Isnin, 3 Jun 2024
JANJI ANWAR
Anwar tidak boleh samakan kemiskinan di Sabah dengan semenanjung, kata Shafie
DEFINISI miskin tegar di Sabah tidak boleh disamakan dengan di semenanjung, kata bekas ketua menteri Sabah Mohd Shafie Apdal.
Presiden Parti Warisan itu berkata kemiskinan tegar di Sabah melibatkan mereka yang berpendapatan bermusim, manakala di semenanjung, ia mungkin melibatkan mereka yang mempunyai pekerjaan berpendapatan rendah atau menganggur.
“Perdana Menteri datang ke Sabah dan berjanji untuk membasmi kemiskinan tegar di sini dalam tempoh dua bulan.
“Janji dua bulan tu, saya terima. Saya menyokongnya. Ia satu langkah yang baik. Tetapi apakah definisi kemiskinan tegar, dan siapakah mereka?
“Di semenanjung, sama ada mereka mempunyai pekerjaan atau tidak, mereka boleh mendapat lebih daripada RM600 atau kurang. Itulah kemiskinan tegar bagi mereka.
“Di Sabah, saya bertanya, ‘Apakah pendapatan anda?’ Ia bermusim. Kadang-kadang ada kerja, kadang-kadang tiada. Malah memancing adalah bermusim. Mereka mungkin bertuah kerana mendapat RM300,” katanya ketika berucap di Papar hari ini.
Memetik contoh kemiskinan tegar masih berleluasa di banyak daerah Sabah, Shafie berkata pandangannya mengenai kemiskinan boleh disamakan dengan kualiti perkhidmatan persekutuan antara Sabah dan semenanjung.
Dalam perkhidmatan kesihatan dan pendidikan misalnya, Shafie berkata kemudahan di Malaysia Barat jauh lebih baik berbanding di Sabah.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dalam ucapan Kaamatan di Penampang pada 31 Mei, mahu kemiskinan tegar di Sabah dihapuskan pada akhir Julai tahun ini.
Anwar kelihatan optimis untuk mencapai sasaran itu, kerana bilangan ketua isi rumah dalam kategori miskin tegar di Sabah kini menurun kepada 9,000 daripada 20,000 sebelum ini.
Sabah telah memilih untuk menggunakan ketua isi rumah dan dipercayai mendapat sumber nombor miskin tegar daripada senarai data e-kasih negeri.
Ini berlaku selepas negeri itu menyifatkan Tinjauan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022, yang menyatakan kemiskinan tegar Sabah enam kali lebih tinggi daripada kadar nasional sebagai lapuk.
Shafie menyifatkannya sebagai kegagalan kerajaan untuk bergelut dengan realiti dan pergantungan mereka kepada data dan statistik. – 3 Jun, 2024.
WOIT
INI JANJI ANWAR
BUKAN
JANJI POLITIK
KAH KAH KAH
INI RAJA PUTAR
ALAM
KAH KAH KAH
TUNGGU DUA
BULAN LIHAT
APA BERLAKU
KAH KAH KAH
AMIN
PERLABURAN GENOSIDE
PELABURAN
GENOSIDE
Berbilion ringgit pelaburan mencurah masuk ke tanahairku
Kecil tapak tangan
Berpuluh puluh lapangan terbang terbentang
Ditadahkan
untuk dolar Amerika
Tokoh-tokoh besar
Tutup mata
Tutup hati nuraninya sekali
Mereka
berkeliling dunia lalu menjemput pelaburan datang ke sini
Di negaraku
Kami berwirid Malaysia Madani
Tetapi kompeni algojoh yang bermandian darah rakyat Gaza
melabur ke sini.
Satu tangan kita bersolidariti dengan rakyat Palestin
Satu tangan lagi kita menadatangani perjanjian dengan korporat besar global
Yang membikin bom dan roket
Mengaut untung dari genoside.
Oh Malaysiaku sayang
Kita negara yang sudah hilang kemanusiaan
Pemimpin-pemimpin Kita hanya mengira ringgit dan dolar pelaburan.
03 Mei 2024
Pasir Gudang
BERSATU SEDANG BERMIMPI
Keahlian BERSATU digugur, tujuh wakil rakyat berlapang dada
KUALA LUMPUR: Tujuh wakil rakyat yang digugur keahlian daripada BERSATU menerima keputusan itu dengan hati terbuka.
Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim yang juga jurucakap kepada enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit, berkata mereka belum menerima sebarang notis berhubung perkara itu.
Katanya, notis terakhir yang diterima adalah pada 17 Mei lalu, meminta wakil rakyat berkenaan menzahirkan pendirian berkaitan kesetiaan terhadap parti.
"Sehingga kini, kami belum menerima sebarang surat daripada parti menyatakan keahlian kami sudah ditarik.
"Kami menerima keputusan itu dengan hati terbuka," katanya kepada NST, hari ini.
Semalam, Ketua ARMADA BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dilaporkan berkata, keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN berkenaan digugurkan serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.
Kelmarin, Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin, memaklumkan seramai 25 daripada keseluruhan 31 Ahli Parlimen BERSATU menyempurnakan surat Arahan Khusus MPT untuk ikrar terus setia kepada parti, selepas tarikh tamatnya pada 31 Mei lalu.
Surat arahan itu dikeluarkan BERSATU kepada semua wakil rakyatnya sebelum ini bagi mereka menzahirkan pendirian berkaitan kesetiaan terhadap parti, yang dibuat susulan pindaan ke atas Fasal 10 dalam Perlembagaan BERSATU yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Terdahulu, Azizi berkata, beliau dan enam wakil rakyat lain tidak menjawab surat daripada BERSATU kerana menunggu jawapan parti berhubung keabsahan surat berkenaan.
"Sebenarnya, sebelum tarikh akhir 31 Mei pun, kita sudah hantar satu surat kepada Setiausaha Agung ( Hamzah Zainuddin) bertanyakan mengenai keabsahan notis yang dihantar, siapa yang terbabit dalam jawatankuasa khas, kita minta penjelasan.
"Pada kita, selepas parti jawab permohonan itu, barulah kita hantar (surat jawapan) tapi nampaknya parti tidak beri kerjasama.
"Kita tidak terima pengesahan (mengenai keabsahan notis) sebelum beri jawapan," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, akan membuat sidang media mengenai keputusan pengguguran keahlian BERSATU itu pada Rabu ini.
BERSATU kini memiliki 31 Ahli Parlimen dan selain Mohd Azizi serta Syed Abu Hussin, empat lagi Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ialah Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
Daripada 60 ADUN BERSATU, dua yang tidak mengemukakan maklum balas surat arahan itu adalah ADUN Selat Klang, Abdul Rashid Asari yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari.
WOIT
MUSTAHIL AKAN
ADA 7 PRK
KAH KAH KAH
BERSATU MIMPI
ADA PRK NAK
TUNJUK SOKONGAN
KAH KAH KAH
BUAT KERJA LAIN
LEBIH BAIK
KHALAS
BAWA MASUK ANAK MENANTU
BAWA MASUK
ANAK MENANTU
AMIN
Unknown commented on
"PUKUL OKU - SATU JENAYAH !!!"
Semakin hari semakin teruk pasukan sekarang, bawa masuk anak beranak bawa masuk kaum kerabat bawa masuk kroni, bagi tempat baik mudah cari wang kiri kanan, semuanya bermula dari kepala, kampung ketua tetapi tidak pernah bertanggungjawab sedikit pun, asal kedudukan terjamin dengan membodek kaum kerabat pemimpin politik sampai anak didik semuanya hancur berkecai di bawah, kalau ada sedikit kecerdasan sudah pasti pasukan akan baik baik,
walaupun apa saja cakap buruk Rahim Noor tetap seorang pemimpin sejati keras menghargai warga kerja keras bertanggungjawab sebagai pemimpin terulung pasukan amin, sekarang ini setiap hari orang biasa sampailah tiada pendidikan pun ketawa melihat lawak jenaka mereka diatas sana, seronok selesa sedap duduk kerusi mewah, bawa kereta mewah senang lenang sampai lupa akar umbi punca kejayaan mereka sekelian kah kah kah kalau cakap betul cakap benar mungkin jadi kesalahan sekarang amin
USTAD YOUTUBE AJAK MELABUR
USTAD YOUTUBE
AJAK MELABUR
AMIN
panglimo potaseh commented on
"APA SEDNAG BERLAKU -
TAK BOLEH RAYA HAJI ??"
Tak boley korban tak pe, jomm kita guna duit korban ni ontok melabur cara Islam anjuran TaT. Labor RM300 dlm seminggu ontong RM25, 000 .. hebat. Sarjana Investment Analysis pon fening mikirkan bertapa pintar nye TaT ade formula pelaburan faling dahsyat .. tuckbEEr.
KES SIMBAH ASID
Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan
POLIS menahan ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui maut berhampiran sungai kira-kira 200m dari rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai tahun lepas, menurut laporan.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan itu.
Polis sedang mendapatkan perintah reman untuk pasangan berkenaan.
Kes itu yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut difailkan semula sebagai kes bunuh selepas hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Mayat Zayn ditemui lebih 30 jam selepas dia dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu.
Pemeriksaan forensik mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan Zayn. Polis percaya dia dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di anak sungai.
Pada Januari, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain berkata polis merekodkan keterangan lebih 200 orang berhubung kes itu.
Timbalan Ketua Polis Selangor S. Sasikala Devi berkata polis masih menjalankan siasatan terhadap kes itu walaupun petunjuk telah hilang.
“Kami sedang menyiasat dan akan terus berbuat demikian. Fail masih dibuka sementara menunggu sebarang maklumat baharu,” katanya. – 1 Jun, 2024.
TAHNIAH!!!
KES ZAYN POLIS
TERUS SIASAT
AMIN
BAGIAMANA KES
SIMBAH ASID
AMIN
ADA APA BARU
SATELAH GAMBAR
KELUAR
AMIN
SINDIKET CHINA MERAH !!!
Polis Thai, FBI tumpaskan rangkaian jenayah siber terbesar dunia
CHONBURI, THAILAND: Biro Penyiasatan Pusat (CIB) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menumpaskan rangkaian jenayah siber global, berkemungkinan terbesar di dunia dengan operasi pengubahan wang haram di Thailand.
Sebelum ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pasukan penguat kuasa undang-undang antarabangsa menahan warga China, Wang Yunhe, 35, dan memusnahkan botnet "911 S5" - rangkaian komputer dijangkiti perisian hasad di hampir 200 negara, berkemungkinan terbesar di dunia.
Portal berita Khasood melaporkan Sabtu lalu, Pesuruhjaya Biro Penyiasatan Pusat (CIB) Thailand, Lt. Jeneral Jiraphop Phuridej mengumumkan hasil kerjasama antara polis Thailand dan AS.
Pegawai Bahagian Penindasan Jenayah Biro Siasatan Pusat (CIB) bersama Mike Chai, ejen FBI yang ditempatkan di Thailand, memperluaskan siasatan dan membuat penahanan tambahan terhadap suspek di Thailand.
Anggota menggeledah rumah suspek di Jalan Phra Tam Nak, Mukim Nong Prue, Daerah Bang Lamung, Wilayah Chonburi, dan tiga bilik kondominium di Moo 1, Mukim Na Jomtien, Daerah Sattahip, Wilayah Chonburi.
Mereka menemui wang tunai 7.5 juta baht (RM960,015), kedua-dua mata wang Thailand dan asing, 13 jam tangan mewah termasuk tiga jam tangan Audemars Piguet bernilai lebih 30 juta baht (RM3.8 juta), 23 barang kemas bernilai lebih 50 juta baht (RM6.4 juta).
Selain itu, BMW X7 M50d hitam, surat hak milik tanah dan perjanjian pembelian tanah, surat ikatan kondominium, akaun bank Wang dan syarikat Spicy Code c]t, peranti penyimpanan data, pemacu kilat yang mengandungi data kunci penyulitan atau kata laluan penyulitan .
Anggota menyita dan merampas aset dan menyerahkan suspek kepada penyiasat di Sub Bahagian 2, CBI untuk tindakan lanjut.
Wang ditahan pada 24 Mei di Singapura. Operasi ini adalah kerjasama global untuk membasmi jenayah siber yang menggunakan peranti yang dipasang perisian hasad bersama-sama dengan alat untuk menyembunyikan lokasi rangkaian jenayah, yang dikenali sebagai 911 S5.
Wang dan rakannya mengasaskan dan mengekalkan sistem teras 911 S5, selain bertanggungjawab menguruskan dokumen, transaksi kewangan, dan menubuhkan tiga syarikat untuk pengubahan wang haram di Thailand.
Siasatan mendedahkan rangkaian suspek menggodam alamat IP 19 juta komputer di lebih 190 negara di dunia, menyebabkan kerosakan besar.
Ini termasuk menipu sejumlah besar wang daripada agensi kerajaan AS dengan menggodam komputer warga AS, memohon pelbagai bantuan kebajikan, tetapi apabila kerajaan meluluskan bantuan itu, ia telah dipindahkan ke akaun suspek.
Mereka juga menggodam untuk mencuri wang, mata wang kripto, melancarkan serangan siber perisian tebusan dengan menyekat operasi organisasi besar dan menuntut wang tebusan sebagai pertukaran untuk memulihkan sistem.
Penjenayah siber juga menggunakan saluran ini untuk mengeksploitasi pornografi kanak-kanak dan membuat ancaman bom untuk menimbulkan panik dalam kalangan orang awam.
Pada masa yang sama, suspek mencuci wang yang diperoleh daripada kesalahan itu, mengaut keuntungan berpuluh juta dolar AS sebelum menggunakannya untuk membeli hartanah, kenderaan dan aset lain di banyak negara, antara Thailand.
Kebanyakan aset yang diperoleh kumpulan suspek daripada jenayah itu dan diubah di Thailand adalah hartanah dan pelbagai syarikat, dengan nilai keseluruhan lebih 1 bilion baht.
AWAS !!!
KEPALA SINDIKET
DATNG DARI
CHINA MERAH
AMIN
ZIONIS CHINA DI TANAH MELAYU
ZIONIS CHINA
DI TANAH MELAYU
AMIN
politikgilababi commented on
"MELAYU JUAL TANAH MELAYU"
Jual secara halal ok apa? Bkn China rampas dan halau tuan tanah melayu tu mcm Yahudi Zionis rampas dan halau palastin tu....
LATIHAN TENTERA
LATIHAN TENTERA
SENIN 2 JUN 2024
NEGARA HEBOH DENGAN ISU
MALAYSIA BERLATIH TENTERA
DI HAWAII
INI LATIHAN TENTERA LAUT
NEGARA LAUT PASIFIK
ADA BANYK NEGARA MASUK
YANG PELIK
ISRAEL PUN MASUK SAMA
JENG JENG JENG
TAPI ISRAEL
LAUT TENGAH
JENG JENG JENG
SEMENJAK ANWAR JADI PM
BANYAK PERKARA
DI LUAR TABII
BERLAKU
KAH KAH KAH
AMERIKA
BERITA MUNCUL
WALAU PUN TRUMP
DALAM JIL DIA MASIH
BOLEH TANDING KERUSI PRESIDEN
UKRAINE
PRESIDEN UKRAINE
TAKUT JIKA TRUMP MENANG
BULA NOVEMBER INI
ZELENSKI AKAN MAIN TEPI JALAN
MEXICO
SEDANG BERSEDIA
UNTUK MENERIMA
KALI PERTAMA PRESIDEN
PEREMPUAN
GAZA
BIDEN UMUM
GENCATAN SENJATA PADA ISRAEL
HAMAS BERSETUJU
SETANYAHU KELAM KABUT
JIKA TERIMA KERAJAAN
AKAN RUNTUH
HOKKKIEN
PAGI INI CERAH BASAH
MATAHARI TIDAK KELIHATAN
KL & KL SENTRAL BERKABUS
HUJAN LEBAT KEMARIN
DARI ARAH SUNGAI BESI
GUA DENGAR JANTAN BERKOKOK
AMAT JAUH BUNYINYA
ATAS POKOK TINGGI
HOW WOW BERSUARA KUAT
MENJADIKAN PAGI INI INDAH
HARI INI AKAN PANAS
PETANG HUJAN
MALAM SEJUK
BRO
SENYUM
DI PAGI CUTI
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)