Ahad, 6 November 2022

UKRAINE TAK ADA LETERIK



PERANG TAKHENTI

AMIN

LETERIK TAK CUKUP

MUSIM SEJUK 

DAH SAMPAI

AMIN

KENAPA TIDAK

CARI JALAN DAMAI?

KHALAS 

DUA BALA AKAN SAMPAI


KKM pantau kes Covid-19 sepanjang kempen PRU15, kata Khairy


KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) terus memantau peningkatan kes Covid-19 sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selain mengemaskini pendekatan yang akan diambil bagi mengekang penularan virus itu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata walaupun kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan, namun keadaan masih terkawal berdasarkan kepada data kemasukan pesakit ke hospital akibat jangkitan yang rendah.

“Setakat ini terkawal, macam Omicron walaupun kes naik tapi kemasukan hospital tidak tinggi dan kadar kematian rendah, jadi kita anggap ini adalah gelombang jangkitan tapi dari segi keterukan, tidak berapa teruk,” katanya ketika ditanya mengenai peningkatan kes Covid-19 menjelang PRU15.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Kempen Calon Sungai Buloh Sarapan di sebuah restoran di Kota Damansara hari ini.

Khairy berkata KKM pada masa sama telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) PRU15 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, jabatan kesihatan di setiap negeri turut diarahkan untuk menyediakan pegawai kesihatan tambahan bagi membantu pesakit Covid-19 keluar mengundi di pusat pengundian masing-masing.

“Cuma kita tidak mahu mereka (pesakit Covid-19) berada di tempat pusat mengundi terlalu lama, pesakit daftar, tunjuk pegawai kesihatan yang ditempatkan di pusat mengundi digital MySejahtera, tidak perlu beratur, mengundi dan terus keluar,” katanya.

Oktober lepas, Khairy memaklumkan kementeriannya akan melaksanakan SOP Covid Safe Election, dengan mengesyorkan individu positif Covid-19 dibenarkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU15.

Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga calon BN di kerusi Parlimen Sungai Buloh berkata beliau bakal mengupas beberapa isu tempatan dalam manifesto yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

“Strategi saya adalah untuk kita mengkhususkan kempen ini, pertandingan di Sungai Buloh adalah berkenaan isu di Sungai Buloh. Kemudian kita nak tahu apa yang saya perlu buat dan isu yang bakal diperjuang di peringkat nasional.

“Mereka juga ingin melihat saya bukan sahaja sebagai ahli Parlimen tetapi juga mampu memainkan peranan di peringkat lebih tinggi. Saya perlu berjumpa penduduk melalui perjumpaan bersemuka,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda Umno itu berdepan saingan tujuh penjuru termasuk calon Pakatan Harapan (PH) R. Ramanan dari PKR, Mohd Ghazali Md Hamim (PN-PAS), Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang), Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia (PRM)) serta dua calon Bebas - Nurhaslinda Basri dan Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff.

Pada 2018, R. Sivarasa dari PKR memenangi kerusi itu dengan majoriti 26,634 undi. Penyandang itu tidak mempertahankan kerusi berkenaan berikutan masalah kesihatan. – Bernama, 6 November, 2022.

KITA HADAPI

DUA BALA

AMIN

BALA MAT KOBID

BALA MAT BANJIR

AMIN

SATU BALA

YANG SENGAJA

DI TEMPAH OLEH 

ZAHID

AMIN

GILA NAK PRU

DALAM MUSIM

BANJIR

AMIN

AMMBBIIIK KAU

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KHALAS 

BALA YANG DIMINTA ZAHID DAH. SAMPAI

 



Hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor bermula Selasa

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula 8 sehingga 11 November ini. 

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan ramalan itu melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor.

Pada 3 November, MetMalaysia memaklumkan Malaysia akan mengalami Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada Isnin ini (7 November) dan berterusan sehingga Mac depan.

Menurut jabatan itu, sepanjang tempoh berkenaan empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi berlaku. – Bernama, 6 November, 2022.

INI BALA

YANG DITEMPAH 

AMIN

NAK BUAT PRU

CEPAT NAK ELAK

KLUSTER MAHKAMAH

MASUK PENJARA

AMIN

YANG KENA SEKSA

YG MENDERITA KITA

RAKYAT BIASA

AMIN

KHALAS 

SAPA UNDI MAMAT INI ?


JANGAN TANYA

MACAM MANA

DIA NAIK KE SITU

AMIN

WAJIB TANYA

SAPA BANTU 

DIA NAIK KE ATAS

AMIN

FIKIR BAIK BAIK

SEBELUM 

MENGUNDI

AMIN


BN - ITIK TEMPANG


BN masuk gelanggang PRU15 dengan langkah tempang

BARISAN calon BN yang kini sah bertanding menggambarkan parti itu memasuki gelanggang kempen PRU15 dengan memikul beban perpecahan dan ketidakstabilan.

Senarai calonnya tidak merangsang kepercayaan pengundi ke atas Ismail Sabri Yaakob, perdana menteri BN yang diumumkan parti itu sebagai calon jawatan tersebut untuk penggal akan datang.

Hinggakan, Ismail terpaksa menegaskan beliau masih lagi calon untuk jawatan itu, sebaik proses penamaan calon berakhir semalam.

Ia menggambarkan pergelutan kuasa dalam Umno yang masih berlarutan selepas Ismail menurut tekanan presidennya Ahmad Zahid Hamidi untuk membubarkan Parlimen bulan lalu.

Penyandang kerusi BN dari kluster mahkamah yang menghadapi pendakwaan dan menjalani perbicaraan tetap kekal sebagai calon.

Ramai ahli Parlimen BN yang dilantik ke kabinet sejak Ismail menjadi perdana menteri pada Ogos tahun lalu pula sah tidak berpeluang bertanding lagi kali ini.

Semua ini berlaku sewaktu kepercayaan pengundi Melayu terhadap parti yang sudahpun kalah teruk penggal lalu semakin merosot di ambang PRU15, menurut tinjauan Merdeka Center.

Senarai calon yang sah bertanding hari ini membayangkan kem Zahid Hamidi akan menguasai menu pilihan sebagai anggota kabinet baharu, seandainya parti itu menang PRU, 19 November ini.

Lebih karut, pemimpin kepercayaan Ismail yang gugur ini seperti Zahidi Zainul Abidin dan Shahidan Kassim sama ada jadi calon Bebas atau dipungut parti lawan untuk menentang BN.

Zahidi yang merupakan penyandang kerusi Padang Besar sah bertanding kerusi itu atas tiket Bebas, menentang Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan dan tiga calon lain.

Tidak cukup dengan kerusi parlimen, timbalan menteri komunikasi itu juga bertanding kerusi DUN Titi Tinggi, juga atas tiket Bebas.

Shahidan yang merupakan menteri wilayah persekutuan pula sah bertanding di Arau untuk penggal keempat atas tiket PN bagi melawan calon BN, Rozabil Abd Rahman.

Shahidan mempertahankan kerusi Parlimen Arau atas tiket PN selepas digugurkan Ahmad Zahid daripada mewakili BN lagi pada PRU15 kali ini. – Gambar Facebook Shahidan Kassim, 6 November, 2022.
Shahidan mempertahankan kerusi Parlimen Arau atas tiket PN selepas digugurkan Ahmad Zahid daripada mewakili BN lagi pada PRU15 kali ini. – Gambar Facebook Shahidan Kassim, 6 November, 2022.
Seorang lagi, timbalan menteri perumahan Ismail Abd Muttalib juga ikut perangai Shahidan. Beliau sah bertanding mempertahankan kerusi Maran sebagai calon PN selepas gagal jadi calon BN.

Ismail menentang anak buah dari BN Shahaniza Shamsuddin, Ahmad Shuhor (PH) dan Muhamad Hafiz Al-Hafiz (Bebas).

Di Kelantan, BN dapat menarik nafas lega sedikit kerana menteri komunikasi Annuar Musa yang mahu mempertahankan kerusi Ketereh tidak jadi bertanding selepas digugurkan.

Tindak-tanduknya jadi perhatian kerana beliau bukan sahaja sering berlaga dengan Zahid malah berkuasa menyebar luas pendirian bertentangan dengan presiden parti melalui organ rasmi kerajaan.

Beberapa hari lalu, beliau dilaporkan sedia hantar borang pencalonan atas tiket parti baharu, Muafakat Nasional yang didaftarkannya senyap-senyap selepas digugurkan dari senarai calon BN.

Tanpa penyertaan Annuar, calon BN Marzuani Ardila Ariffin sedikit lega berdepan Rahimi Muhamud (PH), Mejar (B) Khlir Mohd Noor (PN) dan Haneef Ibrahim (Putra).

Di Tanjung Karang, Selangor, menteri pembangunan usahawan Noh Omar tidak mendapat kepercayaan BN untuk mempertahankan kerusinya itu.

Calon baharu, ketua Umno kawasan tersebut Habibah Mohd Yusof bertanding menentang Dr Zulkafperi Hanapi dari PN, Rahayu Baharin dari Muda dan aktivis Azlan Zawawi dari Pejuang.

Turut mengelirukan pengundi, tindakan BN memungut calon digugurkan PAS – Khairuddin Aman Razali dan Che Abdullah Mat Nawi, yang merupakan bekas anggota kabinet PN.

Khairuddin menggondol pelbagai kontroversi sewaktu menjadi menteri perladangan komoditi, antaranya kerana melanggar ketetapan kawalan pergerakan sewaktu pandemik Covid-19.

Beliau digugurkan dalam rombakan kabinet Ismail tahun lalu dan sejak itu hilang jawatan dalam PAS sebelum bertindak keluar parti.

Khairuddin sah bertanding atas tiket BN bagi menentang exco Terengganu yang juga pemimpin veteran negeri Alias Razak dari PAS serta calon PH Suhaimi Hashim bagi kerusi Kuala Nerus.

Beliau juga berdepan calon Bebas Azaha Wahid bagi mempertahankan kerusi disandangnya itu.

Penyandang kerusi Tumpat, Che Abdullah pula meraih kontroversi kerana perkahwinannya yang dijalankan secara dalam talian sewaktu kawalan pergerakan berkuatkuasa seluruh negara.

Beliau turut digugurkan dalam rombakan tahun lalu dan hari ini sah menjadi calon BN untuk bertanding kerusi Tumpat selepas tidak tersenarai sebagai calon PAS.

Che Abdullah kini bertanding menentang parti lamanya PAS yang diwakili Mumtaz Mat Nawi, Wan Johari Wan Omar (PH), Khairul Azuan (Warisan) dan Asri Ali (Putra).

Khairy Jamaluddin kini terpelanting ke kerusi Sungai Buloh yang disambut dengan keluhan oleh penyandang kerusi Rembau itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 November, 2022.
Khairy Jamaluddin kini terpelanting ke kerusi Sungai Buloh yang disambut dengan keluhan oleh penyandang kerusi Rembau itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 November, 2022.
Bagi memenuhi selera pengundi baharu, BN nampaknya mengekalkan calon yang popular di kalangan segmen tersebut seperti menteri kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, Khairy kini terpelanting ke kerusi Sungai Buloh, yang disambut dengan keluhan oleh penyandang kerusi Rembau itu.

Kerusi Rembau pula sah ditandingi Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, yang dijangka sebagai persediaan bagi bekas menteri besar itu menjadi calon perdana menteri kesepuluh.

Selain Zahida Zarik, BN turut mempertaruhkan beberapa calon muda dari Umno seperti Shahril Hamdan (Alor Gajah), Isham Jalil (Shah Alam) dan Asyraf Wajdi Dusuki (Gerik).

Namun ia masih membiarkan penyandang seperti Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah 12 penggal di kerusi Gua Musang untuk menjadi pilihan pengundi baharu.

Penyandang kerusi Pekan pula, bekas perdana menteri Najib Razak sudah dipenjarakan, namun BN masih tidak mampu mendabik dada sebagai parti yang bebas rasuah dan salah laku.

Sehingga ke saat akhir sebelum dihumban ke penjara, Najib masih dijulang pemimpin BN sebagai pemimpin yang suci. 

Pengundi masih melihat pemimpin BN menyokong tindakan Najib dan masih ingat kenyataan-kenyataan yang mempertahan skandal Najib.

Mengapa tidak, ramai dari kalangan mereka menikmati kuasa sewaktu menjadi menteri dalam kabinet Najib, termasuk pengerusinya Ahmad Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri.

Zahid sah bertanding mempertahankan kerusi Bagan Datuk menentang Shamsul Iskandar Md Akin (PH), Faiz Na’aman (PN) dan Tawfik Ismail (Bebas).

Kesemua beban serta skandal pentadbiran beliau dan Najib akan menjadi modal kempen setiap lawannya yang mahu menjadi ‘giant killer’ di Bagan Datuk. – 6 November, 2022.


INI AMAT BAIK

UNTUK PAKATAN

AMIN

PAS KATA  INI

ITIK TEMPANG

KAH KAH KAH

PELACUR  DATANG

BERI UBAT

KAH KAH KAH

TAPI UBAT

TAK ABIS MAKAN

SUDAH LARI

DARI OSPITAL

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

KEJUJURAN DAN KEBENARAN

 

KEJUJURAN 

DAN KEBENARAN

KHALAS

Unknown commented on
 "ESOK HARI 
PENAMAAN CALON"

Saya suka komen tiada apa yang lebih berharga dari KEJUJURAN. ini mesti ada dalam jiwa setiap insan manusia, agar dunia manusia sekeliling kita selesa, bawa kebaikan bukan susah, bawa kejahatan amat senang, dunia semakin banyak kejahatan, semakin kurang kemanusiaan amin, terima kasih Abang TT yang selesa membawa pencerahan, tak payah ustaz tak payah tok guru tak payah imam untuk bawa kebaikan, perlu ikhlas perlu baik niat baik sudah syukur alhamdulillah semua kah kah kah selalu supaya jiwa tenteram aman selamanya, yang bergaduh yang bertelingkah yang melawan sini sana konon nak bawa kebaikan biarkan mereka, sejarah atau masa depan akan membuktikan samada mereka baik atau tidak selamat selamat amin





 

RUSIA MENGUNDUR ATAU TIDAK ? 



RUSIA MENGUNDUR

ATAU TIDAK

AMIN 

BANJIR AKAN MELANDA ?


JAM 3.40 PETANG

AHAD 6/11/2022

AMIN

AWAN ITAM MULA BERKUMPUL

 AMIN

TUNGGU MASA

NAK TERBARAI 

KHALAS 

INI BARU 

AWAL BULAN 

APA AKAN JADI

PADA 

KEMPEN CERAMAH

AMIN

APAKAH BANJIR

AKAN MELANDA  

PADA SABTU 

19/11/2022

KHALAS


BUDAYA YB KITA

 

INI BUDAYA

PARA YB KITA

KAH KAH KAH

KHALAS


 


TAHUN DEPAN HARGA AKAN NAIK LAGI



 TAHUN DEPAN

HARGA AKAN 

NAIK LAGI

AMIN

SATU MUSUH ZAHID TERLEPAS


Undi saya bukan makna sokong Zahid, kata Khairy


CALON Barisan Nasional (BN) di Sungai Buloh Khairy Jamaluddin hari ini menolak cadangan mengatakan pengundi yang mengundinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermakna mereka menyokong Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

“Satu undi untuk KJ (Khairy) di Sungai Buloh hanya bermakna satu undi untuk KJ di sini,” katanya yang juga menteri kesihatan selepas proses penamaan calon di kompleks pejabat daerah Petaling pagi tadi.

Khairy tegas mengulangi sekali lagi Ismail Sabri Yaakob adalah calon perdana menteri untuk BN, bukan Zahid.

“Naratif ini (Zahid jadi PM) perlu dijelaskan di sini dan sekarang.

“Calon untuk perdana menteri (bagi BN) adalah Ismail Sabri Yaakob.

“Saya akan sokong pencalonan Ismail sebagai perdana menteri seperti yang disebut Zahid sendiri. Tidak ada kekeliruan di situ,” katanya.

Awal hari ini, penyandang Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa berkata mengundi Khairy secara tidak langsung menyokong Zahid yang juga presiden Umno.

“Khairy sebagai individu tidak ada apa tetapi rakyat perlu lihat siapa yang diwakilinya. Itu relevan.

“Siapa yang beliau wakili? Zahid. Siapa Zahid? Seseorang yang akan disabitkan bersalah sebagai penjenayah.

“Itulah siapa yang Khairy bawa di sini. Pengundi perlu lihat perkara itu,” kata Sivarasa hari ini ketika hadir ke pusat penamaan calon untuk memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan di Sungai Buloh, Ramanan Ramakrishnan.

Parlimen Sungai Buloh akan menyaksikan pertandingan tujuh penjuru termasuk dua calon bebas.

Selain Khairy dan Ramanan, calon lain ialah Mohd Ghazali Md Hamin daripada Perikatan Nasional (PN), Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang), Ahmad Jufliz Faiza Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan dua calon bebas Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff dan Nurhaslinda Basri. 

Khairy mengakui bertanding di Sungai Buloh yang juga kubu kuat pembangkang, akan menjadi antara cabaran paling kuat sepanjang kariernya dalam politik.

Bagaimanapun, beliau kekal optimistik yang pengundi di Sungai Buloh akan memberikannya peluang untuk mewakili mereka.

“Saya mewakili Rembah sejak tiga penggal lalu dengan kemenangan tiga pilihan raya berturut-turut.

“(Sekarang) saya datang ke kawasan di mana kami (BN) kalah tiga pilihan raya umum berturut-turut tetapi saya bersedia menghadapi cabaran itu.

“Pertandingan ini tidak mudah langsung. Ini cabaran paling sukar dalam sepanjang kerjaya politik saya,” katanya.

Dengan sejumlah 158,090 pengundi berdaftar, kerusi Sungai Buloh sudah tentu menjadi perhatian pada pilihan raya umum kali ini.

Sekurang-kurangnya 67,383 adalah pengundi kali pertama selepas usia mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran automatik pengundi dikuatkuasakan pada September. – 5 November, 2022.


WOIT

MACAM MANA

SAEKOR NI

BOLEH SELAMAT

KAH KAH KAH

TAK KENA

PANCUNG MACAM

ANNUAR MUSA

AMIN

INI BAHAYA UNTUK

ZAHID

AMIN

JADI DURI 

DALAM DAGING

KAH KAH KAH

UNTUK SELAMAT

ZAHID WAJIB

BERI ARAHAN

SEMUA PENGUDI BN

BERI LALUAN

PADA CALON

PAKATAN

AMIN

KHALAS

TOLAK BUDAYA ARAB


187 calon wanita bertanding PRU15

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan 127 calon wanita akan bertanding di kerusi Parlimen manakala 60 lagi calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah.

Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan UPKO meletakkan 39 calon wanita daripada 205 calon yang bertanding, dengan satu kerusi atas tiket pakatan politiknya Muda, di Parlimen Tanjong Karang dan satu menggunakan logo DAP iaitu di Parlimen Lanang, Sarawak. 

Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mempertaruhkan 22 calon wanita daripada jumlah keseluruhan 178 calon.

Perikatan Nasional (PN) gabungan Bersatu, PAS dan Gerakan mempertaruhkan 16 calon wanita daripada 149 calon bertanding dengan dua daripada calonnya di Parlimen Tumpat dan Rantau Panjang menggunakan logo PAS. 


Gerakan Tanah Air (GTA) terdiri daripada Parti Pejuang Tanah Air  (Pejuang), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) turut meletakkan 16 calon wanita daripada 116 calon yang bertanding dengan kesemuanya menggunakan logo Pejuang.

Sepuluh wanita akan bertanding atas tiket Bebas, enam bagi Warisan dan selebihnya adalah calon dari parti lain-lain.

Peggy Chaw Zhi Ting, 23, adalah calon Bebas wanita paling muda bagi Parlimen Tenom manakala Liew Chin Jin, 70 atau lebih dikenali sebagai Christina Liew (PH-PKR)  pula calon wanita paling veteran bagi kerusi Parlimen Tawau. 

Calon wanita terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kelayakan akademik dengan ada antara mereka bekerjaya sebagai peguam, doktor dan memegang jawatan utama dalam parti yang diwakili.

Antaranya termasuklah kemunculan Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz, tokoh profesional Orang Kurang Upaya (OKU) yang mewarnai pentas PRU15, sekali gus membuktikan politik Malaysia semakin matang dan terbuka.

Beliau yang menghidap penyakit spina bifida sejak lahir akan bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya di bawah tiket PH-PKR menentang lima lagi calon termasuk penyandangnya Tengku Adnan Tengku Mansor daripada BN.

Selain itu, bekas timbalan perdana menteri yang juga pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak dan akan berdepan dua pencabar dari BN dan PN.

Penyandang kerusi Parlimen Pengerang Azalina Othman Said dan penyandang Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin, kedua-duanya bertanding atas tiket BN dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) bagi mempertahankan kawasan masing-masing.

Bagi pertandingan kerusi DUN, calon wanita paling muda ialah Hooi Mi Suet, 29, dari Warisan yang bertanding di kerusi Simpang Pulai manakala calon paling tua berusia 66 tahun iaitu Ng Wah Leng daripada BN-MCA bagi kerusi Keranji, kedua-duanya di Perak.

DUN Bugaya menyaksikan penyertaan calon wanita tunggal iaitu Nazmahwati Walli, 43, daripada PBM. – Bernama, 6 November, 2022.          

TOLAK BUDAYA

ARAB

AMIN

CALON WANITA

RAMAI

AMIN

INI TANDA KITA

BUKAN ARAB

AMIN

KHALAS

ZAHID BIJAK PECAHKAN MUSUH


ZAHID BIJAK

PECAHKAN MUSUH

AMIN


Unknown commented on 
"ANNUAR MUSA TAK SOKONG ANWAR IBRAHIM JADI PM"

Tt lu jangan salah baca, lu jangan salah congak. Yang dipilih sebagai calon masih Orang Annuar Musa. Zahid tak main tembak macam di arau. Bijak Zahid ni. Dia sedang pecahkan pulak team yang anti dia ni kepada 2. Jahanam tanpa projek dan projek dengan proksi. Shahidan kalau menang dengan parti lain pun, tapi bn berkuasa, apa pun tak guna. Sedangkan Annuar Musa, bn berkuasa ...ketereh masih serupa dia yang punya. Never underestimated penjahat penyamun penyangak dll. Period

IRAN AKUI BANTU DRONE UNTUK RUSIA



IRAN AKUI

BANTU DRONE

UNTUK RUSIA

AMIN

KOBID TAKUTKAN PENGUNDI CINA



KOBID TAKUTKAN

PENGUNDI CINA

KHALAS

Unknown commented on 
"IKUT ARAHAN
 UNTUK SELAMAT"

Yang paling takut dengan COVID ialah bangsa cina. Maka dengan amaran COVID, akan berkuranglah pengundi Cina. Automatic tinggi peluang PH bungkus. Pi Mai Pi Mai, kita akan dapat balik kerajaan yang ada sekarang.