Isnin, 9 September 2024

TURUN KE JALAN DAN LAWAN !!!


TAK PERLU

BANYAK CAKAP

AMIN

SUSUN ATUR

TURUN KE JALAN

DAN LAWAN

AMIN

ISRAEL SERANG SYRIA


ISRAEL 

SERANG SYRIA

AMIN

CHINA MEWRAH NAK GANTI AMERIKA


CHINA MERAH

IMPERIALIS BARU

NAK GANTI

AMERIKA

AMIN

DUA KERAJAAN DUA PERDANA MENTERI


DUA KERAJAAN

DUA 

PERDANA MENTERI

KAH KAH KAH

AMIN

MASUK KAN ROSMAH KE DALAM JIL - KHALAS



Permohonan Rosmah mahu hakim dengar kes saman 1MDB tarik diri ditolak

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan  Rosmah Mansor yang mahu hakim mendengar kes saman sivil 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya menarik diri atas alasan berat sebelah.

Hakim, Adlin Abdul Majid enggan menarik diri dan memutuskan isu berat sebelah seperti dakwaan pemohon dalam kes saman bernilai AS$346 juta tidak timbul.

Perkara itu dikemukakan oleh Rosmah kerana Adlin pernah menjadi rakan kongsi firma guaman, Lee Hishamuddin Allen & Gledhill (LHAG) yang ketika ini mewakili 1MDB dalam prosiding ini.

Kata Adlin, beliau pernah berkhidmat dengan firma itu secara profesional bukan dengan defenden dalam kes saman sivil ini.

“Permohonan ini dibuat kerana adanya kebimbangan akan wujud situasi bias oleh saya terhadap defendan tetapi ini tidak berkaitan langsung.

“Oleh yang demikian, saya tolak permohonan ini,” katanya ketika membacakan penghakiman beliau petang ini di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Isteri bekas Perdana Menteri itu telah disaman 1MDB berhubung pembelian barangan mewah bernilai lebih AS$346 juta didakwa dana diseleweng menerusi 1MDB.

1MDB dan anak syarikatnya, SRC International menuntut Rosmah membayar AS$346 juta yang didakwa oleh mereka telah digunakan membeli barangan kemas, beg tangan mewah.

Kedua-dua syarikat itu juga memohon deklarasi mereka mempunyai hak terhadap barangan mewah itu yang didakwa telah dibeli melalui dana syarikat mereka.

Rosmah pada Jun lepas telah memfailkan permohonan supaya Adlin menarik diri daripada mendengar prosiding sivil ini kerana pernah dikaitkan dengan LHAG yang telah dilantik oleh 1MDB dalam kes berkenaan.  –

SEMUA INI

DIBUAT UNTUK

LAMBATKAN

MASUK JIL

AMIN

ROSMAH HARAP

UMNO NAJIB

AKAN BERKUASA

SEKALI LAGI

AMIN

SEMUA BEBAS

BOLEH ROMPAK

SEKALI LAGI

AMIN

MASUKAN ROSMAH

SEGERA KE DLM

PENJARA

AMIN

KAHLAS

PANDANGAN INI MASUK AKAL



PANDANGAN INI

MASUK AKAL

AMIN

Unknown commented on
 "SIJIL HALAL - 
PENDIRIAN ANWAR JELAS"

Ini semua sengaja dicatur sengaja diatur sengaja diajak orang bergaduh, mencari peluang mencari populariti ini kerja orang politik depan, kerja jahat belakang diketuai daulah terpendam, aturcara diatur dilakonkan dilayan dilayari segala pelusuk untuk stokin, untuk macam isu, semuanya sengaja supaya rakyat tidak marah kenaikan harga barang kenaikan harga diesel kenaikan kos sara hidup, lupa lalai mengelupas perkara lain, ini semua alih perhatian kah kah kah, ekonomi dah bagus?

Pelaburan cemerlang RM naik naik saja, berapa kilang tutup berapa ramai kena tangkap, apa jadi kes kapal LCS? Apa jadi kes 47? Apa jadi kepada kes ampun Najib? Apa jadi kes Rosmah apa jadi kes SPRM Boss? Alih cerita ke Palestin, pejuang naik gaji pejuang naik pangkat kah kah kah senyap menyap sambil harap undi ini strategi strategik politik yang sudah jadi tikus kah kah kah ampun

SIJIL HALAL - PENDIRIAN ANWAR JELAS



Teresa Kok tidak salah bercakap tentang sijil halal, kata Ramasamy

BEKAS timbalan ketua menteri II Pulau Pinang P Ramasamy membela bekas rakan partinya, Teresa Kok, berhubung kenyataannya mengenai cadangan keperluan wajib pensijilan halal untuk semua premis makanan, menyifatkan ia keterlaluan.

Pengerusi pro-tem Urimai itu berkata tidak ada yang salah dengan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh berhubung isu itu.

“Mengapa juara kaum dan agama yang terlalu bersemangat untuk menguatkuasakan pensijilan halal di semua restoran di negara ini? Mengapa restoran bukan Melayu yang tidak menghidangkan daging babi atau alkohol harus diganggu tentang keperluan untuk pensijilan halal,” kata bekas Adun DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Khamis, menteri hal ehwal agama Na’im Mokhtar berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mempertimbangkan cadangan itu memandangkan mendapatkan pensijilan halal pada masa ini adalah secara sukarela bagi pengusaha restoran atau pemilik perniagaan makanan.

Sebagai tindak balas, Kok, yang merupakan naib pengerusi DAP, menggesa agar pensijilan halal kekal sebagai proses sukarela, dan kerajaan membenarkan pengusaha perniagaan membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran dan bukannya dipaksa berbuat demikian.

Beliau berkata cadangan pensijilan halal boleh membebankan perniagaan kecil, menyekat kebebasan pengguna dan mungkin bertembung dengan kepelbagaian budaya Malaysia.

Tambah Kok, mewajibkan syarat itu boleh mencetuskan reaksi negatif di dalam negara dan memalukan Malaysia di persada antarabangsa.

Sejak itu, Kok menjadi tumpuan apabila komennya mengundang kemarahan beberapa pihak, termasuk Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Kok juga sedang menghadapi siasatan polis berhubung kenyataannya itu.

Ramasamy mempersoalkan motif kerajaan di sebalik tindakan itu, berkata langkah wajib itu akan membebankan lagi pengusaha makanan.

“Malah restoran Melayu kecil dan sederhana yang sukar untuk memenuhi keperluan hidup tidak seharusnya dibebani dengan pensijilan halal. Pensijilan halal bukan perkara mudah kerana ia melibatkan kos dan boleh membebankan restoran kecil dan sederhana. Ia tidak bermakna tanpa pensijilan halal restoran itu tidak bersih dan tidak sihat.

“Jakim harus berhati-hati dan tidak bertindak terlalu bersemangat dalam menuju ke arah penguatkuasaan pensijilan halal,” kata Ramasamy.

Bekas Adun Perai itu turut senada dengan pandangan Kok, dengan mendakwa pensijilan halal itu harus secara sukarela dan bukannya dikuatkuasakan.

“Saya percaya bahawa ia harus secara sukarela mempertimbangkan kos dan tidak bercakap tentang mengenakan beban kewangan kepada restoran bukan Melayu dan restoran Melayu kecil dan sederhana,” katanya.

Beliau turut mengkritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung reaksinya terhadap kenyataan Kok.

“Bolehkah Anwar menjelaskan apa pendirian kerajaan campuran? Seperti pepatah belut, Anwar tidak sepatutnya menunjukkan ekornya kepada pelampau agama dan kepalanya kepada bukan Melayu. Mengenakan pensijilan halal mandatori ke atas restoran bukan Melayu tidak boleh diterima,” katanya.

Ramasamy berkata Kok tidak seharusnya gentar dengan tekanan itu, dengan mendakwa sebagai ahli parlimen dia berhak untuk memberi pendapatnya.

“Sama ada 10 atau 100 laporan polis, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap Kok? Beliau sebagai ahli parlimen hanya menyuarakan pendapatnya; inilah yang dimahukan oleh pengundinya.

“Tidak kira sama ada Anwar meluluskan pendiriannya atau tidak. Anwar harus berhenti bermain politik dalam hal agama,” kata Ramasamy. – 9 September, 2024.

WOIT

PENDIRIAN

ANWAR JELAS

DALAM HAL

SIJIL HALAL

AMIN

WHATEVERISMA

ADALAH

PANDANGAN

ANWAR

AMIN

KHALAS

SEMPADAN KITA BOCOR


SEMPADAN

KITA BOCOR

AMIN

Unknown commented on
 "KEMPEN ANTI PENDATANG"
Apa bodoh sangat kerajaan malaysia ni...runtuh gerai warga asing. Warga asing bebas masuk secara haram atau halal datang malaysia berkerja dan berniaga. Mereka anggap malaysia ni tiada undang-undang dan kerajaan ke? Sepatutnya sekat pendatang ni dari awal masuk malaysia lagi. Pekerja asing yang sudah tamat tempoh permit, majikan wajib menghantar balik ke negara mereka. Manakala imigresen pula, buat le kerja dengan jujur!!!!!

UMNO DAP MULA GADUH


UMNO & DAP

MULA GADUH

AMIN

HIZBULLAH TERUS MENYERANG


HIZBULLAH

TERUS MENYERANG

AMIN

RESTORAN INI ISTERI SAPA ?


RESTORAN INI

ISTERI SAPA?

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "KAIN TUDUNG SITI KHADIJAH"

Tu lah jadi nye bila Prof. Bahasa Arab nak ngajar kita sejarah & Tamadun .. aku rasa ini bukan kes wayar putus tapi wayar dah terbarai .. harap TT boley telefon Tg. Rambutan hari ni jugak.

TERUSKAN


TERUSKAN APA

YANG LU

 LAKUKAN

AMIN



ALAM BERI AMARAN !!!


ALAM BERI

AMARAN PADA

UMAT MANUSIA

YANG ANGKUH

AMIN

BUDAK KOLONIAL AMERIKA BELOT ?


BUDAK KOLONIAL 

AMERIKA BELOT?


Pada Khamis 29 Ogos 2024 majalah The Economist  dari London telah menulis tajuk berita ini : Why does the West back the wrong Asian leaders?

The Economist bertanya - Mengapa Barat menyokong pemimpin Asia yang salah?

Ini  petikan sebahagian dari tulisan The Economist:
Barat silap  membaca siapa Anwar. Tetapi itu sepatutnya tidak mengejutkan. Kerajaan Barat sering memperjuangkan tokoh pembangkang Asia yang menjanjikan pendekatan liberal tanpa melihat dengan teliti rekod prestasi mereka, atau kenyataan mereka dalam bahasa vernakular kepada orang ramai di rumah. Dalam kes  Anwar, masa beliau sebagai timbalan kepada Mahathir Mohamad—perdana menteri Malaysia yang autoritarian dan anti-Barat dari 1981 hingga 2003—sepatutnya menjadi petunjuk bagaimana beliau akan memerintah.

Justeru saya wajib menerangkan hantu  jenis apa   majalah The Economist yang mula diterbitkan  pada tahun 1843. 

The Economist ialah majalah mingguan yang diterbitkan dalam format majalah bercetak. Hari ini ada portal digital. Ia memberi tumpuan kepada hal ehwal semasa, perniagaan antarabangsa, politik, teknologi dan budaya, dan kebanyakannya ditulis dan disunting di Britain.

Hakikatnya asal usul majalah berumur 181 tahun ini mewakili kepentingan ekonomi kaum pemodal kapitalis  Inggeris.  

 Bila politik dan ekonomi dunia berubah satelah Perang Dunia Ke Dua majalah ini mewakili kepentingan kaum pemodal – para kapitalis Anglo-Amerika. Saya ulang The Economist hari ini mewakili kepentingan kaum kapitalis Anglo-Amerika.
 
Ketika tulisan ini digarap – tahun 2024 -  Amerika Syarikat masih lagi kuasa yang mendominasi dunia kita hari ini. Pesaing seperti China dan Rusia wujud tapi belum berjaya mengubah kuasa hegemoni Amerika.

 Amerika menjadi kukuh apabila status dolar dijadikan sebagai mata wang rizab global selepas Perang Dunia Ke Dua oleh Persidangan Bretton Woods 1944.

Dari sini muncul istilah Anglo-American imperialism. Istilah ini menunjukkan  ada kerjasama kuasa Inggeris dan kuasa Amerika untuk mendominasi dunia. 

Mengikut istilah fahaman Marxist -  Amerika hari ini ialah negara imperialis. Imperialisme adalah tahap akhir dalam perkembangan ekonomi dalam sistem  kapitalis. Bila sampai ke tahap imperialisme ekonomi kapitalis tidak dapat berkembang lagi. Pelbagai krisis akan timbul. Ekonomi pancit meleset, mata wang kucar kacir dan negara menuju muflis. Semua membawa potensi perang. Ini yang kita saksikan sedang berlaku di hadapan mata kita hari ini.

Inggeris meninggalkan pentadbiran Tanah Melayu pada tahun 1957 kepada Budak Kolonial Inggeris bernama Tunku Abdul Rahman. Untuk sementara waktu Tanah Melayu di bawah United Malays National Organisation Tanah Melayu masih setia di bawah hegemon Inggeris.

Pada tahun 1963 Tanah Melayu berubah menjadi Malaysia. Peranan Budak Kolonial masih dimainkan oleh Tungku dengan baik. Tanah jajahan Inggeris  di Borneo  sempat diselamatkan dari pengaruh Bung Karno  dan api gerakan nasionalis Dayak yang mahu merdeka berjaya dipadamkan.

Pasca 1963 Malaysia masih lagi di bawah kuasa hegemon Anglo. Ini terbukti apabila  Presiden Johnson dari Amerika datang melawat Kuala Lumpur pada 30 Oktober 1966 untuk meminta Askar Melayu terlibat sama dalam Perang Vietnam.

Tungku menolak untuk terlibat dalam Perang Vietnam. Tungku hanya bersetuju untuk menerima program RNR. Program ini membolehkan soldadu Amerika datang bercuti ke Malaysia satelah 6 bulan  berkhidmat di medan perang.

Program RNR ini pun dikritik keras oleh warga tempatan. Dengan tertiba Pulau Pinang dan Kuala Lumpur melihat pertumbuhan sarang pelacur seperti Bangkok. Program ini akhirnya dibatalkan.

Berhadapan dengan Perang Vietnam dan kekalutan ekonomi Amerika mengambil langkah untuk menyelamatkan diri. Ketika itu kuasa hegemon Amerika sedang dilawan oleh USSR – Soviet Rusia.

Amerika berjaya memperkukuh diri. Pada tahun 1973, sistem petrodollar dicipta melalui perjanjian antara AS dan Arab Saudi. Negara-negara dalam dunia dipaksa bersetuju untuk guna dolar dalam jual beli  minyak. Dengan minyak yang diseragamkan dari segi dolar, mana-mana negara yang membeli minyak dari Arab Saudi perlu menggunakan dolar.

Petrodollar menyelamatkan Amerika.

Politik dan ekonomi dunia terus berubah. Hegemoni kuasa imperialis Anglo-Amerika hari ini sedang di lawan oleh Rusia dan China. 

Kalau dulu Perang Vietnam menggugat dolar dan ekonomi Amerika. Hari ini Vietnam di gantikan oleh Afghanistan, Ukraine dan Israel. Perang berterusan menjadikan ekonomi Amerika mula merundum.

Ekonomi Amerika menjadi lebih meruncing bila pada tahun 2006 munculnya kesatuan ekonomi dan politik BRICS – Brazil, Rusia, India dan  China . Afrika Selatan masuk pada  tahun 2010. BRICS  membesar dengan Mesir, Ethiopia, Iran, Saudi Arabia dan United Arab Emirates.


Dolar Amerika diancam oleh mata wang Yuan dari China dan Rubel dari Rusia.

Pada 30 Julai 2024 yang lalu Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengeluarkan kenyataan untuk menjadi anggota BRICS.  Malaysia mengumum telah melamar untuk menjadi anggota BRICS.

Pada ketika ini BRICS telah membuat ketetapan tidak akan menerima secara rambang negara yang melamar. BRICS memperketatkan keahlian.

Justeru Anwar ketika tulisan ini digarap datang ke Vladivostok Rusia untuk menyertai Forum Ekonomi Timur yang ke 9. Anwar bertemu dengan Putin  pemimpin  BRICS. Anwar dilapur sedang melamar untuk menjadi anggota BRICS.

Bila ini berlaku  - Barat terutama Amerika merasa Anwar Budak Kolonial Amerika telah mengencingkan mereka. Apakah Malaysia akan  menolak dolar dan menggantikan Ringgit dengan Yuan atau Rubel.

Justeru The Economist bersuara dan menulis bagaimana Barat telah tersilap baca siapa sebenarnya Anwar bin Ibrahim ini. Apakah Budak Kolonial telah belot. Beranikah Anwar  kencingkan Amerika.

Dari segi persejarahan saya  pernah terbaca tulisan arwah Subky Latiff yang berkata ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia – bermula di Jalan Ampang. Ini tulisan memperli Anwar kerana Kedutaan Amerika pada ketika itu ada di Jalan Ampang.

Anwar Ibrahim ini memang sering ditulis dan  dibaca  oleh pemerhati dan penganalisa politik di Malaysia sebagai Budak Kolonial Amerika.

Ini sahih dibuktikan apabila Amerika terus menyokong  Anwar Ibrahim ketika Anwar  dalam penjara - Kes Liwat Pertama dan Kedua. 

Akhbar The New York Times pada 17 November 1998 melaporkan Al-Gore Timbalan Presiden Amerika mengutuk Malaysia kerana memenjarakan Anwar. Kutukan ini dibuat di Kuala Lumpur ketika persidangan APEC. Ini ketika Gerakan Reformasi sedang membara. Kenyataan Al Gore ini agak kurang ajar dan kurang diplomasi. Tapi Amerika marah kerana Budak Kolonial mereka telah di penjara.

Ketika Al-Gore mengutuk kerajaan Malaysia  – kuasa imperialis Anglo-Amerika mahu Mahathir Muhamad diundurkan. Ini projek ‘ regime change ‘  sedang berjalan.


Mahathir di lihat dibaca sebagai pemimpin Dunia Ketiga yang berani menyuarakan nadi dan harapan negara Dunia Ketiga.

Mahathir lantang mengkritik Amerika. Justeru Amerika menganggap Mahathir merbahaya. Justeru Anwar wajib terus di dukung dan dinobatkan sebagai pengganti Mahathir.

Peranan Anwar sebagai Budak Kolonial Amerika ini disah dan dibuktikan dengan apa yang kita lihat, baca dan dengar melalui jaringan media pro pemodal Anglo-Amerika.  Amerika terus bersuara menyokong Anwar Ibrahim

Sosok seperti Robert  Rubin dan Paul Wolfowitz  selain dari Al-Gore adalah penyokong Anwar yang ketat. Paul Wolfowitz  bekas Duta Amerika ke Indonesia ini sahabat intim Anwar. Paul menjawat Setiausaha Pertahan dan juga Presiden Bank Dunia ke 10.

Anwar sendiri pernah menjadi penasihat IMF – Internasional Monetery Fund. Ini ketika dia menjadi Menteri Kewangan dalam kabinet Mahathir.

Melalui pengaruh Paul Wolfowitz Anwar selepas keluar dari penjara dapat menjadi tenaga akademik di John Hopkins University walau pun hanya dengan kelulusan Pengajian Melayu.

Wajib saya umumkan disini nama-nama gedeber Amerika yang ditulis ini adalah dari kumpulan Neo-Konservatif. Malah Paul Wolfowitz adalah arkitek Perang Iraq.

Lalu saya bertanya: Apakah perasaan  Paul Wolfowitz melihat gambar Anwar bersalaman dengan Putin – musuh Amerika -  apakah dia merasa telah  kena kencing oleh Anwar Ibrahim.

Apakah Al-Gore menyesal kerana dulu menyokong Anwar.

Untuk ini saya ada pendapat. Pandangan lain untuk mengenali siapa Anwar Ibrahim ini.


Anwar Ibrahim untuk saya tidak memilik apa-apa pandangan dunia yang kukuh.  Anwar tidak memiliki ideologi. Awalnya Anwar dibaca oleh Amerika sebagai penganut Islam radikal. Tetapi akhirnya Amerika sedar Islam yang dianuti oleh Anwar hanya alat sahaja.  

Anwar dituduh sebagai penganut faham liberal oleh musuh politik. Ini tidak betul. Ini satu tohmahan.

Penganut fahaman  liberal tidak akan menggunakan Akta Hasutan 1948  untuk melawan musuh politik. Tidak akan menangkap sosok yang mengkritik kerajaan. Atau menutup ratusan akaun Tik Tok yang isinya menganjing Madani jadi  Madanon.

Kebebasan bersuara ada rukun iman kaum liberal.

Anwar dituduh sebagai sekular. Ini juga tidak betul. Minggu lalu Anwar memperkukuhkan JAKIM dalam pentadbiran negara.

Anwar hari ini mahu di lihat lebih Islam dari Islam Parti PAS. Anwar mahu Melayu Islam menyokong dia.

Anwar dituduh penyokong LGBT. Ini juga tidak betul. Anwar walau pun dibuktikan meliwat dalam mahkamah. Walau ada jambu bernama Sukma. Masih ada jambu bernama Saipol.  Anwar masih menuduh dia difitnah. Kes liwat mengikut Anwar adalah satu konspirasi politik. 

Jadi siapa Anwar Ibrahim ini ?

Untuk saya Anwar Ibrahim  penganut fahaman yang saya namakan  sebagai whateverisma – penganut fahaman apasaje. Sosok yang menganuti faham ini boleh menjadi pelbagai bentuk.

Anwar di hadapan Tok Mufti akan melebong tentang Qardawi. Di hadapan kumpulan Mat Todi  Anwar meloncat menghambur sambil  menyanyi lagu filem Sangam - Dosh Dosh Na Raha. Di hadapan para pemikir dan intelektual dia akan memetik kata-kata Gabriel dan Fanon.

Di hadapan media dunia Anwar melebong dan cuba menyamakan dirinya dengan   Mandela.

Lebong whateverisma ini digunakan juga dalam urusan politik. Ini kita saksikan  dari apa yang telah berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat. Perpecahan PKR ini adalah hasil whateverisma.

Ketika Anwar dalam penjara PKR berjalan dengan tenang  baik, tersusun dan teratur. Bila saja Anwar dibebaskan maka PKR mula bergelawak satu sama lain.

Kepada Azmin Ali  Anwar cakap ini kepada Ezam Anwar cakap itu. Kepada Syed Husin Anwar cakap kita kepada Chandra Anwar cakap jangan lawan. Kepada Tian Chua Anwar cakap ini kepada William Leong Anwar cakap itu. Kepada Saifuddin Anwar cakap lu ini sosok setia. Kepada Rafizi Anwar cakap lu ini amat bijak.

Kepada parti-parti politik lain pun modus operandi yang sama digunakan oleh Anwar. Kepada Mat Sabu Anwar cakap lawan. Kepada Mujahid Anwar cakap kawan. Kepada Anthony Loke Anwar cakap kita buat. Kepada Guan Eng Anwar cakap kita batal.

Kepada kaum pemodal dan kapitalis  tempatan whateverisma digunakan juga. Kepada Vincent  Tan Anwar kata sokong peniaga China. Kepada Syed Mokhtar Anwar mahu peniaga Bumiputera wajib di dahulukan.

Jangan lupa dengan geng ABIM lama. Kepada Tuan Haji Hadi Anwar cakap halal. Kepada Tuan Haji Ismail Mina Anwar cakap haram.


Ini ciri yang hakiki whateverisma yang dianuti oleh Anwar. Bercakap  berdulak dalik atau klu klak kata Orang Terengganu.

Bukti  dulak dalik  melebong ini bersepah-sepah  dalam YouTube. Ini bukan lebong atau penglipur lara dari Hishamuddin Rais.

Janji janji  Anwar mahu menurunkan harga minyak, janji nak lawan rasuah - janji tangkap Adam Baki , janji hendak hapuskan tol. Semua ini masih boleh dituntun dalam YouTube. Saya ulang semua boleh dituntun dalam YouTube.

Dalam politik luar negara whateverisma ini terus diguna pakai. Kepada Modi Anwar minta maaf hal Kashmir. Bila  berjumpa Shehbaz Sharif Anwar kata lain pula. Kepada  Ismail Haniyeh Anwar kata Malaysia sokong Hamas. Kepada Larry Fink  Anwar kata Malaysia  akan  jual 39 buah lapangan terbang Malaysia kepada Blackrock.  Dan kontrak selama 46 tahun.

Di Istambul  Anwar cakap lain  kepada  Erdogan. Di Riyadh Anwar cakap lain pula kepada Muhamad Bin Salman.  Di Beijing Anwar kata No Dollar  kepada Xi Jinping. Di Washington Anwar kata No Yuan kepada  Joe Biden. 

Justeru kepada Paul Wolfowitz dan Al Gore saya nasihatkan jangan risau sangat  - tentang Anwar bin Ibrahim  yang baru berjumpa Vladimir bin Putin ini. Hakikatnya Budak Kolonial Amerika masih setia.

Percaya dan yakinlah cakap Hishamuddin Rais ini. 

Nanti apabila Anwar sampai ke Washington cakapnya akan lain. Jika kurang yakin dengan apa yang saya tulis ini sila minta pengarang majalah The Economist talipon  Anwar Ibrahim. Minta majalah ini   buat temu bual dengan Anwar Ibrahim. Janjikan muka Anwar Ibrahim akan jadi hiasan muka depan.


Dalam temu bual itu nanti pasti akan terserlah kesetiaan Budak Kolonial Amerika ini.  Anwar akan mengutuk  Putin kerana menyerang  Ukraine. Anwar akan berkata keselamatan Israel wajib di jaga  kepada Paul Wolfowitz.

Budak Kolonial Amerika tidak belot.

Atau sebenarnya  Hishamuddin Rais silap besar. Tulisan dari The Economist ini adalah tanda dan signal ‘regime change’  sama seperti tulisan The New York Times tentang Najib Razak. 

Atau tulisan The Economist ini akan menjadikan Anwar Ibrahim bertambah  setia sebagai Budak Kolonial Amerika. Walah hu alam bi sawab. Hanya Guru Nanak yang mengetahui. Amin. (TT)


TULISAN INI 
DISIARKAN JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA NOW. COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2024/09/09/whateverisma-dan-budak-kolonial-yang-tak-akan-belot



PERANG MEREBAK KE JORDAN ?



Warga Jordan bunuh 3 pengawal Israel ditembak mati


PALESTIN: Seorang pemandu trak menembak mati tiga pengawal Israel di satu laluan sempadan antara Tebing Barat yang diduduki dan Jordan semalam sebelum berjaya 'dihapuskan', kata tentera Israel.

Kementerian Dalam Negeri Jordan mengenal pasti penembak itu sebagai warganegara Jordan, Maher Diab Hussein al-Jazi, berdasarkan siasatan awal pihaknya.

Serangan yang jarang berlaku di laluan Jambatan Allenby itu berlaku ketika peningkatan keganasan di Gaza dan Tebing Barat dengan serbuan besar-besaran oleh Israel yang kini sudah memasuki bulan ke-12 di Gaza.

Tentera Israel berkata 'seorang pengganas' tiba di kawasan laluan itu, yang juga dikenali sebagai Jambatan Raja Hussein, dengan sebuah trak dari Jordan.

Dalam satu kenyataan, tentera Zionis berkata pemandu berkenaan keluar daripada trak sebelum melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan yang bertugas di jambatan.

Tentera memberitahu AFP bahawa tiga warga Israel yang bekerja sebagai 'pengawal keselamatan' maut dalam kes tembakan itu, sambil menambah bahawa mereka bukan anggota tentera atau polis.

Menurut pihak tentera Israel, penyerang itu kemudian ditembak mati di lokasi.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengutuk penyerang sebagai 'pengganas keji' yang dipengaruhi oleh 'ideologi pembunuh' dan mendakwa ia didorong oleh Iran.

Hamas pula memuji serangan itu tetapi tidak mengaku bertanggungjawab, sambil menambah bahawa ia 'mengukuhkan penolakan rakyat Arab terhadap (pendudukan) Israel, jenayahnya dan cita-citanya di Palestin dan Jordan'.

Laluan berkenaan, yang terletak di Lembah Jordan, adalah satu-satunya pintu masuk antarabangsa bagi rakyat Palestin dari Tebing Barat dan tidak memerlukan mereka memasuki Israel yang sudah menduduki wilayah itu sejak 1967.

Keganasan di Tebing Barat meningkat seiring dengan perang di Gaza yang bermula selepas Palestin menyerang Israel pada 7 Oktober.

Sejak 7 Oktober, tentera atau peneroka Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 662 rakyat Palestin di Tebing Barat, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Sekurang-kurangnya 23 warga Israel, termasuk anggota pasukan keselamatan, terbunuh dalam serangan Palestin dalam tempoh yang sama, kata pegawai Israel.

Pada Ahad, Israel menggempur Gaza dengan serangan udara dan tembakan ketika potensi semakin malap untuk gencatan senjata, manakala pada sebelah malam tentera berkata dua roket ditembak dari utara Gaza menuju ke kawasan Ashkelon.

Satu berjaya dipintas manakala yang lain jatuh dari pantai bandar Ashkelon dan agensi pertahanan awam Gaza berkata kira-kira 12 orang terbunuh dalam serangan udara Israel pada Ahad, termasuk lima di kem pelarian Jabalia.

Tentera Israel berkata ia telah menyerang sekitar '25 sasaran Hamas' di seluruh Gaza sepanjang sehari lalu. - AFP

MAJORITI

WARGA JORDAN

ADALAH

PELESTIN

AMIN

MASJID AL-AQSA

DIBAWAH JAGAAN

RAJA JORDAN

AMIN

KHALAS