Jumaat, 12 Julai 2013
BERITA BARU MASUK DARI KUALA BESUT
TERBARU DARI KUALA BESUT
cerita sudah tersebar
calon united malays national organisation
bukan orang tempatan
calon gerombolan ini kelentong
calon gerombolan ini berasal dari kemaman
dalam politik kampong
ini anak tempatan
atau orang luar menjadi isu
dan nampaknya calon gerombolan ini
sedang menyamar
CUACA PANAS
kuala besut panas
tapi disejukkan oleh angin laut
tempat menulis ini
tidak jauh dari laut
--------
KESAH KESAH DARI KUALA BESUT
TUKAR TIUB DI KUALA BESUT
pagi ini kami sampai ke kuala besut
hampir jam 6 pagi kami sampai
kami bersahur di simpang gua musang
ikan percik
gulai ayam
ikan masin
pajeri nenas
ha ha ha
kami tahu kami dah sampai kelantan
kerana kuah yang kami makan terasa manis
kami juga meminta semangkok
sup perut muda
perut tembusu - untuk merasa ok
tapi tidak akan mengulangi
kerana tidak dapat menandingi satay temubusu di kajang
yang top dalam ingatan
( ketika menulis ini - tedengar pak iman berkhutubah
tentang bazaar ramadan )
tempat menginap tak jauh dari jeti ke pulau perhentian
PAGI INI
awal cuba mencari kedai gunting rambut
cuba mencari siber cafe
gagal
tak sedar bahawa hari ini jumaat
semua tutup
ngelencong ke jertih
dijalan behenti di pasar ikan
usssha ussaha lihat lihat
nampaknya ok
membuat persediaan untuk membeli
dan bawa pulang ke rumah
jumpa daging segar
24 ringgit satu kilo
di kuala lumpur 30 ringgit satu kilo
kadang kadang 27 ringggit
nak pesan daging batang pinang
atau ada yang panggil daging teduh
tapi tuan tukang sembelih dah pulang
(akan cuba lagi)
MENCARI GULAI ITIK
maklumat sedang dikumpul
untuk mencari gulai itik
petang ini diharapkan berjumpa
di bazar ramadan
dari apa yang difahamkan
memang ada gulai itik
PELANCUNG POLITIK
bendera kelihatan disana sini
bendera pas dan bendera dacing
contohnya kalau bendera dacing ada terpasang 250 helai
pasti akan ada bendera pas terpasang 275 helai
hakikatnya bendera pas lebih banyak
pekerja pas kerja untuk perjuangan
pekerja geromblan bekerja untuk duit
SUASANA KEMPEN
masih cooltak sibuk
kalau tak ada bendera terpasang dijalan
maka kita tak tahu ada prk di kuala besut ini
NAMPAK
awal tadi ternampak satu kumpulan DAPmereka baru pulang dari penamaan calon
nampak mereka dalam kedai makan
undi china tak banyak - ada 220
kerna itu idris jusuh berani suruh pas jangan tanding
PERTANDINGAN INI BAIK
untuk orang kuala besut prk ini adalah doa yang dimakbulkan
bayangkan sebuah rumah dihapan tempat kami meninap
banglo 3 bilik disewa sebanyak 5 ribu untuk 3 minggu
inilah rezeki untuk orang kampong
MARILAH KITA BERDOA
dalam bulan puasa ini
marilah kita berdoa
agar sebulan sekali ada yb yang padam
bayangkan betapa baiknya untuk ekonomi
petang jumaat bulan ramadan ini
hendaknya adalah lagi yb yang akan pergi
jika mereka pergi sekarang maka inilah
pengorban an yang terbaik untuk penyokong
pengoraban yang terbaik untuk penyokong parti lawan
CUBA TEKA KAMI DIMANA
hahaha... nama kampong kami?
namanya sungguh ganjil: kampong nail
ertinya kampong paku
ini mengikut kesahnya banyak paku ditemui
kerana disini orang bertukang buat perahu dan kapal
maka jadi kampong nial - kah kah kah
tapi ada satu lagi kampong
yang kami lintasi
kah kah kah
kampong cawat
cukup erotik
cukup memberahikan prk disini
NOTA
minta maaf ketika menulis ini gunakan lap top kawan
tak biasa
dan tak ada tikus
maka lambat dan bercelaru
NAK GI MANDI LAUT
sesudah upload ini
akan ke laut
untuk sejukkan badan
dan nak pastikan tak lapar
SABENTAR TADI
jam 2:00 tadi
malikul sembab lalu dijalan
depan tempat care aku menulis
banyak kereta bodek mengiringinya
termasuk sebuah ambulan
ini jika malikul tersedak biji saga
maka akan segera diselamatkan
kah kah kah
OK - nanti akan up date lagi
------
Langgan:
Catatan (Atom)