Ahad, 7 Februari 2021

TERIMALAH SURAT INI

 



TERIMALAH SURAT INI FATWA  PUJANGGA INDAHNYA PUISI INI




TAK SABAR NAK JADI PM - AKHIRNYA KERAJAAN PAKATAN RUNTUH

 



TAK SABAR

NAK JADI  PM

AKHIRNYA  KERAJAAN

PAKATAN RUNTUH

Unknown commented on

 "MASAALAH TAK SABAR"

Saudara Zali, (1) "perjanjian" tu, Mahathir dah kata serah kuasa lepas APEC bulan November 2020. Anwar tak Sabar. Konconya tak henti meratip sejak Jun 2018, nak Mahathir letak jawatan. "penjanjian" tu ada sokongan rakyat ke? Bukan Mahathir seorang yang buat keputusan. 30 juta rakyat Malaysia yang putus. 


(2) Nak sokongan rakyat, Anwar patut buat kerja khidmat negara dan rakyat, sementara menunggu hingga November 2020. Nak tanya, Anwar ada buat kerja, ada apa-apa hasil? Sila beri pencerahan. 


(3) Bukan saja Mahathir seorang yang sedar Anwar tak ada kaliber seorang perdana menteri. Ramai rakyat sedar juga, dan dah 20 lebih tahun tunggu Anwar tunjuk kebolehan khidmat negara dan rakyat. Kerja perdana menteri bukan setakat berpolitik dan tiap hari komplain, komplain, komplain saja macam pembangkang Pakatan Harapan. 


(4) Jawatan perdana menteri bukan takhta yang diserahkan kepada sesiapa saja. Nak jadi perdana menteri, tunjuk kebolehan dulu, tunjuk hasil dulu. Rakyat akan sokong kalau ada kebolehan, ada hasil. Anwar ada ke? Boleh bagi contoh track record kejayaan Anwar?

POLITIK KACAU EKONOMI KACAU

 


BILA MADEY PM

ANWAR BIKIN KACAU

NEGARA TAK STABIL

AMIN

BILA MUHYIDIN NAIK

ANWAR BIKIN

KACAU LAGI

AMIN



FDI Malaysia susut bukan hanya kerana Covid-19, kata pakar ekonomi

Indonesia misalnya, walaupun dilanda pandemik Covid-19 namun kadar FDI negara itu tidak begitu teruk kerana pasarannya jauh lebih besar dan ekosistem teknologi maklumatnya jauh lebih baik, tambahnya.

Ketidakstabilan politik juga menjadi faktor mengapa FDI merosot, katanya, merujuk kepada kerajaan Pakatan Harapan yang tumbang melalui rampasan kuasa selepas 22 bulan mentadbir negara dan digantikan oleh Perikatan Nasional (PN).

Kerajaan PN dikritik kerana dasar ekonominya yang gagal meskipun melaksanakan sekatan pergerakan sehingga menjejaskan operasi perniagaan. Malah dasar PN untuk memerangi Covid-19 juga tidak jelas serta tidak konsisten.

Penganalisis dan Penasihat Ekonomi KSI Strategic Institute for Asia Pacific Prof Dr Hoo Ke Ping berkata kadar FDI Malaysia yang merosot teruk pada 2020 sebenarnya berdasarkan keputusan pelabur setahun hingga tiga tahun yang lalu.

Oleh itu, situasi Malaysia bukanlah semata-mata disebabkan pandemik Covid-19, tetapi faktor lain yang menyebabkan pelabur asing memutuskan untuk beralih ke negara lain.

“Inilah yang dikatakan susulan masa (time lag), di mana pelabur asing buat keputusan satu atau tiga tahun lebih awal. Mereka tidak buat keputusan sama ada mahu melabur atau tidak ketika itu (tahun 2020) juga.

Hoo percaya pelabur mungkin menilai situasi di Malaysia sejak 2018 hingga 2020 sama ada mahu melabur tahun lalu. – 6 Februari, 2021. 


MASIH ADA

YANG TAK SEDAR

AKIBAT

GILA NAK JADI PM

AMIN

EKONOMI NEGARA

KACAU MACAU

AMIN

POLITIK TAK

MENENTU

AMIN



UMNO PARTI KAPIR KATA PARTI PAS

 



ATOK KATA

PARTI PAS KATA

UMNO PARTI KAPIR

KAH KAH KAH

KAPIR KE

ISLAM KE

BILA SAMA SAMA

MENYAMUN

SEMUA HALAL

KAH KAH KAH



Bersatu, Umno, PAS sukar bekerjasama kerana berbeza pandangan, kata Dr M

GABUNGAN rasmi antara Bersatu, Umno dan PAS sukar direalisasikan kerana ketiga-tiga parti mempunyai pandangan yang berbeza terhadap hala tuju negara ini, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT, beliau berkata kerjasama antara ketiga-tiga parti itu hanya untuk kepentingan politik.

“Sebenarnya mereka (PAS-Umno) tidak pernah rapat. PAS telah mengutuk Umno sebagai kafir. Jadi bagaimana mereka boleh bekerjasama apabila PAS berkata orang yang bekerjasama dengan kafir akan sendiri menjadi kafir,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata mereka tidak mempunyai pandangan yang sama untuk membangun dan mentadbir negara.

“Keadaan ini tidak membawa kebaikan kepada negara kerana mereka tidak mempunyai pandangan sama yang betul mengenai cara membangun dan menguruskan negara,” kata Mahathir.

Jelasnya perbalahan dijangka tercetus antara tiga parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum.

“Mereka akan sukar mengagihkan kerusi. Jika tiada persetujuan, perbalahan akan berlaku sesama mereka dan ini tidak baik untuk mereka mahupun negara.

“Walaupun, pemimpin mereka mungkin menyatakan kesediaan bekerjasama, ahli mereka tidak akan berbuat demikian. Contohnya, akar umbi PAS tidak akan menyokong calon Umno,” kata Mahathir. – 6 Februari, 2021.

BURET DUIT

KELENTIT

SAMA SAJE

KAH KAH KAH

ISLAM KE

KAPIR KE 

TAKDA BEZA

KAH KAH KAH

TIGA PULUH TAHUN

MAKAN 

DAGING HARAM

RASA SAMA SAJE

TU PASAL 

TAK HEBOH

KAH KAH KAH

BURET  DUIT

KELENTIT PUN

SAMA SAJE

KAH KAH KAH



CAKAP SAJE TAKAN UBAH APA APA

 



CAKAP SAJE

TAK AKAN

UBAH APA APA

bima sakti commented on 

"MALIKUL TIDAK

 AKAN SERAH KUASA"

Serangan kepada tan Sri muhyiddin Di Kata Kan luahan rakyat... Atok Kau lah MalaysiaKini, ini semua kerja portal MalaysiaKini... Rakyat tak cakap apa pun... Jgn Kau nak memantat mantat MalaysiaKini, ini sumo kojo kawu hawau...

MENCURI IKUT ARAHAN PEMIMPIN

 


MENCURI IKUT

ARAHAN PEMIMPIN

Unknown commented on

 "MENCURI TAK PERLU DIAJAR"

Apabila dihimpun calon2 ke neraka, mereka merayu mrk tak bersalah dgn hujah mrk hanya menurut kata pemimpin mrk. Lalu mrk pergi kpd pemimpin mrk sambil berkata, wahai pemimpin, dulu didunia kamu suruh kami buat itu, buat ini, kami menurut saje. Sekarang kami akan dimasukkan ke neraka atas perbuatan kami itu, tolong lah kami. Pemimpin mrk berkata, yg kamu ikut sapa suruh.

BELUM HITAM PUTIH

 




DAP DAN AMANAH

BERANI CAKAP

DI BELAKANG

BELUM HITAM PUTIH

Unknown commented on

 "MAT SABU GUN ENG

 WAJIB MENULIS"

Betul Titi. Mat Sabu dan Guan Eng wajib menulis apa janji Anwar. Mat Sabu dan Guan Eng juga sunat (bukan wajib) menulis apa janji Madey. Bagi lah kat Atok handicap sunat tp kat Anwar wajib sebab Atok dah 95 thn dan dah 2 kali jd PeeM. Wokay?

BELOT HASIL DITIPU ANWAR

 




GUAN ENG 

MAT SABU

DEPAN MADEY

SOKONG MADEY 

TAPI DI BELAKANG

BELOT BILA

DITIPU ANWAR

Unknown commented on

 "MAT SABU GUN ENG

 WAJIB MENULIS"

Anwar ada 92 kerusi, 30 lebih daripada Atok yang hanya dapat 62 kerusi. Kenapa Atok tak bagi 62 kerusi tu kepada Anwar? Patutnya, yang lebih banyak kerusi akan jadi pemimpin. TT sila beri pencerahan.

APA ATUK CAKAP

 



ATUK BUAT

KOMEN LAGI

AMIN

Bersatu, Umno, PAS sukar bekerjasama kerana berbeza pandangan, kata Dr M


AKAN MEROMPAK

BERSAMA SAMA

KAH KAH KAH

HANYA PR - DAP DAH MUAK

 



HANYA PR

DAP DAH MUAK

Unknown commented on

 "MAT SABU GUN ENG

 WAJIB MENULIS"

nampaknya aki lim masih percaya kencingan bam non... DAP bila nak terjang LimLim pa & son co. kah kah kah

MANA YB DOLAH SANI ?

 


MANA HILANG 

YB DOLAH SANI

AMIN

DULU SIBUK

MINTA MADEY

LETAK JAWATAN

AMIN

DUA HARI SEKALI

BUAT KENYATAAN

MINTA MADEY

BERUNDUR

 AMIN

KINI SENYAP 

AMIN

 SENYAP BISU

TAK BERSUARA

AMIN


Bila tarikh sebenar Dr M akan letak jawatan, tanya pemimpin PKR

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid meminta Dr Mahathir Mohamad memberitahu dengan jelas bilakah beliau akan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menggantikannya sebagai perdana menteri.

Sani yang mewakili PKR berkata, tidak memadai sekiranya Mahathir terus berkata bahawa beliau akan menyerahkan kuasa kepada presiden PKR itu tanpa “menyebut dengan jelas tempoh masanya”.

“Dengan menjadikan keperluan untuk mengukuhkan ekonomi sebagai alasan penangguhan (peralihan kuasa) adalah tidak rasional kerana ekonomi merupakan masalah yang berterusan,” katanya kepada FMT.

KENAPA

YB DOLAH

TAK MINTA

MUHYIDIN LETAK

JAWATAN?

AMIN

SENYAP TAK ADA

SUARA

AMIN

APAKAH YB DOLAH

DAH BERALIH

KINI 

SOKONG ABAH

KAH KAH KAH





KETUA BALAI DITAHAN

 


ADA SESUATU

YANG TAK KENA

AMIN

POSITIF DADAH

APA MAKNANYA

AMIN



Ketua balai polis ditahan positif dadah

SEORANG ketua balai polis di Selangor ditahan selepas didapati positif dadah, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Zamri Yahya berkata ketua balai tersebut merupakan antara lapan pegawai dan anggota menghadiri satu pesta dadah di sebuah premis persendirian di Kuala Lumpur.

“Ketua balai tersebut didapati positif dadah jenis syabu manakala tujuh anggota dari balai sama didapati negatif selepas menjalani ujian saringan air kencing,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Pemeriksaan dan ujian saringan dadah dijalankan terhadap mereka selepas menerima aduan dan maklumat berhubung pesta tersebut,” katanya. – Bernama, 5 Februari, 2021

KETUM GANJA

TANAMAN ASLI

TANAH MELAYU

AMIN



PERANG NUKLEAR PERANG PENAMAT

 


PERANG NUKLEAR

PERANG PENAMAT

KETUM DAN GANJA -TUMBUHAN ASLI TANAH MELAYU

 



KETUM DAN GANJA

TUMBUHAN ASLI

TANAH MELAYU


Aku tidak akan menggunakan nama  saintifik atau lebih tepat lagi nama kolonial terhadap dua tumbuhan asli milik bumi tropikal Tanah Melayu ini. Nama-nama yang bunyinya pelik lagi asing dan susah nak dieja. Nama-nama pelik ini   pada hemat aku ini  sengaja disebarkan  untuk menakut-nakut orang yang mendengar. 

Dalam masa yang sama nama kolonial ini digunakan untuk nak menunjukkan betapa bijaknya sosok  yang berupaya mengeja dan menyebut  nama  itu.

Dua tumbuhan asli dari  bumi tropikal Tanah Melayu yang ialah ganja dan  ketum. 

Semua warga tahu apa itu ganja. Semua tahu apa itu ketum.  Mustahil ada sosok yang mengada-ngada buat tidak tahu.

Aku yakin semua  warga yang akil baligh pernah mendengar  nama  ganja dan ketum sekurang-kurangnya sekali.  Aku juga yakin  ramai  belum melihat  rupa dua tumbuhan ini. Mungkin juga ramai juga  yang tidak tahu apa guna dan peranan dua tumbuhan ini.  

Kalau  masih  ada  lagi  Mamat atau  Minah yang klim  tak pernah mendengar ganja dan ketum – kalau aku ada kuasa -  aku akan gantung status kerakyatan hingga mereka kenal apa itu ganja dan apa itu ketum.

angan  risau dan jangan kecewa kalau  tak pernah  melihat  ganja dan daun  ketum. Tidak pernah melihat dua tumbuhan ini  bukan satu jenayah. 

Penggunaan nama Latin untuk ketum dan ganja adalah mengarut. Ketum dan ganja mustahil  akan tumbuh segar di tepi Sungai Tiber Rom Itali – tempat asal usul bahasa Latin.  

 Satu Tanah Melayu tahu bahawa ganja dan ketum boleh hidup subur membiak di belakang Kedai  Pak Usin Batu Tujuh Bendang Raja Kuala Nerang.  

Pasal itu ada daerah dan orang-orang kampung  di Tanah Melayu ini panggil Daun Ketum sebagai Daun  Biak. Kerana senang membiak dalam alam bumi tropikal.

Aku menulis tentang ketum dan ganja ini dengan tujuan yang amat jelas.  Aku menulis bukan kerana aku di upah oleh tokan ganja atau  tokan ketum.   Tidak.   

Aku menulis ini untuk membuka pencerahan kepada anak semua bangsa dan bangsa semua agama. Untuk membuka wacana baru tentang daun ketum dan daun ganja. Untuk menjadikan ganja dan ketum perbualan harian. Membawang dan berlabun tentang ketum dan ganja  dari sudut  yang segar, cerah  dan berpaksikan   sejarah dan fakta.

Akhirnya aku mahu meminta ahli-ahli Parlimen  kita  menilai kembali sikap anti ketum dan anti ganja yang mereka anuti.   Sikap anti ketum dan anti ganja ini telah melebar. Sikap anti dua tumbuhan  asli Tanah Melayu ini  muncul melalui  apa yang dipanggil akta dan undang-undang yang diluluskan melalui  apa yang dipanggil Parlimen.

Ahli Parlimen dan Senator – para YB -  bertanggung jawab membuat dan meluluskan rang undang-undang. 

Undang-undang ini adalah konstruk sosial yang diwujudkan oleh daulah. Konstruk  sosial bukan azali. Konstruk sosial ialah hasil perbuatan manusia.  Ianya  tidak natural saperti petai dan kerdas atau pisang.  

Konstruk sosial  ini diwujudkan oleh manusia seperti rumah atau reban ayam. 

Tetapi ianya bukan macam reban ayam yang boleh dilihat dan dipegang.  Konstruk sosial  tidak dapat dilihat. Tetapi ianya  wujud.  Konstruk sosial  wujud  dengan agenda dan tujuan  masing-masing. Semua kontruk sosial memiliki agenda. Amin.

Pada hemat saya para YB ahli Parlimen yang meluluskan akta dan undang-undang  ini boleh juga mengubahnya sekali lagi.

Undang–undang bukan macam air h2o  – 2  bahagian hydrogen  dan  1 bahagian oxygen  bila bercampur akan  jadi air. Kombinasi h2o ini tidak boleh diubah-ubah.

Akta  anti ganja dan anti ketum bukan begitu. Hakikatnya apa sahaja yang di buat oleh manusia boleh juga diubah atau dilupuskan oleh manusia.

Opss... awas... betul ke para YB kita yang membuat akta anti ketum dan anti ganja ini? 

Opps... gua silap.  Aku silap besar. Bila aku tanya Lebai Google  tentang akta ini baru aku sedar  apa yang sebenarnya telah berlaku. Bila aku selidiki lagi maka aku mendapat melihat dengan jelas lagi terang.  Terang macam  tengah hari jam 12. 

 Jeng jeng jeng. Pencerahan sampai pada aku.  Biar aku terangkan dan berkongsi  apa  pencerahan ini telah sampai ke dalam kepala aku.

Awal wahid  -  selesai membaca tulisan aku ini para pembaca yang budiman sila beri perhatian teliti. Baca dengan  teliti apabila membaca berita   tangkapan ganja atau ketum yang dilaporkan oleh media.

Pada hari Senin 1/2/2021  lalu Portal My Metro ada melaporkan sebuah lori dengan muatan 4.5 tan daun ketum ditahan dalam perjalanan dari Baling  Grik Kedah  ke  Serambi Mekah. 

Polis berkata : Suspek di reman sehingga 4 Februari depan untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Pada 10 Jun 2020  portal Berita Harian telah melaporkan tentang sosok bernama Mat Tarzan dari  Jalan Datuk Kumbar Alor Star  telah ditahan  kerana  menanam ganja di halaman rumahnya.

Polis berkata : Kes disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana menanam pokok ganja dan Seksyen 15 (1) ADB 1952.

Satelah membaca dua berita ini adakah pembaca  nampak sesuatu? 

Bukan nampak daun ganja atau daun ketum. Tetapi sesuatu  yang amat menonjol. Selama ini  ianya  tenggelam dalam laporan berita.  Selama ini mata kita hanya memerhati berapa kilo ganja dirampas atau berapa guni daun ketum ditemui dalam lori.  Gambar polis berhadapan dengan daun ketum atau air ketum mengalihkan pandangan kita untuk menjadi teliti.

Angka  1952  - perhatikan betul -betul – angka  1-9-5-2 -  Akta Racun 1952. Akta Dadah 1952. Kuncinya disini ialah angka 1-9-5-2.

Kenapa aku mengatakan angka 1-9-5-2 sebagai kunci ?

Elementri Bro.... 1952  ialah angka tahun akta itu dibuat.  Sedarlah bahawa pada tahun 1952  kita  belum ada  Parlimen. Kita masih lagi di jajah oleh Inggeris. Maknanya  undang-undang dan akta ini adalah hukuman dari kuasa kolonial  Inggeris.  Betul atau tidak?

Ini bukan undang-undang dari  Parlimen Tengku . Bukan  Parlimen Tun Razak. Tapi  kuasa kolonial Inggeris dan Baginda Queen  yang membuat udang undang ini. 

Lu ada faham? Lu faham atau tidak faham?

Undang-undang anti ganja dan ketum ini di buat oleh kuasa kolonial Inggeris.  Sesudah fakta ini difahami maka aku akan masuk ke satu bab yang baru.

Fakta baru ini ialah di  negara yang di jajah seperti Tanah Melayu - anak buah suku sakat kaum kerabat Baginda Queen  dari  London awalnya  datang dengan syarikat  bernama East India Company. Ini sebenarnya lanun laut   yang di payung oleh Baginda Queen. Datang untuk menjarah harta kekayaan  Tanah Melayu.  

Lanun ini diberi taraf ‘perniagaan’ oleh Baginda Queen. Mereka melanun atas nama Baginda Queen. Dapat senjata dan bantuan laut dari Baginda Queen.  Ini sama macam Najib mencuri duit 1MDB atas nama United Malays National Organisation – dibantu oleh segala kemudahan negara – atas alasan  untuk menolong Melayu. Amin.

Lanun penjajah ini  telah  mendirikan kilang Tiger Beer di Singapura pada tahun  1932. Pada  tahun 1933 kilang Anchor beer didirikan juga di Singapura.  Dua  beer ini amat terkenal dalam dunia ini. Dua-dua beer ini berasal  dari air  Kallang di Singapura. 

Anak anak muda  jangan silap faham dan bertanya -  ada apa tersangkut dengan Singapura.

Singapura ini adalah sebahagian  dari Tanah Melayu. Pulau ini kita boleh nampak dari Johor Baharu. Kalau kita menonggeng  beramai-ramai dan terkentut di Johor Baru mengarah ke Singapura mungkin ada bangunan yang akan runtuh di Woodland.   

Bagaimana parti ketuanan Melayu -  United Malays National Organisation belot hingga  Singapura cabut lari – satu cerita lain. Bukan dalam surah  ganja dan ketum. Amin.

Apa yang hendak aku sampaikan disini ialah bagaimana kuasa kolonial Inggeris mahu memunculkan satu akta dan udang undang untuk melarang ketum dan ganja. Undang- undang ini di buat pada tahun 1952. Akta anti ketum dan anti hanja ini muncul 20 satelah Tiger dan Anchor bertapak di Singapura.

Nampak atau tak nampak?

Tujuan undang-undang anti ganja dan  anti ketum  dibuat  agar orang ramai  lari dari menghisap ganja dan  meninggal meninum air ketum untuk membeli beer buatan  syarikat  kolonial Inggeris. 

Satu habuk pun aku tak percaya bahawa  Baginda Queen  yang meluluskan akta anti ganja dan anti ketum ada  niat untuk  menjaga  kesihatan anak-anak tanah jajahan. Poorah.

Niat kesihatan ini tak timbul. Kuasa kolonial Inggeris datang untuk menjarah Tanah Melayu. Apa boleh dirembat akan dirembat . Apa boleh  dilanun akan di lanun.   Gali, tebang dan jual. Ini rukun iman kuasa kolonial Inggeris.

Jangan lupa  - rokok dan tembakau telah diperkenalkan ke Tanah Melayu seawal tahun 1912 – lebih awal dari Tiger dan Anchor.  Di Kelantan walau pun klim sebagai Serambi Mekah  menjadi wilayah penting untuk kaum tani menanam tembakau.  Tidak ada undang-undang anti rokok yang bersabit dengan kesihatan  sehingga tahun 1977. 

Para perancang syarikat beer pasti sedar bahawa ganja dan ketum adalah dua tanaman asli Tanah Melayu. Ini memberi persaingan yang maha hebat kepada Anchor dan Tiger. Voila! Maka undang-undang  yang berselindung disebalik kesihatan dibuat.

Konon untuk mengawal dan menjaga kesehatan anak tanah jajahan dari makan racun. Maka dimunculkan Akta Racun 1952. Pukrak mukrak  apa ? Ganja dan ketum tidak penah menjadi  racun dalam alam Melayu. Tak ada siapa kena racun. Ganja dan ketum wujud selari dalam budaya kehidupan kaum tani, nelayan dan buruh cucu cicit anak Bani Melayu.

Tetiba   Mat Salleh para penjajah ini  mengatakan ganja dan ketum ini racun. Ganja dan ketum tidak baik untuk kesihantan. Untuk berehat dan bersantai salepas memburuh di bendang atau pulang dari menangkap ikan buka sebotol  Harimau atau sebotol Sauh. 

Apakh para pembaca budiaman tidak melihat kenapa  harimau  dari hutan dan sauh dari laut telah dijadikan  logo?

Ini taktik kuasa kolonial  Inggeris di belakang Akta Racun 1952.  Tak percaya ? Tunggu minggu hadapan aku akan sambung.  (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM KOLUMN
PORTAL MALAYSIAKINI.COM




ADA BANYAK JALAN KE SOHO

 


ADA BANYAK

JALAN KE SOHO

AMIN



Mahkamah Persekutuan benar permohonan wanita diisytihar bukan Islam

MAHKAMAH Persekutuan hari ini memutuskan Rosliza Ibrahim, yang berbapakan Muslim dan beribukan wanita Buddha diisytiharkan sebagai bukan Islam.

Panel sembilan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara memutuskan tiada bukti bahawa Rosliza menganut Islam sejak lahir.

Rosliza dilahirkan sebagai anak luar nikah bapanya yang beragama Islam dan ibunya yang beragama Buddha. Beliau dilahirkan di Selangor dan tidak pernah dibesarkan sebagai seorang Muslim.

Mahkamah Persekutuan memutuskan tiada bukti kukuh menunjukkan wanita berusia 39 tahun yang dibesarkan sejak lahir oleh oleh ibunya Yap Ah Mooi yang beragama Buddah pernah menganut Islam.

Rosliza memfailkan rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonannya untuk diisytiharkan sebagai penganut Buddha.

Panel hakim terdiri daripada Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Mary Lim, P. Nallini, Abdul Rahman Sebli, Zabariah Mohd Yusof, Hasnah Mohamad Hashim dan Rhodzariah Bujang.

Keputusan majoriti 7-2 oleh panel hakim mendapati Rosliza bukan penganut Islam, maka Undang-undang Syariah tidak terpakai keatasnya.

Rosliza mula menghadapi kesulitan apabila permohonannya untuk menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara ditolak kerana tidak mempunyai surat kebenaran dari Mahkamah Syariah.

Beliau memfailkan saman pemula pada 2015 di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk untuk mendapatkan pengisytiharan bukan Islam dan Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya. 

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonannya pada 2017, dan rayuannya juga ditolak pada 2018. – 5 Februari, 2021. 

ANAK SEMUA

BANGSA

BANGSA SEMUA

AGAMA 

AMIN

HIDUP HANYA

SEKALI

AMIN

JADILAH

JADI DIRI KITA

SENDIRI

AMIN

CARILAH CARI

JALAN 

YANG DIMINATI

AMIN

ADA BANYAK

JALAN KE SOHO

AMIN