Jumaat, 16 Februari 2024

RATU NAGA DITANGKAP


RATU NAGA

KENA TANGKAP

AMIN

ADA CURI DUIT KE ?

KAH KAH KAH

AMIN


RINGGIT RAHMAH ?


KENAPA BILA

ANWAR JADI 

MENTERI

KEEWANGAN 

RINGGIT JATUH

AMIN

SAPA SABOTAJ

KHALAS

ANWAR TEKAD LAWAN RASUAH



Tegas tangani rasuah bukan dendam lama – PM

PERMATANG PAUH –  Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan tegas yang diambil menangani isu rasuah khsususnya rompakan hasil negara bukan kerana dendam lama.

Sebaliknya, tegas beliau, ia lebih kepada mahu membersihkan negara gejala rasuah tanpa mengira pangkat dan peringkat umur selain harga barang yang melonjak tinggi juga dapat diturunkan sekiranya rompakan hasil negara dihentikan.

“Kalau orang itu (ambil) rasuah dia patut bimbanglah, kalau tak rasuah dia tak perlu takut. Ini orang yang rasuah puluh-puluh bilion tak berani sentuh.

“Bila polis sarjan ambil RM200 orang marah habis, saya tidak kata itu betul, memang salah tetapi orang yang ambil RM10 billion disebabkan kuasa tidak berani sentuh? bahkan ada ahli Parlimen sokong lagi, siap kata dia orang tua, jadi kalau orang tua rompak boleh? Kalau orang tua rogol boleh? Ini hang belajar mana?

“Ini mereka kata dendam, kes lama? Kalau ambil RM200 saya boleh maafkan tetapi kes lama ambil RM20 billion yang itu adalah duit rakyat,” katanya ketika berucap pada Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perda, di sini, hari ini.

Tambah Anwar, beliau tidak mencampuri urusan mana-mana pihak berkuasa, namun usaha memerangi rasuah dilakukan secara menyeluruh.

“Saya dah bagitau hang Datuk, Datuk Seri ka, Tan Sri ka, Tun ka, hang baik kita salute (hormat) hang rompak kita tangkap sumbat dalam penjara tapi itu bukan kerja saya.



SOKONG 

LAWAN RASUAH

AMIN

TAPI PASAI APA

ZAHID BEBAS

KAH KAH KAH

PASAI APA

NAJIB DISKAUN

KAH KAH KAH

KHALAS

UMNO KELUAR PAKATAN ?



PN ajak Dr Akmal bawa UMNO keluar dari PH
KUALA LUMPUR – Sudah sampai masanya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh membawa parti Melayu itu keluar daripada kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) susulan tindakan terbaru DAP menghiris perasaan orang Melayu.

Pengerusi Biro Armada Pusat, Dr Mohd Aleef Yusof berkata, ini kerana penolakan sayap UMNO itu terhadap cadangan untuk menjadi Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan dunia selari dengan pendirian PN.

“Saya mengajak Dr Akmal sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO membawa satu misi dan aspirasi baharu supaya satu hari nanti membawa UMNO keluar daripada bersama PH.

“Selepas itu UMNO boleh bersama dengan PN dan sama-sama menyatukan orang Melayu sebagaimana DAP menyatukan semua orang Cina.

“Pendirian UMNO yang menolak cadangan Menteri DAP, Nga Kor Ming tidak ubah seperti perjuangan PN,” katanya kepada MalaysiaGazette, di sini, hari ini.

Isnin lalu, Dr Muhamad Akmal menegaskan, tiada keperluan untuk membincangkan mengenai cadangan pencalonan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sebelum ini, Setiusaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu menolak sekeras-kerasnya cadangan Kor Ming bagi mencalonkan kampung-kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

WOIT

NAK KELUAR

KE MANA?

JENG JENG JENG

KALAU KELUAR

ZAHID MASUK JIL

KAH KAH KAH

LEBIH BAIK

JANGAN KELUAR

KHALAS

PEMANDU LORI HEBAT


Pemandu lori didakwa tipu pengarah urusan RM1.03 juta

MELAKA – Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menipu pengarah urusan sebuah syarikat berjumlah hampir RM1.03 juta tahun lalu.

Tertuduh, M Gopala Krishnan, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu Yap Koh Cheng, 69, untuk mempercayai bahawa dia boleh mendapatkan tender pajak ladang kelapa sawit.

Tindakan itu dengan curangnya telah mendorong lelaki itu menyerahkan wang berjumlah RM1,029,000, yang mana dia tidak akan menyerahkannya sekiranya tidak diperdaya sedemikian.

Kesalahan itu dilakukan di kawasan Perindustrian Lendu, dalam daerah Alor Gajah pada Jun 2023.

Sabit kesalahan boleh dipenjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat serta denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom mencadangkan jaminan RM45,000 kerana kesalahan melibatkan nilai kerugiaan yang tinggi.

WOIT

HEBAT PEMANDU

LORI INI

KAH KAH KAH

BOLEH TIPU

PENGARAH

KAH KAH KAH

PATUT DIA JADI

PENGARAH

AMIN


TANAM MAKANAN HARIAN


TANAM MAKANAN

HARIAN UNTUK

DI MAKAN BUKAN

UNTUK DI EKSPOT

AMIN

Unknown commented on
 "DUNIA MASUK ZAMAN MELESET"

Kalau tak ada beras boleh makan apa? Kelapa sawit boleh makan? Pokok kelapa boleh makan? Duit besi emas berlian semuanya boleh makan tak? Saja tanya kerana ada juga yang rajin kumpul beg tangan mungkin boleh buat sup kulit kah kah kah jangan takbur sangat jangan ego sangat kerana kaya raya akhirnya dunia bukan milik kaum kerabat engkau orang saja minta profesor kangkung buat donut terbesar supaya seluruh rakyat boleh makan kah kah

HARGA DI PASAR


HARGA 

DI CHOW KIT

IKAN  SEMUA ATAS 10 RINGGIT
TOMATO LADA DAN TELOR
TAK BERUBAH DARI MINGGU LALU
PALING MAHAL UDANG
INI PUN HARGA
 LEPAS TAHUN BARU CHIA
AM,IN








BANGLA LAGI YANG DI TEKAN


YANG KENA 

PASTI BANGLA

AMIN

CHINA MERAH 

1.2 JUTA LESAP

KENAPA TIDAK

DITEMUI

AMIN

HASUT KE JALAN RAYA


HASUT

KE JALAN RAYA

KHALAS



DUNIA MASUK ZAMAN MELESET


DUNIA MASUK

ZAMAN MELESET

AMIN

PENGILANG BERAS MARAH DAH NI


Beras Madani: Jangan permainkan pemain industri – Pengilang

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani bagi menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini menimbulkan banyak persoalan kepada para peserta industri.

Persoalan itu timbul kerana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mahupun agensi-agensi berkaitan tidak pernah memanggil pemain-pemain industri untuk berbincang apatah lagi berunding mengenai perkara ini.

Pengarah Urusan PLS Marketing (M) Sdn Bhd, Allen Lim yang kesal dan terkejut dengan pengumuman tersebut melahirkan rasa khuatir pengeluaran beras Madani itu akan menjejaskan keseluruhan rantaian industri padi dan beras di negara.

Ini kerana pengeluaran beras terbabit berisiko ‘mempermainkan’ pengilang, pemborong dan juga pesawah, sekali gus menjejaskan bekalan beras domestik pada masa depan kerana statusnya kategori tunggal bagi beras putih.

“Banyak persoalan timbul apabila kerajaan mengeluarkan beras ini. Syarikat mana yang mengeluarkannya, siapa pengilangnya, sumber padi itu sendiri, penetapan harga pukal dan sebagainya. Kami memang tidak tahu perkara ini, sehingga ia diumumkan kelmarin,” katanya.

Allen berkata, isu harga pukal padi sudah tentu menjadi persoalan utama para peserta kerana selama ini pengilang yang bersaiz biada membeli padi pada harga RM1,650 per tan metrik.

Harga ini, dakwanya sudah tinggi tetapi pengilang besar membeli pada harga lebih mahal sehingga mencecah RM2,000 bagi setiap per tan metrik.

Persoalan-persoalan di atas penting kerana selama ini pesawah menjual padi kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan PPK pula jual pada pengilang dengan memperoleh komisen sebanyak RM30 hingga RM40 setiap tan untuk komisen. Sekarang PPK minta pada kami (pengilang) RM90 setiap tan.

“Kita sebagai pengilang tiada untung kalau macam ini. PPK sepatutnya tolong petani tapi saya berani cakap PPK kini mahu ‘bunuh petani’, ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengilang macam kami boleh lingkup.

“Sekarang harga siling maksimum beras putih tempatan berapa? Kalau naik RM3 tak mengapa sebab harga margin padi RM1,400 setiap tan ditambah kerajaan, bayar lagi subsidi pada petani.

“Saya khuatir bila wujud beras Madani ini harga pukal akan menjadi tidak terkawal kerana kerajaan tidak menetapkan harga siling pukal dan ia memberi kesan kepada pengilang-pengilang.

“Saya membayangkan persaingan akan menjadi lebih hebat dalam kalangan peserta,” tambahnya sambil berkata, isu ini memerlukan penjelasan terperinci. – 

WOIT

APA SUDAH JADI

AMIN

PETANI MARAH

PENGILANG MARAH

PEMBORONG MARAH

PENGGUNA MARAH

KHALAS

SEMUA KATA

 MARAH DAH NI

KHALAS

BERAS !!! KERAJAAN PUTAR BELIT ?



Beras Madani ini apa, bila beras SST dihapuskan? – Ameer Mydin

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta tidak putar-belit di sebalik pemansuhan beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) yang akan digantikan beras putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal bermula 19 Februari ini.

Pengarah Urusan Mydin,  Ameer Ali Mydin berkata, pengumuman dibuat  Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal semalam lebih banyak menimbulkan persoalan daripada menyelesaikan masalah.

“Apa makna  Syed bahawa beras SSI dimansuhkan? Saya dari pihak industri minta penjelasan. Kenyataan beliau itu bermakna beras SSI tiada lagi, kita tidak dibenar import lagi dan kita jual beras putih Malaysia Madani ke?

“Kalau itu cadangan beliau maksudnya ia tidak munasabah sebab kita tidak cukup bekalan di negara ini,” katanya hari ini.

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera itu menambah, penjelasan mengenai penghapusan beras SST yang diumumkan juga dilihat separuh masak dan ia seolah-olah satu cadangan yang tidak masuk akal.

“Bila kita hapuskan beras SST yang berharga RM26 itu, ia bermakna harga beras terbabit akan jadi RM30, lebih tinggi. Jadi maksudnya ia bukan dihapuskan tapi harganya dinaikkan ke RM30, senang kita faham. Kalau tidak apa maknanya harga beras SST itu dihapuskan sebab beras itu ada lagi. Berilah penjelasan yang tepat jangan spin atau pusing-pusing.

“Tolong beri kenyataan baharu segera, kalau harga itu jadi RM30 maka kita akan rugi kerana kos kita pun sudah mencecah RM38, bila dimansuhkan memang kita boleh ‘mati’,” ujarnya.

PlaDalam pada itu, Ameer turut menyoal adakah tindakan Syed Abu Hussin mengenai pengumumannya semalam telah melalui perbincangan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) kerana ia dilihat mampu menjejaskan industri.

Malah, beliau juga mempertikai kuasa Syed Abu Husin yang boleh membuat pengumuman mengenai perkara itu kerana mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, ia hanya dibuat oleh menteri bertanggungjawab.

Semalam, Syed Abu Hussin yang mengetuai Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) berkata, penetapan harga itu melibatkan beras 10 kilogram berharga RM30, lima kilogram pada harga RM15.50 dan satu kilogram RM3.50.

Jelasnya, ketetapan harga yang diperkenalkan itu merupakan langkah menang-menang kepada pemegang taruh, pengilang dan peniaga dengan memastikan harga beras di pasaran stabil. – 
WOIT
APA SEDANG 
BERLAKU 
AMIN
PENGGUNA JADI
CUNT PIUS
KAH KAH KAH
AMIN
KERAJAAN TERUS
PUTAR
BERAS MAKIN
MAHAL
KHALAS

SATU LAGI GENG JO LO BELOT


SATU LAGI GENG

JO LO BELOT

KAH KAH KAH

AMIN

PERANGAI DAP


PERANGAI DAP

KHALAS

Unknown commented on 
"ASKAR DAN PENCEN"

Makin ramai sedar perangai Chauvanis Cina DAP, bukan sesuatu yang baru, bukan sesuatu yang ramai tidak tahu, apabila pokok tumbang Bangla akan berak atas pokok, tetapi pokok juga membawa malapetaka dengan agenda kaum agama sehingga tiada kesatuan pokok, asyik cerai talak sampai rebah walaupun pokok sejenis ramai, metaphor mudah,

 satu hari nanti semuanya akan rebah kerana ada order baru dunia apabila pokok tidak pandai mengeluarkan oksigen kerana mencuri rasuah setiap masa atas nama ketuanan atas nama agama atas nama bangsa, selamat tinggal wahai pokok yang merosakkan segalanya amin kah kah kah

BERITA CERITA UNTUK PENCERAHAN


BERITA CERITA

BAWA

PENCERAHAN

AMIN

Unknown commented on
 "TOMATO NAIK HARGA"

Cerita tomato cerita cili cerita seluar dalam cerita seluar Superman semuanya membantu dalam mendesak kerajaan supaya prihatin kah kah kah, cerita Palestin mendewasakan Yahudi ataupun DAP kalaulah setakat cerita cerita tidak memberi sebarang makna buta duit buta akal buta huruf akhirnya kosong belaka kah kah kah

BAWANG


BAWANG

JUMAAT 16 FEBUARI 2024
HARGA BARANG MAKIN MAHAL
BERAS ????
BERAS TEMPAATN LESAP ?
JENG JENG JENG

BUKAN BERAS TAK ADA
ADA BANYAK TAPI BERAS IMPOT
MAHAL DARI BERAS TEMPATAN

KINI BERAS MADANI
AKAN MUNCUL
KITA HARAP INI AKAN SELESAIKAN
MASAALAH BERAS

PALING MENARIK BERITA MARDI
NAK MULA MENCUBA TANAM BAWANG
INI LANGKAH TEPAT
INILAH YANG DIMINTA
AGAR KITA BEBAS DARI IMPOT
MAKANAN

TUP TUP
TOMATO NAIK HARGA
JENG JENG JENG
GUA PERNAH TENGOK
TOMATO 16 RINGGIT SEKILO
TOMATO INI BERMUSIM
ADA NAIK ADA TURUN
AMIN

GAZA
SEKALI LAGI ZIONIS ISRAEL
MENYERANG HOSPITAL
KALI INI HOSPITAL NASSER

AMERIKA
SATU AJEN FBI
DI SIASAT KERANA SOROK
BAHAN BUKTI TENTANG
BIDEN DAN ANAKNYA HUNTER
ADA KEPENTINGAN NIAGA
DENGAN UKRAINE

GREECE
NEGARA KRISTIAN ORTODOK
YANNG PERTAMA
 MENERIMA  KAWIN SAJENIS

JEPUN
KINI BUKAN LAGI
EKNOMI KE TIGA TERBESAR
DI DUNIA
JEPUN KINI MASUK
KE ZAMAN MELESET

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR SEJUK
KL & KL SENTRAL CERAH
MATA HARI DAH KELUAR

PIPI GUA TERASA PANAS
PANAHAN MATA HARI PAGI

DI BELUKAR BELAKANG FLET
MURAI BERKICAU
MEMBUKA PAGI YANG INDAH

DALAM HOKKIEN
HOW WOW BERSUARA
TUK TUK TUK
BERLAGU
DALAM SAWAH RUMPUT
TERKUKUR MEDAYU DAYU

LANGIT BIRU INDAH
PAGI INI GUA NAK KE PASAR
NAK TENGOK HARGA BARANG
BERAPA SEKILO BAWANG DAN TOMATO
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT JUMAAT
DENGAN SENYUMAN

BRO
KITA SENTIASA ADA MASA
UNTUK BERBUDI BAHASA

BRO
KALAU LU PANDAI KETAWAKAN
DIRI LU
LU TIDAK AKAN PUTUS PUTUS
KETAWA

BRO
APA ORANG LAIN 
PIKIR TENTANG LU
JANGAN MASUK CAMPUR

BRO
JIKA LU BERBUAT BAIK
WALAU PUN  KECIL
TIDAK SIA SIA

BRO
APA LU LAKUKAN SEKARANG
AKAN MENJADI MEMORI
BILA LU DAH TUA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT