KEPUTUSAN MENGGANTUNG THE EDGE DAN THE EDGE FINANCIAL DAILY MELANGGAR KEBEBASAN MEDIA
Keputusan Kementerian Dalam Negeri untuk menggantung akhbar mingguan The Edge dan The Edge Financial Daily untuk masa 3 bulan bermula 27 Julai amatlah menggusarkan, dan telah melanggar prinsip kebebasan media.
Kerajaan BN haruslah menjelaskan mengapa laporan The Edge berkenaan 1MDB adalah "memudaratkan dan boleh membawa gangguan kepada keselamatan dan ketenteraman awam atau memberi ancaman kepada keselamatan negara".
Kerajaan BN sepatutnya menjawab segala persoalan yang telah diajukan dengan lengkap dan jelas, dan bukannya mencari jalan keluar yang mudah dengan menggantung penerbitan akhbar tersebut.
Seperti yang telah disebut berulang kali, kegagalan kerajaan ini untuk menjawab persoalan-persoalan isu 1MDB sebenarnya yang mengakibatkan rasa tidak puas hati rakyat dengan keadaan sekarang ini, bukannya laporan media.
Kerajaan haruslah menarik balik penggantungan ini dan memberikan penjelasan yang diinginkan oleh rakyat berkenaan pelbagai isu kritikal yang telah dibangkitkan kebelakangan ini.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
-------------