TAMAROD
GARIS POLITIK ANAK MUDA
GARIS TEPAT JALAN RAYA
MESIR
- ILMU DARI PENGALAMAN
Ketika
tulisan ini digarap – dunia masih tidak tahu dimana bekas Presiden Morsi
ditahan. Ketika tulisan ini digarap jumlah warga Mesir yang gugur semakin
bertambah. Benterokan antara tentera dan penyokong Morsi terus berlaku. Ketika tulisan ini digarap hampir 12 bilion
dolar - duit dari Saudi dan Negara Telok telah masuk ke Mesir. Hakikatnya, suasana
politik Mesir masih belum reda dan mengenap.
Apa
yang semakin jelas ialah sokongan terhadap rejim militer Mesir telah datang
mencurah-curah dari negara Arab terutama Saudi Arabia. Negara Arab konservatif ini melihat bahawa
dengan jatuhnya Morsi mereka merasa diri mereka terselamat.
Musim
Bunga Arab yang bermula di Tunisia ini
amat penting. Musim Bunga Arab telah membawa
garis politik yang tepat – politik jalan
raya. Wadah politik jalan raya ini telah merebak bukan sahaja di bumi Arab ,
malah sedang merebak ke seluruh dunia.
Di
Brazil kenaikkan tambang bas – 10 sen – telah menjemput puluhan ribu anak muda
turun berdemo ke jalan raya. Kerajaan Brazil hampir runtuh. Maka Presiden Dilma Rousseff terpaksa membatalkan
kenaikan tambang bas. Di Istanbul – taman bunga yang ingin dimusnahkan – telah
mengoncangkan elit politik Turkey. Politik jalan raya anak muda Turkey telah
mencemarkan imej PM Edorgan yang mahu mencalonkan dirinya sebagai calon Presiden.
Rejim-rejim
Arab dan rejim zalim diseluruh dunia termasuk di Malaysia mula sedar bahawa
garis tepat – politik jalan raya - akan
membawa merbahaya kepada kuasa dan harta kerkayan mereka. Musim Bunga Arab membuktikan keyakinan orang ramai kepada pilihanraya
semakin terhakis. Pilihanraya dilihat semakin jelas sebagai satu penipuan
terancang oleh elit politik untuk menjarah dan merembat harta kekayaan negara.
Rata-rata di Dunia Ketiga anak muda semakin kerap turun ke jalan raya.
Kenapa
agaknya duit masuk berbilion dolar dari Saudi, Kuwait dan Qatar masuk ke Mesir ? Untuk menjawab soalan ini kita
wajib memahami latar sejarah bumi Arab itu sendiri.
Negara-negara
Arab ini
menetas dari percaturan dan kepentingan kuasa imperialis Barat. British, Itali dan Peranchis memiliki
kepentingan ekonomi di bumi Arab. Empire Ottoman Turkey runtuh – secara
resminya pada 24 Julai 1923. Keruntuhan Empire Ottoman ini adalah hukum dan
syarat tamadun manusia. Satu empire walau pun gah dan kuat pasti runtuh juga
akhirnya.
British
menyerang kuasa Ottoman dari Selatan dan dari Telok. Peranchis mengembangkan kuasa di Levant, Aljeria,
Tunisia dan Moroko. Itali menjarah Libya. Dengan kejatuhan Empire Ottoman , British - kuasa
imperialis yang terulung pada ketika itu mendapat ‘permata ’ paling berharga –
Mesir. Saudi Arabia, Jordan, Iraq dan
Negara Telok semuanya menetas dari tapak tangan Baginda Raja England sesudah
runtuhnya Empire Ottoman.
Kuasa
imperial British memiliki kuasa mutlak diwilayah ini. Semua ini berlaku sebelum pecah Perang Dunia
Kedua. Sesudah perang kuasa imperial British runtuh – sama saperti runtuhnya
kuasa Ottoman. Sesudah selesai Perang Dunia Kedua muncul kuasa imperialis Amerika dan Blok Sosialis.
Justeru
kita dapat melihat sejarah Mesir sama saperti sejarah Malaysia dan
negara-negara bekas tanah jajahan British. Kedatangan kuasa asing telah
melahirkan semangat nasionalisma. Kesedaran anak tempatan ini telah melahirkan
perlawanan yang hebat. Sama saperti di Tanah Melayu gerakan nasionalisma Mesir
juga mempunyai garis kiri dan garis kanan. Di sebelah kiri – Parti Komunis, Parti
Buruh dan Parti Sosialis. Di sebelah kanan ialah parti yang berpaksikan agama
saperi Ikhwan Muslimin.
Pada
tahun 1952 – Revolusi Pertama berlaku di Mesir.
Tentera telah merampas kuasa dan Raja Farouk telah dihalau dari Mersir.
Kuasa British diambil alih dan Mesir menjadi Republik Arab Mesir. Kesampaian
garis nasionalis progresif yang dibawa oleh Presiden Nasser ini telah manakutkan kuasa imperialis. Dalam
suasana Perang Dingin Presiden Nasser
telah mendapat sokongan ekonomi dan akhirnya senjata dari blok Blok
Sosialis.
Wujudnya
Presiden Nasser ini bukan hanya menakut kuasa imperialis malah menjadikan Saudi Arabia dan Negara
Telok takut. Suasana politik inilah
yang telah memaksa Saudi untuk menyokong Ikhwan Muslimin dan parti
kanan yang lain. Gerakan arus kanan
Mesir mendapat sokongan moral dan
meterial. Dari sini jugalah mencelahnya masuk ajen-ajen imperilis Barat dan CIA yang anti Nasser dan anti gerakan nasionalis
progresif.
Kuasa
imperalis sedar bahawa negara Arab progresif akan muncul. Justeru kuasa
imperial Anglo-Amerika memiliki
perhitungan dan strateji berjangka
panjang. Sesudah Perang Dunia Kedua – Israel telah diwujudkan dibumi Arab pada
tahun 1948. Entiti Zionis ini sebenarnya hanyalah pengkalan tentera yang cukup
lengkap dengan Bom Atom.
Telaga
minyak dan telaga gas yang menjana
ekonomi sistem kapitalis hari ini wajib dikawal rapi. Saudi Arabia dan Negara
Telok pengeluar minyak dan gas wajib dlindungi dari dibantai oleh gerakan nasionalis Arab yang progresif. Disinilah
peranan Zionis Israel. Sebagai pengakalan tentera Isreal secara
tertutup dan terbuka telah membantu Saudi Arabia
dan Negara-negara Telok dari diganggu gugat.
Dari
sini kita memahami jelas bahawa apa yang diperjuangan oleh Saudi bukan agama tetapi kepentingan ekonomi.
Ekonomilah yang menjadi asas politik dunia Arab. Ekonomi jugalah yang menjadi asas
politik dunia kita hari ini. Perebutan
kuasa dimana sahaja dalam dunia ini adalah perebutan ekonomi. Agama itu hanya digunakan
untuk mengolah persetujuan orang ramai
untuk mendapat sokongan dan meraih kuasa. Ini adalah asas realpolitik. Politik Arab, politik Islam, politik Melayu, politik Orang Barat, Orang Selatan
semuanya berasaskan perebutan ekonomi. Ini adalah politik kontemperori
dunia hari ini.
Ketika
Presiden Nasser mentabir Mesir - Saudi, British dan Amerika menyokong Ikhwan
Muslimin. Sokongan ini untuk memastikan garis ekonomi Nasser yang progresif dapat
dimandulkan. Garis politikal ekonomi Nasser mengancam kepentingan kaum pemodal
Bristish, Peranchis dan kaum feudal tempatan. Contohnya ramai tuan tanah
menjadi marah apabila Presiden Nasser mengagihkan tanah kepada kaum tami
melalui reformasi dasar tanah pada tahun
1953. Malah pada tahun 1954 ada percubaan membunuh Presiden Naseer. Ikhwan Muslimin telah dituduh terlibat dalam kes ini.
Pada
tahun 1956 Presiden Nasser telah memilik negarakan Terusan Suez. Langkah ini
menjadikan kuasa imperial naik minyak terhadap Naseer. Disinilah peranan Ikhwan
yang terus mewujudkan rintangan demi rintangan dan cuba menghalang dasar pro
rakyat Nasser. Tetapi Presiden Nasser
amat popular. Walau pun wujud gerakan
anti Naseer dari Ikhwan tetapi gerakan itu tidak pernah mendekati Tamarod 30 Jun 2013 dahulu.
Satelah
melihat latar sejarah ini maka marilah kita memahami keadaan Mesir sekarang. Apakah
Saudi menyokong Musim Bunga Arab Mesir? Jawabnya: tidak. Malah Saudi Arabiah
telah merayu kepada Obama agar
memastikan Mubarak terus berkuasa.
Apakah Saudi dan Negara Telok menyokong Presiden Morsi dan Ikhwan
Muslimin ketika mereka berkuasa? Jawabnya: tidak.
Lalu
persoalan timbul - bukankah dizaman Nasser dahulu Saudi menjadi penyokong Ikhwan? Negara Telok
juga memberi sokongan yang kukuh? Betul.
Maka dari babak ini kita memahami apa itu realpolitik. Yang menjana realpolitik ialah ekonomi. Saudi sedar bahawa Musim Bunga Arab sedang membawa malapetaka terhadap kuasa dan harta
kekayaan kaum feudal. Raja, Sheikh, Emir
dan Shah di negara Arab tahu bahawa ombak Tamarod sedang mengampoh. Justeru rejim militer di
Mesir wajib diperkukuhkan.
Kita
dapat melihat bagaimana kuasa imperial
Anglo-Amerika pada awalnya memberi sokongan kepada Presiden Morsi dan Ikhwan
Muslimin. Strateji kuasa imperial ialah untuk meredakan gerakan jalan raya.
Hasilnya, dalam Revolusi Pertama 2011 - Morsi mendapat sokongan popular. Sokongan diajukan kepada Morsi dan Ikhawan
untuk memastikan Mesir akan stabil dan rakyat akan mula bermain dengan politik Coca Cola atau Pepsi Cola. Rakyat Mesir ingin
didorongkan untuk main ‘pilihanraya’. Memilih Parti INI atau memilih Parti ITU. Inilah niat dan strateji berjangka panjang kuasa imperial yang membajak
Revolusi Pertama.
Tetapi
anak-anak muda Mesir sedar bahawa revolusi mereka telah dibajak. Dari kesedaran inilah munculnya Tamarod. Kejayaan Tamrod dan Revolusi Kedua ini juga
sedang menjemput ajen-ajen baru yang
juga bercita-cita untuk membajak revolusi ini. Duit berbilion dolar dari
Saudi Arabia dan Negara Telok itu – sekali imbas saperti sedekah bulan Ramadan.
Jangan silap faham dolar itu bertujuan untuk memperkukuhkan rejim militer. Ini
juga bertujuan untuk memastikan garis
Tamarod untuk mendirikan Mesir
yang berkebajikan, demokratik dan
merdeka akan digagalkan sekali lagi.
Obama
yang mewakili kepentingan imperialis dan kaum pemodal antarabangsa telah
menghantar Timbalan Setiausaha Negara William Burns ke Cairo. Ini bertujuan untuk untuk memastikan kepentingan Amerika dan
Zionis Isreal tidak diganggu gugat oleh
rejim tentera. Bantuan dana ekonmoi dan
ketenteraan dari Amerika kepada Mesir akan diteruskan.
Semua
ini dilakukan oleh kuasa Anglo-Amerika untuk memandulkan dan memusnahkan garis
politik Tamarod. Strateji kuasa imperialis ialah melayukan Musim Bunga Arab agar jangan merebak ke Saudi
Arabia dan Negara Telok. Elit politik dan elit ekonomi merancang agar orang
ramai – masyarakat dunia akan melihat
bahawa politik jalan raya tidak menghasilkan apa-apa.
Pada
tahap ini , kuasa imperialis Anglo-Amerika mahu memastikan Saudi Arabia dan Negara Telok akan terus
selamat. Telaga minyak dan telaga gas
tidak akan jatuh ketangan anak muda Arab yang memiliki sifat dan
falsafah Gamal Abdel Nasser Hussein. Ketika ini peranan Ikhwan Musliman dihentikan
sementara. Jika Tamarod dan garis progresif a la Naseer berkembang kembali maka Ikhwan Muslimin akan dipinang kembali. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggar
akhbar mingguan tanpa lesen ini
sila hubungi 03-92-21-10-45
----------------