Isnin, 8 April 2024
JO BEDUL JADI JO POYO
Cadangan makan ubi kayu bukti kerajaan tak faham kesusahan rakyat
UALA LUMPUR – Cadangan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul agar rakyat negara ini berani melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat, sebaliknya menggantikannya dengan sumber lain seperti ubi kayu, dikritik pembangkang.
Menurut Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, cadangan cetek itu jelas membuktikan kerajaan tidak faham kesusahan yang dihadapi oleh rakyat.
“Rumah mereka, bil letrik, bil air, maid (pembantu rumah), kereta, minyak, tol, pemandu, bodyguard (pengawal peribadi), pegawai-pegawai mereka bukan mereka bayar, kerajaan yang bayar guna duit rakyat.
“Mana mereka nak faham bila rakyat susah, rakyat tak jumpa beras, rakyat tak mampu bayar bil letrik yang melambung tinggi, mereka takkan faham sebab bukan mereka yang cari beras, bukan mereka yang bayar bil letrik, semuanya kerajaan bayarkan guna duit kita, duit rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tun Faisal berkata demikian merujuk kepada laporan media bahawa Johari memberikan cadangan agar rakyat menjadikan ubi kayu sebagai satu daripada sumber karbohidrat dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) selesai.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris berkata, cadangan Johari untuk rakyat menjadikan ubi kayu sebagai sumber karbohidrat adalah tidak realistik.
“Rakyat boleh makan ubi kayu ganti nasi” Idea Poyo!!,” kata Razali.
Johari yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Petani semalam mencadangkan agar rakyat berani melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat.
Beliau turut mencadangkan agar rakyat menggantikan beras dengan sumber lain seperti ubi kayu.
“Kalau beras menjadi isu, apa tujuan kita makan beras…untuk dapatkan karbohidrat. Saya rasa ada tak alternatif lain sementara kita nak selesaikan isu beras iaitu makan ubi kayu.
“Saya pernah berbincang dengan beberapa Ahli Parlimen Sarawak, di negeri itu (Sarawak) tanam ubi kayu yang digunakan sebagai makanan tambahan, sebab khasiat ubi kayu hebat dibandingkan gula yang ada dalam beras.
“Jika kita perkenalkan makanan ubi kayu ini menggantikan beras, buat ubi kayu dalam bentuk apa pun, di Sarawak saya difahamkan ia amat berjaya,” katanya selepas meninjau Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perdana, semalam. –
KAH KAH KAH
JO BEDUL JADI
JO POYO
KAH KAH KAH
INI BETUL
LOKMAN ADAM
KAH KAH KAH
KHALAS
UBI IMPIT KUAH KACANG
Tukar nasi kepada ubi kayu satu kenyataan angkuh orang politik – Shahir
KUALA LUMPUR – Kenyataan Tan Sri Johari Abdul agar rakyat menukar sumber karbohidrat dari nasi kepada ubi kayu sehingga isu beras putih tempatan selesai adalah satu komentar angkuh orang politik yang tidak memahami denyut nadi rakyat.
Aktivis Politik, Shahir Adnan berkata, adalah tidak wajar Johari yang merupakan Speaker Dewan Rakyat berkata demikian di kala rakyat terhimpit dengan masalah kekurangan bekalan ruji itu.
“Bayangkan kesengsaraan rakyat untuk menyambut Aidilfitri…nasi impit pun menggunakan beras.
“Takkan rakyat nak beraya dengan juadah ubi kayu seperti waktu darurat 70 hingga 80an dahulu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Shahir berkata, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Azman Mahmood sendiri enggan mengulas dakwaan pihaknya “takut” untuk mengambil tindakan sehingga menyebabkan berlaku masalah kekurangan beras putih tempatan (BPT) dalam pasaran dengan membiarkan menteri menjawab perkara itu.
“Ini pula satu kenyataan yang hanya melepaskan batuk di tangga. Terlalu ramai ‘pegawai atasan’ termasuk Pengerusi Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) Syed Abu Hussin Hafiz namun semuanya hanyalah retorik politik dan menjaga periuk nasi masing-masing,” ujarnya.
Katanya, sudah lebih sebulan perkara itu berlaku namun ia masih tiada penyelesaian.
“Gunakan kuasa sebagai menteri dan akta yang ada untuk menentang kartel beras dan menyelesaikan isu beras putih tempatan kerana ini adalah isu rakyat,” tambahnya. –
JADI
LOKMAN ADAM
JANGAN TUNJUK
PADA ORANG RAMAI
AMIN
DUDUK
ONTOK ONTOK
RABO TOLO
SORANG DIRI
KAH KAH KAH
KHALAS
SAPA MINAH DAN MAMAT INI ?
Suami isteri bekal senjata kepada warga Israel dituduh di mahkamah hari ini – KPN
KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri warga tempatan yang ditahan polis selepas disyaki membekalkan enam senjata pistol dan 200 peluru hidup kepada seorang warga Israel, Shalom Avitan akan dituduh di Mahkamah Klang hari ini.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, pasangan masing-masing berusia 42 dan 40 tahun yang ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada 29 Mac lalu.
“Dalam kes ini, polis masih meneruskan siasatan kami dan sedang mengumpul maklumat berkaitan motif sebenar suspek warga Israel tersebut memiliki senjata api dan peluru itu.
“Senjata api itu seperti diketahui telah diseludup dari negara jiran (Thailand) manakala, lelaki suspek utama warga Israel itu pula (dalam reman) dijangka akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat… mungkin selepas rayalah nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Perkep Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di sini hari ini.
Pada 27 Mac lalu, lelaki warga Israel yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis ditahan di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Suspek telah dikesan memiliki enam pucuk pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru yang diletakkan di dalam beg.
Hasil siasatan awal oleh pasukan siasatan terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas mendapati Shalom memasuki negara pada 12 Mac lalu menerusi penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu menggunakan pasport warga Perancis dan merancang membunuh ketua kepada satu keluarga kumpulan penjenayah mafia yang berseteru dengan keluarganya.
Susulan soal siasat ke atas Shalom, polis kemudian memberkas pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor, pada 29 Mac, yang disyaki menjual enam senjata api kepada Shalom selain membawa kepada penemuan sepucuk lagi pistol di dalam beg sandang dalam kereta milik pasangan terbabit.
Pasukan khas polis yang mengendalikan kes ini terdiri dari JSJ Bukit Aman, Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kemudian menahan 12 lagi individu dalam beberapa siri serbuan di Johor, Kelantan dan Lembah Klang.
Lelaki warga Israel terbabit turut disambung reman selama tujuh hari sehingga 13 April ini selepas reman pertama sebelum ini tamat semalam. –
SAPA MINAH
DAN MAMAT INI?
AMIN
SAMSENG BESAR
BOLEH ADA
BANYAK PISTOL
AMIN
MACAM MANA
YAHUDI INI
DAPAT KENAL DG
MAMAT MINAH NI?
JENG JENG JENG
IKLAN DALAM
FACE BOOK KE ?
AMIN
KHALAS
KETUANAN ISLAM
GEROMBOLAN
KETUANAN ISLAM
AMIN
"LEPAS STOKIN
DI TAPAK KASUT"
Tampak nye UMNO sekarang dah terlebih kuah berjuang ontok Islam .. PAS yang pirnah Kafirkang UmNO pong dah terkebelakang. Tu lah dia bila igama kita yang suci ni di lacorkan untuk niat yang lain.
Tapi gwa pong herang kono apo kalimah Allah tu di tarok kek tapak kaki .. apo yang tak kono ni. Mungking dah sampai maso nyo kito rembat dopan orang ramai pado sial2 yang nak mompormaingkang igama Islang .. cilako. Biarkan Si Sial yang cubo nak monghino Tuhan den ni berkomaluan .. biar deh mampuih kito kojokan.
JANGAN MAKAN NASI - MAKAN UBI KAYU
JANGAN MAKAN
NASI
AMIN
MAKAN
UBI KAYU
KHALAS
Unknown commented on
"OTAK UBI KAYU"
Cerdik sampai seluruh dunia itu hati dengki dengan kejayaan orang kita kah kah kah tak pernah cipta apa apa, tak pernah menjayakan program tetapi setiap hari cari lubang buat duit kah kah ini kayu pun ubi kayu lah asal karbohidrat tinggi macam cerdik dari sungai petani kah kah kah Orang Kedah cerdik belaka kah kah kah
Unknown commented on
"OTAK UBI KAYU"
Dulu duduk kampung, dulu jadi petani, dulu susah sekarang duduk bandar, sekarang jadi Why Bee, dulu tak duit boleh fikir, sekarang duit banyak otak beku, dulu keluar peluh, sekarang tak peluh sebab elektrik free dibayar rakyat, dulu makan beras sekarang makan ubi kayu, dulu cerdik sekarang bodoh, dulu minta sedekah sekarang rompak duit orang kah kah kah bezanya dulu dan sekarang kah kah kah
Amier The Hero commented on
"OTAK UBI KAYU"
Den ni muak dah tgk pangai mentoghi² bangang zaman ni. Jonih² manusio yg tak ponah ke pasar, tak ponah ke dapor.. dilantik jd mentoghi. Mako akan kuar la segalo pondapat bangang sepanjang zaman. Jonih² manusio yg mkn free kek kupi house dan hotel mewah, apo yg dio tau psl bondo² tu sumo eh.
Tukar la, dah tak relevant kalu oghang² tuo bau tanah ni mentakbir korajaan. Sumo eh idea bodoh bangang bahalol ajo yg kuar dr otak diorg. Cukup² la kumpul ghoto tu, kek kubo nnt tak buleh pun bwk masuk keto merc
KAWAN SETIA UMAT MANUSIA
KAWAN PALING
SETIA UMAT
MANUSIA
AMIN
Unknown commented on
"KALIMAH ALLAH
DITEMUI LAGI DALAM KASUT"
Iklan lah jugak Tukar Tiub bela 2 ekor anjing boleh düdük sama atas sofa mcm laki 2 bini. Hina Islam.
Unknown commented on
"LEPAS STOKIN
DI TAPAK KASUT"
Pemuda UMNO patut boikot Tukar Tiub kerana bela 2 ekor anjing. Hina Islam.
Unknown commented on
"KERAJAAN DI LUAR TABII"
Sekarang kebanyakan komentator dan penggemar blog TT ialah geng walaun dan geng jom wang bawa. Dulu bukan main benci lagi. Kah kah kah
KESEDARAN BANI MELAYU 2024
KESEDARAN
BANI MELAYU 2024
Isi dan tema tulisan saya kali ini adalah tentang kesedaran Bani Melayu. Dari pemerhatian saya ada fakta dan babak yang sedang berlaku mungkin menjadikan tajuk ini tidak begitu tepat.
Apa yang sahih dan tepat ialah kesedaran Bani Melayu tahun 2024 ini amat berbeza dari kesedaran Bani Melayu tahun 1969. Tahun 1969 kesedaran Melayu lahir bila melihat tanah air mereka mula tergadai. Ini yang menimbulkan kemarahan Bani Melayu. Manifestasinya digambarkan pada Mei13.
Betul dan tepat Mei13 adalah Kesedaran Melayu dalam soal kuasa politik dan kuasa ekonomi.
Tahun 2024 saya perhatikan ada perbezaan yang jelas. Kesedaran Melayu tahun 1969 didalangi oleh United Malays National Organisation. Parti Bani Melayu yang menjual dasar ketuanan Melayu telah mula hilang kuasa selepas PRU Ke3. Kekalahan dalam PRU menimbulkan kesedaran. Manifestasinya ialah Mei13 bila mana kota Kuala Lumpur dibakar.
Pembakaran dan pembunuhan di Kuala Lumpur adalah manifestasi kesedaran Bani Melayu.
Kesedaran ini halimunan. Tidak dapat dilihat. Tidak dapat di pegang. Kesedaran adalah konsep. Justeru kita wajib memahami konsep melalui babak, kejadian dan perlakuan.
Justeru kes KK Mart yang heboh di media sekarang ini pada hemat saya adalah manifestasi kesedaran Bani Melayu. Apa yang dilaporkan oleh media, portal berita atau Tik Tok tentang kes KK Mart ini hanyalah manifestasi.
Saban hari kita disumbat dengan berita manifestasi KK Mart. Ini bukan satu kesalahan tetapi pada hemat saya melihat, membaca dan membincangkan manifestasi saja tidak mencukupi. Ianya tidak ilmiah dan tidak saintifik untuk memahami kes KK Mart.
Membaca manifestasi tidak berjaya memahami keseluruhan sebab dan musabab. Gagal memahami kenapa terjadi begini dan bukan begitu.
Manifestasi hanya luaran yang mudah digambarkan. Mudah disensasikan. Mudah diguna untuk mengalih pandangan. Mudah melalaikan. Mudah menimbulkan pandangan serong dan salah.
Tuan Empunya KK Mart duduk di hadapan sidang media minta maaf. Di sebelah kiri dan kanan ada Minah bertudung dan Mamat Melayu. Tuan pemilik KK Mart minta maaf sambil menangis mengesat air mata.
Ini adalah teater. Ini sandiwara. Kah kah kah. Ini percubaan Towkay KK Mart untuk cuba meniru Neng Yatimah (1924-2016) pelakon air mata tahun 50’an dari Keris Filem Production.
Teater Tuan Empunya KK Mart meraba dada dan menangis ini dihampehkan oleh Bani Melayu. Amin.
Ini diikuti dengan bom molotov yang di lempar ke pintu kedai KK Mart. Ini juga adalah manifestasi. Bom molotov ini betul dan benar. Bukan cerita kosong. Kalau bom ini tidak dipadamkan ianya akan membakar bangunan kedai.
Tapi bom ini masih lagi manifestasi walau pun satu Malaysia gempaq. Satu Malaysia heboh ditambah pula dengan sidang akhbar Ketua Polis Negara yang di kelilingi oleh para gedeber dari Bukit Aman.
Jika semua ini teater. Jika semua ini manifestasi apa sebenarnya sedang berlaku.
Saya nyatakan disini manifestasi kali ini adalah sambungan dari apa yang telah berlaku pada tahun 1969. Perhatikan - dua-dua manifestasi ini berlaku sesudah pilihan raya dijalankan.
Tahun 1969 Bani Melayu melihat Tanah Melayu tergadai pada Bani China. Tahun 2024 perkara yang sama berlaku. Kali ini lebih jelas. Kali ini lebih menakutkan.
Hasil dari PRU15 untuk pertama kalinya Perdana Menteri Malaysia bukan datang dari parti Melayu yang berteraskan Melayu. Ini bukan bermakna Anwar Ibrahim ini bukan Melayu. Dari takrifan walau pun Anwar sama seperti Mahathir ada darah Mamak – Anwar tetap Melayu. Ini tidak perlu di pertikaikan.
Pada minggu dan bulan pertama sesudah Anwar menjadi PM kita di hebohkan dengan cerita bahawa kerajaan baru ini adalah didirikan hasil dari titah Agong.
Justeru untuk saya kerajaan ini adalah Kerajaan Titah. Disunat dan di Islamkan dengan slogan Arab yang di panggil Madani. Amin.
Parti majoriti dalam Kerajaan Titah adalah parti DAP. Ini parti yang di cap sebagai parti China walau pun parti ini ada ahli Melayu dan ada YB Melayu. Cap mohor Bani Melayu telah melekat pada DAP.
Dalam politik parlimen dan politik mengundi yang ramai akan menang. DAP dalam Kerajaan Titah memiliki majoriti YB – ertinya lebih ramai YB dari PKR. Justeru DAP dilihat dan dihebohkan sebagai lebih berkuasa dari PKR.
Inilah latar belakang yang membawa bom molotov ke pintu KK Mart.
Untuk bandingan mari kita lihat apa yang berlaku di Fiji pada tahun 2000. Krisis muncul bila seorang warga pendatang keturunan India di pilih menjadi Perdana Menteri. Ini menaikkan kemarahan bumiputera. Soldadu nasionalis Bumiputra Fiji bangun dan merampas kuasa dari pendatang keturunan India.
Ini kesedaran Bani Fiji.
Di Malaysia rampasan kuasa belum berlaku, Tetapi taiko DAP Lim Kit Siang telah berkata bahawa satu masa nanti Bani China boleh jadi Perdana Menteri Malaysia.
Semua ini menimbulkan keresahan Bani Melayu. Ditambah pula dengan kes Kampung Baru China jadi warisan, sup tulang babi jadi makanan warisan dan cadangan sosok bukan Islam di jemput sama hadir dalam Majlis Islam.
Bani Melayu terus merasakan tanah air mereka akan dirampas oleh pendatang sama seperti yang telah berlaku di Fiji.
Justeru dalam kes kalimah Allah dan KK Mart Bani Melayu merasa agama mereka telah di hina. Kalimah Allah hanya pencetus. Bisul telah lama bernanah.
Bani Melayu di Malaysia dari segi Perlembagaan diwajibkan menjadi Islam.
Justeru lebih tepat jika saya nyatakan secara hitam putih disini tahun 2024 berbeza dari tahun 1969. Tahun 1969 hanya kesedaran Melayu.
Tahun 2024 adalah Kesedaran Melayu Islam. Ada penambahan Islam.
Kesedaran Melayu Islam inilah yang menjadi asas kemarahan Bani Melayu terhadap KK Mart. Stoking dengan kalimah Allah itu yang penyebab. Jika bukan stoking itu pasti ada perkara lain yang akan menimbulkan kemarahan Bani Melayu.
Cakap-cakap, kempen tentang kita hidup harmoni dan kita berbilang kaum ini semua di hampehkan oleh Kesedaran Bani Melayu.
Lagu di stesen RTM jam tengah malam – acara penutup - memperlihatkan pelbagai etnik – Melayu, India, China, Dayak, Dusun, Kadazan - pelbagai bangsa menyanyi dan menari penuh harmoni. Semua ini adalah karut.
Ini propaganda ciput menipu diri sendiri.
Bani Melayu Islam terus tidak puas hati dengan apa yang berlaku sekarang.
Sekali imbas kita lihat bagaimana Ketua Pemuda United Malays National Organisation secara jelas melancarkan kempen boikot KK Mart. Kita baca betapa tegasnya kenyataan sosok ini.
Adalah tepat dan benar isu KK Mart ini sedang dijadikan agenda untuk memperbaiki kemerosotan parti Ketuanan Melayu ini dikalangan Bani Melayu.
Pemimpin parti ini sedang mengambil kesempatan untuk menjadi juara. Ini adalah hasil manifestasi dari Kesedaran Melayu yang telah beralih menjadi Kesedaran Melayu Islam.
Untuk meredakan keadaan kerajaan Titah telah menangkap dan memenjarakan dua sosok yang orang ramai tidak tahu hujung pangkal. Bicara dan penjara tergesa -gesa ini diharapkan akan meredakan keadaan. Hampeh.
Taktik tangkap penjara ini gagal. Kesedaran Melayu Islam makin membara. Bom molotov adalah buktinya.
Tup tup tertiba kita diberitahu tuan empunya KK Mart akan di hadapkan ke mahkamah. Tertiba kita membaca Tuan Empunya KK Mart telah menyaman kilang pembekal. Tertiba kita terbaca KK Mart ini dalam proses hendak di senaraikan ke dalam Bursa Saham Kuala Lumpur. Semua ini adalah manifestasi baru. Ini adalah manifestasi politik dan ekonomi.
Justeru pandangan dan tulisan Karl Marx ( 1818-1883 ) ahli falsafah dan pakar ekonomi German adalah betul. Marx mentakrifkan pertembungan umat manusia ini adalah pertembungan kelas yang wujud hasil dari perebutan punca-punca ekonomi.
Kaum Marxist sedunia mengajukan semua kontradiksi yang berlaku didunia ini adalah berpunca dari kontradiksi perebutan ekonomi.
Apa sangkut paut KK Mart dan Kesedaran Bani Melayu Islam dengan pandang kaum Marxist ?
Disini cuba dihuraikan : Ekonomi dan punca kekayaan inilah sebenarnya yang melahirkan semua manifestasi yang kita lihat berlaku dalam dunia ini. Politik di Amerika. Perang di Ukraine. Perang di Gaza. Perang dimana mana saja puncanya adalah ekonomi.
Kes KK Mart ini adalah manifestasi Kesedaran Bani Melayu Islam bahawa mereka terpinggir di segi ekonomi.
Bani Melayu Islam tidak puas hati kerana ekonomi dalam negara ini masih di bolot oleh Bani China. Dalam politik kuasa sebenar – kuasa hakiki – kuasa mutlak adalah kuasa ekonomi.
Bani China menguasai ekonomi di Tanah Melayu maka yang mutlak berkuasa adalah Bani China.
Di belakang semua manifestasi ini adalah perebutan punca-punca ekonomi.
Buktinya : Kita mula terbaca kempen BMF – Buy Muslim First. Kita terbaca berita NGO – Pengguna Islam. Kita mula diberi tahu bahawa kini telah wujud jaringan kedai runcit yang di miliki oleh Bani Melayu Islam.
Boikot KK Mart – kedai runcit kapir – dan beli di kedai runcit Melayu Islam. Ini menjadi latar belakang Boikot KK Mart.
Justeru sahih dan sah pandangan kaum Marxist dalam menganalisa apa yang sedang berlaku.
Krisis KK Mart ini mungkin reda. Tetapi keresahan Bani Melayu Islam tidak akan reda. Kesedaran Melayu Islam ini akan terus membara dan merebak.
Apakah ada jalan penyelesaian ? Sila tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA NOW. COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2024/04/08/kesedaran-melayu-2024
CHINA TEMBAM TIPU PEMIMPIN IISLAM
Jasmine Loo mengaku terima hadiah RM100 juta dari Jho Low
KUALA LUMPUR – Bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan, 50, mengaku menerima wang sejumlah RM100 juta dari ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho atau Jho Low.
Beliau berkata, wang tersebut yang diterima pada 2014 adalah hadiah biar pun telah meletakkan jawatan dari 1MDB setahun sebelum itu.
Loo berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak sebagai peguam Datuk Seri Najib Razak semasa pemeriksaan semula perbicaraan bekas Perdana Menteri itu membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB pada Jumaat.
Ditanya mengapa Jho Low memberi RM100 juta kepada seseorang yang berperanan sebagai penasihat undang-undang 1MDB. Loo berkata, pada peringkat permulaan wang tersebut dipegang sebagai amanah di mana akhirnya beliau menjadi benefisiari (penerima manfaat).
Saksi pendakwa itu berkata, wang tersebut adalah untuk perjanjian pelaburan antara beliau dan Jho Low dalam syarikat milik ahli perniagaan yang sedang diburu itu.
Loo seterusnya memberitahu, beliau menyimpan wang sebanyak US$4.5 juta yang telah dimasukkan ke dalam akaunnya oleh Jho Low untuk pembelian hadiah berupa patung kepada Putera Arab Saudi, Putera Faisal Turki Al-Saud.
Katanya, beliau telah menyimpan wang tersebut walaupun urusan pembelian hadiah tersebut tidak berjaya kerana Jho Low telah menukar fikiran.
Loo juga tidak bersetuju apabila Muhammad Shafee mencadangkan bahawa beliau menyimpan wang tersebut kerana ia merupakan bayaran untuk ‘kerja’ yang beliau telah lakukan dalam 1MDB.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya (sebagai perdana menteri) untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada 22 April.
CHINA TEMBAM
TIPU PEMIMPIN
MELAYU ISLAM
AMIN
CHINA JADI KAYA
PEMIMPIN MELAYU
MASUK PENJARA
KAH KAH KAH
KHALAS
140 WARTAWAN GUGUR DI GAZA
140 wartawan maut di Gaza sejak 7 Oktober – RSF
TEHRAN – Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) melaporkan angka wartawan yang maut sejak serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza mencecah 140.
Menurut Agensi Berita Republik Iran (IRNA), Sama News Palestine memetik RSF berkata sejumlah besar wartawan maut dalam serbuan, pengeboman dan serangan misil sejak 7 Ok 2023.
RSF menyeru masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan tekanan ke atas rejim Israel dalam usaha untuk mengelakkan tragedi seperti itu di Gaza.
Catherine Russell, Pengarah Eksekutif Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) juga berkata serangan terhadap Gaza meragut nyawa lebih 13,000 kanak-kanak dan ramai lagi yang cedera.
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengumumkan pada Sabtu bahawa angka korban genosid Israel mencecah 33,137 dan 75,815 cedera. – BERNAMA-IRNA
KUNCI ISRAEL
PADA AMERIKA
AMIN
AMERIKA BERI
DUIT & SENJATA
PADA ISRAEL
AMIN
BILA AMERIKA
RUNTUH ISRAEL
AKAN
RUNTUH SAMA
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)