Khamis, 5 Oktober 2023

BUKA MULUT TIPU - SLOGAN POPULAR DI PELANGAI


BUKA MULUT TIPU

SLOGAN POPULAR

DI PRK PELANGAI

KHALAS

SABAH SARAWAK MERDEKA ?



Aktivis hak Sabah, Sarawak bawa MA63 ke mahkamah antarabangsa

KIRA-KIRA 10 aktivis pro-kemerdekaan dan hak negeri dari Sabah dan Sarawak membawa persoalan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan kedudukan kedua-dua negeri dalam persekutuan Malaysia kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague untuk diselesaikan.

Kumpulan itu berkata mereka berhasrat untuk mendapatkan pemeriksaan menyeluruh mengenai keabsahannya Perjanjian Malaysia 1963.

Kumpulan itu termasuk Yayasan Penderitaan Borneo di Malaysia, Hak Sabah Sarawak Australia New Zealand (SSRANZ), Inisiatif Masyarakat Madani Borneo (Gindol), Parti Aspirasi Sarawak dan Gabungan Antarabangsa Orang Asli.

Aktivis itu berkata isu pertama yang mereka mahu mahkamah lihat adalah sama ada MA63 adalah perjanjian antarabangsa yang dibuat secara sah.


“Secara khusus, Mahkamah juga perlu mengkaji sama ada proses pembuatan MA63 untuk memudahkan ‘integrasi’ Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak dengan Singapura ke dalam Persekutuan Malaya (kemudian dikenali sebagai Malaysia), adalah tidak konsisten dengan hak asasi rakyat untuk mencapai kemerdekaan pertama, seperti yang dijanjikan oleh UK pada tahun 1946,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Persoalan kedua yang mereka kemukakan kepada mahkamah ialah sama ada terma MA63, jika ia sah, dipatuhi sepenuhnya.

Mereka menolak cadangan isu itu harus ditangani oleh mahkamah Malaysia.

“Dalam mencari penyelesaian yang adil dan saksama bagi perkara ini, kami dengan hormatnya tidak bersetuju dengan cadangan itu.

“Memandangkan sifat antarabangsa MA63, kami percaya adalah penting untuk membawa perkara ini ke ICJ, sebuah tribunal antarabangsa yang diiktiraf khusus untuk menyelesaikan pertikaian antara negara,” kata kumpulan itu.

Mereka menambah badan antarabangsa yang tidak berat sebelah seperti ICJ sangat sesuai untuk menilai sama ada MA63 ditubuhkan secara sah.

“Kami berniat untuk mencari pemeriksaan menyeluruh tentang keabsahan dan kebolehtadbiran Perjanjian Malaysia 1963. 

“Kami berkomitmen untuk memastikan penilaian yang teliti sama ada semua pihak yang terlibat telah dengan setia mematuhi terma dan obligasi yang dinyatakan dalam MA63.

“Ini termasuk penilaian kepatuhan terhadap semangat dan teks perjanjian.”

Mereka menambah dengan membawa perkara itu kepada ICJ, mereka juga mengakui kepentingan untuk menegakkan persepsi kesaksamaan dalam mana-mana proses penyelesaian pertikaian.

“Forum antarabangsa seperti ICJ dapat membantu mengatasi kebimbangan tentang potensi kecenderungan dan menyumbang kepada penyelesaian yang lebih telus dan adil.

“Dalam usaha kami mencari keadilan dan kejelasan mengenai kedudukan Sabah dan Sarawak, kami percaya bahawa merujuk kepada ICJ adalah langkah yang bertanggungjawab dan membina ke hadapan.

“Kami berharap semua pihak yang terlibat akan menyokong usaha ini ketika kami mencari penyelesaian yang adil dan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” tambah mereka. – 4 Oktober, 2023.


ADA PERKARA

TIDAK DI TERANG

DENGAN JELAS

PADA KITA SEMUA

AMIN

CONTOHNYA 

KENAPA 

KITA BAYAR

SEWA SABAH PADA

KELUARGA 

SULTAN SULU 

TIAP TAHUN

AMIN

KENAPA DALAM

PERLEMBAGAAN

PILIPINA SABAH

ADALAH WILAYAH

MEREKA

AMIN

KHALAS

BERBINCANG BUKAN BERGADUH



Jerebu: Malaysia tunggu maklum balas Indonesia, kata Nik Nazmi

MALAYSIA masih menunggu maklum balas daripada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Malaysia setakat ini belum menerima respons selepas menghantar surat kepada negara tersebut dan berharap mendapat maklum balas secepat mungkin.

“Belum lagi (terima maklum balas), kita dah hantar surat tersebut secara langsung, juga kita hantar kepada kedutaan…dan kita akan menunggu respons daripada mereka,” katanya pada sidang media sempena Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia 2023 (IGEM 2023).

IGEM 2023 yang berlangsung dari 4 hingga 6 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dirasmikan Timbalan Perdana Fadillah Yusof mewakili Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.

Semalam Nik Nazmi dilapor berkata surat berkenaan dihantar kepada rakan sejawatnya di Indonesia susulan arahan Perdana Menteri supaya penyelarasan dibuat dengan rakan sejawat dalam Asean bagi menyelesaikan masalah jerebu merentas sempadan.

Dalam pada itu Nik Nazmi berkata mengikut bacaan terkini daripada Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) yang berpusat di Singapura, terdapat sembilan titik panas dikesan di Sarawak manakala di Indonesia iaitu Sumatera (16 titik panas) dan Kalimantan (193 titik panas). – Bernama, 5 Oktober, 2023.

ADA KEBAKARAN

DI SUMATERA

AMIN

ASAP SAMPAI

PADA KITA

AMIN

BOLEH SELESAI

JIKA DIBINCANG

AMIN

KHALAS

CUKONG NAK REMBAT HARTA NEGARA



Selepas dikritik PN, 33 peratus saham Boustead Plantations tak jadi dijual

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd (BHB) dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) telah bersetuju untuk tidak meneruskan pengambilalihan 33 peratus kepentingan dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant) dengan pertimbangan tunai RM1.15 bilion oleh KLK.

Isu penjualan saham tersebut menerima bantahan Perikatan Nasional (PN) yang membangkitkan isu tersebut dalam Dewan Rakyat dan mempertikaikan langkah kerajaan campuran mahu menjual aset penting negara itu kepada syarikat luar.

BPlant dan KLK berkata bahawa “syarat-syarat duluan di bawah perjanjian kerjasama strategik (SCA) tidak dapat dimuktamadkan pada tarikh akhir 6 Okt 2023.”

“Berdasarkan kepada keadaan itu, pihak-pihak berkaitan saling bersetuju bahawa SCA itu akan ditamatkan berkuat kuasa serta-merta pada 4 Okt 2023,” kata kedua-dua syarikat dalam makluman masing-masing kepada Bursa Malaysia semalam.

Berikutan daripada penamatan itu, RHB Investment Bank Bhd, bagi pihak KLK, berkata BHB akan memulangkan deposit bersamaan kira-kira RM229.15 juta kepada KLK dalam tempoh 14 hari perniagaan bermula hari ini, “atau tarikh lain yang boleh dipersetujui antara pihak-pihak.”

Kedua-dua KLK dan BPlant berkata penamatan SCA itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan, pendapatan sesaham, aset bersih dan aset bersih sesaham mereka bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2024 (untuk KLK) dan tahun kewanga berakhir 31 Dis 2023 (untuk BPlant).

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ialah pemegang kepentingan utama dalam BPlant dan syarikat induknya adalah BHB.
Pada 24 Ogos 2023, KLK mencadangkan untuk membeli 739.20 juta saham, atau 33 peratus kepentingan dan satu saham BPlant daripada BHB pada harga RM1.15 bilion.

KLK juga mencadangkan tawaran pengambilalihan mandatori untuk mengambil alih semua baki saham BPlant yang belum dimiliki oleh KLK, BHB dan LTAT pada harga RM1.55 sesaham.

Harga tawaran nilai BPlant ditetapkan adalah pada RM3.47 bilion.

Dalam satu kenyataan pada 11 Sept 2023, KLK mengumumkan pihak terbabit bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir perjanjian itu kepada 22 Sept 2023. Selepas itu, tarikh tersebut dilanjutkan lagi kepada 6 Okt 2023.


TAHNIAH

MELAYU ISLAM

AMIN

NASIB BAIK

ADA KESEDARAN

MELAYU ISLAM

AMIN

BATALKAN

PROJEK 

CUKONG NAK

REMBAT HARTA

NEGARA

AMIN

KHALAS

MENTERI KEWANGAN BARU DI PERLUKAN


RAKYAT MAHU

MENTERI

 KEWANGAN

YANG TAHU 

HAL EKONOMI

KHALAS

RAFIZI TAK SETUJU NAJIB DIBEBASKAN


RAFIZI TAK SETUJU

NAJIB DIBEBASKAN

KHALAS

CHINA JADI RAKYAT ?


APAKAH CHINA

DI FOREST CITY

AKAN DAPAT 

KERAKYATAN?

KHALAS

panglimo potaseh commented on
 "APA DAH JADI PADA TANAH MELAAYU ?"

1.2 juta ekor China Merah di seludup .. Fores Siti akan merumahkan 700,000 ekor jutawan China Merah.

Den nak nanyo tapi jangan chokau den yo .. Inchik Zahid Totok yang merancang nak bawak masok satu hinggo dua juta Bangla jadi ko tak .. kan apo ghamai awek dan jando kek Ulu Langat tanyo .. dan moreko posan yg kurang onam inchi jgn di bawak masok .. kahkahkah .

HUJAN PETANG


HUJAN PETANG

PANAS TERIK DARI PAGI
TERTIBA JAM 3.30 PETANG
HUJAN TURUN AGAK LEBAT
TAK SAMPAI 10 MINIT
KEMUDIAN AGAK  REDA
DAN BERTERUSAN HUJAN

TAKDA KILAT TAKDA GURUH
CUACA MASIH CERAH
CAHAY MATAHARI BELUM HILANG

APAKAH INI HUJAN BUATAN
WALAU APA PUN
HUJAN PETANG MEMBAWA BASAH
MENJADIKAN
CUACA SANTAI WAKTU MALAM
AMIN


PELIK TAPI BENAR



PELIK TAPI BENAR

KHALAS



KHAIRY TIBAI ANWAR SEKARANG - PASAI APA ?


DULU TAK TIBAI

SEKARANG 

BARU TIBAI

PASAI APA

KAH KAH KAH

KHALAS

KHAIRY TIBAI ANWAR


Khairy gelar Anwar 'menteri kewangan sambilan'

Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menggelar Anwar Ibrahim sebagai "menteri kewangan sambilan", kritikan terbarunya terhadap perdana menteri yang memegang portfolio penting tersebut.

Khairy berkata demikian semasa membincangkan isu kontroversi DuitNow QR dalam Keluar Sekejap, podcast yang dihoskan bersama Shahril Hamdan sejak kedua-dua individu tersebut itu terkeluar daripada barisan kepimpinan Umno awal tahun ini.

Beliau berkata, kontroversi mengenai caj transaksi terhadap peniaga yang menggunakan kod QR sebagai mod pembayaran tanpa sentuh daripada pembeli sebenarnya boleh dielakkan.

"Dan dalam keadaan di mana tidak ada menteri kewangan sepenuh masa, ada menteri kewangan sambilan, saya rasa benda-benda remeh macam ini sepatutnya tidak menjadi masalah yang membebankan kerja perdana menteri sambilan kita ini," kata Khairy.

DuitNow QR ialah perkhidmatan pembayaran digital diperkenalkan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), sebuah syarikat gabungan beberapa bank komersial utama, dengan Bank Negara Malaysia sebagai pemegang saham majoriti.

Tindakan Anwar melantik dirinya sebagai menteri kewangan akhir tahun lalu dikecam secara meluas sebagai satu lagi perubahan beliau. 

Satu ketika dahulu, gabungan Pakatan Harapan (PH) dipimpinnya menggesa agar jawatan itu tidak dipegang oleh perdana menteri, dan berhujah kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlaku sewaktu pentadbiran Najib Razak yang ketika itu memegang jawatan perdana menteri dan menteri kewangan.

Sementara itu, Khairy dalam podcast edisi hari ini berkata terdapat perbincangan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi khuatir dengan sebarang cubaan untuk melantik Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani sebagai menteri kewangan kedua, di tengah-tengah jangkaan rombakan Kabinet.

Beliau berkata inilah sebabnya Zahid mencadangkan kepada kerajaan supaya mewujudkan semula Kementerian Wilayah Persekutuan, dengan harapan Johari, yang dilihat tidak setia kepada presiden Umno, akan diberikan jawatan itu.

WOIT

INI DAH BERAT

KHAIRY DAH MULA

MENIBAI

KAH KAH KAH

ANWAR  MENTERI

SAMBILAN

KAH KAH KAH

MASA LAIN 

BUAT APA?

AMIN

JADI PENARI

FILEM TAMIL

KAH KAH KAH

KHALAS



PROJEK LOMPAT



Semua Adun BN tidak akan 'lompat', kata Wan Rosdy


KESEMUA 15 Adun Pahang daripada Barisan Nasional (BN) menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy yang juga pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua Adun BN kepadanya semalam.

“Mereka semua memberi jaminan, akan terus berdiri teguh dengan kerajaan yang ada pada hari ini dan mereka menyokong kepimpinan saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Sembang Santai Veteran di Bentong, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dalam ceramah perdana di Felda Chemomoi semalam yang mendakwa ada kemungkinan Adun daripada BN akan menyertai PN sekiranya gabungan itu menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Komposisi yang membentuk kerajaan Pahang ketika ini terdiri daripada 16 Adun BN dan lapan Adun Pakatan Harapan (PH), manakala PN mempunyai 17 Adun. 

Pahang adalah antara negeri yang masih belum menguatkuasakan undang-undang anti lompat parti bagi Adun sejak ia berkuat kuasa di peringkat Persekutuan pada 5 Oktober tahun lepas. 

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata dakwaan Muhyddin itu adalah satu bentuk fitnah yang bertujuan mengelirukan dan menakutkan rakyat serta pengundi menjelang PRK Pelangai.

“Ini adalah satu budaya yang bagi saya yang tidak sihat…sebagai ahli politik kita sepatutnya cakap soal pengharapan dan kesejahteraan kepada rakyat. Bukan dengan sentimen menakut-nakutkan rakyat dan membuat cerita yang bukan-bukan,” katanya.

PRK Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Johari Harun daripada BN yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

PRK pada Sabtu ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Amizar Abu Adam, calon PN Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni. – Bernama, 4 Oktober, 2023.

WOIT

BILA ADA

BERITA TAK ADA

ADUN NAK LOMPAT

 ERTINYA

ADA ADUN NAK

LOMPAT

KAH KAH KAH

SEBAB ITU BUAT

BERITA TAKKDA

SAPA LOMPAT

AMIN

KHALAS

LIMA KAWASAN BAHAYA !!!



5 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat


LIMA kawasan di seluruh negara terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi hari ini.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (DoE) Bukit Rambai, Melaka mencatatkan bacaan tertinggi di seluruh negara iaitu 153.

Kawasan lain ialah Bandaraya Melaka di 151, Batu Pahat (134),Tangkak, 122 dan Port Dickson (124).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik; 51 hingga 100 sederhana; 101 hingga 200 tidak sihat; 201 hingga 300 sangat tidak sihat; dan melebihi 300 berbahaya.

Laman web itu menunjukkan daripada 68 stesen, 51 berada pada tahap sederhana dan 12 lagi kawasan di negara ini menunjukkan bacaan di bawah 50. – 5 Oktober, 2023.


KAWASAN TEPI

SELAT MELAKA

BAHAYA 

AMIN

DEKAT DENGAN

SUMATRA YANG

TERBAKAR

AMIN

BERAS - PANDANGAN SANUSI


BERAS

PANDANGAN

SANUSI

KHALAS

MANA PENOLONG KETUA AMK ?



MANA  PENOLONG

KETUA AMK ?

KHALAS

Unknown commented on
 "MCA DAH BERANI 
TOLAK ANWAR !!!"

Ngape presiden menikus. Harapkan penolong ketua pemuda yg nampak menyek je kih kih kih.

CUKONG MCA TOLAK TEPI


CUKONG MCA

TOLAK TEPI

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on 
"MCA DAH BERANI
 TOLAK ANWAR !!!"

sama amik pot lg kat mca ni bro? org tau dap je skrgni. yg lain2 umpama tinggal sejarah je.

LAGI SEHARI


LAGI SEHARI

KHAMIS 5 OKTOBER 2023

LAGI SEHARI
WARGA PELANGAI PAHANG 
AKAN TURUN MENGUNDI


BN LAWAN PN
MELAYU ISLAM
LAWAN
MELAYU PENCURI

PELANGAI NI
BN AKAN MENANG
YANG AKAN JADI PERHATIAN
IALAH BERAPA UNDI PN DAPAT
ADAKAH NAIK ATAU TURUN

KALAU NAIK
ERTINYA KESEDARAN MELAYU ISLAM
MASIH AMPOH
KALAU MEROSOT
MAKNANYA
MELAYU ISLAM DAH 
ILANG STIM
JENG JENG JENG

AMERIKA
HEBOH HEBOH
KES TUAN SPEAKER 
DEWAN KONGRES KENA PECAT

UKRIANE
POLITIK AMERIKA BERUBAH
UKRIANE GELABAH
APAKAH DANA AKAN PUTUS

SINGAPURA
NAK BELI KERETA
WAJIB ADA LESEN DULU
LESEN INI HARGA 
145,000 RINGGIT SINGAPURA
HARGA KERETA LAIN

AMERIKA
BICARA KES SIVIL TRUMP
TAMAT SATELAH MASUK
HARI KE TIGA

THAILAND
BUDAK 14 TAHUN
KES KEMBAK DI MALL PARAGON
DI DAPATI KURANG SIUMAN
ADA KES MENTAL

HOKKIEN
PAGI INI SEGAR BASAH
KL & KL SENTRAL
 BERJEREBU

MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMBUT
DI HALANG JEREBU
LANGIT BIRU KELAM
ARAH MATAHARI
LANGIT KEKUNINGAN

HA HA HA
SAEKOR KENG KENG
TEBANG ULANG ALIK
BISING SATU HOKKIEN
PERANGAI RAJA UNDANG
SAMBIL TERBANG
SAMBIL BERSUARA

GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
DI BALKONI GUA
TAK TAK SEDANG TERBAING
BERJEMUR
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI KHAMIS
DENGAN SENYUMAN

BRO
JANGAN SESALI
APA SAJA YANG PERNAH
BUAT LU SENYUM

BRO
SEMUA BENDA DALAM ALAM INI
INDAH CANTIK
TAPI TAK SEMUA DAPAT
MELIHAT

BRO
HIDUP LU
HIDUP GUA
ADALAH MAKLUMAT

BRO
LU JANGAN NAIKKAN SUARA
LU BAIKI HUJAH

BRO
KITA TAK PERLU MENGEKOR
KITA DILAHIR
TEGAK BERDIRI

BRO
SAYA BOLEH
MAKA SAYA WUJUD

BRO
MASALAH KITA
IALAH KITA FIKIR
KITA ADA MASA

BRO
JIKA LU DALAM
KESULITAN JANGAN UNDUR
 TERUS MARA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHAMIS