Jumaat, 3 November 2023

SELAMAT DATANG SOLDADU ZIONIS DISAMBUT DENGAN PELURU



SELAMAT DATANG

SOLDADU ZIONIS

DI SAMBUT 

DENGAN PELURU

KHALAS

PASUKAN PENGAWAL REVOLUSI IRAN SAMPAI KE LEBANON

 


PENGAWAL

 REVOLUSI IRAN

 SAMPAI KE  LEBANON

KHALAS

ANWAR RASA TAK SELAMAT



Anwar rasa tak selamat walaupun sudah ada majoriti – Wan Saiful


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor,  Wan Saiful Wan Jan mendakwa Perdana Menteri masih berasa kedudukannya tidak selamat dalam kerajaan.

Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, keadaan berkenaan mengakibatkan  Anwar Ibrahim didakwa menggunakan agensi kerajaan untuk mengawal kritikan daripada pembangkang.

“Anwar ada simptom narsisistik, dia ingat dia berkuasa, dia ingat dia hebat tapi ia lahir daripada rasa tidak selamat (insecure). Kita boleh nampak habis satu dunia hubungi dia dia tinggal tidak datang ke rumah sahaja lagi.

“Dia tidak yakin dengan majoriti yang dia ada, padahal kini beliau sudah ada sokongan 149 ahli Parlimen jadi sebenarnya dia boleh jalan terus tapi sebab dia tidak yakin maka kerajaan mencengkam dengan cara kuku besi ini jelas kelihatan dilakukan kepada pembangkang,” dakwanya menerusi siaran langsung di TikTok malam tadi.

WhatsApp-Image-2023-11-02-at-11Dalam masa yang sama, Wan Saiful mendakwa Anwar tidak boleh menerima kritikan tentang pentadbirannya.

Ia dapat dilihat apabila Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini membuat ugutan secara umum menerusi siaran langsung.

“Rasa tidak selamat sehingga habis segala agensi kerajaan digunakan sebab tidak boleh dikritik,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful menganggap perkembangan semasa tersebut menguatkan lagi reformasi dalam kepimpinan Anwar yang telah mati.

“Banyak kali semasa Menteri Komunikasi bercakap di Parlimen kita (Perikatan Nasional) timbulkan (pertikaikan) tentang hak bersuara. Tapi realitinya mereka mempunyai kuasa jadi selagi mereka berkuasa reformasi telah mati.

“Dulu beria-ia kata kita perlu kebebasan media, media boleh bersuara di sosial media. Sekarang secara aktif dan agresif menggunakan dan mempergunakan agensi kerajaan mengawal kebebasan media yang ada,” dakwanya. – 


JENG JENG JENG

MAKIN JELAS

ANWAR TAK

 SELAMAT

AMIN

SERANGAN DARI

RAFIZI KE?

ATAU DARI

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

MAKIN RAMAI

TIBAI ANWAR

KAH KAH KAH

MUSUH LAMA

MUSUH BARU

TMJ PUN MASUK

MENGKRTIK

KAH KAH KAH

BOLEHAKAH ANWAR

BERTAHAN ?

JENG JENG JENG

KHALAS

ANWAR MASIH KUMPUL NUMBO ?



'Ahli perniagaan' ajak

 jumpa ahli Parlimen PN 

bincang 'pelaburan'

 timbulkan persoalan
Beberapa ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini dihubungi seorang individu yang mendakwa mahu berbincang mengenai beberapa projek di kawasan mereka, tetapi tindakan itu menimbulkan persoalan sama ada ia merupakan alasan untuk berjumpa wakil rakyat pembangkang dalam usaha meyakinkan mereka untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan di Dewan Rakyat.

MalaysiaNow difahamkan, beberapa ahli Parlimen di Selangor, Kedah dan Terengganu telah menerima jemputan daripada seorang "ahli perniagaan" yang memakai gelaran Dato, memaklumkan mengenai "rancangan pelaburan" beliau yang menurutnya akan membantu ekonomi tempatan di kawasan mereka.

Malah sumber Bersatu memberitahu MalaysiaNow, salah seorang ahli parlimen yang menghadiri salah satu mesyuarat sedemikian ditawarkan jawatan tinggi dalam agensi persekutuan, tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut.

"Apa yang boleh saya katakan ialah ia hanya mengesahkan kesangsian kami bahawa mesyuarat itu cuma menjadi alasan untuk membincangkan mengalihkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat," tambahnya.

MalaysiaNow tidak menamakan ahli perniagaan itu sementara menunggu pengesahan identiti dan latar belakangnya.

Mesej kepada ahli-ahli Parlimen itu dihantar pada hari sama, dengan kandungan yang serupa walaupun disesuaikan dengan konteks kawasan masing-masing.

Semua ahli Parlimen itu mewakili kerusi luar bandar, dan mengandungi tema sama iaitu mempromosikan eko-pelancongan, membina hotel butik, serta membangunkan industri pertanian tempatan di kawasan itu.

"Bila-bila YB ada kelapangan, saya ingin menerangkan lebih lanjut mengenai cadangan ini kerana ia memerlukan sokongan pihak kerajaan tempatan terutamanya pejabat Parlimen YB," menurut salah satu mesej.

Pada sidang media dihadiri pemimpin PN hari ini, Ahli Parlimen Kubang Pasu Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata beliau antara yang didatangi individu itu.

Beliau bagaimanapun bertindak untuk "block" nombor pemanggil.

Di sidang media sama, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berkata pertemuan itu ternyata bertujuan untuk memujuk ahli Parlimen pembangkang bertukar haluan.

"Bila berjumpa, bukan cerita pasal hotel. (Dia kata) 'sokonglah Anwar, sokonglah PMX'," kata Hamzah sambil menambah mereka turut ditawarkan jawatan dalan syarikat berkait kerajaan dan Kabinet, di samping tawaran menyelesaikan hutang peribadi.

Sebelum ini, dua ahli Parlimen Bersatu bertindak mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, walaupun pada masa berkata mereka kekal sebahagian blok pembangkang.

Pendirian sedemikian dipercayai untuk mengelak daripada melanggar undang-undang yang melarang wakil rakyat daripada melompat parti.

Kerajaan Anwar kini berdepan dengan blok pembangkang terbesar yang didominasi wakil rakyat Melayu, mencerminkan sokongan tipis komuniti itu kepada Pakatan Harapan (PH) dan Umno, yang masih dihantui kekalahan pilihan raya di kerusi-kerusi majoriti Melayu pada pilihan raya umum dan negeri.

Sumber berkata PH kini dalam usaha menarik sokongan untuknya tanpa melanggar undang-undang anti-lompat.

Undang-undang yang diluluskan sebulat suara tahun lalu tidak berkuasa menghalang wakil rakyat daripada mengambil pendirian yang berbeza dengan parti mereka dalam pengundian usul dan rang undang-undang di Dewan Rakyat, hak yang dilindungi perlembagaan.

Anwar sebelum ini berulang kali mendakwa mempunyai sokongan majoriti dua-pertiga di Dewan Rakyat, dalam apa yang dilihat sebagai percubaannya menepis ancaman berterusan terhadap kerajaan campurannya.

Dakwaan Anwar memiliki majoriti dua pertiga itu dipersoalkan selepas pengumuman presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menarik balik sokongannya kepada kerajaan pada September lalu.

Syed Saddiq kemudiannya mendakwa kerajaan bertindak menghukumnya dengan membatalkan dana pembangunan untuk kawasannya di Muar.

Bulan lalu, dua ahli Parlimen Bersatu, Suhaili Abdul Rahman dari Labuan dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dari Kuala Kangsar, mengisytiharkan sokongan mereka kepada kerajaan, langkah yang disambut baik oleh Anwar.

"Sokongan itu penting bagi Anwar kerana dengan menunjukkan beliau mempunyai majoriti dua pertiga, dan seterusnya menghentikan semua cakap-sakap mengenai pertukaran kerajaan melalui peralihan sokongan di kalangan beberapa ahli Umno," kata bekas pembantu kepada seorang menteri dari PKR.

Sumber yang sama berkata tumpuan semasa Anwar adalah untuk menaikkan tanggapan bahawa beliau mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mewakili kawasan majoriti Melayu.

"Beliau boleh saja ajak ahli Parlimen PN lompat kepada PH atau BN, tetapi itu bermakna pilihan raya kecil perlu diadakan semula. Kerajaan tidak mahu ini berlaku kerana pengundi Melayu dilihat masih kuat menyokong PN," jelasnya.

Terdapat juga dakwaan bahawa tindakan kedua-dua ahli Parlimen Bersatu itu disebabkan ugutan akan dihadapkan tuduhan rasuah.

Semalam, Anwar menafikan dakwaan itu, berkata beliau tidak pernah bertemu kedua-duanya.

"Mereka tidak mengadakan perbincangan dengan saya atau mana-mana menteri," tambahnya.

APA  LATAR

BERITA INI

AMIN

PMX MASIH

KUMPUL NUMBO

KAH KAH KAH

WAT IS DE

BEKOS

KAH KAH KAH

PELIK IBNI HAIRAN

APA PERLU NUMBO

JENG JENG JENG

APAKAH ADA

PROJEK NAK

SINGKIR PMX

MAKA KENA

KUMPUL NUMBO

JENG JENG JENG

KHALAS

PAS MASUK KERAJAAN ?


Tiada tawaran sertai kerajaan perpaduan, kata PAS

PAS tidak menerima sebarang tawaran atau jemputan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan hari ini.

“Saya ingin mengesahkan PAS, hingga ke saat ini, tidak menerima sebarang bentuk tawaran, jemputan atau apa-apa daripada PMX (gelaran popular merujuk kepada perdana menteri ke-10) seperti dalam temubualnya dengan Time,” katanya pada sidang akhbar.

“Hingga waktu ini. tidak pernah. Tidak ada pemimpin parti ini yang pernah menerima jemputan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan PMX.”

Takiyuddin berkata demikian sebagai mengulas temubual Anwar dengan majalah berpangkalan di AS, Time di mana ahli Parlimen Tambun itu mendakwa kerajaannya sudah menjemput PAS berkenaan perkara itu.

Sementara itu, Takiyuddin berkata pakatan pembangkang Perikatan Nasional (PN) di mana PAS adalah parti terbesarnya, tidak akan meneruskan rundingan dengan wakil kerajaan berkaitan peruntukan sama rata bagi wakil rakyat pembangkang.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata mereka terbuka untuk rundingan tetapi Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, yang dipertanggungjawabkan oleh perdana menteri untuk menerajui perkara itu, meminta pembangkang menulis surat kepada kerajaan menyatakan jaminan tertentu.

“Sebelum ini, ketika zaman Ismail Sabri Yaakob, di mana kita adalah sebahagian daripada kerajaan, mereka (pembangkang) tidak perlu tulis apa-apa pun tetapi kita sediakan dan sukarela tawarkan peruntukan.

“Tetapi kali ini, mereka minta kita tulis surat dan beri komitmen tertentu. Kenapa kita perlu hantar surat dan beri komitmen tertentu?

“Sebab itulah (perkembangan untuk minta peruntukan sama rata) terhenti. Kita tidak akan beri apa-apa untuk mendapatkan peruntukan bagi wakil rakyat pembangkang,” katanya yang juga bekas menteri undang-undang.

Takiyuddin bagaimanapun tidak mendedahkan jaminan yang diminta oleh kerajaan.

Beliau berkata Anwar juga tidak menunaikan janji manifesto Pakatan Harapan di mana beliau berjanji memberikan peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti politik mana. – 3 November, 2023.


WOIT

NAK AJAK PAS

ATAU

TAK NAK AJAK ?

AMIN

KALAU KERAJAAN

PERPADUAN

YOU JI

UNITY GOVERMENT

MAKA SEMUA PARTI

SEBARIS BERSAMA

AMIN

KURANG BERGADUH

TUMPU AGENDA

RAKYAT

AMIN

KHALAS

MUSIM BANJIR SAMPAI SEKALI LAGI




Mangsa banjir di Perak terus meningkat, satu lagi PPS dibuka


JUMLAH mangsa banjir di tiga daerah di Perak terus meningkat pagi ini dengan 419 orang daripada 121 keluarga berbanding 379 orang daripada 107 keluarga, malam tadi, dengan sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan sebuah PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Kuak Luar di daerah Hulu Perak pada 11.30 malam tadi menjadikan lima PPS beroperasi setakat ini.

PPS tersebut menempatkan 40 orang daripada 14 keluarga yang terjejas dari Kampung Paya Kuak Luar, Kampung Bukit Serdang Air Panas, Kampung Kuak Tengah dan Kampung Raja Kayu.

Menurut sekretariat itu jumlah mangsa banjir di Hilir Perak masih kekal iaitu seramai 171 penduduk daripada 50 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala  51 orang daripada 14 keluarga berada di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

“Jumlah mangsa di Kerian juga kekal dengan 100 orang daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras bahaya apabila merekodkan ketinggian 3.81 meter berbanding paras normal iaitu dua meter manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang pula berada pada paras berjaga-jaga dengan merekodkan ketinggian 13.64 meter berbanding paras normal iaitu 10 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan ribut petir berlaku pada sebelah petang di beberapa daerah iaitu Hilir Perak, Manjung, Larut, Matang dan Selama, Kinta dan Kuala Kangsar manakala cuaca diramalkan baik di Kerian dan Bagan Datuk pada sebelah petang dan malam.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut memaklumkan Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama masih ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh dan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid.

Selain itu, laluan F 193 Jalan Proton City di Daerah Mualim juga terhalang di kedua-dua arah dan ditutup kepada kenderaan akibat tanah runtuh, manakala di Kerian laluan FT 147 Jalan Selama hanya dibuka kepada kenderaan berat dan orang ramai diarahkan menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah. – Bernama, 3 November, 2023.


KITA TERIMA

HAKIKAT

AKHIR TAHUN

BANJIR SAMPAI

AMIN

TIAP TAHUN

LEBIH GANAS

AMIN

PANTAI BARAT

PANTAI TIMUR

SABAH SARAWAK

SEMUA KENA

KHALAS

UMUM SERANGAN ?


DIUMUM ?

KENAPA DI UMUM LEBIH AWAL
KALAU NAK SERANG 
TAK PERLU UMUM
TERUS SERANG

PELIK BIASANYA
NAK SAMAN
NAK DAKWA DALAM 7 HARI
NAK AMBIL TINDAKAN
DI UMUM AWAL
HANYA GERTAK KELING

WALAU APA PUN
KITA TUNGGU DAN LIHAT
KHALAS

BANGLA RAMAI MASUK


BANGLA RAMAI

MASUK

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "ZAHID BAWA MASUK BANGLA"

Bayangkan bawak masok 2 juta ekor Bangla .. 1 ekor masyuk RM1000 kok 2 juta tak cukup jari untuk kiro. Ini bukan hikayat seribu satu malam .. yg monorimo bahano rakyat B40 kono moli ayam harga lobih mahal .. nampak eay rakyat kono moli sotong utk ganti ayam.

PELURU BERPANDU DARI YAMAN MENYERANG ISRAEL



PELURU BERPANDU

DARI YAMAN

MENYERANG ISRAEL

KHALAS

MEYAHUDIKAN PALESTIN


MEYAHUDIKAN

 PALESTIN


Di Malaysia ini hampir semua perkara dilihat dari kaca mata Melayu dan bukan Melayu. Kebelakangan ini timbul pula cara melihat satu-satu perkara  dari kanta Melayu Islam dan  Bukan Melayu Kapir.

Justeru saya tidak hairan apabila  melihat perjuangan Palestin yang sedang berlaku di hadapan mata kita ini di baca,  dilihat dan di tafsir dari kanta agama. Maka hasilnya  kejulingan membaca fakta.

Juling fakta menjadikan  herot berfikir. Maka hasilnya tidak membawa apa-apa kebaikan. Malah membawa mudarat.

Juling dan herot  memahami fakta apa sebenarnya perjuangan Palestin bukan satu lebong.  Ini fakta dan  dibuktikan dengan apa yang  sedang berlaku dengan Minggu Palestin di sekolah-sekolah awal November ini. Kempen resmi dari  Kementerian Pelajaran.

 Hasilnya : gambar murid sekolah membawa senapang. Gambar  guru menjadi gerila menular luas dalam media sosial. Ibu bapa naik bengang. Menteri Pelajaran terus dicap sebagai bangang opps... maaf sebagai kurang cerdik.

 Sandiwara Islam dan Kapir ini  meleret lagi dengan kemunculan  12 ahli PKR yang bukan Islam. Mereka lari dari garis PKR yang  menyokong Palestin dan mengajukan Minggu Palestin di sekolah.

Ini diikuti pula oleh kenyataan beberapa parti politik dan sekolah Mubaligh dari  Borneo yang tidak mahu terlibat dalam kempen Minggu Palestin ini.

Himpunan awal menyokong Palestin melihatkan  laungan  Takbir dilarang . Ini berlaku dalam satu perhimpunan di Dataran Merdeka.  Penganjur dan  sosok  yang melarang dilihat  sebagai Zionis Tempatan. Kutukan demi kutukan sampai. Semua memperlekeh  penganjur.

Semua ini adalah babak-babak yang muncul  semenjak 7 Oktober bilamana gerila Briged Al Qassam dari Gaza berjaya menyerang  Zionis Israel.

Kejulingan ini muncul kerana beberapa sebab.  Kejulingan memahami perjuangan Palestin ini ada yang disengajakan dan ada yang dirancang.

Warga Malaysia – generasi tua dan muda -   Melayu China, India, Iban dan Dayak tidak dididik dan diberi penerangan  secara jelas dan tuntas bahawa perjuangan Arab Palestin ini bukan perjuangan agama.
 
Perjuangan Palestin  bukan Arab Islam lawan Yahudi. Atau Yahudi lawan Islam.

Warga Malaysia tidak diberi fakta bahawa ada 15% Arab Palestin beragama Kristian.

Suha Tawil  isteri kepada arwah  Yasser Arafat ( 1929 -2004 )  beragama Kristian – pengikut ahli kitab justeru berkahwin dengan Yasser. Dr George Habash ( 1926 – 2008)  pemimpin  PFLP ( Popular Front for the Liberation of Palestine )  adalah seorang  Kristian. Begitu juga Hanan Ashrawi  salah seorang pemimpin kanan PLO yang masih aktif. Hanan Ashrawi nama Arab tapi  beragama Kristian.

Fakta tidak menghebohkan  Palestin ini bukan perbalahan agama berlaku kerana kepentingan politik. Parti Islam PAS mahu menjadikan Palestin sebagai  pukat untuk mencari sokongan Melayu Islam. Ini dibalas pula oleh  pukat PKR yang enggan dilihat kurang Islam dan kurang Melayu.
Ini terbukti apabila setiap kelompok  - Pakatan dan Perikatan - mengadakan perhimpunan bersetia kawan dengan Palestin berasingan.

Haji Hadi pemimpin parti Islam PAS  mahu  partinya dilihat juara penyokong Palestin yang ulung. Manakala Haji  Anwar dari PKR  tidak mahu ketinggalan. Malah dua-dua kumpulan menggunakan Palestin untuk menangguk undi Melayu Islam.

Politikus ini lupa  dalam apa saja kerja kita memerlukan analisa yang tepat dengan fakta yang betul untuk membuat keputusan. Pandangan dan kerja politik  wajib sama seperti cara bergerila Briged Al-Qassam. Pejuang gerila memerlukan data tepat, logistik tepat dan peta yang tepat untuk berjaya sebelum melancar serangan.

Kerja semberono, kerja cincai, kerja setengah masak tidak akan menghasilkan kejayaan. Malah membawa mudarat.

Memahami apa sebenarnya perjuangan Arab Palestin ini penting. Tambah lagi dalam negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia.

Perjuangan Arab Palestin bukan perjuangan agama. Kalau bukan perjuangan agama – perjuangan Arab Palestin ini perjuangan apa ?

Saya telah menulis dan bersuara mengatakan bahawa perjuangan Palestin adalah perjuangan  melawan penjajah. Negara Palestin – bumi Arab  ini telah di jajah oleh Zionis Israel semenjak tahun 1948. Zionis Israel ini mendapat sokongan dari kuasa imperialis Anglo-Amerika dan juga negara Eropah seperti Perancis dan German.

‘ President Joe Biden hosted Israel's President Isaac Herzog at the White House on Wednesday, saying that if there was no Israel "we'd have to invent one". ‘

‘ Presiden Joe Biden menjadi tuan rumah kepada Presiden Israel Isaac Herzog di Rumah Putih pada hari Rabu, mengatakan bahawa jika tidak ada Israel "kita perlu mencipta satu".’ 

Potongan berita ini dikutip   dari portal The New Arab 27 Oktober 2022.

Kenyataan Biden ini membuktikan Israel ialah negara ciptaan kuasa Zionis-Anglo-Amerika. Negara  Israel adalah Negara Pendatang – Settler State - seperti Amerika, Australia, New Zealand, Kanada dan Singapura.

Penduduk asal Red Indian di bunuh di Amerika, Maori di New Zeland, Orang Itam di Australia. Di Singapura Bani Melayu ditenggelami oleh pendatang China.

Israel sama seperti Singapura diperlukan untuk kepentingan strategik kuasa imperialis dunia.

Israel di dirikan untuk mengawal  Dunia Arab. Singapura di dirikan untuk mengawal Dunia Melayu.

Israel hakikatnya adalah pangkalan tentera untuk imperialis Amerika.  Sama peranan seperti Singapura.

Pangkalan tentera bernama Israel ini setiap tahun Amerika memberi dana 3 bilion dolar kepada Israel. Tanpa sokongan tentera, dana dan diplomatik dari Amerika negara Zionis  Israel ini akan hancur.

Justeru kita akan masuk ke dalam jaring Zionis jika kita mengakui atau mentakrif  perjuangan Arab Palestin ini sebagai perjuangan  Islam melawan Yahudi. 

Menjadikan agenda perjuangan anti-kolonial Arab Palestin  kepada perjuangan agama kita akan masuk ke dalam bakul Zionis.

Induk dari ideologi Zionis  ialah mendirikan Israel sebagai wilayah suci  Bani Israel. Meyahudikan  Palestin adalah arahan dari Yahweh – tuhan Yahudi. Arahan Yahweh  ini ada disebut dalam kitab suci Buku Joshua buku ke enam dalam Kitab Injil Hebrew dan  dalam Kitab Injil Perjanjian Lama.

Justeru apa yang kita lihat hari ini adalah projek arahan Yahweh untuk meyahudikan seluruh Palestin.

Eretz Yisrael Hashlema – ini adalah ajaran Zionis  yang memberi makna Tanah Suci Isreal. Wilayah ini luas.  Eretz Israel atau Greater Israel  mencakupi Lebanon, Jordan dan Syria.

Agama  menjadi asas untuk menjajah bumi Arab. Berpandukan ajaran agama kaum Zionis  sedang memperluaskan tanah jajahan.   Ajaran dari kitab suci  ini juga di kongsi oleh kumpulan Zionis-Kristian.

Zionis Kristian ini wujud di Amerika dan di Eropah. Mereka memiliki pandangan ekstrem  kanan. Sokongan awal untuk mendirikan Israel datang dari pemimpin negara seperti  Winston Churchill ( 1874 -1965 ) yang bersimpati dengan  Zionis Kristian. 

Fahaman Zionis Kristian ini amat popular dikalangan elit British. Fahaman inilah yang melahirkan Balfour Declaration 1917.

Mengikut Noam Chomsky – seorang  intelektual Yahudi anti-Zionis – pemimpin awal Amerika adalah penganut fahaman Zionis Kristian. Presiden Woodrow Wilson  (1856-1924) dan Harry Truman ( 1884 -1972 ) adalah  penganut Zionis Kristian yang warak.

Justeru menjajah dan menakluki bumi Arab Palestin adalah ajaran suci penganut Zionis Kristian. Jika kita  pula menyambut pandangan ini maka kita terperangkap sama dalam agenda  penjajahan Zionis Kristian.

Meyahudikan Arab Palestin  sebenarnya tidak ada sangkut paut dengan agama. Ini adalah projek sama seperti British menjajah Tanah Melayu. British meluaskan  wilayah dari Singapura ke Pulau Pinang akhirnya ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu. 

Palestin wajib dijajah untuk mendirikan pangkalan  tentera . Tujuan awalnya untuk mengawal Terusan Suez.  Terusan ini yang amat strategik ini siap dibina  pada 17 November 1869. 

Bila minyak ditemui di Saudi Arabia  pada 3 Mac 1938  Israel menjadi amat penting. Penjajahan bumi Arab ini  bertujuan untuk mengawal dan mendominasi pengaliran bahan bakar petrol – darah ekonomi dunia moden.

Jika kita semua telah memahami fakta sejarah terdirinya Israel sebagai projek penjajahan maka ianya lebih senang untuk meluas sokongan dari   anak semua bangsa dan bangsa semua agama di Malaysia.

Menyokong keadilan dan melawan kezaliman  bukan hanya tuntutan agama Islam. Agama Hindu, Kristian, Majusi, Bahai dan semua agama memiliki ajaran yang sama. Malah mereka yang tidak beragama juga menyokong keadilan dan melawan kezaliman.

Amal makruf nahi mungkar ini bukan milik Melayu Islam, bukan milik Arab - ajaran ini milik anak semua bangsa.

Kali ini kelihatan sokongan  terhadap perjuangan anti-kolonial Palestin amat mengampuh.  Warga seluruh dunia bangun berarak ke jalan raya menyatakan sokongan terhadap kezaliman yang sedang dihempapkan ke atas Arab Palestin.

Apa yang sedang  dihadapi oleh warga Palestin dari Gaza ke Tebing Barat dari Ramalah ke Jenin  sedang dirasakan oleh warga dunia.

Bolivia negara Kristian dari Amerika Latin telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Chile dan Colombia  juga negara Kristian dari Amerika Latin telah memanggil duta  mereka pulang.

Solidariti dan bersetia kawan dengan perjuangan adil Arab Palestin tidak dapat dibendung. 

Justeru kita di Malaysia jangan menjadi virus Kobid  menyebarkan pandangan serong lagi salah tentang apa sebenarnya perjuangan Arab Palestin.

Kita di  Malaysia – dari pemimpin semua parti politik Islam Melayu , dari Tok Guru  ke Pak Lebai  dari   Ustad YouTube  ke Mat Tik Tok – janganlah hendaknya kita rosakkan perjuangan Arab Palestin dengan fikrah sempit kita.  

Jangan kita alih perjuangan nasional Arab Palestin  untuk merampas kembali bumi mereka yang telah dijajah. Jangan kita jadikan perjuangan Arab Palestin melawan Zionis Israel sebagai perjuangan agama.

Simpanlah agenda  politik kepartian yang sempit itu ke dalam kelambu parti  masing-masing. Amin.  (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/469970