Ahad, 18 Februari 2024

SATU LAGI KEMENANGAN RUSIA


BANDAR AVDIIVKA

JATUH KE TANGAN

RUSIA

AMIN 

YAMAN SERANG KAPAL MINYAK INGGERIS


YAMAN SERANG

KAPAL MINYAK

 INGGERIS

AMIN 

NAJIB PERLU DIBEBAS - DIA BERJASA BESAR


NAJIB PERLU

DI BEBASKAN

AMIN

NAJIB BERJASA 

BESAR

AMIN

NAJIB MENDARAKAN

MAK JANDA ROSMAH

KHALAS 

PAS DAPAT PELUANG BESAR


Isu beras pun haru-biru – Pas

KUALA LUMPUR – Parti Pas menyindir kekalutan kerajaan mengenai cadangan pengenalan Beras Putih Madani Malaysia.

Naib Presiden Pas Idris Ahmad berkata, isu tersebut memperlihatkan kerajaan seolah-olah tidak mengikuti tata kelola sekali gus memperlihatkan kelemahan kepada pelabur.

Katanya, pengumuman mengenai cadangan itu sepatutnya dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,  Mohamad Sabu.

Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL),  Mat Belot Syed Abu  tidak seharusnya membuat kenyataan tersebut.

“Haru biru dan biru haru kerajaan madani ni. Isu beras pun sudah biru haru. Jelas ini kuasa menteri, bukan kuasa orang lain. Ini lebih sudu daripada kuah.

“Perkara dasar dan tatakelola bukan tata ke laut. Macam manalah hendak fikir masalah ekonomi negara. Masalah beras pun bercelaru. Malu pada pelabur kalau macam ini.

“Jangan pula nanti bila berlaku perkara ini sebab tata kelola, rasuah, golongan maha kaya, pembangkang punya angkara,” katanya.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Bagan Serai itu meminta supaya nasihat pegawai kerajaan yang berpengalaman tidak diketepikan dalam membantu menteri mentadbir negara.

Katanya, kakitangan terbabit boleh melaksanakan tugas dan tindakan dengan profesional.

“Perdana Menteri ke-10 tolong fokus dan bincang dengan pegawai yang berpengalaman yang akan membantu mana-mana pemimpin yang memerintah.

“Insya-Allah mereka berkhidmat dengan kerajaan semasa dan profesional dalam cadangan dan tindakan,” kata bekas Menteri Hal Ehwan Agama tersebut.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan  Mohamad Sabu hari ini berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan mewujukan satu gred Beras Putih Malaysia Madani.

Cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat NACCOL seperti yang diulas oleh  Anwar Ibrahim semalam.

Mat Belot Syed Abu Hussin sebelum ini mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit.

Ia sekali gus bermakna tiada lagi kategori SST dan SSI melainkan Beras Putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal.-

WOIT

KES BERAS MAHAL

BERAS TEMPATAN

HILANG

KAH KAH KAH

INI PELUNG BESAR 

UNTUK PARTI PAS

BUKTIKAN KERAJAAN

MADANI GAGAL

KAH KAH KAH

PENANAM PADI

DI KEDAH SEMUA

SOKONG PAS

AMIN

MADANON MAKIN

BERAT

KAH KAH KAH

KHALAS

HARGA BERAS NAIK - RAKYAT MARAH DAH NI



Pengumuman harga Beras Madani satu tamparan kepada rakyat – Aktivis

KUALA LUMPUR – Pengumuman penetapan harga Beras Madani pada RM30 bagi satu kampit 10 kilogram oleh Pengerusi Task Force Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL),  Mat Belot Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal baru-baru ini merupakan satu tamparan kepada rakyat.

Aktivis politik, Shahir Adnan berkata, ia merupakan kenaikan harga yang ketara.

“Harga siling bagi beras putih naik daripada RM26 kepada RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) setelah dijenamakan semula semua beras putih tempatan dan import.

“Lebih parah, pek satu kilogram pula berharga RM3.50 walhal sebelum ini harga kawalan maksimum beras super spesial adalah RM2.60. Naik 90 sen setiap satu kilo,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan, belum ada ketetapan yang dibuat ke atas cadangan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini yang akan dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, KPKM bersetuju dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang memaklumkan, cadangan tersebut akan dibincangkan secara kolektif dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) akan datang.

“KPKM ingin menjelaskan kekeliruan yang berlaku susulan pengumuman yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gantang,  Mat Belot Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pada 14 Februari 2024.

“Buat masa ini belum ada ketetapan yang dibuat ke atas cadangan beliau untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini yang akan dikenali sebagai Beras Putih Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut Shahir berkata, beliau bersetuju dengan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin yang juga Pengerusi Lajnah Kepenggunaan Pas bahawa Kerajaan Madani gagal dalam menangani isu ketiadaan beras Super Spesial Tempatan (SST) yang dimanipulasi oleh kartel beras.

“Kegagalan ini cuba ditutup dengan menjenamakan semula beras putih tempatan dan import. Akibatnya harga dinaikkan dan rakyat menderita.

“Rakyat baru sahaja berada dalam bulan kedua tahun 2024. Tetapi, isu kos sara hidup masih belum selesai, malah bertambah parah,” tambahnya. –

HARGA BERAS

NAIK

RAKYAT MARAH

DAH NI

AMIN

PUTAR SANA

PUTAR SINI

RAKYAT MAKIN

SUSAH

KHALAS

JUMPA BANGLA - WARGA MERAH KENAPA TAK JUMPA ?


JUMPA BAGLA

AMIN

CHINA MERAH 

KENAPA

TAK JUMPA?

KHALAS 

DASAR BIJAK MESIR



Abdel Fattah tolak penempatan penduduk Palestin di Mesir


KAHERAH – Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa, menurut kenyataan oleh pejabat presiden Mesir.

Agensi Anadolu melaporkan, bahawa el-Sisi menerima panggilan telefon daripada Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Menurut kenyataan pejabat presiden, el-Sisi menerima gesaan untuk membincangkan usaha berterusan yang bertujuan mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza, ‘bertukar tawanan’ dan menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Kedua-dua pemimpin itu mengkaji perkembangan semasa dan menekankan keperluan bagi pihak yang berkaitan untuk bekerjasama dalam memastikan kemajuan yang akan menghentikan pertumpahan darah dan mengurangkan penderitaan manusia di Semenanjung Gaza.

Kedua-dua pihak menekankan kepentingan untuk meneruskan penyelesaian dua negara dan mewujudkan Negara Palestin merdeka sebagai satu-satunya cara untuk merealisasikan keselamatan sebenar dan kestabilan yang berterusan di rantau ini.

El-Sisi dan Macron juga menegaskan bahaya peningkatan aktiviti ketenteraan di Rafah dengan mengingatkan kesan kemanusiaan yang teruk terhadap hampir 1.5 juta penduduk Palestin di kawasan itu.

Mereka juga mengingatkan akan bahaya meluasnya konflik itu pada peringkat serantau dan keperluan untuk menyegerakan usaha gencatan senjata dan kesejahteraan serantau. – 


TAHNIAH MESIR

GAGALKAN

PROJEK ZIONIS

AMIN

ISRAEL MAHU

HALAU PALESTIN

DARI BUMI

PALESTIN

AMIN

ZIONIS NAK JADIKAN

PALESTIN ORANG

PELARIAN DI MESIR

KHALAS

TRUMP MINTA AMPON


BILA TRUMP

MENANG DIA MINTA

AMPON 

DARI PRESIDEN

AMIN 


Unknown commented on 
"BERAS MADANI"

Trump mohon pengampunan diraja tak? Daripada siapa dapat pengampunan kah kah kah dari Presiden atau senat? Saja tanya kalau kalau ada ruang bagi diskaun sedikit macam Bossku kah kah kah

MEMHAMI PERANAN POKOK & HUTAN


MEMAHAMI PERANAN

POKOK DAN HUTAN

AMIN 

KEMANA BERAS MENGHILANG


KEMANA BERAS

MENGHILANG

AMIN 



Unknown commented on
 "PEMBELI BERAS MARAH DAH NI"

Siang malam bising nak banteras rasuah tapi bab beras makanan asas susah nak uruskan? Memang lah cakap pandai berhujah bukan main hebat kan itu kelebihan orang kita menjaga agama menjaga bangsa kah kah kah lain masuk poket lah


Unknown commented on
 "MYDIN SEKOLAHKAN MAT BELOT"

Pertembungan antara kapitalis populis pemegang saham keuntungan terkumpul apabila dasar menentu nasib makan minum rakyat kah kah kah siapa akan menang siapa akan untung adakah kerajaan menjadi penganjur perbincangan atau membuat produksi sendiri tanam sendiri tuai sendiri kah kah kah,

 semuanya ada kepentingan sendirilah itu pasti dalam negara ku ini amin, akhirnya rakyat terpaksa akur dengan apa jua deal yang dicapai oleh mereka-mereka yang memerintah kah kah kah itulah kuasa demokrasi sebenarnya amin syukur alhamdulillah orang kita amat baik sekali

PAKAI TOPENG PALESTIN



PAKAI TOPENG

PALESTIN

AMIN 

Unknown commented on 

"MADANI - KERAJAAN GAGAL"


Derma kepada orang-orang susah orang hadapi kekurangan makanan tempat tinggal akibat perang pun mereka sapu beli emas, cuba bayangkan betapa baik manusia manusia sebegini sebenarnya? Tak payahlah cakap pasal negara pasal beras pasal curi pasal rompak nasibnya memang begitulah sejak keutamaan agama bangsa negara menjadi jutawan kah kah kah tak pernah cukup tak pernah puas nak besarkan nak panjangkan nak besarkan semuanya nafsu kita kah kah kah

SATU LAGI VIRUS DARI CHINA


SATU LAGI VIRUS

DARI CHINA MERAH

KHALAS

MYDIN SEKOLAHKAN MAT BELOT



Inilah cara yang betul – Ameer Mydin


KUALA LUMPUR – Keputusan Kerajaan untuk menyemak cadangan pengenalan satu gred beras putih Madani Malaysia di Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan seterusnya mendapat kelulusan Kabinet adalah proses yang betul.

Pengarah Urusan Mydin  Ameer Ali Mydin berkata, beliau mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri i Anwar Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan  Mohamad Sabu mengenai isu tersebut.

“Ini satu cadangan yang baik. Biasa proses macam inilah, ada perbincangan dengan NACCOL lepas itu pergi kepada Kabinet. Kemudian barulah perdana menteri atau menteri buat pengumuman.

“Ia mengikut proses yang betul. Pemegang taruh boleh memberikan pendapat. Di NACCOL pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan bentang kertas cadangan dengan ulasan. Inilah cara dia,” kata Ameer.

Beliau berterima kasih kepada perdana menteri dan menteri kerana membuat penjelasan mengenai isu tersebut.

Beliau dan ramai ahli perniagaan sebelum ini keliru dengan pengumuman yang dibuat Mat Belot  Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal seolah-olah negara akan menjual satu gred beras sekali gus menghapuskan beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI).

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera itu menjangkakan kerajaan tidak akan menghapuskan SSI kerana pengeluaran beras tempatan masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan.

“Saya rasa keputusan di NACCOL dan Kabinet akan sama. Kalau kita mansuhkan SSI, bekalan beras nak dapat kat mana? Sebab kita punya kapasiti pengeluaran tidak sampai 60 peratus.

“Macam-mana kerajaan ikthirkan, cadangkan, akhirnya barang itu (beras) kalau tak ada, tak boleh buat.

“Kita ini berniaga kalau semua (beras) boleh jual RM30 lebih baik untuk kita. Sebab lebih banyak beras boleh dijual, kalau kita dapat untung RM1 satu kampit lebih daripada cukup untuk kita tetapi kita kena sedia maklum dan kena faham situasi global dan dalam negara,” katanya.

Sementara itu Ameer turut menjangkakan walaupun harga beras tempatan dinaikkan kepada RM30 hingga RM32 ia masih tidak boleh menampung permintaan.

Ini kerana perbezaan harga antara beras tempatan dan import begitu ketara berbanding sebelum ini dan pengeluaran padi tempatan kurang 60 peratus daripada permintaan.

“Nak pergi normal macam dulu mungkin tak. Sebab beza harga itu jauh sangat. Dulu beras tempatan RM26 beras import pula RM30 hingga RM32. Beza tak jauh.

“Sekarang walaupun kita jual RM30 tapi harga beras import RM40. Kalau beza itu jauh sukar nak tampung (permintaan) dalam pasaranlah,” kata beliau.

Mohamad Sabu hari ini berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan mewujukan satu gred Beras Putih Malaysia Madani.

Cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat NACCOL seperti yang diulas Anwar semalam.

Mat Belot  yang mengetuai Task Force (Kluster Makanan) NACCOL sebelum ini mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit.

Ia sekali gus bermakna tiada lagi kategori SST dan SSI melainkan Beras Putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal.-

MAT BELOT

YANG BEBAL

NAK TUNJUK TERER

KAH KAH KAH

LEBIH SUDU

DARI KUAH

AMIN

LEBIH BODEK

DARI TELOR

AMIN

LEBIH BULU

DARI BATANG

KAH KAH KAH

KHALAS

PEMBELI BERAS MARAH DAH NI


Harap kerajaan segera selesaikan kekurangan beras – Penggun



PERMATANG PAUH – Orang ramai menyambut baik usaha kerajaan yang ingin memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani bagi menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini dengan harga lebih murah.

Rata-rata meluahkan usaha itu akan meringgankan bebanan rakyat susulan harga beras kini berubah-ubah selain kerajaan mampu tangani isu tiada bekalan beras.

Menurut Nur Liyana Mohd Aziri, 38, isu kekurangan serta kenaikan harga beras memberi impak buat mereka sekeluarga susulan mereka menggunakan hampir 20 kilogram (kg) beras sebulan.

“Kami 10 orang dalam satu keluarga jadi keperluan beras itu tinggi dan bila timbul isu tiada bekalan beras  harga jualan meningkat RM36 hingga RM38 sekampit mengakibatkan kos sara hidup kami turut naik.

“Jadi bila kerajaan umum akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani dengan harga RM30 sememangnya disambut baik buat golongan berpendapatan rendah seperti kami.

“Harap kerajaan akan segerakan usaha itu serta penjualannya diperluaskan di kedai runcit serta pasaraya bukan hanya di program jualan Rahmah atau Madani sahaja,” katanya.

Bagi pembantu farmasi, Khoo Phaik Ean, 58, pula, langkah kerajaan itu membolehkan rakyat kurang berkemampuan dapat menikmati harga lebih berpatutan.

“Harga beras pada ketika ini begitu membebankan terutamanya bagi rakyat yang berpendapatan rendah.

“Usaha kerajaan ini bukan saja meringgankan beban rakyat malah ia juga dilihat sebagai salah satu tindakan tegas mereka dalam menangani isu kartel,” katanya.

Sementara itu, pengawal keselamatan, G, Sivanamasivayam, 56, berkata, walaupun mempunyai pendapatan tetap namun masih tidak mampu menampung kos sara hidup yang meningkat.

“Oleh yang demikian, usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban dengan jualan-jualan murah termasuk dalam soal mengurangkan harga beras amat kita nantikan,” katanya.

Media semalam melaporkan,  Anwar Ibrahim memaklumkan harga kawalan beras putih akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) minggu depan.

Jelas beliau, pihaknya yakin harga beras dapat dikurangkan selepas beberapa perincian membabitkan penjualan bahan asas itu diteliti. – 

PEMBELI BERAS

KAT

MAHAL DAH NI

KAH KAH KAH

AMIN

MAT SABU TIBAI MAT BELOT


MAT SABU

TIBAI

MAT BELOT

KHALAS



MADANI - KERAJAAN GAGAL


MADANI

KERAJAAN GAGAL

KHALAS

MAT BELOT NAK GANTI MAT SABU


ADA MAT BELOT

NAK  GANTI

MAT SABU

KHALAS

Unknown commented on 
"BERAS"

bro..lu kawan baik dgn mat sabu..apa kata lu tibai mat sabu depan2..lu ckp belakang, cakap bisik2.beras tempatan jd beras seludup.ore kelate tak makan beras murah, ore kelate makan beras siam..

yg lu bising pasal apa?lu berckp tanpa data ,lu hanya dgr bisik2 saja.org melayu ni biasanya tak suka membaca, mereka suka tengok mat janda tongek.sedangkan ebit liew mahu seks tukar pasangan, inikan pula ahli syurga PAS..beer tiger naik harga tak?

MUFAKAT KUASA


MUFAKAT

ANK KUASA

KHALAS

Unknown commented on
 "MUFAKAT NASIONAL ADA LAGI KE ?"

TT, MN tu yang sebenarnya MNK, tau apa MNK tu? MNK tu Muafakat Nak Kuasa, mereka tahu setakat parti mereka sahaja mereka tak dapat ambil alih Putra Jaya, sebab itu mereka seolah olah nak memaksa parti yang satu lagi bergabung dengan mereka, kerana nak kuasa mereka berusaha mendesak supaya gabungan lama diberi nafas semula, jika dah gila kuasa dah jadi macam orang sasau

BERAS MADANI


BERAS MADANI


AHAD 18 FEBUARI 2024
KAH KAH KAH
ISU BERAS MADANI MELEDAK
KAH KAH KAH

MAT BELOT BUAT  PENGUMUMAN
BERAS MADANI 30RM  SEKAMPIT
KAH KAH KAH
TUP TUP
MENTERI KATA INI BELUM LULUS
KAH KAH KAH

MAT BELOT NAK AMBIL
TEMPAT MENTERI MAT SABU
KAH KAH KAH

KITA TEGOK APA AKHIRNYA
KES BERAS MADANI
PESAWAH
PENGILANG
PEMBORONG
PENGGUNA
DAH MARAH DAH NI
KAH KAH KAH

UKRAINE
MINTA LAGI BANYAK SENJATA
SEBUAH LAGI KOTA
JATUH KE TANGAN RUSIA

ISRAEL
NETANTAHU UMUM
SERANGAN DITERUSKAN
KERANA KEMENANGAN
MAKIN DEKAT

PAKISTAN
SEORANG PEGAWAI TINGGI KERAJAAN
MENGAKUI BAHAWA
ADA TIPU UNDI
DALAM PRU
KAH KAH KAH
JENG JENG JENG

AMERIKA
MAHKAMAH NEW YORK
ARAH TRUMP BAYAR 350 JUTA DOLAR
KES PENIPUAN MENIAGA

HOKKIEN
PAGI INI AGAK SUNYI
POKOK ARA YANG HIJAU LEBAT  SUNYI
RUMPUT DSN LALANG DAH KUNING
DI RACUN

MATA HARI DAH TERBIT
LANGIT BIRU MUDA
SAEKOR KENG KENG MELINTAS
MEMECAH SUNYI PAGI AHAD

HARI INI AKAN PANAS
BALKONI GUA BERCAYA
PASTI PANAS TERIK
JIKA BERANGIN AKAN JADI ENAK

BRO
SENYUM
SAMBUT AHAD DENGAN
SENYUMAN

BRO
LU JANGAN PERCAYA
PADA SEMUA PERKARA
YANG LU PIKIRKAN

BRO
LU JANGAN  KATA
LU TAKDA MASA
SEMUA KITA ADA 24 JAM
DALAM SEHARI

BRO
JANGAN IKUT YANG RAMAI
JADI ORI
BUAT YANG BARU
YANG BELUM DIBUAT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI