Jumaat, 19 April 2024
APA KATA ZAKAR SHI
Titah adendum:
Hubungan mesra
dalam kerajaan
boleh tergugat – Puad
KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd. Puad Zarkashi memberi ingatan isu titah adendum atau tambahan berhubung tahanan rumah terhadap Najib Razak boleh menggugat hubungan mesra dalam kerajaan.
Mohd. Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit berkata, ini kerana akan wujud tuduhan kerajaan ingkar terhadap titah yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan (YDP) Agong ke-16.
“Kenapa menyusahkan diri sendiri. Apa perlu jadi defensif. Paling teruk kerajaan akan dikutuk ingkar titah YDP Agong.
“Hubungan mesra dalam kerajaan boleh terjejas. Akan ada tuduhan wujud konspirasi. Soalnya apakah Peguam Negara salah bagi nasihat,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, keputusan meletakkan Najib sebagai ‘tahanan rumah’ kini berada sepenuhnya kepada pihak kerajaan.
Katanya, penyelesaian terbaik adalah untuk kerajaan melaksanakan titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Mohd. Puad menegaskan, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi tidak mungkin sanggup menulis afidavit bagi menyokong permohonan Najib di mahkamah sekiranya titah adendum itu tidak wujud.
KASH KAH KAH
INI AMARAN
DARI ZAKAR SHI
KAH KAH KAH
KALAU TAK BEBAS
MADANON RUNTUH
KAH KAH KAH
ANWAR DAH KEN
PAU KAU KAU
KHALAS
TALIBARUT PENGGANAS YAHUDI KENA SOSMA
10 individu punyai kaitan dengan suspek Israel disambung reman di bawah Sosma
KUALA LUMPUR – Seramai 10 individu termasuk tiga lelaki warga asing yang direman kerana disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki Israel, Avitan Shalom, ditsambung reman bagi membantu siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, mereka merupakan antara 18 orang suspek yang siasat, termasuk Avitan dan pasangan suami isteri yang telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu atas kesalahan memperdagangkan dan memiliki senjata api.
“Manakala lima lagi suspek telah pun dibebaskan oleh polis. Sepuluh suspek berkenaan sebelum ini pernah direman untuk membantu siasatan lanjut di bawah Akta Senjata Api 1971.
“Namun reman mereka telah tamat pada 16 April lalu dan semalam sebelum disambung reman lagi di bawah akta mengikut Seksyen 130v (1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang,” katanya selepas majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Cheras, di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Cheras baharu antara Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dan Asisten Komisioner Ravinder Singh Sarban Singh.
Menurut Rusdi, kesemua 10 suspek itu kini ditahan untuk 28 hari lagi untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette
KES INI
MAKIN BERAT
AMIN
10 ORANG INI
REKRUT GERILA
NAK LAWAN SAPA?
AMIN
10 KENA SOSMA
PASAL APA?
APA PERANAN
MEREKA ?
JENG JENG JENG
AMIN
REBAK KAN PERANG ATAU KENDUR KEADAAN ?
Iran musnahkan beberapa pesawat udara mikro di Isfahan
TEHRAN – Iran memusnahkan beberapa pesawat udara mikro di wilayah Isfahan awal pagi ini.
Bunyi beberapa letupan kedengaran pada jam 4 pagi di utara dan timur Isfahan, lapor agensi berita Mehr.
Orang awam percaya bunyi letupan itu adalah daripada tembakan sistem pertahanan udara.
Sumber memberitahu Mehr bahawa bunyi tersebut disebabkan kemusnahan tiga pesawat udara mikro di Isfahan.
Tiada maklumat mengenai pesawat tersebut dan kerja-kerja mencari serpihannya sedang dilakukan, kata sumber.
Sementara itu, sistem pertahanan udara Iran di wilayah Vadi-e-Rahmat turut melepaskan tembakan ke arah objek terbang.
Setakat ini, tiada laporan kerosakan dilakukan. – Agensi
KITA TUNGGU
DAN LIHAT APA
BALASAN IRAN
AMIN
REBAKKAN PERANG
ATAU KENDUR
KEADAAN
AMIN
JUMPA JO ABDUL DAN MAT MASLAN SEKALI LAGI ?
DI AKHIRAT
NANTI KITA JUMPA
JO ABDUL &
MAT MASLAN
SEKALI LAGI KE?
AMIN
KHALAS
Hamim commented on
"FITNAH TERHADAP ANWAR ?"
Yang dia orang sibuk nak buat macam macam cerita pasal apa?Tak habis habis nak mengumpat mengapa? Kalau mereka mengaku yang diri mereka umat Islam tau tak apa hukum nya mengumpat orang, hentikanlah perbuatan tersebut,
jika mengaku umat Islam bawa lah bertaubat, lainlah jika mengamalkan islam budaya, islam ikutan, tak takut dosa tak takut neraka teruskanlah amalan tersebut, di akhirat nanti jawablah sendiri. Hisham jangan marah ye 😇😇😇😇😇😇
IRAN DISERANG ZIONIS ISRAEL
IRAN DI SERANG
TENGAH MALAM KEMARIN
WAKTU TEMPATAN
ZIONIS ISRAEL TELAH MENYERANG IRAN
DRONE TELAH MENGEBOM
ISFAHAN
DUNIA MENUNGGU
APA TINDAKAN IRAN
APA TINDAKAN
GERAKAN ANTI ISRAEL
DI SYRIA
DI LEBANON
DAN DI IRAQ
PERANG PASTI MEREBAK
KHALAS
INTERLUDE -SELINGAN - EXTRA TURN
INTERLUDE
– SELINGAN –
EXTRA TURN
Ketika saya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1969 saya berkenalan dengan Interlude. Interlude ini satu tradisi tegar di MCKK. Interlude ini lahir dari budaya pertunjukan konsert.
Dalam pementasan drama ketika babak satu nak masuk ke babak dua tirai akan dilabuh. Set baru akan diatur. Ketika mengatur set di belakang tirai interlude akan muncul. Interlude adalah aksi pendek di hadapan tirai. Tujuan untuk mengambil masa memasang set baru untuk babak baru di belakang tirai
Interlude ini aksi lawak pendek oleh dua atau tiga pelakon. Lawak interlude ini cukup diminati dan menjadi budaya pentas di MCKK.
Bila saya mengajar di ASWARA tahun 2007 saya berjumpa pula dengan extra-turn. Extra turn muncul dalam budaya Bangsawan – seni teater tradisional Melayu. Extra turn Bangsawan ini sama konsepnya seperti interlude di MCKK.
Extra turn dan Interlude adalah selingan – masa untuk mengubah set di belakang tirai. Mungkin set Istana Raja beralih ke bilik tidur Tuan Puteri. Selingan ini sentiasa lawak. Sentiasa menghibur.
Parlimen juga adalah teater. Sesekali Agong hadir. Bila Agong hadir para YB memakai kostum yang pelik dan yang luar biasa – bersongkok , bertanjak dan berdestar. Para YB berteater di Parlimen untuk memutar kepala pengundi.
Teater ini untuk menunjukkan betapa hebat dan Agongnya para YB. Justeru boleh melanun secara halal.
Dalam Parlimen sama seperti dalam teater atau bangsawan ada Tukang Lawak. Dalam Bangsawan Melayu ada watak Wak Dogol. Sosok ini membuat extra turn dan membuat interlude. Jika tidak Parlimen jadi kering dan bosan. Hakikatnya Wak Dogol wujud dimana-mana termasuk dalam Parlimen.
Dalam istana pun ada Wak Dogol – court jester. Melawak dan menceriakan tamu dan kaum kerabat Di Raja. Hakikatnya Wak Dogol wujud dimana-mana.
Dalam Parlimen kita terbaca ketika Dewan bersidang kerap kali ada YB yang menjadi Wak Dogol. Paling menarik bila Menteri beralih watak dan terus menjelma menjadi Wak Dogol. Satu Malaysia menyumpah seranah sambil ketawa.
Contoh Wak Dogol terkini dan terbaik ialah YB Mat Maslan. Contoh Wak Dogol klasik ialah bekas pemimpin MIC Sami Veloo yang wajib mendapat pingat emas dengan lawak-lawaknya.
Mat Maslan terjun dengan lawak lawaknya.
Sami Veloo terjun dengan labu-labunya Biarkan. Biarkan.
Satelah PRU15 muncul Wak Dogol baru di Parlimen. Namanya YB Sany Hamzan. Malah YB Sany bekas Ketua Pemuda Amanah ini sedang bersaing hebat dengan Mat Maslan untuk menjadi Pelawak Parlimen sesi Pru15..
Tup tup tertiba dalam bulan Puasa 2024 ada pendatang baru yang memeranjatkan. Wak Dogol baru ini cuba menceriakan suasana ekonomi negara yang muram. Ketika nilai ringgit jatuh, ketika harga barang melonjak naik.
Muncul Datuk Seri Johari Abdul aka Jo Bedul sebagai Wak Dogol terkini.
Sosok ini tak ada kerusi Parlimen. Jo Bedul kalah dalam PRU15. Tapi dilantik sebagai Tuan Speaker. Jo Bedul di berikan peranan untuk mendogolkan Parlimen. Amin.
Jo Bedul ini sama seperti Saifuddin Nasution adalah Panglima Sang Setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dua sosok ini adalah orang kanan dan tukang pukul Anwar Ibrahim. Dua dua tidak ada kerusi Parlimen.
Jika tahun 1793 dilaporkan Marie Antoinette berkata ‘ kalau tak ada roti makan lah kuih cake ....’ Latar belakang kata-kata yang terkenal hingga hari ini dilafazkan oleh Permaisuri Perancis. Ucapan di lafaz ketika rakyat Perancis sedang bangun memberontak kerana kurang makanan.
Kepala Permaisuri Antoinette di penggal bersama sama seperti kepala suaminya King Louis ke 16. Akhirnya Perancis menjadi sebuah Negara Republik.
Tahun 2024 Jo Bedul Tuan Speaker Parlimen seperti Marie Antoinette telah berkata ‘ jika tak ada beras sila makan ubi kayu ..’ Kah kah kah.
Latar belakang kata-kata Jo Bedul itu sama seperti di zaman Revolusi Perancis. Tahun 1793 di Perancis roti hilang dari pasaran. Tahun 2024 di Malaysia beras tempatan hilang dari pasaran. Amin
Jangan risau kepala Jo Bedul masih lekat dilelernya. Malaysia memerlukan ramai Wak Dogol untuk menghibur hati dalam suasana ekonomi meleset ringgit jatuh dan perang di sana sini.
Tapi ada satu perbezaan hakiki antara roti Marie Antoinette dengan ubi kayu Jo Bedul.
Ubi kayu adalah ingatan bersama – collective memories - warga Tanah Melayu dalam zaman Jepun.
Jo Bedul yang menjadi Wak Dogol mungkin tidak sedar akan cerita kesengsaraan rakyat makan ubi kayu di zaman Jepun. Malah selain dari ‘ pedang panjang Jepun ‘ yang diingati oleh rakyat ialah beras putih panjang – bukan beras basmati dari Sungai Ganges tapi ubi kayu.
Untuk Bani Melayu ubi kayu ini mengingati kembali bukan saja kesengsaraan di zaman Jepun malah ianya mengembalikan ingatan ngeri kezaliman pemerintahan Jepun.
Justeru tahun pertama Kerajaan Titah akan dinobatkan dengan berita ubi kayu. Ubi kayu zaman Jepun kita teringat muka dan sejarah Jeneral Yamashita penakluk Tanah Melayu.
Ubi kayu tahun 2024 kita akan tergambar muka dan sosok Datuk Seri Johari Abdul. Amin.
Tojo dan Yamshita digantung mati seperti Marie Antoinette. Datuk Seri Johari Abdul masih diperlukan untuk menelurkan lawak-lawak baru untuk mengsangsarakan rakyat.
Para politikus kita bercakap seolah-olah ada kekosongan diantara dua telinga mereka. Cakap ikut sedap. Bercakap dulu kemudian berfikir.
Satu ketika dulu sebelum zaman Internet Youtube dan Tik Tok – bila para YB atau Menteri bercakap bangang maka wartawan akan di tuduh salah kutip dan salah lapor..
Hari ini di zaman Tik Tok salah kutip dan salah lapor ini tidak lagi boleh di jadi Iron Dome – perisai keselamatan politikus bangang.
Ucapan Ubi Kayu Jo Bedul dapat dilihat tanpa ada jari lima Fahmi Fadil cuba mengaburi.
Apa yang jelas dari Jo Bedul ialah dia bercakap tanpa berfikir. Sebenarnya ada beberapa saat sebelum kita membuka mulut - kita diberi peluang untuk berfikir. Politikus tidak ada keupayaan ini. Cakap ikut sedap mulut.
Justeru ucapan dilihat bebal sejarah. Bebal latar belakang. Bebal fakta. Malah Jo Bedul sendiri gagal memahami apa bunyi yang terkeluar dari mulut dirinya sendiri.
Ini berbeza dari menggarap tulisan. Bila menulis kita ulang baca berkali kali – ubah sana – ubah sini untuk menjadikan tulisan itu kukuh dan padu.
Malah menulis dengan suasana melawak juga bukan satu yang enteng. Mengkritik , mengutuk, memperlekeh disadur dengan lawak memiliki seni tersendiri.
Hikayat Ubi Kayu Jo Bedul heboh dalam Internet. Kutukan demi kutukan terpancut dari pelbagai sudut. Bukan saja cadangan makan ubi kayu ganti beras tidak masuk akal. Malah sekilo ubi kayu lebih mahal dari sekilo beras putih tempatan.
Mengubah Bani Melayu dari makan nasi bukan suatu yang baru. Biar saya surahkan disini hikayat lama pada satu ketika yang lama dulu.
Di zaman UITM dipanggil ITM. Ketika ITM tercacak sendirian atas bukit yang gondol. Ketika penghuni ITM sentiasa membawa payung kerana wilayah Shah Alam seperti padang pasir.
Ketika ini dicadangkan malah di jalankan satu projek roti ganti nasi. Percubaan ini dilakukan di asrama ITM. Dengan bangganya budak-budak kampung dari Ulu Tembeling atau Jemapoh diberi makan roti. Nasi di hilangkan dari menu hostel.
Ini dengan harapan anak anak siswa Melayu di ITM yang makan roti akan menjadi bijak bestari seperti Albert Einstein atau Yuri Gagarin.
Sejarah Roti ITM ini mungkin Jo Bedul tidak mengetahui. Atau jika Jo Bedul di ITM ketika itu mungkin dia akan mencadangkan agar nasi di ganti dengan keladi. Kah Kah kah.
Persoalan hakiki yang masih belum dijawab ialah ke mana hilangnya BPT – beras putih tempatan.
Saya sendiri hairan sudah berbulan bulan kehilangan beras tempatan ini menjadi induk berita – tidak ada pencerahan yang tuntas.
Pertama : Apakah Pak tani di Jelapang Padi tidak lagi menanam padi ?
Kedua : Apakah pemanasan dunia hari ini telah mengurangkan hasil padi di Kedah?
Ketiga : Jika ada kartel padi mengapa tidak dilawani seperti Mat Sabu berjaya melawan kartel telor ?
Semua soalan ini perlu dijawab. Orang ramai perlu mendapat pencerahan. Amin.
Belum pun kes ubi kayu Jo Bedul mengenap muncul pula Saudara Mahfuz Omar membawa berita kas kas.
Jo Bedul cadang ubi kayu ganti nasi. Si Mahfuz cadang kas kas ganti bawang. Ini kerana harga bawang meledak naik.
Saya kurang arif tentang kas kas. Lalu saya bertanya kepada Lebai Google apa bendanya kas kas ini.
Ini jawapan Lebai Google :
1- Kas kas merupakan biji-bijian yang berasal dari bunga popi atau nama saintifiknya Papaver somniferum.
Kas kas dituai dengan mengeringkan pod atau lenggai bunga popi yang sudah masak ranum.
2- Kandungan narkotik
Menurut Ensiklopedia Britannica, kas kas tidak mengandungi unsur narkotik kerana cecair candu hanya terbentuk sebelum bunga popi benar-benar masak. Namun sedikit kandungan alkaloid masih wujud.
Awalnya saya tidak percaya berita kas kas ganti bawang. Mungkin ini cara musuh politik Amanah nak memperlekeh Mahfuz kerana dia kini menjawat Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang. Cari punya cari saya temui memang benar kas kas ganti bawang ini cadangan Mahfuz.
Hendak memasak bawang harga mahal - boleh diganti dengan kas kas.... Mahfuz Omar.
Aduh ! Ayat ini bunyinya bangang. Kas kas rempah. Bawang sayuran diperlukan untuk menumis.
Pada hemat saya apa yang sah dan terbukti jelas bahawa Si Mahfuz ini tidak pernah memasak dan tidak pernah ke dapur. Jika dia memasak pasti dia tahu peranan bawang amat berbeza dari peranan kas kas.
Atau apakah Si Mahfuz ini mahu bersaing dengan Mat Maslan untuk dinobat sebagai Wak Dogol Negara. Mahfuz wajib sedar dia juga akan bersaing hebat dengan Jo Bedul.
Atau Si Mahfuz ini tahu kas kas ini ada unsur candu. Jika banyak digunakan kita akan khayal. Rakyat yang khayal akan jadi lembu diikat hidung.
Bila Jo Bedul kata makan ubi kayu semua ikut makan ubi kayu. Mat Maslan kata ikan mahal beli daging. Semua beli daging. Pakar Formula Rafizi kata jika makan dil luar mahal sila masak sendiri.
Semua akur dengan arahan kerana semua khayal bercandu memasak pakai kas kas ikut arahan Mahfuz Omar. Kah kah kah.
Jika Sami Veloo, Mat Maslan, Rafizi, Sany Hamzah, Jo Bedul , Mahfuz Omar dan para YB yang sewaktu dengan mereka tidak wujud pasti ada Wak Dogol lain sebagai pengganti.
Justeru untuk Parlimen PRU15 ini para Wak Dogol ini akan terus bersama kita. Mereka akan berextra turn, berinterlude sehingga ada yang mati tercekik makan ubi kayu atau tertelan segumpal biji kas kas. Amin.(TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2024/04/19/hikayat-ubi-kayu-jo-bedul-dan-lawak-lawak-lain
NAJIB DAH JADI HANTU
Nasib Najib kembali hantui Anwar - dan Zahid - di sebalik isu 'titah adendum'
Nasib Najib Razak yang kini dipenjarakan sekali lagi menjadi ancaman terhadap kerjasama 17 bulan antara Umno dan Pakatan Harapan (PH), kali ini berhubung "titah adendum", atau tuntutan tambahan bekas Yang di-Pertuan Agong mengarahkan bekas perdana menteri itu dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya sebagai tahanan di rumah.
Beberapa sumber Umno memberitahu MalaysiaNow bahawa tekanan semakin meningkat terhadap presiden parti Ahmad Zahid Hamidi susulan afidavitnya menyokong semakan kehakiman Najib mengenai perkara itu, sementara ramai pemimpin kanan mula merasakan tekanan akar umbi yang semakin tidak selesa dengan kerjasama mereka dengan PH.
Seorang pemimpin Umno di Perak memberitahu MalaysiaNow, ramai di kalangan pemimpin parti sangat kecewa kerana Zahid berdiam diri mengenai perkara itu walaupun mengetahui mengenai arahan tambahan Agong itu lebih awal.
"Mengapa dia berdiam diri lebih dua bulan mengenai suatu perkara yang besar ini yang didakwanya ditunjukkan kepadanya," kata pemimpin Umno itu yang tidak mahu namanya didedahkan.
Pandangan serupa dikongsi ramai yang lain, termasuk bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Isham Jalil, penyokong setia Najib yang sejak beberapa bulan ini muncul sebagai pengkritik kerajaan paling lantang.
"Selepas Najib memfailkan saman dan isu addendum ini keluar dan tidak boleh ditutup lagi barulah mereka kalut nak buat afidavit untuk lepas tengkuk masing-masing selepas ditanya akar umbi. Sepatutnya Zahid telah membuat kenyataan terbuka berkenaan perkara ini dua bulan lepas, bukan baru sekarang selepas ia menjadi kes mahkamah dan mereka boleh di-subpoena," katanya dalam satu kiriman baru-baru ini.
Dalam afidavitnya bertarikh 9 April, Zahid mengesahkan wujudnya nota tambahan kepada "pengampunan separa" yang diberikan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada Najib, sejurus sebelum baginda menamatkan lima tahun di atas takhta sebagai Agong Januari lalu.
Menurut Zahid, beliau ditunjukkan gambar nota adendum oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz pada 30 Jan lepas, iaitu hari terakhir Sultan Abdullah sebagai Agong.
"Apabila saya menyoal lebih lanjut, beliau kemudiannya menunjukkan kepada saya salinan Titah Adendum tersebut pada telefonnya yang beliau ambil gambar/imbas (scan) sendiri daripada salinan asal seperti yang ditunjukkan kepadanya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI," kata Zahid dalam afidavitnya, sambil mengatakan peguam negara juga mempunyai salinan adendum itu.
Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dalam penyelewengan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.
Sejak dihantar ke penjara pada 23 Ogos 2022, pemimpin Umno giat berkempen mendapatkan pengampunan diraja untuk Najib, seperti yang diberikan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 2018 yang membenarkan pemimpin PKR itu dibebaskan dari penjara ketika menjalani hukuman penjara atas sabitan liwat, di samping membenarkannya kembali aktif dalam politik.
Desakan untuk pengampunan diraja semakin kuat selepas Zahid membawa ahli Parlimen Umno untuk bergabung dengan PH.
Penyokong setia Najib, yang dilihat masih berpengaruh dalam parti, merasakan Anwar harus membalas budi Umno yang menyokong PH, sekaligus membolehkan beliau memenuhi impiannya menjadi perdana menteri.
Selepas berbulan-bulan spekulasi dan tekanan terhadap kerajaan, Lembaga Pengampunan mengumumkan hukuman penjara Najib dikurangkan kepada enam tahun, dan denda kepada RM50 juta, yang sekiranya dibayar akan membenarkan beliau keluar setahun lebih awal.
Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah mendakwa kerajaan menyembunyikan titak adendum oleh Agong itu.
Beliau berkata ini kali pertama titah Agong tidak dikuatkuasakan.
"Mengapa mereka menyembunyikan titah Yang di-Pertuan Agong, sedangkan kamu (ada kuasa) mendedahkannya? Mereka harus mendedahkan dan menguatkuasakannya," kata Shafee.
Menurutnya, sesiapa yang "menyembunyikan" perintah itu telah melakukan kesalahan yang serius.
"Tiada siapa boleh sembunyikannya. Ini titah arahan Yang di-Pertuan Agong."
Peguam Haniff Khatri Abdulla memberi amaran, tindakan menyembunyikan titah diraja boleh membawa kepada kesalahan khianat.
Beliau berkata pihak berkuasa sekurang-kurangnya perlu mengakui kewujudan adendum itu, dan sekiranya tidak bersetuju, membuat rayuan kepada Agong untuk membatalkannya.
"Tak boleh ambil dan sembunyi bawah meja," kata Haniff.
Beliau menamakan beberapa pihak yang menurutnya bertanggungjawab mendedahkan adendum sekiranya memang wujud.
Antaranya, Lembaga Pengampunan sepatutnya pihak terawal dimaklumkan mengenai perintah sedemikian, manakala menteri bagi portfolio Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, dan Jabatan Perdana Menteri di mana Lembaga Pengampunan itu diletakkan, harus menjelaskan apa sebenarnya berlaku dalam episod itu.
Haniff berkata Anwar juga perlu menyatakan sama ada beliau dimaklumkan mengenai adendum itu.
Selain Anwar dan Zaliha, kata Haniff, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution, yang bidang kuasanya meliputi penjara, dan Azalina Othman Said, menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang, juga perlu bertanggungjawab.
Pada Rabu, Shafee berkata beliau pernah berkali-kali menulis kepada Anwar dan menteri lain tetapi tidak mendapat jawapan.
WOIT
BETUL KE ADA
TITAH TAMBAHAN
KAH KAH KAH
PASAI APA RAJA
NAK NAJIB
PENJARA DIRUMAH
AMIN
KALAU MACAM NI
TUTUP PENJARA
SEMUA PENCURI
TAHAN DIRUMAH
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)