SIAPA JANTAN INI
APA MAKNA KRISIS SELANGOR
Apa yang dapat kita fahami dari apa yang sedang berlaku di Selangor sekarang? Pada hemat saya apa yang berlaku dihadapan mata wajib kita fahami untuk dijadikan ilmu pengetahuan. Untuk ini saya ingin membawa pencerahan. Saya ingin menerangkan tanda dan makna babak-babak dibelakang tabir agar ilmu politik kita berkembang mendewasa.
Pertama-tama – awal wahid – jangan sekali-kali kita lupa bahawa Malaysia ialah negara Dunia Ketiga. Negara Dunia Ketiga memiliki watak, perangai dan pola-pola tersendiri. Malaysia bukan United Kingdom. Justeru kita ada mendengar atau membaca pandangan tentang krisis Selangor dari pakar undang-udang, dari pakar perlembagaan atau pandangan Doktor Politik yang berjela-jela ijazahnya. Semua pandangan ini memang boleh dibaca dan enak didengar tetapi semuanya hampeh.
Saya mengatakan hampeh apabila pandangan-pandangan ini TIDAK berdiri dibumi nyata. Tidak berlangitkan awan Malaysia. Tidak berasaskan real politik Malaysia. Tidak berpandukan kepentingan ekonomi dan kelas. Dan melupakan gajah dihadapan mata - bahawa Malaysia ialah negara Dunia Ketiga.
Memang betul pandangan Pakar Perlembagan bahawa Sultan dalam negara berParlimen hanya menerima keputusan ramai. Memang tepat Sultan tegak sebagai neraca – tanpa berat ke kri atau ke kanan. Memang betul Sultan hanyalah simbol negara berParlimen.
Tentang peranan Sultan di Malaysia ini kita boleh dibaca dari buku. Boleh didengari dari Kuliah Fakulti Undang-Undang - dari mulut pensyarah dan pakar undang-undang. Tetapi semua ini hampeh. Satu habuk tak boleh dipakai kerana Malaysia negara Dunia Ketiga.
Hakikatnya jumlah kerusi Adun Selangor ialah 56. Hakikatnya Khalid Ibrahim TIDAK lagi mendapat sokongan dalam Dewan Undangan Selangor. Hakikatnya dua minggu lalu 30 Adun telah menyokong Dr Wan Azzizh sebagai Menteri Besar baru. Ini bermakna 30 Tanda Tangan Bersumpah menyokong Dr Wan Azizahh - jumlah majoriti. Hakikatnya yang mendapat sokongan majoriti wajib dilantik untuk menjadi MB.
Para
profesor dan pakar undang-undang boleh melompat dan menonggeng
mengatakan bahawa Khalid wajib kosongkan kerusi MB. Para Pemikir dan
Pemerhati Politik boleh membuktikan yang Khalid tidak ada sokongan.
Peguam berkeliber boleh membebel – membuat rujukan apa yang telah
berlaku di Perak – Dr Wan Azizah ada hak untuk menjadi MB.
Hakikatnya
ketika tulisan ini digarap ( Isnin 25 Ogos 2014) Khalid Ibrahim
masih TIDAK mengosongkan kerusi MB. Khalid Ibrahim masih mengakui
dirinya MB Selangor. Semua media cetak dan leteronik TIDAK
mempersoalkan kedudukan Khalid Ibrahim dari sudut undang-undang atau
Perlembagaan. Tidak mempertikai undang-undang dan hukum hakam yang
dilanggar oleh Khalid. Semua ini berlaku kerana Malaysia adalah
negara Dunia Ketiga.
Dalam
negara Dunia Ketiga saperti Malaysia - apa yang wujud ialah prosedur
demokrasi. Prosedur ini bermakna ada rakaian tindakan yang wajib
dijalankan untuk mendapatkan hasil dan keadaan yang sama. Prosedur
ini diwujudkan untuk melicinkan pentabiran. Prosedur ini dijalankan
oleh lembaga-lembaga yang 'dianggap' bebas dan berwibawa agarnya
ianya dilihat adil dan saksama.
Contohnya
: sebelum tertubuhnya sesebuah kerajaan wajib ada pemungutan suara
i.e pilihan raya. Pilihan raya wajib dijalankan oleh satu lembaga
yang bebas. Sesudah pilihan raya wajib dihitung parti mana yang
memiliki suara majoriti. Parti majoriti akan menubuhkan kerajaan.
Semua ini adalah prosedur yang molek saperti yang tertulis dalam
Perlembagaan. Tetapi hakikatnya semua ini hampeh kerana Malaysia ini
negara Dunia Ketiga.
Negara
Dunia Ketiga – termasuk Malaysia – diwujudkan oleh penjajah.
Malaysia ini adalah projek British. Malaysia lahir sebagai satu
rancangan British yang tidak mahu kepentingan ekonominya di
Singapura, Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu jatuh ke tangan rakyat
tempatan. Maka negara yang yang dipanggil Malaysia ditubuhkan. Maka
segala lembaga yang diwujudkan oleh British ini adalah lompong dan
pura-pura. Semua lembaga ini hanyalah satu sandiwara untuk meneruskan
kepentingan ekonomi British.
Perlembagaan,
undang-udang dan lembaga-lembaga yang wujud di Malaysia ini memang
indah tertulis. Molek lagi cantik. Tetapi hakikatnya semunya
lompong, kosong dan hampeh.
Apa
yang berlaku di Selangor ini seharusnya telah memberi pencerahan dan
pengajaran untuk kita semua. Telah terbukti bahawa Dr Wan Azizah
mendapat sokongan majoriti. Tetapi masih ada suara lantang yang
mahukan Sultan membuat keputusan. Sultan dikatakan boleh menerima
atau menolak cadangan dari majoriti suara Adun. Sultan akan membuat
keputasan muktamad.
Disini
jelas dilihat bahawa pilihan raya, Akuan Bersumpah – suara
majoriti, bilangan kerusi DUN semuanya tidak memiliki apa apa makna.
Justeru - kenapa kita membuang masa, berkempen, berpolitkk dan
menjalankan pilihan raya – walhal akhirnya Sultan yang akan
membuat pilihan. Hampeh.
Kenapa
hampeh saperti ini berlaku? Bagaimana ianya menjadi bagini? Jawabnya
: semua ini berlaku kerana kerana Malaysia negara Dunia Ketiga.
Dalam Malaysia Perlembagaan, Undang-undang, hukum hakam, lembaga
daulah – diwujudkan untuk membantu kelompok peningglan British –
United Malays National Organisation - terus berkuasa hingga hari
kiamat. Hukum hakam dan lembaga daulah hanya boleh digunakan jika
ianya membantu kelas yang berkuasa. Jika ianya TIDAK membantu dan
TIDAK menguntungkan kelas yang berkuasa maka Perlembagan, segala
macam undang-undang – semua dihampehkan.
Contoh
terbaru yang masih segar dalam ingatan – KES PERAK 2009. Nizar
Jamaluddin – Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat - mahu Dewan
Undangan dibubar dan pilihan raya baru diadakan sekali lagi. Sultan
Perak enggan membubarkan kerana United Malays National Organisation
mengikut hisab Sultan memiliki sokongan majoriti Adun. Lalu MB baru
dilantik. Walhal dalam Perlembagaan Sultan hanya mengikut nasehat MB.
Ini tidak berlaku di Perak. Sultan beraja di Gamuda.
Di
Selangor kes terbalik kut – Pakatan Rakyat ada majoriti. Tetapi Dr
Wan Azizah TIDAK dilantik. Justeru inilah bukti jelas bagaimana jika
hukum, precedent dan undang-undang menyebelahi United Malays
National Organisation maka undang-undang atau peraturan itu akan
dipakai. Tetapi jika kepentingan United Malayas National Organisation
lupus maka hukum dan undang-undang itu dihampehkan.
Budaya
politik hegemoni Ketuanan Melayu ini bukan hanya diguna pakai oleh
United Malays National Organisation. Kita lihat bagimana budaya kong
kali kong – budaya dulak dalik United Malaysa National Organsiation
ini menyerap masuk ke dalam badan politik Pas. Dua minggu dahulu
pemimpin Pas bersidang. Secara kolektif Pas mahu terus bersama
Pakatan, bersetuju dengan Dr Wan Azizah tapi ada tambahan nama Azmin
Ali untuk calon MB.
Azmin
Ali secara terbuka menolak untuk menjadi MB Selangor dan memusatkan
sokongan kepada Dr Wan Azizah. Fakta ini jelas dibaca oleh satu
dunia. Tetapi Malaysia negara Dunia Ketiga. Kesepakatan awal Pas
itu tidak dapat dituntaskan. Pas pagi ini ( 25 Ogos 2014)
bermesyuarat sekali lagi.
Apa
sebenarnya berlaku? Sama saperti di Perak dibelakang tabir ialah
kontrek MRT yang bernilai berbilion ringgit. Di Selangor juga ada
projek berbilion ringit. Lihat bagaimana peguam KES PERAK ini diberi
'upah' dengan Projek Kidex yang juga bernilai bilion ringgit. Di
Selangor selain dari Kidex ialah Langat Dua – loji dan empangan
air yang juga bernilai berbilion ringgit. Siapa pemilik dan bagaimana
hubungan Tuan Pemilik Langat Dua ini dengan keputusan siapa MB
Selangor masih belum jelas.
Apa
yang jelas ialah dibelakang Krisis Perak (2009) dan Selangor(2014)
ialah projek. Projek bermakna dinar dan ringgit. Projek bermakna
untung dan laba. Islam, Melayu, Hadis atau Kitab Suci – semua ini
hanyalah permainan dibibir politikus. Apa yang berlaku dua minggu ini
adalah kuliah terbaik untuk memahami bahawa Islam dalam politik itu
hanyalah bertujuan untuk mengoalah persetujuan pengundi. Ini bukan
bermakna saya mempersoalkan ketakwaan pemimpin Pas atau ahli-ahli
Pas. Tidak. Saya yakin mereka adalah sosok-sosok yang warak.
Tetapi
dalam real politilk. Dalam sistem politik moden. Dalam politik undi
mengundi , dalam, sistem demokrasi berparlimen – undi seorang
pelacur sama nilainya dengan undi seorang Pak Lebai. Justeru -
cakap-cakap tentang agama dan Islam dalam real politik akan
ditenggelamkan oleh dinar dan ringgit. Dan ini sedang berlaku
dihadapan mata kita semua.
Ini
bukan hanya bermakna gaji kepegawaian syarikat PKNS yang lumayan.
Bukan hanya bermakna peluang hidup lumayan walau pun pekerjaan hanya
membaca doa. Lebih dari itu. Negeri Selamgor yang terkaya di Asia
Tenggara ini bersedia membukakan peluang 'membuat duit' dengan jalan
pintas. Projek-projek jadi kaya bersepah-sepah.
Ketika
tulisan ini digarap kita telah membaca bagaimana Parti Pas telah
melanggar setiakawan dalam Pakatan. Ini sebenarnya bukan sesuatu yang
menghairankan. Apa yang telah berlaku adalah satu lagi kuliah
politik yang amat baik untuk kita semua mengenal – siapa musuh
siapa kawan. Siapa kawan dan siapa musuh dalam kelambu.
Apa
yang berlaku di Selangor ini wajib memberi pengajaran kepada kita
semua untuk memahami real politik. Politik dalam Dunia Ketiga bukan
politik Raja Berparlimen dan bukan politik Raja Berpelembagaan
saperti di United Kingdom.
Buku
dan kitab-kitab kajian tentang Perlembagaan Malaysia wajib dibaca
dan kuliah undang-undang wajib diikuti. Jika niat ingin lulus
pereksa. Tidak lebih dari itu. Apa yang tertulis dan apa yang
berlaku adalah dua pekara yang berbeza-beza.
Dalam
Dunia Ketiga - Emperor, Maharani, Ratu, Radin, Raja, Al-Malik ,
Shahan Shah, Sultan – semua sebahagian dari daulah. Raja
Berperlembagan dalam Dunia Ketiga adalah juga Raja Projek. Malah
sosok-sosok ini diwujudkan untuk memaggari elit yang berkuasa.
Sosok-sosok ini pula digaji dan dilumayankan oleh elit yang
berkuasa.
Betulkah
ini yang berlaku? Saheh. Kalau tidak betul makan negara ini namanya
bukan Malaysia. ( TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggar akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03 -92-21-30-45
.
-----------