Isnin, 8 Julai 2024
CARA NAK BERKUASA - SEMUA SENJATA BOLEH DI PAKAI
Nurul Izzah kecam retorik perkauman, fitnah dalam kempen PRK Sungai Bakap
PKR kecewa dengan serangan berbaur perkauman sempit dan fitnah jahat yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk mempengaruhi sentimen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg Bakap, kata Nurul Izzah Anwar.
Naib Presiden parti itu berkata, adalah mengecewakan apabila Perikatan Nasional (PN) menggunakan taktik sebegitu untuk mempengaruhi pengundi.
“Bagaimanapun kita mesti berusaha untuk mengembalikan perbahasan, sesi maklumat dan usaha yang berfokus kepada isu-isu teras seperti kebajikan awam, pendidikan anak-anak serta pembangunan infrastruktur dan memastikan pembangunan seimbang antara kawasan Pulau dan Seberang Perai.
“Keputusan yang dibuat oleh pengundi dihormati. Kami menyambut cabaran tersebut. Kita kini mesti mengemudi untuk memastikan kita membuat perubahan yang diperlukan demi kebaikan rakyat,” katanya malam tadi.
Kenyataannya dibuat susulan kekalahan mengejut PH apabila calon mereka Dr. Joohari Ariffin, 60, tewas dengan majoriti lebih 4,000 undi kepada calon PN Abidin Ismail, 56.
Kerusi tersebut kosong berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff dari PAS pada 24 Mei.
Terdapat 39,279 pengundi berdaftar dalam PRK Sg Bakap dengan peratusan keluar mengundi yang mengecewakan sebanyak 63% - di bawah jangkaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mahukan sekurang-kurangnya 75% untuk memastikan gabungan perpaduan nasional bersaing dalam PRK tersebut.
Demografi pengundi adalah 59% Melayu, 22% Cina, 17% India, dan 0.71% lain-lain. – 6 Julai, 2024.
POLITIK ADALAH
KUASA
AMIN
DALAM PROJEK
MENGSUNAKKAN
ANWAR IBRAHIM
SEMUA SENJATA
BOLEH DIGUNAKAN
AMIN
ANWAR SENDIRI
UNTUK BERKUASA
BEBASKAN ZAHID
47 KES RASUAH
AMIN
TUTUP CERITA
SALVADOR BELI
BERJUTA SAHAM
AMIN
LANTIK ANAK
JADI PENASEHAT
EKONOMI
AMIN
SEMUA SENJATA
BOLEH DIGUNAKAN
UNTUK BERKUASA
AMIN
NAK JADI BAIK
SILA JAGA
KUBUR NABI
AMIN
KHALAS
UMNO DAN PAS AKAN BERKERJA SAMA ?
UMNO tolak kerjasama dengan Pas selagi Hadi jadi presiden
PAS tolak kerjasama dengan UMNO selagi Zahid jadi presiden
KUALA KANGSAR – UMNO menolak kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi tampuk pimpinan parti berkenaan, tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, ia berdasarkan pengalaman beliau berbincang bersama Abdul Hadi sebelum ini yang sentiasa mengubah pendirian selepas memperoleh persetujuan.
“Saya ingat lagi dalam Majlis Tertinggi UMNO, Perdana Menteri ketika itu yang mewakili kita berkata, UMNO mesti bekerjasama dengan Pas kalau tidak kita menang sembilan kerusi sahaja dan tidak boleh bentuk kerajaan.
“Saya bentang pada Majlis Tertinggi ketika itu di mana saya seorang sahaja dan berkata tidak boleh beri pada Pas kerana Pas ini membohong dari dahulu sampai sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar 2024, di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.
Tambah Ahmad Zahid, beliau merupakan saksi hidup pembohongan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Marang itu semasa mengadakan perbincangan sebelum ini.
“Ini saksi hidup bincang empat mata dengan Hadi Awang di mana depan kita setuju tetapi esok tukar tidak setuju, kemudian kita pujuk kata hendak tiga hari lepas tu jumpa lapan mata, Presiden dan Timbalan Presiden (Pas) bersama saya dengan timbalan.
“Setuju juga kemudian esok tukar lagi. Jangan percayalah selagi orang itu jadi Presiden jangan harap kita hendak bekerjasama dengan parti yang menunggang Islam,” katanya.
Ahmad Zahid pada tahun lalu menyifatkan Pas sebagai ‘gila talak’ apabila mengeluarkan kenyataan tidak menolak akan kembali bekerjasama dengan UMNO menerusi Perikatan Nasional (PN). -MalaysiaGazette
ZAHID TOLAK
HADI KERANA
HADI BERBOHONG
AMIN
HADI TOLAK ZAHID
KERANA ZAHID
TERLIBAT 47
KES RASUAH
AMIN
ZAHID UNDUR
HADI UNDUR
UMNO/PAS/BERSATU
MUFAKAT NASIONAL
TIBAI DAP
TIBAI ANWAR
TUBUH KERAJAAN
AMIN
INI PROJEK
SUNAKKAN ANWAR
KHALAS
BULI SIBER ?
Kabinet bincang ancaman buli siber minggu ini
ISU buli siber di platform media sosial akan dibentangkan kepada Kabinet pada Jumaat bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata selain melaporkan insiden melibatkan seorang influencer di aplikasi TikTok, yang didakwa membunuh diri akibat buli siber, pembentangan itu turut diminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Kita tidak hanya melaporkan apa yang berlaku, tetapi mengambil tindakan, terutama jika kita perlu meminda undang-undang, dan apakah kelemahan semasa,” katanya, lapor Bernama.
Isu buli siber kembali hangat diperkatakan berikutan kes bunuh diri seorang pempengaruh TikTok selepas menjadi mangsa buli siber,
Mayatnya ditemui di rumahnya, kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu. Dia berumur 29 tahun.
Fahmi melawat keluarganya semalam, meyakinkan mereka bahawa dia akan melakukan yang terbaik untuk menangani isu buli siber.
Beliau berkata, masalah utama dalam menangani buli siber ialah kebanyakan pelaku berselindung di sebalik akaun palsu, menyebabkan mereka sukar dikenal pasti.
“Salah satu aduan yang diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Komunikasi daripada polis ialah akaun yang terlibat dalam pelbagai aktiviti kesat berselindung di sebalik akaun palsu, menyebabkan sukar untuk mengenal pasti individu yang membuat komen, atau terlibat dalam penipuan itu,” katanya.
Fahmi berkata bahawa keluarga mangsa telah membuat laporan polis, dan kementerian telah menghubungi TikTok, yang menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama lebih proaktif. – 8 Julai, 2024.
RAKYAT SOKONG
LAWAN BULI
SIBER
AMIN
PATUT JUGA
ADA AKTA
LARANG SKMM
BULI RAKYAT
AMIN
SKMM DATANG
RUMAH
RAMPAS KOMPUTER
AMIN
SKMM TUTUP
TUTUP AKAUN
INI BULI NAMANYA
AMIN
PEMBULI DARI
SKMM
LEBIH BAHAYA DARI PEMBULI SIBER
KHALAS
PKR KENA SUNAK PAS
PKR KENA
SUNAK PAS
1.PAS semakin diyakini oleh pengundi. Termasuk sokongan org muda.
Begitupun, untuk melebarkan tebaran 'jalanya', disegi ideologi, PAS perlu beralih dari jalur kanan ke jalur tengah.
Mengembalikan perjuangan asal PAS, semasa Dr Burhanuddin el-Helmu. PAS kembali berpegang kepada ideologi Nasionalisme-Islamisme.
Dengan itu, musuh2 PAS, tidak lagi boleh memomokkan PAS sebagai Parti Taliban kepada bukan Melayu. Dan mampu menarik pengundi yang agak liberal.
2.UMNO menjadi parti yang paling takut dengan keputusan PRK Sg Bakap.
Pertama, jelas UMNO tiada kemampuan mempengaruhi pengundi Melayu. Malah kehilangan pengaruh terhadap ahli2 UMNO dan gagal mendapatkan undi mereka untuk dihadiahkan kepada calon PH.
Ahli UMNO di Sg Bakap terdapat lebih 5000 org.
Bila PKR, turut gagal menguasai sepenuhnya undi orang Cina, itu memberi tamparan kpd UMNO. Di mana UMNO berharap selepas menjadi UMDAP, ia akan mendapat limpahan undi Cina. Nampaknya, keputusan Sg Bakap, tidak memberi harapan yg baik kepada UMNO.
BILA PENGUNDI MELAYU HILANG SELERA KEPADA UMNO, DAN PENGUNDI CINA MULAI MENINGGALKAN PH, KE MANA UMNO MAHU MENADAH TEMPURUNG BOCORNYA?
UMNO AKAN MENJADI SI LUNCAI BERSAMA JURAGAN, JUAK SEPERTI LOKMAN ADAM TERJUN DENGAN LABU2NYA.
BIARKAN! BIARKAN!
Ahli dan pendukung perjuangan asal UMNO bersorak.
3.PH tidak lagi boleh bergembira dgn merasakan pengundi Cina adalah fix deposit mereka.
Ketaksuban org Cina kpd DAP, mulai retak terutama anak2 muda mereka (nanti lihat analisis keputusan di pdm ramai pengundi Cina).
Kekalahan calon PH, banyak bersandarkan kepada isu2 semasa.
Termasuk janji kosong, malah dianggap janji bohong.
Termasuk Hoi! Hoi yahoo, org politik tidak boleh pegang jawatan dlm GLC. Terlalu banyak pembohongan janji pd PRU15.
NAMPAKNYA SUKAR BUAT PH DAN KERAJAAN MADANI UNTUK MEMBAIKI KEROSAKAN YG MULAI JELAS TERJADI.
KERAJAAN MADANI PERSIS -RUMAH KACA DI PASIR JERLUS.
Oleh Kamarazaman Yacob
SUNAK KAN MEREKA
SUNAK KAN
MEREKA !!!
KHALAS
Unknown commented on
"PEMIMPIN UMNO
TIBAI KERAJAAN"
Orang Cina orang India dah malas dengan politik engkau orang, asyik jaguh gaduh belaka kerja tidak pandai, urus ekonomi merapu, curi setiap hari, kes rasuah setiap masa, akhirnya RM jatuh, ekonomi semakin teruk, diesel naik harga, barangan semakin naik lagi, semua ini membuatkan orang cerdik meluat, muntah kerana tidak cerdik tetapi bab politik saban hari jolok sini jolok sana formula saja,
cakap tak serupa bikin semuanya sekali, cakap gah hebat berbilion masuk pelaburan tetapi sebenarnya semua lari dari Taliban kah kah kah pi mampus lah dengan formula dengan air liur busuk tidak pandai berpidato berpura-pura rajin tapi setiap hari makan juga berak lancar kah kah kah
PERKATAAN BARU - SUNAK
SUNAK
PERKATAAN BARU
DITERIMA DALAM
BAHASA MELAYU
AMIN
RISHI SUNAK PM UK TELAH KALAH
DAN HILANG KUASA DALAM PRU
MINGGU LALU
MAKA
TUKAR TIUB
MENGAMBIL NAMA SUNAK
UNTUK DIJADIKAN PERKATAAN MELAYU
CONTOH AYAT:
1 - RAKYAT MALAYSIA MAHU
MENGSUNAKKAN ANWAR IBRAHIM
2 - PROJEK SUNAK ANWAR IBRAHIM
SEDANG BERJALAN
3 - PRK SUNGAI BAKAP ADALAH
PERMULAAN PROJEK SUNAK
ANWAR IBRAHIM
4 - ANWAR IBRAHIM AKAN DISUNAKKAN
SILA FAHAMI ERTI SUNAK
DALAM AYAT AYAT INI
MIN
KHALAS
ANWAR IBRAHIM BERBOHONG LAGI
PM ingatkan rakyat agar tidak leka
RAKYAT Malaysia tidak boleh leka dan ketinggalan ketika negara bersaing untuk membangun, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Bercakap pada satu majlis di Ipoh malam tadi, Anwar menggesa semua supaya dibekalkan dengan ilmu pengetahuan, dan meningkatkan kefahaman tentang keadilan dan bersatu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat.
Beliau menambah bahawa setiap orang mesti berhenti berjuang dan menggunakan semangat “hijrah” kerana sudah tiba masanya untuk mereka bangkit sebagai satu dan menunjukkan bahawa mereka adalah orang yang berilmu, teliti, bekerja keras yang mampu menegakkan keadilan untuk negara dan rakyatnya.
“Kita memerlukan semangat ini dalam kalangan belia Melayu, Cina, India, Dayak, dan Kadazan; ini negara kita, dan kita akan selamatkan negara kita. Inilah masa dan saat kita bangkit dan selamatkan negara kita,” tambahnya.
Beliau juga menggesa NGO dan pergerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan untuk menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Anwar berkata, Nabi Muhammad, dengan iman, kepercayaan dan akhlak yang teguh, mempertahankan hak dan menegakkan keadilan dengan menolak rasuah, penindasan dan rasuah dalam masyarakat.
Beliau berkata negara akan maju dan membangun jika rakyat mencontohi sifat-sifat ini, memahami erti sebenar “hijrah” (berhijrah), dan bangun dari lena untuk mengangkat martabat mereka.
“‘Hijrah’ bermaksud meninggalkan amalan yang lapuk dan ‘syirik’ (dosa menyekutukan Allah atau tandingan), amalan kezaliman, penindasan dan fitnah yang berleluasa.
“Hanya dengan melakukan ini kita akan berubah, dan saya percaya Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Malaysia akan mempunyai semangat yang sama bahawa kita akan menyelamatkan negara dan rakyat kita.
“Saya kebetulan tergolong dalam generasi yang lebih tua, tetapi apabila mempertahankan hak dan kedaulatan kita, saya tidak kisah. Anda boleh mengkritik dan mengutuk saya semahu-mahunya, masukkan saya ke dalam penjara, (tetapi) saya keluar dan terus berjuang!” katanya pada majlis pelancaran PLG. – 8 Julai, 2024.
KAKI BOHONG
BERBOHONG LAGI
AMIN
DENGAN AYAT
DENGAN HADIS
KAH KAH KAH
NAK LAWAN RASUAH
47 KES RASUH ZAHID
DI HAPUS
AMIN
SOKONG PALESTIN
PELOK HAMAS
TAPI JUAL 39 BUAH
AIRPORT KITA
PADA ZIONIS YAHUDI
AMIN
TANGKAP SANA
TUTUP SINI
RAMPAS SANA
TEKAN SINI
AMIN
KHALAS
GENCATAN SENJATA - RUNDINGAN MASIH BERJALAN
Hamas tunggu maklum balas Israel mengenai gencatan senjata
KAHERAH: Pejuang Hamas berkata pihaknya kini sedang menunggu maklum balas Israel mengenai rundingan gencatan senjata bagi menamatkan perang yang sudah berlarutan selama sembilan bulan.
Seorang pegawai Hamas yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, pihaknya telah memberi jawapan kepada pengantara dan sedang menunggu maklum balas daripada pihak Israel.
Pelan tiga fasa itu dikemukakan pada akhir Mei oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, selepas ia disyorkan oleh kerajaan Israel dan sedang diketengahkan oleh negara pengantara, Qatar dan Mesir, kepada pihak berkenaan.
Ia bertujuan menamatkan perang dan membebaskan sekitar 120 tebusan Israel yang ditahan oleh Hamas serta banduan Palestin di penjara Israel.
Seorang lagi pegawai Hamas yang mempunyai maklumat mengenai perbincangan gencatan senjata yang sedang berlangsung itu berkata, Israel kini sedang berbincang dengan Qatar mengenai perkara itu.
"Mereka berbincang mengenai gencatan senjata berkenaan dan Israel berjanji untuk memberi maklum balas berkenaan dalam beberapa hari lagi," katanya.
Bagaimanapun, Israel sehingga kini masih belum membuat sebarang komen segera mengenai perbincangan berkenaan.
Hamas yang mentadbir Gaza sebelum ini telah menggugurkan tuntutan utama bahawa Israel terlebih dahulu melakukan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian.
Seorang pegawai Palestin yang mempunyai kaitan dengan usaha damai berkenaan berkata cadangan terbabit boleh membawa kepada perjanjian rangka kerja dan jika diterima oleh Israel, akan menamatkan perang berkenaan.
Menurut sumber yang mengetahui perkara itu, Pengarah Agensi Perisikan Pusat AS, William Burns akan pergi ke Qatar pada minggu depan untuk melakukan rundingan berkenaan.
Perang yang tercetus sejak 7 Oktober tahun lalu telah menyebabkan lebih 38,000 rakyat Palestin terkorban. - REUTERS
GENCATAN
SENJATA
APAKAH INI
BETUL?
AMIN
JANGAN HANYA
TAKTIK ISRAEL
UNTUK CARI MASA
UNTUK BERNAFAS
AMIN
KHALAS
TAK BERIJAZAH TAK APA - JANGAN MELEBONG
TAK BERIJAZAH
TAK APA
ASALKAN JANGAN
MELEBONG
AMIN
"TAKDA DEGREE TAKPA"
Alumni mckk yg masuk dr form one. Yg masuk form six terlajak alumnilah pulok kah kah kah. Yang jujur tu yang bagi tahu dia tadak kelulusan. Kalau tadak kelulusan tapi bagi tau ada kelulusan iso14001, itu bukan jujur tapi pak pandir kih kih kih
Unknown commented on
"TAKDA DEGREE TAKPA"
Jujur & bercakap benar seteru pelebong
Langgan:
Catatan (Atom)