Sabtu, 6 Julai 2013

TAMARROD GARIS POLITIK ANAK MUDA







DARI ARKIB
tulisan ini telah
disiarkan dalam suara keadilan
pada 16 julai 2012

disiarkan kembali
untuk kita menjadikan
latar pencerahan 
dan memahami suasana politik timur tengah
yang terus bergolak sekarang


TAMARROD
GARIS POLITIK
ANAK MUDA

ARAB SAUDI DAN ZIONIS ISREAL

Sebelum arwah ibu dan abah saya  bertolak ke Mekah , mereka telah diberi kefahaman tentang perangai Arab Saudi yang akan mereka temui di Mekah dan Madinah. Penerangan ini diberikan oleh kaum keluarga yang telah menunaikan fardu haji lebih awal.  Kesah dan tingkah laku perangai Arab Saudi ini hanya tersebar dari mulut ke mulut. Malah, semua bakal haji dari Malaysia telah sedia maklum serba sadikit tentang hal perangai Arab Saudi ini.

Tetapi ‘kesah’ ini tidak pernah dihebohkan oleh media. Ianya hanya menjadi ‘cerita-cerita rakyat’. Hujah penghalalan yang selalu kita dengar hanyalah: ...kerana itulah Muhamad dihantar ke Mekah....untuk mentamadunkan Arab. Rasa saya 1,500 tahun adalah satu masa yang agak lama untuk proses melahirkan satu tamadun. Jika lembu atau kerbau dididik selama 1,500 tahun pasti lembu atau kerbau ini telah bijak bistari.

Tingkah laku lucah yang dilakukan terhadap warga asing  yang menunaikan haji sering kita dengar. Kalau dibuku dan jilidkan telah melangit tingginya. Kesah-kesah keganasan yang dilakukan terhadap buruh impot dari Pakistan, India danBangladesh yang memburuh di Saudi Arabia akan meremangkan bulu roma. Keganasan seksual – rogol dan dera -  terhadap pekerja wanita yang diimpot dari Indonesia dan Pilipina telah lama menjadi buah mulut.


Tetapi kenapa agaknya Hillary Clinton tidak bersuara tentang keganasan terhadap kaum sajenisnya. Kenapa CNN tidak membuat laporan? Kenapa Parlimen Eropah tidak bersuara? Kenapa agaknya media antarabangsa semuanya senyap sepi tidak bersuara tentang penindasan warga perempuan Saudi yang bukan sahaja tidak boleh mengundi malah tidak boleh befikir. Jauh sekali untuk memandu kereta.  Kenapa tidak ada tuntutan ‘pendemokrasian’ dari Amerika terhadap Saudi Arabia? Kenapa warga Iraq sahaja yang perlu demokrasi tetapi warga Saudi tidak perlu? Semua ini soalan yang wajib di jawab.

Untuk saya negara yang bernama Saudi Arabia ini adalah ‘scam’ yang paling besar yang sedang menimpa penganut agama Islam diseluruh dunia. Saudi Arabia  membuktikan  bagaimana kesucian dan takwa para penganut agama Islam telah diekspoit oleh keluarga Ibnu Saud.

Dari sudut sejarah,  dizaman Nabi Muhamad tidak ada raja  di Saudi Arabia. Dalam kitab awal Ibnu Hisham  - As-Sirah an-Nabawiyyah - yang ditulis 200 tahun salepas Nabi Muhamad wafat tidak ada langsung disebutkan nama raja, derajat sultan atau daulat tuanku. Malah agama Islam secara radikal menentang kaum feudal  kerana sistem feudal ini bercanggah dengan teoloji Islam. Jadi dari mana munculnya  RajaSaudi ini?

Sejarah merakamkan bahawa Saudi Arabia ini dilahirkan dari perancangan kuasa imperial Anglo-Saxon sesudah perang dunia pertama.  Semenanjung Arab ini saperti Negara Telok dipimpin oleh  pelbagai ketua suku dan ketua kabilah. Perbalahan danperperangan antara suku dan kabilah sering  belaku dikalangan bangsa Arab ini.  Maka disinilah munculnya T.E Lawrence seorang ajen dari Britain yang merancang untuk menjatuhkan kuasa imperial Kerajaan Ottaman yang berpusat di Istanbul.

Dengan memberi sokongan kepada kabilah Abdul Aziz al- Saud , kekutan kerajaan Ottoman disebelah selatan – Jordan, Palestin, Syria dan Iraq – menjadi lemah.  Pada 29 Oktober 1923 Turki menjadi republik. Scara resminya kuasa kerajaan Khalifah  Ottoman dihapuskan pada 3 March 1924.

Akhirnya pada tahun 1932 lahirkan apa yang hari ini dikenali sebagai Kingdom ofSaudi Arabia. T.E Lawrence seorang ejen British yang juga seorang   homosexul  telah memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan Saudi Arabia.

Disini saya ingin membawa para pembaca untuk  untuk memahami konsep yang dipanggil geo-politik.  Geo-politik ini ialah politik kawasan , bumi,  tanah atau wilayah yang dianggap stratejik dan penting. Stratejik kerana kedudukan wilayah ini dari segi ketenteraan. Penting kerana wujudnya sumber asli yang ditemui dalam wilyah ini.

Pada hemat saya, jika  Saudi Arabia mengekspot petai dan jering maka setiap hari kita akan membaca tentang kejahatan kaum kerabat Saud. Kita akan membaca bagaimana kaum kerabat Saudi ini berpoya-poya berjudi  di London atau Paris. Atau kesah keluarga Saud  bercanda-canda di kota-kota besar di Eropah. Tetapi hakikatnya bukan petai dan jering tetapi bahan bakar petrol.

Saudi Arabia adalah negara kedua dalam dunia – sesudah Venezuela -  yang memiliki simpanan minyak terbanyak yang masih belum dicarigali. Hari ini SaudiArabia  adalah negara pengskspot utama – 12 juta tong sehari – minyak mentah dariSaudi memasuki pasaran dunia. Justeru Saudi Arabia adalah kunci keselamatan sistem ekonomi kapitalis yang bergantung  kuat dengan  bahan bakar petrol.

Sayugia dikhabarkan disini bahawa 15 dari 19 orang   pengganas yang menyerang WTC pada 9/11 di New York datang dari Saudi Arabia. Menjadi amat pelik – tindak balas  dari George Bush bukan tehadap Saudi Arabia tetapi kepada Afghanistan danIraq. Ini hanya satu contoh yang jelas dimana kuasa imperial Anglo-Amerika akan memilihara ‘kaldai’  tunggangan mereka dalam percaturan geo-politik dunia hari ini.

Ramai warga Melayu Islam mungkin  tidak menyedari bahawa  keluarga diraja Saudi  ini tidak ada sangkut paut dengan Islam. Mereka tidak memiliki petalian teoloji dengan Islam. Malah, yang saheh,  pada ketika ini keluarga Saudi ini adalah tali barut dan ajen  yang paling setia kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Keluaraga Saud ini bukan tidak pernah  ditentang. Pada  20 November 1979 dahulu satu pemberontakan telah  berlaku. Kaabah telah diambil alih  selama 2 minggu oleh kumpulan anak-anak muda yang menentang pemborosan, rasuah dan kelakuan kaum  keluarga Saud. Keluarga Saud tergamam. Hanya dengan bantuan Amerika barulah pemberontakan ini dapat dipatahkan.

Untuk meneruskan kuasa feudalnya, untuk meredakan kebencian rakyat maka  RajaSaudi kini mengelarkan diri mereka – Penjaga Dua Masjid. Ini hanyalah tembok untuk mengolah persetujuan penganut Islam  seluruh dunia bahawa keluarga Saud ini berhak keatas tanah suci Mekkah dan Madinah.

Melalui duit minyak petrol keluarga Saud ini telah menabur pengaruh ke seluruh dunia. Mengembangkan  faham kolot lagi jumud. Melalui pelbagai yayasan, melalui pelbagai bentuk  anak-anak syarikat, kaum keluarga Saudi ini telah  mendana masjid, sekolah dan pelabagi bentuk wakaf untuk memastikan penganut agama Islam terus dibodohkan. Warga Islam diseluruh dunia tidak akan mempersoalkan apa yang sedang mereka lakukan atas nama Islam.

Pemusnahan artifek-artifek sejarah yang membina ingatan bersama budayaArab/Islam dari zaman sebelum Nabi hingga ke zaman Nabi telah dilakukan oleh keluarga Saud ini.  Umum telah difahamkan bagaimana kota Mekah telah menjadi ‘vulgar/lucah’ dengan Mek Donald  dan Kentaki  Fried Fak. Bertafakur atau berdoa di hadapan makam kaum keluaraga Nabi dianggap ‘syirik’  tetapi menyambah  Mek Donal dan Kentuki dianggap soleh.

Para pembaca jangan tersilap faham tujuan tulisan ini bukan hendak menghina Islam tetapi untuk menunjukkan bahawa keluarga Saud ini tidak ada sangkut paut dengan Islam dan  rejim Saudi ini adalah sebahgaian dari punca huru hara yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Kaum pemodal dan kuasa imperialis Anglo-Amerika telah menggunakan Islam jenisSaudi ini untuk mematahkan perjuangan gerakan pembebasan warga Islam khususnya dan warga dunia amnya.  Gerakan pembebasan Palestin telah dimandulkan. Gerakan demokrasi di Bahrain sedang diganyang dengan bantuan dolar Saudi.

Satelah memahami semua ini saya ingin membawa kembali para pembaca kepda keadaan yang sedang berlaku di bumi Arab. Saddam telah dimusnahkan kerana Saddam  ingin menggantikan dolar sebagai duit pertukaran jaul beli minyak. Gadaffy dimusnahkan kerana Gadaffy menentang pengkalan tentera Amerika didirikan di  Afrika.

Kini Bashar perlu ditewaskan kerana dari segi geo-politik wilayah Syria ini amat penting untuk tentera Amerika masuk menyerang Iran. Semenjak zaman berzaman – dari sejarah Perang Salib – kita mengetahui  bahawa Damshik dalam negeri  Sham   adalah kota stretejik.  Pintu ke Amman, pintu  belakang ke Baghdad, pintu  ke Libanon semua bermula di Damshik. Justeru pada tahun 2008 yang lalu kota Damascus telah dinobatkan sebagai kota budaya Arab.

Semenjak dari ribuan tahun wilayah Levant  inilah yang menjadi titik mula tamadun dunia. Di wilayah ini tulisan dimulai. Di wilayah ini juga konsep Tuhan Yang Maha Esa ditemui. Sumer, Babil, Akkad adalah kota-kota kuno yang  mengasaskan  kemunculan kota  Damascus dan Baghdad yang akhirnya membawa Percerahan.  Berbanding dengan Saudi - tidak ada apa-apa yang dapat dibanggakan.

Kuasa imperialis Anglo-Amerika dalam perancangan geo-politik untuk mengepong China dan Russia kini sedang bekerjasama dengan Saudi Arabia dan Isreal.  Israeldan Saudi Arabia  dilihat sebagai ‘berseteru’ tetapi dua negara  sedang  berkerjasama untuk mematahkan apa sahaja bentuk gerakan demokratik  yang berkemungkian muncul di bumi Arab.

Pada tahun 2007 kuasa imperialis Amerika telah memberikan  60 bilion dolar melalui apa yang dipanggil  ‘military-aid package- bantuan ketenteran’. Sebanyak 13 bilion dolar nilai senjata ini akan dihantarkan kepada Saudi Arabia.  


Amat jelas dari bantuan persenjataan ini Saudi amat penting dalam pecaturan geo-politik Amerika. Kini senjata yang diterima dari Amerika sedang digunakan oleh gerombolan anti-Bashir. Senjata yang dibeli dipasaran gelap dibayar dengan duit petrodalar Saudi.  Duit Saudi juga digunakan untuk merekrut tentera-tentera upahan yang dipanggil Free Syrian Army. Free disini kerana mereka mendapat semua bantuan ‘free’ dari Saudi Arabia.

Dari segi ideoloji pula, fahaman reaksionari feudal Saudi ini sedang dijaja dari Moroko ke  Maldivess. Dari Bahrain kena Bukina Faso.  Dari Jerico ke Jakarta.  Dari  Dubai ke Dungun.  Ajaran kolot Islam jenis Saudi ini akan ditemui di negara yang ada warga beragama Islam.

Sekali lagi saya jelaskan bahawa penentangan  Saudi Arabia terhadap Bashar di Syria dan Ahmadinejad dari Iran bukan kerana Shiah atau kerana Sunni.  Bukan juga  untuk menegakakan shiar Islam. Penentangan ini  lahir dari strateji geo-politik kuasa Anglo-Amerika yang kini sedang merancang untuk mengepong China dan menekan Russia.

Justeru China dan Russia  telah menggunakan kuasa veto  dan akan terus mengunakan kuasa veto jika ketetapan Bangsa Bangsa Bersatu dilihat  sebagai topeng untuk menghalalkan tentera Nato menyerang Syria. China dan Rusia telah ‘tertipu’  apabila ketetapan PBB telah menghalalkan  tentera Nato menyerang Libyadan Gadaffy. (TT)


-----------

WASPADA - PEMBAJAKAN PERJUANGAN ANAK MUDA



KOMENTAR TUKAR TIUB

anak anak muda wajib waspada
anak anak muda wajib membaca sejarah
anak anak muida wajib mengumpul pengalaman

revolusi mesir pertama 2 tahun dahulu telah di bajak
revolusi ke dua juga sedang dibajak

rampasan kuasa tentera ialah pembajakan
lawan pembajakan



yang tewas di jalan raya adalah anak muda
yang terus mengecap nikmat kuasa
ialah para general
ialah para pelabur
ialah kaum pemodal
ialah npara cukong
ialah aparachik daulah

lawan pembajakan

revolusi ini wajib dibawa ke penghujung
revolusi ini wajib di bawa ke penamat yang tepat

tamarrod ialah garis anak muda yang tepat
tamarod ialah mimpi anak muda
tamarrod ialah cita cita anak muda
tamarrod ialah harapan anak muda

waspada!
ajen pembajakan
ajen pemodal
ajen kapitalis
ajen zionis 


lawan pembajakn

akhirnya dunia ini
adalah milik anak muda


PEMIMPIN YANG WAJIB DI CONTOHI



NOTA
ini lah contoh 
pemimpin makan babi
pemimpin minum arak
pemimpin tak bersunat

bila buat kesilapan  akui
bila buat kesilapan minta maaf



Guan Eng akui kesilapan

Georgetown: Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada ahli dewan berhubung isu tidak menyertakan sesi soal jawab pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini. »



--------

SILAP MATA TERBONGGENG




TERBONGGENG
MUKA MAT BANGLA
 DALAM TV


RTM SPR
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menolak cadangan menteri supaya proses pengiraan undi PRK Kuala Besut disiarkan secara langsung menerusi RTM pada 24 Julai ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...MUSTAHIL  ADA  LIVE SHOW.... kah kah kah...

kah kah kah...KALAU ADA MAMPOSLAAAA GEROMBOLAN.... kah kah kah..

kah kah kah...NAMPAK TERBONGGENG CARA MENIPU.... kah kah kah..

kah kah kah...SEMUA AKAN DI RAKAM..... kah kah kah..

kah kah kah... AKAN TERBUKTI KES PETI UNDI  DATANG LEWAT.... kah kjah kah..

kah kah kah...AKAN TERNAMPAK  KERTAS UNDI DATANG DARI  DALAM POKET... kah kah kah..

kah kah kah....  SUSAH LAAA  SPR NAK CARI MAKAN.... kah kah kah

NOTA
mana boleh orang luar
duduk atas pentas masa
masa pertunjukkan silap mata

kalau boleh david copperfeild pun
kantoi mantoi
kah kah kah


--------

POLITIK LEMAU DAN LEMBIK


  BURU SAMPAI  TUMBANG



KOMENTAR TUKAR TIUB
hari jumaat dipilih untuk penamaan calon
ini untuk memastikan 
tidak ramai penyokong pakatan datang dari luar

rabu dipilih untuk buang undi
untuk memastikan  lagi kureeeng yang datang

semua ini bertujuan untuk lembikkan kempen
bila kempen lembik maka politik jadi lembik
bila politik lembik jadilah politik tak melawan



Pas: SPR tidak sensitif berhubung penetapan tarikh
PRK Dun Kuala Besut
KUALA TERENGGANU - Pas menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sensitif terhadap warga Terengganu berhubung penetapan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Pas Kuala Besut, Satiful Bahri Mamat berkata, SPR seolah-olah tidak ambil kira persekitaran di negeri ini apabila hari penamaan calon dan pengundian, masing-masing jatuh pada Jumaat dan Rabu

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH 
KAH KAH KAH


woit...SEMUA INI DI RANCANG... kah kah kah...

kah kah kah...  SEMUA INI BERTUJUAN UNTUK LEMBIK KANA  KEMPEN... kah kah kah..

kah kah kah....KALAU MASIH TAK FAHAM PERANAN SPR .... JANGAN BERPOLITIK... kah kah kah..

woit...BILA KEMPEN LEMBIK.... PAKATAN KALAH.... kah kah kah



---------

PROGRAM HARI INI


JEMPUTAN  
PROGRAM HARI INI GIG
dan
MEMBELI BELAH
BARANGAN DAN MAJALAH
HASIL KERJA ANAK MUDA
KL Zine Festival & Distro Day Out
berlangsung sabtu  6 Julai 2013 
jam 10:00 - 6:00 petang
di M.I.A Art Centre Jalan Ampang

RADIO BANGSAR UTAMA 
akan buat siaran secara langsung Sabtu ini dari M.I.A Art Centre Jalan Ampang sempena KLZF&DDO 2013

TIPU PILIHANRAYA TURUN JALANRAYA 
akan dijual disana


JEMPUTAN 
MINGGU DEPAN
SELAK:SERAK
  arahan Fared Jamaluddin dari produksi Rumah Anak Teater (RAT).
Teater ini akan dipentaskan bermula 11 Julai  2013
di PJ Live Arts, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam
Harga tiket diantara RM50 hingga RM25
 tempahan dalam talian di www.tix.my 
 tempahan panggilan di 03-79-60-04-39 dan 017-228-98-46.
Sepuluh peratus hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada
 Tabung Membantu Mangsa Mati Dalam Tahanan.


-------

TANDA SAHEH PAHLAWAN MELAYU



Umno tidak pinggirkan Perkasa, rancang temui Ibrahim Ali

Pemimpin Umno hari ini dilihat gentar dengan kemarahan Perkasa semalam dan menyatakan kesediaan untuk bertemu pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) itu,  Ibrahim Ali (gambar) bagi merungkai sebarang kekeliruan.
Menyifatkan kemarahan Ibrahim itu sebagai 'salah faham', beberapa pemimpin Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka tidak berniat meminggirkan Perkasa.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...HEBAT TOK HENG KITA INI.... kah kah kah..

kah kah kah.,..TOK HENG BUKA MULUT.... kah kah kah

kah kah kah...PEMIMPIN GEROMBOLAN JADI  GENTAR....kah kah kah..

kah kah kah...TOK HENG BUKA MULUT... kah kah kah...

kah kah kah.....PEMIMPIN GEROMBOLAN JADI KECUT...kah kah kah

woit...INI LAH TANDA TOK HENG PAHLAWAN MELAYU.... kah kahkah

--------