Ketika aku bekerja di Desaru dan di Garuda Restoran aku tidak pernah merasa takut dengan Jabatan Imigresen atau Polis Sempadan United Kingdom. Aku ada visa pelajar dan kad penduduk Belgium. Semua pemilikan rasmi. Semenjak sampai ke Eropah dan kerajaan Belgium telah menerima aku sebagai pesuaka politik maka aku telah ‘pencen’ dari membuat kerja bawah tanah.
Dulu aku amat arif dalam hal tipu visa, buat cap ini dan cap itu dan kerja-kerja sulit. Aku menjadi cekap dalam projek menyeludup barang. Aku juga arif menyeludup melintas sempadan dengan memakai pasport palsu. Pasport palsu aku kantoi di lapangan terbang Moscow. Ini mengubah perjalanan hidup aku.
Di London aku pernah dengar bagaimana sesekali ada ‘rush’ oleh Jabatan Imigresen di McDonald Piccadilly - ramai ‘ anak muda buruh haram’ lari lintang pukang. Aku hanya mendengar surah ini tapi tidak melihat.
Tapi aku pernah melihat kawan aku Ho anak muda dari Ipoh yang bekerja sebagai pelayan sama dengan aku di Desaru ditangkap oleh Bobby.
Nasib Ho ini kurang baik. Pada malam itu Mister Gan tuan punya Desaru telah meminta Ho mengalihkan kereta dari depan restoran bawa ke belakang restoran. Ho bergegas pergi. Entah macam mana dia telah salah jalan – langgar trafik dan terus ditahan Bobby. Ho tidak ada lesen memandu. Kemudian bila diperiksa - visa lawatan pun sudah mati. Lalu Ho dihantar oleh Jabatan Imigresen ke lapangan terbang Heathrow untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Kawan aku Anthony Babington a.k.a Tony – anak muda berkulit hitam - sering menggunakan Jabatan Imigresen untuk menakut-menakutkan kawan-kawannya dari Jamaica yang baru ‘ lulus’ masuk ke London atau kawan-kawan yang bekerja di McDonald. Tony akan menelefon mereka dan berlagak sebagai pegawai Imigresen. Apabila kawannya gelabah maka dia akan terbarai ketawa.
Si Tony ini pernah ‘ mengenakan’ aku. Dengan lorat Queen English dia telah menelefon aku. Aku termakan perangkap Tony sehingga aku merasakan betul-betul sedang disoal jawab oleh pegawai imigresen. Kemudian Tony ketawa. Cilaka.
Pada satu pagi Sabtu telefon aku berdering. Ketika itu aku tinggal di 427 Southwyck House Coldhabour Lane Brixton . Bangunan ini lebih popular dengan nama Barrier Block. Jalan Coldhabour Lane ini telah dinobatkan sebagai jalan paling bahaya di London kerana ini jalan ini kawasan jual beli ganja dan hashih dan pelbagai bentuk dadah.
Deringan telefon ini mengejutkan aku. Dengan pisat-pisat mata aku mengambil gagang telefon.
‘ Good morning Mister Rais... Im from the custom department of Heathrow Airport....’ Suara dari sebelah sana.
‘ Fuck you Tony...you woke me up... what the fuck do you want...’ Aku yakin budak itam Si Tony hendak melawak lagi.
‘ Excuse me Mister Rais... I got your number from the BBC Malay section...’ Suara di sebelah sana berbunyi tegas. Aku tergamam.
‘ Oh.. sorry... yes... how can I help you...’ Suara aku menjadi melunak.
‘ We need a Malay traslator ... we have a case – a Malaysian guy.. police and immigration case... will you be able to help us...’
Celaka. Aku silap. Bukan Tony membuat lawak tapi pegawai Kastam dari lapangan terbang Heathrow yang memerlukan penterjemah. Pegawai kastam ini telah mendapat nombor telefon aku dari BBC. Ini kerana aku pernah bekerja sebagai penterjemah dan pembaca berita di BBC London bahagian Melayu pada tahun 1989.
‘ Mister Rais .. please ask Information Counter when you arrived at Hearthrow.. we will be waiting for you.. thank you..’ Perbualan tamat.
Aku membuat kopi untuk sarapan pagi. Selesai sarapan aku menapak ke stesen kereta api bawah tanah dari Brixton menuju Heathrow. Dalam kereta api aku membaca The Guardian yang telah aku beli tepi stesen. Perjalanan mengambil masa lebih dari 1 jam. Sambil membaca aku terfikir apa sebenarnya sedang berlaku.
Di Information Counter aku dibantu. Seorang Mat Saleh datang dan membawa aku masuk menuju ke Pejabat Kastam Heathrow Airport.
‘ Mister Rais.. I am Chadwick and ‘tis my colleaque Robert... ‘ Mister Chadwick menghulur tangan dan memperkenalkan aku dengan rakan sejawat Robert.
‘ Rais is my father.. call me Isham..’ Aku ketawa sambil menerangkan bahawa di Malaysia nama pertama itu nama untuk panggilan. Nama kedua nama keluarga . Ini agak berbeza dengan cara panggilan nama di Eropah.
‘ Well Isham.. here we have a case.. we cought two Malaysian arrived from Kuala Lumpur this morning ... one of them with a luggage... we suspected heroine ...brown sugar in his shoes... we confiscated it... now in the lab... we need you to translate for him ... you worked at the BBC did you?...’
‘ Yes... few years back...’
Dari pejabat kastam aku dibawa oleh Chadwick ke bilik siasatan. Satu meja tiga kerusi. Satu lembaga besar berbungkus dengan plastik putih. Sama seperti pakaian orang naik ke bulan. Kepalanya lembaga tertangkup di atas meja dan tangannya menjadi bantal.
‘ This is Mister Salim..... his partner Mister Boo Ah Ha is in another room...’ Lembaga bernama Salim ini mendongak dan memandang muka aku tanpa suara.
‘ Salim.. aku Isham....aku dipanggil jadi penterjemah untuk kamu.. aku bukan lawyer...penterjemah.. bukan peguam...’ Aku cuba menghulur tangan tapi tangan Salim terbungkus. Aku menjelaskan kepada Salim siapa aku. Aku takut dia anggap aku peguam. Tapi mata Salim kuyu dan macam dengar tak dengar.
‘ He is still groggy... smell of alcohol... and we found in his pocket some hashih... marijuana...’ Chadwick memberi penerangan.
Aku yakin Salim dalam keadaan mabuk.
‘ Please tell him.. he is under arrest...all conversation here in this room is taped and recorded...’
‘Salim... kamu kena tangkap... polis kastam nak soal siasat kau...semua cakap kita ni dirakam...ada tape rekoder dalam bilik ini.. faham tak..’ Aku mula menjadi penterjemah. Salim tak ambil pot.
Robert sampai dan berdiri di tepi pintu memandang keadaan kami bertiga.
‘ Let’s do it tomorrow...’ Robert memberi pandangan.
Chadwick dan aku bangun keluar meninggalkan Salim yang masih mabuk dalam bilik siasatan. Kamu kembali ke Ibu Pejabat.
‘ This morning we let him check out at the immigration counter ... we observed him from a distance... waiting for his contact to appear...’
Chadwick menerangkan Salim dibenarkan keluar dengan Bo hingga ke tempat teksi. Pihak kastam mengintip dari jauh. Pihak kastam mahu melihat siapa yang akan datang mengambil Salim dan Bo.
‘ Isham... it was too easy to spot him.. he was walking like a duck out of the plane...’ Robert memberi penjelasan bagaimana pihak kastam menahan Salim yang sedang mabuk berjalan macam itik bila sampai di Heathrow.
‘ We suspected his contact in London is a Singh... but no one waited for him at the taxi stand.... we let him stay for almost 20 minutes before we picked him..’ Chadwick memberi penjelasan bagaimana Salim dan Bo ditahan pagi ini dari penerbangan pesawat Mas yang datang dari Kuala Lumpur.
‘ We will continue tomorrow... ‘
‘ I am sure.. I hope he will be sober...’ Aku berharap Salim akan sihat pagi esok.
Dalam perjalanan pulang aku terfikir tentang Salim dan dadah heroin. Aku rasa semuanya tak masuk akal. Si Salim ini ada dadah dalam kasutnya. Dari apa yang aku baca di Malaysia yang telah lebih 10 tahun aku tinggalkan ada hukuman gantung untuk pembawa dadah. Bagaimana Si Salim ini boleh terlepas di Lapangan Terbang Subang. Aku rasa waswas dengan tangkapan ini.
Esoknya jam 10 pagi aku telah sampai ke Heathrow. Seorang Mat Saleh telah membawa aku masuk menuju ke Ibu Pejabat Kastam. Kali ini aku dibawa ke lorong yang berbeza. Kami masuk ke dalam perut bangunan Heathrow. Dari tingkap kaca aku nampak penumpang keluar dan masuk. Di tepi bucu satu bangunan aku ternampak seorang Hippie Mat Saleh duduk dengan Backpack merah.
Kemudian kami melintas ke wilayah barang dan bagasi yang diturunkan dari pesawat dan diletak ke atas eskalator yang sedang berjalan. Aku terperanjat kerana di setiap eskalator yang bergerak ada seekor anjing jenis kecil sedang meloncat-loncat mencium setiap bagasi yang ada di atas eskalator.
Wow. Aku merasa bertuah kerana dapat masuk ke dalam perut bangunan Heathrow dan melihat kerja polis dan kastam. Ini maklumat penting jika aku mahu menjadi penyeludup sekali lagi. Para penumpang pesawat tidak melihat semua ini. Mereka hanya menunggu di ruang bagasi. Mereka tidak tahu bahawa ada Sang Anjing telah menghidu semua bagasi mereka.
‘ Good morning Isham... we need you to fill in your name .. address and phone number... you are a translator .. you will also be our witness too... you wil be call to court...’
Aku bersetuju untuk menjadi penterjemah dan juga saksi. Aku terus menuliskan nama dan alamat aku. Bila beres kami keluar dari Ibu Pejabat Polis dan Kastam ini.
Ah ! Aku terperanjat besar. Bila aku memandang ke luar tingkap pejabat aku ternampak Mamat Hippie yang tadi duduk menebeng di bucu bangunan itu kini berdiri menunggu di luar untuk masuk. Rupa-rupanya Si Hippie ini mata-mata. Dia menyamar menjadi hippie. Bila aku di luar dan menoleh ke pintu dan tingkap aku lihat semuanya gelap. Tadi dari dalam aku dapat melihat ke luar.
Ha! Baru aku sedar bahawa ada tingkap cermin kaca dan cermin muka dalam bangunan Heathrow ini hanya untuk dilihat satu hala - hanya boleh dilihat dari dalam. Di belakang cermin kaca atau dinding gelas ini ada mata-mata sedang memerhati kesampaian penumpang.
Baru aku sedar kenapa Mister Chadwick berkata Si Salim ini berjalan macam seekor itik. Rupa-rupanya dari awal lagi mata-mata telah memberi perhatian dari belakang cermin gelas.
Kami sampai ke bilik siasatan. Aku duduk ditengah-tengah antara Salim dan Chadwick. Salim kelihatan segar. Dia tidak lagi memakai ‘ baju naik ke bulan’. Tujuan pakaian ini jika Salim terberak dan ada dadah maka semuanya akan terkumpul dalam seluar yang khusus dibuat untuk kes tahanan dadah.
“ Salim... apa khabar... dak okay ... aku Isham... tolong terjemah... aku bukan lawyer... Mat Salleh ni cakap Orang Putih aku alih cakap Melayu untuk kau... faham..’
‘ Abang orang sini ke ..’ Salim memanggil aku Abang. Lama aku tak dipanggil Abang. Ini panggilan budi bahasa Orang Melayu. Salim kelihatan muda belum sampai 30 tahun. Salim agak gemuk. Kulitnya agak gelap. Mungkin Mamak. Aku tidak bertanya.
‘ Aku student di sini... belajar di London...kau dari mana..’
‘ Saya dari Gombak Bang...’
‘ Semalam kau mabuk ke? ‘ Aku bertanya. Soalan ini bukan soalan Chadwick.
‘ Saya minum sikit wiski dalam kapal... sebelum tu isap sikit... nak bagi semangat...’
‘ Ganja ada dalam poket seluar...’ Aku ingin tahu.
‘ Sikit je Bang...’ Salim tersenyum. Aku tidak menterjemahkan perbualan ini pada Chadwick.
‘ He said he is ok now ... fresh after breakfast..’ Aku membuat ayat sendiri.
Maka bermulakan kerja aku sebagai penterjemah. Mister Chadwick akan bertanya aku mendengar dan kemudian aku ajukan soalan Mister Chadwick kepada Salim. Salim akan menjawab dan aku terjemahkan sebaik yang mungkin ke dalam Bahasa Inggeris untuk Mister Chadwick.
Meja ini memang dibuat khas untuk kerja soal siasat .Alat rakaman tertanam dalam meja ini. Ertinya tidak mengganggu kerja kami.
Salim menerangkan bahawa dia bekerja sebagai pengawal peribadi untuk seorang Towkay China yang selalu turun naik ke Genting. Salim telah terlibat dalam satu kemalangan. Kakinya patah hampir dua bulan dia dihospital. Kini ada besi dipasak dalam badangnya untuk membolehkan dia berjalan. Salim berjalan tempang.
Mengikut Salim tujuan dia datang ke London satelah dapat duit dia akan mencari doktor untuk membetulkan kakinya.
‘ Where did he get the brown sugar...’ Chadwick menyoal.
‘Mana kau dapat heroin itu..’
‘ Alaa Bang senang je... beli dekat Bukit Kayu Itam..
“ Bukit Kayu Itam ni apa? ‘ Ini nama yang pertama kali aku dengar.
‘ Abang tak tahu... ini sempadan dengan Siam... Plus Plus ... Highway Abang tak tahu ke? ‘ Salim bertanya kerana dia hairan kenapa aku tak tahu Bukit Kayu Itam dan Plus HIghway.
Sebenarnya aku memang tidak tahu nama Bukit Kayu Hitam mahu pun Plus Highway. Ketika aku meninggalkan Malaysia pekan sempadan yang aku ketahui hanya Padang Besar dan Changlun. Salim pun tidak aku beritahu bahawa aku telah lama meninggalkan Malaysia.
‘ He bought it at the Thai Border...’ Aku memberi jawpan kepada Chadwick.
‘ Did he knows the selller...’
‘ Sapa jual pada kamu ?
‘ Mana saya tahu nama Orang Siam Bang...’ Jawapan Salim.
‘ A Thai bloke... he can’t remember...’
‘ What about the Singh...did he met the Singh... Chadwick mahu mengenal siapa Singh ini.
‘ Bengali ni sapa Salim? “
‘ Bang dia orang sini.. dia bagi duit ... saya jumpa dia di Genting...dia janji tunggu di luar.. saya tunggu tapi tak sampai..... itu pasal kena tangkap....kalau dia datang kita selamat’. Salim memberi penjelasan tanpa dia sedar bahawa dari awal lagi dia telah di mata-matai oleh pegawai Kastam.
‘ He met the Singh at Genting... a Londoner... at a casino joint near Kuala Lumpur... the Singh gave him money to buy the heroin ... he promised to meet Salim outside the airport... but he failed to turn up...’ Aku menterjemah.
‘ I think Salim is just a mule...’ Chadwick memberi pandangan.
‘ Salim... Mat Saleh kastam ni cakap kau hanya kaldai tukang bawak..’
‘ Alaaaa Bang...dapat duit boleh berubat..’ Salim merayu.
‘ With the money he wants to repair his broken leg..’ Aku memberi tahu Chadwick tujuan Salim datang ke London.
‘ Did he knew any doctor? Or any clinic..? Chadwick terus ingin mengorek maklumat dari Salim. Jika ada lagi jaringan Salim yang perlu diselidiki.
“ Kau ada kenal doktor di London? Ada tahu klinik mana nak pergi?
‘ Tak tahu..’
‘ He knew no doctor or clinic in London...’ Aku memberi penjelasan.
Soal siasat berterusan hingga ke petang. Selesai siri petang itu Salim dihantar ke tempat tahanan lapangan terbang Heathrow. Salim masih belum didakwa. Dia dianggap belum mendapat kebenaran untuk mendarat.
Aku amati cara Orang Putih ini buat kerja amat rapi. Semua lubang dia tanya. Korek sana soal sini. Aku hanya penterjemah. Tapi dalam masa yang sama aku memerhati bagaimana gerak kerja mereka. Inilah cara kerja yang berjaya menjajah hampir tiga par empat wilayah dunia. Kini menjadi 53 buah negara Commonwealth bekas tanah jajahan Inggeris.
Cara kerja Inggeris yang sistematik. Yang berjaya menjajah dunia.
Di Pejabat Kastam Chadwick menunjukan filem x-ray kaki Salim. Tiga keping filem ini ditemui dalam beg Salim. Aku menayangkan filem di cahaya lampu dan aku ternampak satu batang besi sedang menopang tulang betis Salim. Dan satu lagi di tempurung lutut. Saheh - Salim bercakap benar dia datang ke London jual dadah untuk berubat.
‘ Isham.. tomorrow you will meet Mister Boo Ah Ha.. have a good rest ... see you in the morning..’
Aku menapak keluar dari lapangan terbang Heathrow menuju ke stesen kereta api bawah tanah. Dalam kepala aku satelah melihat filem x-ray kaki Salim aku merasa bersimpati dengan apa yang telah dilakukannya. Untuk aku budak Gombak ini bercakap benar.
Esok pagi aku akan bertemu dengan kawan Salim – Mister Boo Ah Ha. (TT)