DITERUSKAN
LAGI
MENERUSKAN
LANGKAH KAJANG
Wan Azizah telah menang dalam PRK N25 Kajang. Asalnya kerusi
N25 ini telah dikosongkan untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding. Tujuan
Anwar Ibrahim bertanding di Kajang cukup
jelas. Tak perlu berselindung. Tujuan
utama ialah untuk Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan
Khalid Ibrahim.
Langkah Kajang ini bertelor, dieram dan menetas dengan
pantas. Ini dilakukan dengan tujuan untuk menafikan ‘musuh’ politik luar dan
dalam dari berupya melakukan sesuatu untuk mengagalkan Langkah Kajang.
Satelah Langkah Kajang diumumkan – orang ramai telah melihat bagaimana Langkaah Kajng ini telah menakutkan hati perut
Daim Zainuddin dan Mahathir Muhamad Anak Lelaki Iskandar Kutty. Dua bengolan ini pernah
bekerja dengan Anwar Ibrahim. Mereka dalam satu kabinet. Justeru Daim dan
Mahathir tahu fikrah dan keupayaan Anwar Ibrahim.
Ketakutan Daim dan Mahathir ini semakin jelas apabila Daim
yang dikatakan ‘gering’ telah terbang ke Kota Bahru bersama jurutulis yang bernama Cik Kadir bin Jasin.
Mereka sampai ke Kota Baru untuk menabur
janji-janji ‘projek’ kepada MB Kelantan dan para pemimpin PAS. Ini sebagai ‘upti’ agar Pas tidak akan
menyokong Anwar dari menjadi MB Selangor. Ini langkah sabotaj mereka.
Tup tup – Khalid Ibrahim juga telah terbang Kota Baru salepas kepulangan Daim. Dilaporkan Khalid
datang dengan tujuan menanda tangani perjanjian projek dua hala –
Kelantan/Selangor. Kedatangan Khalid
Ibrahim ini agak memeranjatkan kerana tetiba sahaja ada ‘projek’ yang perlu ditanda tangani
bersama. Desas desus menyamakan niat
Daim dengan Khalid mula tersebar. Tetapi
kesampaian Si Khalid ini agak berbeza dengan Daim kerana Kelantan dan Selangor
adalah dibawah Pakatan. Ini tanda setiakawan dua negeri Pakatan. Untuk masa ini tak perlu kita berdesas dan
berdesus.
Daim dan Mahathir terus merancang. Mereka sedar jika Anwar
menjadi MB Selangor nyawa-nyawa ikan
United Malays National Organisation di Selangor akan terus diancam.
Selangor wilayah terkaya di Asia
Tenggara kini bukan lagi milik United Malays National Organisation. Penyokong Parti Ketuanan Melayu ini telah
kehilangan Selangor yang selama ini dijadikan
lubuk kontrek.
Daim dan Anak Lelaki Iskandar Kutty sedar tentang apa
yang akan dibawa oleh tim Anwar Ibrahim
ke Selangor. Selangor yang dipimpin oleh MB Khalid Ibrahim ini jelas bukan
pentabiran yang korup. Ianya satu pentabiran telus.
Bayangkan pentabiran Khalid ini akan
ditambah dengan datangnya Tim Anwar Ibrahim ke pentabiran Selangor. Tim Anwar
ini akan membawa lincah politik baru yang selama ini tenggelam di Selangor.
Lincah politik ini bertujuan untuk melahirkan ombak-ombak kecil sebelum satu
tsunami pukul mati yang ditujukan kepada United Malays National Organisation.
Tim Anwar Ibrahim bukan hanya melihat Selangor sebagai Selangor tetapi akan dijadikan satu
wilayah atau lebih tepat lagi satu kota
untuk membuka dan meluaskan pentas dan
laman perang. Selangor akan dijadikan basis untuk rujukan ekonomi, untuk
rujukan politik dan untuk rujukan budaya anak muda. Ini adalah sebahagian dari
projek Langkah Kajang.
Semua ini disedar oleh Daim dan Anak Lelaki Iskandar Kutty.
Justeru tarikh bicara Anwar telah dibawa ke hadapan. Tarikh hari penamaan calon
sengaja dilambatkan. Semua ini dirancang. Semua ini diatur. Jangan silap baca.
Jangan silap congak. Anak Lelaki Iskandar Kutty dan para lanun yang kaya raya menjarah harta
Negara TIDAK akan membenarkan Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor.
Para lanun yang selama ini menjarah harta kekayaan Malaysia
sedar jika Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor maka mereka kesemuanya berkemungkinan
untuk dihadapkan ke mahkamah untuk
didakwa. Lima atau enam orang jahat yang merompak harta Negara ini sedar, Selangor dibawah pimpian Anwar Ibrahim ialah tali gantung untuk mereka.
Justeru Mahkamah telah digunakan untuk menafikan Anwar
Ibrahim dari bertanding. Semua ini cukup
jelas. Adalah satu dongeng jika kita
percaya bahawa mahkamah rayuan yang
menjatuhkan hukuman kepada Anwar Ibrahim itu telah berlaku adil.
Lihat bagaimana Anwar telah
cuba membuat rayuan bertulis satelah
dijatuhkan hukuman. Peguam Anwar meminta masa untuk menuliskkan rayuan mereka
cecara tersusun termasuk laporan dari doctor. Ini telah dinafikan.
Pihak yang didakwa telah diberi masa hanya 1 jam untuk
membuat persediaan rayuan. Ini belum pernah terjadi dalam mana-mana mahkamh di
dunia ini. Ini satu rekod baru dari segi
kehakiman. Peguam Anwar tidak sempat menulis atau mebuat rujukan. Maka rayuan
hanya rayuan mulut.
Lihat juga bagaimana
untuk pertama kalinya dalam sejarah Mahkamah Malaysia telah bersidang hingga jam 8:00 malam.
Mahkamah biasanya bersidang hingga jam 4:30 atau selewat-nya jam 5:00 petang.
Dalam kes Anwar Ibrahim ini semuanya
TIDAK pelik dan TIDAK hairan. Semua ini dilakukan dengan tujuan untuk mengagalkan langkah Kajang.
Akhirnya Daim and Anak Lelaki Iskandar Kutty telah berjaya menggagalkan Anwar Ibrahim dari
bertanding di N25 Kajang. Projek Daim
telah memastikan Anwar tidak dapat bergerak. Pakatan menangkis dengan memunculkan Dr Wan Azizah Presiden Parti Keadilan Rakyat
menjadi calon N25 Kajang.
Sayugia diingatkan kemenangan Wan Azizah ini bermakna Langkah Kajang babak pertama telah berjaya. Penafian Anwar Ibrahim dari bertanding di
Kajang tidak bermakna Langakh Kajang ini tamat bagitu sahaja. Niat dan tujuan Langkah Kajang untuk menjadikan Selangor kawasan basis masih utuh.
Diulangi - TIDAK ada apa apa
perubahan dalam Langkah Kajang.
Tim Anwar Ibrahim telah siap siaga untuk masuk ke pentabiran
Selangor. Niat dan cita-cita ini tidak pernah berundur dan tidak luntur. Dasar dan
strateji telah mula diatur, dirancang dan disusun untuk memastikan Selangor akan
menjadi pusat satu gerakan politik
Pakatan Rakyat yang ampoh untuk menyerang negeri-negeri yang masih dicengkam
oleh Parti Ketuanan Melayu.
Untuk meluaskan fikrah demi untuk memahami Langkah Kajang
biar saya bawa pembaca ke Negara Pilipina – negara jiran kita. Pada 21 Ogos 1982 Banigno Aquino bekas Senator telah pulang dari Amerika. Sesampai dilapangan terbang Manila Banigno
Aquino telah ditembak mati. Dilaporkan Si Pembunuh dengan sekelip mata ditembak mati. Ini adalah
sebahagian dari Projek Marcos.
Presiden Marcos sama saperti Daim dan Mahathir tidak mahu
Anwar di Selangir. Presiden Marcos tidak mahu Aquino berada di Pilipina. Banigno Aquino
datang ke Manila untuk membawa Langkah Pilipina Baru.
Banigno ingin menggantikan Presiden
Marcos yang korup. Justeru Daim dan Mahathir beri arahan gagalkan Anwar.
Justeru Presiden Marcos beri arahan gagalkan Langkah Pilipina Benigno Aquino.
Aquino telah dibunuh. Anwar didapati bersalah maka tidak boleh
bertanding. Apakah Langkah Pilipina Aquino gagal? Apakah Langkah Kajang gagal? Jawabnya
psati tidak. Muncul Sang Isteri – Cory Aquino untuk meneruskan projek
pendemokrasian Pilipina. Muncul Dr Wan Azizah
untuk memimpin Selangor. Anwar berjaya digagalkan. Gantinya ialah Wan Azizah. Langkah Kajang tetap diteruskan.
Dr. Wan Azizah dan
Cory Aquino berada dalam kancah
yang sama. Apabila Sang Suami ke penjara
Wan Azizh telah muncul untuk membina Parti Keadilan Nasional kemudian bergabung
dengan Parti Rakyat untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat. Ketika Anwar Ibrahim menjadi TPM – Wan Azizah
dibaca sebagai seorang isteri. Ketika Anwar Ibrahim dipenjara Wan Azizah mendewasa untuk menjadi pemimpin parti.
Ini sejarah. Ini fakta. Saya menulis fakta ini untuk memberi tahu jenerasi muda yang mungkin tidak sedar akan
‘timeline’ sejarah politik terkini Malaysia. Saya juga ingin memberikan fakta
sejarah ini kepada sesiapa sahaja yang ada memilik was was
tentang ketrampilan Wan Azizh untuk menjadi MB Selangor.
Jika ada sesiapa yang memiliki keraguan tentang ketrampilan
Wan Azizah? Atau ada sesiapa yang akan mempertikai niat dan cita-cita Langkah
Kajang? Untuk mereka yang mempertikaikan Langkah Kajang ini saya berani
menyamakan mereka dengan niat jahat dan hati busuk yang dimiliki oleh Daim
Zainuddin dan Anak Lelaki Iskandar Kutty.
Saya membuat rumusan ini
dengan perhitungan yang paling senang. Dengan menggunakan perhitungan yang paling
asas. Daim Zainuddin, Mahathir Muahamd,
Zaid Ibrahim, Ibrahim Ali , Utusan Malaysia dan kaum-kaum yang lain –
semuanya menentang Anwar Ibrahim dari menjadi MB Selangor. Jika mereka menentang bermakna Langkah Kanag
itu betul dan tepat. Kalau tidak betul dan tidak tepat mustahil kesemua
bengolan ini akan menentang.
Hukum politik di Malaysia ini cukup senang. Apa yang
ditentang oleh Mahathir Muhamad ialah kerja baik. Apa yang disokong oleh
Mahathir Muhamad ialah kerja salah. Apa yang disokong oleh Utusan ialah kerja
jahat. Apa yang ditentang oleh Utusan
ialah kerja betul.
Jika menggantikan MB
Selangor dengan Dr Wan Azizah ditentang oleh Utusan maka
Langkah Kajang wajib diteruskan. Kerana ini adalah kerja stratejik yang tepat dan betul. (TT)
MENERUSKAN LANGKAH KAJANG
Telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
---------