MADEY
TAKDA
PILIHAN
Majoriti pemimpin Bersatu mahu Dr Mahathir rombak Kabinet
KEBANYAKAN pemimpin tertinggi Bersatu menyokong rombakan kabinet susulan kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, menurut sumber parti.
Mereka melihat rombakan Kabinet sebagai satu cara untuk pakatan itu mendapatkan kembali keyakinan rakyat selepas kekalahan teruknya kepada Barisan Nasional (BN) ketika berdepan kritikan berhubung prestasinya sebagai kerajaan persekutuan sejak 18 bulan lalu.
“Ia merupakan pandangan majoriti,” kata sumber parti yang rapat dengan mesyuarat pimpinan tertinggi Bersatu di Petaling Jaya semalam.
Dr Mahathir mengumumkan kemungkinan rombakan Kabinet semalam selepas mesyuarat berkenaan.
Bagaimanapun, menurut sumber parti, Dr Mahathir tidak yakin rombakan Kabinet mampu selesaikan masalah PH.
Perdana menteri membayangkan keengganannya ketika sidang media semalam: “Rombakan Kabinet bukan caranya untuk kembalikan kedudukan kerajaan. Walaupun kita buat rombakan sekarang, ia akan mengambil masa untuk seseoang itu membiasakan diri dengan tugas baharu dan mengambil masa untk menilai prestasi seseorang.
“Mungkin orang baru tidak memberikan prestasi baik dan akan ada lagi permintaan untuk rombakan Kabinet.
“Ini seperti rombakan Kabinet adalah jawapan kepada semua masalah kita. Ia bukan mudah,” kata pengerusi PH.
Satu sebab mengapa Dr Mahathir teragak-agak untuk merombak kabinet kerana Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2020.
“Banyak perkara yang perlu dilakukan. Masalah besar kita tahun depan adalah kita akan jadi tuan rumah kepada sidang Apec dan kita tak boleh ambil mudah. Ia salah satu daripada persidangan antarabangsa terbesar,” katanya kepada pemberita semalam ketika ditanya bila rombakan Kabinet akan dilakukan.
Pada mesyuarat semalam, pemimpin Bersatu tidak menyatakan tarikh akhir untuk rombakan Kabinet.
Secara umumnya, Dr Mahathir berkata beliau perlu bincangkan perkara itu dengan parti lain dalam PH, dan juga Parti Warisan Sabah.
Cakap-cakap mengenai rombakan kabinet timbul kini dan sejak PH menubuhkan kerajaan persekutuan tahun lalu, namun Dr Mahathir sentiasa menafikannya.
Kecuali Dr Mahathir dan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin, kesemua 26 ahli Kabinet adalah pertama kali menjadi menteri.
Sejak 18 bulan lalu, PH sering menerima kritikan awam berhubung beberapa isu melibatkan kos sara hidup, pendidikan, tol lebuh raya, bantuan kepada petani dan nelayan, penangguhan mekanisme subsidi petrol dan pembaharuan undang-undang dan institusinya yang perlahan.
Daripada segi parti, PKR memiliki paling ramai menteri iaitu tujuh, Bersatu dan DAP masing-masing mempunyai enam, Amanah lima, Warisan tiga dan seorang dari Hindraf. – 21 November, 2019.
BABY RINA
P.W MOORTY
SAM JEDI
XXX-VIER
ANTARA NAMA
YANG WAJIB
DIFIKIRKAN
KERANA
NGABIS BOREH
KAH KAH KAH
----------