Ahad, 5 Mac 2023
MAIL BERA BANGUN MELAWAN ZAHID
Tunjuk surat RoS keputusan usul tambahan Umno diterima, kata Ismail Sabri
AHMAD Zahid Hamidi diminta menunjukkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bahawa ia membersihkan Umno daripada sebarang salah laku selepas parti itu meluluskan usul tidak bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden.
Naib presiden Ismail Sabri Yaakob berkata presiden Umno perlu mengemukakan surat itu kerana terdapat laporan bercanggah mengenai keputusan RoS berhubung perkara itu.
“Beliau sepatutnya menunjukkan surat RoS kerana terdapat dua laporan media yang bercanggah mengenai perkara itu.
“Satu laporan menyatakan RoS menolak tetapi tidak lama kemudian ada laporan lain menerima keputusan perhimpunan. Semua orang keliru.
“Saya juga membaca laporan media,” katanya kepada portal berita berbahasa Melayu Berita Harian.
Malam tadi, Ahmad Zahid berkata RoS membersihkan Umno daripada sebarang salah laku selepas parti itu meluluskan usul tidak bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden.
“Setiausaha agung menerima surat bertarikh 3 Mac daripada kementerian dalam negeri untuk memaklumkan kepada kami keputusan menteri mengenai usul itu,” katanya pada sidang media.
RoS terletak di bawah kuasa kementerian dalam negeri.
Bulan lalu, dilaporkan RoS menyiasat kemungkinan perlanggaran perlembagaan parti selepas usul itu diluluskan oleh perhimpunan agung Umno.
Siasatan itu dimulakan selepas dua ahli Umno membuat laporan kepada RoS mendakwa pembentangan usul itu melanggar Perkara 10 perlembagaan parti.
Mereka menegaskan ia perlu dibentangkan dua minggu sebelum perhimpunan agung atau tujuh hari jika dibentangkan oleh ahli Majlis Tertinggi. – 5 Mac, 2023.
BERITA TELAH
TERSEBAR
AMIN
ROS TULIS LAIN
ZAHID CAKAP
LAIN
JENG JENG JENG
ROS TAK TERIMA
PINDAAN
ZAHID KATA ROS
TERIMA
JENG JENG JENG
SAPA BETUL
SAPA PUTAR
AMIN
NAK SELESAI
MUDAH SAJA
AMIN
ZAHID TUNJUK
SURAT ROS
ATAU
ROS UMUM
KEPUTUSAN
KHALAS
KHIR TOYO NAK KALAHKAN JAMAL
Amalan gangsterisme rugikan UMNO – Khir Toyo
KUALA LUMPUR – Budaya gangstersime tidak lagi sesuai diamalkan pada zaman ini, apatah lagi dalam menerajui pucuk pimpinan mana-mana UMNO Bahagian.
Calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, rakyat bukan lagi naif seperti 60 tahun dahulu, malah lebih cerdik dan sensitif kepada perkembangan semasa.
Saya tak nampak UMNO akan menang jika dipimpin oleh Jamal – Khir
KUALA LUMPUR – Prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) khususnya di Parlimen Sungai Besar antara faktor penyebab Dr Mohamad Khir Toyo mahu kembali ke gelanggang politik dalam pemilihan parti kali ini.
Dr Khir melihat ketidakupayaan penyandangnya, Jamal Md Yunos merampas Parlimen Sungai Besar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sejak dua penggal lalu perlu dihukum dalam Pemilihan UMNO 2023 kali ini.
BANJIR DI JOHOR MEMBIMBANGKAN
Banjir di Johor membimbangkan
KEADAAN banjir di beberapa negeri semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara meningkat kepada 48,989 orang setakat pagi ini.
Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 44,860 orang diikuti Pahang (2,978), Negeri Sembilan (587), Melaka (493) dan Selangor (71).
Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan seramai 13,029 keluarga telah ditempatkan di 260 PPS di 10 daerah yang terjejas dengan bencana tersebut.
Menurut kenyataan JPBN itu, Batu Pahat merupakan antara daerah paling ramai penduduk teruk terjejas banjir dengan sejumlah 14,030 orang daripada 4,084 keluarga, diikuti Segamat dengan 13,334 orang (3,897 keluarga) dan Kluang, 5,296 mangsa (1,533 keluarga).
Di Pahang, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir pagi ini seramai 2,978 orang berbanding 2,860 orang malam tadi, yang ditempatkan di 23 PPS.
Daerah Rompin kekal merekodkan mangsa paling ramai iaitu 2,615 orang di 20 PPS diikuti Temerloh (305 orang, sebuah PPS) dan masing-masing 29 mangsa di sebuah PPS di Bera serta Maran.
Di Melaka, jumlah mangsa meningkat lagi kepada 493 orang daripada 134 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 448 mangsa daripada 118 keluarga pada 8 malam tadi.
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor hingga esok
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan (Buruk) yang dijangka berlaku di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa and Betong) sehingga esok (6 Mac).
MetMalaysia juga pada 10.35 pagi ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) yang dijangka berlaku di Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) di Sarawak, juga sehingga esok.
Sementara itu amaran hujan berterusan (Waspada) itu juga dikeluarkan bagi kawasan di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi). – Bernama, 5 Mac, 2023.
HUJAN TERUS
TURUN
AMIN
AWAS
HATI HATI
BAHAYA LETERIK
KHALAS
MANGSA BANJIR 50 RIBU
Mangsa banjir cecah lebih 50,000 orang di 5 negeri
BAGAIKAN pulau-pulau kecil. Itulah keadaan yang dilihat di sekitar Segamat menerusi tinjauan udara selepas beberapa kawasan di daerah itu dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak malam Isnin.
Tinjauan Bernama bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lewat petang semalam mendapati air masih meliputi hampir 80 peratus kawasan perumahan di lokasi yang terjejas.
Selain itu terdapat beberapa laluan ditutup kerana dinaiki air dengan kawasan Kampung Tenang dan Kampung Jawa di Segamat hanya kelihatan bumbung rumah penduduk.
Malah air di Empangan Juaseh di Labis juga sudah melimpah ke kawasan perumahan dan difahamkan ia menjadi ‘petanda’ kepada keadaan banjir kritikal kerana kawasan itu sudah ditenggelami air.
Setakat ini tiga mukim yang terjejas teruk ialah di bandar Segamat, Chaah dan Labis sekali gus menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) demi keselamatan mereka.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Ahmad Izram Osman yang turut serta dalam tinjauan tersebut berkata setakat malam tadi air masih meliputi 80 peratus kawasan perumahan berkenaan.
Beliau berkata operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir masih giat dijalankan dengan menggunakan aset jentera dan bot termasuk dron.
“Empat dron digunakan unit udara JBPM bagi operasi menyelamat di Johor selepas negeri itu dilanda banjir sejak Isnin lepas.
“Penggunaan dron menjangkau kawasan yang lebih jauh dan digunakan untuk memantau lokasi yang sukar diakses jadi kita boleh merancang strategi proses menyelamat mangsa banjir,” katanya.
Ahmad Izram berkata selain dron JBPM turut menyediakan sebuah pesawat dalam operasi menyelamat selain membantu membawa kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini.
Menerusi tinjauan udara itu juga dapat dilihat kenderaan diparkir di kawasan tinggi selain penduduk menunggu di laluan yang dinaiki air dengan harapan jalan tersebut dapat dilalui untuk pulang ke rumah masing-masing.
Pemandu lori Mohd Hairulnizam Abu Bakar, 36 berkata beliau tidak menyangka air Sungai Segamat akan melimpah di laluan utamanya pulang ke rumah, yang menyebabkan dia terpaksa tidur atas motosikalnya berhampiran laluan itu.
“Saya pulang dari kerja pada Rabu jam 4 petang dan laluan Jambatan Lama Segamat sudah ditutup dan saya terpaksa tidur atas motosikal menunggu air surut,” katanya ketika ditemui di Jambatan Lama Bandar Segamat.
Mohd Hairulnizam berkata banjir di kawasan Segamat disifatkan terburuk selepas kawasan itu pernah mengalami situasi sama pada 2006, 2011, 2013 dan 2017.
Setakat petang semalam dua laluan utama ditutup sehingga petang ini iaitu Jalan Jabi-Bukit Tempurung (Segamat) sejauh 10 kilometer dan Jalan Kampung Tungku Tiga-Felda Pemanis.
Segamat merupakan antara 10 daerah di Johor yang terjejas teruk akibat banjir melibatkan 3,519 keluarga dipindahkan ke 77 PPS setakat 8 pagi tadi. – Bernama, 3 Mac, 2023.
KIAMAT IKLIM
BERTERUSAN
AMIN
MANGSA TERUS
BERTAMBAH
AMIN
KITA JAGA
KITA
KHALAS
BERJAYA DI NEGAR KAPIR
BERJAYA
DI NEGARA KAPIR
KHALAS
Unknown commented on
"BUMI MELAYU
TAK PERLU FAKE NEWS"
Nadia Nadim was 11 years old when she fled Afghanistan for Denmark after her father was killed. She’s now represented Denmark 99 times, scored 200 career goals, played for PSG and Man City and speaks 11 languages.
Last year, she qualified as a doctor after 5 years of studying.
Kah kah kah fikir sendiri siapa berjaya lagi, syukur nasib baik dia sampai negara kafir
Nadia Nadim is a professional footballer and physician who plays as a striker for NWSL club Racing Louisville FC. Born in Afghanistan, she represents the Denmark national team at international level.
HAMZAH BUAT SILAP
Kerajaan beri tekanan kepada Bersatu dengan sasarkan pemimpin, kata Hamzah
KERAJAAN memulakan pemburuan politik terhadap Bersatu termasuk menangkap bendaharinya, kata setiausaha agung parti Hamzah Zainudin.
Hamzah menambah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempunyai alasan kukuh untuk menahan reman bendahari Mohamed Salleh Bajuri.
Beliau juga berkata kerajaan sedang dalam misi mencari kesalahan parti dan pemimpinnya.
“Sebenarnya tiada sebab yang munasabah untuk SPRM memohon penahanan reman Mohamed Salleh Bajuri atas alasan siasatan kerana beliau sentiasa hadir dan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya setiap kali diperlukan.
“Bersatu berpendirian bahawa tahanan reman ke atas Mohamed Salleh adalah sebahagian daripada tekanan yang diberikan kepada pegawai dan pemimpin Bersatu untuk mencari kesalahan yang tidak wujud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Salleh ditahan semalam dan direman dua hari oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung penggunaan dana parti.
Hamzah berkata kerajaan juga sedang menyiasat vendor Bersatu.
“Penyata kewangan Bersatu diaudit setiap tahun dan diluluskan dalam persidangan agung tahunan. “Tidak ada apa-apa perkara tidak teratur ditemui dalam penyata kewangan tersebut yang disahkan oleh juruaudit bertauliah.
“Salleh seorang bendahari agung yang beramanah dan berintegriti memastikan semua perolehan yang dibuat Bersatu telah melalui proses dan tatacara kewangan parti,” katanya.
Ahli Parlimen Larut itu berkata kerajaan mesti menerima hakikat kepimpinan tertinggi Bersatu tidak melakukan sebarang kesalahan di bawah undang-undang.
Sebelum penahanan Salleh Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan didakwa atas tuduhan rasuah.
Bulan lalu SPRM juga merekodkan kenyataan Presiden Bersatu dan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berhubung siasatan berterusan ke atas akaun bank beku parti itu. – 4 Mac, 2023.
HAMZAH BUAT
SILAP
KAH KAH KAH
MASA BERKUASA
JUMPA PEMIMPIN
PEMBANGKANG
SENYUM SANA
SALAM SINI
KAH KAH KAH
SEKARANG TAKDA
KUASA BARU
SEDAR
KAH KAH KAH
BILA MUSUH
JATUH WAJIB
DIPIJAK BAGI
TAMAT TERUS
KAH KAH KAH
IKUT CARA
SULTAN MELAKA
BUNUH MUSUH
RUMAH BUANG
KE LAUT
KHALAS
AKAN DATANG
HAMZAH SENDIRI
AKAN KENA
KAH KAH KAH
KHALAS
PARTI AJARAN FAKE NEWS
PARTI
AJARAN
FAKE NEWS
KHALAS
Unknown commented on
"KERAJAAN ANWAR AKAN RUNTUH"
menurut kajian, diselangor ni terdpt banyak ajaran sesat. namun menteri agama anwar ini gagal melihat haji hadi dan parti pas sebagai sebagai parti yg sesat. dah nyata sesat bila rasuah dipangil derma.memporak perandakan dan melaga2kan kaum sesama muslim dan non muslim. ucapan2 haji hadi berbaur yg sgt busuk malah antarabangsa juga melihat ucapan hadi sbg islamis yg extreme. apa keje menteri agama anwar ni selain tugasan klise kuota haji haji dan haji..
gua sarankan menteri agama sediakan ruang dan gelanggang kpd para tiktoker agar bersyarah secara sihat mengenai agama islam yg sebenar.gua tahu dlm jakim ramai penyokong2 pas kerana JAKIM itu diwujudkan oleh madey kutty utk menarik minat agamawan2 pantai timur..kalo bab mengharamkan ajaran sesat, bab cerita seksi, begitu laju keluarkan statement pdf..menteri agama malaysia sgt lemah andai dibanding dgn menteri agama indonesia
BULAN TIGA YANG SERONOK
BULAN TIGA
YANG SERONOK
AHAD 5/3/2023
KITA MASUK BULAN TIGA
BULAN INI ADA DUA KES BESAR
PERTAMA KES NAJIB
KEDUA KES ANWAR SAMAN SANUSI
JENG JENG JENG
MENARIK MENARIK
PENARIK
KAH KAH KAH
MENU RAHMAH
INI HANYA UNTUK SEMENTARA
KITA BERI IKAN
DIA MAKAN IKAN
YANG PENTING AJAR
CARA NANGKAP IKAN
BERI JORAN
BERI UMPAN
CARI IKAN SENDIRI
KERANA
EKONOMI DUNIA
MASIH KELAM KABUT
INI HANYA PERMULAAN
ZAMAN MELESET AKAN SAMPAI
SERATUS MENU RAHMAH
AKAN TERBARAI
AMIN
HOKKIEN
SEGAR DAN SEJUK
KL & KL SENTRAL CERAH
MATA HARI DAH MUNCUL
JANTAN BERKOKOK
MURAI BERKICAU
AWAM HITAM
MASIH DILANGIT
HOKKIEN DAH MULA SIBUK
SATU KELUARGA DAH DATANG
SEMBAHYANG KUBUR
PEKERJA SANA SINI
NAIK MOTO
KERETA KELUARGA
DAH MULA LALU LALANG
PESTA SEMBAHYANG AKAN SAMPAI
BELUKAR TELAH DI TERANGI
TAPI RUMPUT YANG TELAH
MATI DIRACUN BELUM DIBAKAR
KERANA MUSIM HUJAN
BELUM SELESAI
GUA HARAP
HARI INI AKAN PANAS
WALAU PUN
LANGIT BERAWAN KELABU
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUMLAH
DI PAGI AHAD YANG SEJUK
BRO
PERKARA YANG
PALING SEHAT DALAM HIDUP
IALAH GEMBIRA
BRO
BERTENANG
DAN TERUSKAN
BRO
NIKMAT YANG PALING INDAH
DALAM HIDUP
IALAH CINTA
BRO
HIDUP INI MEMBUAT KEBAJIKAN
HIDUP BUKAN MEMBUAT DUIT
BRO
RAMAI KITA INI
TIDAK MENGHIDUPKAN IMPIAN KITA
KITA DIHIDUPKAN OLEH KETAKUTAN
BRO
LU GEMBIRA DISAAT INI
DI SAAT INI HIDUP LU
BRO
HIDUP INI PENDEK
DISINI KITA HIDUP
BRO
PILIHAN KITALAH YANG
MENENTUKAN SIAPA KITA
LEBIH BENAR DARI
KEUPAYAAN KITA
BRO
CARA TERBAIK
UNTUK MENENTUKAN
MASA DEPAN LU
IALAH LU BUAT IANYA
BERLAKU
BRO
TIDAK ADA APA
YANG SILAP
YANG WUJUD HANYA PELUANG
BRO
HIDUP INI MACAM
DUIT SEPULUH SEN
LU BOLEH BELANJAKAN
UNTUK APA SAJA
TAPI HANYA SEKALI
BRO
BILA LU DEWASA
LU AKAN SEDAR
LU ADA DUA TANGAN
SATU UNTUK BANTU LU SENDIRI
SATU LAGI UNTUK BANTU
ORANG LAIN
BRO
KADANG KADANG
KITA TAK NAMPAK
DIRI KITA SENDIRI
MAKA KITA PERLU
MELIHAT DIRI KITA
MELALUI MATA ORANG LAIN
BRO
JANGAN TERUS MERENUNG
YANG DAH BERLAKU
JANGAN MIMPI MASA DEPAN
TUMPUKAN SELURUH MINDA
UNTUK MASA INI
BRO
AKHIRNYA
SEMUA KESAKITAN
YANG LU RASAI
AKAN MENJADI KEGAGAHAN
PADA DIRI LU
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
BULAN TIGA
YANG SERONOK
Langgan:
Catatan (Atom)