Isnin, 24 Oktober 2022

ACHI DEPAN RUMAH SAMBUT DIWALI


ACHI DEPAN FLET

KELUARGA ACHI ANAK BERANAK
MENYAMBUT DEWALI
PATUNG GANESH & KOLAM
TERLETAK BETUL BETUL
SEBELAH PINTU FLET MEREKA
DI SEBELAH DEPAN 
PINTU FLET GUA
AMIN




UKRAINE AKAN GUNA BOM KIMIA ?



UKRAINE AKAN

GUNA BOM KIMIA ?

AMIN

KEMUDIAN

 TUDUH RUSIA

BUAT KERJA

AMIN

KHALAS


DALM POLITIK TAKDA MUSUH KEKAL



BN bakal bentuk kerajaan dengan PH selepas PRU15?

Pendirian Barisan Nasional (BN) untuk tidak mengadakan sebarang rundingan dengan PAS selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menimbulkan cakap-cakap tentang kemungkinan gabungan ditunjangi Umno itu bakal menubuhkan kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) sekiranya tiada pihak memperoleh majoriti jelas.

Seorang penganalisis dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Ahmad Martadha Mohamed bagaimanapun berkata, parti-parti komponen PH dilihat mempunyai perjuangan dan ideologi berbeza dengan BN dan gandingan antara kedua-dua gabungan ini hampir mustahil untuk dilakukan.

"PKR memang menidakkan kepentingan orang Melayu manakala DAP pula parti yang tidak akan diterima Melayu," katanya kepada MalaysiaNow.

“Amanah pula tidak akan terima kehadiran PAS."

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Oktober menegaskan tidak akan mengadakan rundingan dengan PAS untuk menubuhkan kerajaan selepas PRU15.

Malahan Zahid juga menggelar PAS sebagai “parti pak lebai”.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi berbeza pendapat, mengatakan kerajaan campuran antara BN dan PH masih boleh berlaku sekiranya kedua-dua gabungan politik ini memiliki pecahan kerusi Parlimen sama rata.

"Contohnya Umno berjaya menang 80 kerusi manakala PKR dan DAP berjaya tawan 70 kerusi, sudah pasti parti-parti politik akan dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan campuran.

"Jika ini berlaku, Umno perlu akur kerana keputusan ini sudah menjangkaui parti," katanya.

Tiada musuh kekal


Mengulas berhubung kenyataan “keras” Zahid terhadap PAS, Awang Azman berkata dalam politik, tiada kawan dan musuh yang kekal.

"Yang kekal ialah kepentingan," katanya kepada MalaysiaNow.

"Jadi, kemungkinan selepas PRU15 perkara itu boleh berubah.”

Martadha juga berkata, meskipun Zahid yang juga presiden Umno sudah mengeluarkan kenyataan begitu, ruang untuk kerjasama antara kedua-dua parti masih terbuka.

Malah, katanya, kerjasama antara Umno dan Bersatu juga dilihat masih munasabah memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai ideologi yang sama iaitu menjaga kebajikan dan kepentingan orang-orang Melayu.

Sebelum ini, ramai penganalisis politik menjangkakan pembentukan kerajaan campuran selepas PRU15 terutama apabila Umno dan BN dijangka sukar meraih kemenangan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen.

Menurut Martadha, Umno sudah tentu akan memilih parti yang mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh untuk mengadakan kerjasama.

"Oleh itu jika Umno ingin membentuk kerajaan campuran, pilihan pertama untuk gandingan ini sudah tentu PAS diikuti dengan Bersatu."

Ditanya mengenai gandingan BN dengan Gerakan Tanah Air (GTA), Martadha berkata, ia juga mungkin sukar direalisasikan memandangkan parti yang menerajui gerakan itu iaitu Pejuang dilihat kecil dan tidak signifikan.

"Jadi, nampak seperti tiada sumbangan yang meyakinkan, sebab tu gabungan PN dan BN dilihat paling menyerlah," tambahnya.

DEMI KUASA

POLITIK BAWA

KEMUNGKINAN

AMIN

TAKDA MUSUH

KEKAL

YG KEKAL HANYA

KEPENTINAGN

UNTUK DAPAT 

KERUSI & KUASA

AMIN

 PH & BN

BERSAMA DEMI

NEGARA ADALAH

LANGKAH BIJAK

AMIN

KURANGKAN 

GADUH POLITIK

TUMPUKAN BELA

RAKYAT

AMIN

KHALAS

LANGKAH BAIK UNTUK MALAYSIA


Sabah sokong cadangan BN wujud 3 jawatan TPM

KERAJAAN Sabah menyokong cadangan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan tiga jawatan timbalan perdana menteri (TPM), masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung sekiranya parti itu menang dominan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Menteri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata ia satu cadangan yang baik kerana membolehkan seorang wakil pemimpin dari Sabah dilantik bagi memegang jawatan itu kelak.

“Kita akan cari yang betul-betul boleh tahan (calon pemimpin yang benar-benar layak sebagai TPM),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra sempena sambutan Hari Deepavali anjuran kerajaan Sabah dan Dewan Perniagaan India Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Semalam, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengesyorkan tiga jawatan TPM masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung diwujudkan jika parti itu menang dominan pada PRU15.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, BN Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh mencadangkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya cadangan berkenaan dimasukkan dalam manifesto BN dan GPS pada PRU15.

Sementara itu, Hajiji ketika diminta mengulas mengenai perjumpaan tertutup bersama Ismail Sabri semalam berkata, perjumpaan itu berlangsung dengan baik dan kedua-dua parti iaitu GRS serta BN akan bekerjasama pada PRU15.

Beliau berkata, kedua-dua parti juga komited memastikan kerjasama berkenaan akan menjadi kekuatan kepada kerajaan Sabah memandangkan ia dibentuk antara GRS dan BN selepas memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 pada September 2020.

Mengenai pembahagian kerusi antara GRS dan BN bagi PRU15, Hajiji berkata ia sudah selesai dan senarai calon bertanding pada pilihan raya itu akan diumumkan tidak lagi.

“Kita akan mengumumkannya beberapa hari sebelum penamaan calon,” katanya. – Bernama, 24 Oktober, 2022.

LANGKAH BAIK

UNTUK IKAT

KERJASAMA

SABAH SARAWAK

SEMENANJUNG

AMIN

MASANYA DAHA

SAMPAI

AMIN

KHALAS

BUMI INI MILIK BERSAMA

 



Pastikan keselamatan kami sebelum tutup pejabat UNHCR, kata pelarian

PUTRAJAYA mesti memastikan keselamatan pelarian di Malaysia dan menyediakan garis panduan yang sah mengenai status mereka sebelum memutuskan untuk menutup pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di sini, kata bekas pengerusi Perikatan Pelarian Chin, James Bawi.

Beliau berkata pelarian Myanmar di Malaysia akan mempercayai kerajaan jika Putrajaya memastikan keselamatan mereka dilindungi.

“Adalah penting hak pelarian dilindungi mengikut garis panduan antarabangsa.

“Sebagai contoh semasa pandemik Covid-19, pelarian ditangkap dan ditahan. Mereka trauma dengan Jabatan Imigresen, kerana takut dihantar pulang ,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Bulan lalu, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad mencadangkan UNHCR meninggalkan Malaysia supaya kerajaan boleh menguruskan pelarian tanpa “campur tangan” agensi luar.

Rodzi bagaimanapun mengakui MKN perlu diperkukuh sebelum perkara ini berlaku.

James berkata ia akan mengecewakan jika UNCHR ditutup kerana mereka mempunyai garis panduan dan mandat yang sesuai untuk pelarian.

“Sukar untuk mempercayai kerajaan kerana mereka bukan sebahagian daripada Konvensyen Pelarian 1951. Ia akan menjadi hari yang menyedihkan jika UNCHR ditutup dan ia mungkin memberi nama buruk kepada Malaysia.

“Hakikatnya mereka (pelarian) tidak boleh pulang ke negara mereka, jadi mereka lebih suka menderita di sini.”

Beliau berkata sejak Februari 2021 terdapat kira-kira 50,000 pelarian Chin di sini dan mereka menjangkakan kira-kira 20,000 lagi menjelang akhir tahun tetapi tiada data konklusif.

Menurut data UNHCR, terdapat 181,800 pelarian dan pencari suaka berdaftar dengan badan antarabangsa itu di Malaysia sehingga akhir Februari 2022.

Menurut UNHCR, 86% pencari suaka adalah dari Myanmar, manakala bakinya ialah 25,990 pelarian dan pencari suaka dari 50 negara yang melarikan diri dari peperangan dan penganiayaan, termasuk dari Pakistan, Yaman, Syria, Somalia, Afghanistan dan lain-lain.

Mengenai sama ada pelarian akan keluar jika kerajaan memulakan program untuk memproses mereka, James berkata ia akan menjadi sukar kerana Malaysia tidak mengiktiraf status pelarian (antarabangsa).

“Kerana mereka (kerajaan) perlu mematuhi beberapa garis panduan untuk keselamatan pelarian. Mereka ini (pelarian) memerlukan perlindungan dan jaminan.”

Beliau berkata jika Malaysia merancang untuk mendaftarkan pelarian maka ia mestilah atas kepercayaan dan bukan paksaan.

“Pertama mereka perlu mengeluarkan dasar untuk menunjukkan kepada kumpulan masyarakat sivil (untuk pelarian) keselamatan pelarian akan dilindungi.

“Jika kerajaan mengemukakan garis panduan mereka akan lebih selamat kerana UNCHR mempunyai garis panduan antarabangsa untuk pelarian.

“Pada 8 Oktober, Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata cadangan untuk menutup pejabat UNHCR  tidak akan memutuskan hubungan dengan badan antarabangsa itu.

Beliau berkata hubungan sedia ada akan dipelihara menerusi hubungan antarabangsa, UNHCR masih relevan dengan kepakarannya dalam menguruskan pelarian yang masih diperlukan Malaysia.

“Apa yang berlaku ialah cadangan peralihan supaya kerajaan Malaysia mempunyai kad sendiri untuk digunakan pelarian dan pencari suaka yang datang ke Malaysia.” – 24 Oktober, 2022.

UNCHR LEMBAGA

UNITED NATIONS

AMIN

KITA ANGGOTA

UNITED NATIONS

AMIN

KITA HORMATI

LEMBAGA INI

AMIN

AGAR KITA

SAMA DILIHAT

NEGARA BERHEMAH

AMIN

ADA PELARIAN

MYANMAR SYRIA

IRAN ROHINGYA

PALESTIN DAN

PELBAGAI LAGI

AMIN

BANTU MEREKA

YG SUSAH 

AMIN

BUMI INI MILIK

KITA BERSAMA

AMIN

KHALAS

SESAM KITA MERAYAKAN

 



Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik Covid-19


Kemeriahan sambutan pesta cahaya itu turut dirasai warga Switzerland, Edward McCulhy, 38, yang mengunjungi Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.

“Saya baru tiba di sini (Malaysia) beberapa hari lalu dan apa yang boleh saya katakan, Malaysia sangat menarik dan berwarna-warni dengan makanan, masyarakat serta perayaannya. Ini peluang untuk saya merasai pengalaman meraikan Deepavali,” katanya yang sedang bercuti di Malaysia selama dua minggu.

Perayaan itu juga memberi peluang buat mereka yang menyambutnya untuk berkumpul dengan saudara-mara dan jiran tetangga tanpa mengira kaum sambil menikmati pelbagai juadah termasuk kari ayam dan kambing, muruku serta manisan.

N Munisamy, 44, yang ditemui di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Belakang Bomba di Gua Musang, Kelantan berkata dia mengadakan rumah terbuka untuk rakan Cina dan Melayu sebelum berkunjung ke rumah rakan serta keluarga lain pada sebelah petang.

Lee Man Theng, 41, pula melahirkan rasa gembira apabila dapat menghadiri rumah terbuka Deepavali rakannya itu dan merasai sendiri semangat Keluarga Malaysia.

Di Kota Kinabalu, Sabah pula, lebih 600 masyarakat pelbagai kaum dan agama memeriahkan sambutan Deepavali anjuran Persatuan Kuil Hindu Kota Kinabalu dan Kuil Sri Pasupathinath Alayam di Bukit Padang dengan pelbagai juadah dihidangkan kepada tetamu.

Sementara itu, sambutan Deepavali sedikit terjejas berikutan penduduk di beberapa kawasan di daerah Kota Setar, Kedah mengalami gangguan bekalan air sejak semalam.

S Darshini, 33, yang ditemui di Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam berkata keluarganya terpaksa menempah beberapa jenis makanan dan kuih kerana tidak dapat memasaknya sendiri akibat tiada bekalan air di rumah yang terletak di Taman Mergong. – Bernama, 24 Oktober, 2022.


NEGARA BERTUAH

NEGARA MALAYSIA

AMIN

SABAN MASA

ADA UPACARA

SAMBUTAN AGAMA

AMIN

ADA PESTA

KERAMAIAN

BANGSA-BANGSA

AMIN

KITA RAYAKAN

NIKMAT INI

SESAMA KITA 

AMIN 

KHALAS

KEBUN SAYUR BELAKANG RUMAH

 



KEBUN SAYUR

DI BELAKANG

 RUMAH

AMIN

HADI TAK SUKA ANWAR & DAP


BETUL KERANA

HADI TAK SUKA

ANWAR & DAP

AMIN

MADEY ADA JANJI

DGN ANWAR

AMIN

hamim commented on 

"MELAWAN 
MUDARAT BESAR"
TT, encik tiada nama mengatakan Langkah Sheraton itu adalah rancangan Tun M, mimpikah dia? atau dia orang yang paling membenci Tun M? Bukankah Haji Hadi sendiri telah mengaku kerja kerja menjatuhkan PH adalah rancangan Haji Hadi, dia kata dia yang memulakan, dia menghasut Mahiadin, bila Mahiadin setuju dia berjumpa dengan UMNO dan terjadilah Langkah Sheraton, ini bermakna Haji Hadi mengaku yang dia adalah Bapa Pengkhianat Mandat Rakyat, Bapa Penghasut hingga runtuhnya kerajaan PH

KEMAH KOCIK JAMIN KALAH


KEMAH KOCIK

JAMIN KALAH

AMIN

KHALAS

panglimo potaseh commented on
 "HUBAYA HUBAYA - 
DENGAR APA MADEY CAKAP"

Ada ular, ado Kutti Kerala ..kok ulak dan kutti ni nak ikot ..bawak lah makhlok ni birsama lawang PENCHURIK ..mcm cerita "Lord Of Der Ring" ..gimana hero nye hangkut segala makhlok yang nak ikut untuk monenyeh Geng Jahat. Ingat ..ikot jo ..jgn ngongado nak jadi PM ..ingat.




cikminah commented on 
"HUBAYA HUBAYA - 
DENGAR APA MADEY CAKAP"

Manusia merancang, tapi Allah yg menentukan nasibnya. Tun Mahadir tidak akan rugi apa-apa jika PEJUANG kalah pru15 ini nanti kerana dengan restu Allah juga, TUN sudah jadi Perdana Menteri Malaysia DUA kali! Tapi jika PH gagal, Anwar akan kekal jadi Perdana Menteri menunggu sampai mati. Anwar pun bukan muda belia. Umor dia dah 75 tahun. Pada usia 75 tahun, Tun Mahadir sudah jadi Perdana Menteri 13 tahun. Jadi, dengarlah cakap Tun Mahadir. Tun sudah lama dalam politik. Dia boleh baca apa yg akan berlaku. Pentaksub PKR, jangan sombong dan angkoh. Sombong dan bongkak bukan strategi baik untuk politik. Ia cuma perasaan bodoh yg akan menjerumuskan diri sendiri.

ANCAMAN DARI PEMANASAN DUNIA



KESAN DARI

PERUBAHAN CUACA

SEDANG MENGANCAM

WARGA DUNIA

AMIN

ISI KEMPEN MASIH SAMA


Kempen cara lama masih berkesan zaman sekarang, kata penganalisis


KEMAJUAN teknologi moden mungkin mengubah mekanisme kempen pilihan raya sejak beberapa tahun kebelakangan ini tapi kaedah lama dalam mendekati pengundi masih releven dalam politik Malaysia kata penganalisis.

Walaupun kempen politik terkini menunjukkan bagaimana teknologi dimanfaatkan dengan berkesan, penganalisis percaya kaedah lama tetap mempunyai sasaran penontonnya yang tersendiri.

Malah ada yang kata kempen cara lama ini mempunyai ‘sentuhan peribadi’ bagi mana-mana parti politik mahupun calon berbanding cara digital.

Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata kempen cara lama ini memberi manfaat kepada sesetengah pihak terutama pengundi yang tidak bergantung sepenuhnya pada media sosial.

“Saya rasa poster dan sepanduk ada sasaran sendiri sementara kebanyakan pengundi mengakses bahan kempen secara dalam talian, mereka yang tidak bersandar pada Internet atau media sosial akan pilih poster dan sepanduk tadi.

“Poster dan sepanduk ini boleh wujudkan perang psikologi di mana parti itu seolah-olah beritahu mereka ‘ada’ di situ,” katanya.

Tunku Mohar juga berkata kekerapan kehadiran bahan kempen secara fizikal akan memberi impak malah ia mungkin mempengaruhi keputusan pengundi.

Katanya walaupun kandungan yang disiarkan di media sosial boleh ditapis namun beliau berpendapat kaedah kempen cara tradisional yang tertentu tetap sukar untuk dielak.

“Di media sosial orang boleh pilih kandungan tapi di luar mereka boleh nampak bahan kempen lain.

“Kalau mereka lihat banyak kali bahan kempen itu dan sesetengahnya ada kesan, kita tak boleh nafikan sesetengah pengundi (terutama atas pagar) mungkin akan tukar pilihan politik mereka,” katanya.

Cara lama dalam berkempen seperti kehadiran calon secara fizikal, bertemu orang ramai, berbual dan ceramah adalah asas dalam pilihan raya, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Oktober, 2022.
Cara lama dalam berkempen seperti kehadiran calon secara fizikal, bertemu orang ramai, berbual dan ceramah adalah asas dalam pilihan raya, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Oktober, 2022.

Tunjuk mewah dan kuasa

Sementara itu, Profesor Pengajian Asia University of Tasmania James Chin berkata bahan kempen tradisional boleh menunjukkan kemewahan dan kuasa parti politik itu.
“Poster dan sepanduk untuk wujudkan suasana yang meriah tapi ia juga beri gambaran calon atau parti itu ada sumber yang baik untuk pastikan rakyat nampak mereka bersungguh-sungguh,” katanya.

Kata Chin cara lama dalam berkempen seperti kehadiran calon secara fizikal, bertemu orang ramai, berbual dan ceramah adalah asas dalam pilihan raya.

Beliau percaya kempen melalui media sosial sahaja tidak mencukupi malah dakwanya rakyat jarang sekali untuk menyokong mana-mana calon yang tidak dikenali atau tidak pernah ditemui secara fizikal.

“Sudah tentu lebih banyak boleh dibuat di media sosial tapi kehadiran secara fizikal ini diperlukan juga. Jika tidak orang mungkin anggap calon atau parti dalam talian sahaja tanpa ada sentuhan sebenar.

“Bertemu, ziarah pintu ke pintu, bersalaman dengan calon adalah perkara yang perlu dilakukan. Orang tak undi calon maya, mereka mahu undi calon yang wujud,” tambahnya.

Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Dr Oh Ei Sun turut senada dengan Chin dan menyatakan kempen tradisional itu masih memberi kesan terhadap pengundi.

“Kempen cara lama, dari pintu ke pintu ke ceramah, sepanduk serta poster masih ada tempat untuk pengundi dalam kawasan bandar mahupun luar bandar sebab ia wujudkan isyarat audio visual kepada pengundi.

“Ini sudah tentu perlu seiring dengan kempen dalam talian,” katanya. – 24 Oktober, 2022.

ISI KEMPEN

MASIH SAMA

AMIN

CERAMAH MASIH

DIPERLUKAN

AMIN

KUTUK PARTI

LAWAN

BURUK PARTI 

LAWAN

PELEKEH CALON

YG DILAWAN

MASIH BERJALAN

AMIN

KINI LEBIH

RANCAK DG

BANTUAN 

TEKNOLOJI

AMIN

PENGUNDI MASIH

MAHU MELIHAT

CALON

AMIN

PENGUNDI MASIH

DIPENGARUHI OLEH

LAMBANG PARTI

AMIN

 POSTER

 KAIN RENTANG 

MASIH WAJIB

AMIN

KHALAS

TIGA ORNAG TPM


3 TPM, Anwar kata dah cadang sejak zaman Pakatan Rakyat lagi

PAKATAN Harapan (PH) akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengerusinya Anwar Ibrahim berkata cadangan itu merangkumi seorang TPM masing-masing dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Cadangan ini dari dulu lagi sejak zaman Pakatan Rakyat, kita akan ada satu TPM dari Semenanjung, satu dari Sabah dan satu dari Sarawak. Tetapi kalau ada perubahan, nanti kita akan bincang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah PH Sabah di Sandakan, hari ini.

Pada 4 September tahun lepas, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata cadangan mewujudkan tiga jawatan TPM tersebut mungkin boleh direalisasikan jika PH berpeluang merebut kembali kuasa di peringkat Persekutuan.

Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi PH di Sabah, Anwar yang juga Presiden PKR berkata perkara itu telah selesai dan akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.

Sementara itu ketika ditemui pemberita di Jelajah PH Sabah di Tawau hari ini, Anwar berkata PKR yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Tawau, Ranau dan Putatan di Sabah yang dimenang pada PRU14 berdasarkan sokongan dan kesedaran rakyat serta kerja keras jentera parti di negeri itu.

“Ahli Parlimen (calon) yang diangkat adalah berani berucap tegas, memperjuangkan nasib rakyat Sabah dan syarat lain mesti memiliki rekod integriti bersih, tidak mengambil kepentingan (untuk diri sendiri) termasuk balak serta kontrak dari negeri Sabah,” katanya.

Anwar berkata Sabah memerlukan dasar yang boleh membantu rakyat termasuk berkaitan peluang pekerjaan, isu harga barang, mutu pendidikan, kemudahan asas, kesihatan serta penjanaan ekonomi.

Pada PRU14, PKR menang di Parlimen Tawau, Ranau dan Putatan namun penyandang kerusi Parlimen Ranau Jonathan Yasin bertindak keluar parti untuk menyertai Bersatu. – Bernama, 23 Oktober, 2022.

CADANGAN BAIK

UNTUK MASA

DEPAN NEGARA

AMIN

MERAPAT SABAH

SARAWAK DENGAN

SEMENANJUNG

AMIN

KHALAS

SEMUA AGAMA ADALAH SAMA


SEMUA AGAMA

ADALAH SAMA

AMIN

MENGAJAR  MANUSIA BERBUAT BAIK

AMIN

KHALAS



Unknown commented on 
"SELAMAT MENYAMBUT
 HARI PENCERAHAN"

Tahun 70an 80an kita seluruh rakyat negara sambut setiap perayaan tanpa ada logo halal haram, masa itu orang berkunjung, makan tanpa was was, tetapi sekarang semua kena ada logo sirim, logo halal tetapi kualiti manusia tidak ada pulak, dulu manusia baik belaka majoriti tetapi sekarang majoriti rakus, taksub, penting kan diri, perasuah tiada toleransi kah kah kah ini satu negara berbilang bangsa agama harmoni, satu negara satu bangsa satu agama pun perang kacau bilau lagi, fikir fikir kebajikan rakyat semua akan jadi baik Amin, Selamat makan muruku kah kah