Ahad, 31 Disember 2023
DARI MEDAN TEMPUR
ALL IN FOR
KHAN YOUNIS
PALESTINE LAST STAND
Pengarah Al Jazeera Palestin, Walid Al Omari memaklumkan 30,000 anggota Pegawai dan Tentera Israel terlibat dalam operasi menawan Khan Younis, Gaza ketika ini. Berdasarkan laporan ini kira kira 30 peratus dari keseluruhan Tentera Israel yang terlibat di Gaza beroperasi di Khan Younis. Seramai 100,000 Tentera Israel terlibat dalam operasi di Gaza
Media Israel melaporkan sekitar 6 Briged IDF terlibat dalam operasi menawan Khan Younis. IDF juga berazam mahu menawan Khan Younis kerana mereka percaya bahawa kepimpinan kanan Hamas sedang berada di Khan Younis. Tempat lahir Mohammed Al Deif dan Yahya Sinwar juga di Khan Younis. Khan Younis ialah bandar utama di Selatan Gaza selepas Rafah menjadikan ia kawasan amat penting untuk perang kali ini
Dilaporkan Briged Al Qassam menghantar pasukan terbaiknya untuk mempertahankan Khan Younis
Pasukan Pejuang Palestin terdiri daripada Briged Seraya Al Quds, Briged Mujahidin, Briged Abu Ali Mustafa, Briged Syahidin Fil Quds dan Briged Nasser Salah Ad Din sedang membantu Briged Al Qassam mempertahankan Khan Younis
Pertempuran ketika ini tertumpu di kawasan Timur, Selatan Khan Younis dan Pusat Bandar Khan Younis
Semoga Allah memberikan kejayaan kepada Palestin
Kredit: Marchforward
t.me/hadispalestin
.
CADANGAN BAIK 2024
Tanam sayur sendiri, 2024 tahun mencabar – CAP
GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan rakyat negara ini menanam sayur-sayuran sendiri menjelang 2024.
Penyelaras Pertanian Asli CAP, NV. Subbarow berkata, ia susulan pihaknya percaya tahun 2024 akan menjadi lebih mencabar kepada pengguna terutamanya membabitkan harga makanan.
Jelas beliau, bagi mengurangkan beban kenaikan harga sayur-sayuran CAP menggesa pengguna menanam sayur-sayuran dan tumbuhan herba sekali gus menjadikan ia sebagai azam tahun baharu.
“Sejak kebelakangan ini, CAP menerima banyak aduan daripada golongan petani mengenai beberapa masalah seperti harga baja serta perubahan cuaca.
“Malah faktor hujan serta banjir menyebabkan pelbagai kesukaran kepada petani selain rata-rata mendakwa peningkatan harga sayur-sayuran dijangka bertahan selama setahun lagi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Subbarow, krisis iklim turut menjadi punca utama peningkatan mendadak dalam kelaparan global.
“Kejutan perubahan iklim memusnahkan kehidupan, tanaman dan mata pencarian serta menjejaskan keupayaan orang ramai bagi mencari makanan.
“Harga baja global juga meningkat lebih cepat daripada harga makanan, yang kekal pada paras tertinggi sepuluh tahun itu sendiri.
“Unjuran Jabatan Pertanian menunjukkan bahawa permintaan makanan dunia mungkin meningkat sebanyak 70 peratus menjelang 2050 dengan sebahagian besar unjuran peningkatan permintaan makanan global dijangka datang daripada peningkatan pendapatan pengguna di rantau seperti Asia, Eropah Timur dan Amerika Latin,” katanya. –
SATU TEKAD
TAHUN BARU
YANG WAJAR
DI IKUTI
KHALAS
LARI DARI BANJIR DAPAT KOBID
20 kes Covid-19 dikesan di PPS Kelantan, Terengganu, kata menteri
SEBANYAK 20 kes Covid-19 dikesan melibatkan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu dari 22 Disember lepas hingga semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 15 kes dilaporkan di Kelantan manakala lima kes lagi di Terengganu.
“Kesemua kes Covid-19 yang dilaporkan adalah stabil dan terdiri daripada kategori dua (17 kes), kategori tiga (2 kes) dan kategori empat (1 kes).
“Kes Covid-19 kategori empat merupakan warga emas dengan komorbid hipertensi tidak terkawal, namun pesakit terbabit telah discaj dari Hospital Jeli di Kelantan, semalam,” katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Jeli 1 di Jeli hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Norhayati Rusli dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKNK) Kelantan Dr Zaini Hussin.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata setakat ini sebanyak 297 pasukan perubatan, 286 pasukan kesihatan, 102 pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) dan 286 pasukan promosi digerakkan ke PPS seluruh negara bagi memberi perkhidmatan kepada mangsa banjir.
“Sehingga hari ini, tiada keperluan bantuan mobilisasi petugas ke negeri yang terlibat banjir, namun kita sentiasa bersedia untuk menggerakkan pasukan mobilisasi ke negeri terjejas banjir sekiranya diperlukan.
“Selain itu, sebanyak 123 Bantuan Awal Psikologi (PFA) turut dijalankan kepada petugas kesihatan bagi mengesan awal masalah kesihatan mental untuk memberi rawatan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit sentiasa dilakukan oleh pasukan kesihatan di PPS seperti pemeriksaan tempat penyediaan makanan, pemantauan kualiti bekalan air, pemusnahan tempat pembiakan nyamuk dan sebagainya bagi mencegah penularan penyakit berjangkit. – Bernama, 31 Disember, 2023.
LARI DARI
BANJIR KOBID
DATANG MENYERANG
AMIN
KHALAS
BUAT IKLAN 700 JUTA RINGGIT
Polis terima laporan dakwaan salah guna dana RM700 juta dua kerajaan terdahulu
KUALA LUMPUR – Polis menerima laporan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana RM700 juta oleh dua kerajaan terdahulu untuk iklan dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu hari ini.
“Kita akan membuat siasatan termasuk menghubungi pihak Kementerian Kewangan untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi UMNO, Lokman Noor Adam berkata, pegawainya membuat laporan berhubung perkara berkenaan di Balai Polis Setapak kira-kira 2 petang tadi.
“Perbelanjaan tersebut besar…kita (rakyat) mahu tahu ke mana perginya perbelanjaan RM700 juta, ada sumber mendakwa bahawa ada penyalahgunaan kuasa melibatkan bekas petugas perdana menteri sebelum ini.
“Kami mahu polis menyiasat perkara ini dan diikuti siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,“ katanya ketika dihubungi Bernama.
Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Persekutuan membelanjakan sehingga RM700 juta untuk kerja pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.
Perbelanjaan oleh dua pentadbiran terdahulu adalah bagi menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan. – Bernama
WOIT
700 JUTA RINGGIT
UNTUK IKLAN
LAWAN KOBID
DAN
KELUARGA
MALAYSIA ?
KAH KAH KAH
IKLAN MADANI
PUN NAMPAK
KONSEP SAMA
KAH KAH KAH
KHALAS
UMNO MAKIN BIJAK
Koo Ham jangan jadi duri dalam daging – Dr Akmal
Cadangan Koo Ham adalah satu kekhilafan – Anthony
Pas Johor beri amaran, DAP jangan bermain api
Akan ada pemimpin
cakap ikut suka,
menyusahkan parti,
kata Puad
KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi memuji Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang membawa imej sederhana dan tahu menghormati kawan serta lawan.
Menyifatkan Menteri Pengangkutan itu sebagai pemimpin yang realistik, Puad berkata, gaya kepemimpinan Loke juga disenangi ramai pihak.
Namun, katanya, setiap parti politik termasuk DAP memang wujud ‘budak nakal’ yang tidak boleh dikawal sehingga menyusahkan parti.
UMNO MAKIN
BIJAK
AMIN
GADUHKAN DAP
SESAMA DAP
KAH KAH KAH
KHALAS
ZIONIS GAGAL MUSNAH HAMAS
Perang Gaza akan berlarutan berbulan-bulan, kata Netanyahu
PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam berkata perang Israel terhadap Hamas akan berlangsung “berbulan-bulan” apabila beliau memperbaharui ikrarnya untuk menghapuskan kumpulan pejuang Palestin dari Gaza.
Beliau yang bersumpah untuk membawa pulang semua warga Israel yang masih menjadi tebusan di Gaza, berkata tentera terlibat dalam “perjuangan yang rumit” dan memerlukan masa untuk mencapai matlamatnya.
“Perang akan berterusan selama beberapa bulan sehingga Hamas dihapuskan dan tebusan dikembalikan,” kata Netanyahu pada satu sidang akhbar.
“Kami akan memberi jaminan bahawa Gaza tidak akan lagi menjadikan ancaman kepada Israel,” katanya, sambil menambah kira-kira 8,000 pejuang Palestin terbunuh dalam kempen ketenteraan Israel di wilayah itu.
“Selangkah demi selangkah kami melucutkan keupayaan Hamas… Kami juga akan menghapuskan para pemimpinnya.”
Perang antara Israel dan Hamas meletus selepas pejuang Hamas melakukan serangan ke atas Israel selatan pada 7 Oktober yang mengorbankan kira-kira 1,140 orang, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka Israel.
Pengantara antarabangsa - yang pada bulan lalu menjadi perantara gencatan senjata selama seminggu yang menyaksikan lebih 100 tebusan dibebaskan dan beberapa bantuan memasuki Gaza - meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan jeda baharu dalam pertempuran.
Agensi berita AS Axios dan laman web Israel Ynet, kedua-duanya memetik pegawai Israel yang tidak dinamakan, melaporkan bahawa pengantara Qatar telah memberitahu Israel bahawa Hamas bersedia untuk menyambung semula rundingan mengenai pembebasan tebusan baharu sebagai pertukaran untuk gencatan senjata.
Apabila ditanya sama ada perjanjian baharu untuk pembebasan tebusan sedang dirundingkan, Netanyahu berkata Hamas telah “memberi semua jenis kata dua yang kami tidak terima”.
“Kami melihat perubahan tertentu (tetapi) saya tidak mahu menimbulkan jangkaan,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Satu delegasi Hamas berada di Kaherah pada Jumaat bagi membincangkan rancangan Mesir untuk gencatan senjata, pembebasan berperingkat tebusan untuk tahanan Palestin dan akhirnya menamatkan perang, kata sumber yang rapat dengan Hamas.
Semalam, ratusan penunjuk perasaan Israel berhimpun di Tel Aviv, menuntut kerajaan membebaskan tebusan.
“Bawa mereka pulang sekarang,” laungan penunjuk perasaan, lapor wartawan AFP.
“Perkara paling menakutkan di Gaza adalah untuk dilupakan,” kata Moran Stela Yanai, salah seorang tebusan yang dibebaskan semasa gencatan senjata bulan lalu.
“Perkara paling berperikemanusiaan yang boleh dilakukan… ialah membawa semua orang pulang,” katanya kepada perhimpunan itu.
Serangan tanpa henti Israel ke atas Gaza setakat ini telah membunuh sekurang-kurangnya 21,672 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas. – AFP, 31 Disember, 2023.
INI MAKNANYA
GERILA HAMAS
AL-QASSAM
DAN
ISLAMIK JIHAD
MASIH BERSEDIA
BERTEMPUR
AMIN
INI TANDA ZIONIS
GAGAL MEMUSNAH
HAMAS
AMIN
KHALAS
MALAPETAKA IKLIM TAK SELESAI DENGAN DOA
MALAPETAKA
IKLIM TAK AKAN
SELESAI DGN DOA
AMIN
Unknown commented on
"LAPORAN KAJI CUACA -
BANJIR & HUJAN"
Malapetaka melanda sedikit demi sedikit, semakin ramai pencuri bertopeng agama bangsa kaum kah kah kah cuma boleh doa supaya sampailah ke akhirat dengan baik belaka kah kah kah
PENDATANG HARAM CHINA. MERAH
PENDATANG HARAM
CHINA MERAH
DUDUK DI KONDO
KHALAS
Unknown commented on
"PENDATANG HARAM CHINA MERAH DIMANA ?"
Serbu condo condo mewah akan jumpa warga China Merah? Serbu tempat mewah rumah kediaman mewah tak ramai orang-orang tempatan mampu, siap ada security siapa ada jaga siapa ada tukang bagi tahu kalau operasi sindiket warga asing begitu hebat sampailah orang-orang kita uniform pun sanggup jual demi duit, macam Mahathir cakap money is king tapi dia lupa dia pun sama perangai jugak kerana duit sanggup jual bangsa sendiri selama 22 tahun kah kah kah
Unknown commented on
"PENDATANG HARAM CHINA MERAH DIMANA ?"
Mereka tahu sarang mana, tebuan mana saja mahu atau tidak saja lah, tak payah wayang media selalu, orang biasa rakyat tak ada uniform tahu, tak akan imigresen makan kenyang berak senang tak tahu pulak? Tak ada malu kah?
Sedikit pun tidak malukah? Makan duit rasuah setiap hari jual kedaulatan negara tidak sakit kah? Apa punya bangsat ini? Sampai orang asing hina Melayu sebagai pemalas pun tarak malu susah kah kah kah
MALAM INI HARI AKHIR
MALAM AKHIR
AKSI KEPONG
AHAD 31 DISEMBER 2023
HARI AKHIR 2023
ESOK SENIN 2024
MALAM INI KE MANA
UNTUK SAMBUT TAHUN BARU?
GAU CADANGAKAN
GUA JEMPUT
SEMUA KAWAN KAWAN
SEMUA PEMBACA
SEMUA PEMBENCI
TUKAR TIUB
DATANG KE AKSI KEPONG
KITA SAMBUT TAHUN BARU
DENGAN BERDEMO
MELAWAN AMERIKA
DAN
BERDEMO SOKONG PALESTIN
ADA MUSIK
ADA NYANYIAN
ADA CERAMAH
BERMULA JAM 6 PETANG
BUKAN SUSAH NAK CARI
JALAN ARAH KE KLCC
ARAH KE TABUNG HAJI
ARAH KE OPIS DUTA AMERIKA
AKAN NAMPAK KHEMAH KEPONG
SILA DATANG
KITA BUAT SEJARAH
KITA BERSAMA
HIMPUNAN 1 BILION
RAKYAT DUNIA
DARI MELBOURNE
KE TOKYO
KE MUMBAI
KE TEHRAN
KE LONDON
KE PARIS
KE NEW YORK
UMAT MANUSIA MELAWAN ZIONIS
DATANG JANGAN
TAK DATANG
CATIT DIRI DAN BUAT SEJARAH
AMIN
UKRAINE
MEMBALAS SERANGAN RUSIA
UKRAINE BOM RUSIA
RAMAI MATI RAMAI CEDERA
PERANG DITERUSKAN
GAZA
AKHIR TAHUN
JUMLAH MATI BERTAMBAH
TAPI JELAS DILIHAT
KEMENANGAN AMAT JAUH
DARI ISRAEL
PAKISTAN
RAYUAN IMRAN KHAN
DI TOLAK
IMRAN TAK DIBENARKAN
BERTANDING DALAM PRU
YANG AKAN BERLANGSUNG
TIDAK LAMA LAGI
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
HUJAN SEKEJAP KELMARIN
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT TERBENTANG BIRU
GUA TERDENGAR
AYAM BETINA BERKETAK
MUNGKIN LEPAS BERTELOR
GUA TERDENGAR DARI WILAYAH JAUH
HOW WOW
BERLAGU
HARI INI
DI AMBANG TAHUN BARU
GUA YAKIN HARI AKAN PANAS
KETIKA GUA MENGETIK
TAK TAK MENJALAR DI BALKONI
BERJEMUR
GUA HARAP
TIDAK HUJAN KERANA
MALAM INI GUA
NAK MENGHASUT
DI AKSI KEPONG
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT AHAD AKHIR
DENGAN SENYUMAN
BUNGA MELOR DI SERI RAMA RAMA
BAJU LICIN KEMAS DISETERIKA
ADIK KAKAK MARI SAMA SAMA
KITA TIBAI ZIONIS AMERIKA
AMERIKA MELANUN ISRAEL MENJARAH
CURI BUAH ZAITON MASUK DALAM TIN
MALAM INI KITA BUAT SEJARAH
SAMBUT TAHUN BARU SOKONG PALESTIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HAR INI
SEAMAT TAHUN BARU
Langgan:
Catatan (Atom)