Selasa, 8 Disember 2020

HARTA NAJIB DI KAZAKHSTAN ?

 


DARI DULU LAGI

SIMPAN HARTA

DI KAZAKHSTAN

RAKYAT MARAH TENGKU FRAUD BEBAs

 


TAK PERLU

BANYAK CAKAP

AMIN

SUSUN ATUR

APA LANGAH

WAJIB DIAMBIL

AMINA


Bebas Tengku Adnan perbuatan khianat, kata tokoh wartawan negara

Tindakan membebaskan tanpa dilepaskan bekas Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor disifatkan sebagai perbuatan khianat juga.

“Ini pun perbuatan khianat juga kerana banyak duit negara (bersamaan duit rakyat jelata) dan tenaga kakitangan awam habis siasat dan tuduh ketua Umno ini.

“Banyak masa Hakim dan kakitangan mahkamah habis bagi membicarakan beliau.

“Tiba-tiba Pejabat Peguam Negara tarik balik kes,” tulis tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin.

Katanya, Peguam Negara yang baru ini (Idrus bin Azizan Harun), adalah lantikan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Lepas itu adik dia, Azhar (Datuk Azhar Harun), dilatik pula jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau bertanya, apa berlaku kepada kes pengakuan taukeh hartanah yang telah membuat pengakuan memberikan rasuah kepada Tengku Adnan dan dikenakan denda RM1.5 juta.

“Apa hal dengan pengakuan mahkamah oleh tauke Tan Boon Eng September lalu yang dia bagi rasuah RM1 juta kepada Adnan?
 
“Mahkamah denda dia RM1.5 juta atas kesalahan itu,” kata bekas Penasihat Media Perdana Menteri itu.

Kelmarin, hakim Mahkamah Ting berkata, Pendakwa Rakyat tarik balik tuduhan pasal ada perkembangan baru.

“Kita nak tahu juga apa perkembangan itu.

” Kena bagi tahu. Kalau tidak orang ramai mungkin sangka ada kena mengena dengan kerajaan tebuk atap yang terumbang-ambing sekarang,” kata beliau.


SEMAKIN JELAS

KERAJAAN

MUHYIDIN

KENA BULI

AMIN

TAK LAMA LAGI

NAJIB BEBAS

ISA BEBAS

AZEES BEBAS

ZAHID BEBAS

AMIN

JIKA INI BERLAKU

APA WAJIB

DILAKUKAN 

AMIN

SEMUA BERMULA

 SESUDAH 

PAKATAN RUNTUH 

AKIBAT 

ANWAR IBRAHIM 

GILA NAK JADI PM MUSTAHIL

 TAK NAMPAK

AMIN



AZILAH KATA NAJIB BERI ARAHAN BUNUH

 



SD AZILAH

KATA NAJIB 

TERLIBAT

AMIN

BERI ARAHAN 

JIMAT ALTANTUYA

AMINA



Mahkamah tolak

 permohonan

 mencelah

 Najib membabitkan

 kes bunuh Altantuya

Najib gagal dalam usahanya melakukan permohonan mencelah dalam kes melibatkan satu daripada dua anggota polis untuk mengetepikan keputusan bersalah kerana membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Bekas ketua inspektor Azilah Hadri, yang menanti hukuman mati di Penjara Kajang, cuba mengetepikan sabitan serta hukuman mati terhadapnya dengan memohon perbicaraan semula.

Ketua Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed ketika mengumumkan keputusan itu di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini bagaimanapun berkata peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, mungkin boleh menjalankan arahan memerhati.

Tambahnya disebabkan Najib dikaitkan dengan perkara itu, mahkamah mungkin bergantung kepada permohonan dan pendakwaan.

Azilah, bersama seorang lagi bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda didakwa atas tuduhan membunuh Altantuya pada 2006.

Razak yang merupakan bekas pembantu Najib, dibebaskan, manakala Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah dan dihukum.

Sirul kemudiannya bertindak melarikan diri ke Australia, di mana pihak berkuasa di sana enggan mengusirnya kerana tiada peruntukan di bawah undang-undang negara itu membolehkan seseorang itu dihantar pulang selepas lari daripada hukuman mati.

Altantuya, yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Razak, ditembak mati sebelum badannya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera di dalam hutan di Puncak Alam, Selangor.

Kes itu mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi yang kebanyakan mengaitkan dakwaaan pembelian dua kapal selam dari Perancis.

Selain Azahar, panel hakim lain terdiri daripada Mohd Zawawi Salleh, Vernon Ong, Zaleha Yusof dan Zabariah Mohd Yusoff.


RAZAK BAGINDA

WAJIB DITAHAN

SEKALI LAGI

AMIN

DULU  KES DIA

TERLIBAT

KES BUNUH 

ALTANTUYA

MAHKAMAH

TAK RAYU

AMIN

KES DEMO 

REFORMASI

SAMPAI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

PENDAKWA RAYU

AMIN



SEMUA BANI ISRAEL

 



SEMUA

 BANI ISRAEL

kampong lad commented on 

"WAJIB DI FAHAMI 

APA YAHUDI DAN APA ZIONIS"

Dari nabi jacob (israel) hingga ke nabi adam bukan anak2 (bani) israel.

BERI MAKLUMAT RASUAH - MAHKAMAH BEBASKAN

 


BERI MAKLUMAT

RASUAH

TAPI MAHKAMAH

BEBASKAN

TENGKU FRAUD

AMIN



Hanya 0.01% penjawat awam berani lapor rasuah, kata SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan hanya 0.01 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam berani tampil melaporkan perbuatan rasuah dalam jabatan dan agensi masing-masing.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata angka tersebut masih rendah dalam usaha sifar rasuah dalam perkhidmatan awam dapat direalisasikan.

Beliau berkata walaupun insentif disediakan kepada penjawat awam yang melaporkan kes rasuah namun data suruhanjaya itu menunjukkan hanya 343 penjawat awam tampil memberi maklumat antara 2012 hingga tahun lepas.

“Penjawat awam perlu faham apabila ditawarkan (rasuah), itu adalah kesalahan dan perlu dilaporkan dan tindakan boleh diambil…ini akan menyebabkan mereka yang berurusan dengan penjawat awam tidak berani untuk mendapatkan keistimewaan dan kelulusan tanpa peraturan atau prosedur sewajarnya.

“Ini yang mahu kita jadikan budaya dalam penjawat awam iaitu melaporkan jika ada berlaku kes rasuah sekali gus membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah dan salah guna kuasa,” katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif di pejabat SPRM di Putrajaya baru-baru ini.

Shamshun Baharin berkata inisiatif berkenaan selari dengan surat dikeluarkan pejabat Ketua Setiausaha Negara pada 2011 bertajuk ‘Garis Panduan Pengiktirafan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Pemberian Atau Penerimaan Rasuah’ .

Surat itu  menyatakan penjawat awam yang melaporkan kes rasuah akan menerima jumlah insentif yang sama dengan jumlah rasuah yang ditawarkan.

Shamsun Baharin berkata SPRM mengagihkan kira-kira RM600,000 sebagai insentif kepada 343 penjawat awam kerana melaporkan gejala rasuah kepada suruhanjaya itu, sehingga akhir tahun lepas.

Jelasnya, adalah menjadi kesalahan jika tidak melaporkan kes rasuah dan boleh dikenakan mengikut Seksyen 25 Akta SRPM 2009 yang berdepan dengan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata kes pertama yang membabitkan Seksyen 25 itu adalah kes melibatkan lima kakitangan Kementerian Kewangan yang didenda RM1,500 dan RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2 Disember lepas atas pertuduhan gagal melaporkan kesalahan sogokan kepada SPRM sejak dua tahun lalu.

“Gagal melaporkan juga turut dikenakan tindakan kerana ada undang-undang tersebut dan ini sebagai membuka mata kepada penjawat awam dan orang ramai untuk lebih sensitif serta tampil melaporkan kes rasuah yang berlaku di persekitaran mereka,” katanya.

Jelasnya lagi, organisasi perlu memainkan peranan iaitu memberi sokongan dan perlindungan kepada kakitangan atau pegawai yang melaporkan kes rasuah supaya budaya bebas rasuah ini dapat diamalkan di semua peringkat.

SPRM memberi jaminan maklumat pemberi laporan tidak akan didedahkan malah keselamatan mereka juga akan diutamakan selari dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan Akta Perlindungan Saksi 2009, katanya. – Bernama, 8 Disember, 2020.

DAH BANYAK LAPOR

TAK JADI APA

KAH KAH KAH

BAIK TUTUP MATA

BUAT DEEK

KAH KAH KAH

SILAP LAPOR 

KENA TIBAI

KAH KAH KAH 

KALAU SENYAP

SILAP SILAP

HARI RAYA

DAPAT DUIT

RAYA

AMIN



SIMPAN ISLAM DALAM PETI BESI - BEDAL GULAI BABI SEKAWAH OKAY

 


SIMPAN ISLAM

 DALAM PETI

BEDAK GULAI BABI SEKAWAH


Unknown commented on 

"MALAYSIA SEMEJA DENGAN ZIONIS ISRAEL"

isle simpan dale peti bosi. tunggu jadi pembangkang baru buka peti bosi tu. modal nak terus hidup dalam politik. tengok amanah, hilang isle, hilang pengaruh. belum makan daging babi, cakap haram. bila dah bedal seketul dalam kawah daging lembu, menjilat tak berhenti.

KES ALTANTUYA BOCOR

 




SAPA LAGI

TERLIBAT 

JENG JENG JENG


Mahkamah tolak

 permohonan 

mencelah Najib 

membabitkan 

kes bunuh Altantuya


JENG JENG JENG

TALI GANTUNG

MAKIN DEKAT

AMIN

MARI KITA BERSAMA JAGA ALAM

 


MARI KITA 

BERSAMA

JAGA ALAM

Unknown commented on 

"BERKHALWAT HARI KE 265"

LALUI ALAM INI DENGAN RELAK DAN SANTAI ALAM INI AKAN PULANGKAN YANG SAMA ayat di atas sesuai untuk orang asal. di dalam hutan Amazon, di Borneo di hutan Pahang yang hidup aman dengan alam. 

bertahun2 menjaga alam tanpa perlu merosakkannya. malaon yang dok jaja islam ke sana ke mari mereka ada gergaji pokok. tebang saja pokok dan jika ada duit beli mercedes dan naikkan elaun exco. masih tak belajar daripada alam.

PEGAWAI TERLIBAT RASUAH - TAKUT BOSS

 


TERLIBAT SAMA

ATAU

TAKUT BOSS

Hanya 0.01% penjawat awam berani lapor rasuah, kata SPRM


INI BUKTI

KEMPEN TAKU

NERAKA 

TAK BERJAYA

KAH KAH KAH

HURU HARA KERANA ANWAR

 


HURU HARA

KERANA ANWAR

Unknown commented on 

"EKONOMI UNTUK MENGOLAH PERSETUJUAN"

Tepat! Malaysia huru-hara kerana Anwar Ibrahim gila kuasa, buat kacau! Nak selesai kemelut negara, rembat Anwar balik ke Sungai Buluh, atau buang negeri ke Finland. Pasti negara aman lepas tu.

MB BERKAWAN MAT SYABU BUKAN MAT SABU

 





BERKAWAN KAWAN

DENGAN  MAT SYABU

BUKAN MAT SABU

yeop_sepet commented on

"SILA TANYA ERRA FAZIRA

 TANYA MAT SYABU 

BUKAN MAT SABU"

Peja bikin hal,kutip budak2 kaki chotut isap batu jadi entourage MB,jadi secpol pegawai2 khas. Udah kantoi ada gambo peja high as a kite kt majestic kl,smpaikan istana pun dpt gambo tu,memudahkan umno punya keje jatuhkan MB. Geng peja kt perak x setuju sebenornya dgn langkah sheraton,peja diam2 sokong tun.tu sbb sembab threw him under the bus.


REZEKI MELIMPAH DATANG

 


REZEKI

MELIMPAH DATANG

Unknown commented on

 "REZEKI DAH DATANG"

Tengok pulak big mama punya coli besar mana.. Tu yg dapat banyak..

GAMIN BARU AKAN TIBA

 


GAMIN BARU

AKAN DITUBUHKAN

Unknown commented on

 "PERAK - AKAN SUDAHNYA"

DAP + UMNO .. Geng Mahkamah .. kerajaan banduan .. kah kah kah


BURUH TANI BERSATU LAWAN KAPITALISMA

 

SEJARAH DUNIA

250 JUTA 

BURUH TANI 

 BANGUN LAWAN

 SISTEM

EKONOMI KAPITALIS

PERAK - AKAN SUDAHNYA

 


KERJASAMA

UMNO DAP

PEKARA BUKAN

MUSTAHIL

AMIN 


Umno akan terus 

sokong Perikatan Nasional 

di Perak


UMNO akan terus mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk di Perak bersama Bersatu dan PAS, kata setiausaha agungnya Ahmad Maslan mengumumkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang bermesyuarat malam ini.

“Mesyuarat MKT juga telah membincangkan tentang senario politik negeri Perak.

“Mesyuarat memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional negeri Perak yang melibatkan Adun (Ahli Dewan Undangan) Umno, PAS dan Bersatu perlu dipertahankan,” kata Ahmad dalam kenyataan ringkas selepas mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menjelaskan lanjut tentang bagaimana parti itu akan menyokong kerajaan negeri ketika desas desus mengatakan Umno akan meletakkan calon sendiri sebagai Menteri Besar Perak.

Bersatu dalam satu kenyataan yang menyusul tidak lama selepas itu bagaimanapun berkata pendiriannya mengenai pembentukan kerajaan Perak akan dibincangkan dengan PAS sebagai rakan sekutu dalam Perikatan Nasional.

“Semua keputusan yang bakal diambil Bersatu berkaitan penubuhan Kerajaan Negeri Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan Perikatan Nasional terutama PAS yang terlibat secara langsung,” kata setiausaha agung Bersatu Hamzah Zainuddin.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu malam ini, membincangkan hala tuju dan pendirian parti dalam senario politik semasa.

MPT Bersatu dalam mesyuarat sama, kata Hamzah, sebulat suara setuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara Bersatu dan PAS melalui Perikatan Nasional untuk “mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.”

MPT Bersatu juga mengulangi kekesalan kerana Umno dan PH tidak menyokong usul percaya terhadap bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu, yang juga timbalan presiden parti, pada Jumaat lalu.

Sementara itu, media mememetik Ahli Majlis Tertinggi Umno Zahidi Zainul Abidin berkata mesyuarat sepakat menamakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar.

“Sebulat suara Saarani sebagai menteri besar Perak,” katanya, seperti dipetik media ketika meninggalkan Menara Dato Onn selepas mesyuarat. 

Beberapa ahli MT Umno yang lain enggan mengulas, manakala Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin meminta media menunggu pengumuman rasmi parti.

Saarani juga enggan menjawab pertanyaan media mengenai hal itu.

Media petang tadi melaporkan Ahmad Zahid dijadual menghadap Sultan Perak di Ipoh, dipercayai untuk mempersembahkan nama calon menteri besar untuk perkenan tuanku.

Kerajaan Perak diterajui timbalan presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu jatuh pada Jumaat lepas selepas Adun Cenderiang itu kehilangan majoriti dalam usul undi keyakinan majoriti ahli dewan terhadapnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Timbalan presiden Bersatu itu gagal mendapat sokongan majoriti dalam usul itu selepas hanya 10 Adun menyokong, 48 tidak menyokong manakala satu lagi berkecuali setelah undian secara bertulis dijalankan terhadap usul yang dikemukakan Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Bharu).

Pada Ahad, New Sunday Times melaporkan DAP dan PKR sebagai berkata mereka akan bersedia bekerjasama dengan musuh utama mereka Umno untuk membentuk kerajaan di Perak.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak secara terbuka menyatakan mereka bersedia bekerjasama dengan Umno.

Amanah turut dijangka menyokong kerajaan dipimpin Umno.

Kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan Umno timbul ketika presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberitahu wartawan di Ipoh hari ini partinya sudah bersedia untuk membuat penyelarasan politik baharu di negeri itu.

Kejatuhan Faizal terjadi apabila ketegangan meningkat antara Umno dan Bersatu di peringkat nasional, walaupun kedua-dua parti bersama dalam kerajaan di tengah spekulasi bahawa Umno sedang berusaha menjatuhkan kerajaan negeri yang dipimpin Bersatu. – 7 Disember, 2020.


WAJIB TEROKA

POLITIK BARU

PASCA PRU14

PASCA KOBID 

UNTUK 

KESEJAHTERAAN

KITA BERSAMA

AMIN

APA BERLAKU DI JOHOR

 



APA BERLAKU

DI JOHOR

panglimo potaseh commented on

 "KERAJAAN 

JOHOR RUNTUH ?"

Kalau kera-jaan Johor runtoh lu apa mau takot ..wakil Forest Siti yg punye 700,000 pengundi tu boley ambik alih ..dalam masa 10 tahun Johor separas Tumasik ..semua rakyat Johor akan idop senang ..slogan memurtabakan Melayu dah tak do guno ..kahkahkah

Arymanchino commented on 

"KERAJAAN 

JOHOR RUNTUH ?"

Berita lapuk mcm surat kabar lame.DUN Johor dah tutup tirai.DAP Amanah,PKR dah d sumbat.Mereka semua sama mcm haramjadah.Mereka dah ketagih seronok pegang jawatan.Dah xde kleptokrasi,penyamun,perompak semua dah jadi kawan mereka..Mereka dah tak jerit kkeptokrasi..Patut org politik ni patut d jangkiti covid semua.Biar mampus..

EKONOMI UNTUK MENGOLAH PERSETUJUAN

 



SEBAB EKONOMI

GAGAL MAKA

UNDI TAK CAYA

KAH KAH KAH

INI HANYA

MENGOLAH

PERSETUJUAN

MACAM PAS

GUNA AGAMA

AMIN

SATU DUNIA

EKONOMI GAGAL

BUKAN KERANA

MUHYIDDIN

TAPI KERANA

SERANGAN KOBID

AMIN


Pakatan gesa usul tidak percaya terhadap PM

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin susulan penurunan penarafan kredit Malaysia oleh Fitch Ratings.

Dalam satu kenyataan, majlis itu berkata ia percaya sangat penting mempercepatkan usul tersebut dan membenarkannya dibentangkan semasa sidang Dewan Rakyat ketika ini bagi menghentikan spekulasi mengenai ketidakstabilan politik dan mengembalikan keyakinan terhadap pemerintahan.

“Ini adalah tamparan besar kepada kerajaan, terutama menteri kewangan. Ini menunjukkan kegagalan kerajaan dalam perancangan polisi dan pemerintahan, susulan ketidakstabilan politik yang berlaku sejak perubahan kerajaan pada Mac,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat hari ini.

Majlis berkata ia menunjukkan langkah diambil oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak berkesan untuk memacu keyakinan walaupun kesan penuh penurunan penarafan terhadap ekonomi masih belum dapat dilihat.

Kenyataan itu berkata Muhyiddin harus mempromosikan ketelusan dan pemerintahan yang baik dengan melakukan tender terbuka serta melantik profesional, bukannya ahli politik bagi jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan.

“Malangnya, ini tidak berlaku di bawah pentadbiran sekarang,” katanya.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamed Sabu.

Fitch menurunkan penarafan lalai penerbit mata wang asing jangka panjang Malaysia (IDR) menjadi “BBB +” dari “A-” berikutan ketidakpastian politik yang berterusan dan kesan besar Covid-19 terhadap ekonomi.

Firma penarafan antarabangsa Fitch Ratings menurunkan penarafan kredit Malaysia daripada “A-” kepada “BBB+” berikutan ketidakstabilan politik dan impak pandemik Covid-19 terhadap ekonomi.

Agensi penarafan kredit itu berkata krisis Covid-19 melemahkan beberapa metrik kredit utama Malaysia.

“Pihak berkuasa bertindak balas terhadap krisis dengan segera, dengan langkah bantuan material untuk individu dan perniagaan yang terjejas. Walaupun begitu, kesannya terhadap ekonomi Malaysia sangat besar, dan menambah beban fiskal Malaysia, yang sudah tinggi berbanding dengan negara setara lain yang mengalami krisis kesihatan,” katanya dalam catatan minggu lalu. – 7 Disember, 2020.

MALAYSIA

HURU HARA

APA PUNCA?

AMIN

PUNCANYA

KERANA ANWAR

GILA NAK JADI

PERDANA MENTERI

AMIN

HINGGA RUNTUH

PAKATAN HARAPAN

AMIN

GUAN ENG DAN

MAT SABU 

KENA TIPU OLEH

ANWAR IBRAHIM

AMIN

TERANGKAN PEKARA

INI PADA PENYOKONG

PADA AHLI PARTI

KEPADA RAKYAT

AMIN

JANGAN 

PUTAR PUTAR

KHALAS