Ahad, 10 Disember 2023

PERANGAI TOK ARAB


PERANGAI

TOK ARAB

AMIN

Sibuk sgt dek aurat aurat kan. 
 Ambek kau... 
Kah kah kah


SIASAT RAJA PETRA !!!!


SIASAT RAJA PETRA

AMIN

SAPA BOCOR 

POLIA PDA RPK

KHALAS

ORANG AWAM MANGSA BOM ZIONIS



Civilians make up 61% of Gaza deaths from airstrikes, Israeli study finds

Civilian proportion of deaths is higher than that in all world conflicts in 20th century, data suggests


Orang awam membentuk 61% daripada kematian Gaza akibat serangan udara, kajian Israel mendapati

Kadar kematian orang awam adalah lebih tinggi daripada dalam semua konflik dunia pada abad ke-20, data mencadangkan


Kempen pengeboman udara oleh Israel di Gaza adalah yang paling tidak pilih kasih dari segi korban awam dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kajian yang diterbitkan oleh sebuah akhbar Israel mendapati.


Analisis di Haaretz datang ketika tentera Israel berjuang untuk mengukuhkan kawalan mereka di utara Gaza pada hari Sabtu, mengebom daerah Shejaiya di Bandar Gaza, sementara juga melakukan serangan udara ke atas Rafah, sebuah bandar di sempadan selatan dengan Mesir di mana tentera Israel telah memberitahu orang ramai di Gaza untuk berteduh.


Jumlah kematian penuh sejak 24 jam lalu tidak jelas tetapi hospital utama di tengah Gaza, di Deir al-Balah, melaporkan ia menerima 71 mayat, dan 62 mayat dibawa ke hospital Nasser di bandar utama selatan Khan Younis, menurut kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas.



YANG JADI

MANGSA ORANG

AWAM OKU

ORANG TUA

IBU IBU

AMIN

GERILA YANG

DI BOM

TAK JUMPA

AMIN

KHALAS

PEMBUNUH MASIH BEBAS




Penduduk bimbang keselamatan anak selepas Zayn terbunuh

PENDUDUK sekitar Apartmen Idaman, Damansara Damai kini bimbang dengan keselamatan anak mereka ekoran kehilangan dan penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Seorang jiran yang tinggal bersebelahan dengan rumah kanak-kanak malang itu berkata, mereka tidak lagi berani meninggalkan anak sendirian di rumah untuk keluar ke kawasan berhampiran.

Abdul Rashid Tatwi, 39 berkata mereka turut membawa anak ke tempat kerja untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Selepas berlakunya kejadian ini, saya lebih berhati-hati untuk membiarkan anak bermain di kawasan apartmen termasuk di balkoni.

“Tiga anak saya yang masih kecil dibawa sekali ke tempat perniagaan kerana takut berlaku apa-apa,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Abdul Rashid berkata keluarga tersebut baru sahaja menetap di kawasan itu tiga tahun lalu dan beliau mengenali Zayn seorang pendiam dan memang tidak bercakap dengan orang.

Menurut pemerhatiannya, ibu kanak-kanak malang tersebut biasanya hanya membenarkan Zayn yang berusia 6 tahun itu bermain di sekitar balkoni apartmen mereka.

“Kadang-kadang dia akan bermain sebentar di hadapan rumah kami selepas balik dari sekolah dengan pemerhatian ibunya.

“Namun apabila ibunya menyuruhnya masuk ke dalam rumah, dia akan menuruti arahan ibunya dan dia kanak-kanak yang tidak banyak ragam,” katanya.

Abdul Rashid berkata beliau sedang berniaga sewaktu menerima berita mengenai kehilangan Allahyarham.

“Pada hari kejadian, ayahnya bertanya dalam kumpulan WhatsApp komuniti jika kami ada melihat anaknya. Ketika itu baru saya tahu Zayn hilang,” katanya.

Sebaik sahaja mengetahui perkara itu pada Selasa, beliau menyertai penduduk Apartmen Idaman untuk membantu mencari kanak-kanak tersebut.

Jasad Zayn kemudiannya ditemui tidak bernyawa di satu kawasan saliran air berhampiran, sehari selepas ibunya membuat hebahan di media sosial dan juga laporan polis mengenai kehilangan tersebut.

“Bapa Zayn pengsan sebaik mengetahui keadaan Zayn, sayalah orang yang menyambutnya ketika dia jatuh.

“Saya memahami kesedihannya kerana saya sendiri seorang bapa yang mempunyai anak berusia setahun hingga 18 tahun,” katanya.

Seorang lagi jiran yang tinggal di tingkat sama di apartmen itu, Shida Rajali, 35 berkata beliau juga tidak lagi membiarkan anak-anaknya berseorangan di rumah.

“Selalunya, saya akan meninggalkan dua anak saya berusia lima dan enam tahun di rumah sementara saya menghantar anak sulung ke sekolah.

“Selepas berlakunya kejadian ini, saya mula membawa mereka bersama walaupun destinasinya hanya 10 minit dari rumah,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak pernah melihat kanak-kanak bermain di bahagian belukar sunyi itu.

“Dari tingkap rumah, saya boleh lihat bahagian belakang tapi tidak pernah ada budak yang bermain di situ,” katanya.

Tinjauan di lokasi kejadian juga mendapati suasana di blok kediaman Zayn juga sunyi kerana ibu bapa melarang anak masing-masing daripada bermain di luar rumah.

Shida kini berharap Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartmen itu memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan ini untuk keselamatan penduduk.

“Saya dan suami juga bercadang untuk memasang CCTV di luar rumah kerana rumah kami terletak di tepi tangga, ramai orang akan gunakan tangga untuk turun naik, agak membimbangkan juga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata polis sudah merakam percakapan lima individu termasuk ibu bapa Zayn Rayyan bagi membantu siasatan kes itu.

Polis juga mengambil keterangan lelaki yang menemui mayat Zayn sewaktu operasi pencarian, katanya yang menambah beberapa jiran dan kakitangan sekolah juga akan membantu siasatan.

“Polis turut menyiasat kemungkinan mangsa mengenali suspek kes itu,” katanya.

Pasukan itu mengesyaki kanak-kanak itu dibunuh di tempat lain dan jasadnya diletakkan di kawasan anak sungai tersebut sebelum ditemui pada jam 10 malam Rabu.

Siasatan forensik mendapati Zayn mungkin sudah meninggal dunia selama 48 jam dan siasatan diklasifikasi semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis percaya suspek tahu kawasan itu, memandangkan tempat di mana Zayn ditemui bukan laluan harian orang ramai. – 10 Disember, 2023.

PEMBUNUH

KANAK KANAK

MASIH BEBAS

AMIN

INI MENAKUTKAN

EMAK AYAH

AMIN

BILA BILA

SI PEMBUNUH

BOLEH MENERKAM

AMIN

KHALAS

YAMAN MENYERANG DARI SELATAN


YAMAN MENYERANG

DARI SELATAN

AMIN

BIDDADARI SEMUA ARAB ?

 



SEMUA BIDADARI

ARAB ?

KAH KAH KAH

AMIN

panglimo potaseh commented on

 "INGATAN UNTUK SEMUA"

Kahkahkah .. bumi makin paneh. Kato Saintis Kapir .. 70 tahun lagi dunio ni koring kontang. Apo pon nogaro Kapir tongah monoroko dan carik sebijik planet baru yg sesuai ontok kehidupan maknusio .. kato nyo dah jumpo tapi kono test dulu .. macam kito periksa bakal bini kito ado Daro ko tidak.

Kito pulak yg Islam masih bocakaran sapo boto .. mati dek alam musnah pon tak apo .. PAS dah siapkan tikit masok syurgo .. siap dongan 70 bidadari lagi, katonyo somuo bidadari tu Arab.

Yang paling cantik skrg ado TaT ngatokan Dunio kito ni "Centre of Universe" .. kahkahkah .. goli ati deen

POLIS CONTOH ?


POLIS CONTOH

GERAK KHAS

KHALAS

Unknown commented on 
"TAULADANI
 POLIS GERAK KHAS"

indah kalau semua polis macam erra fazira.. kalau macam a galak.. indah apa ? kah kah kah

PAGI AHAD


PAGI AHAD


AHAD 10 DISEMBER 2023
CUACA MOLEK
MATA  HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH

BERITA MELAPORKAN
BANJIR SANA SINI 
MAKIN REDA
APAKAH BANJIR DAH BERLALU
ATAU ADA SATU LAGI
OMBAK AKAN SAMPAI
TAHUN DEPAN ?

GAZA
KAJIAN TELAH MENEMUI
BOM  YANG DIGUGUR OLEH ZIONIS
MANGSA 61%
ADALAH ORANG AWAM

UK 
MASIH LAGI BINCANG
HOTEL RWANDA
NAK HANTAR PENDATANG
HARAM  YANG MASUK
SECARA HARAM KE UK
KE RWANDA

DUBAI
COP28 MASIH BERBINCANG
CARI JALAN SELESAI
PERUNTUKAN DANA
UNTUK LAWAN
MALAPETAKA IKLIM

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
BASAH SEDIKIT
HUJAN KECIL TURUN
PETANG KELMARIN

HA HA HA
HARI INI
YANG PALING RAMAI
PIPIT UBAN BERTERBANGAN
KE SANA KE  MARI
KUMPULAN KECIL DAN BESAR

DI ARAH ISTANA LAMA
JANTAN BERKOKOK
GUA YAKIN HARI INI
AKAN PANAS

BRO
SAMBUT AHAD
DENGAN SENYUMAN

PAK TAHIR MEMBELI TAPAI
PANAS BERTEDUH DIPOKOK SENA
AKHIR TAHUN AKAN SAMPAI
HARGA BARANG MACAM MANA

PERGI KE MEKAH BUAT UMRAH
VISA HAJI BUKAN MUDAH
BARANG MAHAL RINGGIT MURAH
SAMPAI BILA TAK SUDAH SUDAH

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEREHAT