Rabu, 10 April 2024

TERIMA KASIH DARI KAMI


TERIMA KASIH

DARI KAMI

AMIN

Unknown commented on 
"UCAPAN TIM TUKAR TIUB"

Selamat hari raya TT, EZ & tt..Have more grape juice its good for the heart.


Unknown commented on
 "UCAPAN TIM TUKAR TIUB"

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf zahir batin segalanya ampun maaf atas segala kesalahan amin

Saja nak kongsikan cerita baik orang kita, orang Malaysia kerana berjaya membawa nama negara ke arena antarabangsa, kalau harap orang kita yang lain sendiri pun tahu tahap macam mana, syukur alhamdulillah lah

PETALING JAYA: Four Malaysians have been admitted into Harvard College, the undergraduate school of Harvard University, for the new academic year, graduating in 2028.

The four include Thamini Vijeyasingam, a former intern with FMT who spent six months on the Business Desk. The others are Bryan Lim, Victor Ngow, and Elisa See. They are among the 15.4% of international students selected across 94 countries to attend Harvard College.


Unknown commented on
 "SELAMAT HARI RAYA 2024"

Selamat hari raya​ ​ma'f laher batin...kah... (3)

SATU LAGI SENI DAN POLIYIK


SATU LAGI

SENI & POLITIK

AMIN

CASH IS KING


Banyak bantuan belum tentu dapat pikat hati pengundi, kata penganalisis


LANGKAH menjadikan Pangkalan Data Utama (Padu) sebagai komponen untuk menyampaikan subsidi bersasar belum tentu akan meningkatkan sokongan pengundi terhadap parti-parti dalam kerajaan perpaduan, kata penganalisis politik.

Penganalisis percaya pengundi yang tergolong dalam kategori miskin, terutamanya dari negeri-negeri majoriti Melayu, akan terus setia kepada parti mereka walaupun kerajaan menyalurkan lebih banyak bantuan kewangan.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomudin Bakar berkata, walau berapa banyak pun bantuan disalurkan belum tentu usaha kerajaan itu akan berjaya mempengaruhi pengundi ini supaya mengalih sokongan kepada parti-parti yang membentuk kerajaan perpaduan.

“Kerajaan berharap Padu akan membuahkan hasil, rakyat akan menghargainya dan memberi peluang kepada mereka untuk terus memerintah sepenggal lagi.

“Tetapi saya bimbang kerana perkara sebaliknya boleh berlaku,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Padu adalah sistem yang mengumpul profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Ia bertujuan menjadi sumber utama kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar.

Sehingga 31 Mac, sebanyak 17.65 juta atau 58.7% keseluruhan profil rakyat termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun berjaya dikemas kini dalam sistem Padu.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Ekonomi pada 1 April, Perlis merekodkan peratusan tertinggi dengan 66.9% diikuti Kelantan (65.2%), Terengganu (62.7%) dan Perak 60.3%.

Bagi negeri-negeri lain, Kedah merekodkan 58.9%, Putrajaya (56.5%), Negeri Sembilan (56.2%), Labuan (55.2%), Melaka (53.0%), Pulau Pinang (52.9%), Sabah (52.8%), Johor (48.4%), Kuala Lumpur (47.6%), Sarawak (46.7%) sementara Selangor tercorot dengan 44.5%.

Mengulas lanjut, Hisomudin berkata hasrat kerajaan mahu memastikan hanya individu yang benar-benar layak menikmati subsidi dan pada masa yang sama mencegah ketirisan mungkin tidak begitu difahami serta diterima dengan baik oleh rakyat.

Keadaan ini boleh berlaku sekiranya penerangan oleh kerajaan tidak begitu meyakinkan, dan pelaksanaan Padu tidak berjalan dengan lancar yang seterusnya akan membawa kepada “bencana”, katanya.

Antara perkara yang membimbangkan rakyat adalah pelasanaan subsidi bersasar untuk bahan api.

Hisomudin berkata jika ia dilaksanakan, subsidi bersasar bahan api akan menyebabkan rakyat teruk terjejas akibat kesan segera ekoran kos sara yang hidup lebih tinggi, yang mana hanya akan dirasai oleh rakyat kumpulan B40 dan M40.

“Abaikan kumpulan T20 kerana golongan ini tidak akan terjejas sangat kerana mereka berkemampuan. Tetapi kumpulan M40, terutamanya penjawat awam, guru, anggota pasukan beruniform, yang majoritinya adalah Melayu, mereka ini antara yang akan terjejas teruk,” katanya.

“Kesan rantaian ekonomi dan pengapungan harga bahan api juga berkait dengan harga komoditi dan inflasi. Pendek kata, langkah ini tidak popular dan berisiko.

“Bagi kumpulan B40, jika sikap mereka masih tidak berubah, maka mereka akan ambil bantuan tetapi tetap terus undi pembangkang.

“Dari sudut politik, ini akan jadi tamparan berganda kepada kerajaan, iaitu harapan untuk mendapatkan undi B40 berkecai, malah mereka juga akan hilang undi M40 dan T20 yang mengundi mereka pada pilihan raya lalu.

“Ini belum lagi mengambil kira usaha pembangkang untuk mengambil kesempatan daripada ‘gelombang’ yang mungkin tercetus ekoran rasa tidak puas hati,” tambah beliau.

Komunikasi lemah

Memetik keputusan pilihan raya tempatan Turkiye, Hisomudin berkata ia jelas menandakan parti pemerintah negara itu sudah hilang cengkaman kuasa dan pengaruh kerana gagal menangani isu-isu rakyat.

Tambah beliau, peningkatan harga barangan, nilai mata wang yang rendah dan inflasi telah menyumbang kepada kekalahan parti pemerintah Turkiye.

“Ini juga boleh berlaku kepada kerajaan perpaduan. Jika komunikasi strategik kerajaan gagal menangani semua kebimbangan dan keraguan rakyat dengan cepat dan berkesan, saya bimbang ini akan mendatangkan masalah.

“Lihat sahaja Padu, ia dikritik oleh Gabungan Parti Sarawak dan ahli Parlimen Tanjung Piai dari Barisan Nasional, yang merupakan parti komponen kerajaan perpaduan.

“Perkembangan ini tidak begitu bagus, dan menunjukkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan gagal berfungsi dengan baik dalam menyelaras maklumat dalam kalangan anggota mereka,” kata Hisomudin. – 10 April, 2024.



NAJIB PAKAI

CASH IS KING

KAH KAH KAH

HASILNYA BN

TERBARAI

AMIN

MADANON NAK

GUNA TAKTIK SAMA

BERI DUIT SANA

BERI DUIT SINI

KAH KH KAH

PENGUNDI TAK

AMBIK POT

AMIN

ISLAM MELAYU

TAK PEDULI

AMIN

KHALAS

HARI RAYA BERSAMA


Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand sambut Aidilfitri hari ini

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Singapura, Indonesia dan Thailand akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.

Di SINGAPURA, pengumunan dibuat Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dalam satu klip video yang dimuat naik di laman sosial Majlis Ugama Islam (MUIS) pada Selasa.

“Mengikut kiraan hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS (Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura), anak bulan Syawal berada di atas ufuk Singapura selama 32 minit setelah matahari terbenam petang tadi.

“Oleh yang demikian, suka saya isytiharkan bahawa 1 Syawal 1145H jatuh pada esok, Rabu, bersamaan 10 April 2024,” katanya dalam klip video tersebut.

Selain mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Singapura, beliau turut mendoakan semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah sepanjang Ramadan serta mengurniakan keberkatan dan kejayaan pada Aidilfitri ini.

Di JAKARTA, Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia Yaqut Cholil Qouma dalam membuat pengumunan tersebut berkata keputusan dicapai bersama para ulama, organisasi Islam dan pakar falak di mesyuarat isbat atau penentuan Hari Raya Aidilfitri, di kementerian di sini, malam ini.

“Berdasarkan kedudukan hisab hilal di wilayah Indonesia yang sudah memenuhi kriteria MABIMS dan laporan hilal yang terlihat, disepakati bahawa 1 Syawal 1445H jatuh pada Rabu, 10 April.

”Mudah-mudahan keputusan ini mewujudkan kebersamaan umat Islam di Indonesia dalam menjalankan ibadah, bermuafakat dan bermasyarakat,” kata Yaqut dalam sidang media.

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan terbesar di republik itu yang mempunyai lebih 270 juta orang dengan sekitar 87 peratus penduduk beragama Islam.

Di BANGKOK, Sheikhul Islam Thailand ke-19, Arun Boonchom mengumumkan menerusi siaran langsung Facebook bahawa umat Islam di Thailand akan menyambut Aidilfitri esok selepas anak bulan kelihatan setelah matahari terbenam hari ini.

Sheikhul Islam adalah pihak berkuasa Islam tertinggi di negara ini. – BERNAMA

NAMPAK

ANAK BULAN

DI SINGAPURA

AMIN

SEMUA NEGARA

SAMA BERAYA

KHALAS

CONTOH TERBAIK - SENI & POLITIK MELAWAN


CONTOH TERBAIK

BENTUK SENI

POLITIK MELAWAN

AMIN

CAKAP BETUL PUN SALAH !!!


AWAS !!!

CAKAP BETUL

PUN SALAH

AMIN

Unknown commented on 
"SAPA MINAH DAN MAMAT INI ?"
Jaga jaga jangan cakap seberang hal dalam media sosial, sekarang ini cakap benda betul pun jadi hal, jangan sampai kereta peronda sampai depan rumah, kalau pun nak atur wayang biar nampak betul sedikit, seakan Dr Akmal ditangkap ala mafia di KK, kah kah kah bukan pejuang sebenar pun, takut terketar-ketar walaupun diatur awal kah kah kah

PENGGANAS YAHUDI


PENGGANAS 

YAHUDI

KHALAS

Unknown commented on
 "JUAL SEPETOL ALIH CERITA"

Bangsaku semakin cerdik semakin boleh berfikir secara kritis kah kah kah selamat hari raya berpuasa amin maaf zahir batin

Unknown commented on 
"SUAMI ISTERI TALIBARUT 
PENGGANAS YAHUDI"

Kah kah kah tak ada tak ada kecuali semuanya kerja jahat kah kah kah semuanya disalurkan kepada orang-orang kita kah kah kah

HARI RAYA


HARI RAYA



RABU 10 APRIL 2024
KITA DI MALAYSIA  BERHARI RAYA
INDONESIA SINGAPURA BERUNAI
DAN PATANI RAYA SAMA
SAUDI PUN RAYA  HARI INI

RAYA TAHUN INI TETAP MERIAH
WALAU PUN HARGA BARANG MAHAL
DENTAM DENTUM
MASIH KEDENGARAN

MALAM RAYA GUA
KE JALAN IPOH
MINUM LASSI
KEMUDIAN LINTAS
JALAN TAR

WOIT
RIBU RIBU KAKAK ADIK ABANG
SEDANG BERJALAN
BERPUSU PUSU
SEPANJANG JALAN TAR

ADA KAKAK DAN ABANG
BUKA MEJA TEPI JALAN TAR
JUAL MACAM MACAM
TAPI PALING BANYAK
JUAL AIR MINUMAN
UNTUK PEJALAN

RAMAI RAMAI BERJALAN
LIHAT LIHAT TENGOK TENGOK
BUAT RAMAI
MENIMNULKAN  SUASANA RAYA
GUA HARAP
MUGA MUGA
NIAGA DI JALAN MASJID INDIA
RANCAK
REZEKI TERBUKA

GUA TAK DAPAT BERHENTI KERETA
NIAT NAK SAMA BUAT RAMAI
ORANG LIHAT ORANG
AKHIRNYA TENGAH MALAM
PULANG LINTAS DEPAN
DATARAN  MERDEKA
YANG AGAK KOSONG

GAZA
SEMASA RAYA INI
DI MANA MEREKA BERADA
RUMAH DAH HANCUR
MASJID DAH RUNTUH
MEREKA SEMBAHYANG RAYA
DI JALAN RAYA
RAYA PALING TRAJIS

AMERIKA
BIDEN KATA NETANYAHU
BUAT SILAP SERANG GAZA
BIDEN TEKAN NETANYAHU
UNTUK ADAKAN
GENCATAN  SENJATA

HOKKIEN
PAGI AGAK SIBUK JUGA
HARI CUTI
RAMAI DATANG ZIARAH MAKAM
KERETA HARI INI LEBIH RAMAI
DARI KEMRIN
ADA BAKAR SANA SINI
TAPI MERCUN TAK BERBUNYI

MATA HARI BELUM KELUAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS
HARI INI AKAN PANAS
PETANG GUA BALIK KAMPONG
BERAYA DENGAN KAUM KELUARGA

ESOK MALAM
KAWAN KAWAN DARI KL
DATANG
 KE KAMPONG CHENOR
KAMI NAK MAKAN MAKAN
NAK MINUM MINUM
AMIN

BRO
SENYUM DI PAGI RAYA
KITA SAMBUT PAGI
RAYA DENGAN SENYUMAN

JAGA KAWAN DALAM BAHAYA
JADI PELUKIS JADI SENIMAN
UCAP SELAMAT HARI RAYA
PADA PEMBACA YANG BUDIMAN 

BUAH BIAWAS BUAH PULASAN
BUAH TANGAN DI PAGI RAYA
BERAWAS KETIKA MEMANDU DI JALAN
ELAK  MALANG ELAK BAHAYA

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT HARI RAYA

UCAPAN TIM TUKAR TIUB


UCAPAN

SELAMAT HARI RAYA
DARI TIM TUKAR TIUB
DARI SIDANG PENGARANG
TIM TEKNIKAL
KAMI UCAPKAN SELAMAT  HARI RAYA
BERTAPAI BERENDANG BERMERCUN
MENYAMBUT RAYA INI TAHUN
AMIN

SELAMAT HARI RAYA 2024


DAM DAM DUM

BUNYI  MERCUN

KANAK-KANAK

DATANG BERDUYUN

SEMARAKLAH 

HARI RAYA

INI TAHUN

KHALAS