Jumaat, 11 Februari 2022

SENI UNTUK BAWA PERUBAHAN

 


SENI UNTUK

BAWA PERUBAHAN

AMIN

DIRIKAN BARISAN BARU

 



BAHAYA



Muhyiddin ramal Kluster Mahkamah desak PM bubar Parlimen selepas PRN Johor

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) meramalkan golongan Kluster Mahkamah dalam UMNO akan mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen sekiranya menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelak.

 Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana  Ismail Sabri Yaakob tidak mempunyai kuasa dalam parti dan yang menguasai UMNO adalah presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

“Apabila Parlimen dibubarkan, yang berkuasa menentukan calon yang akan bertanding dan mengetuai parti dalam pilihan raya adalah presiden bukan Perdana Menteri. Jika parti mereka menang dalam pilihan raya, lazimnya yang akan diangkat menjadi Perdana Menteri adalah presiden parti.

“Jika ini berlaku, maka lengkaplah perancangan Kluster Mahkamah. Mereka akan kembali berkuasa dan selesailah masalah mereka, na’uzubillah,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah menurut Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu lagi, Kluster Mahkamah kini giat menjalankan perancangan mereka untuk kembali berkuasa.

Jelasnya, ia jelas dipamerkan dengan beberapa siri PRN yang berlangsung kini dan mahu melihat kerajaan negeri yang dibentuk bersama-sama dengan PN tumbang.

“Apabila diadakan pilihan raya dan jika parti mereka menang, kepimpinan parti yang diterajui oleh Kluster Mahkamah akan dilihat semakin kuat dan berpengaruh.

“Strategi ini bermula selepas BN menang PRN Melaka. Mereka berasa cukup yakin bahawa rakyat telah kembali menyokong mereka walaupun BN hanya mendapat 38.5 peratus undi. Kerana itu kumpulan ini telah merancang pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor untuk diadakan PRN Johor,” katanya.

Justeru itu, Muhyiddin berkata, hanya ada satu cara untuk memastikan golongan itu tidak kembali berkuasa adalah dengan memastikan BN kalah di Johor.

“Sebagai orang Johor, saya percaya pengundi di negeri Johor adalah bijaksana. Saya tidak fikir Bangsa Johor yang beradab, berhemah dan tinggi nilai moral dan agamanya rela membiarkan PRN Johor digunakan sebagai alat untuk Kluster Mahkamah dan kleptokrat kembali berkuasa,” katanya lagi.

Rabu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari, manakala tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac. 

BAHAYA BAHAYA

BAHAYA

AMIN

JUSTERU WAJIB

DIGALANG SATU

BARISAN BARU

AMIN

HANYA SATU

AGENDA SAJA

AMIN

HALANG PENCURI

KEMBALI

BERKUASA

KHALAS



INDONESIA NEGARA CONTOH DI NUSANTARA

 




INDONESIA NEGARA

CONTOH 

DI NUSANTARA

KHALAS 


Nazrio commented on

 "GOTU GO TO"

anak2 muda...!!!! geLaran goto gohtu go to. datok.datuk.dato.tan Sri datok Sri tun tidak ada d Indonesia... yang ada cuma bapak onLy... Indonesia teLah menubuh satu dewan d panggiL DEWAN GELAR di daLam nya ada goLongan academic budayawan pakar2 berbagai2 bidang...untuk memberi geLar kepada orang2 yg berjasa kepada NKRi (negara kesatuan Republic indonesia) untuk pengetahuan mereka sekarang sedang berperang amat sengit masa ini untuk menyeLesai kes sama-ada Layak atsu tidaK pemberian geLaran PAHLAWAN NASiONAL kepada suharto (bapak presiden indonesia 3 dekad) 

perbincangan pemberian geLaran untuk presiden suharto itu sangat serius sehingga juga memasuki ranah pubLik bahkan presiden yg sudah Lama wafat dan membawaK berbagai2 perobahan kepada indonesia seLepas REFORMASI (PAK GUSDUR) juga beLum mendapat apa2 geLaran rasmi dari negara. yg d beritakan mungkin d anugerah (d beri geLar) geLaran PAHLAWAN NASIONAL...AMINNN MOGA TERBAIK UNTUK PAK GUSDUR YG D KASIHI

AL KETATI BANGUN MELAWAN

 




Jangan dimalukan seseorang secara berulang – Khairuddin Audi Al-Ketati

KUALA LUMPUR – Semalam Khairuddin Audi Al-Ketati ada membuat kenyataan di media sosialnya namun tidak jelas mesej itu ditujukan kepada siapa.

Dalam kenyataan itu, beliau berkata; “Jangan dimalukan seseorang secara berulang. Sekali mungkin dia berdiam dan bersabar. Tapi tidak selamanya dia akan berdiam diri bila maruah dicemar dan diceroboh secara berulang. Setiap perkara itu ada batasannya. Jangan melampaui batas kerana akibatnya sangat buruk.

“Setiap pemberitaan mesti diselidik. Jangan melulu membuat kesimpulan daripada perkhabaran. Akibatnya kamu menzalimi seseorang pada maruahnya. Perlakuan itu dosa besar jangan dianggap kecil.

“Setiap tuduhan perlukan pembuktian. Jangan jadi zalim menuduh tanpa bukti lalu disebarkan bagi merosakkan maruah dan reputasi. Kaedah Islam jelas; bukti didatangkan oleh orang yang mendakwa. Seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” tulisnya lagi.

Dalam hantaran itu, beliau tidak menyatakan secara jelas kepada siapa ia ditujukan namun selepas ia digugurkan dari jawatan Majlis Syura barulah ramai menganggap ia ditujukan kepada pucuk pimpinan partinya.

AUDI AL-KETATI

BANGUN MELAWAN

KAH KAH KAH

AL-KETATI RASA

DIRI DIZALAMI

AMIN

JELAS  AL-KETATI

ADALAH SOSOK

PEMIMPIN

HEBAT LAGI GAH

 BIJAK LAGI PANDAI

AMIN

AL KETATI BUKAN

KECIK ANAK

BUKAN

LEBAI KAMPUNG

KHALAS

SAMPAI MASANYA

UNTUK AMBIL ALIH 

KEPIMPINAN DARI

AL-KAWAHLI

AMIN

RONALD REAGAN DAH BERI PELUANG

 


JANGAN BERI

ALASAN 

MATA MATA

AMIN

USAHA CARI

JALAN

AMIN

 RONALD REGAN

DAH BERI INTERNET

KHALAS 

Unknown commented on

 "ADA MAKLUMAT SAHEH -

 SEBAR DAN TULARKAN"

Nak cerita banyak, memang tak boleh. Mato-mato ada dimana-mana.... Malaysia ni takde Investigative Reporter. Yang ada cuma reporter gaji buta dengan berita-berita yang sekadar mangampu KERAjaan. Walau macam mana pun, cukup la sekadar saya kongsikan 2 link berikut pada TT untuk TT buat siasatan sendiri. 1) https://twitter.com/ES_EdisiKhas/status/1491696321442758656 2) https://twitter.com/ES_EdisiKhas/status/1491689921442385921


NUSANTARA BUMI MELAYU - ADA HINDU ADA KRISTIAN ADA ISLAM ADA ATEIS



NUSANTARA

BUMI MELAYU

AMIN

ADA MELAYU HINDU

MELAYU KRISTIAN

MELAYU ISLAM

MELAYU ATEIS

MELAYU ANAMIS

KHALAS

Nazrio commented on

 "GUA JUGA IKUT

 AJARAN BUDDHA - DETACHED"

terimakasih tt pakai batik...kita nusantara-kan batik...batik untuk semua bangsa semua agama di nusantara kita Latih anak2 muda semua agama anak2 muda semua bangsa d Asia seLatan (supaya di nusantara-kan) kita jauh kan anak2 nusantara dari duta gurun arab sodi yg suka berperang kita bina satu modeL duniya tanpa perang Laboratorium kerukunaN berbudaya dan ber-igama maLaysia dan rantau Asia seLatan ini kita akan nusantara-kan .... 



kita mahu anak muda geraK-kan satu Laboratorium kerukunaN hidup berbangsa nusantara untuk semua fahaman semua igama semua keinginan semuanya tersusuN daLam satu saf manusia bukan saf hewan Lagiii.. kita mahu nusantara satu wadah satu sampeL-contoh untuk duniya Tanpa Perang.... biar Lah gurun2 arab pimpinan hadi berperang atas nama igama dan fahaman. kita tak mahu sudah Letih and sia-sia onLy

RURKI MAKIN TERDESAK

 


TURKI 

MAKIN TERDESAK

AMIN 

ANGKA NAIK LAGI

 





AWAS

Kes Covid-19 lepasi 

paras 20,000, 

kata KP kesihatan

KES baharu Covid-19 negara terus meningkat dengan sebanyak 20,939 kes direkodkan hari ini menjadikan kumulatif kes kepada 2,996,361, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir Malaysia merekodkan kes baharu Covid-19 melepasi paras 20,000 adalah pada 10 Sept tahun lepas dengan 21,176 kes.

Menerusi laman sosial Twitter rasminya Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah berkenaan, 99.44 peratus atau 20,821 kes dalam kategori satu dan dua manakala 118 kes lagi atau 0.56 peratus berada dalam kategori tiga, empat dan lima. 

“Kategori satu adalah sebanyak 5,181 kes atau 24.74 peratus; kategori dua,15,640 kes (74.7 peratus); kategori tiga, 95 kes (0.45 peratus); kategori empat,13 kes (0.06 peratus) dan kategori lima,10 kes (0.05 peratus),” katanya.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator. – Bernama, 11 Februari, 2022.



BAHAYA

JAGA

JAGA

AMIN

KITA ADALAH PEMIKIRAN KITA

 




 KITA ADALAH

PEMIKIRAN KITA

AMIN

Aji commented on

 "LORD BUDHHA AJAR

 JANGAN TERIKAT"

Tapi psikologi manusia bila kita dah sayang dengan sesuatu itu, susah nak biarkan berlalu macam tu je walaupun dah dapat yg baru. Yg baru tu tak sama. Kekadang aku teringat watak watak manusia dan haiwan yg telah hilang meninggalkan aku. Menitik juga air mata bila mengenangkan mereka tat kala termenung keseorangan.

ANWAR NAK KAUTIM DENGAN GEROMBOLAN

  

ANWAR IBRAHIM

NAK KAUTIM DGN

GEROMBOLAN

AMIN

Unknown commented on 

"PANDANGAN CERAH

 PEMIMPIN MUDA"

JANGAN .....jemput Anwar masuk khemah. Sejarah dah bukti Pakatan Harapan (tanpa Anwar) menang PRU14. Pakatan Harapan hilang kerajaan persekutuan apabila ada Anwar.


 Anwar akan jadi beban kepada barisan baru. Anwar akan hancurkan barisan baru. Anwar hanya ada satu matlamat, iaitu nak jadi perdana menteri tanpa kira apa kos. Demi rakyat dan negara, JANGAN ... jemput Anwar masuk khemah


BETUL - BUDDHA BUKAN AGAMA - FALSAFAH HIDUP

 


BRO

LU BETUL

AMIN

BUDDHA BUKAN

AGAMA TAPI

FALSAFAH HIDUP

KHALAS

Unknown commented on 

"LORD BUDHHA AJAR

 JANGAN TERIKAT"

Tuan TT, baguslah tuan faham ajaran Buddha. Satu lagi nak gua utarakan, ajaran Buddha bukanlah agama! Ia hanya satu panduan hidup! Sesiapa sahaja boleh mengikutinya. Tiada perlu taksub.

PERANG NUKLEAR ?

 



PERANG NUKLEAR?

WAL TAMATUN 

MIN ENDING

 AL ALAMIAH

AMIN

DATUK PADUKA DOKTOR IBRAHIM ALI

 



PRU15: Diadakan masa terdekat atau tunggu Mei 2023?

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berpendapat, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak akan diadakan dalam masa terdekat.

Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, kemungkinan juga Dewan Rakyat tidak akan dibubarkan sehingga tamat tempoh PRU14 pada Mei 2023. 

Jelas beliau, dengan pelbagai kemelut politik dan ekonomi dalam negara, diyakini PRU15 akan diadakan selepas pemilihan kepimpinan baharu UMNO pada perhimpunan agungnya.

“Pasti semua yakin Perdana Menteri,  Sabri 114 tidak berani mengambil risiko yang amat besar, kerana kekalahan Barisan Nasional (BN) bermakna kekalahan beliau.

“Malah, kumpulan dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu dan Pas juga menyokongnya dan ditambah pula Pakatan Harapan (PH) juga tidak mahu PRU15 diadakan sehingga tamat tempoh Mei 2023.

“Begitu juga, tidak mungkin Ahli Parlimen UMNO termasuk yang bergelar kluster mahkamah akan menarik sokongan terhadap Ismail Sabri kerana jika mereka berbuat demikian, bermakna mereka menjatuhkan kerajaan sendiri, iaitu UMNO. Sanggupkah mereka berbuat demikian?,” soal beliau dalam kenyataannya kepada media, hari ini.

Ibrahim yang merupakan bekas Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas menyatakan, UMNO yang mengepalai kerajaan sekarang pula terdapat dua kumpulan yang bertentangan kehendak atau pendapat bila PRU15 patut diadakan.

Kata beliau, satu kumpulan mahu PRU15 diadakan secepat mungkin.

“Kenapa mahu dicepatkan? kerana ianya menjamin mereka boleh menjadi calon dan bertanding pada PRU15, sebelum kelayakan bertanding ditarik apabila disabit kesalahan oleh mahkamah nanti.

“Kedua, jika PRU15 diadakan sekarang, kuasa surat watikah berada dalam tangan Presiden UMNO, Datuk Seri 47 Ahmad Zahid Hamidi, yang juga berkuasa memilih calon untuk bertanding,” katanya.

Kata beliau, satu lagi kumpulan yang mahu PRU15 disegerakan ialah mereka yang tidak berstatus wakil rakyat dan tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta merupakan sebahagian besar penyokong Presiden UMNO.

“Jika bertukar presiden, belum tentu mereka ini dapat menjadi calon. Oleh itu, mereka kuat bersuara agar PRU15 disegerakan, seolah mereka tahu kononnya BN akan menang dan dapat jadi YB-YB serta pelbagai pangkat.

“Dari segi perhitungan politik, pemilihan PAU mesti didahulukan adalah strategi terbaik kerana kumpulan yang menentang kepimpinan kluster mahkamah akan melakukan apa saja untuk memilih presiden baru, kemudian diadakan PRU15.

“Anggota Kabinet dari UMNO pun mahu pemilihan PAU diadakan dahulu sebelum PRU15 memandangkan nasib mereka umpama ikan goreng kepanasan dalam kuali,” ujarnya.

Menurut Ibrahim, kumpulan yang mahu PRU15 disegerakan berpegang pada alasan kemenangan besar di PRN Melaka dan keadaan pembangkang yang agak bercelaru ketika ini.

Namun, pada pandangannya, PRU15 tidak sama dengan PRK atau PRN kerana kekuatan tenaga UMNO tidak boleh dikumpulkan seperti dua pilihan raya itu.

Malah, katanya, jika BN menang di PRN Johor, tidak bermakna dalam PRU15 nanti parti itu juga akan beroleh kemenangan.

Beliau berkata, dengan terlaksananya Undi-18 dan pendaftaran secara automatik, golongan anak muda dilihat anti establisment serta majoriti tidak menyokong parti pemerintah.

“Tetapi BN yakin mereka ada cara untuk menarik anak-anak muda. Oleh itu, kita tunggu dan lihat. Apakah ‘cash is king” akan digunakan untuk meraih sokongan anak-anak muda ini?,” soal beliau. 

DATUK PADUKA

DOKTOR

IBRAHIM ALI

KAH KAH KAH

DOKTOR BRAHIM

TAK FAHAM

KAH KAH KAH

NAJIB NAK PRU15

DIJALAKAN

KELMARIN

SEBELUM DIA

MASUK PENJARA

AMIN

DATUK ZAHID 47

 NAK PRU15

HARI INI

SEBELUM KES

BERJALAN

AMIN

DATUK SABRI 114

NAK   ABIS

PENGGAL 

AMIN 

KALAU KOBID

MAKIN GANAS

BOLEH ADA

DARURAT 

BOLEH SAMBUNG

KAH KAH KAH

ABAH COW

MAHU LAMBATKAN

HINGGA BERSATU

HABIS TERBARAI 

KAH KAH KAH 

DATUK PADUKA

DOKTOR IBRAHIM ALI

 NAK PRU 15 BILA?

AMIN

MUSIM HUJAN KE ?

MUSIM BANJIR ?

KAH KAH KAH

PASTI 

MUSIM HUJAN

RAMAI  PENYOKONG

AKAN KELUAR

KAH KAH KAH

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

 



Khairuddin -Audi al Ketati   bukan lagi setiausaha Majlis Syura, kata Hadi Al-Kawahli

PEMECATAN Khairuddin Audi al Ketati dari Jawatankuasa PAS Pusat menyebabkan jawatannya dalam Majlis Syura Ulama juga terlucut, kata presidennya  Hadi al-Kawahli.

Beliau berkata keputusan pemecatan Khairuddin Audi al-Ketati itu dibuat dalam mesyuarat PAS Pusat pada Rabu.

“Oleh kerana pelantikan beliau dalam majlis syura oleh Jawatankuasa PAS Pusat, jadi PAS Pusat membatalkan pelantikan itu

“Maka beliau tidak jadi ahli Majlis Syura lagi, bermakna beliau kini ahli biasa,” kata Hadi al Kawahli kepada pemberita di Marang hari ini.

Hadi al Kawahli berkata Khairuddin dipecat kerana melanggar peraturan parti, namun tidak memperincikan kesalahan ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Pada Januari jawatan PAS menarik balik pelantikan Khairuddin Audi al-Ketati dalam jawatankuasa pusat.

Pemecatan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan satu perbincangan tertutup bersama pemimpin parti yang diketahui cenderung kepada kerjasama dengan Umno

Perbincangan tertutup tersebut difahamkan berkait usaha memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun Setiausaha Agung Takiyuddin al- Bodeki menafikan pemecatan Khairuddin Audi al-Ketati berkait dengan isu pengukuhan MN. – 11 Februari, 2022.



BILA AL-KAWAHLI

TIBAI

AUDI AL-KETATI

MAKNANYA 

PELACUR REBUT

JANTAN.. OPPS..

REBUT PELANGGAN

KAH KAH KAH

AL-KAWAHLI 

MINAT

 MALIKUL 

WAL-ABAHCOWLI

AMIN

AL-KETATI 

MINAT DENGAN

AL HAJ NAJIBUN

 WAL ROSMAATUN

AMIN

BILA PELACUR

GADUH RAKYAT

JADI TENTERAM

KHALAS

MUDA TAK PERLU MINTA MAAF

 




Muda mohon maaf poster kait PKR, Pakatan dengan rasuah

PARTI Muda menggantung unit penerangannya di Kedah ekoran siaran poster yang mengaitkan parti rakannya, PKR dan Pakatan Harapan (PH) dengan rasuah, menurut ketua penerangannya.

Luqman Long berkata poster yang menunjukkan PKR terlibat dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dengan kegiatan itu dibuat dengan niat tidak baik dan tanpa kebenaran.

Poster yang tersebar di Twitter itu juga menimbulkan salah faham dan tidak mematuhi sebarang prinsip jelas dalam Muda, katanya yang turut memohon maaf dalam satu kenyataan.

“Maka saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini.

“Sebagai langkah ke hadapan, saya mengambil keputusan menggantung penerangan kedah dari sebarang aktiviti berkaitan Muda,” katanya.

Luqman juga menyatakan kesediaan untuk menerima apa-apa tindakan dari Muda atas “kekhilafan” tersebut. 

Tambahnya, poster menunjukkan PKR terlibat dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dengan kegiatan itu dibuat dengan niat tidak baik dan tanpa kebenaran.

Poster tersebut juga menimbulkan salah faham dan tidak mematuhi sebarang prinsip jelas dalam Muda, katanya dalam satu kenyataan.

“Maka saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini.

“Sebagai langkah ke hadapan, saya mengambil keputusan menggantung penerangan kedah dari sebarang aktiviti berkaitan Muda,” katanya.

Luqman seterusnya memohon maaf dan menyatakan kesediaan untuk menerima apa-apa tindakan daripada Muda.

Poster tersebut menunjukkan lima individu, masing-masing ditanda sebagai BN, PH, PKR dan PN, yang menghulurkan wang dan juga objek lain kepada satu sama lain.

Poster sama, tanpa logo parti turut dimuatkan di akaun rasmi dikendali Muda semalam. Kedua-duanya kemudian didapati dipadam dari akaun Muda Kedah dan Muda nasional hari ini.

Serangan tersebut muncul sewaktu Muda bergelut mendapatkan kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya negeri Johor yang bakal berlangsung awal bulan depan.

Siaran poster tersebut menerima kecaman pemimpin dan penyokong PH, antaranya Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang yang menyifatkanya sebagai satu bentuk hipokrasi.

“Khemah besar! Pembangkang bersatu! Barisan bersatu! Ouch!” katanya di Twitter yang menyelitkan tanda ketawa dan juga topik #hipocrisy.

Seorang penyokong PH @bumilangit pula membangkitkan persoalan sekiranya gabungan tersebut dan juga PKR terus bekerjasama dengan Muda selepas “dihina sebegitu rupa”.

Aktivis DAP Marina Ibrahim pula dalam sindirannya menganggap Muda bersikap seperti PAS dalam membuat penjelasan seperti itu.

“Muda-muda lagi dah membuat percubaan menjadi PAS dalam memberikan alasan dan dalil,” katanya.– 10 Februari, 2022.


MUDA TAK

PERLU MINTA

MAAF

AMIN

INI TEPAT DAN

BETUL JUJUR DAN

BERANI

AMIN

PKR ADA KES

RASUAH XAVIER

AMIN

DAP ADA KES

TOROWONG

GUAN ENG

AMIN 

AMANAH ADA

KES SETPOL

MAT SABU

AMIN

MUDA WAJIB

TERUS JUJUR

UNTUK BAWA

PERUBAHAN

AMIN

PARTI LAIN

TAK PAYAH CAKAP

SATU MALAYSIA 

DAH TAHU

KHALAS