Jumaat, 4 Disember 2020

UNDUR JALAN TERBAIK -SELAMAT MALAYSIA

 


 UNDUR JALAN

TERBAIK UNTUK

KELUAR DARI 

HUTAN POLITIK

SELAMATKAN MALAYSIA 


BERITA BAIK - JANGAN ADA PUTAR

 




 INI BERITA BAIK

UNTUK NEGARA

AMIN

JALAN KELUAR

DARI  SESAT 

DALAM 

HUTAN  POLITIK

I GOT NUMBO

AMIN

SELAMATKAN

PAKATAN HARAPAN

 PALING PENTING 

SELAMATKAN RAKYAT 

AMIN 

Anwar sedia undur

 jawatan

 ketua pembangkang

ANWAR Ibrahim sedia berundur dari jawatan ketua pembangkang bagi memikul tanggungjawab atas kegagalannya menyekat Belanjawan 2021 daripada diluluskan setakat ini.

Katanya, beliau sedia berbuat demikian bagi memenuhi desakan dari kumpulan dalam Pakatan Harapan (PH) yang mahu beliau berbuat demikian.

Pada masa sama, beliau juga menyifatkan tuntutan berkenaan sebagai perkara kecil yang hanya dicetuskan dari keresahan golongan muda dalam PH.

Beliau juga mahu penggantinya untuk jawatan tersebut merupakan muka baharu dan bukan tokoh lama yang sudahpun bertemu kegagalan, katanya dalam satu wawancara disiarkan Sinar Harian.

“Kalau dibandingkan dengan (pergelutan dihadapinya pada) 1998-1999. Ini perkara kecil dalam pertarungan kita.

“Anwar boleh undur untuk menyokong orang lain. Janganlah ambil orang yang sudah diuji dan gagal. Ambil orang lain,” katanya dalam rakaman wawancara disiarkan semalam.

Pergelutan dalam tempoh 1998-1999 itu merujuk kepada gerakan reformasi yang dicetuskannya apabila beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri oleh perdana menteri waktu itu Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan itu menjawab tuntutan dari golongan muda dalam PH, terutama DAP yang mendesak beliau meletak jawatan atas kegagalan menolak Belanjawan 2021.

Usaha menolak belanjawan tersebut pada mulanya diuar-uarkan sebagai undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun ia tetap diluluskan di peringkat dasar pada 26 November apabila Anwar memberi arahan di saat akhir kepada pembangkang untuk tidak menuntut undi belah bahagi.

Beliau juga seterusnya menjelaskan, belanjawan tersebut masih boleh ditolak di peringkat jawatankuasa yang berlangsung 10 hari hingga 15 Disember.

Sehingga semalam, belanjawan untuk 11 kementerian sudahpun diluluskan di peringkat jawatankuasa. Perbahasan minggu depan akan meliputi 16 kementerian lagi. – 4 Disember, 2020.

 BILA

RAKYAT HILANG

KEPERCAYAAN

TAK PERLU KELUAR

AYAT DAN HADIS

AMIN

TAK PERLU PUTAR

AMIN

SELAMAT KAN

MALAYSIA DARI

GAWAT GILA

NAK JADI PM

HINGGA KAN

RUNTUH KERAJAAN

PAKATAN HARAPAN

AMIN

TERLAMBAT

TAPI KEBENARAN

AKHIRNYA SAMPAI

AMIN 



UNDI PERCAYA PADA MUHYIDDIN

 




RAKYAT


TOLONG


RAKYAT


YB PERAK

BUAT BETUL

BERI UNDI PERCAYA

PADA MENTERI BESAR

AMIN




Dewan Rakyat juga perlu contohi DUN Perak


Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun harus membenarkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yasssin dibahaskan, seperti perkembangan yang berlaku di Perak hari ini, kata Nga Kor Ming.


DEWAN RAKYAT

WAJIB  CONTOHI

DEWAN PERAK

BUAT UNDI

PERCAYA PADA 

MUHYIDDIN

KHALAS



MB Perak tewas undi percaya

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu gagal menguasai sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini apabila usul undi percaya dikemukakan terhadapnya hari ini semasa persidangan dewan.

Beliau hanya memperolehi sokongan 10 wakil rakyat sementara 48 yang lain menolak beliau sebagai menteri besar dalam undi belah bahagi yang dibenarkan Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Seorang wakil rakyat  berkecuali, umum Mohamad Zahir.


COTOH POLITIKUS

PENTINGKAN

RAKYAT

BUKAN GILA  KUASA

AMIN

Saya tak akan bubar DUN, kata Ahmad Faizal


AHMAD Faizal Azumu berkata beliau tidak akan mengusulkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila beliau menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi menyembah maklum kedudukan semasa kerajaan negeri Perak di bawah Perikatan Nasional (PN). 

Katanya beliau lebih mengutamakan kepentingan rakyat ketika negara sedang mendepani pandemik Covid-19 berbanding kedudukannya selepas gagal mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul keyakinan terhadapnya selaku Menteri Besar Perak pada persidangan DUN pagi tadi.

“Bila saya menghadap Sultan, saya boleh menyembah agar Dewan (DUN)  dibubarkan, (namun) adakah itu yang kita mahu? Sama sekali tidak, (kerana)  keadaan (sekarang) tidak kondusif untuk pilihan raya. Jadi apa yang saya harus lakukan?

“Saya perlu akur dan beri sokongan kepada sesiapa sahaja yang Tuanku pilih sebagai menteri besar dan mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penyampaian Surat Kelulusan Projek Masjid dan Surau di negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.


KITA

JAGA

KITA


CADANGAN KADIR JASIN




CADANGAN

KADIR JASIN

Awaiting moderation

Unknown commented on 

"SATU JALAN KELUAR

 DARI HUTAN YANG MENYESATKAN"

Cadangam ini akan ditentang abis abisan oleh nuwar dan ku li. Woii kadir! Gang lama aku semua sudah jadi piyem paklah najib madey dua kali muyidin. Hoi! Celakak punya kadir, time aku belum lagi jadi piyem ko pandaey pandey ko buat cadangam ni! Krohkrohkroh!



ANWAR AKAN BERUNDUR

 



 BETUL KE

ATAU

ACAH ACAH

KAH KAH KAH 


Anwar sedia undur jawatan ketua pembangkang



 KITA LIHAT 

KITA TUNNGU

ADA PUTAR KE

TAKDA PUTAR

AMIN 

PARTI ISLAM TERUS DIAM TENTANG ISRAEL

 




PARTI ISLAM DIAM

MALAYSIA DUDUK

SATU KEMA 

DENGAN ISRAEL

gazali commented on 

"CARA POLITIKUS TIPU RAKYAT"

yang paling teruknya jual agama untuk kesenangan dunia. Parti agama memang tak boleh dipercayai. masa jadi pembangkang apa kerajaan buat semuanya tak kena, bila dah ada jawatan diam spt tikus dalam beras. kalau bab derma atau sumbangan dialah paling "aktif" macam-macam ayat dan hadith dikeluarkan.



 bila ahlinya dalam kesusahan spt spt Bob Lokman memerlukan bantuan mana perginya pemimpin parti berkenaan dan dimana duit yg disumbangkan oleh org ramai? Manusia jenis cakap tak serupa bikin. Manakala bab daging seludup tak halal pula dimana mereka ini? Datuk Seri Alexander Nanta Linggi lagi bagus dari mereka. Kalau nak suruh mereka bising atau bantah perhubungan antara Arab Saudi dgn Israel... sorrylah TT, mereka dari parti bacul tak akan berani.

POLITIKUS BOLEH DIBELI



 POLITIKUS

BOLEH DIBELI

Unknown commented on

 "CHINA MERAH HANTAR AJEN"

TT, lagi bahaya jika Ahli Politik yg ada jawatan dan Kuasa yg boleh dibeli pendirian mereka dgn wang ringgit dan harta kebendaan...habis negara dibuatnya

ISLANG SERAMBI MANA?

 


ISLANG 

SERAMBI MANA?

Unknown commented on

 "GUMBIRALAH DENGAN

 APA YANG KITA ADA"

Kita ada pencuri jadi pemimpin negara kena gumbira kah? Kita ada tukang sondol pantat kena megah kah ? Kita ada kerajaan tebuk langit kena ceria kah? Sejak merdeka sampai sekarang salah komunis salah zionis kena melompat kah ? Semua pemimpin melayu islang sapu duit rakyat kena tabah kah ? 



Apa punya tur Abe TT, Demo tak steady jugak lah, Asyik cerita lubang tahi busuk, Modal apa lagi yang ada? Lubang mana nak kecapi lagi ? Semua kat atas sampai tepi jalan minta rasuah pau salah komunis kah ? Ajaran agama islang serambi mana pergi dah ? Kah kah kah

BAJU KUNING BAGI ORANG NAMPAK



BAJU KUNING

BAGI ORANG NAMPAK

Unknown commented on 

"TUKANG VIRAL SAMPAH"

sengaja pilih kuning kerana lapar perhatian. walaupun prestasi kerja tak tera mana tapi masih perasan yang dia relevan dan takda orang lain yang lebih layak daripada dia. habis takda modal air liur segala retorik teori islam madani islam syumul etc tapi tak jalan sebab orang melayu dah mula cerdik dan bosan dengan semua tu. 


jadi pergi kutip sampah di pantai tu konon dengan itu boleh modal untuk menang kerusi parlimen. master plan untuk PD apa cerita? apa yang dah berubah di PD sejak hang jadi MP? ka semua tu temberang juga? umor makin senja tapi masih dok jaja modal air liur jual temberang. sila ambil cermin dan cermin muka tu dulu.

RETARD GILO DUIT

 



RETARD GILO DUIT


panglimo potaseh commented on

 "MELAYU KENA TIPU"

Dulu profesyen ni dipangil Bomoh, Pawang, Dukun ..mrk tak gilo duit, gilo pantek ..skrg mrk digelar UsTaT, Tuan Guru, Dai ..mrk jual doa, air jampi, perubatan Islam ..mewah ..ada Dai rogol lobih 7 Srikandi islam ..nyoyot tetek.

BEREBUT BEREBUT GASAK TIBAI

 


UMNO KATA

BERSATU GAGAL

RAKYAT MENDERITA

KAH KAH KAH

WAJIB TEBUS DOSA

SEMBAH

GEROMBOLAN

KAH KAH KAH


Umno boleh terima kalau Bersatu tak kacau kerusi

BERSATU sedia diterima dengan hati terbuka sekiranya parti itu sanggup memberi laluan kepada Umno untuk bertanding di kerusi tradisinya, kata pemimpin parti itu.

Anggota exco Pemuda Umno Bastien Onn menegaskan, itu satu-satunya cara untuk membolehkan prinsip penyatuan yang dilaungkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menjadi kenyataan.

Sebaliknya, Bersatu perlu merampas kerusi yang kini dikuasai Pakatan Harapan (PH) dan tidak menganggu Umno untuk mengekalkan kerusi mereka, katanya kepada The Malaysian Insight.

“Kalau rasa hendak beri sumbangan, ada nilai tambah kepada gabungan Perikatan Nasional (PN), kita hendak mereka lawan di kerusi yang rakan mereka tanding dahulu dalam PH.

“Kalau macam itu (barulah) selesai. Umno akan betulkan kesilapan di kerusi yang pernah ditandingi mereka.

“Bersatu sebagai orang yang sangat kenal dengan PH patut lawan mereka. Saya rasa penyatuan itu boleh dilakukan tapi kena ada nilai tambah kepada gabungan,” kata Bastien.

Ketua Pemuda Umno Segamat itu berkata ia juga bagi menebus dosa Bersatu kerana gagal mentadbir negara sewaktu berada dalam PH yang menyebabkan rakyat menderita.

KITA SOKONG

GEROMBOLAN

AMIN

NAJIB WAJIB

JADI PEMIMPIN

AMIN

NAJIB DIFITNAH 

MADEY

AMIN 

KEMBALIKAN KUASA GEROMBOLAN 

AMIN



GUMBIRALAH DENGAN APA YANG KITA ADA

 


GUMBIRALAH

DENGAN APA YANG 

KITA ADA

 TERIMA KASEH 

RONALD REAGAN



SATU JALAN KELUAR DARI HUTAN YANG MENYESATKAN



SATU JALAN

KELUAR DARI

HUTAN POLITIK

YANG MENYESATKAN

KITA SEKRANG


Fikir melepasi 

pimpinan negara yang ada,

 cadang Kadir Jasin



DALAM tampalan Facebook saya pada 16 November dan 2 Disember, saya membangkitkan persoalan mengenai sama ada kita bersedia melihat melepasi barisan pemimpin yang ada hari ini dan apakah kita mempunyai barisan pemimpin pengganti yang berpotensi.
 

Persoalan-persoalan ini adalah mengenai keperluan memberi peluang kepada barisan pewaris dan bukan mengenepikan “old guards” dengan sewenang-wenangnya. Mereka yang baik dan tidak terpalit dengan jenayah boleh menjadi pengasuh dan pengapit. 

Tampalan 16 November Facebook saya itu berbunyi: “Apakah kita bersedia berfikir melepasi Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Mohd Yassin dan Anwar Ibrahim? Kalau jawapannya “ya”, siapakah yang kita harapkan?” Perbahasan mengenainya menghasilkan 211 komen.

Pada 2 Disember pula, saya bertanya: “Adakah di Malaysia tidak ada wajah-wajah baru seperti Sanna Marin, Justin Trudeau dan Jacinda Arden?” Tampalan saya itu mencetuskan lebih 160 respons.

Marin, seorang wanita muda berusia 35 tahun adalah Perdana Menteri Finland; Arden, juga seorang wanita adalah Perdana Menteri New Zealand berusia 40 tahun dan Trudeau Perdana Menteri Kanada berusia 48 tahun.

Apakah pandangan saya sendiri mengenai isu perwarisan ini? 

Bagi persoalan (poser) pertama, jawapan saya adalah kita wajib bersedia berfikir melepasi pemimpin-pemimpin yang saya sebutkan itu. 

Untuk soalan kedua, jawapannya bukan ada atau tidak barisan pemimpin pewaris yang berwibawa, tetapi sama ada kita bersedia atau tidak memberi peluang dan kepercayaan kepada mereka. 

Adalah tidak masuk akal kita mengikat diri kita kepada mana-mana satu generasi atau individu sedangkan kita tahu bahawa kesinambungan sesebuah negara bergantung kepada perwarisan yang terancang dan tersusun. 

Kita tidak ada pilihan selain menerima kesementaraan hidup dan berpegang kepada hukum bahawa yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti. 

Saya amat yakin jika dipaksa oleh keadaan dan kita tidak panik, kita akan memperoleh pengganti dalam apa keadaan sekali pun. 

Saya mohon berkongsi pengalaman peribadi saya sebagai pemerhati politik negara sejak saya mula mengenali dan memahami politik bertitik-tolak daripada pembacaan saya mengenai Gamal Abdel Nasser, Mao Tse Tong (Mao Zedong), Soekarno (Sukarno), Marshall Joseph Broz Tito, Kwane Nkrumah, Jomo Kenyatta, Fidel Castro, Ho Chi Minh dan banyak lagi nasional pasca-Perang Dunia Kedua. Tidak ketinggalan romantisme tentang keperwiraan Ernesto “Che” Guevara.

Saya disekolahkan mengenai pengetahuan am, politik, sejarah dan ilmu alam (geografi) oleh Utusan Melayu (jawi), Warta Negara (jawi), The Straits Times, The Straits Echo, Mastika, Dian dan banyak lagi penerbitan serius dan berkualiti tahun 1950-an dan 60-an.

Pengalaman Peralihan

Saya ingat lagi nenek saya dan generasinya menangis tersedu-sedan apabila Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra didesak dan diasak agar meletakkan jawatan pada tahun 1970 manakala generasi ayah saya bergembira menerima Almarhum Tun Abdul Razak Hussein sebagai pengganti.

Seorang doktor perubatan dari Alor Star yang baru hilang kerusi Parlimen Kota Setar Selatan (kini Pendang) dalam Pilihan Raya Umum 1969, Dr Mahathir Mohamad disebut-sebut sebagai “protagonist” yang instrumental terhadap kejatuhan Tunku.

Ketika itu Abdul Razak berusia 48 tahun dan Dr Mahathir 45 tahun. Bersama-sama mereka mengubah sejarah dan hala tuju negara. Tidak kedengaran pula bantahan atau cemuhan mengatakan mereka terlalu muda.

Tunku mengambil alih Umno daripada Almarhum Datuk Onn Jaafar pada tahun 1951 ketika berusia 48 tahun dan menjadi Perdana Menteri Malaya Merdeka pada usia 54 tahun. Pun tidak kedengaran bantahan atau cemuhan mengatakan beliau terlalu muda.

Almarhum Tun Hussein Onn pun menjadi Perdana Menteri pada usia 54 tahun, Dr Mahathir 56 (pusingan pertama), Tun Abdullah Ahmad Badawi 64 tahun dan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak 56. 

Hari ini, ramai pemimpin yang menanti sama adalah dalam lingkungan usia 60-an atau 70-an seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (73 tahun). Realitinya kepemimpinan peringkat tertinggi kita semakin hari semakin tua sedangkan demografi kita semakin hari semakin muda. Mulai PRU ke-15 ini, warganegara semuda 18 tahun sudah boleh mengundi.

Facebook saya 2 Disember
 
Kalau dulu sistem pewarisan politik kita boleh memberi peluang kepada pemimpin muda seperti yang berlaku kepada Tunku, Abdul Razak, Hussein, Dr Mahathir dan Mohd Najib, tentunya peluang yang sama boleh diberi kepada pemimpin muda hari ini!

Apakah di kalangan generasi muda hari ini tidak ada yang cemerlang seperti Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi Pengerusi pengasas Petronas pada usia 37 tahun dan Menteri Kewangan pada usia 39 tahun atau yang berani seperti Anwar yang menggoncangkan “establishment” dengan protes-protes jalanannya ketika bersusia 27 tahun? 

Atau macam Tun Daim Zainuddin yang menggabungkan kepintaran dalam bidang undang-undang, ekonomi, perniagaan dan politik untuk menjadi strategis dan pelaksanana kelas dunia
 
Apakah nama-nama dalam dunia politik dan bukan politik yang disebutkan oleh pembahas, seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Nurul Izzah Anwar, Khairy Jamaluddin, Dr Muhammed Abdul Khalid, Darell Leiking, Razifi Ramli, Hannah Yeoh, Fahmi Fadzil, Liew Chin Tong, Dr Mazlee Malik, Ebit Irawan Lew, Yeo Bee Yin, Adly Zahari, Mukhriz Mahathir dan banyak lagi, pada usia mereka sekarang, “inferior” kepada pemimpin barisan hadapan masa kini ketika mereka muda dulu? 

Kita mempunyai bilangan pemimpin dalam lingkungan usia 40-an, 50-an dan 60-an yang cukup besar untuk ditapis dan dipilih. Mereka sudah cukup lama bergiat dalam politik, dipilih menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undang Negeri dan dilantik menjadi Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri. Jadi, soal tidak ada calon tidak timbul.
Atau adakah kita sudah menjadi mangsa pukau dan rasuah politik ala “the scheme of things” dan “cash is king” sehingga tidak boleh lagi melihat ke hadapan, melepasi barisan pemimpin kanan yang ada hari ini? 

Adakah kita hendak membiarkan politik kita terus berpecah-belah, beracun dan berundur semata-mata atas dasar suka dan benci, nostalgia dan emosi sehingga negara kita semakin hari semakin hilang arah tujuan.

Pilihan terbaik adalah menggabungkan kebijaksanaan dan pengalaman pemimpin veteran dengan idealisme dan kecergasan pemimpin muda seperti yang dieksperimen oleh Pakatan Harapan (PH) ketika pemerintahannya. 

Bahaya menunggu terlalu lama adalah kepemimpinan yang ada sekarang akan terus bercakaran sehingga tidak ada apa-apa lagi yang hendak diwariskan kepada barisan pengganti. 

Maka jadilah politik Malaysia padang jarak, padang tekukur; kalah jadi abu, menang jadi arang. Dan kita akan dikutuk oleh anak cucu kita sebagai manusia tamak dan gila kuasa yang menjahanamkan negara. 

Wallahuaklam. Terima kasih.



CARA POLITIKUS TIPU RAKYAT

 


CARA POLITIKUS

TIPU RAKYAT

Mawsa commented on 

"MALAYSIA SEMEJA DENGAN ZIONIS ISRAEL"
Kat Malaysia ada banyak style nak cari duit:
 1) jual maruah masuk UMNOoG 
2) cakap nombo & lidah biawak ikut Abam 
3) jual agama masuk Petai Pus Pus
 4) jual negara Bersatulah 1,2&3

SATU SOALAN

 


SATU SOALAN

Unknown commented on 

"INI BUKAN YB POYO - INI YB PORT DICKSON"

Mana lebih hina, org yg kutip sampah atau org yg buang sampah bukan pd tempatnya.

Din commented on

 "INI BUKAN YB POYO - INI YB PORT DICKSON"

Apa salahnya dia kutip sampah.. masa dia sampai kat pantai tu dia nampak sampah.. terus kutip, apa masalahnya.

CHINA MERAH HANTAR AJEN

 


BERAPA RAMAI 

WARGA 

CHINA MERAH

DAH MASUK

KE TANAH MELAYU

AMIN

MEREKA TAK AKAN

PULANG PULANG

AMIN

ANTARA MEREKA

BERAPA AJEN

KERAJAAN  CCP

CHINA MERAH

AMIN 

MASUK SEBAGAI

PELANCUNG

 KEMUIDAN

TAK PULANG

AMIN

Seorang lagi 

pegawai imigresen 

dicekup SPRM

SEORANG lagi pegawai imigresen ditahan bersama seorang individu disyaki ejen mengutip rasuah bagi membebaskan warga China yang melakukan kesalahan imigresen.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pegawai gred KP19 berusia 26 tahun itu ditahan jam 7.45 petang semalam ketika sedang menerima rasuah.

Beliau ditahan semalam berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas lelaki disyaki ejen berusia 40 tahun ditahan di Cheras, kata sumber.

“Suspek bertugas di bahagian operasi KLIA ditahan SPRM Selangor kerana meminta rasuah sebanyak RM22,000 bagi melepaskan dua warga negara China yang ditahan agensi itu pada 30 November lalu atas kesalahan menggunakan cop palsu.

“Modus operandi mereka ialah pegawai imigresen akan memberikan ejen butiran mengenai warga China yang ditahan atas kesalahan imigresen di KLIA.

“Tugas ejen ialah menghubungi keluarga mereka di China untuk meminta wang rasuah bagi dilepaskan dari tahanan imigresen,” katanya.

Sumber berkata, ahli keluarga di China akan menghubungi rakan-rakan di Malaysia untuk membantu menyediakan wang dan menyerahkan wang kepada ejen terbabit.

Penahanan pegawai dan ejen tersebut melibatkan operasi berbeza dengan Ops Selat yang kini berjaya menahan hampir 50 suspek, termasuk 27 pegawai imigresen, kata sumber.

“Suspek bergerak secara bersendirian dan telah biasa melakukan perbuatan ini,” kata sumber.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua tangkapan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 atas kesalahan meminta rasuah. Kedua-dua suspek akan direman di Mahkamah Shah Alam pagi ini,” katanya. – 3 Disember, 2020.

TUGAS AJEN INI

MENGENAL

PEGAWAI BOLEH

 DIRASUAH

AMIN

MENGENAL SAPA

PEMEGANG  KUASA

AMIN

JANGAN LUPA

TAKTIK INI

DIPAKAI OLEH JEPUN

SEBELUM MELANGGAR 

TANAH MELAYU 1941

AMIN