Ahad, 17 November 2024

BANI MELAYU DALAM BAHAYA


BANI MELAYU

DALAM BAHAYA

AMIN

BUDAK AMERIKA IKUT SKRIP



BUDAK AMERIKA

IKUT SKRIP

SOKONG ISRAEL

KHALAS

BUNG MIKHTAR LAWAN HAJIJI


Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Kinabatangan  Bung Moktar Radin dan isterinya  Zizie Izette Abdul Samad daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.

Keputusan dijangka diumumkan oleh panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim  Ahmad Zaidi Ibrahim,  Mohamed Zaini Mazlan dan k Noorin Badaruddin pada pukul 9 pagi.

Jika keputusan memihak kepada pendakwaan, kes itu akan dikembalikan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk pasangan suami isteri itu membela diri bagi menjawab pertuduhan dihadapi mereka, dan jika panel hakim itu membuat dapatan sebaliknya, pasangan itu akan kekal bebas.

Pada 18 Sept 2023, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi  Azhar Abdul Hamid yang membebaskan pasangan itu daripada pertuduhan.

Mahkamah Tinggi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 46, bagi menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 Sept 2022 yang memerintahkan mereka membela diri terhadap pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui isteri tertuduh Zizie Izette.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.

Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.

Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie Izette mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa serupa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

AKAN DI DAPATI

TIDAK BERSALAH?

KAH KAH KAH

KEPUTUSAN

MAHKAMAH

TINGGI TIDAK

ADA CACAT CELA

KAH KAH KAH

MUSTAHIL TAK

TERTIBA ADA KES

RASUAH DARI 

GENG HAJIJI

KAH KAH KAH

INI SEBAHAGIAN

DARI SKRIP TEATER

JENG JENG JENG

KHALAS

SANDIWARA SABAH


SPRM panggil 5 ADUN Sabah berkait dakwaan rasuah projek mineral


KUALA LUMPUR – Lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam keterangan disyaki terlibat isu dakwaan rasuah berhubung perolehan projek mineral di negeri itu.

SPRM dalam kenyataan berkata, siasatan awal berhubung aduan tersebut telah membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah.

“SPRM Sabah telah menerima aduan mengenai seorang ahli perniagaan disyaki terbabit isu dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di negeri tersebut.

“Setakat ini, lima orang ADUN telah dipanggil untuk dirakam percakapan, dan siasatan masih giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemberi maklumat skandal rasuah terima ugutan bunuh – KPN

Sehubungan itu, SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu dan memberi ruang kepada pihak berkuasa melengkapkan siasatan dengan telus dan menyeluruh.

SPRM sebelum ini mengesahkan pemberi maklumat berkaitan kes rasuah membabitkan Adun Sabah masih belum membuat laporan rasmi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM,  Azam Baki dilaporkan berkata, setakat ini, individu yang merakam video tidak tampil membuat laporan. – 

WOIT 

INI SANDIWARA

NAMANYA

KAH KAH KAH

SANDIWARA

BUNG MOKHTAR

LAWAN

HAJIJI

KAH KAH KAH

UMNO NAK

TIBAI HAJIJI

KAH KAH KAH

YANG WAJIB

DITAHAN SAMA

IALAH AZAM BAKI

TANYA DIA MANA

DAPAT DUIT BELI

SAHAM

KAH KAH KAH

KHALAS

NAK DAPAT UNDI MELAYU - TUNJUK ISLAM


TUNJUK ISLAM

NAK DAPAT

UNDI MELAYU

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"FAHMI FADIL KATA VIDEO
 INI DI SUNTING - LIHAT SENDIRI"

Modal terbaru modal ampuh hasut pengundi, selama ini PMX pun tidak dapat sokongan pengundi kita dari awal zaman sampai berkuasa sekarang, dia cuba setiap hari mencari undi kerana mahu kekal berkuasa kah kah kah, ramai cerdik bijak pandai sedar tetapi tidak berani buka mulut, 

walaupun kuat mohong saban hari tetapi hasrat utama mencari undi, sebab itulah nak jadi hero nak jadi pejuang nak jadi pelopor Isle sedunia kah kah kah selagi otak dibekukan selagi itulah nasib negara ini tergadai dengan agenda agama bangsa kuasa keturunan ketuanan kerabat kah kah kah

TERUSAN KRA AMAT BAIK UNTUK PATANI MERDEKA !!!



TERUSAN KRA

AMAT BAIK UNTUK

PATANI MERDEKA

AMIN

TURKI LAMBAT TOLAK ISRAEL



LAMBAT TOLAK

ISRAEL OK

JANGAN SEKARANG

PULAK IKTIRAF

ISRAEL

AMIN

Unknown commented on 
"AKHIRNYA TURKI PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN ISRAEL"

Lambat sangat woit, berpuluh tahun juga ambil masa kenal sesama manusia yang sama agama sesama segala budaya kah kah kesedaran sampai lagi awal ke tanah melayu juga kah kah kah

WAN AZIZAH APO KOBA ?



WAN AZIZAH

APO KOBA?

SEHAT KO ?

JENG JENG JENG




ANWAR AKAN UBAH PASPOT MALAYSIA


UNTUK PADAM

KEMARAHAN RAKYAT

ANWAR AKAN UBAH

PASPOT MALAYSIA

AMIN

KITA BOLEH MASUK

ISRAEL

KHALAS

CNN PULAK FITNAH ANWAR



Video temubual Anwar di CNN disunting pihak tertentu- Fahmi

PUTRAJAYA – Penularan video temubual  Anwar Ibrahim dengan stesen televisyen CNN telah disunting pihak tertentu.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan percaya video-video tersebut disunting selepas status ucapan takziah Anwar mengenai kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh diturunkan daripada Facebook.

“Bila kita teliti keseluruhan apa disunting, saya kenal watak menyunting dan sifat mereka menyunting dan di sini lakukan kesilapan kerana untuk kata perdana menteri yang posting beliau ucap takziah atas pembunuhan Ismail diturunkan anti kumpulan Hamas.

“Perdana menteri menyatakan beliau paling bertegas dengan setiausaha negara Amerika Syarikat. Puak-puak menyunting apapun kita buat mereka tidak akan gembira namun penting kita tahu apa kita perjuangkan masa depan lebih baik buat Palestin.

“Namun penting kita tahu kita perjuangkan masa depan yang lebih baik buat Palestin,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet, di Kementerian Komunikasi, hari ini.,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan media mengenai penularan keratan video temubual Anwar bersama CNN, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga menteri komunikasi berkata, pihaknya maklum dengan pihak berkenaan yang sifatnya suka menyunting dan ternyata mereka telah melakukan kesilapan.

Lantaran itu, Fahmi berkata, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti dan membuat siasatan terhadap penularan video pendek berkenaan di platform media sosial.

“Saya tegaskan kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang terutama rakan media dari membuat laporan tapi kita harus berhati-hati untuk melayan spekulasi ataupun menterjemah spekulasi seolah-olah ia adalah fakta.

“Jadi seringkali teguran dibuat tapi sekiranya perlu kita akan pertimbang tindakan yang lebih tegas jadi saya akan minta MCMC untuk teliti,” katanya.

Media hari ini melaporkan pemimpin pembangkang dan aktivis pro-Palestin melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap pendirian Anwar yang didakwa menerima hak Israel untuk wujud dan ‘mempertahankan diri’ – dua tuntutan yang sering dibuat terhadap pemimpin Islam oleh kerajaan Barat yang menyokong rejim zionis itu. –

ANWAR IBRAHIM

TERUS JADI

MANGSA FITNAH

KAH KAH KAH

DULU BLOOMBEG

DAN ECONOMIST

SEKARANG CNN

PULAK

KAH KAH KAH

VIDEO DI SUNTING

KAH KAH KAH

DISUNTING SAMPAI

BUNTUNG

KAH KAH KAH

KHALAS

BANDAR ISLAM CONTOH



Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu


ISLAMABAD: Wilayah paling padat di Pakistan mengisytiharkan darurat kesihatan di dua bandar utama pada Jumaat, dengan perintah sekatan pergerakan tiga hari seminggu susulan jerebu mengandungi toksik yang terus menyelubungi kawasan itu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Semua hospital diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan selama beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan di Bandar Lahore dan Multan, kata Menteri Wilayah Marriyum Aurangzeb.

Kedua-dua bandar di Wilayah Punjab, dengan jumlah penduduk melebihi 18 juta, paling teruk terjejas akibat jerebu mengandungi toksik itu yang bermula awal bulan ini, menurut Aurangzeb.

Katanya, bandar-bandar itu akan berada di bawah perintah sekatan pergerakan penuh setiap Jumaat, Sabtu, dan Ahad, tanpa sebarang aktiviti luar dibenarkan kecuali untuk perubatan kecemasan.

Langkah itu adalah sebahagian daripada beberapa tindakan yang diperkenalkan oleh wilayah terlibat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, termasuk larangan penggunaan beca bermotor, aktiviti barbeku, restoran, relau bata, dan kenderaan yang mempunyai enjin rosak untuk mengurangkan pelepasan pencemaran.

Lahore, dengan penduduk lebih 13 juta, telah menjadi bandar paling tercemar di dunia sepanjang bulan ini, dengan kualiti udara diklasifikasikan sebagai berbahaya.

Beberapa bandar Asia Selatan lain, termasuk ibu negara India, New Delhi, dan Dhaka di Bangladesh, turut menghadapi masalah yang sama.

Semua pelajar sekolah rendah di New Delhi diarahkan mengikuti pembelajaran jarak jauh buat sementara waktu. Selain itu, hampir semua kerja pembinaan di dalam dan sekitar bandar itu telah dilarang, dan lalu lintas jalan raya dihadkan.

Selepas lebih dua minggu dengan kualiti udara yang secara konsisten berada dalam kategori 'sangat buruk', keadaan semakin merosot sehingga pihak berkuasa India kini mengklasifikasikan keadaan itu sebagai 'serius."

Selama beberapa hari, jerebu mengandungi zarah halus, jelaga, sulfur dioksida, dan gas lain meliputi New Delhi, dengan tahap toksin yang jauh melebihi had yang dianggap selamat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Minggu lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa lebih 11 juta kanak-kanak mungkin berisiko mengalami masalah paru-paru di Punjab.

Sementara itu, seorang menteri Pakistan berkata beliau bimbang boleh berlaku lebih 250,000 kematian yang dikaitkan dengan udara yang toksik itu.

Doktor di Lahore melaporkan mereka merawat ribuan pesakit yang mengalami komplikasi pernafasan setiap hari. - BERNAMA-dpa

KLIM ISLAM

WAJIBKAN BERSIH

KAH KAH KAH

BANDAR PALING

KOTOR DALAM

DUNIA IALAH

LAHORE

AMIN

LAHORE BANDAR

ISLAM CONTOH

KAH KAH KAH

AMIN

YUSOFF RWTHER BUAT SILAP


YUSOFF RAWTHER

BUAT SILAP

KAH KAH KAH

JIKA DIA TONGGENG

BAGI ABAM TIBAI

TAKDA GANJA

DALAM KERETA

KHALAS

CARI AZAM BAKI JUMPA GANJA


CARI AZAM BAKI

JUMPA GANJA

JUMPA PISTOL

DALAM KERETA

YUSOFF RAWTHER 

AMIN

Unknown commented on 
"BANTUAN PEMBACA 
DI PERLUKAN"

cari sungguh2 sampai skrg tapi yang jumpa pistol dan ganja dalam kereta siasat tangkap orangnya bukan azam baki tapi budak muda rawther!!

ANWAR IBRAHIM TAK ADA SOKONGAN MELAYU


ANWAR IBRAHIM

TIDAK ADA

 SOKONGAN

MELAYU

KHALAS

Unknown commented on 
"FAHMI FADIL KATA 
VIDEO INI DI SUNTING - 
LIHAT SENDIRI"

Modal terbaru modal ampuh hasut pengundi, selama ini PMX pun tidak dapat sokongan pengundi kita dari awal zaman sampai berkuasa sekarang, dia cuba setiap hari mencari undi kerana mahu kekal berkuasa kah kah kah, ramai cerdik bijak pandai sedar tetapi tidak berani buka mulut, walaupun kuat mohong saban hari tetapi hasrat utama mencari undi,

 sebab itulah nak jadi hero nak jadi pejuang nak jadi pelopor Isle sedunia kah kah kah selagi otak dibekukan selagi itulah nasib negara ini tergadai dengan agenda agama bangsa kuasa keturunan ketuanan kerabat kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI


AHAD 17 NOVEMBER 2024
HA HA HA
HEBOH HEBOH 
PASAI ANWAR IBRAHIM
IKTIRAF ISREAL
KAH KAH KAH

DALAM  TEMUBUAL DENGAN CNN
JELAS DAN TERANG
MAT LEBONG
BUKAK MULUT
TERUS SOKONG ISREAL
KAH KAH KAH

PELIK TETAPI BENAR
FAHMI FADIL SEDAR
ISI TEMU BUAL ITU
MAKNA TEMU  BUAL ITU

JUSTERU
 MAMAT INI
KATA TEMU BUAL ITU
DI SUNTING
KAH KAH KAH

DI SUNTING
SAMPAI BUNTING
KAH KAH KAH

WOIT
INILAH DIA WATAK
ANWAR IBRAHIM
KESIAN PADA ARWAH ISMAIL HANIYEH
BERPUSING PUSING
DALAM KUBUR
BILA DENGAR CERITA INI
KAH KAH KAH
AMIN

AMERIKA
TRUMP MULA BUKA JALAN
UNTUK RUNDING
TAMATKAN PERANG UKRAINE

UK
KINI KENA BUAT PILIHAN
BERSAMA TRUMP
ATAU BERSAMA EROPAH

ISRAEL
DUA BOM JATUH
DI HADAPAN RUMAH
SETANYAHU
KAH KAH KAH

CHINA MERAH
8 MATI 17 CEDERA
DITIKAM OLEH SEORANG
PELAJAR YANG GAGAL
DALAM PEPEREKSAAN

FILIPINA
RIBUAN PENDUDUK
SEDANG BERSEDIA HADAPI
TAUFAN MAN-YI
YANG AKAN SAMPAI

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR
HUJAN KEMARIN
MATAHARI TAK NAMPAK
LANGIT PUCAT

HA HA
SUARA HOW WOW ILANG
YANG GUA DENGAR
TAK TIBAU TAK TIBAU
TAPI
SUARA TERKUKUR
KUAT DIATAS BUKIT
MENJADIKAN PAGI INDAH

PAGI INI EZI
BALIK SENDIRI GUA
IKUT DARI BELAKANG
DALAM BLOK  EZI
TENAMPAK SAEKOR  KUCING
TERUS DI KEJAR
KAH KAH KAH
TAPI KUCING PANJAT POKOK
MELOPONG  EZI
DI BAWAH POKOK

HARI INI AKAN PANAS
KETIKA GUA MENGETIK
MATAHARI DAH KELUAR
TAK TAK DAH MENJALAR  
DI BALKONI

JIKA PETANG HUJAN
MALAM SEJUK SANTAI

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI AHAD

BRO
JIKA HIDUP LU
 TANPA TUJUAN
MACAM KAPAL DALAM LAUT
TANPA KOMPAS

BRO
JIKA LU RENDAH HATI
ITU TANDA LU
BESAR HATI

BRO
KEBERANIAN IALAHA SENI
UNTUK TERUS
MELANGKAH
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI