Sabtu, 28 Oktober 2023
RIBUAN BERDEMO TANPA SITI NURHALIZA
DEMO ANTI ISRAEL
DEMO ANTI AMERIKA
DEMO SOKONG
PALESTIN
TANPA
SITI NURHALIZA
KHALAS
DEMO TAK PERLU SITI NURHALIZA
Lebih 5,000 berarak dari KLCC ke Kedutaan AS
KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 orang menyertai Himpunan 10K Solidariti Palestin yang dianjurkan PAS, bermula dari Masjid KLCC, tengah hari tadi.
Peserta mula berarak kira-kira jam 1.45 petang selepas solat Zuhur dari masjid menuju ke Jalan Binjai, Persiaran KLCC, di sini.
Perhimpunan ini kemudian menuju ke Jalan Tun Razak melalui hadapan Menara Tan and Tan dan seterusnya bergerak ke hadapan bangunan Tabung Haji.
Seterusnya dari Tabung Haji, kumpulan solidariti ini membuat pusingan U dan menuju ke hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), namun dihalang oleh pihak polis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata sehingga jam 2.15 petang peserta perhimpunan masih berarak.
"Pada masa ini, kita anggarkan terdapat hampir 5,000 orang masih bergerak menuju ke Jalan Tun Razak dari Masjid KLCC dan jumlahnya mungkin bertambah dari semasa ke semasa.
"Kita menempatkan pegawai dan anggota polis di setiap titik penting bagi mengawasi perjalanan himpunan ini selain memantau situasi semasa.
"Kita juga akui perhimpunan ini turut menyebabkan aliran trafik di kawasan berhampiran terganggu namun pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) cuma mengawasi keadaan lalu lintas," katanya kepada BH di sini, sebentar tadi.
Sementara itu, tinjauan BH mendapati penganjur berkumpul di hadapan Bangunan ALPS, Jalan Tun Razak, tidak jauh dari Kedutaan AS.
Selain pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, himpunan ini turut membabitkan penugasan dari IPD Wangsa Maju.
Ini kerana lokasi perhimpunan yang sebelum ini dijadualkan di Masjid KLCC sudah diubah kepada Menara ALPS.
DEMO ANTI ISREAL
DEMO ANTI AMERIKA
TAK PERLU
SITI NURHALIZA
AMIN
DEMO SOKONG
PALESTIN PERLU
SOKONGAN
ORANG RAMAI
KHALAS
SAPA LEBIH ISLAM - SAPA LEBIH MELAYU
Isu senjata mainan program di sekolah disiasat, kata menteri
KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengarahkan siasatan menyeluruh berhubung penggunaan senjata mainan dalam satu program yang dipercayai berkaitan solidariti bersama Palestin di sebuah sekolah, yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung isu berkenaan sebaik sahaja pihaknya menerima laporan.
Beliau berkata, program minggu solidariti Palestin di sekolah digalakkan kerana ia penting untuk pemahaman nilai-nilai positif dalam kalangan pelajar, namun pihaknya tidak berkompromi dengan unsur radikalisme, ekstremis atau keganasan.
“Mesti ada laporan sebelum kita ambil apa-apa tindakan, dan ia (program) juga mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan, malah garis panduan (minggu solidariti Palestin) ini juga sangat jelas. Sebab itulah kita adakan satu libat urus bersama pihak berkaitan.
“Apa yang boleh dan tak boleh dilakukan dan sebagainya… Jadi kita minta semua pihak khususnya institusi pendidikan, untuk berikan perhatian penuh terhadap garis panduan yang kita keluarkan,” kata ahli Parlimen Nibong Tebal itu kepada pemberita di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan taman angkat amanita Taman Pekaka di SMK Saujana Indah di Nibong Tebal yang turut dihadiri Ketua Polis Pulau Pinang, Khaw Kok Chin.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video satu program di sebuah sekolah yang dikatakan memaparkan unsur ekstremisme, dipercayai bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.
Bagaimanapun KPM mengesahkan program yang dipaparkan dalam rakaman video itu dianjurkan di luar tempoh waktu pelaksanaan minggu solidariti Palestin dan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. – Bernama, 28 Oktober, 2023.
SAPA LEBIH
ISLAM
SAPA LEBIH
MELAYU
AKAN DAPAT
SOKONGAN
MURID YG SEKARANG
DALAM TINGKATAN
3 EMPAT DAN 5
AMIN
SAPA DAPAT
SOKONGAN
BUDAK SEKOLAH
SEKARANG
PASTI AKAN MENANG
PRU 16
KHALAS
MURID SEKOLAH LUBUK UNDI
Petisyen gesa Minggu Solidariti Palestin dihenti dilancar
SATU petisyen dalam talian dilancar bagi mendesak kerajaan untuk menjauhkan konflik antarabangsa, konflik dan perang Timur Tengah, ketegangan kaum dan agama dari sekolah dan institusi pendidikan.
Petisyen yang digerakkan oleh Global Human Rights Federation (GHRF) itu dilancarkan pada jam 10.30 pagi tadi, dengan tajuk “Selamatkan Sistem Pendidikan Kita”.
Ia berlaku menjelang Minggu Solidariti Palestin yang dijadualkan bermula esok di sekolah dan institusi pendidikan di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.
“Sekolah dan institusi pendidikan kita adalah lapangan berkecuali di mana penekanan diberikan kepada pendidikan berkualiti berlandaskan hak asasi dan menghormati kepelbagaian.
“Kami memandang berat kepada tindakan mengheret kanak-kanak sekolah ke dalam dunia protes orang dewasa global dan tidak membawa minda kanak-kanak ke dalam krisis timur tengah atau krisis antarabangsa atau perang,” kata Presiden GHRF S. Shashi Kumar kepada The Malaysian Insight.
Petisyen itu secara kolektif dilancarkan oleh 21 kumpulan sivil awam termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Awal minggu ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan ia akan melancarkan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Oktober hingga 3 November di semua sekolah dan institut latihan perguruan di bawah bidang kuasanya. – 28 Oktober, 2023.
WOIT
KESIAN NGO NI
TAK FAHAM
AMIN
ISU PALESTIN NI
DI MALYSIA DAH
JADI PERLAWANAN
POLITIK
AMIN
SAPA LEBIH
PRO PALESTIN
ERTINYA
LEBIH ISLAM
LEBIH MELAYU
AMIN
PAKATAN LAWAN
PERIKATAN
AMIN
KEMPEN DISEKOLAH
DI JALANKAN KERANA
MURID TINGKATAN 3
AKAN MENGUNDI
DI PRU 16
AMIN
DENGAN UNDI 18
MURID SEKOLAH
JADI LUBUK UNDI
KHALAS
KITA SEMUA TAHU SAPA MELEBONG
TAK PERLU
PERTANDINGAN
AMIN
KITA SEMUA TAHU
SAPA MELEBONG
KHALAS
Unknown commented on
"DEMO PETANG SABTU"
Dah banyak demo dibuat dan mungkin banyak lagi akan datang. Mari kita buat pertandingan Gegar Demo proPalestin/Anti Israel. Kita pilih demo mana yang terbaik dalam 3 category:
1. Yang paling kuat dan ikhlas sokong Palestin.
2. Yang paling berani lawan Israel , kutuk Israel hentam Nentanyahu.
3. Yang paling kuat LEBONG..
Para jury terdiri dari mereka yang paling banyak pengalaman berdemo. Otai Reformasi, otai Bersih dan Saudara Tuan Chua. Ketua jury tak lain tak bukan ialah tuan TT,Hishamudin Rais.
SAHIH DEMO
Himpunan Palestin banjiri pekarangan Masjid KLCC
Lebih 5,000 berarak dari KLCC ke Kedutaan AS
WOIT
ADA FRU
BARU SAHIH
DEMO
KHALAS
DEMO PETANG INI TAKDA SITI NURHALIZA
DEMO PETANG
INI TAKDA
SITI NURHALIZA
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on "BENDERA ZIONIS ISREAL DI BAKAR"Ini lah baru betul demonstrasi/tunjuk perasaan, di atas jalanan. Bukan dalam stadium/pentas arena..Situ kalo tengok bola, konsert ke berzumba ramai2 ..baru ngam ..
GAZA PUTUS HUBUNGAN DUNIA LUAR
GAZA SEKARANG
GELAP GULITA
PUTUS HUBUNGAN
DENGAN DUNIA LUAR
AMIN
HNAY CAHAYA
BOM BERSINAR
KHALAS
SEJARAH BERULANG
Warga asing kini jadi ‘bos sayur’, kata persatuan
WARGA asing yang juga bekas pekerja di ladang sayur kini menjadi ancaman kepada bekas majikan mereka, kata Persekutuan Persatuan Pekebun Sayur.
Presidennya, Lim Ser Kwee memberitahu The Malaysian Insight warga asing terbabit kini berubah menjadi “bos sayur”.
Beliau berkata warga asing terbabit menyewa kebun sayur terbiar, menanam sendiri dan menjual hasil tuaian pada harga rendah.
“Mereka menyebabkan harga sayuran di pasaran jatuh dan ini menjejaskan pendapatan pekebun sayur tempatan,” katanya.
Lim berkata sebelum pandemik, keadaan itu hanya berlaku di beberapa kawasan di semenanjung, tetapi kini ia mulai meluas.
“Daripada maklumat yang diterima, masalah itu kini berlaku di semua negeri.”
Lim berkata warga asing ini akan mencari pemilik kebun yang terlalu tua untuk mengusahakan tanah dan tiada ahli keluarga yang berminat untuk meneruskan bercucuk tanam.
“Jadi mereka sewakan kebun kepada warga asing ini.”
Beliau berkata warga asing terbabit kemudian akan menggaji pekerja yang sudah lama bekerja dengan mereka.
Lim berkata jumlah kebun diusahakan warga asing semakin banyak menyebabkan berlakukan persaingan sengit dan wujud amalam tidak etika yang menjejaskan pekebun tempatan.
“Mereka usahakan tanah kebun sendiri, jadi kos buruh mereka rendah atau tiada langsung. Kos yang rendah itu menyebabkan mereka boleh jual pada harga rendah tidak masuk akal.
“Namun, apa yang paling membimbangkan bukan hanya persaingan harga. Warga asing ini kurang pengetahuan tentang penggunaan racun serangga mereka itu mungkin jenis tidak diluluskan kerajaan,” katanya.
Keadaan itu, katanya akan membahayakan pengguna.
“Saya bimbang dalam jangka panjang, pekebun sayur tempatan tidak akan dapat bersaing dengan warga asing dan menyebabkan mereka gulung tikar,” katanya.
Persatuan itu katanya, pernah membangkitkan isu warga asing menyewa tanah untuk berkebun.
“Tetapi, setakat ini tiada tindakan diambil,” katanya.
Penasihat Persekutuan Persatuan Pekebun Sayur Malaysia Tan So Tiok berkata kegagalan Kementerian pertanian untuk bertindak menyebabkan semakin ramai warga asing menyewa kebun terbiar.
“Kerajaan perlu bertindak sekarang untuk mengekang isu ini. Daripada pemerhatian kami, masalah ini makin teruk, ia menular ke seluruh negara.”
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Persatuan Pekebun Cina Cameron Highlands Cheng Nam Hong berkata setakat ini kebanyakan pekebun di situ masih pekebun tempatan.
Cheng berkata harga sayur menurun sedikit sejak enam bulan lalu dan ini menghalang warga asing yang berhasrat untuk jadi bos sayur.
“Mereka tidak mampu untuk menanggung sewa. Ramai yang berputus asa dan memilih untuk bekerja sebagai buruh.”
Cheng berkata pemilik kebun sendiri melanggar undang-undang kerana mereka tidak boleh menyewakan tanah kepada warga asing.
Selain menyewa tanah, Cheng berkata warga asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan memanipulasi undang-undang dengan menggunakan nama pasangan bagi menubuhkan syarikat untuk menjadi pemborong. – 28 Oktober, 2023.
WOIT
DULU INILAH
YANG DIRASAKAN
OLEH BANI MELAYU
BILA CHINA SAMPAI
AMIN
ABIS TANAH
KEBUN DUSUN
DI REMBAT CHINA
YANG DI BANTU
OLEH INGGERIS
AMIN
SEJARAH BERULANG
KINI BANI CHINA
DI SINGKIR OLEH
BANGLA
AMIN
MELAYU NAK
BANTU SAPA ?
AMIN
KHALAS
HARGA AYAM PASTI NAIK
Kerajaan yakin apung harga ayam tak sebabkan harga naik mendadak
KERAJAAN yakin pelaksanaan pengapungan harga ayam tidak akan menyebabkan kenaikan secara mendadak terhadap harga makanan keperluan rakyat itu.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata ini kerana kedudukan dan pengeluaran ayam di negara ini masih mencukupi pada ketika ini.
“Harga siling ayam adalah RM9.40, harga ayam yang ada di pasaran sekarang ini berada di bawah harga siling. Jadi kita harap dengan pengapungan ini harga ayam tidak melepasi harga siling.
Ini juga (berdasarkan) tinjauan kita di pasaran dan pengeluar juga memberi jaminan untuk bekerjasama sepenuhnya supaya bekalan ayam mencukupi bila berlaku pengapungan harga nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Naratif Khas terbitan RTM dengan topik “Pasca Belanjawan 2024: Tamat Subsidi Ayam, Apa Jaminan Buat Rakyat?”, malam tadi. Turut sama dalam program itu adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Badrul Hisham Mohd.
Pada masa sama, Mohamad berkata mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga ayam selepas pelaksanaan pengapungan harga barangan keperluan itu akan berdepan tindakan.
“Saya yakin Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memantau dengan baik supaya tidak berlaku manipulasi harga.
“Kalau berlaku kenaikan harga yang disengajakan kerajaan boleh bertindak, melainkan kalau ia betul-betul tidak cukup dalam pasaran. Kita lihat bagaimana kerajaan campur tangan untuk membantu khususnya golongan B40,” katanya.
Semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mempertimbang harga ayam dan telur di pasaran diapungkan.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata langkah pengapungan berkenaan dibuat selepas kerajaan mendapati bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil.
Dalam pada itu Badrul berkata kerajaan, terutamanya KPKM, amat berhati-hati apabila membuat sebarang keputusan memandangkan ia akan memberi kesan secara langsung kepada rakyat dan industri.
Beliau berkata keputusan melaksanakan pengapungan harga itu memakan masa memandangkan kerajaan mengambil pendekatan untuk berunding dengan semua pihak berkepentingan untuk meneliti setiap impak kepada lapisan masyarakat, sekali gus memberikan keseimbangan di semua peringkat.
“Kemungkinan dalam jangka pendek akan berlaku kegusaran rakyat, itu kita telah jangkakan. Kita telah menyediakan pelbagai strategi dan pendekatan yang akan kita laksanakan sekiranya kesan dan keresahan itu berlangsung dalam tempoh di luar jangkaan.
Dari segi jangka panjang, kita yakin keputusan ini akan memberikan satu keseimbangan ekonomi kepada semua pihak,” katanya.
Pelaksanaan pengapungan harga ayam dan telur akan diumumkan pada 30 Oktober ini. – Bernama, 28 Oktober, 2023.
BILA LUPUS
SABSIDI
HARGA AYAM
DAN TELOR
PASTI NAIK
AMIN
HARGA MURAH
KERANA
DI TAMPUNG OLEH
SABSIDI KERAJAAN
AMIN
NAIK MENDADAK
ATAU TIDAK
BERGANTUNG
PADA PEMINTAAN
DAN PENGELUARAN
AMIN
NILAI RINGGITIT
JUGA BERPERANAN
AMIN
KHALAS
HIMPUNAN 10 RIBU PETANG INI
DEMO PETANG INI
JAM 2 PETANG
SASARAN
KEDUTAAN AMERIKA
KHALAS
🚶🏻♂️ PENGANGKUTAN AWAM KE MASJID KLCC UNTUK PESERTA Himpunan🚝🏁
*📍 *DARI TBS (bagi yang naik bas dari Utara/Selatan/Timur)🚉
1. Naik LRT stesen TBS ke stesen Masjid Jamek
*platform hala ke laluan sentul timur dari tbs
2. Tukar lane LRT Masjid Jamek ke KLCC
*platform laluan ke gombak(turun bawah tanah)
3. Berjalan kaki ke Masjid KLCC
*📍 *DARI HENTIAN BAS PEKELILING/PUDU (bagi yang turun ke sini)🚍
1. Naik MRT Stesen Titiwangsa ke Stesen MRT PESIARAN KLCC
*📍 *DARI SELATAN-KTM🚊
1. Turun Keretapi Komuter ke stesen KL Sentral
2. Naik LRT stesen KL Sentral - KLCC
*platform laluan ke gombak
BENDERA ZIONIS ISREAL DI BAKAR
BENDERA
ZONIS ISRAEL
DI BAKAR
KHALAS
Unknown commented on
"DEMO DEPAN DUTA AMERIKA"
ini la silap nya bila demo tanpa belajar dari sakai..apo bondo demo anti israel tapi bawak bendera israel dihadapan kedutaan amerika selepas opis hour..takdo orng amerika nak tengok demo korang..org amerika pun kunfius, lu org ni sokong palestin ke sokong israel..err malaysianow dah bungkus ke??
NYAWA ANWAR DI ANCAM ?
NYAWA ANWAR
DI ANCAM
KAH KAH KAH
SAPA ANCAM ?
KAH KAH KAH
AMIN
Amier The Hero commented on
"ANWAR MAT LEBONG - SYED SADDIQ MAHU BUKTI"
Dah brapo byk pedano mentoghi kek malaysia ni, ini la pertamo kali eh dongar piem kono ugut!!! Hebat piem pilihan tt!!! Sgt² berkuaso sehinggokan di ugut negharo luar. Kuar ajo sepatah pokataan dari mulut eh, seluruh alam kocut poghut kah kah kah kah kah.
Hinggokan piem negharo² luar pun kocut tolo eh. Sangat² hebat.. tiado yg sohebat piem skrg. Ok la, baik tido dulu la.. papo pun timo kasih pengundi² di malaysia. Hadap la apo yg ado la ni, padan muko.
Langgan:
Catatan (Atom)