BERAT
INI SUDAH BERAT
PKR Ketereh: Senarai lantikan MPP bukti Anwar hilang taring
PKR Ketereh: Senarai lantikan MPP bukti Anwar hilang taring
Ketua Cabang PKR Ketereh Abdul Aziz Abdul Kadir menyifatkan lantikan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu bagi penggal 2018-2021 merupakan bukti Presiden PKR Anwar Ibrahim sudah "hilang taring" dan tidak memahami aspirasi akar umbi.
"Tidak tahu apa rasionalnya melantik mereka yang telah gagal di dalam pemilihan baru-baru ini.
"Presiden PKR seolah-olah sedang mencipta formula kegagalan untuk parti yang beliau tubuhkan sendiri.
"Secara jelas presiden tidak faham atau tidak mahu memahami aspirasi anggota PKR kerana mengutip balik calon-calon yang gagal dalam pemilihan parti yang lepas tanpa memikirkan kesan yang amat negatif terhadap parti ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Semalam, Anwar mengumumkan barisan jawatan lantikan parti itu yang turut menyaksikan Rafizi Ramli - yang tewas dalam pemilihan lalu - dilantik sebagai naib presiden dan Saifuddin Nasution Ismail dipilih semula sebagai setiausaha agung.
Hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali secara terbuka menggesa Anwar menilai semula pelantikan berkenaan.
Menjawab gesaan Mohamed Azmin, Anwar berkata pelantikan berkenaan dibuat dengan "pendekatan inklusif" dan untuk menyertakan semua pihak.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata, kegagalan Anwar menyedari aspirasi anggota PKR "amat memalukan" dan tidak selaras dengan prinsip demokrasi parti itu.
Abdul Aziz juga mengungkit bahawa pelantikan MPN bukan "kegagalan" pertama Anwar, kerana ia juga menurutnya terjadi dalam lantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri yang diumumkan beberapa minggu lepas.
"Saya berharap presiden dapat bermuhasabah dan sedar bahawa tindakan beliau ini akan menghancurkan semangat dan aspirasi akar umbi yang selama ini begitu berharap agar PKR dapat dibawa ke mercu yang lebih tinggi," katanya.
Untuk rekod, Abdul Aziz merupakan bekas pengerusi PKR Negeri yang juga berjaya mempertahankan jawatan ketua Cabang Ketereh pada pemilihan PKR baru-baru ini.
Bagaimanapun, Anwar melantik Ketua Cabang Tanah Merah Mohamad Suparadi Md Noor menjadi pengerusi PKR negeri yang baru.
Meskipun lapan daripada 14 ketua cabang PKR Kelantan menyatakan sokongan terhadap Suparadi, terdapat pimpinan PKR yang menolak pelantikan berkenaan termasuk dari AJK PKR Tanah Merah sendiri.
DAH MULA ADA
YANG BERRANI
BERKATA JUJUR
DASAI DAH
TAK DA TARING
KAH KAH KAH
KALAU TAK DA
TARING
MACAM MANA
NAK MAKAN
ANAK IKAN
KAH KAH KAH
--------------------