Jumaat, 18 November 2022
CUKUP CUKUPLAH
CUKUP CUKUPLAH
Jumaat - 18/11/22
1. ENOUGH IS
ENOUGH
atau ayat paling mudah difahami :
CUKUP ,
CUKUP LAH
2. Bak kata pepatah :
LAIN HULU
LAIN PARANG
LAIN DULU
LAIN SEKARANG
2. Kebimbagan Tengku Abdul Rahman semasa menyambut MERDEKA pada 31hb Ogos 1957 ialah apakah corak rakyat yang akan berlaku kemudian hari kelak
3. Pada 11hb Mei 1946 lahirlah sebuah Parti Politik Melayu apabila orang Melayu ketika itu bersatu dengan satu tujuan iaitu menuntu KEMERDEKAAN
4. Sebelum ini di Kedah terdapat sebuah Pertubuhan dengan menggunakan sengketan SARBERKAS
5. Kini yang maseh berada bersama kita ialah Tun Mahathir yang pada peringkat awal berjuang bersama Senu Abdul Rahman melalui Pertubuhan tersebut , SARBERKAS
6. Kenapa selepas MERDEKA orang Melayu BERPECAH kepada beberapa kumpulan Politik
7. Perpecahan pertama berlaku pada tahun 1951 apabila sekumpulan 'ulamak' UMNO yang 'mabukan' jawatan keluar Parti dan menubuhkan PAS
8. Perpecahan UMNO terus berlaku kepada berbagai Parti Politik sehingga lah sekarang dengan sebab - sebab tertentu ; ia melemahkan kuasa orang Melayu itu sendiri
9. AYAM DI KEPUK
MATI
KELAPARAN
KERA DI HUTAN
DI SUSUKAN ;
ini lah senario yang tidak mustahil akan menimpa nasib Bangsa Melayu diTanah Air nya sendiri jika UMNO yang ada ini meneruskan amalan jalan mudah kaya , RASUAH
10. Kira - kira 35 tahun dahulu Tun sendiri telah meramalkan dek kerana berebut kuasa untuk tujuan mengkayakan diri dan keluarga melalui jalan mudah , RASUAH , pada tahun 2020 atau awal lagi orang Melayu AKAN MENOLAK UMNO
11. Ramalan Tun telah TERBUKTI berlaku apabila pada Piliharaya ke14 yang berlangsung pada hari Rabu 9hb Mei 2018 , buat PERTAMA KALI orang Melayu menumbangkan UMNO
12. Esok , Sabtu 19hb November 2022 , UMNO yang berkuasa melalui 'PINTU BELAKANG' atau lebih dikenali sebagai 'KERAJAAN TEBUK ATAP' setelah merampas kuasa dari Mahiaddin Yasin yang merampas kuasa dari Tun Dr. Mahathir dengan MENIKAM BELAKANG ekoran LANGKAH SHERATON akan berhadapan dengan ujian amat getir
13. Rakyat yang terlalu BOSAN dengan permainan segelintir Ahli Politik akan menentukan Parti mana yang mereka percaya mentadbirkan Negara yang telah dicemari kekotoran oleh UMNO/BN itu sendiri
14. Penyelewangan kuasa dan amalan RASUAH sudah menjadi 'darah daging' UMNO/BN ; pemimpin mereka berjuang BUKAN untuk rakyat tetapi diri sendiri
15. TANPA UMNO , YANG SANGSARA dan BANGSAT ( pinjam kata - kata Najib ) IALAH PEMIMPIN BUKAN ORANG MELAYU
16. Rakyat berasa lega dan percaya apabila PH membuat keputusan TIDAK AKAN berkerjasama dengan BN / UMNO menubuhkan Kerajaan Campuran , yang telah dicemari najis
17. Pesan orang tua - tua :
JANGAN BUNUH ANGSA YANG BERTELURKAN
EMAS
atau dalam bahasa Inggeris nya :
DON'T KILL THE GOOSE THAT LAYS THE GOLDEN EGG
yang bermaksud :
JANGAN MENAFI DAN MENIDAKKAN APATAH LAGI MENGHINA DAN MENCACI JASA ORANG YANG TELAH BERJASA KEPADA NEGARA
18. Pepatah ada juga menyebut :
JANGAN MENCURAH AIR
DI TEMPAYAN
APABILA MENDENGAR
GURUH DI LANGIT
19. Terserah kepada rakyat mencorak masa depan kita dan anak cucu dengan pilihan yang di sediakan ASALKAN BUKAN UMNO atau ABU kerana UMNO/ BN TELAH TERBUKTI mereka ada lah perasuah no.1 negara tak ubah seperti :
LAGU DAN IRAMA
ISI DAN KUKU
yang tak boleh dipisahkan
20. JANGAN TERMAKAN UMPAN YANG AKHIR NYA BERAKHIR DI KUALI JUA
21. Pesan arwah Tok Guru Nik Aziz (Al-fatihah) :
DIA BAGI KAIN ,
AMBIL
DIA BAGI DUIT ,
AMBIL
TAPI UNDI HAK KITA , DAN SULIT
lagi pun tak pasti samada wang yang digunakan untuk 'membeli undi' tersebut halal atau pun hasil rompakan - rasuah
Wassalam
Terima Kasih
PAK LEBAI SAMAN RAFIZI
Tuan Ibrahim saman Rafizi berhubung kelulusan projek tebatan banjir
MENTERI Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man memfailkan saman terhadap Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung kelulusan beberapa projek termasuk projek tebatan banjir kepada sebuah syarikat.
Tuan Ibrahim, 62, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid, semalam (17 November) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan Mohd Rafizi, 45, sebagai defendan tunggal.
Dalam pernyataan tuntutannya Tuan Ibrahim mendakwa Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada dua sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dan kenyataan itu turut disiarkan secara langsung di YouTube defendan pada 7 dan 9 November lepas.
Timbalan Presiden PAS itu mendakwa kenyataan fitnah tersebut membawa maksud dalam tempoh kerajaan sementara, terdapat rundingan, perbincangan dan usaha melibatkan plaintif giat dijalankan bagi meluluskan projek bernilai RM2 bilion kepada syarikat Mangkubumi Sdn Bhd secara rundingan terus untuk kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat.
Plaintif juga mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud beliau meluluskan dua projek loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan di Papan, Daerah Kinta dan satu projek pembinaan rangkaian paip pembetungan di kawasan Petaling Jaya kepada Mangkubumi, kesemuanya berjumlah lebih RM2.3 bilion selain berkomplot dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika itu dalam penganugerahan projek-projek di bawah Program Jana Wibawa secara rahsia.
Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu adalah suatu pembohongan, tohmahan jahat dan penyelewengan direka-reka berdasarkan kepada versi fakta yang diputar belit untuk memberi gambaran bahawa beliau secara tidak jujur melangkaui kuasa selaku menteri dalam kerajaan sementara serta seorang yang tidak amanah.
Menurut plaintif, kenyataan fitnah itu menimbulkan tanggapan dan persepsi buruk terhadap beliau selaku pemimpin politik yang sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip Islam dalam pentadbirannya, dikecam warga maya melalui media sosial yang mana plaintif tidak berupaya untuk menjawabnya serta memberi penjelasan.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkannya dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu, Inggeris di Facebook milik defendan, laman sesawang PKR, Twitter serta YouTube defendan dalam tempoh 14 dari tarikh penghakiman selain menarik balik atau memadam keseluruhan kenyataan media di laman sosial sama dalam tempoh 48 jam dari tarikh penghakiman.
Plaintif juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan, ejen atau pembantunya menyiarkan dan menerbitkan apa-apa kenyataan serta video serupa secara langsung atau tidak langsung selain menuntut ganti rugi am, teladan dan keterlaluan.
Peguam Yusfarizal Yussoff mewakili Tuan Ibrahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan telah memfailkan saman tersebut. – Bernama, 18 November, 2022.
MENTERI PUDEK
JAGA ALAM
SEKITAR
AMIN
BAHASA INGGERIS
PUN TAK FASIH
AMIN
SURUH EJA THE
PUN TAK TAHU
KAH KAH KAH
GLOBAL WARMING
TU GAPO ?
KAH KAH KAH
KHALAS
SAPA SABOTAJ PROJEK ZAHID
Cuaca baik diramal pada sebelah pagi di beberapa negeri esok
JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik pada sebelah pagi di beberapa negeri, pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.
MetMalaysia menerusi laman sesawangnya memaklumkan tiada hujan diramalkan pada sebelah pagi di Kuala Lumpur dan Perlis.
Cuaca di Putrajaya pula dijangka baik pada sebelah pagi dan petang, manakala Melaka dan Labuan diramalkan mengalami cuaca baik, waktu petang.
MetMalaysia turut meramalkan ribut petir dan hujan dijangka berlaku di kebanyakan negeri pada sebelah petang terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan, serta negeri-negeri di sebelah utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Bagi Sarawak, cuaca diramalkan baik pada sebelah pagi esok, namun hujan di beberapa kawasan pada sebelah petang.
Di Sabah, empat kawasan diramalkan mengalami hujan serta ribut petir pada waktu pagi dan petang iaitu di Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang.
Suhu di seluruh negara diramal sekitar 23 darjah Celcius dan maksimum 33 darjah Celcius sepanjang hari pengundian esok. – Bernama, 18 November, 2022.
PROJEK ZAHID
MAKIN GAGAL
KAH KAH KAH
SAPA SABOTAJ
PROJEK ZAHID
KAH KAH KAH
KHALAS
PANDANGAN ADA BENAR
PANDANGAN
ADA
BENAR
AMIN
Unknown commented on
"HALANG TIM BANDUAN
KEMBALI BERKUASA"
Nak halang Team Banduan tak susah....yang susahnya ialah pilihan yang ada mahu tak mahu akan melibatkan PAS. Telan mati emak, luah mati bapak. Lol
APA DASAR - BUKAN HANYA MENGUTUK
NYATAKAN DASAR
BUKAN KUTUK
KHALAS
Jebatjebat commented on
"ANWAR TAK SERANG ZAHID"
Ni bang sham rais, kami orang muda ni malas nak dengar pun kau kutuk aku, aku kutuk kau. Yang kami nak dengar apa yang kau nak buat untuk negara ni. Tak kisahlah kau tu BN ke PN ke Pas ke atau Pejuang sekalipun. Bab kutuk mengutuk ni makcik pakcik kampung suka lah, tapi kami ni pun warganegara jugak kan? Umur aku 22. Aku dengan kawan2 belajar pergi 4 ceramah dah.tiga kutuk merata. Satu saja sembang pasal dasar. Teka parti apa? DAP! Dan aku takkan ragu ragu untuk bagi undi aku dekat DAP walaupun bukan bangsa aku. Sekian.
CONTOH PROJEK SALAH BENDERA
SALAH BENDERA
INI CONTOH PROJEK
SALAH BENDERA - FALSE FLAG
UKRAINE TEMBAK POLAND
DAN TUDUH RUSIA
POLAND ANGGOTA NATO
ADA PERJANJIAN JIKA DISERANG
SEMUA ANGGOTA NATO
AKAN DATNG BANTU
AMIN
ZALENSKY BERNIAT MAHU NATO
MASUK SAMA PERANG
LAWAN RUSIA
KHALAS
ANWAR IBRAHIM DAN PARTI KOMUNIS ITALI
ANWAR IBRAHIM
DAN
PARTI KOMUNIS ITALI
PRU15 selesai petang Sabtu 19 November 2022. Undi selesai dikira pada awal pagi Ahad 20 November 2022. Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) wajib memenangi lebih dari 112 kerusi Parlimen.
Melintas angka 112 ini amat penting untuk Anwar menobatkan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10. Melintasi angka 112 ini menjamin kerajaan Pakatan Harapan kembali berkuasa.
Pada ketika tulisan ini digarap media dan portal berita melaporkan bagaimana PH teratas dalam meraih sokongan pengundi. Di belakang PH ialah Perikatan Nasional (PN). Barisan Nasional kelihatan jauh tertinggal.
Dalam konteks menyeluruh parti-parti baru dan kecil atau Barisan seperti Gerakan Tanah Air tidak akan jadi peneraju. Peranan Mahathir dan Bersatu dalam PRU14 tidak akan berulang.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berperanan penting. Dua barisan ini sedia menunggu gabungan di Semenanjung untuk disokong. Ertinya sokongan dari GRS dan GPS adalah sokongan pelengkap dan bonus.
Justeru jika PH gagal melintasi angka 112 besar kemungkinan Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan akan menerima nasib sama seperti Parti Komunis Itali (PCI).
Kenapa saya berkata sedemikian. Biar saya surahkan sejarahnya.
Di zaman Reformasi 98 saya banyak menulis tentang Anwar Ibrahim dan Mahathir. Ketika itu saya percaya bahawa Anwar adalah mangsa konspirasi Mahathir Muhamad.
Di Zaman Reformasi saya melihat Anwar Ibrahim sebagai sosok yang berupaya menggalang satu United Front yang ampuh. United Front atau Barisan Bersatu ini terdiri dari badan NGO, aktivis politik, seniman, sasterawan, parti politik dan orang ramai.
Apa yang menyatukan dan menggalang barisan bersatu ini ialah harapan. Anwar Ibrahim membawa harapan. Anwar menggalang united front of hope.
Anwar telah ditendang oleh Mahathir. Penyingkiran Anwar dari kerusi kepimpinan parti berkuasa ini telah membocorkan harapan. rakyat. Pada ketika ini rakyat Malaysia dahaga perubahan.
Rakyat melihat Anwar akan membawa satu perubahan. Inilah harapan rakyat. Justeru gerakan jalan raya untuk menyokong Anwar Ibrahim mengampuh.
Saya menyamakan apa yang akan dihadapi oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan ini sama dengan pengalaman yang telah dilalui oleh Parti Komunis Itali.
Jangan silap faham. Anwar bukan komunis dan jauh sekali ahli Parti Komunis Itali. Politik Pakatan Harapan tidak ada sangkut paut dengan Parti Komunis Itali.
Saya menggunakan Parti Komunis Itali kerana pada hemat saya ada persamaan dari apa yang telah dialami oleh Parti Komunis Itali dengan apa yang telah dan juga akan dialami oleh Pakatan Harapan jika gagal melintasi angka 112.
Parti Komunis Itali memiliki rekod yang cemerlang dalam melawan fasis Mussolini ( 1883- 1945 ). Selesai perang dunia Ke Dua PCI telah mendapat sokongan rakyat. PCI banyak memenangi kerusi Parlimen Itali dan juga kerusi kerajaan tempatan.
Ini sama seperti kejayaan Pakatan Harapan menawan Pulau Pinang dan Selangor selepas Reformasi dan ketika Anwar dalam penjara.
Tahun 70’an untuk terus mendapat sokongan rakyat PCI telah menjauhkan diri dari Soviet Rusia. Parti Komunis Itali mengambil garis Eurokomunis. PCI menjadi parti yang menyesuaikan diri dengan gaya hidup Eropah yang demokratik.
Hasil garis Eurokomunis telah mendatangkan lebih banyak kerusi parlimen kepada PCI . Tapi PCI tidak pernah mendapat menubuhkan kerajaan. Ini kerana ada barisan parti-parti beraliran kanan yang menentang PCI dari mendapat kuasa.
Hakikatnya pilihan raya membuktikan PCI adalah parti yang disokong rakyat untuk meneraju Itali. Tapi gagal menjadi kerajaan kerana ada banyak parti kecil yang mendapat peratus undi yang lebih kecil telah mendirikan barisan bersatu menghalang Parti Komunis Itali dari mendapat kuasa.
United Front menentang Parti Komunis Itali di wujudkan tanpa hitam putih.
Pada tahun 1974 Aldo Moro (1916-1978) dilantik sebagai Perdana Menteri Itali. Sosok ini ialah Setia Usaha Agong Parti Christian Democracy (CD) . Ketika ini Parti Komunis Itali di pimpin oleh Enrico Berlinguer ( 1922-1984).
Dua sosok adalah pemimpin politik yang amat popular dalam sejarah dikalangan rakyat Itali.
Pilihan raya tahun 1976 Parti Komunis Itali mendapat 34 % jumlah undi. Ini jumlah terbesar berbanding dengan semua parti politik yang lain.
Hasil pilihan raya 1976 dirasakan perlu didirikan Kerajaan Perpaduan antara parti Christian Democracy dengan Parti Komunis Itali.
Babak sejarah ini dirakamkan sebagai Historic Compromise - Kompromi Bersejarah. Dua parti yang berbeza ideologi ingin menggalang persatuan demi negara dan bangsa.
Suasana ini seakan akan sama seperti wujudnya kerjasama antara Zahid Hamid Presiden United Malaya National Organisation dengan Anwar Ibrahim pemimpin Pakatan.
Historic Phone Call – Panggilan Telefon Bersejarah antara Zahid dengan Anwar meyakinkan orang ramai tentang wujudnya kerjasama dari dulu dan ke masa hadapan antara dua pemimpin ini.
Kerjasama CD dengan PCI ini mula diganggu gugat oleh parti-parti puak kanan dan parti kiri yang kecil yang ada perwakilan dalam Parlimen Itali.
Kerja sama menentang Kerajaan Perpaduan CD dan PCI ini berakhir dengan penculikan Aldo Moro oleh kumpulan ekstrem kiri – Red Brigades. Selama 55 hari Aldo Moro hilang sebelum mayat ditemui.
Kerjasama bersejarah berasaskan Kompromi Bersejarah antara Christian Democracy dan Parti Komunis Itali gagal satelah Aldo Moro mati dibunuh.
Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan akan gagal jika tidak dapat melintasi kemenangan yang lebih dari 112 kerusi.
Dari lojik politik jika Pakatan gagal mendapatkan 112 kerusi maka Pakatan perlu mendirikan satu barisan baru untuk menambah kerusi dan menubuhkan kerajaan. Anwar Ibrahim dan Pakatan wajib mencari kawan dari Perikatan Nasional atau dari Barisan Nasional. Atau dari parti kecil yang menang.
Ketika ini apa yang berlaku sesudah pilihan raya tahun 1976 kepada Parti Komunis Itali akan berlaku pada Anwar Ibrahim sesudah PRU 15 tahun 2022.
Akan di galang satu Barisan Bersatu dengan hanya satu agenda : Menafikan Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri.
Akan diwujudkan barisan bersatu untuk menghalang Pakatan Harapan dari mendirikan kerajaan baru.
Parti Komunis Itali memiliki banyak musuh politik dari garis ideologi kanan. Anwar Ibrahim memiliki lebih ramai musuh dari garis politik kiri dan kanan. Malah Anwar menghadapi musuh dari dalam dan dari luar parti.
Parti berideologi kanan seperti Parti Islam dan kaum kerabat penganut garis Islam konservatif kanan melalui sosok seperti Haji Hadi walau pun pernah bersama dalam ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia - akan menentang Anwar.
Parti Islam pimpinan Hadi Awang akan menolak Anwar Ibrahim kerana Anwar dianggap sebagai pengamal homoseksual dan bersimpati dengan LGBT.
Parti Islam konservatif garis kanan ini juga akan menggunakan ‘ Cina dan Kapir ’ untuk memperkuat penolakan terhadap Anwar dan Pakatan Harapan.
China dan Kapir ialah DAP yang menjadi rakan politik Anwar dalam Pakatan. PAS tidak akan mahu bekerjasama dengan DAP yang ditakrif sebagai Parti Kapir.
Bersatu pula akan menolak Anwar Ibrahim kerana Presiden Bersatu Muhyidin juga memasang niat untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Dalam Bersatu masih ramai bekas ahli PKR yang telah hilang cinta dengan Anwar. Mereka ini seperti Azmin, Dr Mansor, Saifuddin Abdullah akan menentang Anwar.
Malah Muhyidin telah membuat kenyataan menolak Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kerana Anwar bekerjasama dengan DAP yang ditakrif oleh Muhyidin sebagai Parti China.
Apabila dua pemimpin komponen PN menolak Anwar maka Anwar akan cuba melamar United Malays National Organisation di bawah pimpinan Zahid.
Anwar sendiri boleh berunding dan membuat Historic Compromise - Kompromi Bersejarah dengan Zahid seperti yang di lakukan oleh Aldo Moro dengan Enrico Berlingeur.
Anwar boleh menjanjikan kes Najib, kes Zahid dan kes kluster mahkamah akan dinilai kembali. Anwar Ibrahim adalah pakar membuat janji.
Tapi hakikatnya kerjasama Pakatan dengan Barisan bukan semudah janji dilafaz. Zahid sendiri juga akan berhadapan dengan Ismail Sabri, Khairy dan Tok Mat.
Sosok-sosok ini tidak ada rasa kasih sayang terhadap Anwar. Mereka benci bukan sahaja dengan Anwar malah akan memusuhi sesiapa saja yang cuba menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Sosok- sosok ini juga memasang niat untuk menjadi Perdana Menteri. Ismail Sabri masih berhajat untuk duduk kembali di kerusi PM. Mustahil akan mengalah kepada Anwar.
Sama seperti Parti Komunis Itali Si Anwar ini berselirat dengan musuh. Ada musuh dari zaman ABIM seperti Kamaruddin Mat Nor, Kamaruddin Jaafar, Nik Aziz atau Ismail Mena . Mereka kenal baik perangai Anwar Ibrahim.
Jangan lupa bekas pegawai setia Anwar seperti Ezam dan Azmin kini menjadi musuh ketat Anwar.
Jangan lupa dengan Zul Nordin yang telah memakai kut untuk angkat sumpah bila kali pertama Anwar klim akan jadi PM pad 16 September 2008. Zul Nordin merasa dirinya tertipu.
Termasuk dalam kes kecewa di tipu oleh Anwar ialah sosok seperti Syed Hamid Ali, Sivarasa, Maria Chin, Surendran dan Tian Chua. Sosok-sosok ini melihat bagaimana kerusi Parlimen mereka telah di sailang oleh Anwar.
Manakala Sivarasa dan Surendran adalah dua peguam Anwar. Dua peguam inilah yang bekerja siang dan malam pagi dan petang mempertahankan Anwar dalam kes Anwar meliwat Saiful. Susu dibalas tuba.
Perangai Anwar membuat janji dan meninggalkan kawan ini telah menjadi rahsia umum.
Semua musuh dan sosok-sosok yang mengenali perangi dan tingkah laku Anwar ini pasti akan senyum puas apabila melihat satu gagasan pasca PRU15 yang khusus didirikan untuk menentang Anwar.
Sama seperti yang dilalui oleh Parti Komunis Itali gagasan ini tidak di hitam putihkan.
Di zaman Reformasi dulu saya menulis United Front of Hope. Kali ini saya perhatikan akan wujud satu barisan bersatu United Front of Hate - barisan benci yang akan menentang Anwar menjadi PM.
Hubaya hubaya. Musuh yang paling bahaya untuk menggagalkan mimpi Anwar untuk menjadi PM ini bukan datang dari luar. Bukan kawan lama dari ABIM. Bukan dari mereka yang dinafikan kerusi. Bukan Bukan.
Musuh ini wujud dalam pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat sendiri dalam bentuk sosok bernama Rafizi.
Rafizi – Timbalan Presiden PKR - lebih awal dari yang lain telah menyatakan secara terbuka bahawa dia akan menentang kerjasama dengan Zahid atau dengan United Malays National Organisation.
Percanggahan dan perbezaan garis politik antara Anwar dan Rafizi ini jelas dilihat umum. Umum melihat tidak ada kasih sayang antara mereka.
Rafizi menolak konsep khemah besar sebelum PRU dan mungkin akan menolak kerjasama khemah besar dengan PN dan BN.
Rafizi dilaporkan mahu menggalang kerjasama dengan Parti dari Sabah atau Serawak. Sayangnya parti dari Sarawak dari awal telah berkata No Anwar No DAP.
Justeru Anwar dan Pakatan Harapan wajib melintasi angka 112. Dengan angka ini Anwar dapat dinobatkan untuk menjadi Perdana Menteri dan Pakatan dapat menubuhkan kerajaan.
Awas ! Jangan lupa melintasi 112 ini juga penting untuk menafikan Daulah Terpendam – Deep State – dari membuat onar. Daulah Terpendam juga tidak pernah ada kasih sayang terhadap Anwar Ibrahim.
Seyogia diingati dalam politik tidak ada musuh tetap. Yang sentiasa tetap hanya kepentingan untuk mendapat kuasa. Politik juga adalah seni kemungkinan. Pelbagai kemungkinan boleh wujud dalam usaha untuk mendapat kuasa.
Yang jelas Pakatan Harapan wajib menang lebih dari 112 kerusi untuk mendirikan kerajaan. Jika tidak pengalaman sejarah Parti Komunis Itali akan berulang di Malaysia. Pakatan Harapan akan mendapat kerusi banyak seperti Parti Komunis Itali tapi gagal jadi kerajaan. Amin. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANINSIGHT
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/412282
GAGALKAN PROJEK ZAHID
Banjir mungkin bukan masalah kepada pengundi, kata penganalisis
BANJIR yang melanda beberapa negeri mungkin tidak menyebabkan peratusan keluar mengundi rendah pada Sabtu, kata penganalisis politik.
Mereka memberitahu The Malaysian Insight bahawa parti politik mungkin menggunakan jentera mereka untuk meyakinkan pengundi yang terjejas untuk mengundi manakala pengundi yang tidak terjejas sudah boleh bersedia untuk membuang undi sebagai cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Malaysia akan keluar mengundi pada 19 November tetapi keputusan untuk mengadakan pilihan raya awal mendapat tentangan daripada orang ramai serta ahli Parlimen pembangkang.
Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berpendapat Umno/Barisan Nasional mungkin membayar harga untuk mengadakan pilihan raya pada musim tengkujuh.
“Rakyat marah dengan kerajaan yang tidak mengikut nasihat Jabatan Meteorologi. Malah pada PRU14, ketika pilihan raya diadakan pada hari Rabu, orang ramai sudah marah.
“Pakatan Harapan menjadikan ia isu dan berjanji memberikan cuti jika gabungan itu menang pilihan raya, dan mereka berjaya. Begitu juga pada PRU15, ia adalah isu dan persepsi ini digunakan terhadap kerajaan.
“Umno mengambil risiko kerana mereka fikir mereka boleh menggunakan banjir sebagai peluang untuk menarik orang ramai tidak keluar mengundi. Sudah tentu, jika tempat itu dinaiki air, pengundi tidak boleh keluar tetapi di tempat lain, mereka yang tidak terjejas akan pergi dan membuat undian mereka dikira,” kata Mazlan.
Ahli akademik Universiti Malaya, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi pula berkata jentera parti politik akan cuba mendekati pengundi untuk mendapatkan mereka mengundi.
Beliau berkata walaupun di kawasan terjejas, parti politik sudah mula membantu pengundi.
“Mungkin akan ada tindak balas daripada pengundi yang tidak berpuas hati tetapi saya rasa kesannya adalah minimum. Kerana saya percaya sekarang jentera parti sedang menjalankan tugas mereka dalam membantu mangsa banjir.
“Mana-mana pihak yang menawarkan bantuan paling besar mungkin mendapat sokongan daripada penduduk tempatan yang terjejas termasuk Umno. Bagi rakyat, mereka akan memilih parti yang paling banyak menawarkan bantuan.
“Walaupun parti anda tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen, jika anda tidak membantu mangsa, atau rakyat di kawasan itu, mereka tidak akan membantu anda. Pada hari Sabtu, saya rasa orang ramai akan keluar mengundi,” katanya.
Banjir melanda beberapa bahagian di Selangor, Johor, Kelantan dan Melaka di mana beribu-ribu orang telah dipindahkan dan ditempatkan di pusat perlindungan sementara.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam pada itu meramalkan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan barat Johor dijangka mengalami hujan pada awal pagi hari mengundi pada hari Sabtu, dengan ribut petir dijangka melanda pada sebelah petang.
Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan berterusan sepanjang hari.
Jumaat lalu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata sungai-sungai di empat negeri – Pahang, Perlis, Sarawak dan Selangor – berada di paras tebingnya.
Dalam satu kenyataan, Nadma berkata sungai tersebut ialah Sungai Rompin (Pahang), Sungai Perlis (Kangar, Perlis), Longjegan Baram (Miri, Sarawak), dan Sungai Langat dan Pekan Meru Sungai Klang (Selangor).
Menurutnya Sungai Muar Tangkak dan Sungai Batu Pahat di Johor, serta Batang Rajang Mukah, Batang Krian Betong, dan Batang Suai Miridi Sarawak, mencapai paras amaran.
Sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi kemungkinan banjir, Nadma berkata tujuh pusat pemindahan sementara dibuka di seluruh negara, masing-masing tiga di Selangor dan Johor dan satu di Kelantan.
Sejak awal bulan ini, beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir kilat, mengakibatkan gangguan kempen pilihan raya apabila calon beralih memberi bantuan kepada mangsa.
Kesusahan yang tidak wajar untuk pengundi
Sementara itu, Hisomudin Bakar dari Ilham Centre berkata kawasan terjejas mungkin menyaksikan peratusan keluar mengundi rendah kerana mangsa mungkin mengutamakan keluarga dan barangan mereka.
“Bagi kawasan yang tidak terjejas, mereka akan keluar mengundi walaupun pada awalnya dapatan kami menunjukkan ramai yang tidak bersetuju untuk mengadakan pilihan raya pada musim tengkujuh.
“Mereka tetap akan mengundi tetapi siapa yang mereka akan undi atau mereka akan mengundi menentang BN masih belum diketahui,” kata Hisomudin.
Dr Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata banjir mungkin menimbulkan kesusahan yang tidak wajar kepada pengundi, namun parti politik yang mempunyai akar umbi yang kuat boleh membantu meringankan beban rakyat.
“Parti seperti Umno atau PKR atau PAS yang mempunyai jentera yang kuat mungkin boleh menarik penyokong mereka untuk mengundi dengan lebih mudah. Sudah tentu banjir mungkin menghalang pergerakan tetapi parti lama boleh menggerakkan ini.”
Ditanya sama ada parti ini boleh mendapatkan pengundi kali pertama yang terjejas banjir untuk keluar mengundi, penganalisis itu berkata kejayaan itu bergantung kepada usaha setiap parti.
“Mari kita lihat sejauh mana usaha parti itu boleh sampai,” katanya. – 18 November, 2022.
PENGUNDI AKAN
GAGALKAN
PROJEK ZAHID
AMIN
ZAHID MAHU
BANJIR HALANG
PENGUNDI
AMIN
KURANG PENGUNDI
BARISAN MENANG
BESAR
AMIN
RAMAI PENGUNDI
PAKATAN AKAN
MENANG
KHALAS
KERUSI AMANAH BERTAMBAH
Amanah yakin menang lebih 11 kerusi
AMANAH yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.
Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata keyakinan itu bertambah selepas sekumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).
“Di Selangor kita akan menang semua (enam kerusi), saya yakin Amanah boleh menang banyak (keseluruhan), insya-Allah, lebih daripada 11 kerusi,” katanya kepada Bernama selepas program Jelajah Harapan Selangor di Taman Sri Muda, di Shah Alam, malam ini.
Amanah meletakkan calon untuk bertanding di 54 kerusi Parlimen di seluruh negara dalam pilihan raya umum kali ini.
Mohamad berdepan persaingan lapan penjuru dalam usahanya mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja pada PRU15.
Beliau ditentang calon Barisan Nasional, D. Kajendran, Mohamed Diah Baharun (Perikatan Nasional), Sarah Afiqah Zainol Arif (Parti Rakyat Malaysia), Fahmi Bazlan Muda (Pejuang) dan tiga calon Bebas, P. Raveetharan, S. Surendhar serta K. Kumar. – Bernama, 17 November, 2022.
WOIT
INI BERITA BAIK
AMIN
BILA AMANAH
MENANG BANYAK
RAKYAT JADI
SELESA
AMIN
AMANAH
MEMBAWA
ISLAM DEMOKRAT
AMIN
GARIS CERAH
UNTUK MALAYSIA
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)