untuk tidak melantik ahli politik, adakah perlunya NGO untuk secara bersama menyuarakan pendapat as kuasa pihak ketiga untuk memastikan perkara ini tidak berlaku. 

10. “Lantikan Politik, Apadalahnya, jika dilakukan kerjanya dgn baik” salah satu komen menteri yg mana menegasakan walaupun lantikan politik sebagai pengerusi, didalam kerajaan masih mempunya pegawai2 yg bertaraf pakar yg akan sama2 bekerjasama. - adakah ini merujuk kepada peranan penting bukan sekadar pada ahli politik yg di lantik, ini adalah juga kepada pegawai kerjaan yg berkhidmat untuk menjalankan amanah seperti menasihati, memberi pndangan dan menegur jika perlu bagi memastikan segala perancangan dpt di laksanakan dgn baik?

11. Adakah wajar jika kita usulkan peranan rakyat itu sendiri adalah amat penting jika dilihat dalam konteks perbicngan ini. Pegawai atau pelaksana dalam kerajaan itu sendiri adalah rakyat dan sama2 perlu memastikan yg terbaik untuk rakyat dan tidak hanya meletakan sesuatu kepada Ahli politik yg dilantik untuk memimpin, rakyat mempunyai tanggungjawab untuk menegur, menasihati, bertindak sekiranya keputusan syarikat atau glc atau agensi akan merugikan oleh kerana penglibatan politik, jika arus tadbir melibatkan pegawai kerajaan tegas dan berani, tidak akan jadi masalah siapa pun yg akan di lantik didalam agensi!!



HOT HOT HOT TERKINI TERNOW - MADEY DIPANGGIL POLIS


TER HOTT

TERKINI

TER NOWW

AMIN

MADEY DIPANGGIL

POLIS

JENG JENG JENG

KHALAS 

GLC - MACAI ATAU PAKAR?

 

FORUM TALIAN

MALAM INI 

JAM 9.30 MALAM


 Menarik Malam Ini

#Politikopi - Lantikan Politik - Adakah Satu Keperluan? Apa Natijahnya?

Bersama panelis:

🔊 KHALID ABD SAMAD

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara

🔊 HISHAMUDDIN RAIS

Pengamat & Aktivis Politik

\🔊 S. ARUTCHELVAN

Timbalan Pengerusi, Parti Sosialis Malaysia 

🗓 Tarikh : 2 Jun 2022 (Jumaat - malam ini)

🕘 LIVE : 9.30 MLM

.

LINK FACEBOOK LIVE

https://facebook.com/events/s/politikopi-lantikan-politik-ad/165361486305680/

LINK YOUTUBE LIVE

https://www.youtube.com/live/3DRLvFaonNw?feature=share

Like, Subscribe & Follow DIALEKTIKA TV untuk wacana BEBAS | BENAR | BERANI. Sebarkan, bersama kita membangun negara

KJ AKAN JADI LEBAI KJ ?


KJ AKAN

JADI LEBAI KJ ?

KAH KAH KAH

AMIN

CHINA YANG KAYA


PELIK !!!

NEGERI 

TANAH MELAYU

YANG KAYA CHINA

AMIN

panglimo potaseh commented on

 "BERKUASA DI TANAH MELAYU"

50 ekor yg thorkayo dalam Malaysia. Rajo-Rajo kito takdo dalam senarai ko. Aruah JJ punyo 2 biliyun kiro camano. Patinggi Kotuo Gabenor Sarawak nombor borapo.
Namo Daem mano ilang eay .. anak2 Kutti pong ieleek. Kok Mapadulong dongan Mak Badak nama tak do den paham ..

JEMPUTAN FORUM MALAM INI

 

FORUM TALIAN

MALAM INI 

JAM 9.30 MALAM


 Menarik Malam Ini

#Politikopi - Lantikan Politik - Adakah Satu Keperluan? Apa Natijahnya?

Bersama panelis:

🔊 KHALID ABD SAMAD

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara

🔊 HISHAMUDDIN RAIS

Pengamat & Aktivis Politik

\🔊 S. ARUTCHELVAN

Timbalan Pengerusi, Parti Sosialis Malaysia 

🗓 Tarikh : 2 Jun 2022 (Jumaat - malam ini)

🕘 LIVE : 9.30 MLM

.

LINK FACEBOOK LIVE

https://facebook.com/events/s/politikopi-lantikan-politik-ad/165361486305680/

LINK YOUTUBE LIVE

https://www.youtube.com/live/3DRLvFaonNw?feature=share

Like, Subscribe & Follow DIALEKTIKA TV untuk wacana BEBAS | BENAR | BERANI. Sebarkan, bersama kita membangun negara

KJ TIBAI ANWAR IBRAHIM


KJ TIBAI

ANWAR IBRAHIM

KAH KAH KAH

KHALAS

BERKUASA DI TANAH MELAYU



Forbes Asia: Kekayaan 50 individu terkaya Malaysia meningkat kepada AS$81.6 bilion


KEKAYAAN terkumpul taikun dalam senarai Forbes 2023 untuk 50 individu terkaya di Malaysia meningkat kepada AS$81.6 bilion daripada AS$80.5 bilion pada tahun lepas walaupun mengalami penurunan dalam pasaran saham, menurut Forbes Asia. (AS$1=RM4.61)

“Selepas meningkat 8.7 peratus (%) pada 2022 berikutan perbelanjaan pengguna domestik yang pulih, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar yang lebih sederhana pada tahun ini.

“Walaupun negara kembali pulih selepas pandemik, pasaran saham merosot 8% sejak kekayaan diukur kali terakhir dan ringgit turut susut hampir 2%,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Singapura, hari ini.

Dalam senarai terkini, tokoh perniagaan Robert Kuok yang akan berusia 100 tahun pada Oktober ini kekal sebagai individu terkaya di Malaysia, kedudukan yang dipegangnya selama lebih suku abad.

Kuok yang mendapat keuntungan tertinggi dari segi dolar pada tahun ini adalah satu daripada hanya dua individu dalam senarai dengan kekayaan dua angka sebanyak AS$11.8 bilion.

Seorang lagi ialah Quek Leng Chan, Pengerusi Eksekutif milik persendirian Hong Leong Group untuk cabang Malaysia yang menduduki tempat kedua dengan kekayaan terkumpul sebanyak AS$10.2 bilion.

“Secara keseluruhannya, 19 kekayaan meningkat dan hampir separuh turun,” menurut Forbes Asia.

Walaupun berada dalam kategori kedua, tokoh logam Koon Poh Keong dan adik-beradiknya kekal di tempat ketiga.

Gabungan kekayaan mereka sebanyak AS$5.8 bilion berkurangan hampir 7% daripada AS$6.2 bilion pada tahun lepas, sejajar dengan kejatuhan saham syarikat mereka Press Metal Aluminium Holdings, pengeluar aluminium bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara berikutan kos bahan mentah dan pengangkutan yang tinggi.

Antara yang mendapat keuntungan yang tinggi dalam senarai pada tahun ini ialah duo bapa dan anak Yaw Teck Seng dan Chee Ming yang mengawal syarikat gergasi kayu balak, Samling.

Mereka melonjak kepada No. 16 daripada No. 32 pada tahun lepas apabila kekayaan mereka meningkat lebih dua kali ganda kepada AS$1.25 bilion berdasarkan maklumat baharu mengenai aset persendirian mereka.

Bekas guru matematik Dr Chia Song Kun (No. 10, AS$1.8 bilion) Pengerusi Eksekutif syarikat makanan laut keluarganya QL Resources kembali kepada kedudukan selepas jurang selama tujuh tahun apabila saham syarikat mencatatkan peningkatan hampir 20% dan kemasukan kepentingan keluarganya yang lebih luas.

“Dua taikun yang disokong ekuiti swasta mendapat sokongan daripada urus niaga penting,” menurut Forbes Asia.

Syed Azman Syed Ibrahim (No. 24), yang Weststar Aviation Services mengendalikan kumpulan helikopter untuk perkhidmatan luar pesisir kedua terbesar di rantau Asia Pasifik, telah membeli semula 21% kepentingan dalam firma pelaburan KKR dan kini bernilai AS$825 juta, naik 27% daripada tahun lepas.

Kekayaan pengasas penyedia perkhidmatan pengebumian Nirvana Asia David Kong (No. 23, AS$860 juta), meningkat berikutan cadangan penjualan oleh firma ekuiti swasta CVC Capital Partners untuk kepentingannya pada anggaran penilaian sebanyak AS$2 bilion.

Lima muka baharu pada tahun ini termasuklah usahawan hartanah Chiau Beng Teik (No. 29, AS$665 juta) pengasas Chin Hin Group dan Yu Kuan Chon (No. 39, AS$430 juta) seorang doktor perubatan yang menguruskan YNH Property.

Pendatang baharu yang lain ialah Ong Soon Ho (No. 32, AS$630 juta), pengasas kumpulan agrokimia Hextar dan Goh Nan Kioh (No. 40, AS$425 juta) yang memiliki firma pelaburan Mega First dan mempunyai kepentingan dalam D&O Green Technologies menghasilkan diod pemancar cahaya untuk sektor automotif.

Menurut Forbes Asia, nilai bersih minimum untuk berada dalam senarai itu ialah AS$315 juta, meningkat daripada AS$255 juta pada 2022.

Sementara itu, senarai tersebut menyaksikan Ananda Krishnan dari Maxis yang nilai bersihnya meningkat AS$400 juta kepada AS$5.4 bilion menduduki tempat keempat.

Kekayaan pengasas Public Bank Teh Hong Piow yang meninggal dunia pada Disember kini disenaraikan di bawah anak-anaknya, adik-beradik Teh (No. 5, AS$5.2 bilion).

Senarai lengkap boleh didapati di www.forbes.com/malaysia dan dalam edisi Jun Forbes Asia. – Bernama, 1 Jun, 2023.

MEREKA INILAH

YANG BERKUASA

DI TANAH MELAYU

AMIN

ANWAR HADI

MADEY MUHYIDN

HANYA BERKUASA

JIKA MEREKA

BERSETUJU

AMIN

MAK CIK PAK CIK

FELDA 

MAMAT PANDA

MINAH KARAN

HANYA ALAT

UNTUK KEKAYAAN

MEREKA

AMIN

INILAH HAKIKAT

SISTEM EKONOMI

KAPITALIS

AMIN

MELAYU GADUH

SAMA MELAYU

TAIKON CHINA

TAMBAH KAYA

AMIN

MCA & DAP

ALAT SUARA 

MEREKA

AMIN

KHALAS

DEMI MELAYU


Bersatu sedia terima Tun M – Hamzah

SUNGAI BESAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia menerima dan bekerjasama dengan mana-mana pemimpin politik termasuk Dr Mahathir Mohamad yang mencari platform perjuangan untuk orang Melayu.

Setiusaha Agungnya,  Hamzah Zainudin berkata, kesediaan Dr Mahathir itu membuktikan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) kini menjadi alternatif kepada UMNO.

“Alhamdulillah, kita terima semua sama ada ianya pemimpin daripada Pejuang mahupun bekas (pemimpin) UMNO.

“Semua itu adalah sesuatu yang kita impikan supaya orang sedar bahawa kita telah pun menjadi alternatif kepada perjuangan asal orang Melayu,” katanya kepada pemberita di Markas Pas Simpang Lima di sini malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan Dr Mahathir mengakui beliau bersedia bekerjasama dengan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Dr Mahathir berkata, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.

Ketika ditanya tentang perkembangan itu boleh mengoyahkan kedudukan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim, Hamzah berkata, ia adalah mimpi ngeri kepada Presiden PKR itu sebelum menjadi kerajaan lagi.

“Sebab apa ini dia (Anwar) nak takut, dia memang sudah takut selama-lamanya,” katanya lagi. 

DEMI MELAYU

LAWAN CHINA

KAH KAH KAH

BOLEH KAH

BERSATU GANTI

GEROMBOLAN

AMIN

APAKAH MUHYIDIN

AKAN BERSERBAN

JADI TALIBAN

KAH KAH KAH

AMIN

RAHSIA ZAHID BOCOR



Zahid tawar Hadi 40 kerusi Parlimen sebelum PRU15 – Takiyuddin

SUNGAI BESAR – Presiden UMNO,  Zahid Hamidi pernah menawarkan Presiden Pas, Hadi Awang dengan 40 kerusi Parlimen yang dijamin menang jika parti Islam itu meninggalkan Bersatu.

Setiausaha Agung Pas,  Takiyuddin Hassan berkata, walaupun Pas menolak tawaran itu, namun parti Islam tersebut berjaya memperoleh 43 kerusi Parlimen dan lebih banyak daripada tawaran UMNO pada PRU15 lalu.

“Presiden Pas berjumpa dengan Presiden UMNO diberikan syarat, kalau nak bersama dengan UMNO, tinggalkan Bersatu.

“Ini Untold Story, kisah yang tidak pernah diceritakan. Demi semangat dan roh penyatuan Ummah, kami tidak menerima walaupun kita ditawarkan 40 kerusi.

“Alhamdulillah, (bila) kita bersama Bersatu dan Perikatan Nasional (PN), Pas bukan sahaja dapat berbelas kerusi tapi 43 kerusi, lebih banyak daripada tawaran UMNO,” katanya ketika berucap pada Majlis Dialog PN di Markas Pas Simpang Lima, di sini, malam tadi.


Selain itu, Takiyuddin juga mendedahkan apabila Pas mengutarakan penyatuan Ummah, UMNO didakwa menyambut cadangan itu dengan dingin.

“Pas sebelum PRU15, apabila kami mengusahakan supaya berlakunya penyatuan Ummah, antara orang Melayu dan Islam yang kita mulakan melalui Muafakat Nasional (MN.

“Pimpinan kami berjumpa dengan pimpinan UMNO apabila kami mengutarakan usaha untuk menyatukan umat Melayu Islam, (UMNO beri respon) dengan nada tidak begitu menyenangkan.

“Begitu tinggi bongkak (Presien UMNO) apabila memberikan syarat kepada Pas,” katanya. – 

SEMUA SUDAH

BOCOR

AMIN

PENYAMUN TARBUS

BOCORKAN RAHSIA

PENCURI 

KAH KAH KAH

SUASANA INI BAIK

 UNTUK NEGARA

KAH KAH KAH

BILA PENYAMUN

GADUH DGN PENCURI

RAKYAT SENANG

HATI

AMIN

KHALAS

PRESIDEN BIDEN JATUH TERSUNGKUR


CALON PRESIDEN

2024 JATUH

TERSUNGKUR

AMIN

ATUR TIKET KE SYURGA


ATUR TIKET

KE SYURGA

KHALAS

Unknown commented on 
"MELAYU BUKAN ARAB"

Senang saja Hj Hadi Awang budiman, atur tiket ke syurga dan neraka kepada perasuah pencuri perogol pembohong? Berapa ayat sudah guna untuk mereka berbanding dengan ayat politi8petik sini petik sana kah kah cermin diri dulu woit, sudah bertongkat tapi perangai masih sama macam unta kah kah kah

ADA HANYIR BAU IKAN


ADA HANYIR

BAU IKAN

AMIN

Unknown commented on
 "POLIS KATA 
MATI MENGEJUT"

Macam Kes syuhada Jalil Ibrahim dalam Kes BMf...
Sampai sekarang pembunuh tak dijumpai.. dipercayai kaya raya 7 keturunan...
Kah kah kah...
Unknown commented on 
"POLIS KATA
 MATI MENGEJUT"

We smell something fishy...

UJUNG MINGGU SAMPAI


UJUNG MINGGU

SAMPAI


JUMAAT 2/6/2023
HUJUNG MINGGU SAMPAI
GAJI BARU DAPAT
ENJOI DE MENJOI

JANGAN  MASUK KL
UJUNG MINGGU GAJI
JEM GILA
MALAM KELAMRIN GUA
MASUK UNTUK MAKAN SINGGANG
BUKAN MAIN JEM
SEMUA KELUAR 
MASUK KL

DATARAN PENUH
MAK CIK PAK CIK
DOL DAN MINAH
DIN DAN TIMAH
DATANG BEREHAT
MUNGKIN DARI FLET
MUNGKIN DARI WILAYAH SESAK
CARI UDARA DI DATARAN
AMIN

AMERIKA
PRESIDEN BIDEN
JATUH TERSUNGKUR
NASIB BAIK SEMPAT DI SAMBUT
PASTI
TAK AKAN JADI CALON 2024

CANADA
API MEMBAKAR HUTAN
DI NOVA SCOTIA  MASIH
BERTERUSAN SEMENJAK SABTU
MASIH BELUM DAPAT DI PADAM
DAH RATUS HEKTAR TERBAKAR

UK
SALMAN RUSHDI
AKAN TULIS BUKU
PENGALAMAN DI TIKAM

HOKKIEN
CERAH KERING SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT ADA  AWAN BIRU
ADA TOMPK PUTIH
ADA AWAN HITAM

DARI ARAH SUNGAI
DEKAT ISTANA LAMA
GUA  DENGAR  KOKOK JANTAN
MENDAYU DAYU

DALAM SAWAH RUMPUT
PIPIT BERCEMPERA
ATAS UDARA TIING MELINTAS

TUP TUP
KAMI  DITAHAN OLEH
WARGA ASAL HOKKIEN
WOW
GARANG LAGI MARAH
LIMA EKOR
CUBA MENYERANG TAK TAK
INI WILAYAH MEREKA
KAH KAH KAH

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT JUMAAT
DENGAN SENYUMAN

BRO
LU JANGAN SILAP
HANYA ADA HARI YANG BURUK
BUKAN KEHIDUPAN BURUK

BRO
KEBAHAGIAN BERASAL
DARI SABAR DAN IKHLAS

BRO
LU SEDAR LU KURANG
LEBIH BAIK DARI LU BANGGA
LU DAPAT LEBIH

BRO
HATI  YANG GAGAH
AKAN MEMAAFKAN SESIAPA
SAJA

BRO
JIKA LU NAK ENJOI KEMUDIAN
LU BUAT PERSEDIAAN
DARI SEKARANG

BRO
JIKA LU HEBAT
BUAT SESUATU
JANGAN BUAT DENGAN CINCAI

BRO
LU BOLEH MAAFKAN
DIRI LU SENDIRI

BRO
PEGANG FIKIRAN YANG KUAT
LUPUSKAN FIKIRAN
 YANG LEMAH

BRO
NAK BUAT SESUATU
PERLU KEBERANIAN
NAK SELESAIKAN
PERLU JIWA KUAT

BRO
BILA LU BERMALAM DI RUMAH ORANG
JANGAN ANGGAP RUMAH SENDIRI
BILA LU PINJAM HAK MILIK ORANG
JANGAN ANGGAP MILIK LU SENDIRI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENYAMBUT
UJUNG MINGGU