Isnin, 1 Februari 2021

NAJIB JADI PELIK


PELIK BIN HAIRAN

SEMASA JADI ISTERI ROSMAH
OOOPPPSS.. SILAP 
SEMASA JADI PERDANA MENTERI
PASAI APA  NAJIB TAK PERNAH
CAKAP HAL RAKYAT
BILA NAK MASUK PENJARA
TUP TUP 
NAJIB JADI BIJAK BISTARI
TERTIBA NAJIB
CAKAP HAL KWSP
CAKAP HAL KHAZANAH
CAKAP HAL HARTA RAKYAT

NAMPAKNYA PENJARA
ADALAH  PEKARA YANG AMAT BAIK
UNTUK AHLI POLITIK KITA

MARI KITA MASUKKAN
LEBIH RAMAI
POLITIKUS KE DALAM PENJARA
AKAN KITA AKAN DAPAT
POLITIKUS YANG BIJAK BISTAR
AMIN

NEGARA SAKIT - POLITIKUS ASIK BERPOLITIK

 


KOBID TERUS

  MENYERANG

AMIN

EKONOMI MAKIN

MERUNDUM

AMIN

APA

 POLITIKUS BUAT

AMIN

TAK HABIS HABIS

NAK JADI PM

AMIN





Malaysia mungkin jadi negara 'sakit'

MALAYSIA hampir menjadi negara ‘sakit’ seperti Filipina pada 1970-an kerana kerajaan gagal mengekang wabak Covid-19, kata ahli Parlimen pembangkang Dr Ong Kian Ming.

Ahli Parlimen Bangi itu menyatakan bagaimana pelabur asing menjauhkan diri dari Filipina ketika kerana negara itu berada di bawah pemerintahan diktator Ferdinand Marcos.

Malaysia kini menuju ke arah itu kerana kegagalan kerajaan Perikatan Nasional menguruskan pandemik Covid-19 selain berusaha hanya untuk memastikan gabungan kerajaan kekal utuh.

“Adakah Malaysia dalam bahaya, menempuh jalan yang sama dan dilihat sebagai ‘orang sakit’ baru Asia pada tahun 2020-an kerana ketidakcekapan politik dan ketidakmampuan menguruskan krisis Covid-19 di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN)?

“Ketidakupayaan kerajaan PN menguruskan gelombang ke-3 kes Covid telah mengakibatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua pada awal 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Filipina pada 1970-an di bawah Marcos mengalami perselisihan ekonomi dan politik dengan para pelabur mengelak pemerintahan diktatornya.

Penurunan pelaburan asing Malaysia terbukti dengan angka dari kajian Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) baru-baru ini, yang menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) negara pada 2020 merosot 68%.

Sebagai perbandingan, negara-negara jiran mencatat penurunan yang lebih rendah berbanding Singapura (-38%), Indonesia (-24%) dan Thailand (-50%). Malah Filipina menyaksikan peningkatan FDI sebanyak 29% pada 2020.

Ong berkata, angka UNCTAD berdasarkan aliran masuk FDI yang sebenar, tidak seperti angka yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Angka-angka ini adalah aliran masuk FDI yang masuk ke negara masing-masing tidak seperti angka FDI yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, awal tahun ini, yang hanya meluluskan pelaburan dan bukannya pelaburan yang direalisasikan.

“Pada masa sama, laporan mengenai beberapa syarikat multinasional yang memindahkan ibu pejabat (HQ) mereka keluar dari Malaysia ke negara seperti Indonesia juga telah memberikan gambaran bahawa Malaysia tidak lagi menjadi tempat menarik buat pelabur asing,” katanya.

Tambah Ong, terdapat laporan negatif mengenai Malaysia tetapi kerajaan tidak buat apa-apa untuk mengatasi masalah ini dan ini menunjukkan Malaysia tidak begitu kompetitif di rantau ini.

“Laporan-laporan ini berperanan dalam membangun naratif yang lebih besar bahawa Malaysia ketinggalan dari negara jiran kita dalam banyak bidang, tidak dapat menguruskan krisis Covid-19, dibelenggu oleh ketidakstabilan politik, mempunyai kabinet yang tidak kompeten dan polisi kerajaan yang bertukar-tukar yang merosakkan atmosfera perniagaan,” katanya.

Penolong pengarah pendidikan politik DAP itu juga menyalahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali atas hiangnya keyakinan pelabur selain menegaskan bahawa beliau tidak berguna ketika memegang Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam kerajaan Pakatan Harapan.

“Sama seperti beliau tidak cekap dalam menguruskan portfolio ketika menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam kerajaan Pakatan Harapan, beliau telah buktikan dirinya (jika tidak lebih) tidak layak memegang jawatan Menteri MITI.

“Dengan kepemimpinan ekonomi dan politik seperti ini di bawah kerajaan PN, tidak hairanlah jika Malaysia dilabel sebagai ‘orang sakit’ baharu Asia,” kata Ong. – 1 Februari, 2021.

HURU HARA

SEKARANG MUNCUL

AKIBAT

POLITIKUS BEREBUT

KUASA 

AMIN

POLITIKUS 

MANAMBAH

KACAU EKONOMI

NEGARA

AMIN  

HAPUSKAN 

KOBID 

HAPUSKAN  

POLITIKUS

 GILA KUASA

AMIN



EKONOMI TERUS JATUH


BERAT MAKIN

 BERAT

AMIN

KACAU MAKIN

 KACAU

 AMIN

BALA DAH SAMPAI

DEPAN PINTU

AMIN

Ekonomi Malaysia diramal bertambah teruk tahun ini, 

kata Fitch Solutions

RAMALAN ekonomi Malaysia dilihat akan bertambah teruk tahun ini ketika pandemik Covid-19, yang menyebabkan kerajaan terpaksa menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) sekali lagi, kata penyelidik Fitch Solutions Country Risk and Industry Research.

Bahagian penyelidikan bagi Fitch Group itu meramalkan penurunan pertumbuhan kadar keluaran dalam negeri (KDNK) bagi 2021 iaitu daripada 11.5% kepada 10%, di mana ia akan menjejaskan perbelanjaan kerajaan.

“Kami menyemak semula ramalan kepada 10%, daripada 11.5% sebelum ini, memandangkan pemulihan ekonomi lebih perlahan akibat kuasa beli menurun susulan tekanan terhadap pengangguran dan gaji.

“Kali ini dengan sokongan fiskal bertambah kurang, memandangkan kewangan kerajaan sudah sedia tertekan dan hampir menaikkan had hutang 60% daripada KDNK,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan itu berkata penurunan pertumbuhan KDNK menyebabkan kemampuan kerajaan untuk berbelanja terutama bagi sektor penjagaan kesihatan yang sudah pun dalam keadaan tertekan, akan lebih dikurangkan lagi.

“Kemerosotan dalam pertumbuhan KDNK akan memberi kesan lebih negative terhadap jumlah dana sedia ada, yang diperlukan untuk mengukuhkan sistem penjagaan Malaysia.”

Antara pemerhatian lain oleh Fitch Solutions ialah termasuk jumlah kes Covid-19 yang akhirnya akan melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan yang setakat ini beban ditanggung sudah ke tahap maksimum.

“Lonjakan jumlah pesakit Covid-19 akan melumpuhkan kapasiti sedia ada sistem penjagaan kesihatan. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyatakan sistem penjagaan kesihatan Malaysia sudah sampai tahap maksimum apabila hospital kerajaan tidak dapat lagi menampung lebih 2,000 kes baharu Covid-10 setiap hari.

“Di Lembah Klang, katil di ICU untuk pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya sudah mencapai kapasiti maksimum, sementara Hospital Sungai Buloh mencecah 83% daripada kapasiti keseluruhannya,” kata kumpulan itu.

Susulan peningkatan angka kes Covid-19, Fitch Solutions berkata PKP akan dilanjutkan.

Disember lalu, agensi penarafan Fitch Ratings menurunkan kadar matawang negara daripada “A-“ kepada “BBB+”. – 1 Februari, 2021.


AWAS

KITA WAJIB

KUMPULKAN

SEMUA TENAGA

SEMUA FIKRAH

UNTUK

MENUMPASKAN

BENCANA KOBID

AMIN

LUPAKAN 

PERBALAHAN

LUPAKAN PARTI

LUPAKAN KERUSI

AMIN

SATUKAN TENAGA

UNTUK

 NUSA DAN BANGSA

KHALAS



SAKIT MACAM MANA?

 



SAKIT MACAM

MANA?

AMIN

Malaysia mungkin 

jadi negara 'sakit'


APA YANG SAKIT

PERUT KE

KAH KAH KAH

ATAU

POKET SAKIT

KAH KAH KAH

BILA ANWAR JADI PM

 

BILA ANWAR

JADI PM

Unknown commented on 

"APA AGENDA DAVOS ?"

Reset... Anwar naik.. hutang blacklist semua clear... Zerooo.. rakyat malaysia bebas hutang.. horrayyy..

GUA UDAH BILANG

 



AWAS

GUA UDAH

BILANG

AMIN 


Ekonomi Malaysia diramal bertambah teruk tahun ini, kata Fitch Solutions



LU DON

PLAY PLAY

KAH KAH KAH

KITA WAJIB BERTINDAK



KITA WAJIB

BERTINDAK

Unknown commented on

 "BERAT - AMAT BERAT"

Yakin atau tak yakin kerajaan PN, ada siapa yang layak mengambilalih jika kerajaan PN ditukar? Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan ke? Dia tak cukup 112 kerusi; dan tak ada kecerdikan dan kaliber sebagai perdana menteri. Atok dan Pejuang ke? Atok dah umur panjang; lepas atok ada penganti? 

Hadi dan PAS ke? Hadi bukan fokus masalah negara kini; dia fokus hal-ehwal jangkamasa yang super-lama iaitu cari bidadari kat syurga. Sebab tu, tak payah buat tinjaun yakin atau tak yakin. Kita rakyat ikut saja Nike ... "Just Do It" ... tolong sesama diri dalam soalan kobid dan ekonomi.

SELESAIKAN KOBID DULU - POLITIK JANGAN KACAU

 


SELESAIKAN 

KOBID DULU

 POLITIK 

JANGAN KACAU

Unknown commented on

 "APA NAK BUAT - 

ADA DARURAT -

 ADA KOBID"

Tak betul. Selesai politik dulu, baru Kobid ada penyelesaian. Sekarang, negara dan rakyat jadi tebusan politikus. Tak payah ada pilihanraya. Cepatkan proses pembicaraan tim banduan. Jangan lupa mamat yang gemar anak ikan yang masih disiasat tu. Bila dah pindah ke sg buloh, politik akan reda sikit, kerajaan ada masa nak tangani Kobid dan ekonomi.

MENOLONG TANPA AGAMA DAN BANGSA




MENOLONG TAK KIRA AGAMA BANGSA

panglimo potaseh commented on

 "TAK JELAS SAPA REMBAT"

Sedang Sang Cina Inchik Ebit Liew nolang bagi makan Melayu2 Singkik dari Perlis hingga ke Sabah. Biliyunwan Melayu pula buwat apa ..mungkin sedang kira untung melalui kuasa politik ..dgn motto TRANSFORMASI 2O3O ..mampuih Melayu kono tipu.

SUARA JUJUR SEORANG PEMIMPIN ISLAM




SUARA JUJUR

PEMIMPIN ISLAM

BERAT - AMAT BERAT


 

BERAT AMAT

BERAT

AMIN

KERAJAAN MAKIN

TIDAK DIYAKINI

AMIN


Ramai rakyat tidak 

puas hati dengan

Perikatan, menurut 

tinjauan

HAMPIR 5,000 responden yang menyertai tinjauan melalui media sosial The Malaysian Insight dalam tempoh 24 jam berkata mereka tidak berpuas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam tinjauan yang dibuat di akaun Twitter TMI pada Sabtu, 93.9% responden berkata mereka tidak berpuas hati dengan PN dengan pelbagai hujah, termasuk jatuhnya Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Dunia, barisan Kabinet yang terlampau ramai, keputusan mengadakan perintah darurat dan karenah dwistandard dalam penguatkuasaan SOP Covid-19.

Begitu juga di Facebook, 89% daripada 2,800 responden menjawab dengan hujah sama.

Pengguna Twitter Mior Sharifuddin Mior Hamidi (@miors1994) berkata: “Negara jatuh enam mata dalam Indeks Persepsi Rasuah Dunia 2020 ke kedudukan ke-57.

“Bagaimana rakyat boleh berpuas hati dengan kerajaan pintu belakang ini?” soalnya.

Daripada hampir 60 balasan, hanya segelintir seperti Michale Yi (@MichealYi8) cuba mempertahankan PN dengan berkata: “Kami rakyat sangat berpuas hati dengan kerajaan sekarang”.

Bagaimanapun di Facebook, ada beberapa yang mempertahankan kerajaan PN dengan seorang penyokong PAS.

Pengguna Facebook Pak Andak berkata: “Hanya orang Melayu bodoh yang tidak menyukai PN kerana tidak sesuai dengan pembangkang.

“Kafir-kafir sedang tunggu Islam berpecah belah. Tidak ada parti yang bagus selain PAS sebab berusaha selamatkan orang-orang Islam dari neraka. Yang bergaduh ini bukan apa sebab penting diri sendiri. PH dah memerintah 22 bulan, lagi teruk, hancur habis.”

Namun majoriti dari 32 komentar itu juga berpendapat Perikatan tidak memerintah dengan baik, terutama dalam menangani pandemik Covid-19.

Kerajaan minoriti

Pengarah eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata ketidakpuasan itu berpunca dari hilangnya kepercayaan ahli Parlimen terhadap PN , selain pengisytiharan darurat yang dibuat pada 11 Januari.

“PN gagal melawan persepsi yang mereka memohon darurat untuk selamatkan diri secara politik.

“Alasan yang diberikan PN untuk darurat bagi memerangi pandemik Covid-19 sangat berongga. Pada masa sama, gabungan itu penuh dengan konflik dalaman antara parti utama Bersatu dan Umno,” kata Hisomuddin.

Persepsi terhadap PN lebih buruk lagi dengan apa yang berlaku di Kedah ketika kerajaan pimpinan PAS membatalkan percutian Thaipusam di negeri itu, tambahnya.

“Orang bukan Melayu paling terkesan dengan kenyataan PAS Kedah yang menggegarkan keharmonian kaum di negara ini secara keseluruhan. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini.”

Hisomuddin berkata masalah terbesar bagi PN adalah ketidakmampuannya menangani masalah ekonomi yang berpunca daripada pandemik Covid-19.

“Kerajaan sekarang tidak sensitif dengan peningkatan kos dan kehilangan kerja. Sebaliknya, PH mengutamakan masalah kos sara hidup, malah membentuk jawatankuasa khas Kabinet mengenai hal ini di bawah bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Namun setelah kejatuhan PH, nampaknya tidak ada usaha serius untuk menangani masalah kos sara hidup,” katanya.

Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknnologi Malaysia berkata, rasa tidak puas hati yang tinggi terhadap PN berpunca daripada sikap pilih kasih antara VIP, seluruh rakyat Malaysia dan cara perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan kini.

“Walaupun kita sudah hampir tiga minggu PKP, kes Covid-19 baharu masih meningkat.

“PN harus membuat strategi baharu bagi menurunkan angka ini,” kata Mazlan. – 1 Februari, 2021.


MASALAH BERGANDA

AMIN

KOBID MENYERANG

AMIN

EKONOMI RUNTUH

AMIN

POLITIKUS

GILA KUASA

BEREBUT KERUSI

PERDANA MENTERI

AMIN

SEMUA 

JADI KACAU

AMIN 

ORANG RAMAI 

JADI SUSAH

 AMIN 

RAKYAT HILANG

 KEPERCAYAAN

KHALAS



MASALAH TAK SELESAI



ALIH PANDANG

MASALAH 

TAK SELESAI

panglimo potaseh commented on 

"BERKHALWAT HARI KE 315"

Kata Pak Pandir kok nak terbang ke matahari, terbang waktu malam ..TT kata nak ngalih gunung mulakan dgn ngalih batu ..gwa kata gunung tu tampak beralih jika kita alihkan sudut pandangan ..

EKONOMI RUNTUH

 


EKONOMI RUNTUH

Unknown commented on

 "KIAMAT AKAN SAMPAI"

Federal government has completely failed to manage the pandemic. Equatorial Hotel is the latest victim of failed policy and action. Singapore is already doing tourism bubble with other countries and already started vaccinating their people. Malaysia is still sleeping with Ministers busy grabbing power.

BERNASIB BAIK

 


BERNASIB BAIK

bima sakti commented on 

"TEPAT BETUL TERBAIK"

Shukur pada tuhan...manusia macam abam ai, najib, Zahid, LGE , Ahmad maslan benggong tidak terlibat dlm kerajaan,

APA NAK BUAT - ADA DARURAT - ADA KOBID

 


APA NAK BUAT

ADA DARURAT

ADA KOBID

AMIN

Ramai rakyat 

tidak puas hati 

dengan Perikatan, 

menurut tinjauan



SELESIKAN

KOBID DULU

AMIN

LEPAS TU POLITIK

AMIN

TETAP MELAYU

 



SELAGI ADA 

MINAH NAIK MOTO

TANAH MELAYU

TETAP MELAYU

Unknown commented on 

"KITA JAGA TANAH AIR KITA"

Masih ada Tanah Melayu ke? Last I jengok luar tingkap, nampak macam Tanah Arab. Pakaian macam orang Arab (baju kurung ala Sarimah dah hilang), bual pun Arab campur sikit Melayu, tulisan pun Arab. 

Nama pun macam Arab, bukan lagi Melayu. Yang belum ada unta dan khemah ala Arab, mungkin tak lama lagi. Melayu dah nak pupus, macam platypus, kalau tak hati-hati.

RETARD KAKI PUTAR

 


RETARD 

PANDAI PUTAR

panglimo potaseh commented on 

"ILMU DUNIA HARI INI 

HASIL PENCERAHAN BARAT"

Kapir omputeh, mata sepet, sintaro anggap dunia ini sebagai tempat tinggal, tempat cari hapines, tempat ngentot utk generasi skrg hingga ke generasi 1000 tahun akan datang. Kita yang Islam hari2 TaT ajar dunia ni tempat ngompol bekalan untuk tikit ke syurga akhirat 


..kerje kita hanya berdoa tiap hari dari 2 pagi ..dgn doa rezeki dtg bergolek ..skrip doa ni TaT ada jual ..kata TaT rizki tak salah alamat. Ari tu gwa tanye TaT padan lah GELANDANGAN tu kurang rizki sebab mrk takde alamat ..kahkahkah.


TIPU NUMBO

 


TIPU NUMBO

Unknown commented on 

"APA AGENDA DAVOS ?"

Laa haii,hang baru perasan ke climate colonialism? Ni bukan konspirasi teori ya. jual nuke sbb tak mahu bakar arang batu. Teram dah lama cakap. Lambat. Patutla abam tipu nombor lepas rakam abam delete hang boleh percaya dulu.

BERKHALWAT HARI KE 321

 



KHALWAT 321

SENIN 1/2/2021

KITA MASUK KE HARI 321
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 20

GAWAT BERTERUSAN
KOBID
EKONOMI
POLITIK
TERUS TIDAK MENENTU
KACAU BIN BILAU

WORLD ECONOMIC FORUM
DI DAVOS SEDANG 
MERANCANG ?
UNTUK UMAT MANUSIA
TANPA KITA KETAHUI
APA RANCANGAN
PARA BILIONAIRE JUTAWAN
DAN WARGA KAYA DALAM DUNIA

AGENDA DAVOS
MULA SEMULA
ADALAH  AGENDA
KAUM PEMODAL
UNTUK BERSEDIA
PASCA KOBID

KAUAM PEMODAL
SEDANG  BERSEDIA JIKA
BURUH TANI
BANGUN MENUNTUT HAK
AMIN

PAGI INI HOKKIEN BERKABUS
KABUS NIPIS HUJAN KELMARIN
KUALA LUMPUR
DI PANAH CAHAYA MATAHARI

PAGI YANG BASAH
MENJADIKAN SUARA CENGKERIK
AMAT KUAT
TAPI MENGHILANGKAN
BUNYI TERKUKUR

HOW WOW
BERSUARA DARI ARAH BIASA
PIPIT UBAN AWAL PAGI
DAH MULA MERAYAU
TIONG HEBOH

RUMAH TEMPUA
MASIH HIJAU
PAGI INI GUA TAK NAMPAK
MEREKA BUAT KERJA

GUA TERNAMPAK 
SEPANSANG KENG KENG
SAMBIL TERBANG
SAMBIL MELAUNG GEMBIRA
AMIN

KETIKA GUA MENGETIK INI
DI LUAR BALKONI
KENG KENG
TERUS BERLAGU

BRO
MULAKAN PAGI INI
 DENGAN SENYUM
LU TERSENYUM
AKAN MENJEMPUT YANG LAIN

BRO
HIDUP INI SATU HADIAH
JANGAN KITA LUPAKAN
SETIAP DETIK

AKHIRNYA KITA
TERKENANG
PELUANG YANG 
KITA TINGGALKAN

BRO
BERJALAN DENGAN HATI
TAPI JANGAN LUPA
BAWA OTAK SAMA

SATU KEBAIKKAN YANG CIPUT
LEBIH BERNILAI DARI
SATU NIAT YANG BESAR

KITA INI DILAHIRKAN
BUKAN UNTUK
JADI SEMUA SEMPURNA
TAPI
UNTUK KITA JADI KITA

BRO
KADANG KADANG
LORONG YANG SUSAH ITU
MEMBAWA KE DISTINASI
YANG INDAH

BRO
BILA HANG NAK NAIK  TANGGA
TAK PERLU
LIHAT SEMUA ANAK TANGGA
PIJAK SAJA YANG PERTAMA

NILAI KITA TIDAK AKAN JATUH
HANYA KERANA ADA MAMAT
TAK TAHU  MENILAI KITA

BRO
KADANG KADANG
YANG SUSAH DAN YANG BETUL
INI PEKARA YANG SAMA

JADIKAN APA YANG TINGGAL
DALAM HIDUP INI
YANG TERBAIK DALAM HIDUP

BRO
WASPADA
ADA ORANG JADI INSPIRASI
ADA ORANG  PEMBAWA BASI

BRO
JANGAN RASA MALU
DENGAN CERITA KITA
ADA ORANG AKAN TERTARIK

LAKUKAN SESUATU
UNTUK JADI TIRUAN

BRO
SATU HARI 
AKAN TIBA
DI  HARI ITU
LU AKAN KATA
GUA DAH SAMPAI
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT