Selasa, 7 Mei 2024

ROGOL DI TEMPAT PALING SELAMAT


SURAU

TEMPAT MEROGOL

PALING SELAMAT

KAH KAH KAH

KANTOI

AMIN

KES SIMBAH ASID


INI KES APA?

CEMBURU?

REBUT AWEK?

REBUT HARTA?

REBUT KAWASAN

APA TERJADI?

AMIN

LAGI KES KASINON BLOOMBERG


APAKAH BETUL

BLOOMBERG BUAT

FITNAH?

AMIN

KENAPA ENGGAN

TERIMA PERTANYAAN

AMIN

MADANON DAN KASINON



Bukan kami pilih pembekal senjata kepada Israel hadir di NATSEC – Duta AS

KUALA LUMPUR – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) tidak terlibat dalam pemilihan syarikat untuk disenarai sebagai vendor bagi Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.

Duta AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan berkata, pihaknya juga tidak menerima bantahan rasmi daripada mereka yang membantah penglibatan beberapa syarikat yang dikatakan menyokong Israel.

“Setakat ini pihak yang membantah itu tidak ada menghubungi kami. Saya perasan sebenarnya mereka bukan hanya kritik syarikat dari AS tapi ia ditujukan kepada pelbagai syarikat antarabangsa lain,” katanya selepas melawat reruai pameran itu, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Edgard menjelaskan, beliau kagum dengan persediaan rapi oleh negara ini kerana menyusun acara antarabangsa itu dengan teratur.

“Pameran ini mempunyai reputasi global dan sememangnya ia terkenal sebagai satu ekspo besar yang menghimpunkan pemain antarabangsa bersifat kritikal.

“Jadi sekali lagi ingin saya katakan, penentuan siapa yang mengambil bahagian dalam acara ini adalah sesuatu yang pihak kami tidak terlibat. Penyertaan ini merupakan atas jemputan dari Malaysia, jadi boleh tanya penganjur untuk ulasan lanjut,” ujarnya.

Terdahulu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak kerajaan mengharamkan penglibatan dua syarikat yang bersubahat dengan Israel, Lockheed Martin dan BAE daripada menyertai pameran berkenaan.

Ketua Biro Antarabangsanya,  Saifuddin Abdullah berkata, syarikat itu telah membekal senjata dan peralatan kepada Israel yang melakukan pembunuhan ke atas rakyat Palestin terutamanya di Gaza.

Bekas Menteri Luar Negeri itu menegaskan, Lockheed Martin mengeluarkan jet pejuang F-35 manakala BAE membekalkan peralatan diguna oleh Israel dalam serangan ke Gaza sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa. – MalaysiaGazette


SETAN AMERIKA

PUN TAK NAK

CAMPUR

AMIN

INI KERJA MADANON

JEMPUT PROFESOR

PRO ZIONIS

JEMPUT ULARMAK

PRO ISREAL

AMIN

KINI AMERIKA

PUN TELAH

SEDAR PALESTIN

SENSITIF PD KITA

KHALAS

APA TERJADI DENGAN MADANON ?


Putrajaya pertahan kehadiran syarikat bekal senjata kepada Israel di sebalik bantahan terhadap pameran KL

Putrajaya hari ini mempertahankan penyertaan syarikat yang membekalkan peralatan ketenteraan kepada Israel pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 (Natsec) yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur, dengan menyatakan Malaysia mengamalkan “perdagangan bebas” dan tidak akan mencampuri hubungan perniagaan mana-mana syarikat.

“Hubungan beberapa syarikat pertahanan global dengan negara tertentu adalah hak mereka dan Malaysia tidak akan mencampuri urusan itu,” kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.

Kenyataan itu dibuat di sebalik tunjuk perasaan di luar Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), di mana sekumpulan aktivis membantah penyertaan syarikat yang membekalkan peralatan ketenteraan kepada Israel dan digunakan dalam serangan di Gaza, yang setakat ini meragut nyawa lebih 30,000 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Syarikat yang dimaksudkan ialah Lockheed Martin dan MBDA (BAE Systems) selain daripada Aim Point, Colt, L3Harris, Leupold, Shield AI dan Leonardo.

Penunjuk perasaan membawa pelbagai sepanduk mengutuk sebarang hubungan dengan syarikat yang menganjurkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, di samping melaungkan “Lockheed bangsat” dan “Free Palestine”.

Semalam bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Putrajaya mesti menghalau syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel daripada menyertai pameran itu, dan menyifatkan kehadiran mereka satu penghinaan kepada perjuangan Palestin.

“Mereka perlu tahu bahawa tidak ada tempat di Malaysia untuk mana-mana pihak yang menyokong atau bersubahat dengan Israel melakukan genocide ke atas orang Palestin,” kata Dr Mahathir, sebagai respons bantahan terhadap penyertaan syarikat yang membekalkan peralatan ketenteraan kepada Israel.

Protest_Natsec_3_20240507_110921Sebelum ini, sebuah kumpulan pro-Palestin mempersoalkan Putrajaya kerana membenarkan penyertaan syarikat berkenaan yang "dengan bangga menayangkan produk persenjataan mereka".

"Mereka inilah yang membekalkan kelengkapan melakukan genosida, khususnya apabila genosida masih sedang berlangsung sehingga ke hari ini?" kata Sekretariat Solidariti Palestin (SSP).

Dalam laman web rasminya, Lockheed Martin berkata ia "bangga" dalam peranannya mempertahankan keselamatan Israel.

"Pesawat C-130 dan F-16 kami telah berkhidmat dengan setia untuk tentera udara Israel sejak 1970-an dan 1980-an, dan apabila Surat Perjanjian ditandatangani pada Oktober 2010, Israel menjadi negara pertama memilih F-35 melalui proses Jualan Ketentaraan Asing kerajaan AS," kata syarikat itu.

Pesawat F-16 dan F-35 buatan Lockheed antara yang digunakan Israel untuk mengebom Gaza, manakala pesawat C-130 Hercules untuk melakukan serangan darat.

"Mereka turut membekalkan peluru berpandu seperti AGM-114 Hellfire dan Hellfire R9X yang digunakan Israel mengebom Hospital Al-Shifa," kata SSP.

Minggu lalu, MalaysiaNow mendedahkan sebuah kapal kargo Israel baru-baru ini berlabuh di Pelabuhan Klang, walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan larangan ke atas semua kapal milik syarikat Israel Disember lalu.

Protest_Natsec_2_20240507_110921ZIM Rotterdam, sebuah kapal kargo milik syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services, berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April sebelum belayar ke Pelabuhan Shantou di China pada keesokan hari.

Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Klang masih belum membalas pertanyaan MalaysiaNow.

Sementara itu, Khaled berkata pameran DSA dan Natsec dibiayai secara persendirian.

“Kerajaan Malaysia tidak menanggung sebarang kos menganjurkannya,” katanya.

Beliau berkata Mindef akan tetap mengambil kira pendirian Malaysia dalam konflik Palestin apabila mendapatkan perolehan peralatan ketenteraan.

Khaled berkata, negara Islam seperti Turki, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Iran, Bosnia dan Herzegovina serta Pakistan turut mengambil bahagian dalam pameran itu.

WOIT

APA DAH JADI

DENGAN MADANON?

KAH KAH KAH

APAKAH TERLUPA

ZIONIS ISRAEL

KAH KAH KAH

KERANA NAK

NIAGA SENJATA

KAH KAH KAH

ATAU KERANA

BANYAK MAKAN

SUP TULANG BABI

MADANI

KAH KAH KAH

KHALAS

PENGARUH DEMO KALAHKAN BIDEN


PENGARUH DEMO

KALAHKAN

PRESIDEN BIDEN

AMIN

PENJAWAT AWAM ANTI MADANI ?


PENJAWAT AWAM

ANTI MADANI

AMIN

Unknown commented on
 "DAULAH TERPENDAM KITA IALAH PENJAWAT AWAM"

TT, prihal UM menjemput pensyarah pro Zionis, kapal milik Israel berlabuh di Pelabuhan Klang, kemungkinan ini juga kerja DAULAH TERPENDAM????
Boleh tak DAULAH TERPENDAM kita ibaratkan seperti API DALAM SEKAM, GUNTING DALAM LIPATAN?

CONTOH INSAN BERHATI BAIK


INSAN 

BERHATI BAIK

 BERADA

DI MERATA TEMPAT

AMIN

KES POLISGRAPH DI MAHKAMAH


JADI KE KES

POLIGRAPH

DI MAHKAMAH?

AMIN

Unknown commented on 
"ESOK 7 MEI - ADA APA
 DENGAN POLIGRAPH"

Kami sedang menunggu keputusan ujian.
Buah mulut daripada Kaki temberang kaki lebong kaki putar kaki pembohong kaki adecuate, strong, formidable, yang gila nak jadi pm sudah tidak laku.

HARI INI 7 MEI


HARI INI

7 MEI 2024



ADA APA BERITA

DARI MAHKAMAH

HARI INI

JENG JENG JENG

XDAP SABOTAJ DAP


PRK KKB

XDAP SABOTAJ DAP

PASAI APA?

AMIN

APA SUDAH JADI PADA MADANON !



Mahathir: Nyah keluar

 syarikat bekal senjata

 kepada Israel
Beberapa syarikat pembuat senjata, yang ketika ini digunakan untuk membantai rakyat Palestin, diberitakan hadir di Pameran Defence and Service Asia (DSA) dan Natsec Asia 2024, seharusnya disuruh pulang dan meninggalkan Malaysia dengan seberapa segera.

Dua syarikat utama – Lockheed Martin dan BAE System - merupakan pembekal senjata yang besar kepada regim Zionis untuk melakukan serangan-serangan dan pengeboman ke atas rakyat Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu.

Kehadiran mereka ke Malaysia ketika ini di atas anjuran DSA dan Natsec 2024 dengan kerjasama Kementerian Pertahanan adalah sesuatu yang amat menjengkelkan dan penghinaan kepada perjuangan rakyat Palestin dan dokongan rakyat Malaysia yang menentang genocide yang sedang dilakukan di Gaza.

Memang benar mereka pernah hadir di dalam anjuran-anjuran terdahulu.

Tetapi keadaan kali ini amat luar biasa dan genocide Zionis terhadap Palestin begitu kejam dan tanpa sedikit pun perikemanusiaan.

Membenar syarikat-syarikat sedemikian memperolok dan mempersenda segala usaha kita menentang kekejaman regim Tel Aviv. Kita seolah-olah bersekongkol dengan mereka menumpah darah rakyat Palestin termasuk bayi, kanak-kanak dan orang awam yang lain.

Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan harus mengambil tindakan tegas dan mengarah syarikat-syarikat ini keluar dari Malaysia seberapa segera yang boleh.

Dan tindakan ini tidak terhad kepada dua syarikat tersebut. Jika ada syarikat-syarikat lain yang membekal senjata kepada regim Zionis masa kini, mereka juga perlu dinyah keluar dari Malaysia.

Mereka perlu tahu bahawa tidak ada tempat di Malaysia untuk mana-mana pihak yang menyokong atau bersubahat dengan Israel melakukan genocide ke atas orang Palestin.

APA SUDAH JADI

PADA MADANON

AMIN

CAKAP LAIN

BUAT LAIN

AMIN

BERAT BERAT

BILA PMX

MAIN WAYANG

KHALAS

KEBULURAN DI RAFAH


UNICEF beri amaran 600,000 kanak-kanak berdepan 'malapetaka' di Rafah

NEW YORK: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa sekurang-kurangnya 600,000 kanak-kanak di Rafah bakal hadapi malapetaka sekali lagi susulan paksaan berpindah oleh Israel.

"Melihatkan kepadatan kanak-kanak di Rafah, UNICEF memberi amaran akan berlaku malapetaka yang lebih teruk bagi kanak-kanak, jika operasi ketenteraan diteruskan.

"Ia akan mengakibatkan kematian orang awam yang sangat tinggi dan beberapa perkhidmatan asas serta infrastruktur yang mereka perlukan untuk terus hidup akan musnah sama sekali," kata badan itu dalam satu kenyataan.

Tambah UNICEF, belia di Gaza kini sudah pun berada di ambang kematian dan jumlah pelarian di Rafah telah meningkat kepada 1.2 juta orang, separuh daripadanya kanak-kanak yang sudah berpindah beberapa kali dan tiada tempat lain untuk dituju.

Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell, berkata lebih daripada 200 hari peperangan telah menyebabkan kematian yang tidak dapat dibayangkan ke atas kanak-kanak.

"Rafah kini adalah bandar kanak-kanak yang tidak mempunyai tempat selamat untuk pergi di Gaza selepas sebahagian besar mereka kehilangan ibu bapa.

"Saya memberi amaran, operasi ketenteraan berskala besar oleh Israel akan membawa kekacauan dan panik, pada masa di mana fizikal dan mental (kanak-kanak) sudah lemah," katanya.

UNICEF menganggarkan bahawa penduduk Rafah telah meningkat kepada hampir lima kali ganda daripada angka normal iaitu 250,000 penduduk.

Badan antarabangsa itu sekali lagi menggesa gencatan senjata diisytiharkan dan akses selamat untuk pertubuhan kemanusiaan disediakan.

Agensi itu menekankan, terdapat kira-kira 78,000 bayi di bawah umur dua tahun berlindung di bandar itu, bersama-sama 175,000 kanak-kanak bawah usia lima tahun yang terjejas oleh penyakit berjangkit.

Peperangan paling berdarah di Gaza bermula berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas Israel, mengakibatkan kematian lebih 1,170 orang, kebanyakannya orang awam, menurut kenyataan rasmi Israel.

Nekad untuk memusnahkan Hamas, Israel melakukan serangan balas yang membunuh sekurang-kurangnya 34,735 orang di Gaza termasuk 14,000 kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan wilayah kendalian Hamas itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar untuk menghantar tentera darat menentang pejuang Hamas di Rafah tanpa mempedulikan usaha gencatan senjata mahupun kebimbangan disuarakan masyarakat antarabangsa dan kumpulan bantuan. - AFP




TAKTIK BARU

MAKANAN JADI

SENJATA

AMIN

SEMUA MATI

KEBULURAN

KHALAS

BARU BETUL - WARTAWAN BLOOMBERG DISIASAT KES KASINON


BARU BETUL

AMIN

WARTAWAN

 BLOOMBERG

DISOAL SIASAT

KES KASINON

KHALAS

DAP LUPAKAN TEOG BENG HOCK


DAP LUPAKAN

TEOG BENG HOCK

AMIN

Unknown commented on
 "AL-JAZEERA  
DIHARAMKAN DI ISRAEL"

Arwah Teo Beng Hock sudah dilupakan oleh DAP dan Anwar Ibrahim

Saksi utama kes torwong bawah laut mendiang sorang berpangkat Tan Sri bukan macam Teo Beng Hock lansung tiada gelaran dan pangkat kedudukan mcm haprak.

Kenapa Lim Kit Siang dan DAP tidak terpekik terlolong guling guling atas jalan raya tetiba diam sunyi jadi bangang bila saksi utama kes torwong teejun bangunan. Teo Beng Hock pun terjun bangunan jugak...!!

https://youtu.be/PhNibhpiw08

Link atas Nasib arwah Teo Beng Hock dolu diguling guling atas Jalan Raya Hari ini dilupakan Oleh DAP.

Bila sang pemburu hebat dah habaq mai rakyat tunggu haahh... Gebang ka atau seyes gebang rakyat tunggu dan lihat nnti.!!

#jgnharappadamelayukayanganlagi

DAULAH TERPENDAM KITA IALAH PENJAWAT AWAM


DAULAH

 TERPENDAM

KITA IALAH

PENJAWAT AWAM

KHALAS


Unknown commented on 
"APA SUDAH JADI 
DENGAN MADANON !!!"

Confirmed daulah terpendam tengah bekerja siang malam kah kah kah masih tak faham lagi?

AJENSI BLOOMBERG


AJENSI BERITA

 BLOOMBERG

SELASA 7 MEI 2024
PDRM MELAKUKAN YANG BETUL
WARTAWAN BLOOMBERG DI PANGGIL
KE BUKIT AMAN UNTUK
BERI KETERANGAN
TENTANG BERITA KASINON
DI FOREST CITY
AMIN

TANGKAP CIKGU BARD
TANGKAP PAPAGOMO
TAK MASUK AKAL
MEREKA BUKAN PUNCA BERITA
KALI INI BARU BETUL

TANYA DAN SOAL
WARTAWAN BLOOMBERG
MANA PUNCA BERITA
MESTI ADA YANG BOCOR
MESTI ADA SUMBER
JENG JENG JENG

KALAU BLOOMBERG
TETAP KATA INI BERITA SAHIH
APA AKAN JADI
JENG JENG JENG

APAKAH INI ADA
PROJEK BESAR
DI BELAKANG BERITA INI
ADA AGENDA 
MEDIA ASING
KAH KAH KAH

GAZA
BILA ISRAEL SERANG RAFAH
MAKA PEKAN KECIL INI
AKAN MANDI DARAH
BILA BILA MASA
ZIONIS AKAN SERANG

RUSIA
BERI AMARAN PADA UK
DAN SEKUTU DI EROPAH
SENJATA NUKLEAR
SEDANG DI PANASKAN

UK
SAINTIS KLIM
AKAN ADA SATU VAKSIN BARU
UNTUK LAWAN VIRUS KARONA
MASA DEPAN

FRANCE
XI JIN PING SAMPAI KE PARIS
LAWATAN RESMI
KE EROPAH

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU MUDA

TERKUKUR BERSUARA
TUK TUK TUK
JAUH KEDENGARAN
DI LANGIT ADA BUNYI PESAWAT

HARI INI AKAN PANAS
JIKA PETANG HUJAN
MALAM DAN ENAK

BRO
SENYUM
SENYUMLAH

BRO
DALAM BAS
SENTIASA BERI KERUSI LU
PADA WANITA HAMIL
DAN WARGA EMAS

BRO
JIKA LU MAHU
KERJA ITU DIBUAT DENGAN BAIK
LU LAKUKAN SENDIRI

BRO
SENTIASA JAGA MULUT
DAN
BUKA TELINGA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI



SELAMAT BERSELASA