Selasa, 6 Januari 2015

KITA PUKUL GENDANG - NAJIB MENARI




KOMENTAR

ini satu kejayaan
ini satu kemenangan

kita pukul gendang
najib terpaksa menari
kita pukul gendang
rosmah terpaksa bejoget

inilah hebatnya
media baru
blog dan tweeter
dan portal berita

kita lambakkan berita
yang rakyat mahu baca
akhirnya gerombolan
terpaksa menjawab

dalam zaman reformasi
kita pukul gendang
dalam laman mahazalim
dalam laman mahafiraun
dalam laman reformasi nasional
anak lelaki kutty menari
megat juned terpaksa menari

malah najib terpaksa
mementas  sandiwara kes rompakan
senjata sauk sekali lagi
kerana gendang berita mahazalim

kali ini gendang tidak dipukul dalam gelap
kali ini blog ada tuanya
kali ini tweeter ada empunya
lagi hebat bunyi pukulan


NOTA
kepada anak muda 
inilah cara membuat kerja
inilah cara memunculkan propaganda


Jet kerajaan tidak diguna keluarga Najib, kata pejabat PM


Jet rasmi kerajaan yang dinaiki  Najib Razak ke Hawaii tidak digunakan seterusnya untuk tujuan peribadi, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Dalam satu kenyataan kepada wartawan  PMO berkata Najib tidak menggunakan jet rasmi itu pulang ke Malaysia pada 27 Disember lalu disebabkan “masalah teknikal”.
“Perdana menteri menaiki pesawat komersial melalui Hong Kong di mana seterusnya beliau dijemput Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus ke Kota Baru,” kata PMO kepada Kadir yang disiarkan di blognya hari ini.
“Langkah ini diambil ekoran jet yang digunakan perdana menteri dan keluarganya ke Amerika Syarikat berdepan masalah teknikal.
“Jet itu tidak ditinggalkan untuk kegunaan ahli keluarga perdana menteri. Ia juga tidak berada di Indianapolis.”
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jet-kerajaan-tidak-diguna-keluarga-najib-kata-pejabat-pm#sthash.rogcIGPe.dpuf


KAH KAH KAH

woit
akhirnya berjaya
gendang dipukul
bedok ditabuh
najib terpaksa menari
rosmah betandak
gerombolan senyap
kah kah kah

APA  GENDANG










------------

KELENTONG DARI SEORANG PEROGOL





KOMENTAR
sebelum cakap tentang perpaduan melayu
sebelum heboh tentang penyatuan melayu
cuba alih nama presint diputrajaya
cuba guna daerah atau mukim

cuba tukar nama kl sentarl
jadikan pusat bandar kl

jangan rogol bahasa sendiri


Cantumkan masyarakat Melayu


Budaya Melayu telah hilang, kita semakin ketinggalan dengan perkara-perkara asas dalam tamadun sendiri

KUALA LUMPUR: Semua pejuang politik Melayu UMNO, PAS dan PKR hendaklah bersatu dalam memperjuangkan budaya Melayu yang dilihat semakin hari semakin luntur diamalkan di negara ini.

Rais Yatim yang pernah dituduh merogol amah menegaskan perjuangan tersebut amat penting dalam menyatukan masyarakat Melayu di seluruh negara, tidak kira di serantau mahupun wilayah kerana dengan cara tersebut budaya Melayu dapat dipertingkatkan kembali.

 - See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/01/06/cantumkan-masyarakat-melayu/#sthash.U9TWk2Hg.dpuf


KAH KAH KAH

woit
malaon ini
cakap hal melayu
ni nak tutup 
kes rogol amah
bersatu untuk merogol
kah kah kah

APA PUNYA ROGOL







------------

BURSA SAHAM TERBARAI







KOMENTAR
dalam sistem ekonomi kapitalis
saperti yang diguna pakai di malaysia
keyakinan kaum pemodal
terhadap politik
terhadap ekonomi
digambarkan melalui 
bursa saham kuala lumpur

bila saham naik
ertinya keyakina kaum pemodal naik
bila saham merundum
ertinya keyakinan kaum pemodal turun

keyakinan orang ramai
terhadap  parti ketuanan melayu
united malays national organisation
telah lama merundum
kuasa politik hari ini
hanya dimenangi dengan jalan tipu
spr menipu dalam pru13
ini fakta

sebanyak 52% rakyat mahu
parti ketuanan melayu dikuburkan
ini undi majoriti

kini kaum pemodal
telah hilang keprcayaan
ekonomi dilihat ranap
kes rasuah demi kes rasuah
kes rembat duit negara
semakin menjadi jadi

kelmarin bursa saham jatuh 15 mata
hari ini jatuh 20.4 mata

rosmah dan najib semakin dibenci
walau pun najib
mementas sadiwara e-bola
mementas sandiwara e-coli
tak ada sapa ambil simpati
kalau pun najib
mementas dia sedang nazak
tak ada siapa ambil pot

rakyat mahu kerajaan baru
rakyat mahu pakatan rakyat

e-coli
e-bra rosmah 
hanya sandiwara lapok


Charting1D   3M   6M   1Y   Max
   
Ref
Open
High
Low

52 Weeks Range

* Price is 15 minutes delay.





------------

DARI BANGSAR KE DABONG







DARI

 BANGSAR

KE

DABONG

kesahnya bermula bila hujan turun
bila banjir melanda 


DI IKLAN  
MINTA BANTUAN

BANTUAN SAMPAI

BATUAN  LAGI

BAHAN MAKANAN
dimasukkan ke dalam lori
untuk di bawa ke dabong

SEMUA SIAP SIAGA
pada  pagi senin 
pasokan dapur jalanan 
bergerak ke guan musang

UNTUK KENANGAN

SUBUH MELINTAS 
SEMPADAN  KELANTAN
berhenti di merapoh
sarapan pagi
 nasi kerabu
nasi berlauk

MINUM PAGI  
untuk kenang-kenangan

DABONG YANG DITUJU
kampong pendalaman ini
3 jam lebih dari  gua musang
menyimpang  masuk
meninggalkan jalan besar
menuju
ke kampong kandek
tujuan akhir
DALAM PERJALAN 
KE DABONG 
ke
 KG KANDEK
melihat alam dirosakkan
pembalakan gila gila
melihat gunung dan bukit 
boleng bogel

AIR SUNGAI 
MEMBAWA 
LUMPUR DAN SELUT 


PEKAT BERLUMPUR

JALAN RUNTUH
lori  dapur jalanan
yang membawa makanan 
wajib berjalan perlahan lahan
BAS ROMBONGAN
terpaksa berhenti diluar
anak anak muda diambil
masuk ke kampong berulang kali
 bas tidak boleh masuk
ke kampong kandek

KEADAAN KAMPONG

SUMBANGAN PAKAIAN

LORI DAPUR JALAN SAMPAI
lewat jam 1 sampai ke kampong kandek
kami disambut oleh orang kampong
mereka dengan segera membantu
mengeluarkan barangan 
dari dalam lori
lori yang disewa 
wajib pulang
ke kuala lumpur



BARANG MAKANAN
selama 7 hari 
tim dapur jalanan
akan memasak 
untuk 500-600 orang


ANAK MUDA 
lelaki tinggal di masjid
perempuan 
tinggal di pusat pasti 

BERBINCANG
untuk menyusun program

KAMPONG  KANDEK
terpisah dari kampong biak
kerana jambatan 
telah 2 tahun belum siap

tim dapur jalanan
akan juga berusaha 
untuk ke kampong biak
tetapi wajib naik perahu
 untuk menyeberang sungai

UNTUK KENANGAN
anak cucu cicit
di atas jambatan 
yang belum siap

LETIH TERDAMPAR


 TERIMA

 KASEH

 sokongan orang ramai
 sokongan kawan-kawan
membolehkan
 dapur jalanan pergi ke dabong

sebelum ke dabong 
tim pertama telah
ke kemaman selam 4 hari

sumbangan telah diterima
dari:
monsoon
syed husin
syed sahir
tian chua
lim towkay babi
mister tan
prema & gopalan
dr kk tan
siti noor
mister lee
rahim ghaouse
basi
dewan cina
mama bersih
im4you
bersih
mat din
dan dan dan....
kalau nama tak sebut minta maaf
juga semua sumbangan rambang
yang memasukan dana ke dalam akoun

terima kaseh biji ragi
memang kami nak lagi

sebenarnya 
di malaysia ini
orang baik 
lebih ramai dari
 orang jahat

NOTA
pagi selasa ini
25 anak muda dari patani
akan bersama dapur jalanan
di kendek 






----------------

DUA LELAKI DENGAN DUA EKOR ANJING







KOMENTAR

kesah dua lelaki
dengan dua ekor anjing

iqrak iqrak
bismi rabbbikal lazi khalak

iqrak rapi rapi
iqrak dengan hati terbuka

Setiakawan antara kaum warga emas dijumpai di hutan KL

Ketika kebencian kaum dimainkan kumpulan tertentu demi kepentingan politik, siapa sangka warga emas Melayu ditemui hidup lebih 30 tahun di hutan kecil di pinggir Kuala Lumpur baru-baru ini sebenarnya tinggal berjiran dengan seorang lelaki Cina yang muda beberapa tahun daripadanya.
Mohamed Dris, 74, yang mendapat perhatian di media baru-baru ini selepas ditemui anggota polis tinggal dalam pondok di hutan kecil berdekatan kawasan perumahan elit Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, memberitahu dia tidak bersendirian, tetapi ditemani rakannya, Ah Tuck, 70, yang kini bekerja sebagai pegawai keselamatan.

IQRAK SINI:
: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/setiakawan-antara-kaum-dari-warga-emas-dijumpai-di-hutan#sthash.NdNyZl3O.dpuf

 --------------

GASAK SAMPAI TERBARAI





Pesawat rasmi negara keliling dunia pada 

kos RM500,000, kata PKR

Kos belanja minyak penerbangan pesawat negara 9M-NAA yang baru pulang ke negara selepas mengelilingi dunia dianggarkan bernilai RM500,000, dakwa PKR hari ini.
Pesawat Airbus 319 kontroversi tersebut didakwa menggunakan laluan Honolulu - Los Angeles - Indianapolis - Los Angeles - New York - Dubai - Bangkok dan kemudiaan pulang ke Kuala Lumpur.
"Dengan harga minyak jet antarabangsa RM7.68 per gelen, penumpang misteri di atas jet 9M-NAA menggunakan minyak jet yang bernilai RM494,404!
"Jumlah ini masih belum mengambil kira kos pengupahan juruterbang, kos pendaratan kapal terbang, kos parkir pesawat, kos penyimpanan pesawat (hangar fee), kos tanjakan pesawat (ramp service), kos penyelenggaran jet dan lain-lain," kata Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Chean Chung dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam analisa yang dijalankan Biro Penerangan Pemuda PKR, mereka mengganggarkan hampir 64,232.36 gelen minyak jet digunakan.
Lee juga mendesak penjelasan siapa "individu misteri" yang menggunakan pesawat rasmi negara tersebut.
"Jet rasmi kerajaan Malaysia 9M-NAA yang diterbangkan merantau dunia dengan membawa penumpang misteri akhirnya 'pulang' ke tanah air Malaysia pada 4 Januari 2015.

"Namun sehingga hari ini, persoalan berkenaan siapakah VIP misteri yang dibenarkan menggunakan Jet Rasmi 9M-NAA masih tidak terjawab," katanya.
Lee juga berkata, perbelanjaan tersebut sepatutnya disalurkan kepada bantuan banjir daripada digunakan sewenang-wenangnya.
"Dengan anggaran harga pemborong beras RM2 sekilo, RM494,404 boleh digunakan membeli 247 tan (247,202kg) beras untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
"Jika digunakan untuk membeli sardin (harga RM2.50 setin), RM494,404 boleh menampung 197,761 tin sardin untuk diagihkan kepada mangsa banjir," katanya.
Jet rasmi kerajaan kontroversi tersebut akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang malam tadi.
Menurut laman sesawang Flight Radar 24, jet itu tiba pada jam 11.15 malam tadi selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangkok pada jam 10.20 malam.
Jet 9M-NAA yang dikendalikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini pernah dijejak mendarat di Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan Bangkok walaupun Najib sudah berada di Malaysia kerana percutiannya dipendekkan.
Putrajaya juga sehingga hari ini tidak menjelaskan tentang individu yang menggunakan pesawat rasmi tersebut. –
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pesawat-rasmi-negara-keliling-dunia-pada-kos-rm500000-kata-pkr#sthash.KMcijKny.dpuf

---------------