Selasa, 19 Mei 2015

ONLINE LAGI







PAS marah DAP tolak hudud sebab ia 

kehendak Allah, kata Hadi 

Image result for onlinePAS berhak menyuarakan kemarahannya terhadap rakan sekutunya DAP yang menolak hudud kerana ia diizinkan Allah, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini.
Katanya, sifat marah memang semula jadi ada pada manusia biasa dan ia menjadi tanggungjawab PAS kerana parti demokratik itu menentang pelaksanaan hukum Allah.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-marah-dap-tolak-hudud-sebab-ia-kehendak-allah-kata-hadi#sthash.cKJWVgZ2.dpuf

KAH KAH KAH

woit
hang online lagi ke?
bila hang dapat number?
ada watapps tak?
FACE BOOK ada ke?
share share laaah
kah kah kah

APA PUNYA  TUUUR


----------------

SOLDADU CHINA DI MOSCOW







SEJARAH 

DUNIA HARI INI
untuk pertama kali
dalam sejarah dunia
TPR
tentera pembebasan rakyat
dari tiongkok
bersama berkawad 
di dataran merah mocow

NOTA
ikuti tukar tiub
untuk pencerahan
&
memahami 
perubahan politk dunia


JANGAN KENDUR SERANGAN




KOMENTAR
ini nasehat betul
kalau gerombolan ikut nasehat ini
perang akan tamat
ini merugikan pakatan rakyat

tapi shafie afdal bukan tim najib
maka besar kemungkinan
nasehat ini tidak ada sapa ambil pot


UMNO perlu bimbang Mahathir tidak lagi sokong Najib

 | May 19, 2015
Penarikan sokongan oleh bekas Perdana Menteri itu membuka ruang kepada musuh kerana ia menggambarkan kekuatan dan kelemahan yang sedang dihadapi UMNO.
PETALING JAYA: Pemimpin dan ahli UMNO perlu merasa bimbang dengan penarikan sokongan Mahathir Mohamad terhadap kepemimpinan Najib  Razak.
Nasihat itu diberikan oleh Naib Presiden UMNO,  Mohd Shafie Apdal, yang mengaku beliau juga bimbang dengan persengketaan antara  Mahathir dan Najib.
Beliau berkata, penarikan sokongan oleh bekas Perdana Menteri itu membuka ruang kepada musuh kerana ia menggambarkan kekuatan dan kelemahan yang sedang dihadapi UMNO.



JENG JENG JENG
woit
ini berita baik
gerombolan mula sedar
ini berita jujur
gerombolan sudah takut
ini berita minta
lagi banyak batu api
lagi banyal simbah minyak

JANGAN KASI HENTI






------------

TUNGGU DAN NANTI





30JUN


Bro, Kalau 30 June 2015 adalah bersamaan 13 Ramadhan i.e. Hari turunnya Kitab Injil. Ada sangkut paut dengan Politik Malaysia? on APA DIA 30 JUN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 5:51 PM




----------------

YANG BODOH & YANG BANGANG








SILA AMBIL 

PERHATIAN

bodoh dan bangang
bukan satu jenayah

KAH KAH KAH

woit
jangan silap
jangan salah baca
ini cara kj bodohkan najib

KAH KAH KAH

-------------

APA DIA 30 JUN








TIGA 

PULUH 

JUN






---------

LINGKUP BUNGKUS







KWAP, anak syarikat ada sejumlah RM1.4 bilion dalam 1MDB, kata Najib


Putrajaya hari ini mengesahkan, Kumpulan Wang Amanah Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mempunyai sejumlah RM1.4 bilion pelaburan dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui anak-anak syarikatnya. - 

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kwap-anak-syarikat-ada-sejumlah-rm1.4-bilion-dalam-1mdb-kata-najib#sthash.5PCc24uT.dpuf

KAH KAH KAH

woit
macam perangai tabung hajee
mula mula nafi

bila rahsia bocor
bila ada pegawai pecah lubang
bila dokumen jatuh terlepak

najib mengaku

maka akan lingkup
akan tenggelam
akan hangus
habis ranap duit pencen
pak cik dan mak cik
dirembat oleh najib rosmah

LINGKUP MINGKUP























------------------

PROGRAM HASUT DAN LAWAN






PROGRAM

PENCERAHAN

HASUT & LAWAN







----------

MULA KIBARKAN SANG SAKA







KIBARKAN 

SANG SAKA

Malaysia ni dapat kemerdekaan macam cerita cartoon "Hongkong Phui" Kucing yang buat kerja Anjing dapat nama. Terbit abad ke 20, Pak Sako, Boestamam, dan geng dah start berjuang dan keluar masuk penjara untuk memerdekakan Tanah Melayu ini. 

Pecah perang Dunia Kedua segala Raja, Bangsawan dan Pendekar Melayu dah lari dulu. Tamat perang mereka ini terhegeh-hegeh balik ke Tanah Melayu tumpah darah ku. Lepas perang Pak Sako, Boestamam, Pak Said terus berjuang, Datuk Onn tumpang sekaki. Alih-alih bila Merdeka muncul nama Tunku Derahman. 

Kaum inilah yang memperjuangkan nasib Melayu (kalangan keluarga dan kawan sendiri) sehinggalah terbentuknya Struktur Masyarakat Melayu hari ini. Melayu yang kaya jadi terlebih kaya yang miskin nasib kamulah dah takdir Allah Taalla. Hidup Melayu dgn menjual kepentingan Melayu pada bangsa lain. on PAK SAID ZAHARI
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 5/19/15


-----------

BERITA PENTING




KOMENTAR
ini satu kenyataan amat penting
ini datang dari shafie afdal
shafie naib presiden
shafie  dari sabah
sabah kubu gerombolan

kunci berita ini ialah:
"Apa yang dibangkitkan Mahathir perlu kita jelaskan," 

ini menggambarkan sikap shafie
jelas secara berlapik shafie
memberi tekanan agar najib menjawab

amat jarang malah hampir tidak ada
kenyataan dari shafie semenjak 
perang najib mahathir bermula

jelas shafie afdal ini BUKAN tim najib
jelas shafie afdal sedang beri tekanan

jika sabah bersama shafie
maka najib mati kering



Mahathir  dan Najib perlu selesaikan 

masalah antara mereka, kata Shafie Apdal 

Mahathir Mohamad dan  Najib Razak perlu menyelesaikan masalah antara mereka agar tidak menjejaskan perjuangan parti, kata Mohd Shafie Apdal hari ini.
Naib presiden Umno itu berkata, kedua-dua pemimpin itu harus mengelak daripada mengambil langkah sehingga menampakkan parti berpecah dan akhirnya tidak lagi utuh dan terjejas perjuangannya.
"Saya bimbang kerana perkara seumpama ini menjurus ke arah itu (perpecahan dalam parti). Sudah pasti gambaran dilihat dari luar tentang kekuatan dan kelemahan parti.
"Saya beranggapan, apa yang penting kepada kita ialah, bagaimana kita menyelesaikan masalah ini. Itu yang saya tekankan daripada awal. Satu penjelasan, kemudiannya, penyelesaian masalah.
"Apa yang dibangkitkan Mahathir perlu kita jelaskan," katanya. – 19 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-m-dan-najib-perlu-selesaikan-masalah-antara-mereka-kata-shafie-apdal#sthash.MoKCiaEi.dpuf



--------------

PERANGKAP SUDAH BINGKAS






KOMENTAR
najib sudah diperangkap
apabila najib menjawab
perangkap telah bingkas
soalan yang diajukan
bertujuan untuk memberi tahu
orang ramai bahawa najib
terlibat kes bunuh altantuya

semua orang tahu apa dia kes ini
soalan soalan ini hanyalah peluru
untuk memperlekeh najib
ini sedang bejaya dilakukan

penapian ke
sumpah sumpit ke
semua tak penting
yang diperlukan najib menjawab

apabila ada jawapan
jawapan ini akan menimbulkan 
lagi banyak persolan
jawapan najib tidak akan
menyelesaikan apa apa

jawapan najib akan membuka pekong
jawapan najib akan memberi pencerahan
kepada orang ramai 
tentang siapa najib
tentang siapa rosmah


Masih ramai kurang puas hati 13 jawapan Najib
SHAH ALAM –Tindakan Najib‎ Razak yang menyenaraikan jawapan bagi isu dan tuduhan terhadap beliau serta kerajaan kelmarin mungkin masih tidak menyenangkan hati semua pihak termasuk Mahathir Mohamad.



KAH KAH KAH

kah kah kah 
kah kah kah
kah kah kah

najib tun m
PUTRAJAYA - Tindakan Najib‎  Razak yang menyenaraikan 13 isu dan tuduhan terhadap beliau serta kerajaan semalam jelas tidak...


KAH KAH KAH

woit
mustahil mahathir akan berhenti
mustahil mahathir akan rehat
perang telah mula
perang akan diteruskan

APA PUNYA PERANG

-----------

SELAK KAIN NAMPAK PEKONG



KOMENTAR
sabenarnya inilah yang rakyat mahu
lagi lama perang ini lagi baik
lagi banyak rahsia bocor
lagi banyak peluru sampai
lagi senang hasut orang ramai

NOTA
najib wajib bertahan
mahathir wajib terus menyerang

rakyat gumbira
pakatan dapat untung

KAMI MENUNGGU 


Buka pekung sendiri jejaskan imej Umno

SHAH ALAM - Tindakan  Najib  Razak mendedahkan sejarah hitam Umno ketika zaman pemerintahan  Mahathir Mohamad pada 1987 hanya akan menjejaskan imej parti itu sendiri.

Ahli Parlimen Pulai, yang juga Ketua Umno Bahagian Pulai,  Nur Jazlan Mohamed berkata, pendedahan itu juga tidak membantu menyelesaikan persoalan yang ditimbulkan  Mahathir.

“Perbuatan membuka sejarah dan pekung di dada ini hanya akan menjejaskan (imej) Umno.

“Sebaliknya Najib perlu menjawab setiap soalan yang dibangkitkan  Mahathir, kerana kesungguhan bekas perdana menteri itu akan menimbulkan keraguan dan tanda tanya dalam kalangan segelintir rakyat,” katanya.



KAH KAH KAH

woit
ini yang kita mahu
mahathir buka pekong najib
najib bukan pekong mahathir
mahathir ada pelong
najib ada pekong
selak kain rosmah
nampak lagi besar pekong
dari parti ketuanan melayu
jadi parti ketuanan pekong

KONG KONG KONG




------------

RAJA KAYANGAN DATANG BANTU




PM sangat yakin pelan pemulihan 1MDB akan berhasil

Anne Muhammad | 10:00AM May 19
Najib Abdul Razak berkata inilah perkara yang sedang diusahakan oleh kerajaan.



KAH KAH KAH

woit
ini mesti ada nenek kebayan datang bantu
ini mesti ada putera kayangan datang bantu
ini mesti tok imam arab datang bantu
susah susah jual cina tembam
susah susah cetak wang anda
kah kah kah

APA ADA PASAL

-----------

UNDUR TANGKAP DAN DFAKWA




SPRM PERLU JUGA AWASI MENTERI DAN KELUARGA MENTERI YANG MEMILIKI KEHIDUPAN MEWAH MELAMPAU
Pusat Pemerhati dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW) menyambut baik respon daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu lepas yang menyatakan bahawa SPRM sedang mengawasi setiausaha peribadi dan politik menteri-menteri kabinet berhubung dakwaan mereka hidup di luar kemampuan masing-masing.
Kami juga menyambut baik pandangan SPRM bahawa undang-undang baru perlu digubal agar mereka yang mempunyai kehidupan mewah melampaui pendapatan mereka untuk dipaksa mengisytiharkan harta mereka.
NOW telah memulakan perbincangan ini sejak tahun lepas bermula dengan satu forum bertajuk ‘Living Beyond Means: A Legal Perspective” bagi membincangkan tindakan terutamanya dari sudut undang-undang yang boleh digunapakai terhadap gejala kemewahan yang melampaui kemampuan.
SPRM yang sedang dalam proses merangka undang-undang baru ini sewajarnya mengadakan proses konsultasi dengan pelbagai pihak termasuk orang ramai bagi memastikan pendekatan undang-undang tersebut adalah menyeluruh. Sehingga kini, NOW telah menggariskan beberapa ketetapan seperti berikut:
1.      Gejala kemewahan yang melampaui kemampuan (living beyond means) adalah salah satu bentuk rasuah utama yang berlaku di negara ini. Pengawasan yang ketat serta sistem pencegahan awal perlu dikenalpasti apabila mereka ini berkepentingan dan juga melibatkan kekayaan negara atau harta rakyat.
2.      Pengawasan SPRM terhadap mereka yang hidup di luar kemampuan masing-masing sepatutnya tidak terhad terhadap setiausaha Menteri. Sebaliknya, SPRM juga perlu awasi Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, Menteri-menteri Besar, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pengarah-pengarah GLC, wakil-wakil rakyat serta ahli-ahli keluarga mereka.
3.      Mereka ini seharusnya dikenakan ketetapan supaya mengisytiharkan harta mereka sebelum dilantik dan secara berkala (sekurang-kurangnya setiap 2 tahun) sepanjang tempoh memegang jawatan tersebut.
4.      Hasil pengawasan SPRM ini seterusnya perlu dilaporkan secara terbuka agar rakyat sama-sama dapat menilai ketelusan dan memastikan gejala kemewahan yang melampaui kemampuan dapat dicegah.
Sekian, terima kasih.
19 MEI 2015
AKMAL NASIR
Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW)

-------------