Selasa, 24 Oktober 2023

BABAK BERSEJARAH 7 OKTOBER 2023


BABAK 

BERSEJARAH

7 OKTOBER 2023

AMIN

SERANGAN  GERILA

PALESTIN 

DARI LAUT

DARI UDARA

DARI DARAT

KHALAS


MENTERI LUAR CHINA TALIPON MENTERI LUAR ISRAEL


MENTERI LUAR CHINA

TALIPON

MENTERI LUAR ISRAEL

AMIN

DELEGASI PALESTIN JUMPA MAHATHIR



DELEGASI PELESTIN

JUMPA MAHATHIR

AMIN

HADI DAH PANDAI BUAT LAWAK BERDIRI



Diberikan DNAA mungkin DNA mereka sama, sindir Hadi terhadap PMX dan anak murid

Kerajaan campuran dibidas kerana mengamalkan budaya politik tidak matang dan berat sebelah dengan menjadikan pemimpin yang tidak sehaluan sebagai sasaran, kata  Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Marang itu mempertikaikan tindakan kerajaan campuran yang tidak memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sebaliknya sanggup membebaskan kawannya yang terpalit dengan kes rasuah, merujuk kepada 47 kes rasuah dihadapi Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

“Melakukan kezaliman terhadap rakyat. Hanya rakyat yang sokong dia saja diberi, dia tolong. Rakyat yang tak sokong dia, tak ditolong. Dia bertindak terhadap orang yang menentang dia. Kalau menentang dia, geledah ofis (pejabat), geledah rumah.

“Dia ada kes, kalau yang kawan sebelah terlalu dekat. Macam-macam DNAA (membebaskan tanpa melepaskan) yang dah kena hukuman diampunkan, dibebaskan. Mungkin DNA dia sama. Kepada pembangkang tak diperuntukkan kepada yang menyokong dia beri peruntukan,” katanya semasa perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.


Untuk rekod, 47 kes rasuah dihadapi Zahid dihentikan perbicaraannya selepas Peguam Negara tidak mahu meneruskan prosiding.

Cikgunya,  Anwar Ibrahim pula mempertahankan keputusan DNAA yang dibuat terhadap anak muridnya sebelum ini.

Dalam pada itu, Hadi yang juga Presiden PAS memberi peringatan penting kepada pihak kerajaan terhadap perlakuan zalim dalam menguruskan bajet ke atas negara dan rakyat.

Peringatnya, Allah tidak mengasihi orang yang melampau, gelojoh dan takbur sedarkan ia diberi harta melimpah ruah hingga kunci-kunci gedung simpanan harta dipikul oleh kalangan orang-orang gagah perkasa.

Sebaliknya tegas beliau kurniaan Allah itu mesti digunakan untuk kebajikan secara rahmah dan adil bagi kehidupan di dunia dan akhirat, sekali gus menjauhi kejahatan dengan mengumpul kekayaan untuk diri secara jalan yang salah.

“Dikumpulkan harta dengan cara yang salah, membelanjakan dengan cara yang salah. Dikumpulkan harta melalui melalui penipuan, melalui hasil-hasil rasuah terhadap orang-orang yang memerintah.

“Dalam masa yang sama melakukan kezaliman, terhadap rakyat menyebabkan harga-harga keperluan rakyat dikuasai kartel. Macam sekarang ni kartel beras, kartel daging, kartel macam-macam.

“Menyebabkan berlakunya inflasi, yang membebankan rakyat. Orang yang macam Qarun ni masih ramai. Dan kerajaan masih bertindak terhadap mereka ini. Jangan takut. Ataupun kerajaan rasa malu kerana dia jadi penyumbang kepada kerajaan,” ujarnya.

Hujah beliau itu disandarkan daripada ayat 77 surah al-Qasas yang terlebih dahulu menjadi butiran utama dalam pembentangan Belanjawan 2024 oleh Anwar pada minggu lalu.

Peringat beliau, Allah SWT telahpun melaknat pemerintah di masa lalu yang menggunakan kuasanya dan keupayaannya untuk menipu rakyat dan hanya membantu kalangan puaknya sahaja di sebalik kekayaan dikurniakan.

Menurut beliau, kaum Aad, Tsamud dan Firaun berkuasa dengan dikurniakan tamadun hebat serta bangunan-bangunan tinggi dan kekayaan melimpah ruah, tetapi melakukan kejahatan dengan semua dimiliki itu.

WOIT

HADI DAH PANDAI

BUAT

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

SAMBIL LEWA

HADI TIBAI ANWAR

KAH KAH KAH

KES TONG TAIK

ANTARA ABIM

PUSAT DENGAN

ABIM GANU

MUNCUL LAGI

KAH KAH KAH

KHALAS

INDUSTRI PUNGUT DERMA


SPRM siasat Aman Palestin isu kutipan derma

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) berhubung sumbangan yang dikutip daripada orang ramai.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata agensi itu mendapatkan dokumen daripada NGO itu dan proses siasatan forensik sedang dijalankan.

Katanya, mereka mula menyiasat NGO itu sejak minggu lalu berdasarkan maklumat dilaporkan media.

“SPRM mendapatkan dokumen daripada Aman Palestin dan bank. Kita akan siasat berkaitan kutipan sumbangan dan bagaimana ia dibelanjakan.

“Kami mendapat kerjasama daripada Aman Palestin dan pada peringkat ini, kita masih di fasa siasatan forensik dan usaha mendapatkan dokumen serta mengkaji audit serta pemeriksaan jika ada penyelewengan.

“Sepanjang proses siasatan forensik, tidak ada sesiapa yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Anti Rasuah Anti Korupsi pagi ini.

Minggu lalu, portal berita melaporkan SPRM melancarkan siasatan terhadap Aman Palestin berhubung tuduhan penyelewengan berkaitan aktiviti kutipan sumbangan untuk rakyat Palestin.

Memetik sumber, portal itu melaporkan ramai pihak berkepentingan tidak berpuas hati dengan pendekatan Aman Palestin dalam menyelaras kutipan dana.

Sebelum ini, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menerusi surat bertarikh 24 Ogos, mengarahkan Jabatan Agama Islam Perlis untuk tidak membenarkan kutipan dana oleh Aman Palestin di masjid dan surau di negeri itu.

Sementara itu, Azam berkata SPRM akan menyiasat jejak wang NGO itu susulan spekulasi mengatakan dana kutipan tidak disalurkan kepada rakyat Palestin.

Beliau berkata SPRM mengambil langkah proaktif untuk menyiasat kes itu walaupun tiada laporan rasmi dibuat kerana isu itu membabitkan kepentingan dan dana awam. – 24 Oktober, 2023.

WOIT

KAH KAH KAH

POLITIKUS MELAYU

GUNA PALESTIN 

UNTUK

 TUNJUK ISLAM

KAH KAH KAH

ADA NGO  

BUKAN SEMUA

GUNA

PALESTIN UNTUK

CARI DANA

KAH KAH KAH

KHALAS

KOMANDAN ASKAR ISREAL MATI DIBUNUH


KOMANDAN ASKAR

ISRAEL MATI DIBOM

HIZBOLLAH

KHALAS

ZIONIS DAN UMNO KAKI SAKAU



ZIONIS SAKAU

TANAH PALESTIN

AMIN

UMNO SAKAU

DUIT RAKYAT

AMIN

DUA DUA

SAMA JAHAT

KHALAS

Unknown commented on
 "BAHAYA ZIONIS TEMPATAN"

Tak ada modal lain ? Satu hari cari satu modal baru untuk teruskan matlamat kah kah kah, nak bantu Palestin hulur duit hulur jangan tak hulur yang sebenarnya yang bagi bantuan kewangan tak sampai jalanraya pun senyap sumbangan diberikan, selalunya yang bising yang teriak habuk pun tarak bagi yang pakai selendang Palestin yang pakai mask yang bawa bendera cuba tanya berapa ada hulur kepada tabung kah kah kah silap silap tabung pun mereka lesapkan sebab dah biasa buat kerja-kerja ini atas nama agama nama bangsa nama negara semuanya mencuri merompak kerja siang malam kah kah kah

panglimo potaseh commented on
 "BAHAYA ZIONIS TEMPATAN"

Mana lebey bahaya pada urang kebanyakang Melayu .. Tukang Sakau UMNO ko atau Yahudi.

Apo kah hokoman dalam Islam pado pembelot bangsa dan nogaro .. belot tak semusti jam porang jo .. sakau duit rakyat lagi bosar belot nyo ..


Unknown commented on
 "BAHAYA ZIONIS TEMPATAN"

Ramai sibuk nak takbir di dataran merdeka. Di rumah takbir wajib ada buat ke? Kalau tak takbir solat tak sah. Ramai yang tak takbir di rumah tapi sibuk di luar hahaha.

SOLDADU ISRAEL MENENTANG NETANYAHU - KENAPA KITA DI LARANG ?



SOLDADU ISRAEL 

MENENTANG

NETANYAHU 

AMIN

KENAPAA KITA

DI LARANG

KHALAS

MAT PEDO SEPET -MANA SATU ?



MAT PEDO SEPET

YANG MANA ?

SILA BERITAHU

AMIN

Unknown commented on
 "WASPADA - HUJAN LEBAT
 AKAN SAMPAI"

tt lu tak angkat ke cerita mat pedo sepet simpan gamba blue budak bawah umur ?? kalau mat setat laju le lu kutuk .. babi.. kah kah kah

APA ITU ZIONIS ?


APA ITU

ZIONIS ?

AMIN

Zionis ialah gerakan yang memiliki asas pandang politik. Zionisme memiliki ideologi. Sesiapa yang menyokong pandangan politik dan ideologi politik ini boleh dianggap sebagai Zionis atau penyokong Zionis.  

Justeru ada Zionis tempatan yang memiliki dan menyokong Israel.

Asas utama ideologi Zionisme ialah menyokong kewujudan Israel. AMIN

BULAN DEPAN HUJAN LEBAT !!!



BERSDEDIA !!!

BULAN DEPAN

HUJAN LEBAT

AMIN

BERAS MURAH ADA DI KEMAMAN


Jangan rakyat doa wakil rakyat mati baru ada jualan beras murah – Ahmad

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) secara sinis menegur program jualan murah beras yang didakwa berlaku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Bentong baru-baru ini.

Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) berkata, pihaknya bimbang perbuatan itu akan membuatkan rakyat berdoa agar wakil rakyat di kawasan mereka meninggal dunia untuk menikmati ‘jualan murah’ beras seperti yang berlaku di DUN Pelangai.

“Timbul persoalan adakah akan berlaku lambakan beras di PRK Kemaman, jadi kalau itu berulang saya bimbang ada rakyat yang mendoakan agar ahli Parlimen di kawasan mereka cepat meninggal dunia kerana akan berlaku jualan beras yang banyak di kawasan mereka.

“Apakah semudah itu rakyat di bawah mudah dimainkan oleh kerajaan, apakah rakyat tidak boleh memahami bahawa tindakan kerajaan sangat tidak bermaruah menggunakan kuasa dan jentera untuk berhadapan dengan pilihan raya,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad merupakan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat.

Sebelum ini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim menafikan wujud program agihan percuma beras ketika kempen PRK DUN Pelangai sebelum ini.

Ia ekoran hantaran Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) di Facebook yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) mengadakan program agihan barangan secara terbuka ketika kempen.

Menerusi hantaran itu, Wan Ahmad Fayhsal turut memuat naik satu rakaman video berdurasi satu minit dan 17 saat yang memaparkan pengundi DUN Pelangai didakwa menerima beras tempatan secara percuma di kawasan berkempen.

Pada PRK DUN Pelangai itu, calon Barisan Nasional (BN),  Amizar Abu Adam memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya 47 undi. – 

WOIT

JANGAN RISAU

JANGAN BIMBANG

BERSEDIA

DI KEMAMAN

KAH KAH KAH

LORI BAWA

BERAS AKAN

SAMPAI

KAH KAH KAH

SEMUA BERAS

MURAH

KAH KAH KAH

KALAU TAK MURAH

DAPAT BERAS

PERCUMA

AMIN

KHALAS

KENAPA NILAI RINGGIT JATUH


KENAPA NILAI

RINGGIT JATUH 


Post

RINGGIT DAN ANWAR IBRAHIM
1. Pada awal pentadbiran Anwar Ibrahim, beliau mengambil keputusan untuk mengingkar janjinya dan menggalas jawatan Menteri Kewangan atas dasar kemahiran luasnya dalam bidang kewangan negara.

2. Namun, Ringgit hari ni telah jatuh ke tahap terendah sejak krisis kewangan Asia pada 1997. Ianya satu titik hitam buat sejarah negara yang kembali ke paras krisis. 

 3. Ada yang berkata kadar matawang kita mungkin rendah disebabkan pengukuhan Dolar US. Tapi prestasi Ringgit ini juga merupakan prestasi matawang yang terburuk di Asia Tenggara, dan kedua terburuk di benua Asia buat tahun 2023. 

 4. Ada pula yang mengatakan Ringgit yang lemah ini akan meningkatkan nilai penjualan hasil pengeluaran negara. Kata mereka, inilah sebabnya Yen Jepun, matawang yang mencatat prestasi terburuk di Asia, masih dalam keadaan stabil. 

5. Kenyataan ini juga tidak tepat, kerana Jepun adalah antara pengeksport kelima terbesar di dunia, seperti yang kita sedia maklum dengan kepakaran pengeluaran elektronik, kenderaan dan barangan pembuatan lain. Manakala Malaysia mengeksport hanya satu pertiga daripada jumlah nilai eksport Jepun.

6. Prestasi eksport Malaysia juga telah menurun selama 6 bulan berturut-turut, sekaligus memberi kesan terus kepada pendapatan negara. Prestasi pendapatan yang tersasar daripada unjuran seperti ini juga meluaskan jurang defisit fiskal belanjawan negara. 

7. Selain itu, matawang Ringgit dan kadar pendapatan negara yang rendah seperti ini adalah suatu ketidak seimbangan dan juga memberi kesan terus kepada kuasa pembelian negara. Contohnya, Malaysia mengimport makanan pada harga RM81bilion pada tahun lepas, dan jumlah ini bakal mencecah RM95bilion tahun ini pada kadar semasa Ringgit.

8. Ini memberi kesan terus kepada kadar inflasi negara, yang sudah pun bakal meningkat dengan peningkatan cukai perkhidmatan dan pengurangan subsidi barang makanan asas dan kos tenaga yang dijadualkan untuk tahun depan. 

9. Hakikatnya, prestasi Ringgit ini merupakan cerminan prestasi ekonomi semasa negara. Ringgit yang lemah adalah hasil permintaan asing yang lemah kerana kekurangan pelaburan dan juga dagangan.

10. Namun, kerajaan masih memperuntukkan jumlah perbelanjaan yang besar yang tidak akan dapat dibiayai oleh pendapatan negara. Oleh yang demikian, negara sudah pasti akan membuat pinjaman baru, walaupun Malaysia adalah antara penanggung beban faedah hutang terbesar di Asia, dengan hutang termasuk liabiliti yang mencecah RM1.45trilion dan beban faedah yang menelan 16sen daripada setiap seringgit pendapatan negara.

11. Justeru, jelaslah sudah tiba masanya perlu ada Menteri Kewangan baru. 


TULISAN
 Ir. Mohd Zin bin Mohamed
 19 OKTOBER 2023
T