Sabtu, 31 Disember 2022

SELAMAT TAHUN BARU


BELAJAR

 DARI KELMARIN

HIDUP UNTUK

 HARI INI

SIMPAN HARAPAN

 UNTUK ESOK

AMIN

SELAMAT TAHUN 

BARU

KHALAS


KURANGKAN PENDUDUK DUNIA



MAKIN RAMAI

MATI DI CHINA

AMIN

APAKAH INI PROJEK

NAK KUARNGKAN

PENDUDUK DUNIA

KHAALAS

PROJEK REMBAT HUTAN BALAK



Tolong batalkan Projek Empangan Nenggiri – Orang Asli

GUA MUSANG – “Tolonglah batalkan Empangan Nenggiri. Pusara ibu ayah saya nanti akan tenggelam, sudah mati kerana penyakit, mati lagi kerana tenggelam. Dua kali mereka mati”.

Luahan itu disuarakan salah seorang penduduk Pos Pulat, Raman Awing yang tidak dapat menggambarkan kesedihan ditanggung apabila pusara keluarganya di Kampung Wias bakal tenggelam.

Projek pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri yang dijangka beroperasi penghujung 2026 bakal menyaksikan ‘tumpahan air mata’ hampir 3,000 penduduk di kawasan terjejas seperti Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Wias apabila mereka tidak bersetuju ia dilaksanakan.

Mana tidaknya, di tanah adat itulah menjadi sejarah buat mereka apabila khazanah Gua Cha dan Gua Chawas yang merupakan bukti kewujudan awal kaum Orang Asli Temiar dengan penemuan rangka tulang manusia terpanjang di dunia turut akan tenggelam.

Penghulu Pos Pulat, Batin Majid berkata, pembinaan empangan tersebut secara tidak langsung menafikan hak Orang Asli dalam mempertahan peradaban mereka dan seolah-olah cuba melenyapkan identiti mereka sebagai orang asal.

“Hampir 3,000 penduduk membantah pembinaan Empangan Nenggiri, ia hanya menjana kuasa yang sedikit tapi terpaksa korban banyak kawasan hutan termasuk tapak warisan yang menjadi bukti awal manusia Temiar di negara ini lebih 10,000 tahun masihi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette baru-baru ini.

Terkuburnya beberapa gua lain di dasar air turut mencabuli pengamalan agama dipraktikkan Orang Asli dari suku Menriq yang terdiri dalam kumpulan Negrito.

Menurut Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli (JKOAK), Mustafa Along berkata, komuniti itu menjadikan gunung dan gua batu kapur di sekitar kawasan penempatan mereka bagi mengamalkan upacara pemujaan semangat nenek moyang.

“Tradisi upacara itu telah menjadi kepercayaan dan pengamalan agama buat mereka. Bukankah Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak setiap warganegara dalam pengamalan agama. Tenggelamnya gua itu nanti, terhapuslah amalan kepercayaan mereka,” katanya.

Jelas Mustafa, fasa pertama pembinaan empangan itu pada Mac lalu membuktikan kerajaan tidak menghargai keamanan negara yang dinikmati hari ini apabila kubur perajurit yang disemadi di Kampung Kuala Wias juga bakal tenggelam.

“Di sini tempat bersemadi jasad seorang anggota pasukan Senoi Praaq yang berjasa menentang penjajah iaitu Konstabel Arus Awang bernombor badan 114953 terkorban ketika helikopter Nuri terhempas di Gunung Gerah pada November 1989, tidak berbaloi harga perjuangan demi sebuah kemajuan kecil” ulasnya sebak.

Salah satu objektif Empangan Nenggiri sebagai tebatan banjir turut dinafikan Mustafa yang berpendapat, ia dapat diatasi jika kerakusan pembalakan tidak berlaku di Ulu Kelantan.

Kerakusan pembalakan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan gondolan bukit di sekitar kawasan Kampung Kuala Wuk.

“Pelik dan dangkal objektif itu, semua tahu pokok adalah benteng semula jadi bagi menyerap air tapi kerana aktiviti pembalakan tidak terkawal, banjir pula disalahkan. Air tidak akan melimpah secara luar biasa sekiranya manusia tidak memusnahkan benteng ciptaan Tuhan, peliharalah khazanah hutan ini,” ujarnya.

Empangan Nenggiri dengan peruntukan bernilai RM5 bilion bakal menjana 300 megawatt kepada Grid Nasional dengan meningkatkan kapasiti penjanaan Tenaga Boleh Baru (TBB) di Semenanjung selain menjadi tebatan banjir kepada penduduk di hilir sungai.

 WOIT

INI MACAM

PROJEK BAKUN

AMIN

INI PROJEK

NAK REMBAT

HUTAN BALAK

AMIN

BAKUN

TAK PEK KING

KAYA RAYA

AMIN

NENGGIRI SAPA

KAYA RAYA

AMIN

PASTI PAK LEBAI

DAPAT BINI

KETAT SENDAT

KHALAS

MATA BERAIR MINTA MAKAN



GUA SELALU

LEMAH & GAGAL

AMIN

MATA BERAIR

MINTA MAKAN

KETIKA GUA MAKAN

AMIN


Unknown commented on
 "HARI AKHIR"

jangan bagi gemOk sangat tak taK zezee tu Mr TT... gwa makin hari makan kesiyan tengOk..

TAHNIAH MEREAK BERTUGAS


Semua pusat pemindahan di Terengganu ditutup hari ini

KESEMUA pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Terengganu ditutup sepenuhnya pada 12 tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Besut Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata PPS terakhir yang ditutup ialah Masjid Kampung La yang melibatkan 22 mangsa daripada lima keluarga.

Beliau berkata kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan pada 18 Disember lepas telah meninggalkan PPS kira-kira pukul 11 pagi.

“Saya difahamkan sebahagian mangsa menumpang di rumah saudara-mara kerana kediaman mereka musnah 100 peratus selepas dihanyutkan air banjir yang deras,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu Hanafiah Mat berkata 12 keluarga mangsa banjir yang hilang tempat tinggal akan diberikan penempatan sementara atau rumah sewa yang ditanggung oleh kerajaan negeri.

Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu berkata kerajaan negeri sedang meneliti perkara itu untuk disalurkan bantuan termasuk pembinaan rumah baharu kepada mereka yang layak.

“Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan mencari rumah sewa yang sesuai untuk keluarga yang terlibat dan bayaran sewa akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami.

“Selain itu bagi mereka yang layak, kita akan membantu membina rumah baharu untuk memastikan mereka mempunyai tempat berteduh,” katanya.

Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu pada 18 Disember menyebabkan lebih 40,000 rakyat terjejas dan terpaksa ditempatkan di 315 PPS di kesemua lapan daerah di negeri ini.

Kerajaan negeri sebelum ini turut mengumumkan pemberian bantuan tunai khas sebanyak RM1,000 kepada kira-kira 10,000 Ketua Isi Rumah (KIR) yang akan diagihkan pada Januari hingga Februari tahun depan. – Bernama, 31 Disember, 2022.


TANPA MALAON

MENTERI

 PAK LEBAI

AMIN

TANPA BOMOH

MAORI

AMIN

PETUGAS TEKUN

MENJALANKAN

TUGAS

AMIN

TAHNIAH !!!

PAK LEBAI HANYA

BIJAK MENYEBAR

BERIAT PALSU

KHALAS

JANGAN BERHARAP PADA KANG KONG

 



JANGAN HARAP

PADA 

KANG KONG

KHALAS



Unknown commented on

 "HASAN MAALIK

 NASIHAT RAFIZI"

bro..dah tengok laporan dari dr uzir DOSM ke belum.selama 22 tahun zaman mellinium, kita ada majlis professor.kita memiliki warga2 profesor dan doktor pelbagai bidang.sehingga kini tiada sekor doktor atau professor yg berjaya hasilkan makanan ayam. kita bergantung kpd import makanan ayam dan pd ketika yg sama malaysia adalah pengesksport kelima terbesar ayam.kita import guna dolar bukannya guna wang riya kelantan atau pertukaran emas menurut ekonomi islam.beza rafizi dgn hasan malik ialah rafizi memberikan perincian tentang langkah2 pendek dan panjang. rafizi mensarankan kurangkan protein bernama ayam.lu ada dgr pasal opr? kenapa opr dinaikkan?asset bank negara susut disbkan kejatuhan ringgit.bank naikkan opr sb taknak permintaan tinggi terhadap hutang.pakar2 ekonomi akan kata ketika opr naik, kita jgn buat hutang sb interest tinggi.



ketika opr tinggi, kita disaran menyimpan utk interest.profesor2 gagal buat makanan ayam disbkan tiada dana penyelidikan.kajian2 profesor bukan utk tujuan komersial, kajian hanya utk tujuan dpt naik pangkat..itu saja standard tertingi professor dimalaysia. biar la dikatakan profesr kangkung, biarkan dikatakan profesor membodohkan rakyat, janji dpt gaji dpt bermewahan dpt keuntungan projek2 atas angin..profesor ekonomi juga gagal membangunkan ekonomi malaysia.rafizi bukan profesor.

DULU CHINA BERJAYA - KINI GAGAL MELESET !!!


AWAL TAHUN 2020

CHINA BERJAYA

MENGAWAL KOBID

AMIN

KENAPA SEKARANG

GAGAL MELESET ?

KHALAS

GANTI SISTEM EKONOMI


YANG PERLU

DIUBAH BUKAN

SOSOK 

BUKAN PARTI

TAPI

SISTEM EKONOMI

KHALAS

Unknown commented on
 "RAMAI RAMAI LAWAN"
Kemajuan yang ini datang dari "demand rakyat" konon... kerajaan kena supply kata pembangkang.. rakyat turun jalan.. kerjaaan jatuh.. tukar kerajaan.. masalah sama tak berubah.. pembangkang pulak menyamun dan disokong penyamun janji ada kuasa dalam kerajaan.. rasuah, salah guna kuasa, ketirisan hanya sentimen.. rakyat mampus tak kira siapa kerajaan... nak lawan rasuah mulakan dari diri sendiri... ajar anak sendiri jangan makan rasuah... ajar maruah ajar intergriti.. kah kah kah

KITAB EDIWANG TAK JADI TARIKAN


KITAB EDIWANG

TAK JADI TARIKAN

KHALAS


Unknown commented on 
"WARGA CHINA MERAH
 LARI KELUAR"

warga china yg lari keluar dari china ni wajib dikurung di negeri pantai timur je. warga china ni mahir tiktok.barangkali ilmu tiktok china ini bole dipelajari dgn lebih dalam oleh influcer2 PN utk merampas takhta PM anwar ibrahim.ada tak tiktok mengenai warg china lari keluar? gua yakin takda sb presiden china dan block siap2..malaysia je terhegeh2 nak layan tiktok berbanding pembacaan buku.buku yg wajib pula hanya la kitab2 agama.malangnya haji hadi tiada karangan kitab yg menyebabkan warga indonesia berbondong dtg marang utk belajar agama.

MALAPETAKA CUACA TAHUN 2022


MALAPETAKA 

CUACA

TAHUN 2022

KHALAS

VIRUS BARU DARI CHINA


Pakar beri amaran risiko Covid-19 ketika Malaysia berdepan kemasukan pelancong China

Kerajaan digesa mempertimbangkan langkah “ketat” bagi membendung kemasukan pengembara dari China, ketika negara itu mencatatkan gelombang baru Covid-19. 

Pakar perubatan awam, Dr Zainal Ariffin Omar berkata, perkembangan terbaru di republik itu disifatkan sebagai “tricky”.

"Peningkatan Covid-19 di China adalah benar dan membimbangkan.

"China telah benarkan warganya keluar. Ini seperti membuka 'floodgate' dan melimpahkan kes ke serata dunia," katanya kepada MalaysiaNow.

Katanya, langkah itu termasuk pemantauan harian dan jika perlu, menimbangkan sekatan jika kes terlalu tinggi. 

"Pelancong yang hendak masuk perlu lengkap vaksinasi mereka, mengadakan ujian saringan Covid-19 selain perlu diawas dengan ketat.

"Lakukan ujian secara rawak mengikut penerbangan," tambahnya.

Gesaan itu sama seperti apa yang disuarakan Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Mata) yang mahu kerajaan menangguhkan kemasukan pelancong dari republik itu.

Semalam, media melaporkan hampir separuh penumpang pesawat China yang tiba di Itali dilaporkan positif Covid-19.

Beijing baru-baru ini membenarkan warganya ke luar negara , menamatkan dasar sifar Covid-19 di negara itu, meskipun peningkatan kes Covid-19.

Ia mencetuskan kebimbangkan gelombang dan varian baru yang berkemungkinan tersebar di seluruh dunia. 

Amerika Syarikat (AS) merupakan antara negara yang mengenakan sekatan terhadap pengembara dari republik itu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke pula berkata negara akan menyaksikan peningkatan trafik udara pada 2023 ekoran pembukaan sempadan oleh China. 

Keadaan itu membawa kebimbangan apabila Malaysia dilaporkan antara 10 negara paling diminati pelancong China untuk bercuti ketika sambutan Tahun Baru China. 

Seramai sejuta pelancong China dijangka tiba ke negara ini pada tahun depan, menurut satu laporan media. 

Negara lain termasuk Jepun, Thailand, Korea Selatan, AS, Singapura, Australia dan United Kingdom.

Di Malaysia, kebimbangan juga semakin meningkat terutama menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang biasanya menyaksikan kebanjiran pelancong dari China.

Satu laporan menganggarkan sejuta pelancong China bakal tiba di negara pada 2023.

Malaysia pertama kali menutup sempadannya pada Mac 2020, beberapa bulan selepas wabak itu mula menular.

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini berkata sempadan negara tidak perlu ditutup.

Dalam pada itu, Zainal berkata Malaysia sedang hampir dalam usaha keluar sepenuhnya daripada fasa pandemik. 

Meskipun liputan imunisasi tinggi, liputan dos penggalak pertama dan kedua masih rendah.

"Kemungkinan tahap imunisasi penduduk semakin menurun. Amalan pencegahan juga semakin longgar.

"Mari kita berdoa. Masih segar memori Disember 2019 hingga 2021," katanya merujuk kepada tempoh penutupan sempadan dan perintah kawalan pergerakan. 

Beliau menggesa kerajaan bersiap-sedia meningkatkan liputan dos penggalak pertama dan kedua, selain kesedaran amalan pencegahan.

AWAS !!!

BAHAYA BARU

AMIN

JANGAN ULANGI

APA YANG BERLAKU

TAHUN 2020

AMIN

BELAJAR DARI

PENGALAMAN

KHALAS

SEMUA YG SUSAH DIBANTU



JANGAN PILIH

BULU

AMIN

SEMUA YG SUSAH

PERLU DIBANTU

KHALAS

Unknown commented on
 "BULUR DI SOMALIA"
somali dah lama kebuluran bro..somali islam ada yg jadi lanun laut.ada somali jadi penyeluk saku di kota kaabah.isu somali kurang masyuk utk dijadikan modal derma berbanding isu palestin



KADAR TOL TURUN ! TAHNIAH !



Kadar tol di dua lebuh raya diturunkan, kata menteri 

KADAR tol di dua lebuh raya Lembah Klang iaitu Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) diturunkan berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini,” kata Alexander Nanta Linggi.

Menteri kerja raya berkata kadar baharu bagi kenderaan kelas 1 di Besraya ialah RM1.85 bagi mereka yang dalam perjalanan dari Loke Yew and Mines (Utara & Selatan).

Beliau berkata caj semasa ialah RM2 untuk perjalanan sehala di Besraya.

Beliau berkata caj tol bagi kenderaan Kelas 1 di Lekas telah diturunkan daripada 0.1811 sen/km kepada 0.1666 sen/km.

Pengguna kelas 1 akan membayar RM7.80 untuk perjalanan sehala di Lekas dari pintu masuk pertama ke pintu keluar terakhir.

Nanta berkata pengurangan itu dipersetujui oleh pemegang konsesi - IJM Corporation Bhd - selepas keputusan dibuat pada mesyuarat kabinet 21 Disember.

“Kerajaan mampu menjimatkan pampasan dianggarkan RM1.978 bilion sepanjang tempoh konsesi bagi kedua-dua lebuh raya.

“Penjimatan itu akan membolehkan kerajaan menyalurkan sumber bagi memenuhi keperluan rakyat kerana kita bimbang dengan peningkatan kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan itu.– 31 Disember, 2022.

TAHNIAH

AMIN

JANGAN BERHENTI

DI SINI SAJA

TERUSKAN TOL

YANG LAIN

AMIN

ATAU JADIKAN

TOL INI HAK

NEGARA

AMIN

UNTUNG MASUK

KE DANA NEGARA

BUKAN MASUK

POKET CUKONG

DAN PELABUR

YANG DAH KAYA

KHALAS

MALAPETAKA MINGGU AKHIR TAHUN 2022


MINGGU AKHIR

MALAPETAKA

CUACA 

TAHUN 2022

KHALAS

RAMAI RAMAI LAWAN


BILA DAH SEDAR 

GERAK SUSUN

 BANGUN

RAMAI RAMAI

LAWAN

KHALAS

Unknown commented on 
"MAKIN RAMAI
 MATI DI CHINA"
Ini lah makna kemajuan, kemajuan luar biasa, macam roket laju cepat jatuh, bukan nak salah alam, bukan nak salah penyakit, tetapi kerja jahat kena balik, nak cipta virus, nak cipta ubat susah jugak lah, kena balik, karma sampai Bhai, karma tak lupa, kerja jahat hujung jadi jahat, kita pun sama, rasuah rasuah sampai lupa batasan sampai negara lingkup, ekonomi teruk, segelintir pemimpin saja kaya raya, kerabat kaya raya walhal rakyat miskin susah makan, susah hidup sampai bendera putih bunuh diri, inikah pencapaian kemajuan dunia? Tepuk dada tanya diri amin, kah kah kah

JAGA DIRI SENDIRI DULU

 

JAGA DIRI

SENDIRI DULU

KHALAS

Unknown commented on 
"JANGAN ULANGI 
KESILAPAN TAHUN 2021"

Tutup pintu, jangan bagi masuk, tak kira bawa dollar atau yuan, tutup dulu, kita kena sabar supaya gelombang dihalang masuk negara, semuanya demi kesejahteraan rakyat, kalau semua nak kira dollar yuan mampooos Bhai kah kah kah tuckbeer satu bottle
Unknown commented on 
"KOBID JENIS BARU 
BAHAYA - SERANG OTAK"

Serang otak Ker, serang mana Ker semua akhirnya gugur, kah kah tetapi Malaysia ini sibuk sibuk bab rampas kuasa, sibuk pasal politik tak ada masa nak cari telur ayam, ramai tak ada kerja, politik modal politik tetapi kerja kena harap Bangla Nepal saja, kah kah kah kalau lah Bangla Nepal mogok, sampah tak ada orang kutip Bhai, sayur tak sampai Bhai, ayam tak bertelur kah kah kah silap silap kalau warga asing tak ada makan pun kacau Bhai kah kah kah bagi kesedaran sedikit kepada orang orang Kita ini sikit, sedar diri bukan setakat make up siang malam tak kira mana kah kah kah gincu tak lekang, bedak penuh muka kah kah kah

HARI AKHIR


HARI AKHIR



SABTU 31/12/2022
HARI AKHIR TAHUN 2022
ESOK TAHUN 2023

TANYA DIRI
APA TELAH BUAT ?

TANPA DIRI
APA LAGI
 YANG WAJIB DIBUAT ?

TANYA DIRI
TAHUN DEPAN 
NAK BUAT APA?

TANYA DIRI
TAHUN DEPAN
ADA TURUN 
KE JALAN ATAU TIDAK?
AMIN

AMERIKA
TRUMP DI DAPATI
LARI DARI BAYAR CUKAI
KAH KAH KAH

INI PROJEK NAK HALANG
TRUMP DARI TANDING 2024
KALAU TRUMP LAWAN BIDEN
PASTI BIDEN LUNGKUP
KAH KAH KAH

CHINA MERAH
SERANGAN KOBID
MAKIN TENAT
RUMAH BAKAR  MAYAT
TAK CUKUP
KELUARGA  MENUNGGU
BERHARI HARI
SEBELUM MAYAT TERSAYANG
DAPAT DI SELESAIKAN

KOREA UTARA
TEMBAK MISILE KE ARAH
KOREA SELATAN
KE ARAH JEPUN
HEBAT TEKNOLOJI KOREA UTARA
DALAM SENYAP SENYAP
ADA BOM NUKLEAR
ADA DRONE
ADA MISILE

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
KELMARIN PANAS

JANTAN  BERKOKOK
DI ATAS BUKIT
MURAI BERKICAU
 DALAM BELUKAR
GAGAK MENDAYU
ATAS POKOK
PIPIT DI SAWAH RRUMPUT
CENGKERIK BERSIMPONI

MATA HARI BARU NAK MUNCUL
KL & KL SENTRAL CERAH
TAPI LANGIT KELAM
GUA HARAP HARI INI
AKAN PANAS
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI AKHIR
ESOK SENYUMAN BARU

BRO
JADI DIRI SENDIRI
PURA PURA MENYAKITKAN
DIRI

BRO
LAMBAT PUN OKAY
TAPI LU JANGAN
BERHENTI

BRO
JANGAN MENGELOH
JANGAN JADI KAKI KOMPLIN
BERTINDAK

BRO
MALAM YANG GELAP INI
ESOK PAGI AKAN
TERANG JUGA

BRO
KAWAN BAIK ADALAH 
SOSOK YANG TAHU
KESEDIHAN DI MATA LU

BRO
KAWAN SEJATI BERI LU
PELAJARAN YANG LU
TAK DI TEMUI DI SEKOLAH

BRO
LEBIH BAIK MEMBERI
DARI MENERIMA

BRO
LU BUAT ORANG LAIN HAPPI
MAKA 
LU SENDIRI AKAN HAPPI

BRO
ADA MASA KITA BERSUARA
ADA MASA
KITA DIAM

BRO
JANGAN SALAHKAN
MASA LALU
MASA YANG DAH LEPAS
TIDAK AKAN BERULANG

BRO
HUJAN INI
ADALAH TANGISAN CINTA
LANGIT KEPADA
BUMI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT TINGGAL
TAHUN 2022