UNDI PERCAYA - UNDI TAK PERCAYA
Heboh. Heboh. Heboh. Heboh tentang undi percaya kepada Mahathir. Heboh tentang undi tidak percaya kepada Mahathir. Heboh bila Mahathir nak berhenti dari jadi PM. Heboh tentang janji Mahathir.
Mari kita bertenang. Mari kita fahami apa makna berita-berita heboh yang kita baca ini. Apa makna dan apa dibelakang pelbagai berita menular muncul dari mulut Haji Desas dan Lebai Desus. Apa makna semua ini.
Justeru saya tidak dapat menepis lalu mewajibkan diri untuk memberi pencerahan. Maka saya menangguhkan perbincangan tentang maruah Bani Melayu. Amin.
Bagini : Dunia mengetahui bahawa wilayah Timur Tengah terus bergelora. Kacau bilau berterusan. Perang sambung menyambung. Warga Arab tidak pernah duduk dengan aman damai. Ramai warga Arab lari lintang pukang meninggalkan tanah air. Lepas satu satu pemimpin dan negara Arab digoddam. Apa sabenaranya semua ini?
Hakikatnya - Apa yang berlaku di Timur Tengah adalah manifestasi dari satu pekara. Hanya satu pekara. Satu pekara bernama Israel. Pekara ini bermula pada 15 Mei 1948 apabila kuasa imperial Anglo- Amerikan mewujudkan Isreal. Semenjak tahun 1948 bumi Arab terus bergolak. Pergolakan itu adalah manifestasi dari kewujudan Israel.
Apa pula sangkut pautnya Isreal dan Arab dengan heboh heboh undi percaya kepada Mahathir?
Bagini: Heboh heboh undi percaya kepada Mahathir, pergaduhan dalam PKR, Mentari saman Menteri, Setpol pukul rakan sepejabat , ahli parti kena buang – semua ini hanyalah manisfestsi dari satu pekara.
Kalau kacau bilau dan perang berterusan di Timur Tengah disebabkan oleh keberahian Israel untuk menaklok bumi Arab.
Maka kacau bilau dan huru hara yang sedang berlaku dan yang akan terjadi di Malaysia hari ini hanya kerana satu pekara. Satu pekara sahaja. Pekara ini ialah keberahian Anwar Ibrahim hendak jadi Perdana Menteri. Huru hara dan heboh politik terkini adalah manifestasi dari keberahian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. Khalas.
Untuk memahami lebih mendalam mari kita tengok dan kaji satu persatu manifestasi ini. Yang paling terkini ialah langkah Parti Islam Pas untuk menganjur undi percaya kepada Mahathir Perdana Menteri ketika ini.
Undi percaya kepada Mahahir ini sekali imbas dilihat sebagai lawak. Malah Mahathir sendiri telah berkata bahawa dia masih menjawat jawatan Perdana Menteri dan tak perlu undi percaya. Tetapi Parti Islam Pas dari kenyataan resmi masih ingin meneruskn pengundian ini.
Sama ada Tuan Speaker Parlimen pada bulan March ini akan meluluskan agenda pembangkang mendahului agenda kerajaan adalah satu persoalan lain. Yang pasti heboh telah muncul.
Undi percaya ini pelik. Pelik dan memelikkan Apa perlu ianya dilakukan?
Ketahuilah bahawa undi percaya kepada Si Mahathir ini bermakna undi tidak percaya kepada Si Anwar. Percaya dengan Mahathir bermakna tidak percaya dengan Anwar. Khalas.
Ini gaya permainan politik dan stratiji Parti Islam Pas. Parti Islam ini amat jelas tidak mahu Malaysia dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Dari pandangan Parti Islam si Anwar ini tidak layak kerana memiliki keberahian seksual dengan lelaki. Ajaran Islam menolak keberahian sademikian. Amin.
Awas dan waspada walau pun parti ini melaung-laungkan Islam – Pasti Pas ini masih lagi parti politik. Parti Islam ini berminat untuk mendapat kuasa. Dan sedang berkuasa di Kelantan dan Terengganu.
Dari punca kuasa akan muncul kekayaan. Dari kekayan boleh memiliki kereta Mercedes atau Audi. Sesudah memiliki Mercedes atau Audi boleh hadiahkan kepada Bini Muda atau berkemungkinan berbini lagi. Hakikatnya Parti Islam pun sama sahaja dengan parti kapir dalam hal berpolitik da bersyawat. Kah kah kah.
Berapa minggu kebelakang ini kita terbaca tentang SD – Statutory Declaration atau Akuan Bersumpah. Saban hari kita membaca , berbual dan mendengar tentang SD. Tak habis-habis laporan berita tentang SD. Dari media cetak, ke tv dan melalui portal SD muncul sebagai induk berita.
Akhbar melapor jumlah SD. Media melapor siapa yang enggan menanda tangani SD. Heboh bagai nak rak dengan SD.
Dalam budaya politik Malaysia SD ini bukan satu yang baru. Awal awal dahulu kita mengenal SD melalui kes pembunuhan Altantuya. P I Bala membuat SD – mengakui bahawa Najib kenal Altantutya. Kemudian kita baca SD dari Yusoff Rawhter yang mengakui bahawa Anwar Ibrahim cuba mencabul dirinya. Dari SD Yusoff kita dapat tahu bahawa wujud tangga berpusing di rumah Anwar di Bukit Gasing .oopps.. maaf silap…di Bukit Segambut. Kini dilaporkan isi SD ini bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada Mahathir. Untuk Mahathir duduk dikerusi PM hingga berakhir penggal Parlimen ke 14.
Pelik lagi memelikkan. Kenapa Mahathir perlu menerima sokongan melalui SD? Apa perlunya Mahathir disokong. Apakah Mahathir perlu disokong kerana ada ramai para YB yang merancang untuk menjatuhkan Mahathir dari kerusi Perdana Menteri.
Belek punya belek – kaji punya selidik kita bertemu jawapan. Bahawa SD ini juga adalah manifestasi dari keberahian Anwara Ibrahim hendak menjadi Perdana Menteri.
Sila jelaskan ?
Bagini : Pada 18 Julai 2019 akbhar The Star melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memiliki cukup sokongan ahli parlimen untuk membolehkan dirinya dinobatan sebagai Perdana Menteri. Pada 3 November 2019 sekali lagi akhbar yang sama melaporkan tentang sokongan majoriti para YB kepada Anwar Ibrahim.
Bila berita ini muncul pastilah Parti Islam Pas menjadi gelabah. YB Takiyuddin Setiusaha Agong Pas pernah berkata ketika pilihanraya kecil di Port Dickson bahawa Anwar Ibrahim ialah bekas banduan. Malah YB Taki mempertikaikan sama ada sah atau tidak pengampunan Anwar oleh Yang Dipertuan Agong. Ini ketika berceramah berkempen menentang calon yang bernama Anwar Ibrahim.
Jika betul Anwar memiliki majoriti ahli parlimen bermakna untuk pertama kalinya dalam sejarah negara majoriti Islam akan melantik pemimpin tertinggi negara seorang pengamal sex songsang dalam istilah ajaran Islam. Tapi jantan suka jantan ini bukan satu yang baru dalm politik dunia. Di Luxumbourg dan di Ireland Perdana Menteri negara ini adalah lelaki yang bersuamikan lelaki.
“ I have the number…I have the numbers.. “ menjadi mantra Anwar Ibrahim. Mantra ini menjadi bahan ratip oleh para peminat, penyokong dan pelabur dalam Bursa Saham Anwar Ibrahim.
Mantra ini mengerunkan bukan saja Parti Islam tetapi juga para para YB dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sayugia diingati bahawa Anwar Ibrahim ini menjadi Presiden PKR dengan cara menang tanpa bertanding. Dalam pemilihan PKR yang akhir majoriti yang menang adalah dari garis apa yang dikenali sebagai ‘Kartel’.
Kartel ini bukan pengedar dadah saperti di Colombia. Kartel dalam politik Malaysia adalah garis politik yang tidak berminat dan tidak menyokong Anwar Ibrahim. Garis Kartel ini menyokong gedebe yang bernama Azmin Ali – sosok number dua sesudah Anwar Ibrahim dalam haraki PKR.
Parti Islam jadi gerun. Garis Kartel jadi gerun. Pikir punya fikir maka keluar pendapat yang rasional : cakap tak guna lebih baik bercakap dengan tanda bukti. Maka dijalankan pungutan suara dikalangan YB. Ditanya para YB sama ada menyokong Anwar atau menyokong Mahathir.
Abracadabra! Sin Salabin! Tetiba jin datang membawa SD. Jika sokong Mahathir sila ditanda tangani.
Justeru berita tentang SD. Tentang jumlah SD yang telah ditanda tangani adalah juga manifestasi dari keberahian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. Amin.
Awas – dalam PKR Anwar Ibrahim masih memiliki sokongan tapi bukan lagi seluruh parti. Parti Bersatu 100% menyokong Mahathir. Garis parti DAP dan garis Parti Amanah hanya Guru Nanak yang tahu.
Mustahil Amanah tidak menyokong Mahathir. Mustahil DAP tidak menyokong Mahathir. Kalau mereka bersama maka ini akan mengecewakan Anwar. Kerana dari tahun lalu lagi Anwar telah berdendang dengan lagu Kerajaan Baru Tanpa Dap dan Amanah. Ini taktik perang saraf Anwar. Hakikatnya SD ini tidak akan meminggirkan sokongan sesiapa. Semua dijemput – ahlan wa sah lan.
Jeng jeng jeng. Dari sini mencelah masuk Hishammmuddin Hussein. Dari sini mencelah masuk Zahid Hamidi. Mereka ini adalah gedebe dari United Malays National Organisation. Dari Haji Desas dan Lebai Desus kita dengar bahawa para gedebe ini boleh mendapatkan para YB dari parti Ketuanan Melayu untuk menanda tangani SD yang sedia ada.
Hisham dan Zahid dalam politik bukanlah sosok ‘kosher’. Hisham bekas Menteri Pertahanan yang masih berkelintau dengan beberapa ekor helikopter yang telah dibayar beratus juta ringgit tapi terbang tersalah radar hingga hari ini tak sampai sampai ke Malaysia.
Manakala Zahid Hamidi Presiden United Malaya National Organisation sedang berhadapan dengan puluhan kes mahkamah. Zahid didakwa dbawa undang-undang AMLA - Anti Money Laundring Act - mengubah wang haram.
Justeru sosok sosok ini memiliki kepentingan pribadi untuk Bersama menanda tangani SD menyokong Mahathir. Bayangkan sosok yang hampir mati lemas. Sosok ini akan mencapai apa sahaja termasuk saketul tahik untuk dijadikan pelampong menyelamatkan diri. Menanda tangani SD menyokong Mahathir ini bukan seketul tahik.
Akhirya pada Jumaat 21 Febuari 2020 ini Majlis Presiden Pakatan Harapan akan bersidang. Anwar telah beratip mengatakan bahawa dalam mesyuarat ini nanti satu tarikh akan ditetapkan untuk Mahathir berundur. Beratip, bermimpi dan berangan-angan bukan satu jenayah. Kita tengok nanti apa yang akan berlaku.
Walau apa pun warga Palsetin telah lebih dari 70 tahun dihura harakan oleh keberahian Isreal menaklok bumi Arab. Di Malayia huru hara oleh keberahian Anwar Ibrahim belum mencecah 70 tahun.
Dua tahun sesudah 9 Mei 2018 - kemenangan Pakatan Harapan telah dibajak oleh keberahian Anwar Ibrahim. Reformasi dan perubahan struktural gagal secara tuntas dibentangkan kepada rakyat. Saban hari tak ada kesah lain melainkan labon Anwar nak jadi PM ke8.
Saban hari ada sahaja pelaburan dari Bursa Saham Anwar Ibrahim beratip : bila Mahathir nak berudur… bila Anawar akan jadi PM ke8. Ratipan dan tatapan ini wajib diselesikan agar agenda kemennagan Pakatan Harapan pada 9 Mei 2018 dapat dituntaskan.
Anwar ini jadi atau tidak jadi PM ke 8? Jawapan nya ada dihadapan mata. Guru Nak pun tahu. Ratipan dan hehoh heboh tentang janji Mahathir terus kedengaran. Mengikit surah yang dihebohkan ini adalah janji Pakatan Harapan. Maka ada molek untuk kita semua melihat apakah janji ini.
Dari dokumen Maufakat Pakatan Harapan yang ditanda tangan pada 6 Januari 2018 oleh empat pemimpin parti gabungan Pakatan Harapan (Bersatu, DAP, PKR dan Amanah ) amat jelas ditulis bahawa Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri. Malah tidak ada tarikh dan bila pencalonan ini ditutup. Ini bererti Dolah Sani atau Nik Nazmi pun boleh menjadi calon Perdana Menteri. Sesiapa saja boleh mencalonkan diri untuk menjadi PM ke 8. Selamat mencalonkan diri. Amin END
-------