MALAM INI
DI UNISEL
SHAH ALAM
KOMENTAR TUKAR TIUB
ini contoh terbaik
untuk membuktikan bahawa agama itu
boleh digunakan untuk membodohkan orang ramai
dalam berita ini
agama dijual khusus
untuk membodohkan bani melayu
dengan menggunakan bait ayat ayat dari kitab suci
dengan menggunakan hadis dan kesah kesah
para penjual agama telah menjual agama
untuk mempertahankan kezaliam
untuk mempertahan kemungkaran
untuk mempertahankan kebatilan
united malaya national organisation
adalah gerombolan yang zalim
mana mungkin sesiapa yang memiliki
kesedaran akan bekerja sama dengan gerombolan ini
dibelakang ayat ayat suci yang dijual ini
adalah kaum pemodal
yang sedang merembat harta kekayaan negara
para penjual agama ini cari makan
para penjual agama ini menggunakan agama
untuk bersama merembat harta kekayaan negara
Perpaduan Umno & PAS
Perlu Disegerakan - Fathul Bari
KOTA BAHARU: Perpaduan antara Umno dan PAS perlu segera diwujudkan untuk kepentingan Islam dan orang Melayu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya.
Beliau berkata perpaduan itu bukan untuk mana-mana pihak membubarkan parti tetapi mewujudkan kerjasama ke arah kebaikan untuk kekuatan kepada Islam dan orang Melayu. "Umno telah lama hulur tangan untuk perdamaian dan perpaduan ke arah kebaikan, sewajarnya PAS menimbang dan menerima tawaran tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah isu-isu semasa kepada Penceramah Penerangan Negeri Kelantan di sini, Khamis.
"Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda "Susulilah perkara yang buruk dengan perkara yang baik"," katanya sambil menjelaskan dalam konteks ini perkara yang buruk ialah perpecahan dan yang baik adalah perpaduan.
Beliau berkata tuntutan perpaduan itu adalah tuntutan syarie maka perkara syarie perlu dilaksanakan segera mungkin. TIEWNAMA
------